Cerpen : Buat Aku Tersenyum


Penulis : Wardahtul Humaira

“Kenalkan ini Cik Nurul Syaza, pegawai pembangunan sistem kita yang baru. Dia akan menggantikan Tuan Haji Abdul Rahman,”

Seorang gadis berbaju kurung bunga-bunga kuning kecil, bertudung litup berdiri di sebelah Dato’ Mukhlis. Nampak gayanya inilah budak perempuan yang Dato’ Mukhlis citerkan padanya. Not bad, nama dah moden tapi dressing memang sah kekampungan nelayan sungguh la. Ni, mana ceruk pedalaman Dato’ ambil budak ni. Dengan speck besar zaman ago go, sah la budak ini out feshion sungguh. Hafeez hampir mencetuskan ketawanya, tetapi sempat disiku oleh Kak Hamidah.

“Razif ke mana?” hairan jugak dia, selalunya pegawai pembangunan sistem kanan itu akan sampai ke pejabat terlebih awal, dia bukan kaki ponteng.
“Dia ada meting dengan CBE & Assosiates dato’. Semalam dia ada beritahu, dia akan ke sana terus dari rumah, takut jalan sesak, nanti lewat pulak dia ke mesyuarat. Lagipun bukannya Dato’ tak tau, firm tu pancual sangat,” panjang penerangan Kak Hamidah, setiausaha peribadi dato’ Mukhlis.
“Tak pelah, nanti kalau dia dah balik opis, suruh dia masuk bilik saya ye,”
“baik dato’,”

Puas Angah Syuhada memujuk dia supaya jangan memakai cermin mata ago go tu. Besau semacam kata Angah Syuhada. La, nak buat macam mana. Kata lekap dia terjatuh kat bilik air, hilang pulang tu. Penat mencari, bangun seawal mungkin. Tiba-tiba musibah menjengah hari. Aduhai, apalah malangnya hari ni. habis tu, takkan nak datang opis ni dengan mata yang rabun teruk. Daripada nak buat penaya kat diri sendiri, cermin mata pertamanya zaman persekolahan itu dirembat. Lantak lah, daripada jadi orang buta. Umi dengan walid pun senyum saja. Ala, tahu lah Achik Yaza, terlebih comel.

“Lama tak jumpa, awak masih macam tu jugak ye,” Merah padam mukanya. Awat la, Dunia ni punyalah luas, tapi dengan mamat perasan ni jugak aku kena jumpa. Dari atas sampai ke bawah lelaki itu memandangnya. Macam la aku ni model baju kurung dengan cermin mata ago go kat sini.

Dia dapat melihat reaksi terkejut yang terlakar pada wajah itu semasa dia diperkenalkan. Masih sama seperti 5 tahun lepas. Tidak banyak yang berubah melainkan kumis nipis yang menambahkan manisnya adam ini. Kononnya, dialah jejaka idaman malaya. Uwekk, mahu termuntah aku mendengarkan kata-kata ego lelaki itu. Eleh, tok wan aku kat Kuala Kedah lagi handsome la.

“Masih setia lagi awak dengan baju kurung tu ye?” suka hati aku la. Menyampah rasanya nak tengok muka lelaki itu. Menyakitkan hati.

Kalau ikutkan rasa hatinya, mahu saja dia cabut balik rumah. Pelik bebenor ke pakaian yang dia pakai. Macam tak pernah tengok orang pakai baju kurung dengan tudung agaknya! Patut lah, hidup tak berdunia gini lah jadinya.
kat opis tu, Cuma ada tiga staf perempuan termasuk dia. Kak Hamidah, wanita berusia pertengahan 30-an, memang cantik tapi sayangnya dia tak pakai tudung. Janda beranak 2, seorang yang peramah, mudah menghulurkan senyuman. Yang seorang lagi, Jasmin Yusrina. Awal 20-an, sama spesies jugak. Rambutnya memang cantik, ala-ala iklan pantene. Kan lagi cantik kalau tutup, jadi jugak iklan Sun Silk wardina tu. Dan dari Kak Hamidah, dia tahu Jasmin Yusrina ni dah lama admire kat musuh ketat dia! Patut lah jeling semacam saja bila musuh ketat aku tu berbual dengan aku. ambil lah, sorry to say, mamat tak cukup aqal tu dah lama mati dalam hidup aku.

Kalau tidak memandangkan, Ayah Ude yang meminta tolong, mati hidup balik takkan dia nak menayakan dirinya sendiri. Ada ke patut, Ayah Ude suruh dia merepairkan staf kat opis dia. Bunyi macam pelik! Tapi, bila dia dah berada dalam suasana opis ni, memang betul apa yang Ayah Ude katakan.

“Achik Yaza, tolonglah Ayah Ude ye,” Ayah Ude memang power memujuk orang. Merayu saja, ramai lah yang simpati kat dia. Patut lah, arwah Mak Ude tertangkap cintan.
“Nak tolong bagaimana Ayah Ude? Orang belajar repair sistem, bukannya repair orang,” Ayah Ude ni sihat ke idak.
“Ayah Ude tau, Achik yaza boleh tolong Ayah Chik. Kita sama-sama tarbiyyahkan staf kat opis Ayah Ude tu. Sedih Ayah Ude, sok mati mana lah tau. Apa yang Ayah Ude nak jawab kat masyhar? Mereka semua anak buah Ayah Ude, tanggungjawab Ayah Ude. Terasa berat dosanya kalau Ayah Ude tak berupaya nak bawa mereka ke arah kebaikan,”

Mula dah. Sejak Ayah Ude insaf dua tiga menjak ni (berkesan sungguh ceramah walid kat sural al-Ikram), bukan sekali dua dia disogokkan dengan kerisauan Ayah Ude. Katanya biar lah perniagaan yang dijalankan mendatangkan keuntungan yang tidak akan membakar dia di akhirat. Malah ia mampu menolongnya untuk melangkah tanpa tersungkur di titian Siratulmustaqim. Tidak cukup dengan itu, Ayah Ude merasuah dia. Pakej menunaikan umrah jika dia setuju dengan usul Ayah Ude. Pandai lah tu. Tambah pulak, umi dan walid menyokong. Makin beria lah.
…………………………………..
Pagi-pagi lagi, Nurul Syaza telah bersiap. Pagi ni seperti biasa rutin harian, terpaksalah dia berusaha dengan gigih untuk berebut dengan penumpang LRT yang lain. Aduhai…penat tu memanglah. Walid dengan along tak pula menawarkan perkhidmatan percuma, kata walid dia harus belajar berdikari. Ye lah tu,ni memang berdiri atas kaki sendiri lani. Jarang benar dia dapat duduk aman. Sudahnya, berdiri atas kaki sendiri la jawabnya. Skill berebut perlu expert, kalau tidak alamatnya..tertinggallah seorang-seorang.

Memang la jarak dari stesen Daro’ Keramat ke stesen Dang Wangi tidaklah mengambil masa yang lama, namun berebut-rebut dalam LRT tu cukup menyesakkan hidupnya. Macam-macam bau ada. Bau perfum lah, bau perfum semulajadi lah. Macam-macam gangguan seksual boleh terjadi.. gangguan seksual? tiba-tiba darahnya terasa panas, ada tangan yang melekap di punggungnya!!! Ya Allah…

“Hai akhir-akhir ni, kes rogol dah jadi macam benda wajib keluar kat paper tiap-tiap hari. Risau akak, tak selamat rasanya dok kat dunia ni,”

Suara kak Hamidah yang ala-ala dramatis Wan Maimunah jelas sampai kat telinga dia. hati teringin untuk menyampuk, tapi bila memandangkan hampir sebeban fail-fail pembangunan fasa I yang masih belum dihadami, dia mematikan hajat.

Ini lebih penting lagi, nanti mengamuk pulak mamat perasan tu. Dah la, semalam tiba-tiba saja hangin satu opis. Geram sungguh! Ada ke patut, proposal yang 2 hari 2 malam aku siapkan, dia campak ke dinding. Orang bagi dia baca, dia bagi kat dinding pulak. Gila ke apa?! tiba-tiba saja fail biru aku tu ada sayap, boleh pula fly. Tapi sayangnya sayap dia patah, akhirnya tersadai kat tepi dinding.. Jadilah al kisahnya flying fail. Dinding tu mana boleh baca!

“aku suruh anda kemaskinikan proposal yang dah siap. Yang anda memandai nak ubah 100 % proposal tu sapa suruh?! Kalau tak reti, ringankan mulut tu bertanya. Ini tidak menyusahkan orang sungguh,”
“Tapi saya Cuma perbaharui saja kertas cadangan ni, yang lama nampak macam tak upgrade saja…,”
“anda tu orang baru, apa tau,”

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Itu lebih baik daripada dia berterusan melayan amarah razif. Entah apa kena dia hari ni, bulan mengambang agaknya. Dah la dia sampai lewat ke opis, terus saja kena sembur. Tangan dia masih terasa sakit. Sekarang suara razif sudah semakin perlahan, yang dia dengar adalah suara mengerang seorang lelaki india. Rasakan!!! Itulah padahnya jika menyalahgunakan tangan yang Tuhan bagi.

Peristiwa pagi tadi kembali terlayar. Dengan sekuat hati, dia menyinggung dengan sikunya ke perut yang empunya tangan itu. Kakinya dihentakkan sekuat mungkin di atas kaki lelaki itu. Terdengar lelaki itu mengerang. Beberapa orang yang lain cuba untuk meleraikan. Prihatin sungguh rakyat malaysia ni rupanya! Merayu lelaki india itu meminta maaf daripada dia. Kalau boleh dia ingin memanjangkan perkara itu sehingga kepada polis. Namun, melihat pada wajah yang sedang berkerut menahan kesakitan dan menangis itu, hatinya lembut seketika. Dan dia tersenyum puas kerana dia berjaya mengajar orang gatal tak tau jaga tangan itu.

“Susah betul la cakap dengan batang kayu ni, boleh dia dok senyum seorang-seorang,” eh, awat ada suara Razif pulak?! Kenapa Razif wujud dalam drama tadi? Dia ke hero yang sepatutnya datang melanyak watak jahat? Dia kah…

Pang!!! Bahunya terasa perit… sesuka hati mak nenek dia saja nak menampar anak dara orang. Dah la bukan mahram! Batal air sembahyang aku..

———————

“Aku nak fail projek kat Nilai bukannya yang ni, anda ni pekak ke hapa,”
Melayang lagi fail tu ke dinding…akhir akhir ni, kes flying fail selalu terjadi. kasihan tengok Hafeez, merah padam muka dia menahan malu. Hari ni, Razif mengamuk dekat semua orang dalam opis. Kecut jugak perut aku. Entah Kenapa, akhir-akhir ni sokmo dia naik angin… Nak kata datang bulan, konfem la aku tersalah spesies. Habis dengan Hafeez, teman serumah @ kawan baik pun kena hamun apatah lagi kami yang bukan kawan baik ni, lagilah teruk.

Head phone terletak cantik atas kepala aku, ala ala penyanyi zaman ago go, kepala aku tergeleng-geleng.. ditambah pulak dengan lagu Pudar yang aku suka tu. Apa yang orang cakap pun, memang aku tak layan nya.
Adoiiii…. hanya itu sahaja yang termampu terlafaz, tatkala head phone dicabut kasar.
“woi… hang ni pasai pa,?”
“Nak dengar lagu, p disko la, sini untuk buat kerja!” terbeliak mata Razif memandang tepat padaku. Sejibik macam perogol bersiri!
Eleh, ingat aku takut ke?!
“Eh, ni hak saya nak dengar muzik. Dah cara saya macam tu, sambil buat kerja sambil dengar muzik, awak apa susah,”
“Yang kau melalak tu pa hal,”
“Orang lain tak bising pun, yang awak nak sibukkan ni pa hal,”
“Aku nak buat kerja la bengap,”
“So, what?!” Aku tersenyum sinis padanya. Aku macam nak balas dendam saja kat mamat ni. Suka hati dia saja nak jerkah, marah orang..ingat orang lain tak dah perasaan ke.
Dia terdiam. Tetapi… head phone aku berkecai dalam sekelip mata… kemudian, Razif berlalu sambil tersenyum padaku, sedangkan aku ketika itu masih terkebil-kebil dengan kejadian sekelip mata tadi.
Makkkkkkkkkkkk…. Head phone kesayangan hadiah along semasa along belajar di Jepun hancuuuuur.
Entah dari mana kekuatan. Aku meluru pada Razif, sebiji penumbuk padu aku lepaskan… Di luar kawalan aku…
Tiba-tiba pipiku terasa perit, ada tangan yang melekap..dan akhirnya pandangan aku berpinar dan kelam!

——————————–.

Tit..Tit… Bunyi sms memenuhkan inbox hansetku. 1 jam kemudian barulah sms itu kulayan. Maaf ye, orang tengah buat kerja, jangan lah adanya gangguan… sungguh aku tak suka!

“Syaza, tolong kami! Jumpa kat Mid valley sekarang!”

Ni ayat perintah ke ayat suruh ni?! Akhir ni hafeez selalu sms denganku. SMS bersebab lah, bukannya cerita benda tak berpekdah. Malam2 ni nak ajak aku keluar, bukan Syaza lah namanya.

“Plezzz, ini soal hidup dan mati kawan kita!!!!!,”

Menyusul pula sms kedua. Mak ai, 5 tanda seru tu.. Ini memang kes serius.. Dengan bertemankan along (aku fobia sikit keluar memalam sengsorang ini), berpakaian seringkas mungkin, kami bertolak dengan keizinan walid dan umi.

Dari jauh, kami nampak Hafeez sedang memangku kepala seseorang di ribaannya. Kuamati betul-betul..Speck ago go aku ni, dah kekurangan power..jadinya terpaksalah aku mendesak pencaindera penglihatanku ini bekerja sedaya mungkin untuk mengecam manusia itu… Ya Allah….

“Dia dah tidur,” hafeez beritahu padaku.
“Dah banyak kali Aku suruh dia elakkan diri daripada perempuan tu..tapi dia degil jugak! Haaa, itulah padahnya,” sekali budak hafeez ni beleter, herrmmm boleh lah tahan jugak, nenek aku pun boleh tutup telinga.
Dan pada malam itu terbongkarlah kisah punca headphone aku hancuur berderai dan adegan gusti di opis tempoh hari. Along hanya menadah telinga sahaja.

Rupanya si razif tu ada masalah dengan seorang perempuan ni. Nama dia Suraya. Cun la jugak. Pakai tudung labuh lagi. Ala ala ustazah lah, senang cakap. perempuan tu minta putuskan hubungan dengan si Razif, meraung lah mamat perasan tu. Terpikir la jugak aku, razif tu sanggup pula membazirkan masa melayan perempuan yang dah tak nak kat dia tu. Kata hafeez lagi, razif dah lama minat kat suraya tu. Almaklumlah, suraya tu dulu budak praktikal kat opis. Dah hampir setahun razif berkawan dengan Suraya.

Teringat pulak aku, dulu-dulu masa kat kampus, si razif ni anti gila dengan bebudak pakai tudung labuh. Aku ingat lagi, razif ni panggil “khemah bergerak” kat bebudak yang pakai tudung labuh. Geram jugak la aku. Sebab, antara mereka yang digelar khemah bergerak tu kawan baik aku.jadi kes lah jugak.. razif oh razif…tu lah… kan Allah dah tunjuk, akhirnya terpikat jugak dengan khemah bergerak ini..hehehe

Razif pernah pergi ke rumah suraya. Keluarga suraya ternyata menolak Razif untuk menjadi ahli keluarga itu.. kata mereka, razif tidak sekufu dengan keluarga itu. Yelah, abang dan kakak Suraya adalah lulusan al azhar, yamman, dan mafraq. Si razif pulak, lulusan Uitm Shah Alam.. tempat pengajian yang menyeramkan, kata sepupuku. Tak kuat iman, imam boleh tumbang.
Seperti yang dijangkakan, razif tidak dapat menerima kenyataan itu. Ditambah pulak dengan Suraya yang hanya akur dengan keputusan keluarganya. Dan, inilah alkisahnya. Aku teranguk-angguk… konon macam faham lah.

Pap… aku menampar lengan aku yang berbalut sweater. ada nyamuk jugak kat kawasan perumahan eksklusif ni. Hafeez ada mengajak aku naik ke rumah dia, namun kutolak.. Memanglah along ada, tapi tak pelah..Aku ni tak biasa dok berkunjung rumah anak teruna orang.. Terasa kurang manisnya lah.. Lalu, kat parking lot ni pun boleh jadi port best nak bercerite.

“Syaza. Aku tau…Razif dengan kau tu pernah bermusuh. Dia pernah cerita kat aku kes anda masa kat kampus dulu. Tapi, dia salute kau. Sebab dia kata kau perempuan yang lain dari yang lain!,” betul ke hafeez ni? Razif cakap macam tu?!

“Dan aku rasa..hanya kau sajalah yang mampu untuk memulihkan semangat Razif,”

Aku tergamam!

——————–

Ayah Ude dah pun selamat berlepas ke Tokyo pagi tadi. Walid yang ngantornya. Sampai ke pagar rumah aku puas merayu kat Ayah Ude… Kenapalah aku yang dipertanggungjawabkan syarikat dia tu?! Takut, Elok2 saja syarikat tu, terus jadi haru hara dek kerana aku. Dah lah aku mengulang 2x paper management masa ngaji dulu. Ini pulak aku nak menguruskan syarikat yang besar ni.

“Ayah Ude nak, bila Ayah Ude balik saja dari Tokyo dalam sebulan, achik Yaza dapat membawa perubahan kepada opis Ayah Ude,”

Amboi, dia sedap2 p Tokyo. Aku terkapai-kapai kat sini. Sedepa muncung aku! Perubahan?! Huru hara lah opis tu aku kerjakan…

Kesudahannya, seperti yang dimaklumi.. Ayah Ude memang boleh menang award “Perayu Paling Handal”!

“Metin pukul 4 petang,? Terbeliak mata Hafeez.
“Aah..arahan daripada pemangku bos,” kak Hamidah tersenyum sambil menjeling ke arah aku.
“Biar betul kak,” hairan ibn ajaib jugak. Kebiasaannya Dato’ Mukhlis akan buat metin pagi2. petang-petang mesti ngantuk gila.
“Betul lah tu,”
Aik, macam tak puas hati saja mamat ni. Yang si razif pulak diam saja.. akhir-akhir ni aku tengok mamat tu memang down habis la. Hilang razif yang macho dan perasan yang aku kenal 3 tahun lepas. Semuanya kerana wanita!

Tepat pukul 4 petang, metin berjalan seperti yang kurancangkan. Memang nampak ada riak-riak protes. Aik, sapa bos sini!!! Bukan lah salahguna kuasa namanya, tapi semua yang aku buat ni, dah dapat persetujuan daripada Ayah Ude. Lagipun, fully mandat dalam tangan aku.

“Alhamdulillah, rasanya elok kita berenti sekejab. Dah nak masuk asar, kita akan berjemaah kat surau opis ni,”

Mataku tertumpu kepada Encik Abdul Hamid, pegawai sistem maklumat kanan. Dari kak Hamidah. Aku dapat tau, Encik Abdul Hamid ni selalu solat kat surau opis yang cantik tu. Aku pun dah selalu terserempak, dan ambil kesempatan berjemaah kat surau tu. Kak Hamidah pun selalu solat berjemaah dengan aku. Mungkin dia dah bosan dengar pujukan dan ajakan aku.. tapi, yang penting aku nampak Kak Hamidah ada perubahan dah. Tapi, perempuan yang seorang lagi tu, Jasmin Yusrina… erm..susah lah nak kata. Dari tiga minggu lepas aku ajak solat berjemaah, alasan yang sama saja.

“Saya cutilah,” hai, takkan cuti sampai 3 minggu berderet agaknya?! Konfius aku. Darah nifas memang lah iye lama. Tapi, cuti bulanan khas wanita ni, ada limitnya. Takkan nak buat macam bebudak sekolah agaknya. Tingat aku, dulu-dulu ustazah akan buat spot check, nak pastikan betul atau tak, budak perempuan ni uzur.. kalau ustazah dapat ditect, ada yang menipu..memang selamatlah kena hafal surah panjang… ni, budak besau..dah boleh jadi mak budak, takkan aku nak buat begitu agaknya… tapi, kalau kali ni aku ajak masih dengan alasan yang sama, memang sahlah aku akan praktikkan amalan ustazah aku tu!!!!

Nampak riak terkejut kat muka-muka staf yang lain. Ala, buat-buat terkejut pulak,macamlah solat berjemaah tu satu benda yang pelik…

“Encik Abdul Hamid akan jadi imam. Tapi, akan bergilir-gilirlah ye… Saya tau ramai kat dalam opis ni berkebolehan untuk jadi imam. Lagipun, pemimpin dalam keluarga itu seharusnya mampu untuk mengimamkan keluarganya. Ramai yang nak jadi pemimpin keluarga yang soleh, so inilah antara ciri lelaki soleh iaitu mampu mengimamkan paling tidak isterinya dan solat berjemaah itu adalah tuntutan yang banyak fadhilatnya kepada kita semua,”

…………………………………

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya. Perancangan aku berjaya. Tak banyak tapi cukuplah jika ia mendatangkan sedikit perubahan. Kan lebih baik, perubahan yang sedikit demi sedikit, tetapi ia konsisten daripada perubahan yang terlalu mendadak, tetapi akan goyah apabila keseronokan duniawi menggoda melalaikan.

Sekarang ni, solat berjemaah dah jadi rutin kat opis ni. Sukanya hati aku!!!! Zohor dan asar, masing-masing akan meninggalkan kerja yang bertimbun.. surau opis kian bercahaya. Alhamdulillah, tidak lagi sunyi sepi macam memula aku menjejak kaki kat opis ni. Rupanya ramai yang berkemampuan untuk menjadi imam. Cuma, kadang-kadang tu terlalai.

Tazkirah dan usrah pun aku selitkan. Walid, ku jemput khas. Alhamdulillah, walid menerima pelawaanku itu dengan hati yang terbuka.. sayanggggggg walid…Bergilir-gilir untuk menyampaikan tazkirah. Alhamdulillah, sambutan di luar jangkaan. Bukannya apa, hati kita ni perlu sentiasa diingatkan dengan hakikat keimanan. Almaklum sajalah, manusia ni imannya mudah turun dan naik, tak konsisten. Sebab hati belum hati betul-betul kuat dan dekat dengan Pencipta.

Hafeez, Adam, Malik dan Firdaus, masing-masing berusaha untuk memperbaiki diri. Razif pun kian bersemangat. Ku sisipkan satu nukilan yang menghiasi diari muslimahku kat board opis. Alhamdulillah, titipan itu telah memberikan perubahan kepada staf lelaki. Harapan aku, moga apa yang aku sampaikan itu akan dapat manfaatnya kepada umi dan walid. Kira macam bagi semangat kat staf lelaki. Bukannya apa, perkara yang selalu dibangkitkan dalam usrah mingguan adalah persoalan jodoh. Perasaan Rendah diri, selalu membataskan kesungguhan untuk berusaha mendapatkan jodoh yang baik. Nak tau ke apa yang aku lekatkan kat board opis? Ni lah…

MUSLIMIN ACUAN AL-QURAN

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah seorang muslimin yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Muslimin Acuan Al-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang tidak pernah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran

———————

Razif semakin pulih. Dan khabar dari Hafeez, razif sudah dapat menerima hakikat apa yang sudah terjadi. Kata razif, dia sukakan artikel yang diterima melalui email daripada Ayah Ude. Aku senyum sajalah…

“Razif tu berpotensi untuk maju. Ayah Ude nampak masa depan yang cerah kat dia. tapi, alangkah sayangnya jika Razif tu boleh memusnahkan dirinya hanya sebab cinta.”

Artikel yang pernah aku berikan pada Ayah Ude suatu masa dulu, dah pun selamat diwariskan kat razif. Aku ingat lagi, masa tu Ayah Ude sedang menghadapi zaman kejatuhan. Perniagaannya hampir punah gara-gara rakan kongsi yang berpaling tadah dan Mak Ude yang menjadi tulang belakang Ayah Ude, telah meninggal akibat barah. Hampir terduduk ayah Ude merenung masa depan yang tidak tentu. Lalu. Aku dititipkan sesuatu yang kurasakan bermanfaat. Surat itu segera ku poskan ke Australia. (Masa tu Ayah Ude, tinggal kat sana 15 tahun).

Assalamua’laikum Ayah Ude yang disayangi… Moga rahmatNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Sembah salam daripada walid dan ummi. Salam takziah daripada kami sekeluarga.

Ayah Ude,
Bersama ini, Achik Yaza sertakan titipan buat Ayah Ude. Hadamilah ia, moga ia akan memberikan manfaat kepada Ayah Ude untuk kembali teguh mendabik masa depan.

ALLAH SWT TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA

Kita kecewa apabila pilihan hati melupakan kita. Kita berdukacita kerana tidak berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pendek kata, kita merasa hampa apabila sesuatu yang kita kejar tidak kesampaian. Setiap keputusan yang berlaku ke atas diri kita merupakan ketentuan atau qada’ dan qadar Allah kepada kita, baik yang seiring dengan kemahuan kita mahupun tidak adalah rahmat daripadaNya. Allah SWT berfirman mafhumnya “…. dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik dari kamu; sedang ia melarat kepada kamu. Dan Allah mengetahui tapi kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 216)

Pengetahuan kita tentang baik atau buruk sesuatu yang kita kejari itu jauh lebih cetek berbanding dengan pengetahuan Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kesemua pilihan atau ketetapanNya untuk setiap hamba seperti kita adalah yang terbaik dan paling tepat. Rahmat dan pemberian Allah kepada para hambaNya datang dalam bentuk dan gambaran yang berbeza-beza. Adakalanya ia terhidang dalam bentuk kebaikan, iaitu ketetapan-ketetapan yang sealiran dengan apa yang dihasratkan oleh hamba-hambaNya. Adakalanya juga ia terhidang dalam bentuk keburukan, iaitu ketetapan-ketetapan yang bertentangan dengan apa yang dicita-citakan oleh hambaNya.

Al-Imam Ibnu Athaillah Assakandary ada berkata yang membawa maksud ;
“Apabila Allah memberi kepadamu, nescaya Dia saksikan kepadamu kebaikanNya. Dan apabila Dia menolakmu, nescaya Dia saksikan kepadamu kekuasaanNya. Maka Dia di dalam semua itu memperkenankan dan menghadapkan kepadamu dengan sifat kehalusanNya kepadamu.”

Jangan sesekali kita merasa ragu-ragu atau sangsi dengan kebaikan dan ketetapan Allah ke atas kita. Selagi kita bergelar mukmin selama itulah kita tidak perlu kecewa walaupun ketetapan yang menimpa kita tidak sepertimana yang kita jangkakan kerana ketetapan yang datang daripada Allah SWT itu adalah untuk kebaikan kita. Rasulullah SAW yang mafhumnya ;
” Demi zat yang diriku ada ditanganNya tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hambaNya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya….” (Muslim)

Golongan mukmin seperti kita wajib menyambut qada’ dan qadar Allah SWT dengan dada yang terbuka. Pilihan-pilihan Allah SWT untuk para hambaNya, adalah yang terbaik kerana Dia Maha Mengetahui. Allah SWT yang Maha Penyayang tidak akan sesekali menganiayai para hambaNya, malah ketetapan-ketetapanNya ke atas kita adalah untuk memastikan kita semua beroleh kebaikan sama ada di dunia mahupun di akhirat jangan ada keraguan lagi dalam hati kita, seolah-olah yang lain dari ketentuanNya itu lebih baik dan lebih sempurna. Tiada ketentuan yang akan membinasakan hambaNya kecuali ke atas mereka yang tidak mengingatiNya. Terimalah dan peliharalah ketentuan Allah dengan baik, sama ada dari segi rezeki, jodoh dan seumpamanya.

Jika ketentuan itu selari dengan apa yang kita cita-citakan maka panjatkanlah kesyukuran kepadaNya. Jika ketentuan itu bercanggah dengan hasrat kita sambutlah ketentuan itu dengan hati yang terbuka kerana mengikut ilmuNya, ketentuan tersebutlah yang terbaik untuk kita walaupun bertentangan dengan kemahuan kita yang asal. Apabila kita menerima ketetapan-ketetapan Allah dengan penuh ikhlas maka akan terpadam rasa kekecewaan dan keresahan. Kegagalan tidak lagi kita rasa sebagai kegagalan. Kesusahan tidak lagi dirasai sebagai kesusahan.

Apa sahaja ketetapan Allah SWT ke atas kita umat Islam, sama ada ia seiring dengan kemahuan kita atau sebaliknya, kesemuanya untuk kebaikan kita. Walau setiap sesuatu yang tidak kita perolehi itu digantikan Allah SWT dengan yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan. Walau apapun, percayalah dan yakinilah bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita berdasarkan ilmu dan kebijaksanaanNya.

Amin…

————————

Eh, salah ke pandangan mataku ni. Speck besar 60-an yang melorot ke bawah segera aku betulkannya. Dari atas sampai ke bawah. Aku meneliti gadis tu… aku salah orang ke? Tekun saja dia dok buat kerja kat tempatnya… dia ke? Eh, takkanlah..tapi, mungkin jugak dia…

“Haa, terhendap2 tu..tengok pa,” sergahan Kak Hamidah membuatkan aku sedikit melatah. Nasib baik aku tak buka silat. Kalau tak, hai buat malu kaum saja. Suka hati mak chik ni saja, nak sergah orang. Bagile salam dulu sayang..

“itu..akak, mata saya ni kabur ke,? Mataku digunakan sebagai petunjuk arah mata kak Hamidah kepada subjek.
“Eh, taklah…,”
“Sejak bila…,” aik, senyum pulak makchik ni..
“Cantikkan?,”
Memang betul, Jasmin Yusrina memang cantik bila bertudung. Tambah lagi dengan baju sopan…Cuma aku terkejut la jugak, macam drastik perubahan. Tapi, bukankah itu yang aku nak? Apa la aku ni, orang tu nak tutup aurat, seharusnya aku ni gembira. Ini tak, banyak pulak yang dipersoalkan…
“Tadi, akak tengok Razif pun senyum2 kat Jasmin Yusrina,”
Aik, penting ke maklumat tu kat aku.
“Senyum tu kan sedekah kak. Orang nak bagi, ambil saja lah,”
“Tapi, ni senyum len macam sikit la Syaza,”
“Biarlah kak..asalkan mereka bahagia dan tak buat benda yang melanggar syariat udah lah,”
“Herm..nampak gayanya, kasih sudah berganti,”
“Biar betul si Razif tu… malas lah otak ni nak serabutkan fikir orang len, banyak lagi kerja nak buat ni,”
“Aiii, Razif tu akak tengok padan jugak dengan Syaza,”
La ke situ pulak idea makchik ni. Baik aku cabut dulu.. silap haribulan, sampai ke anak cucu boleh makchik ni kembangkan ideanya tu.
“Takpelah kak.. Saya doakan saja mereka bahagia. Erm..saya ada banyak kerja lagi ni,”

Akhir-akhir ni aku terima pelbagai macam hadiah misteri. Dah 2 minggu hari yang sama hari jumaat, posmen akan hantar bungkusan kat rumah aku. Dua minggu lepas, hari jumaat. Lepas balik kerja. Aku tengok ada bungkusan cantik terletak kat atas meja. Siap ada kata-kata dalam kad warna hijau pucuk pisang..macam tau-tau saja color kesukaan aku.

Wanita solehah ibarat hati dalam jasad manusia, sekiranya hati itu baik, nescaya baik seluruh anggota. Sebaliknya jika hati itu rosak maka musnahlah segalanya. ~Mujahid Solehin~
Telekung putih bersulamkan corak bunga mawar warna ungu muda. Cantik sungguh. Ini kira selamat jadi hak mutlak aku ke? Dah orang bagi ambil saja lah.. tapi, ikhlas ke? Lagipun aku tak kenal sapa yang bagi… Puas aku dok cari siapa Mujahid Solehin. rasa-rasanya tak dah dalam list kawan-kawan aku nama sealim tu. Ummi dan walid senyum saja memanjang. Angah Syuhada pun tak puas-puas mengusik. Sudahnya aku diamkan saja. Dan telekung cantik tu aku jadikan khazanah dalam almari aku.
hadiah kedua pulak, tasbih dengan tafsir alQuran. Tasbih tu walid kata mungkin daripada mekah. Aku iya kan saja lah. Pun sama. Aku dapat kad.
Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah, kiranya kau memerlukan teman mesra, maka pilihlah Quran, andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawaqal kepada Allah dengan kesabaran
Tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tidak seindah Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim jika diri tidak sekuat hajat dan sarah. Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tidak sesempurna Muhammad saw
~Mujahid Solehin~
Siapalah yang sudi membazirkan duitnya untuk semua hadiah ni. Membazir sajalah. Lebih baik tunjukkan muka kalau berani… sepanjang hari aku membebel.

——————————–

Fail berkulit kuning tu kuhempaskan atas meja. entah mengapa, akhir-akhir ni hatiku panas. Agaknya panas dengan kejadian hadiah misteri. Ataupun panas sebab tengok kemesraan Razif dengan Jasmin Yusrina. Ish, Kenapa la aku ni. Biarlah… tapi, tadi… hai hati..
Lunch tadi Ayah Ude belanja staf dia makan, termasuklah aku. Tapi, entahlah. Tiba-tiba hati terasa terusik bila tengok kemesraan Razif dengan Jasmin Yusrina. Yang di razif tu, asyik merenung saja Jasmin Yusrina makan. Hai, tak tau jaga pandangan mata sungguh la. Siap usik-usik lagi. Panas rasanya darahku. Kalau dah bekenan, kahwin saja lah..kan senang, tengok saja siang malam, toksah buat kerja len.belekle puas-puas…
Hai hati, kenapalah macam ni… rasa nak makan tiba-tiba rosak. Rahsia yang kusimpan sejak di alam kampus kubongkarkan kembali. Rahsia yang membawa kepada 1 kelukaan dalam hidupku.

Dia seorang yang bijak. malah tidak kunafikan, ramai siswi yang merisik khabar ruang kosong di hatinya. Apabila dia bangun untuk membuat presentation, mesti ramai yang akan memberikan perhatian. Taktaulah apa aura yang ada padanya. Tapi,kata-katanya memang tersusun. Cuma, dia cukup anti dengan siswi bertudung labuh yang digelar khemah bergerak.

Hari tu adalah hari yang paling menyedihkan. Dan aku takkan melupakan hari yang cukup membuatkan aku terseksa untuk menyelesaikan pengajian yang masih berbaki setahun. Hari yang cukup memalukan.
Aku dituduh perigi bocor!!! Terpinga aku tatkala melangkah masuk ke kelas pagi tu.
“Saya minta maaf, Saya rasa bukankah lebih baik awak tumpukan pada pengajian. Mengapa masih perlu difikirkan tentang jodoh. Sekarang bukanlah masanya. Kak ayunie ada menqiaskan kepada saya hajat awak . Tapi, saya minta maaf. Saya perlu mengutamakan pengajian saya…,”
Kak ayunie? Senior tahun akhir yang kurang mesra denganku. Apakah yang terjadi?! Mengapa Razif kata macam tu… sejak hari tu, 1 kelas macam memulaukan aku. Aku dikatakan perigi mencari timba. Sengaja menghantar borang permohonan walaupun tahu tak layak. Salah faham tu akhirnya terbawa sampai ke tahun akhir pengajianku. Ada teman-teman baik yang mengesyorkan kepadaku supaya menyelesaikan salah faham itu dengan kak ayunie dan Razif. Namun. Aku hanya mengambil langkah mendiamkan diri. Sampaikan ummi dan walid marah padaku. Kata walid. Aku perlu menegakkan kebenaran itu. Lantas, ku katakan pada walid..biarlah walid..satu hari nanti, kebenaran itu pasti akan berpihak pada yang hak!
Benar seperti kataku. Pada hari konvokesyen, bersaksikan walid dan ummi. Kak ayunie menangis di hadapanku dan razif telah dibawa untuk menjelaskan hal sebenarnya. Kak ayunie mengaku dia hanya bertujuan untuk memalukan aku kerana seorang senior siswa telah menolak hasratnya kerana senior itu menyatakan dia telah mempunyai pilihan hati iaitu junior bernama Nurul Syaza. Memang aku tidak kenal senior yang dimasukkan oleh kak ayunie. Kata kak ayunie, dia tidak dapat menerima hakikat itu. Seolah-olah dia tewas dengan aku yang hanya gadis biasa. Lalu, terciptalah kisah dongeng yang cukup menyeksakan aku selama setahun. Aku hanya tersenyum. Tidak pulak aku hamburkan kata-kata makian. Ahh, itu bukan didikan ummi dan walid. Dan aku sendiri punyai prinsip. Setiap malam sebelum aku lelapkan mata. Aku akan maafkan apa juga kesalahan orang. Dengan itu aku menjadi tenang. Alhamdulillah. Cuma, terfikir ada jugak lelaki yang terdesak sampaikan sanggup menyusahkan aku. Kalau dah tak suka, cakap sajalah. Mengapa perlu membabitkan aku?!
Razif hanya diam membisu.

—————-

Tawaran ke Tokyo selamat di gengaman aku. Tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang amat kuminati. Seusai maghrib berjemaah, walid seperti kelazimannya akan mengadakan usrah. Selesai tazkirah. Aku mula bersuara.
“Walid, ummi..Achik nak minta pendapat,”
Walid dan ummi senyum.
“Walid dan ummi benarkan Achik pergi tapi dengan syarat,” La bersyarat ke? Walid dan ummi adalah penaja pengajianku. Dulu mereka pernah berjanji, akan membiayai pengajianku jika aku setuju terima tawaran kerja di syarikat Ayah ude. Dah pun aku tunaikan. Ada lagi ke?
“Nak ke Tokyo, walid benarkan tapi pergi dengan mahram,”
Konfius!!! Dengan mahram?
“Walid nak sambung Phd ke Tokyo ke?” hatiku berbunga riang. Sekurang-kurangnya aku akan berteman.
“Tak,” pendek tapi cukup mematikan bunga yang riang tadi.
“Habis tu,”
“Pergi dengan suami!” aku terkedu.

Majlis akad nikah telah pun selesai. Penat!!!!! Namun berbaloi.. aku tersenyum Rupanya, suamiku ni telah lama buat solat istikharah.semasa dia pertama kali terpandang aku hari jumaat sewaktu berselisih jalan ke masjid. Setelah yakin dengan keizinan Allah, dan dia merasakan dia mampu, akhirnya dalam diam dia merisik aku daripada ummi dan walid.
“cantik achik Yaza,” pengantin baru Ayah Ude dengan Kak Hamidah opss mak Ude sempat memuji. Speck zaman ago go kuletakkan di tempatnya. Kugantikan dengan kanta sentuh. Inipun, ayah Ude dan mak uDe yang sponsor…
Sempat Mak Ude berbisik, razif membawa diri. Tu lah, siapa suruh lambat masuk meminang. Hai sempat Mak Ude bergurau ye. Rupanya razif hanya berpura bermesra dengan Jasmin Yusrina untuk mengundang reaksi aku. Akhirnya melepas…
Aku hanya tersenyum. Suamiku pun tersenyum.

Hadiah yang diberi setiap hari jumaat itu adalah idea walid… semua ni buat aku tersenyum.. Lusa aku akan berlepas ke Tokyo. Bulan madu sekaligus menyambung pengajian. Berteman! Seperti kata walid, bersama dengan Suami!!!

Mujahid Solehin bin Ahmad Soleh. Macamana lah aku boleh tak ingat nama senior aku ni?! Senior yang menyebabkan aku merana setahun. Tetapi akhirnya, dialah yang buat aku tersenyum…

.:: Tamat ::.

Cerpen : Nantikan Daku Di Pintu Syurga

Penulis : Suriyana Azwani

Keheningan malam menyikap tirai 12 Rabiulawal kala titisan hujan renyai sayup membasahi alam. Kedinginan dan olakan angin menyisip ketenangan dalam kesyukuran menyambut Maulidur Rasul. Aku menguntai manik-manik tasbih dengan alunan zikirullah yang mengisi ruang dada, ralit berteleku di atas sejadah mengisi hamparan pengabdian pada Al-Khaliq.

“Safiah, kerja kursus yang kamu hantar terlalu ringkas. Cikgu tak nampak penjelasan terperinci tentang Tunku Abdul Rahman ni?”tegur Cikgu Fatimah tika mengulas perihal tugasan aku. Biasalah kerja projek mata pelajaran Sejarah baru-baru ini agak melemaskan aku. Ahh..bosannya melengkapkan teks ini! Monolog aku dalam hati. Aku berjalan menuju koridor bangunan sambil melayarkan pandangan kearah pepohon kemboja disebalik kehijauan padang sekolah. Sambil itu, desis hati sesekali mengimbas kiasan kata-kata Ustazah Aisyah tempoh hari, “Rasulullah s.a.w tidak suka pada sesuatu kerja yang dijalankan umpama melepaskan batuk ditangga..”

Aku teralit dalam perasaan memuncak hiba. Oh, di mana silapnya? Lantas teringat leteran Cikgu Fatimah yang sedikit sebanyak terlempiasnya pada hasil kerjaku tadi. Sedetik itu, kekesalan timbul…

” Barangsiapa dari umatku yang membaca selawat keatasku satu kali, Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan dan mengangkat untuknya sepuluh darjat”

Andainya baginda masih ada dalam dunia akhir zaman ini, tentu sedikit sebanyak Baginda berbangga dengan generasi mahasiswa-mahasiswi intelektual saat ini. Insan-insan yang digelar ‘ummatahu’ yang bererti ‘umatnya’. Sungguh ingin sekali aku menyatakan hasrat di hati untuk bertemumu, ya Rasulullah. Akan ku ceritakan padamu seribu satu kisah perjalanan remajaku dan pasti senyuman menghiasi rona wajahmu kerana aku amat rindu pada senyuman yang seringkali menjadi penyejuk hati para sahabat. Dia yang bernama Muhammad.

“Bagus Safiah, saya suka dengan hasil tesis awak!” puji Professor Azizan sambil menuntas pandangan pada skrin komputer seketika.

Aku hanya tersenyum dengan kepuasan. Tidak sia-sia kunjunganku ke Amsterdam untuk mengkaji teknologi pertanian di sana.

“Dan seperkara lagi..”

Aku menoleh sambil mengangkat kening tanda kurang mengerti.

“Tahniah, atas kecemerlangan pointer awak baru-baru ini..” Hanya Tuhan mengerti betapa aku gembira selama ini merangkul beberapa anugerah tertinggi akademik. Namun segalanya terasa kerdil andai tidak berpayungkan pada redha Illahi.

Pastinya, aku merasakan dia sentiasa menemani dalam nadi perjuangan ini biarpun di mata jasad itu telah lama kembali kehadrat Kekasih yang satu. Dalam erti kata lain, aku merindui untuk bertemu dia. Walau diri ini banyak dipagari noda-noda sebagai insan biasa yang tidak sebanding untuk berdampingan denganmu..Ya Rasulullah di akhirat kelak, aku selalu berdoa untuk menatap wajahmu.. Keagungan kasih dan ketulusan budinya yang mengamit hatiku dan sekalian umat-umatnya.

Seorang pemuda datang pada Rasulullah dengan wajah murung.

“Aku amat cinta padamu, Ya Rasulullah. Namun aku khuatir tidak dapat bersamamu di akhirat kelak..”

Rasulullah tersenyum penuh ketenangan dan berkata, “Di akhirat nanti, engkau akan bersama orang yang engkau cintai.” Lalu pemuda itu beredar dengan senyuman.

Buktikan andai benar-benar cinta? Andainya aku mengorbankan riwayatku untuk Islam, belum tentu mampu membayar cintanya. Hinggakan sahabat-sahabat Baginda mencemburui kasih yang dipamerkan oleh Rasulullah buat umat-umatnya biarpun dimata..tidak pernah bersua. Aku bersyukur atas nama Allah, Ya Rahman…yang mengurniakan insan seistimewa Muhammad Al-Amin buat hamba-hambaNya yang dahagakan sinar Az-Zahrah, bagi mencari jalan ke Jannah..

“Sesungguhnya, aku tinggalkan pada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku..”

“Hai termenung jauh nampak, ingat boyfriend ke?”

Aku menoleh pada Haryati. ‘Erm, memandai aje dia ni’ Malam itu, kami meluangkan masa sekitar KLCC memadangkan Haryati beria mengajakku keluar untuk membeli barang.

“Ha..dah habis shopping ke? Kalau dah, jom kita balik..” Aku tersenyum melihat rona wajah Haryati kelihatan sedikit frust tidak dapat berlama-lama di pusat membeli-belah itu. Mana tidaknya, tugasan assignment di kampus berlambak-lambak masih belum dibereskan. Bukannya masa itu boleh dianjakkan!

Tatkala berlalu menghampiri kawasan meletak kereta, aku terpandang ‘adegan asmara’ pasangan kekasih yang sedang berdua-duaan dicelahan pohon yang berdekatan. Aku tergamam. Sesaat itu, aku lantas mengalih pandangan kerana tidak selesa memerhati perlakuan seumpama itu. Naluri remaja tidak lepas dari mengajarku erti godaan cinta. Namun, segalanya itu tidak memaknakan apa-apa kerana aku lebih cinta pada Al-Khaliq dan atas nama cinta itulah, aku tidak berani mendekati kemungkaranNya.

Namun, dalam diam aku menyimpan perasaan seperti gadis lain. Tidak salahkan? Kerana Siti Fatimah jua pernah menyembunyikan perasaaannya terhadap Saidina Ali sebelum menikahinya…

“Fikri?”

“Hei..dah hampir dua tahun kan kita tak berjumpa sejak di kampus dulu. Safiah bagaimana sekarang?” Merona merah wajahku ketika tanpa sengaja melanggar seorang pemuda di MPH Bookstore tadi. Rupanya, teman sekampus ku dulu. Tidak ku sangka bertemunya tanpa dirancang!

“Nabi bersabda,:Sesungguhnya, tiada yang menghalalkan percintaan melainkan perkahwinan.”

Pandangan permai Tasik Putrajaya seakan mendamaikan biarpun tiada kata yang lahir dari sanubari ini. Aku menoleh seketika padanya dan dia membalas mesra senyuman ku. Telah 5 tahun detik berlalu melewati kehidupan dengan seribu satu cerita. Namun kebahagiaan semalam tidak pernah pudar sesaat pun di ingatan.

BANG!! Aduh.. Aku merasa pandangan berpinar-pinar seolah menghentam sesuatu permukaan keras. Kepalaku berdenyut-denyut namun dengan kudrat yang ada aku gagahi jua untuk bangun. Aku sedaya-upaya mengingati tempat ini tapi aku hairan. Di mana kah? Tabir hitam di sekeliling mengaburi pandangan mata dan aku makin keliru. Dalam kekalutan, aku terlihat biasan sinar putih yang terbit dari satu sudut. Aku mengamati kerdipan cahaya itu seakan makin menghampiri…

“Sesiapa yang bermimpi melihatku dalam tidurnya maka sesungguhnya dia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak sanggup mengubah bentuknya seperti bentukku”

Kelihatan seorang lelaki menuju kearah ku. Aku tidak pasti siapa gerangannya. Raut wajahnya ku amati biarpun tidak jelas dipandangan mata. Dari panahan matanya, dapat aku agak dia mengukir senyuman yang penuh ketenangan. Sukar diungkapkan dengan kata-kata. Tetapi tidak lama, seimbas detik itu, bayangannya berlalu pergi tanpa sempat aku berbicara.

“Maaf Datin, keadaaan anak Datin agak kritikal akibat kemalangan itu. Puan Safiah kehilangan banyak darah.”

Sayu-sayup suara doktor mencecah pendengaran ku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Menatapi satu persatu wajah yang menemani disisi. Fikri dan ibu memandang antara satu sama lain dan saling tersenyum. Sesaat itu renungan mereka bersatu kearah ku pula. Aku membalasnya mesra. Fikri mengenggam erat jemari ku yang masih tersarung cincin pernikahan lalu. Biarpun telah 5 tahun berlalu, masih ku rasakan cintanya sentiasa mekar. Aku harapkan kasih dan kenangan itu terus subur seandainya diri ini tidak lagi bersamanya. Sepertimana cinta Rasulullah pada Siti Khadijah…

“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku bererti menyintaiku. Dan barangsiapa yang menyintaiku akan bersamaku pada hari kiamat di Syurga..”

“Fikri…”

Tersayat hatiku melihat air matanya yang tumpah membasahi pipi. Dalam kepayahan, dia tabah meredhai takdir Illahi. Aku kagum memiliki insan sebaik Fikri. Moga suatu masa, akan ada penggantiku untuk mengisi kekosongan dihatinya kelak. Aku memejamkan mata. Tidak berdaya menatap wajahnya dengan kolam mataku yang berkaca-kaca. Sedetik itu, aku kembali mengingati mimpi sebentar tadi. Kerinduan aku kembali hadir. Rindu pada Al-Khaliq dan rindu pada kekasihNYA..Tapi benarkah dia, Rasulullah menunggu ku di sana?

“Ya Allah, timpakan segala saja sakit maut ini padaku. Jangan pada umatku..”

“Jangan pada umatku…”

“Umatku…Umatku…Umatku…”

Matahari senja membenamkan sinar di ufuk barat. Aku menghayun langkah demi langkah. Pulang ke jalan hakiki…‘Allahumma Solli Ala Muhammad Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim.’

~TAMAT, salam Maulidur Rasul~
20 mac 1429H

Cerpen : Malam Sejuta Makna


Penulis : Lia Syazliana

Dairi yang ditatap ditutup kembali.Mutiara jernih gugur setitis demi setitis membasahi pipi Lia yang gebu.Segala kenangan sewaktu bersama dengan Faizal berputar kembali di kotak ingatan Lia.

Hai awal hari ni,awak dah brakefast ke?Tegur Faizal sambil melabuhkan punggungnya disebelah Lia.

Belum lagi, tadi saya bangun lewat lepas itu terus mandi dan bersiap.Saya ingat dah lewat, nasib baik bas datang cepat kalau tak mesti lewat saya masuk hari ni.Terang Lia sambil menguap menahan ngantuk.

Mana ada awak lewat, kita ada masa 20 minit lagi nak masuk. Apa kat kita makan kat kedai seberang jalan tu.Cadang Faizal sambil menunjuk pada kedai makan diseberang jalan tempat mereka bekerja.

Tak naklah, saya nak makan tengah hari nanti ,lagipun saya tak lapar lagi.Sorry Faizal.

Kalau macam itu tak apalah, tapi saya akan teman awak makan tengah hari nanti tau.

Tapi Faizal, lepas makan saya ingat nak pergi beli barang sikit.Boleh tak awak teman saya pergi.

Boleh, tapi awak kena janji yang awak akan tunggu saya, sebab saya nak jumpa Danny sekejab ada hal sikit.

Ok, no problem, jomlah masuk nanti lewatlah pulak.

Next week ada majlis makan malam kan..Kalau boleh after ceremony tu saya nak jumpa awak personal.Boleh tak?Pinta Lia.

Ada hal yang penting yang awak nak bagi tahu kat saya, kenapa tak bagi tahu sekarang.

Tak apalah Faizal saya akan beri tahu awak later.See you.Bye.

Awak tak nak jadikan saya sebagai teman lelaki awak ke Lia?gurau Faizal sewaktu mereka melabuhkan punggung di kedai makan diseberang jalan.

Hah apa awak cakap ni Faizal, balas Lia yang terkejut dengan pertanyaan Faizal.Oklah saya tanya awak Faizal.Awak nak ke jadikan saya teman wanita awak.Lagipun saya banyak kawan lelaki tau, saya sayang sangat kat dia orang, balas Lia dengan nada gurau.

Saya ni bukannya pengongkong, saya tak kisah kalau awak nak berkawan dengan budak lelaki lain asal awak tak goda dia orang cukup dan yang penting awak setia dengan saya, terang Faizal serius.

Hampir tersembur air yang diminum oleh Lia,apabila mendengarnya.Dahlah tak payah awak nak merepek.Faizal sebenarnya saya nak beritahu awak yang saya akan berhenti kerja. Mungkin hari ni hari terakhir awak jumpa saya.Sebab saya akan tinggal di Rawang sementara menunggu panggilan ke Universiti, saya akan sambung belajar di selatan tanah air.

Terbeliak mata Faizal apabila mendengar bahawa Lia akan berhenti,hatinya sakit,Lia buat dirinya seolah-olah tidak penting.Kenapa awak nak tinggalkan saya.Lia Kenapa dengan tiba-tiba awak nak pergi dan kenapa awak tak beritahu saya awal-awal, awak benci sangat ke dengan saya atau kehadiran saya lansung tidak membawa apa-apa makna bagi awak.

Alah Faizal janganlah emotional sangat, bagi saya ini Cuma small matter je bukannya benda penting.Lagi pun saya nak pergi sambung belajar bukannya nak pergi berperang,balas Lia sambil tersenyum menutup kegelisahan dihati.

Small matter kata awak.Lia, awak nak tinggalkan saya,.Patutlah bila saya Tanya awak sama ada awak sayang saya atau tidak awak hanya diam, rupanya awak tak sayang saya lansung.Tak kan tak ada rasa sayang awak terhadap saya walau sebesar zarah sekalipun.Air dihadapan ditolak ke sisi meja,wajah Lia yang bujur sirih ditatap.Jawab Lia jangan diam.Kalau awak nak belajar kenapa awak kata ini adalah pertemuan terakhir kita.Bukankah kita boleh jumpa bila awak cuti nanti.

Sebab saya sayang awaklah saya harus pergi.Saya takut, saya takut jatuh cinta dengan awak.Saya tak nak jatuh cinta lagi.Perasaan menyintai umpama suatu derita buat saya.Cinta pertama saya hambar, saya takut kali kedua pun macam itu.Saya sayang sangat dengan awak tapi saya tahu yang saya tak sesuai dengan awak dan saya tak boleh membahagiakan awak, sebab itu saya nak pergi dan kalau boleh saya tak nak jumpa awak lagi.Kita akan bawa haluan masing-masing.Semua dinding semangat yang dibina telah runtuh,air mata yang ditahan,berderai setitis demi setitis.

Lia, awak meletakkan semua kesalahan di atas bahu awak.Awak kena Ingat yang cinta pertama awak itu suci dan bukannya hambar.Hafiz kemalangan bukan salah awak dan Hafiz tinggalkan awak semasa dia sakit sebab dia terlalu sayang kan awak, dia tak nak tengok awak sedih dan selama kita berkawan awak telah membahagiakan saya.Dah lah Lia jangan diingat kenanagan tiga tahun lalu, awak biarkan benda yang dah berlalu dan lupakan orang yang telah pergi, ternyata tuhan lebih menyayangi dia dari kita.Salah kah saya jatuh cinta pada awak? Dan salah kah awak jatuh cinta dengan saya?Setahu saya tak salah jika kita mencintai atau dicintai.Pujuk Faizal lembut sambil memegang tangan Lia untuk memberi semangat kepadanya.

Memang tak salah awak jatuh cinta, tapi awak telah tersalah Pilih orang . Saya takut saya tak setia dengan awak, sebab saya amat menyintai dan menyayangi Hafiz.Hingga kini saya masih ingat kat dia, dia adalah cinta pertama saya dan cinta saya terhadap dia terlalu teguh.Saya tak mampu untuk lupakan dia Faizal, tangan Faizal ditolak kasar dan Lia pergi meninggalkan Faizal.

Lia, dengar sini.Saya bukannya seorang yang tamak.Sumpah, tak pernah terlintas difikiran saya untuk menakluki hati awak sepenuhnya.Saya tak pernah suruh awak melupakan Hafiz.Awak kena simpan rasa cinta terhadap dia disuatu sudut dalam hati awak.Saya tak nak awak lupakan semua kenangan awak dengan dia.Saya Cuma nak sebahagian hati awak menjadi milik saya, saya tak kisah berkongsi sebab saya tahu Hafiz telah pergi dan tak kan kembali,jerit Faizal.

Lia hanya menangis apabila mendengar ucapan Faizal.Tak sangka lelaki didepannya kini sungguh tulus dan ikhlas hatinya .Orang yang berada disekeliling hanya memerhatikan drama mereka,namun itu semua tidak diambil peduli.

Lia berpatah balik mendapatkan Fizal.Maafkan saya Faizal, saya tak boleh buat.Awak seorang yang sempurna didepan mata saya dan saya yakin yang awak akan bahagia disamping gadis lain.

Lia, apa awak kata ni, saya tak fahamlah.

Faizal, boleh tak awak buka hati awak untuk Linda.Saya tahu dan saya yakin yang Linda akan membahagiakan awak dan bagi saya dia lebih layak untuk berada di samping awak.Dia seorang gadis yang baik,cantik dan bijak.

Lia, saya tak sanggup buat macam tu, kasih saya bukannya cuaca yang cepat berubah.Memang Linda ada beritahu saya yang dia cintakan saya, tapi kasih saya hanya untuk awak.

Faizal, kalau betul awak sayang saya, awak mesti lakukan.Awak sayang saya tak Faizal?

Sayang, saya amat sayangkan awak Cuma awak je yang bencikan saya.Lia,kasih sayang awak Cuma untuk Hafiz seorang tiada ada sedikit untuk saya.

Awak salah Faizal, saya memang sayang awak.Sayang saya pada awak dan Hafiz sukar untuk dibandingkan dan sebab itulah saya nak tengok awak bersama dengan Linda.

Adakah awak sanggup tengok lelaki yang awak sayang berkepit bersama gadis lain?Soal Faizal tegas yang inginkan kepastian.

Luruh hati apabila mendengar Faizal berkata begitu.Manusia mana yang sanggup melihat lelaki yang disayangi bersama gadis lain.Namum Lia hanya menundukkan kepala tanda setuju.Dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.Air mata segara ditahan daripada bercucuran dengan deras lagi.Saya sanggup Faizal sebab saya tahu pilihan saya tepat.Ya Allah berilah hamba kekuatan padaku doa Lia dalam hati.

Kalau macam itu tak apalah saya akan cuba, tapi saya nak tegaskan yang saya sayangkan awak dan susah untuk saya berpaling arah,dan saya akan tetap menunggu awak sehingga hati awak terbuka untuk saya.Tapi kenapa awak menangis, adakah awak menyesal.Perli Faizal,sememangnya dia tahu bahawa Lia juga menyintainya namun

Luka lamanya masih lagi berparut.

Lia hanya menggelengkan kepala.Sebenarnya saya menagis sebab saya gembira, saya tak tahu dari mana saya dapat kekuatan untuk beritahu awak semua ini.Saya tak tahu dari mana saya mendapat keikhlasan untuk menyatukan awak dengan Linda.

Tapi apa yang saya nampak ialah keiklasan dan kelukaan.Lia adakah awak terluka?

Tak Faizal saya tak terluka malah saya gembira, kawan saya ada kata bahawa hadiah yang paling ikhlas ialah apabila kita memberi barang yang kita paling sayang dan hari ini saya nak beri awak cincin kesayangan saya, ini adalah barang yang paling saya sayang.Awak ambillah ini tanda yang kita pernah berkawan.Cincin yang tersarung di jari manisnya dikeluarkan dan diletakkan di atas tapak tangan Faizal.

Lia, saya tak ada apa-apa untuk beri lepada awak, tapi secara tak sedar saya telah memberi hati saya kepada awak.Lia awak janji dengan saya yang awak tak kan menangis lagi sehingga hari kebahagian awak tiba.Tangisan awak umpama pisau yang menghiris hati saya, saya tak sanggup melihat awak menangis.Janji tau.oklah saya nak pergi ni. saya yakin one day kita akan jumpa lagi, take care and always remember that i always on your side.

Bayangan Faizal telah tidak kelihatan namum Lia yakin dengan apa yang dilakukan.Faizal saya doakan kebahagiaan awak.Saya tahu awak kecewa dengan sikap saya dan saya juga tahu yang awak sedang bersedih,Cuma awak tak nak tunjukkan kesedihan awak didepan saya.Segala kenangan kita bersama akan saya simpan dikotak ingatan saya.Saya harap pengorbanan yang saya lakukan akan mendatangkan kebahagian kepada awak walaupun hakikatnya saya kecewa.Maafkan saya, Faizal saya tak nak kehilangan orang yang saya sayang.Saya takut awak akan pergi seperti Hafiz.

Lia! Kenapa kau menangis,soal Airin iaitu rakan serumah dan juga kawan baiknya.Kau teringat kenangan 5 tahun lepas ke?Air mata yang mengalir segera dilap dengan menggunakan hujung bajunya.Lia kau dah Siap berkemas abang kau akan jemput kau dalam masa 2jam lagi.Lia hanya mengangguk.

Airin,aku nak ucap tarima kasih diatas segala yang kau lakukan untuk aku.Bertuah aku dapat rakan sebaik kau.Aku nak kau janji satu perkara.Aku harap kisah diantara aku,arwah Hafiz dan Faizal menjadi sebuah memori,aku tak nak kau beritahu sesiapapun termasuk keluarga aku serta bakal suami aku.

But Lia you never know about him,how macam mana kau nak hidup dengannya.

Entahlah Airin dah itu pilihan keluarga aku,lagipun umur macam aku ni dah kira andartu,kira nasib baik ada orang still nak.

Macam mana kalau kau cuba contact Faizal mana tahu dia still tunggu kau.

Aku tak yakinlah Airin,entah-entah dia dah beranak pinak,gurau Lia sambil menunjukkan aksi mendodoi bayi.

Actually I`ve one question, and I hope you be honest with me.Tell me that you never love Faizal,soal Airin serius.

How should I tell you that I never love him,balas Lia perlahan.

So,what it`s that mean.

Sebenarnya memang aku cintakan dia,tapi ada satu hari Linda datang jumpa aku dia menangis depan aku,dia merayu kat aku supaya lepaskan Fiazal.Aku tak sampai hati tengok dia macam tu.Lagipun Linda tu seorang yang cantik,lemah lembut dan kaya.Aku pasti Fiazal akan bahagia dan aku tak nak kehilangan kawan sebab lelaki,itu prinsip aku.Ok lah Airin aku nak bersiap ni,kau jangan lupa minggu depan kau jadi pengapit aku tau.

Kau happy ke dengan wedding ni,Lia?

Secara jujur memanglah tak happy tapi dah jodoh aku agaknya.

Lia,sorry next week aku tak boleh datang wedding kau sebab counsin aku nak kahwin.

Cousin kau yang kat UK ke?Kahwin dengan minah saleh la tu.Wedding dia kat mana Rin?

Kat UK,kau nak ikut aku tak.

Tak apalah kau ucap tahniah bagi pihak aku,at least dia kahwin dengan pilihan sendiri.

Waktu yang dinantikan telah tiba,paulan kompang telah kedengaran.Lia hanya menanti dengan penuh debaran.Terbayang dikotak ingatannya saat-saat bersama Hafiz ketika suka dan duka.Faizal adalah lelaki kedua yang dicintainya adakah itu cinta terakhirnya atau cinta terakhirnya untuk suami yang tidak pernah dikenalinya,hanya namanya sahaja yang diketahui iaitu Mat, yang lansung tidak dikenali.Gambar pun tiada,apabila disuarakan keinginannya untuk berjumpa,ibunya memberi sejuta alasan.

Along dah selamat jadi isteri orang dengan sekali lafaz,bisik adiknya Mira sebaik sahaja masuk kedalam bilik pengantin sambil tersenyum.Suami Along handsome tau sambungnya.Sekejab lagi dia masuklah,Lia hanya tunduk sambil menangis.Hish!!! Along ni, hari bahagia dia menangis pulak,air mata Lia dilap dengan tisu,tu diaorang dah datang senyumlah sikit Along.

Salam diberi,ternampak sebujur tubuh sedang menghadapnya,namum Lia tiada kekuatan untuk melihatnya,kepalanya hanya ditundukkan melihat lantai.terasa Jari manisnya disentuh dan disarungkan sebentuk cincin.Namun Lia masih lagi tunduk.Alamak pengantin perempuan ni pemalunya,terdengar satu suara yang cukup dikenali.

Airin ucapnya lembut,kepalanya didongakkan dan apabila dilihat,Faizal sedang memengang lembut tangannya sambil tersenyum.Denyupan jantungnya seakan-akan berhenti adakah reality yang dilihatnya sekarang.Faizal cukup tampan dengan mengenakan baju melayu berwarna peach sepadan dengan bajunya dan dilengkapi dengan sampin.

Lia tak nak salam abang ke?Soal Faizal lembut.Air matanya mengalir deras,tanpa disedarinya tubuh Faizal dipeluk kemas.

Kenapa mengangis ni sayang,Kan Lia dah janji dengan Abang yang Lia tak kan menangis lagi.soal Faizal lembut.Malulah orang ramai tengok ni.

Cik adik oi,orang suruh salam suami hang bukannya peluk,hish dia ni kan tak sabar-sabar peril Airin.

Lia yang menyedari kesilapannya,cepat-cepat meleraikan pelukannya.Dalam hatinya dia mengucapkan seribu kesyukuran.

Apabila tetamu telah beransur pulang,Airin sempat menceritakan segalanya.Rupa-rupanya Airin dan Faizal adalah sepupu.Faizal telah pergi ke United Kigdom selepas kami berpisah dan baru ditukarkan ke tanah air enam bulan yang lalu,Sewaktu Faizal ke rumah Airin dia telah ternampak gambar aku dan Airin ketika melancong di Pulau Sipadan dan bermula dari detik itulah Airin mula mencuri-curi baca diari ku dan memberitahu segala yang terdapat pada diari itu dan segala yang kuceritakan kepada Faizal.

Pada awalnya dia lansung tak tahu bahawa Faizal yang selama ini kuceritakan adalah sepupunya.Airin juga ada memberitahu ku bahawa Linda telah berkahwin dengan anak Tan Sri.Rupanya Faizal telah mengetahui bahawa Linda ada datang menyuruhku melepaskannya dan Dannylah yang memberitahunya,macam mana Danny boleh tahu,itu aku tak pasti.

Apabila semua maklumat yang diberi oleh Airin cukup,Faizal telah datang menemui orang tuaku dan menceritakan segalanya,dia juga ada membawa dairi ku dan cincin yang terukir namaku yang ku berikannya di saat perpisahan sebagai bukti.Orang tua ku bersetuju untuk merahsiakan segalanya dan segala persiapan perkahwinan ku telah diaturkan di rumah abang ku di Ulu Klang.Patutlah dairi lama ku hilang.Walau apa pun jutaan terima kasih ku ucapkan kepada Airin,kerana menemukan aku dengan suamiku ialah Mohd Faizal Radzi atau singkatannya Mat.Malam pertamaku hujan turun dengan renyai-renyai,hujan itu seolah-olah kebahagiaan yang bakal ku perolehi.Maka berakhirlah malam sejuta makna.

Cerpen : True Love


Penulis : Cahaya Naluri

My name is Hanna Sofea. I was married to a guy that I think every woman in this world wish for, Adam Haikal. However , my marriage was not because of love but it only because of a bussiness work between our parents. Everything went so fast. Our parents have left us forever and now I am totally happy with my beloved hubby and my kids, Farisha and Akhyat. To flash back about my past time, quite hurt for me. Honestly, there were a lot of problems happened before we could reach our happiness like now.

26 December 2006, Adam allowed me to go on with my carrier as we did not have any responsibility yet. So, I worked as a secretary in Amirza Corporation. Everyday, he sends and fetches me. One day which everything start to change, my boss had to transfer and a new boss will come to take over his place. The next morning ,
“Good morning everyone.” an unknown voice greeting us.
As he wanted to move a step to my boss office, I quickly stopped him
“Sorry Sir, may I know who are you? I can not allow you to enter this room at this moment. My boss was not around.” I said politely.
“Good.” he paused and then he continued “How your boss wanna be around if you are not allowing me to enter MY ROOM.”
I was totally freezed with the statement. He is my new boss.
“I am sorry Sir. I did not know. Nobody told me about this.”
Soon I finished my words. He entered the office and everyone started to work as usual. My routine also never change.

2 January 2007. Today, Adam need to go outstation for a week. So, I need to go work by myself. I did not have any problem for that as I could drive by my own. But this was my unlucky day , as my car broke down on my way to the office. I was so panic at that moment. Suddenly, a red BMW stopped exactly in front of me. Ouch.. Why must him? I wondered. As a gentleman, he, Mr.Shahrul offered me to go to the office by his car after the mechanic arrived. Start from that day, my relationship with my new boss became closed. He was a good and very kind boss. The way he talk and smile could flirt all the woman that knew him. Even I could fall in love with him. After a week , mean that I had to go to my office with my hubby. I will miss Shah.

9 January 2007. “Honey, you look so different. So charming. Is there any function at your place today?” Adam asked curiously. “No. I just want to change my physical appearance.” I answered. So that I will look stunned beside Mr.Shah. I continued the answer in my heart. At that time, I was to happy. I realised Adam also felt weird. But he kept it silently. One night, I told him, “Biey, start from tomorrow you no need to send and fetch me as usual.” “Why? You wanna go work by yourself?” he replied. “Yeah” I lied to him. Sorry Biey. Moon start to shining with the sun, almost every moment I spend with my boss than my husband.

13 January 2007. My boss asked me to accompany him to a place. He brought me to Hotel Vistana Melaka. There,he approached me to be his girlfriend. Spontaneously I said, “What? Are you out of your mind? I am married.” The fact really wake me up. If I did not married yet I will accept you Shah. I confessed in my heart. However, he never give up. Everyday he tried to convince me. I was lost with his words. Then , informally I had be his gilrfriend. This was a secret between Shah and me. Since I have been her girlfriend, we kept dating together. I was lost with my fantasy world. I forgot everything whenever I was with Shah. Adam could feel something different about me. Each time he asked me, I will lie
to him. I felt so guilty.

14 February 2007. Adam asked me to be home early. But I forgot his reminder. When I stepped in the house on that night. The dinner room was so beautiful. There was a romance value. At the side of that room, my husband was sleeping. I could see the lonely face inside him. I tip toed to the dinner set because there was something really attracted my attention. A piece of card with a wrapped present .Any special today huh? I puzzled. I read the phrases on the card. It was my hubby handwriting which said

Happy Anniversary Dear..
My wife is nicer than anyone’s wife
Anyone’s wife anyone’s wife
My wife is nicer than anyone’s wife
Which nobody can deny

Sweetheart,
Even the days are brighter
With someone I love beside me
Even the nights are better
Since I have found you

Thank you for being my wife,Hanna. Always loving you.
Full of love,
Adam Haikal

I was touched. All this make me realised the sin that I have done. Sorry seems to be the hardest word Biey. But as I always thought, people cannot hold the promise that the have made. So was I.

23 February 2007. My “secret love” still went on. Beep..Beep..a sound from my handphone telling that someone had sent me a message. I was in the toilet. When I opened the door, I saw Adam was holding my phone. Who sent the message? Not Shah please. I shouted. Adam could detect my expression. He passed me the phone. The message was still unread. I felt relieved. After that night, Adam started to make a distance between us. His worst suspicions was confirmed, I was having an affair with my own boss. Thoughts and question raced in his mind as he saw Shah and I at Melaka Central enjoying our day. I realised his eyes focused excactly towards me. I bothered him and wishing to go away from that place as soon as possible. I felt so stressed after saw my hubby innocent face. I realised that Adam was disappointed with my action. When I was home, I saw a note on the television

Honey,
I don’t know what was my fault. Give me time to think. I will get you free if you wish for it. If you
still love me. Stop all this. I will be back to you.

Hurt,
Adam

I cried for my stupid mistake. Since he walked away from my life, I felt so lost. Then I realised who I really love most. It is my hubby, Adam. I decided to stop all the problems that ruining my marriage.
Shah seemed so frustrated but this was my final decision.

1 March 2007. I started to having a sickness that I did not know the reason. I thought this was only a normal sick. But it started to be more bad from day to day. I was suffering with my sins. Suddenly, I saw everything uncleared. I whispered “How I wish you were here Biey.” Then I heard the door opened abruptly. Later I fell unconciously and did not realised what happen after that. The next morning, I saw a roll paper in my hand ” it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones.” I cried. This message was true. Where is him?What happened to me last night? Who saved me? All questions rolling on my mind. The door opened and someone stepped in. “Adam.” Only that went out from my mouth. Slowly, he walked towards me with a smiling face. I was so confused. “Please forgive me Biey. Sorry for being unfaithful and sorry for betraying our love.” I said while crying like a baby who lost something special. His palm held on my face and his thumbs wiped my tears. Then he said “It’s okay dear,let the past be the past. Together we build a new life with new person in our life.” He almost jumped out of his skin when I screamed “Noooooooooooooo……………..”
He just smiled meaningfully. “We will be papa and mama to a baby dear. You are pregnant.” I was just crying, not because I was sad but despite of it I was so happy. I hope my bad attitude will remained lost forever.

23 December 2007. I was totally change with the guidance of my husband. And our life now more cheerful with the coming of my babies. A twins that were named Farisha and Akhyat.

Dear Biey,
Thank you for giving me a chance. I will never disappointed you anymore. I will always hold yours above my thoughts of others. Appreciating everything you and will always be your wife. Life is like a flower, Love is it honey. Forever love you.
-Hanna Sofea-

Cerpen : Hanya Dua Hari

eyena
scpn_yuk@yahoo.com

“Makcik kenit, nak sikit”,
selamba aku mengambil bungkusan Twisties, satu-satunya keropok yang aku suka makan dari tangan Shahira.Anak Maksu aku yang baru berumur 5 tahun ni perangainya memang mengalahkan nenek. Tu kira bagus le tu aku panggil makcik je…ingat nak panggil unyang je…hehehe…
“Ee…tu kita punye ar..”,
lantas makcik kenit bercekak pinggang. Matanya tak payah cakap la…macam nak telan aku jer…aku tersengih.
“Kak Hurin ni..eee..Pergila beli sendiri.Asyik ambil kita punye jer….Pergila tolong Maklong tu masak.Asyik tengok tv jer.Kite suruh belanje aiskrim pun tak nak”
Ni yang tak tahan ni.Dia dah start membebel la pulak.Kalah mak ngan opah aku.
Belanja aiskrim? Huh…Twisties ni pun aku yang beli. Ada hati nak kedekut dengan aku. Tadi masa mak aku sibuk suruh aku pegi kedai beli kicap, makcik kenit ni sibuk nak ikut. Dah la kat kedai runcit Abu Rongak tu dia pau aku macam-macam.Keropok je aku sendiri dah tak ingat dia ambil berapa jenis,dengan asam masinnyer, dengan aiskrimnyer,dengan gula-gulanyer, dengan coklatnyer…eee..sabar je la aku.Dia ingat nak buat kenduri ape.Tiba tang nak membayar tak cukup duit.Pink muka aku kena perli dengan Abu Rongak.Mana taknyer,dalam wallet aku ada 2 keping je not sepuluh ringgit.Aku pun apa lagi,suruh dia letak balik aiskrim cornetto yang dia beli sampai 5 tu.Cair taik telinga aku dengar makcik kenit ni membebel sepanjang nak balik umah. Mak aku ni pun satu (eh..memang satu pun), tau kicap dah habis, ubah ar menu tengahari..nak juga masak ayam masak kicap tu.Buat ar ayam masak stim ke,ayam panggang ke,ayam kari ke…Lepas tu terjerit-jerit kat aku suruh beli kicap.
“akak berangan ek?ingat boyfriend ye?”,
makcik kenit tersenyum nakal. Ish…tak padan dengan budak kecik…pandai dah sebut boyfriend. Aku buat muka selamba sambil meneruskan kunyahan twisties.Eh, sedap pulak benda nie.
“Kak Hurin, kita pun ada boyfriend.Nama dia Syafiq”,
Makcik kenit dah buka cite. Nie yang syok nak dengar ni. Dia ni kalau bercerita mau sampai pagi esok dia ulang cerita yang sama. Makcik kenit tersenyum-senyum. Eleh..malu la pulak.
“Iye?Mana Shahira kenal ni?”,
layan je la.kang tak layan kang merajuk pulak. Makcik kenit ni kalau merajuk dialah champion. Payah benor nak pujuk.
“Ada la.Nanti kita nak ajak Syafiq main barbie kejap lagi”,
Makcik kenit masih senyum-senyum. Oh..Si Syafiq cucu Makcik Yah jiran rumah aku ke.Aku ingat siapa la Syafiq yang makcik kenit ni ngorat. Ceh…bukan semalam ke diorang ni baru kenal. Itupun aku yang kenalkan. Ye la..aku tengok dua-dua budak kecik nie merenyam semacam jer..sorang tu buat aksi ultraman la…sorang tu main sikat-sikat rambut la kat tepi pagar. Nak ajak main pun kena buat aksi. Hahahaha…lawak gila aku tengok. Aku pun apalagi pergila kenalkan diorang ni. Huh…lepas tu terus tak ingat aku dah. Kejap je dah hilang pergi main basikal. Selalu tu aku je la yang jadi mangsa makcik kenit ni.Mengekor je kat belakang aku 24 jam. Pantang aku gerak sikit..mata dia dah terbuka besar pandang aku. Aku garu tangan pun dia dah menjeling.Nasib baik aku ni kakak sedara yang baik.Eh..penyayang sebenarnyer.Satu-satunye adik sedara aku yang paling kecil.Anak bongsu mak usu aku.Tu sebab manja sikit tue. Eh..manja banyak. Sekali-sekala bila mak usu aku datang rumah, riuh sikit la rumah aku ni dengan suara anak makusu aku yang seramai 4 orang ni.Semua bawah umur lagi.
“Kak Hurin, kejap lagi kita main Barbie sama-sama nak? Syafiq pun nak ajak pak ucu dia main. Emm…atau kita main kawin-kawin. Kak Hurin ngan Pak ucu dia kawin.Kita jadi mama. Syafiq jadi papa.Ok tak?”
Makcik kenit sibuk merancang.Belum sempat aku jawab, dia dah berlari masuk ke bilik ambil beg mainan. Huh…ada hati nak jadi mak aku pulak.Tak padan dengan kecik. Lepas tu ada ke dia suruh aku pulak yang kawin. Kawin betul-betul takpe jugak.hehehe…dengan pak ucu Syafiq?mesti dia pun sama jugak dengan aku. Kena kawin paksa.Hahahaaha….Eh..siapa dia ye?tak pernah aku kenal pun. Mak ngan abah aku pun baru pindah kat kawasan perumahan ni 4 tahun yang lepas. Masa tu pun aku tengah study lagi kat USM. Kalau Kak ita dengan suami dia aku kenal la.Anak Makcik Yah yang sulung. Abang Azmi anak kedua dengan Kak Nina isteri dia. Syafiq, cucu tunggal Makcik Yah.Pak Ucu? Oh ni mesti anak bongsu makcik Yah yang kerja engineer tu.Ala yang Makcik Yah kata kat aku kalau jumpa anak dia jangan segan-segan tegur tu. Nama pun aku tak tau. Inikan pulak muka dia.so camner aku nak tegur dia.aku balik kg ni pun bukannya selalu. Mesti time dia balik, aku tak balik.Issh..rugi..hehehehe…jangan muka macam lanun dah la..Lanun?huh..menyampah,sakit hati,meluat bila aku ingat si lanun tu Uwek…Aisehhh.tapak tangan aku dah gatal dah…

Alamak.Dah pukul 7 la.Apesal jam loceng aku tak bunyi ni.Mampus la aku.Hari ni ada meeting dengan wakil syarikat Cosmet World pukul sepuluh.Sempat ke ni?Eee…Dah tak sempat nak mandi nie.aku gosok gigi dengan basuh muka je la.Bukan orang tau pun aku tak mandi.Kang aku pakai la perfume banyak-banyak. Lagipun malam tadi aku mandi malam pukul sepuluh.Dah la kena naik komuter hari ni. Kereta aku kak Anis pulak pinjam hari ni. Ada medical check up katanya.tak sampai hati pulak aku nak tgk kak anis naik komuter.Abang Is pulak outstation.Terpaksala aku ni sebagai adik yang paling baik kat dunia berkorban sikit. Tapi skang memang aku dah terlebih korban ni.silap-silap aku kena jadi daging korban dengan bos aku, En. Azhar.Oh..tak sanggup!!!!Nasib aku dah iron baju. Apalagi, macam Watson Nyambek ar aku lari ke stesen komuter.Makcik Miah yang jual nasi lemak kat simpang jalan tu pun agaknya terkejut tengok aku. Ye la..selalunye aku la pelanggan tetap dia tiap-tiap pagi.Tiba-tiba….Keceboom…
Oh no..habis basah baju aku.Kurang ajar punye kereta.Buta ke?Tak nampak ke lopak air yang besar ni ha???Eeee….
“Woi,buta ke?”
Aku menjerit sekuat hati.Biar tercabut anak tekak aku ni.Pemandu Peugeot warna hitam itu menjengukkan kepala.Rasa macam nak sembelih je kepala dia ni.
“Sorry la saudari.Tak sengaja”,
dia melambai-lambaikan tangannya dan terus memecut laju.Kurang ajar!!!Siap kau.Aku jumpa kereta kau tau la aku nak buat apa nanti. WPU 7654.Shoot!!!Aku macam mana ni?Takkan nak pegi kerja dengan basah baju lencun macam ni.Eee…kena tukar baju la pulak.
Fuh..lega..train pukul 8.00 pagi tak jalan lagi.Sempat aku tarik nafas dan mencari-mencari bangku kosong untuk aku duduk.Tapi..apesal ramai sangat orang hari ni??aku melihat jam.Ish…dah pukul 9.00 ni.Nape train tak sampai-sampai lagi. Kakak di sebelah aku dah mengipas-ngipas.Kuat sikit kak.Hehehe…Aku pun panas nie.
“Selalu aje rosak la komuter ni.Teruk betul”,
Kakak di sebelah aku mengomel.Ha??Rosak???mati aku..

Aku sampai office tepat pukul 10.15 pagi. Sampai-sampai aje ofis,Shira dah bercekak pinggang. Muka tu tak payah cakap la.Macam aku ni ayam golek yang dia suka makan tu.
“Apsal ko lambat hari ni?Ko tau tak En. Azhar dah mengamuk sakan.kitorang semua dah cair taik telinga tau!”,
aku nak buat muka apa lagi.sengih je la.Jangan kena pelangkung dengan Shira ni sudah la.
“Ala…Sorila.Tadi ade malaun mana ntah pegi langgar lopak air.Habis basah baju aku.Tu yang lambat tu.Eh..orang tu dah sampai ke?”,
aku segera mencapai fail dan segala benda yang ada atas meja aku.
“Dah.Cepat la masuk bilik meeting”,
Shira menolak aku masuk.Alahai..tabah la wahai hati.aku segera mengetuk pintu dan melangkah masuk. Tak berani aku nak pandang muka bos aku tu.Yang aku boleh buat senyum dengan sehabis cun la.
“Minta maaf.saya lambat sikit.Ada emergency waktu nak datang tadi”,
aku segera mengambil tempat di sebelah En. Azhar.Tak sanggup aku nak tengok muka bos aku. Yang aku tahu ada tiga orang dalam bilik meeting ni sekarang.Eh..kenapa macam kenal je muka mamat depan aku ni???Konfius!!!
“Eh takpe.tak lambat sangat pun.15 minit je lewat.Hati tak terbakar lagi, baru keluar bara je”,
aku mengangkat muka.Dia ni perli ke ape?Pemuda di depan aku tersenyum sinis. Yang sebelah dia tu, kepala botak sikit hanya tersenyum.
“Em..tak pe. Saya Abdul Hamid Pengurus Projek Cosmet World Corporation dan sebelah ni jurutera kanan syarikat saya En.Zafran Zafril “,
“Saya Hurin Ain Syazwin.Just call me Hurin”,
“ok Azhar, Cik Hurin pun dah sampai. Kita boleh la mulakan sekarang”,
Encik botak melemparkan pandangan pada bos aku.Eh encik Botak??Heheheh…Bos aku hanya mengangguk. Ish..mana aku pernah jumpa mamat senget ni ye???

“Hurin, lain kali saya tak nak awak lewat lagi macam ni. Ini important meeting.Awak nak ke company kita rugi macam tu aje?”,
En Azhar dah mula bersyarah depan aku. Itu baru intro.Aku pun terus jadi air batu kat situ.tak berani nak jawab apa-apa.Bos aku ni kalau marah dia dah tak ingat dunia dah. Baik aku diam je kan???Dia pun apa lagi.Habis le segala macam citer dia ungkit balik.Aku ni suka datang lambat la, aku ni suka bising-bising la, aku ni itu la…aku ni inila…bla..bla..blaa…ade la setengah jam aku dok tegak macam tiang depan dia. Ape la nasib aku hari ni???
“Sudah la tu.Lain kali saya tak nak awak buat apa-apa masalah lagi. Awak pekerja yang baik dan sayang kalau pekerja sebaik awak tak dapat menunjukkan disiplin dalam kerja yang memuaskan.”,
eh dia puji aku la. Dalam marah-marah pun dia still puji aku lagi. Ni sayang balik kat bos aku ni.Tak jadi nak lancar perang mogok tak nak cakap kat ofis seminggu.Eh boleh ke???Hehehe,…sudahnya aku pun minta la maaf banyak-banyak dan janji tak buat lagi.
“Azhar,kami balik dulu la.Oh ye Cik Hurin, saya rasa tudung yang cik Hurin pakai ni macam terbalik je.Tu la, lain kali bangun pagi awal sikit. Tak perlu la Cik Hurin kena pecut 100m selalu”,
Lelaki yang bernama Zafran Zafril ni memang menyakitkan hati,jantung,peparu dan segala organ aku.Dah la tadi waktu meeting dia asyik bangkang je sume cadangan aku. Kalau company ni aku punya tak hingin aku nak buat sebarang projek usahasama dengan company dia.Eh betul ke aku pakai tudung terbalik??
” Okla..nanti next week kita bincang lagi”,
En. Azhar berlalu pergi. Aku pun apa lgi cabut la.Tak ingin aku nak mengadap muka malaun ni.
“Jangan lupa betulkan tudung Cik Hurin tu.Karang orang ingat Cik Hurin tak betul pulak”,
Mamat tu mengenyit matanya.Uwek…Segera aku mencari Shira.

“Shira. Aku pakai tudung terbalik la!!”,
Eee…macam mane la aku tak perasan tadi. Ni semua malaun yang buat baju aku basah ni punya pasal.Sebab aku nak cepat sangat tadi sampai tak perasan aku pakai tudung terbalik.Geramnya aku.
“Hehehe…Apsal ko tak pakai baju sekali terbalik?”,
Shira dah ketawa tak berhenti.Tak boleh harap punya kawan.Ingat nak tumpang kesian kat aku ni ha…Huh…
“Eh,kita nak makan kat mana hari ni ye?Kita gi Pertama nak?Ada rezeki boleh aku lepaskan rindu kat abang CIMB bank aku”,
Shira dah senyum gatal.Nyampah aku.
“Eleh…tak habis-habis dengan abang CIMB dia tu.”,
“Hehehe…eleh Hurin.Jeles la tu.Tu la.si Radzi ni sikit punya gila kat ko,ko tak layan.Poket berat tu”, Zara dah mula dah.Kenapa la dia sebut nama mamat tiga suku tu.Boring betul.
“Tolong sikit. Tak hingin aku kat Radzi tu.Dia tu macam susu masam tau.Langau cun ramai sangat hinggap kat dia.ee…tak kuasa aku”,
huh…aku tengok perempuan yang terhegeh-hegeh kat Radzi ni pun naik lemas.Nasib la aku takde ape-ape feeling kat dia.Kalu tak merana la aku.
“eh..takkan ko takde ape-ape feeling kat dia?kat lelain?aku tengok takde pun yang ko layan spesel sikit.eh..ko ni lesbian ape?” Shira dah tersengih pandang muka aku.aku cekik pulak la budak Shira ni kang.
“Oi..mulut ko tu insurans dah mampos ke??kalau aku jatuh cinta,emmmmmmm..tapak tangan aku ni mesti gatal.hehehehe”, aku main sebut je…
“oi…tapak tangan gatal tu orang tua-tuia kata nak dapat duit..yang ko ni guna mazhab mana pulak ni?”, shira dah berkerut –kerut mukanya.
“Mazhab Al-Hurin Al ain Al-Syazwintun!!!”,aku terkekeh-kekeh gelak.
“Dah la tu. Cepat pegi betulkan tudung kau tu.Lepas tu kita gi makan.Aku dah lapar ni.Kita pergi mencekik kat belakang istana ar.Ikan bakar!!!!i”, Zara sudah bersiap-siap nak keluar mencekik.
“ok..siap”,
aku dengar bab makan ni memang syok. Dah la tak sempat breakfast pagi tadi.kebulur!!!

“Eh..kejap-kejap.Aku macam kenal je kereta ni”,
Ni macam kereta malaun tu. Ye la.WPU 7654.sah!Serentak dengan tu dendam aku dari pagi tadi datang bergolek-golek. Sebab dia aku kena tukar baju, sebab dia aku lambat, sebab dia aku kena marah ngan bos aku dan sebab dia aku jumpa lagi sorang mamat tak guna yang asyik dok perli aku je.Eh..baru aku teringat.Rupa malaun tadi macam pemilik kereta yang buat baju aku basah ni kan?Ceh…patutla aku rasa macam kenal je mamat ni tadi.
“Eh Hurin.Aku tau ar ni kereta idaman ko, tapi tak payah ar tengok sampai macam tu sekali.”,
Zara memandang pelik.
“Meh bagi aku duit syiling”, aku menghulurkan tangan pada Shira. Syiling 50 sen dalam tangan aku sekarang. Aku tak kira. Nak jadi apa pun jadi la. Asal aku dapat balas dendam.
“Eh Hurin, Kau nak buat apa ni? Jangan kata kau…”,
Scret………………garisan panjang dari pintu depan sampai pintu belakang.Zara dan Shira ternganga. Aku senyum puas hati giler!!!
“Ko dah gila ke Hurin?”, Shira dah buat muka cuak. Boring la dia ni.Sikit-sikit nak takut.Tak adventure langsung.
“Apa yang awak semua buat kat kereta saya ni?”,
Gulp…aku telan liur.Serentak 3 anak dara cun ni berpusing ke belakang. Bersedia untuk memecut selaju-lajunya.
“Lari Hurin!!!!”,
yang aku tahu aku dah pecut gila-gila.Habis keluar semua peluh jantan betina aku.Tak pandang belakang dah.Rasa-rasanya dia cam tak muka aku???Alamak…Dalam termengah-mengah kami bertiga berhenti berlari setelah dengan yakinnya mamat tu takde kat belakang. Fuh..selamat!!!!
“Ni semua kau punya pasal Hurin.Nyaris kita kena tangkap tau!”,
Shira mengesat peluh di dahi. Habis cair semua mekap dia.
“Ala kira oraitla tu.Korang ni exercise sikit.Asyik memerap depan pc pun tak elok gak.Sesekali kena berlari macam ni. Baru sihat!”
eh..betul apa. Banyak lemah dah terbakar ni..Habis la simpanan lemak aku ni.
“Banyak ko punya exercise!!Aku dah separuh mati lari kau tau.Tepila,aku nak pi makan cendol mamak tu lagi bagus!”,
Zara segera berlalu.Eh..cendol la…tak dapat ikan bakar dapat cendol mamak pun jadi la.Lepas hari tu,aku terus ambil cuti 2 hari balik kampung.

“Hish..anak dara aku ni.Asyik berangan je kerjanya.Aku suruh pegi ambil serai kat belakang tu.Dia boleh duduk depan ni tengok tv”,
oh mak kau!!!!!Kus semangat!!!!alahai mak aku ni.Buat aku terkejut je la.Makcik kenit tersengih-sengih kat belakang mak aku.
“Yela..yela…Hurin nak pergi ambil la ni”,
selebihnya aku malu.Makcik Yah ada rupanye.Jatuhla saham anak dara aku.Mak aku ni…Hehehe….
“Hah,jangan ko ambil lalang pulak.Serai dengan lalang pun tak tahu beza.Apa la anak-anak zaman sekarang”,
aih..mak aku dah start dah…Mula la tu nak bukak citer kat Makcik Yah.Aku tengok makcik Yah dah tergelak-gelak dah.Ni sure mak aku cite hal tahun lepas ni.Eee…kalau boleh agaknya satu Malaysia ni mak aku nak cite. Dah memang waktu tu aku tak kenal mana satu lalang mana satu serai.aku pun main ambik je la.Itupun nak kecoh la mak aku ni.aku citer la benda tu kat kengkawan aku.Ada ke semua pakat gelakkan aku.Diorang kata aku ni dah kes teruk dah ni. Lepas pada tu, tiap-tiap minggu aku pergi pasar..Bukan nak beli ikan.Tapi nak pi ‘berkenalan’ dengan semua makhluk,benda dan sewaktu dengannya kat pasar ni.Sekarang ni aku dah terror dah..Cakap je la sayur apa,ikan apa,semua aku tahu dah.Aku tahu nama jela…masak tak tahu..hehehehe…..Ok..sekarang pergi ambil serai Hurin. Terbongkok-bongkok aku potong serai tu.Ish..apa ke payah benor ni..Liat!!!!ke pisau tumpul???
“Oi..anak dara tak elok menonggeng!!!”,
Oh mak kau!!!!Hish…terkejut aku.Aku berpaling ke belakang.Aik…macam kenal je.Mak!!!!!!!Malaun ni.Dia ikut aku sampai sini ke???Mana aku nak lari ni???
“O..laju awak lari hari tu?Tak tengok depan belakang dah ye.Ha…sekarang ikut saya pergi balai polis!!!”,
Hah???Balai polis???tak nak!!!!Dia ni biar betul.Takkan nak bawak aku pergi balai polis kot.Agak-agak ar sikit.
“Errr…saya tak sengaja hari tu.Tak tau la kenapa hari tu tangan saya secara terautomatiknya tercalarkan kereta awak.Lepas tu, saya terkejut,lepas tu saya pun terlari la..Macam tu la citernya”,
“Banyak awak punya ‘ter’….”, alahai mamat ni makin dekat la pulak.eee…jauh la sikit.Panas ar.
“Hah..Zafril.Apa yang kau kacau si Hurin tu”,
serentak mata aku memandang Makcik Yah dan mak aku di pintu dapur.Dia ni anak makcik Yah ke???Jiran aku???selama ni aku ingat dunia ni besar rupa-rupanya memang kecil la.aku pun apa lagi.Cabut!!!!
“Hurin dah kenal dengan Zafril dah?Ni la anak bujang Makcik Yah yang bongsu.Korang ni mana la pernah jumpa.Ha..dah jumpa ni kenal-kenal la.Senang kalau jumpa kat KL nanti.Tak la macam orang asing je.Duduk rumah sebelah-sebelah.tapi tak kenal”,
aku sengih je la.Apa lagi yang aku nak buat.Zafril memandang tajam pada aku.Aku dah garu-garu tapak tangan.Apesal gatal plak ni?Yang mak aku dengan makcik Yah ni apsal pulak la tersenyum-senyum ni.
“Nah serai”,
segera aku masuk dalam rumah lepas bagi serai kat mak aku.Tak sanggup aku nak duduk kat situ lama-lama.Rasa dah tak nak keluar rumah dah lepas ni.

Hahahaha…dia tu memang kelakar betul la. Hurin Ain Syazwin..Nama yang cantik, secantik empunya nama..tapi perangai..hehehehe…selama ni aku asyik dengar daripada cerita mak aku tentang dia. Beria-ia benar mak aku bercerita.Nampak berkenan sangat mak aku dengan dia. Segala cerita dia aku tahu walaupun orangnya aku tak pernah jumpa pun. Kisah ambil serai, jatuh basikal masuk longkang sehinggalah kisah dia tolong mak aku angkat barang sampai demam.Macam-macam.Mungkin gila bunyinya tapi aku jatuh cinta dengan dia daripada cerita-cerita mak aku.First time aku nampak dia waktu dia naik basikal depan rumah.Macam aku tak tahu dia curi-curi ambil basikal mak dia yang stail lama tu.Ala yang roda besar tu. Punya la suka muka dia bila dia dapat bawa basikal dia. Mula-mula perlahan lepas tu tak ingat dah.Laju je kayuhnya.Pusing balik..kayuh laju lagi..pusing balik..Alih-alih aku tengok dia dah tertonggeng jatuh kat tepi pokok bunga mak aku. Rupa-rupanya dia bantai langgar pasu bunga mak aku.Habis pecah.Kuat jugak minah ni.Muka tu dah merah dah.Takut la tu!!!Lepas tu aku tengok dia try susun balik serpihan pasu tu.Matanya tu asyik melilau kiri kanan takut orang nampak.Dia ingat aku tak nampak???esok paginya mak aku bising kata ada budak-budak nakal pecahkan pasu bunga dia…hehehehe…Yang kelakarnya dia datang kat mak aku nangis-nangis kata dia tak sengaja langgar.Yang mak aku terkebil-kebil tengok dia.Lepas tu mak aku bantai gelak.Itu kisah 4 tahun yang lepas.Masa dia mula-mula pindah kat sini.Sehinggalah satu hari mak aku tanya aku dah ada girlfried ke belum.Dia kata kalau takde lagi dia nak pinang si Hurin tu untuk aku.Terkejut la aku.Mak ni biar benar.aku kata bagi aku kenal dia dulu.Terus mak aku minta gambar dengan alamat Hurin kat KL,tempat kerja dia sekali kat Makcik Jamilah, mak Hurin. Dari situ la aku saja je cari gaduh dengan minah ni. Hahahaha….tu yang calar kereta kesayangan aku tu..Nasib Hurin yang buat..kalau orang lain memang dah masuk wad dah aku kerjakan.Tapi aku memang terkejut la..Berani betul dia ni.Pulak tu mulut tu ada aje nak lawan cakap aku.Ok mak..sekarang jugak mak pergi pinang si Hurin tu.Saya luluskan!!!!hehehehehe….

“Hurin, meh duduk sini kejap.Ada benda mak ngan abah nak cakap sikit”, ish..ape pulak la mak ngan abah nak cakap ni. Macm serius la pulak.Aku ada buat salah apa-apa ke?ke mamat tu dah cite kat mak ngan abah aku pasal hari tu.Ish….makcik kenit ni pun ada jugak.
“Ada apa bah?Ada saham ke nak bagi kat anak abah ni?Berapa juta?”,
aku berani lagi buat lawak tu.
“Hish…budak ni.Kalau cakap tu tak pernahnya serius.”,
mak aku dah menggeleng kepala.abah aku senyum je.Hish..hensem pulak bapak aku ni.
“Hurin..dengar sini baik-baik. Sebenarnya ada orang datang merisik Hurin. Keluarga kita pun dah kenal baik keluarganya.Dia pun baik Hurin.abah tengok dia bertanggungjawab dan abah yakin dia boleh jaga Hurin dengan baik.”,
hah???merisik??aku ke??kenapa aku??ni yang tak best nak jawab ni.aku terdiam sambil menunduk kepala.ala-ala malu la tu.
“Hurin kena terima juga ke bah?Tak boleh menolak?”
“Segalanya abah serahkan keputusan pada Hurin.Abah nak Hurin bahagia.tapi abah berharap jugak yang Hurin akan terima”,
dah sudah..tu maknanya kalau aku tolak aku dah kecewakan abah ngan mak aku. Anak sapa la abah aku berkenan sangat ni???
“Boleh Hurin tahu siapa?Hurin kenal ke?”,
Hish..mak aku dah tersenyum dah. Ni yang tak syok ni.
“Zafril anak Makcik Yah sebelah rumah kita ni”,
nak tersedak aku dengar nama dia.Biar benar ni??aku tak silap dengar lagi kan?apa yang dia buat ni??bukan ke dia bengang giler dgn aku??takkan dia nak balas dendam dengan aku macam ni kot??
“Dia???!!”, aku dah ternganga dah.Mak ngan abah aku saling berpandangan.
“Kenapa terkejut sangat ni Hurin?”,muka abah dah kehairanan.
“Yela.Takkan jiran sebelah rumah kot”,aku mendengus marah.
“Tak boleh ke jiran sebelah?ke kau nak jiran belakang rumah?”,mak aku pulak menyambung.Buat lawak ye mak?
“Ala.Tak nak ar dekat-dekat.Tak thrill la”, aku dah tarik muncung ke depan.
“Nak thrill apanya?”, mak dah naik suara.
“Ye ar.Hurin….Hurin tak kenal pun dia.Macam mana Hurin nak hidup dengan orang yang Hurin tak cinta”,
cewah….cinta???geli geleman aku.Akhirnya abah bersuara.
“Terpulang la pada Hurin.bah harap Hurin fakir masak-masak”,
abah bangun dan berlalu masuk ke bilik.Mak pun dah bangun masuk dapur.Tinggal makcik kenit terkebil-kebil pandang aku.Tu dah start ar dah tu nak buat protes.Kesian kat aku kan???
“Jom makcik kenit.Kita makan aiskrim”,aku tarik tangan makcik kenit.Saat macam ni kena lapangkan hati dengan aiskrim.Ni makcik kenit ni mesti suka la ni.Segera akumencapai kunci kereta.Baru nak start kereta tiba-tiba….
“Awak!!”, zafril tiba-tiba muncul.Hish..dia ni suka sangat buat aku sakit jantung.
“Awak nak balas dendam kat saya ye?kenapa awak mesti libatkan keluarga kita?mereka tak tahu apa-apa.”,lirih aku bersuara.
“Saya tak kata pun saya nak balas dendam.Hurin Ain.dengar sini baik-baik.Saya percaya pada kata hati saya.Saya akui awak kenal saya pun tak lama.Baru 2 hari.hari tu dengan hari ni. Itupun dalam keadaan awak bencikan saya.Tapi sama ada awak percaya atau tak saya dah lama kenal awak.Melalui cerita-cerita mak awak dan mak saya. Mungkin gila tapi saya jatuh cinta pada awak Hurin. Dan bila saya kenal awak, saya jatuh cinta sekali lagi.”,
Eh…dia baca skrip ke?lancar je.Aku dah tak senang duduk.Dia ni serius ke?ke main-main?aku beranikan diri pandang muka dia.Sinar matanya cukup buat hati aku tenang.Eh..gatal lagi tapak tangan aku ni….
“Beri saya masa Zafril.Semua ni datang sekelip mata dan saya tak boleh nak terima.”,aku bersuara perlahan.
“Saya faham.Jadi sebagai permulaan kita kena jadi kawan kan?.”, dia tersenyum memandang.aku balas dengan senyuman yang paling cun pernah aku buat.Macam mana tu???
Ya…kita kena jadi kawan.Lepas kawan baru la ada feeling.hehehehe…baru 2 hari aku kenal dia.Bercakapa pun(kalau la boleh dikategorikan bercakap bukan bertekak) pun sikit je.Mana ada orang boleh ambil keputusan nak hidup sesama dalam masa 2 hari je kenal???Cuba cakap sikit kat aku.Sebenarnya dalam hati aku dah berbunga-bunga seri pagi dah ni.Aku suka sebenarnya tapi sebagai pompuan takkan nak tunjuk sangat kot.Kena jual mahal sikit. Dah la dia ni main terjah je.Dari celah-celah tingkap aku nampak banyak betul kepala orang yang mengintai.Yang pastinya harapan mak aku dan makcik Yah nak berbesan macam cerah je.Hehehehe….

Cerpen : Cinta Milik Siapa?

Evalinlooseinup
nurul_alhada@yahoo.com

Angin sepoi- sepoi bahasa bertiup. Waktu siang sudah hampir berlabuh apabila malam menjengah. Suasana di tepi pantai itu sangat tenang, setenang air di lautan. Jika siang tadi air laut pasang, kini air laut tenang tiada lagi ombak ganas. Kaki terus melangkah seolah tiada tujuan. Jiwa sesak memikirkan masa depan, sesekali hembusan nafas terlepas. Berat sungguh penderitaan ini, bolehkah masalah ini dipikul sendiri. Sesekali igauan lalu dating menghadirkan diri, tatkala diri ini masih lemah untuk berhadapan dengan dugaan lain.
Helaian rambut yang beralun, dibetulkan. Jika tahu dugaan sebegini akan melanda diri, sememangnya Hanna akan bersedia menghadapi. Tapi takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat membantah. Kaki mahu melangkah lagi, tetapi terbatas apabila telingaku menangkap suara yang amat kukenali.
” Hanna! Nanti, jangan pergi!” satu suara dibelakangnya memanggil. Turutan nafasnya mula tidak keruan. Hanna tak sanggup lagi mendengar suara itu memanggil namanya. Baginya, cukuplah setakat ini, dia tak mampu lagi menghadapi dugaan. Kakinya terus melangkah walaupun namanya dipanggil berulang kali.
” Hanna! Kenapa perlu lari daripada masalah?” kata Yuzairee separuh menjerit. Kakinya tidak berdaya lagi untuk mengejar kekasih hatinya. Dia juga tidak mampu lagi berhadapan dengan dugaan yang semakin hari kian menghimpit dirinya. Sehingga suatu ketika dia hilang punca. Hanya Hanna satu- satunya tempat dia bergantung. Hubungan mereka suatu ketika dulu sangat baik, namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Impian untuk berada disamping Hanna musnah bak kaca berderai apabila munculnya Dania yang mengaku ditiduri olehnya. Sememangnya dia tidak mengenali Dania, sehinggalah Dania muncul diambang kebahagiaannya dengan Hanna membawa berita yang dia seharusnya bertanggungjawab ke atas diri Dania.
Masalah datang bertimpa bak hujan batu. Sehingga keluarganya turut menanggung malu apabila berita ini digembar- gemburkan. Semuanya salah Dania. Dania umpama belati yang menghiris hatinya apabila melihat Hanna mula menjauhi dirinya. Sememangnya dia tidak bersalah. Hanna perlu diyakinkan bahawa semua ini hanya mainan Dania yang sememangnya mahu merosakkan hubungannya dengan Hanna.
Dania menghentikan langkahnya. Hatinya berkira- kira sama ada mahu menoleh ke belakang, memandang kekasihnya yang telah merobek kepercayaannya. Yuzairee telah pun melutut memandang pasir putih pantai. Hatinya sudah tidak mampu lagi menanggung sengsara. Jiwanya sudah sebak apabila memikirkan sekiranya Hanna meninggalkan dirinya.
” Dania…” Yuzairee tiada kekuatan, untuk menyebut nama satu- satunya pengarang jantungnya dia harus meraih segala kekuatan. Untuk menghadapi seorang diri dia tidak mampu. Dia mahu, dirinya dapat menyelesaikan masalah bersama- sama Dania. Dania menarik nafas dalam sebelum menoleh ke belakang. Kelihatan Yuzairee sudah terhinjut- hinjut bahunya menahan gelodak jiwa. Rasa bersalah mula singgah di hatinya, tidak sanggup dia melihat Yuzairee berkeadaan begitu. Kakinya mula menapak menghampiri Yuzairee. Dia turut berlutut menghadap wajah Yuzairee. Jiwanya terpaksa menerima hakikat, dirinya amat memerlukan kehadiran Yuzairee.
Jari jemarinya mengusap pipi Yuzairee yang basah dengan air mata. Jiwanya turut sebak melihat Yuzairee begitu. Yuzairee seolah tersedar dari mimpi. Matanya bertembung dengan mata Hanna. Jiwanya bertambah sebak apabila melihat riak wajah Hanna yang turut keruh.
” Hanna…jangan tinggalkan Ery!” kepalanya digeleng berulang kali, dia tidak mahu kehilangan Hanna. Yuzairee pantas menggenggam erat jari jemari Hanna. Dia tidak mahu melepaskan Hanna. Hanna hanya mampu memerhatikan Yuzairee dengan pandangan berbalam. Hatinya kuat mengatakan Yuzairee tidak bersalah di dalam hal ini, namun fikirannya memikirkan yang sebaliknya. Dia harus membuat keputusan, sama ada meninggalkan Yuzairee ataupun mengecap kebahagiaan yang diimpikan bersama Yuzairee. Ya, dia harus membuat keputusan, tidak kira apa lagi halangan yang bakal muncul di hadapan, dia akan tetap kuat menghadapinya bersama Yuzairee. Masalah ini harus diselesaikan bersama. Dengan berbekalkan semangat yang hampir pupus, Hanna mahu masalah ini diselesaikan dengan segera.
” Ery…” kata Hanna setelah lama berdiam diri. Ery memandang tepat wajah Hanna.
” Ya…”
” Ery…Ery sayang Hanna tak?” Hanna menggenggam erat jari jemari milik Yuzairee. Dia yakin dengan keputusannya. Dengan pantas Yuzairee menggangguk. Tiada langsung riak sangsi untuk mengaku betapa dia amat menyayangi Hanna.
” Kalau Ery sayang Hanna, kita selesaikan masalah bersama. Hanna tau Ery tak bersalah dalam hal ni…” belum sempat Hanna mahu menghabiskan kata- katanya, Yuzairee pantas memotong.
” Tapi kenapa tak dari dulu? Kenapa Hanna mengelak bila Ery nak jelaskan perkara ni? Kenapa biarkan Ery hadapi seorang diri? Ery tak bersalah dalam hal ni. Dania tu yang buat cerita,” katanya meluahan segala yang terbuku di hatinya. Hanna tertunduk. Segala kata- kata Yuzairee benar. Sememangnya dia terkejut apabila menerima Dania membawa berita, Yuzairee harus bertanggungjawab ke atas dirinya. Waktu itu Hanna tidak dapat berfikir dengan rasional. Apa yang dia nampak waktu itu, kejujuran Yuzairee hanyalah pura- pura. Namun kini dia pasti, Yuzairee tidak bersalah.
” Hanna mintak maaf. Waktu tu, Hanna tak dapat nak fikir betul- betul. Maafkan Hanna sebab ragu- ragu dengan kejujuran Ery. I’m sorry…” kata Hanna sambil mengusap pipi Yuzairee.
” Sekarang kita kena sama- sama berdepan dengan Dania. Tak ada sesiapa yang boleh haling hubungan kita!” kata Hanna tegas. Yuzairee tertunduk. Dia tidak yakin dia mampu untuk menghadapinya lagi.
” Ery tak yakin…Ery…” suaranya tersekat- sekat menahan gelodak jiwa.
” Kenapa Ery cakap macam tu?” kata Hanna sambil memanggung kepala Yuzairee.
” Ery dah cuba macam- macam nak yakinkan Dania. Tapi dia tetap tak nak lepaskan Ery. Dia suruh Ery bertanggungjawab dalam hal ni. Keluarga dia pun mendesak. Ery dah tak sanggup nak berdepan lagi. Keluarga Ery dah hilang kepercayaan…apatah lagi Hanna,” kata Yuzairee. Kebelakangan ini jiwanya kacau dengan masalah ini. Dania sememangnya gadis yang tidak bertanggungjawab. Sanggup merosakkan hubungan seseorang.
” Kalau Ery dah tak sanggup, biar Hanna yang pergi jumpa dia!” kata Hanna tegas.
” Tapi…”
” Tak ada tapi- tapi. Hanna silap sebab biarkan Ery menghadap seorang diri. Biar Hanna yang jumpa dia. Selama ni Hanna ambil sikap berdiam diri, tapi dia pulak semakin besar kepala. Biar Hanna perbetulkan keadaan ni!” Hanna pantas berdiri. Kebahagiaannya harus kembali direntap daripada Dania.
” Hanna! Jangan bertindak melulu!” kata Yuzairee turut berdiri. Dia tidak sanggup sekiranya Hanna menerima sindiran daripada Dania umpama belati tajam. Tangannya pantas merentap lengan Dania. ” Jangan!” kata Yuzairee memohon pengertian.
” Ery, kalau Ery sayangkan Hanna…Lepaskan Hanna!” Yuzairee berbelah bagi. Hanna sememangnya bijak memanipulasi keadaan. Dengan berat hati, Yuzairee melonggarkan pegangannya.
” Apa- apa telefon Ery!” Hanna membalas dengan senyuman.
” Awak dan saya perlu berbincang!” Hanna tegas menyuarakan tujuannya. Dania memandang sinis gadis di hadapannya. Gadis tinggi lampai, berkulit cerah dan bermata galak ini serius memandangnya. Setahu Dania, inilah gadis yang menawan hati Yuzairee.
Namun apa yang dia tau, Yuzairee miliknya.
” Nak bincang apa lagi, dah jelas sekarang Ery milik saya!” kata Dania sambil menyilang kakinya. Terselak skirt pendek yang dipakainya sehingga menampakkan betisnya. Hanna beristighfar di dalam hati. Kurang sopan!
” Itu kata awak! Tapi hakikatnya…he’s mine!” kata Hanna tegas menuntut haknya. Walaupun dia dan Yuzairee belum ada apa- apa ikatan, sekadar pasangan kekasih, tapi dia yakin Yuzairee miliknya dan begitulah sebaliknya.
” I think, you are the most stupid girl that I ever known! Awak dah tau kan, yang dia…” Dania mula melancarkan serangan dengan perangkapnya. Hanna tersenyum sinis.
” Itu kata awak, tapi tidak bagi Ery! Awak ni terdesak sangat ke? Sampai sanggup nak rampas kekasih orang lain, ataupun…awak memang dah tak laku?” Hanna bermain- main dengan straw sambil memandang sinis. Dania berasa terpukul dengan kata- kata Hanna.
” Hey, Ery tu milik saya! Milik saya!” Dania menghentak meja. Hanna langsung tidak berasa tergugat. Dia pasti, sangat pasti, Yuzairee hanya miliknya.
” Huh, awak betul- betul pasti ke?” Hanna sengaja menekankan ‘pasti’ supaya Dania sedar jangan menaruh harapan terlalu tinggi. Terkebil- kebil Dania memandang Hanna. Peluh mula merenik. Hanna bukan seperti yang disangka.
” Selama ni, saya cuma berdiam diri. Tapi awak dah besar kepala!” kata Hanna sinis, serentak dia berdiri.
” Tapi Ery milik saya! Bukan awak!” kata Dania separuh menjerit. Dia betul- betul sayangkan Yuzairee. Entah kenapa hatinya telah terpaut dengan Yuzairee tatkala mereka bertembung di pusat membeli- belah. Perwatakan Yuzairee yang comel dan bersahaja memikat hatinya.
” Jangan terlalu mengharap, takut kecewa! Assalamualaikum,” kata Hanna mengundurkan diri. Belum sempat beberapa langkah, Dania berkata sesuatu menyebabkan Hanna berhenti melangkah.
” Baik, kita tengok siapa yang layak untuk Ery!” Hanna menoleh.
” Sure!” Hanna mula melangkah meninggalkan Dania yang terkulat- kulat. Dania mula memasang dendam. Yuzairee tidak seharusnya terlepas ke tangan Hanna. Sekiranya dia tidak dapat memiliki Yuzairee, begitu juga dengan Hanna. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

Hanna dan Yuzairee berpimpin tangan menyusuri bibir pantai. Di sinilah selalunya mereka menghabiskan masa bersama. Sejak Hanna bertemu dengan Dania, kelibat Dania sudah tidak kelihatan. Mungkin Dania sedar dia tidak sepatutnya mengganggu hubungan mereka.
” Awak kata apa kat Dania, sampai dia dah tak ganggu saya lagi?” tanya Yuzairee sambil tersenyum. Hanna menyembunyikan senyumannya. Namun Yuzairee dapat melihat senyuman yang cuba disembunyikan Hanna.
” Biarlah benda ni berlalu. Jangan difikirkan lagi!” kata Hanna sambil mencubit pipi Yuzairee. Mereka menyusuri bibir pantai. Waktu pun sudah hampir malam. Sebentar lagi bintang- bintang dan bulan akan menghiasi dada langit.
” Jom balik, hari dah nak malam ni,’” kata Hanna.
” Okey!” mereka berdua menuju ke kereta Satria Neo Yuzairee yang telah diparkir di bawah pokok ru. Angin sepoi- sepoi bahasa sungguh nyaman. Tersenyum mereka berdua mengukir angan- angan.
” Hanna!” kata Yuzairee sebelum masuk ke perut kereta. Hanna memandangnya penuh tanda tanya.
” Yup,” kata Hanna sambil menghadiahkan senyuman paling manis.
” Awak milik saya, dan saya milik awak!” kata Yuzairee dalam maksudnya. Hanna tertunduk malu, seketika kemudian dia menghadiahkan flying kiss. Yuzairee ‘menangkap’ lalu dibenamkan ke dalam hatinya.
” Yes and always, saranghae!” kata Hanna sambil mengucap kata cinta dalam bahasa Korea. Belum sempat mereka berdua memboloskan diri ke dalam perut kereta, mereka terdengar ranting pokok yang patah. Mereka berdua menoleh ke belakang, kelihatan satu baying- baying dibalik pokok ru dibelakang mereka.
” Ery, apa tu?” kata Hanna mula tidak sedap hati. Dia dapat merasakan sesuatu akan terjadi.
” Entah…” Yuzairee kurang pasti. Tiba- tiba sekujur tubuh menjengah dari balik pokok ru. Mereka berdua terkesima. Kelihatan Dania tersenyum sinis memandang mereka. Seketika kemudian dia ketawa sambil mengacukan pistol ke arah mereka berdua. Yuzairee terus berlari ke arah Hanna. Sebelum terjadi sesuatu ke arah Hanna, biarlah dia yang bertanggungjawab melindungi Hanna.
” Jangan mimpilah korang nak bahagia! Ery! Kau kan tau aku sayangkan kau, kenapa kau buat aku macam ni? Aku tak cukup baik ke jika nak dibandingkan dengan Hanna. Apa kurangnya aku?” Dania mula melangkah menghampiri mereka. Yuzairee mendepangkan tangannya, cuba melindungi Hanna. Keadaan di situ agak gelap, kerana malam sudah melabukan tirainya. Sesiapa pun tidak perasan akan keadaan ini. Jumlah pengunjung pun semakin kurang.
” Dania, awak perlukan bantuan. Letak pistol tu!” Yuzairee cuba menenangkan Dania yang kelihatan seperti orang gila. Perwatakannya juga kusut masai.
” Tak…saya okey. Ery, saya sayangkan awak. Kenapa awak layan saya macam ni?!” Dania mula berubah rentak. Sebentar tadi dia kelihatan tenang, sekarang dia mula bengis. Pistol di tangannya bila- bila akan meledak melepaskan tembakan. Tangannya kembali mengacukan pistol, kali ini ke arah Hanna.
” Kerana kau lah, Ery benci aku! Sebab kau lah, Ery lari daripada aku! Kau tau tak Ery tu milik aku!!!” tanpa memikirkan apa- apa, Dania melepaskan tembakan. Berterbangan burung- burung yang sedang berehat di dahan pokok.
” Hanna!!!” jerit Yuzairee sambil memangku tubuh Hanna yang rebah. Tembakan tersebut tepat mengena dada Hanna. Darah membuak- buak mengalir keluar dari tubuh Hanna. Dania ketawa kuat, seoalah suka dengan darah yang mengalir dari tubuh Hanna.
” Padan muka!” Yuzairee memandang tajam ke arah Dania.
” Awak memang melampau!” Yuzairee terus menerpa ke arah Dania, cuba merampas pistol di tangan Dania. Berlaku pergelutan antara mereka berdua.
” Ery, awak milik saya! Haha!” kata Dania separuh ketawa.
” Saya takkan jadi milik sesiapa kecuali Hanna!” serentak itu kedengaran satu tembakan lagi dilepaskan. Mereka berdua terkesima. Terkebil- kebil Dania memandang Yuzairee yang melurut jatuh. Tembakan tersebut tepat mengena perut Yuzairee. Dania terkejut, pistol di tangan dipandang dengan perasaan berbaur.
Yuzairee masih ada kudrat untuk merangkak menghampiri Hanna yang teresak- esak menarik nafas. Tangan Hanna digenggam erat.
” Ery…” pegangan mereka mula longgar. Hanna menghembuskan nafsnya yang terakhir. Yuzairee memandang dengan pandangan berbalam. Pandangan mula kabur, pautannya turut longgar.
” Hanna…” darah merah pekat keluar dari mulut Yuzairee sebelum Yuzairee turut menghembuskan nafas terakhir sambil tangannya masih digenggaman Hanna. Dania memandang dua tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Seketika kemudian, Dania ketawa tanpa memikirkan apa- apa. Pistol ditangan diacukan ke kepala, kemudian dia memetik picu. Bergema bunyi tembakan yang menamatkan riwayat Dania.
Cinta mereka tidak kesampaian apabila Dania dengan senang merampas nyawa mereka. Akhirnya cinta mereka terkubur begitu saja, tanpa ada sedikit pun kebahagiaan dihujungnya. Wajarkah cinta mereka dirampas begitu, tanpa kerelaan mereka?

Novel : Triplet 6

Nurul Aini Bakar
eyenie105@yahoo.com

EMPAT

0830hrs, 25 Julai 2015, Pusat Pakar Tawakal…
Maria dan Billy melangkah masuk ke dalam bilik berhawa dingin itu. Kelibat Jimmy dan Tom yang tidur diatas sofa menangkap mata mereka. Diatas meja yang berdepan dengan sofa, berselerakkan dokumen-dokumen putih yang memenuhi ruang meja, sementara komputer yang terletak di penjuru bilik itu masih terpasang. Terdapat dua tiga helai kertas bertaburan diatas lantai akibat tidak dikutip daripada printer.
Billy ternganga.
“Tengok sis diorang boleh tongkat kepala masing-masing tu. Melepas aku.” Billy merungut. Geram melihat Jimmy yang tidur nyenyak bersandarkan sofa dan bahu Tom.
Maria melekapkan jari telunjuknya ke mulut, tanda ‘senyap’ kepada Billy. Salah satu dokumen diatas meja itu diambilnya.
“Dokumen peribadi papa.” Maria bersuara perlahan.
“Grrrrrrr….Emmm” Bunyi menggeliat Jimmy kedengaran kuat. Jimmy membuka matanya.
“Sis!” Jimmy terkejut. Badannya pegun kerana kepala Tom masih berada diatas kepalanya. Oh my god!
Maria tergelak.
“Lena nampak.” Billy menyindir. Dia mara untuk mengejutkan Tom.
Tom terkejut dengan tamparan lembut Billy. Dia bingkas berdiri bila melihat Maria. Kepala Jimmy tak stabil dengan tindakan Tom itu.
“Oouch! tergeliat urat leher aku.” Jimmy mengadu. Ganasnya perempuan ni.
Tom kaget, mereka tergelak.
“Bila korang sampai?” Tom berlagak normal, seperti tak ada apa yang berlaku. Kakinya melangkah ke tandas, untuk mencuci muka dan membersihkan badannya.
“Baru je. Kami naik teksi.” Maria menjawab. Dia duduk diatas sofa itu.
“Oh! Kenapa tak minta Pak Cik Mat hantarkan. Oh never mind.” Tom tersenyum manis menampakkan lesung pipit dipipi kanannya. Dia lupa nak pesan Pak Cik Mat untuk jemput tetamunya pagi ni. Tangannya mencapai laptop dan tuala yang terletak pada meja di sebelah pintu tandas dan melangkah masuk ke pintu itu.
Billy mendekati kembarnya.
“What a great night, huh!” Billy tersengih.
“Stop it Billy.” Jimmy menyiku Billy. Dia menunggu giliran untuk memasuki tandas.
“Masuk tandas pun bawa laptop?” Maria hairan.
“Maria! Can you come in here for a minute.” Pekikan Tom kedengaran.
“Of course I can.” Billy menyahut. Dia dan Jimmy mengekor Maria.
“Hello, guys! Are you crazy. This is a girl thing, O.K.” Maria menolak kedua Jimmy dan Billy. Mereka berdua tersenyum nakal.
Maria melangkah ke dalam pintu yang terbuka itu.
“Tom, what?”
“Close the door! Tengok, apa yang dah I jumpa.” Tom yang duduk pada tepi tab mandi memberi ruang untuk Maria. Laptopnya yang masih terpasang diserah kepada Maria.
Maria memerhati skrin laptop itu dengan teliti. Satu-persatu maklumat yang terpapar pada skrin itu membuatkan hatinya berdegup kencang.
“How did you get this?” Maria membuka mulut. Dia tak tahu apa yang perlu diluahkan, perasaan marah, gembira atau keliru.
“I know everything Maria. I minta maaf kalau you tak suka. Jimmy sudah beritahu semuanya malam tadi tapi I nak you tahu niat I baik. Semalaman I cuba cari sebanyak maklumat yang boleh dikaitkan dengan Peter, Sabrina, Uncle Nick dan kes pembunuhan mama you daripada internet. Tapi tak ada sebarang maklumat yang boleh diguna pakai. I aktifkan sistem pencarian automatik pada komputer I sebelum tertidur malam tadi, ini yang I dapat.”
Maria terdiam. Nampaknya dia benar-benar mahu terlibat dengan kes ini.
“I faham, I tahu you mesti cuba sedaya upaya you untuk tahu tujuan I datang ke sinikan, macam yang you buat semalam, cuba pujuk I. Kalau you dah tahu baguslah, I memang perlukan pertolongan you.” Maria tersenyum pada Tom. Tangannya menggenggam erat jari-jemari Tom.
Tom membalas senyuman Maria.
“Tapi I rasa you patut kerjakan si Jimmy sebab dia dah bocorkan rahsia.” Tom sinis, mukanya berkerut nakal.
“I agree.” Maria mengenyit matanya pada Tom. Siaplah kau Jimmy.

—————————————–

“Jimmy kau ada dengar apa-apa tak.” Billy bertanya. Telinganya masih terlekap pada pintu tandas itu. Begitu juga Jimmy.
“Tak, bunyi air pun tak dengar. Kalis bunyi kot pintu ni.” Jimmy masih lagi berusaha. Apa yang diorang buat lama sangat kat dalam bilik air ni.
“Hoi buat apa tu.” Tom dan Maria tercegat di belakang dua beradik itu.
“Shh! Aku tengah curi dengar perbualan Sis dengan Tom.” Billy masih tidak perasan.
“Kau bercakap dengan siapa?” Jimmy pelik, tiba-tiba je budak Billy ni.
“Dengan kaulah, dia yang bertanya tadi, buat-buat tak tahu pulak.”
“Bila masa pulak aku bercakap dengan kau.” Jimmy mendengus.
“Tadi, kau yang tanya aku, aku tengah buat apa.” Billy mula baran.
Maria dan Tom sakit perut menahan ketawa. Bergaduhlah.
“Bukan aku ke yang tanya kau?” Tom bersuara. Senyumannya menampakkan barisan putih giginya.
Jimmy dan Billy tersandar pada pintu itu, terkejut.
“Dah habis mandi. Er… Macam mana korang keluar?” Billy tersengih-sengih.
Tom dan Maria tergelak. Padan muka, tergagap-gagap! Maria menggerakkan kepalanya ke arah sebuah pintu kayu berukir pada bahagian dinding yang bersebelahan dengan dinding pintu tandas. Jimmy dan Billy bergerak ke arah yang ditunjukkan Maria.
“Itu pintu tandas, aku ingat pintu almari.” Jimmy mengomel. Dia dan Billy segera mendapatkan pintu itu. ‘Setahu aku toilet ni ada satu pintu je masa aku buang air malam tadi’.
“Ha…” Hanya itu yang keluar daripada mulut kembar itu apabila pintu berukir itu dibuka mereka. Tangan mereka meraba-raba ruang almari yang hanya diisi beberapa helai pakaian Tom yang bergantungan. Pandangan mereka dialih kepada Maria dan Tom.
“It’s a secret passway.” Nada Tom seperti membisik. Senyumannya menyakitkan hati kedua kembar itu.
“Apa yang korang dengar.” Maria menyindir.
“Tak ada apa. Jimmy pergi mandilah.” Jimmy merajuk. Bahunya melanggar bahu Billy. Kepala adik kembarnya itu disekeh.
“Hoi, dah marah tu janganlah lepaskan dekat orang lain pulak.” Billy geram.
Tom tergelak kecil melihat telatah dua beradik itu. Alangkah bagusnya kalau aku ada adik-beradik.
“Jimmy cepat sikit, lepas ni boleh pergi breakfast sama-sama.” Maria memekik.
“Elok sangatlah tu, orang dah lapar ni.” Billy berseloroh.
“Eh Tom, apa yang kau dengan sis buat dekat dalam tandas tadi.” Billy berbisik pada Tom.
“Sibuklah kau, adalah.” Tom mengejek Billy.

——————————-

“Kaki kau macam mana Jimmy?” Billy menyoal. Mulut yang penuh disumbatnya lagi dengan roti.
“Telanlah dulu makanan tu kalau nak bertanya, gelojoh betul.” Tom menasihat. Macam tak pernah makan setahun.
“O.K. ke tidak kaki aku ni, kau peduli apa.” Jimmy menjawab
“Tanya pun tak boleh?” Billy merungut.
“Dah lah tu asyik bergaduh je korang ni. Sis nak beritahu korang satu perkara. Tom, can I have the I-book please?” Maria serius.
Tom mengangguk, lap top mini dikeluarkan daripada poket wind breaker nya. Dia membuka salah satu daripada dokumen yang telah disimpan ke dalam lap top mini itu.
“Tom jumpa salah satu daripada jurnal Uncle Nick yang mengatakan bahawa pada 13 April 2000 ada satu pembedahan rahsia yang telah dilakukan, tetapi pembedahan itu tidak direkodkan dalam rekod Hospital California tempat Uncle Nick bekerja ketika itu.” Maria menerangkan satu-persatu.
“Pelik, tapi apa ada kena mengena dengan kita.” Jimmy bertanya. Matanya tekun membaca baris demi baris catatan yang terdapat didalam skrin komputer Tom itu.
Maria menggeleng.
“Ada kena mengena dengan kita, sebab…..arwah mama adalah salah seorang yang terlibat didalam operasi itu.”
Jimmy tercari-cari nama arwah mamanya didalam jurnal itu.
‘The operation that conducted by me, Nicholas Forex and Hanis Dzulkefli was a failure and the reason of deterioration was unknown. Patients of this operation were in stable situation.’
“Mama bukan doktor kenapa dia ada kena mengena dengan pembedahan itu.” Billy mula memasang telinga. Roti di tangannya diletakkan diatas meja.
“Perasan tak jurnal ni tak lengkap, tak ada nama pesakit, pembedahan jenis apa, dan laporan terperinci daripada pihak hospital. Tom, from where did you get this?” Jimmy menyoal.
“Aku masuk ke komputer Uncle Nick. Remember you give me his address, kebetulan aku guna sistem pencarian automatik dan komputer Uncle Nick sedang digunakan ketika itu.”
“How come? Uncle Nick was dead.” Billy hairan; ‘Macam mana komputer Uncle Nick boleh terbuka. Siapa yang gunakannya?’
“I had no idea.” Tom menjawab pendek.
“Sis pun hairan bila Tom cakap jurnal ni daripada komputer Uncle Nick.” Maria mencelah. ‘Mungkin…’
“Peter!” Jimmy dan Billy serentak.
“Peter dah tahu kedudukan kita!” Billy panik.
“Tak juga. Aku dah musnahkan semua fail yang ada dalam komputer tu guna virus dan semua hubungan yang dibuat ke dalam komputer tu telah aku padamkan memorinya.” Tom menjawab selamba. ‘Macamlah aku ni bodoh sangat.’
“You’re genius.” Jimmy memuji.
“Thank you.” Tom kembang semangkuk.
“Apa lagi yang kau dapat?” Billy bertanya.
“Itu saja. Dokumen-dokumen yang aku dan Jimmy dapat malam tadi tak banyak membantu.” Tom menghirup airnya.
“Kau dengan Jimmy?” Billy musykil, semalam bergaduh pastu boleh berkerjasama pulak. Mengambil kesempatan betul si Jimmy ni.
Billy memerhati Tom, mahukan jawapan. Remaja tomboy yang dikenalinya semalam tampak sedikit kewanitaan bila rambutnya diikat kemas dan terkeluar daripada lubang tengah pada bahagian belakang topinya. ‘Cun pulak si Tom ni aku tengok. Semalam sikit punya brutal, dengan topi bulat yang tutup seluruh rambutnya tu sebijik nampak macam lelaki.’
“Kitorang cuba masuk sistem keselamatan Polis California nak tengok fail kes pembunuhan dan penculikan mama tapi tak dapat. Cuma dokumen peribadi papa dan mama saja yang ada.” Jimmy menjawab kemusykilan Billy.
“Korang gila, kalau kena tangkap naya je.” Billy tersedak. ‘Berani betul diorang ni.’
“Relakslah tak kan kau pengecut kot.” Tom memperli Billy. ‘Aku dah banyak kali pecah masuk fail sulit syarikat papa, tak pernah kena tangkap pun. Pandai-pandailah kalau nak hidup.’
Maria terus membisu, membiarkan budak-budak bertiga itu bertelagah sesama sendiri. ‘Mungkin pembedahan tu…’
“Hello sis, menung jauh nampak!” Billy menegur Maria.
“Sis rasa mungkin pembedahan tu untuk…” Maria berhenti lama.
“Untuk apa?” Jimmy bertanya.
“Aaa…..Tak ada apa-apa” Maria bingkas bangun. Tak mungkin.
Mereka yang lain pelik tetapi turut bangun menyertai Maria ke kaunter pembayaran.
“Lepas ni kita nak ke mana sis.” Jimmy bertanya Maria.
“Sis nak ke duta U.S. uruskan pasal pertukaran kita dari U.S ke sini. Korang ikut Tom pergi sekolah, malam ni kita jumpa kat bilik.” Maria mengatur acara hariannya.
“Sekolah! Tak ada tempat lain ke.” Jimmy merungut.
Tom tersengih.
“Lets go guys, sekolah pun O.K. apa. Maria, nah! You guna Toyota, I pakai Ferrari.” Tom menyerahkan kunci kereta kepada Maria.
“Gee thanks, O.k. guys enjoy your ride.” Maria mengambil kunci tersebut dan terus beredar masuk ke dalam bangunan Hotel Coxies Palace untuk ke basement mengambil kereta yang dijanjikan oleh Tom. Baru semalam driver Tom tunjukkan koleksi kereta rakan chatnya itu, penuh satu basement tu dengan kereta mewah. Naik buta mata tengok kereta-kereta yang banyak tu. ‘Billy lagilah! terkeluar biji mata dia. Kaya gila budak Tom ni.’
“Ferrari?! Jangan nak tipulah.” Jimmy tak percaya.
Tom mengangkat tangannya pada seorang pekerja hotel yang berdiri di pintu utama hotel itu. Pekerja itu hanya mengangguk dan beredar.
“Wei Jimmy, kau jangan menyesal nanti.” Billy menyiku abangnya.
“Apasal pu…….” Jimmy kelu. Matanya mengekor sebuah kereta Ferrari ‘silver metallic’ yang memasuki ruang legar hotel dan berhenti tepat didepan mereka bertiga. ‘Wow, what a beauty!’
Pemandunya turun dan berjalan ke arah Tom lalu menghulurkan kunci kereta.
Tom tersengih. Tangannya yang memegang kunci diangkat ke atas membuatkan bunyi gemerincing memanah gegendang telinga Jimmy yang kemerahan. Billy pula sibuk menepuk-nepuk badan kereta mewah itu. ‘Bilalah aku nak dapat?’
“Wanna try?” Tom membaling kunci tersebut pada Jimmy. Dia melompat ke bahagian seat hadapan. Menarik bersama Billy yang sudah pun bersandar di belakang. Hati Jimmy cair, kunci itu digenggam. Kakinya mula melangkah.

——————————

‘Knock, knock, knock’
Pintu bilik kuliah Xylene diketuk kuat membuatkan Cik Nadiah yang sedang mengajar terkejut. Setiap mata didalam kelas tersebut mengarah pada 3 manusia yang baru melangkah masuk.
“Em… Kamu Nurul, kelas saya dah nak habis!” Cik Nadiah memperli.
Tom tersenyum; ‘Baguslah kalau macam tu.’ Pelajar lain mula berbisik, bising.
“Sorry cik Nadiah. Saya ada urusan pagi ni.” Tom selamba. Dia mula melangkah mengambil tempat di bahagian paling belakang dewan kuliah itu. Jimmy dan Billy hanya mengikut.
“Datang sekolahpun bawa bodyguard.” Ed yang memang suka mengusik membuat telinga Jimmy dan Billy merah. Yang lain tergelak, lebih-lebih lagi Thomas, Azman, E-one dan Chong selaku kuncu-kuncu si Ed.
“Shut your mouth up Ed, or may be you want both of them to help you shut up.” Tom bengis; ‘Aku memang bengang dengan mamat sorang ni tau. Apa yang dia tak puas hati dengan aku? Baru minggu lepas kena belasah dengan Ju-a, tak serik lagi ke. Memang patutpun kena, selalu sangat dia menyakat si Ju-a tu. Aku tahu dia minat kat Ju-a tapi macam tak sesuai je. Kelakar bila fikir balik yang dia masuk kelas tae kwan-do semata-mata nak bet Ju-a, tapi baru masuk kelas kedua dah riak sangat nak ajak berlawan. Nasib tak masuk hospital je kena bantai dengan Ju-a hari tu.’
‘6ix dan Group Ed boleh dikira sebagai top students kat sekolah ni, base on popularitilah. Jika Six berkemahiran dalam pelbagai segi tak kurang juga dengan mereka. Thomas, kaki Computer Games. Bab-bab hacking-menghacking ni memang dia nombor satu dan boleh dikira sahabat juga kepada Raimi tapi hanya untuk topik itu sahaja, hal-hal lain diorang tetap musuh. Azman, Olahragawan Sekolah untuk tiga tahun berturut-turut. Kalau tengok kat body dia semua perempuan boleh cair, cuma satu je masalahnya; Mamat ni pemalu habis dengan girl, hish! Hilang kemachoan. E-one pula ahli sesat dalam group ni. Boleh dikatakan mamat-mamat yang lain tu macam setan juga bila mengenakan orang terutamanya 6ix tapi pada akhirnya E-one akan jadi ‘Neutralizer’ AKA tukang minta maaf. Kesian pula bila tengok muka dia yang ala-ala ustaz tu. Kelebihan dia pandai berkomunikasi dan mempunyai suara yang power bila menyanyi sampai digelar ‘Mawi S.M. Widescale Bestari’. Akhir sekali Chong, dia ni genius; seronok tengok gelagat dia terutamanya dalam makmal Fizik dan Kimia. Ada sahaja benda yang nak diciptanya. Tidak dinafikan aku banyak juga meniru idea-idea mamat seekor ni. Antara lima orang ahli group tu aku paling kamceng dengan Chong malah aku pernah sepasukan dengan dia mewakili sekolah ke pertandingan rekacipta. Auntie Husna pun kagum dengan ciptaan dia. Ada juga kami bertiga duduk berbincang untuk mempatenkan ciptaan aku dan dia. Tapi memandang kitorang masih tak cukup umur auntie Husna memegang dahulu hak rekacipta itu. Keburukkan mamat ni pula walaupun baik dengan aku tapi dalam bab nak mengenakan 6ix dialah nombor satu hantu. Macam-macam benda yang diciptanya untuk mengenakan Aku, Hans, Wan, Ju-a, Yatie dan Raimi. Barang-barang ciptaan dia tu siap ada nama dan versi ikut nama orang yang dikenakan dan kali keberapa orang itu dikenakan. Untuk rekod peribadi 6ix setakat ini, Yatie yang jadi juara, ‘Yatie Version:9’ baru je dilancarkan dua hari lepas. Aku terkena satu, namanya aku sendiri yang bagi ‘Tom Version:1 and ONLY’. Aku jamin! Opss terlupa pula tentang kepalanya, Ed; Eddy Yusmal Datuk Abd. Ghani. Selain daripada berlagak dengan harta bapak dia dan bermulut celupar, aku tak nampak apa kelebihan mamat ni. Akademik, bolehlah! Tak adalah pandai sangat. Sukan, setakat kena ‘boo’ kat padang je. Kemahiran, emmm… aku rasa dia paling pakar dalam menyakitkan hati orang. Cuma satu yang aku kagum dengan dia ni, dia bukan jenis yang lokek. Suka tolong orang. Suruh jelah dia buat apa, kalau kena gaya, dia akan buat dan hasilnya mengagumkan. Am I just give him a compliment? Let it be a secret, OK! Satu lagi kalau dia suka dekat seseorang; Nampak Sangat! In this case Ju-a. Ju-a pun sebenarnya minat kat mamat ni tapi saje jual mahal. He… He…’
“Really, I would like to.” Ed membalas. Rakan-rakannya masih tergelak.
“Stop it Eddy, Nurul. Go back to your seat, please.” Cik Nadiah pening kepala. ‘Budak-budak zaman sekarang, ganas sangatlah!’
“Diam semua, sudah tu. Saya mahu tugasan yang saya suruh buat tu siap hari Rabu minggu depan. No excuses, including you Nurul.” Cik Nadiah sinis.
‘Nada muzik nyaring kedengaran’
Cik Nadiah melangkah keluar sejurus selepas nada yang menandakan tamat masa berbunyi, menandakan waktu mengajar sudahpun berakhir. Pelajar-pelajar yang lain kebanyakan membontotinya, seperti biasa mahu merayu masa yang lebih untuk tugasan yang baru mereka terima. ‘Tidak dinafikan kenaikkan taraf pendidikan negara memaksa pelajar lebih banyak menggunakan otak dan tenaga manakala guru pula lebih relaks. Dulu beribu-ribu buku guru-guru kena semak, bagi nota lagi, itu, ini. Sekarang semuanya elektronik, kerja rumah tak ada, nota tak ada, kalau pelajar hantar assignment pun komputer yang tanda. Walaupun baru sekolah menengah tapi dah terasa macam dekat universiti. Pelajar pula pening kepala buat assignment berpuluh-puluh, kajian itu, kajian ini, kalau setakat satu dua muka surat buku tulis macam zaman dulu-dulu tu tak apa lah, ini satu assignment dekat seratus muka surat kertas A4. Argh…’

——————————

Para pelajar sudahpun meninggalkan dewan kuliah, yang tinggal hanya Tom, Jimmy, Billy dan Wan.
“Kenapa korang lambat?” Wan menyoal. Punggungnya dilabuhkan pada seat bersebelahan Tom.
Melodi lagu klasik tiba-tiba bergema. Tom menjawab telefon selularnya. Skrin lutsinar muncul daripada punat telofon itu. It was Ju-a.
“Where are you guys?” Ju-a bertanya. Raimi, Hans, Yatie dan Amy yang berada di belakangnya, kecoh.
“Mamat handsome dua ekor tu ada tak?” Soalan Yatie memekak sebelum Tom sempat menjawab.
Wajah Billy dan Jimmy merah. ‘Handsome tu dah O.k. tapi tang ekor tu…’
“We in Xylene, come here.” Tom lekas-lekas menutup telefonnya. ‘I can’t stand with those minah kaypo.’
Tom tersenyum pada Jimmy dan Billy, sinis.
“So, why are you guys late?” Wan mengulang soalannya yang mati sebentar tadi.
“Tanya diorang.” Tom ringkas. ‘Malas nak bercakap pasal peristiwa tadi, menyesal aku bagi kunci kereta pada diorang. Aku tanya diorang, tahu tak direction ke sekolah, ewah menjawab macam dah 100 tahun duduk kat K.L. ni! Tak pasal-pasal diorang pi masuk highway sampai kat Damansara padahal sekolah ni kat Keramat. Very Clever Boys.’
Jimmy dan Billy sama-sama tersengih.
“We are on our vacation, remember.” Billy bersuara, geli hatinya teringatkan parkara tu.
“So, we are just pacing araund K.L. and have some fun. K.L. are really cool man!” Jimmy menyampuk, cuba menutup cerita sebenar.
“Nice reason.” Tom mencelah.
Wan mengangkat keningnya, innocent. ‘What was that suppose to mean. They are school’s student but why ain’t they act like one.’
Pintu dewan kuliah berbunyi, empat orang gadis melaluinya.
“Assalamualaikum.” Ju-a selamba.
“Waalaikumsalam.” Tom, Jimmy, Billy dan Wan menjawab serentak.
“So macam mana dengan kaki you?” Raimi bertanya Jimmy, selamba. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi disebelah Jimmy.
“I’m fine.” Jimmy menjawab, cuba memesrakan diri dikalangan kumpulan wanita itu. Pandangannya dialih pada Billy, kembarnya itu sedang berbual mesra dengan remaja yang dipanggil Ju-a. Jimmy menggeleng kepala; ‘Mamat ni tak pernah rasa cuak ke bila dikelilingi setengah dozen perempuan. Mata keranjang betul!’
“Apa plan kau hari ni?” Hans akhirnya bersuara. Soalan itu ditujukan pada Tom yang sibuk memerhatikan Billy dan Ju-a. ‘Hai si Tom ni cemburu ke. Kekok aku dengan mamat dua ekor ni.’ Hans sedikit resah.
“Aku nak pergi library, nak cari maklumat untuk assingment baru cik Nadiah, karang bising pulak si mulut becok tu. Emm… Nanti kau jangan lupa bagi aku tajuk assignment tu ye Wan. Korang nak join ke?” Tom membebel. Mereka sudah biasa begitu, setiap hari selepas habis kelas, 6ix pasti berkumpul berbincang tentang aktiviti dan gosip terbaru mereka. Tom, Ju-a, Raimi, Wan, Yatie dan Hans, enam orang kesemuanya, kerana itu mereka menggelar kumpulan itu sebagai 6ix.
“Library, please. Aku baru pergi semalam, actually kitorang nak pergi lunch. Wanna join, Haikal, Hakimi?” Yatie menjawab pertanyaan Tom. Dia masih cuba mengurat mamat celup dua orang tu.
“Sure! We would like to join all of you, ladies. Don’t we Jim.” Billy mengenyit matanya pada Jimmy .
Jimmy menggeleng.
“No, it’s O.K. I think I would go with Tom.” Jimmy cuba menolak, sopan.
“Since when you would love to go to the library, man.” Billy berkerut. ‘Apa masalah Jimmy ni. Menolak rezeki pulak.’
Jimmy hanya membalas dengan pandangan yang sinis. Yang lain hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik itu. Walaupun kembar tapi perangai masing-masing, macam langit dengan bumi. Seorang happy go lucky seorang lagi quite serius.
Kumpulan itu berpecah dua, Tom dan Jimmy menghala ke library manakala yang lain menuju ke kafetaria.
Sepanjang koridor menuju ke library, Tom dan Jimmy masing-masing membisu. Masing-masing cuba mencari topik yang sesuai untuk dibangkitkan.
“You…” Tom dan Jimmy serentak. Mereka berdua tergelak.
“You first.” Jimmy memberi ruang.
“No, no, you first.” Tom berdalih.
“O.K. I nak tanya you, you tak lapar ke? Kenapa tak join diorang?”
“Belum lagi, you, kenapa tak join diorang? Takut perempuan ke?”
“Please, apasal I nak takut kat perempuan pulak. Cuma I tak biasa. I tak macam Billy, mata keranjang.”
Tom berhenti.Lalu tersenyum.
“Peliklah you ni. I like you.” Tom kembali mengorak langkah. Pintu yang tertulis library hanya tinggal beberapa langkah didepannya.
Jimmy pula yang terhenti. ‘She likes me. What was that suppose to mean. Pipinya mula membara. Please Jimmy, control yourself.’ Jimmy mengekori semula jejak Tom.
“Kata library, mana bukunya?” Jimmy hairan. Bilik besar itu ditilik, satu buku pun tak ada. Cuma penuh diisi komputer.
“This is multimedia library pals.” Tom menepuk bahu mamat tu, kepalanya menggeleng.
“I prefer the old type of library. Where is the joy of reading if you didn’t have any book in your hand?!” Jimmy memberi pandangannya. Tom sekadar tersenyum.
Suasana didalam bilik tersebut sunyi, tidak ramai yang menggunakannya. Tom mengambil tempat disebuah komputer yang terletak berdekatan dengan pintu masuk utama. Jimmy hanya berdiri disisi Tom, memerhati peralatan canggih didepannya itu. Tom pantas menekan kekunci komputer, mencari-cari maklumat yang diperlukannya.
” The old fashioned library ada, tapi kitorang panggil khutub khannah kat sini, you nak tengok ke? I boleh tunjukkan.” Tom menawar diri. Matanya masih lagi melekat pada skrin komputer.
“Oh, here you are.” Tom memasukkan thumb drive @ multifunctional mobile phone yang tergantung pada lehernya ke USB port kemudian menggerakkan cursor pada punat save dan menunggu.
“I’m finish.” Tom mengambil phonenya kembali dan bangun.
“That’s it, you just finish your homework within less then five minute….” Jimmy melemparkan pandangan ‘biar betul’ kepada Tom.
“Not really, aku perlu edit buku ni, ambil apa yang patut, buat hipotesis, temuramah, ujikaji dan lastly conclusions.” Tom menerangkan. Tangannya menaip judul buku yang telah disimpan di dalam phonenya itu kedalam folder yang telah ditetapkan.
“Quite complicated. Selalu ke lecturer bagi tugasan?” Jimmy terus menyoal, dia membontoti Tom keluar daripada bilik itu.
“Sebulan sekali bagi setiap subjek, selalunya begitulah. Alah lama-lama nanti kau akan biasa. Jom pergi café tengok si gatal tu.” Tom sinis.
Jimmy tergelak kecil, faham akan maksud Tom itu.

—————————————–

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.