Aku lelaki. Pesan ibu, insan yang bernama lelaki pantang menangis. Lelaki tidak boleh menumpahkan air mata. Insan yang bergelar lelaki, bukan lelaki jika menumpahkan permata jernih dari kolam matanya. Itu pesan ibu. Pesan ibu kuingat. Pesan ibu kukuh teguh terbuku di ruyung mindaku. Biarpun aku sudah merantau jauh ke tempat orang. Bumi asing. Bukan di [...]
Air mata cinta
Semenjak aku bekerja sebagai guru ni, aku cukup risau mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni [...]
Abah bagi balik tgn ita
Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar – mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang [...]
Cerita yang menyentuh hati
Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki – berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.‘Abang nak beli kuih ?’ Katanya sambil [...]
Diari Seorang Gadis
Semua nasihat adalah supaya jangan terjerumus. Tetapi bagaimana dengan Hani yang terlanjur. Kadang-kadang, kesilapan itu tiada jalan pulang.Pagi itu, Hani membawa beg keluar dari rumah tanpa memberitahu sesiapa. Hani tidak perlu memberitahu sesiapa. Ayah sibuk. Emak pun sibuk. Masing-masing dengan urusan. Ayah dengan urusan perniagaannya. Emak dengan aktiviti wanitanya. Hani adalah anak tunggal. Memang Mak [...]
Bahagia selamanya
“Hai Zack”. Suara Najwa riang di hujung corong telefon.“Wawa ganggu Zack ke?”. Najwa bersuara lagi.“Wawa ingatkan siapa tadi. Wawa kat mana ni?”.“Wawa kat rumah lah. Kenapa Zack tanya Wawa kat mana?”.“Saja lah. Tak bolehkah sekadar mengambil berat tentang orang yang Zack sayangi?”.“Zack ni merepek je lah”. Najwa tersenyum malu. Apa lah pula mimpi budak Zakuan [...]
aku tak suka kau
“Iqa, mari sini sekejap!” Warghh! Apa lagi yang Along nak ni? Dengan langkahyang malas, aku menuju ke dapur. “Nah! Tolong hantar puding ni pada Mak cikSofiah.” Along menghulurkanku sepiring puding jagung yang sudah siapdipotong. “Eh, kenapa Iqa pula? Kenapa Along tak pergi sendiri?” Akumembantah. “Along nak jaga gulai ni. Takkanlah rumah sebelah pun, susahsangat nak [...]
Difailkan dalam: 1 | 10 Komen »
Bola untuk Kamila
25 tahun yang lalu,Inikah nasib? Terlahir sebagai menantu bukan pilihan. Tapi aku dan Kania harus tetap menikah. Itu sebabnya kami ada di Kantor Catatan Sipil. Wali kami pun wali hakim. Dalam tiga puluh menit, prosesi pernikahan kami selesai. Tanpa sungkem dan tabur melati atau hidangan istimewa dan salam sejahtera dari kerabat. Tapi aku masih sangat [...]
Difailkan dalam: 1 | Leave a Comment »
Tulip Mekar Di Edinburg
Tulip Mekar Di EdinburgSufian duduk di sisi Aina sehingga bahu mereka bersentuhan. Aina tunduk. Rambutnya yang hitam berjuntaian menutupi muka. Angin berlari-lari di padang memaksa dedaun pohon meliuk-liuk menari. Aroma Calvin Klein kegemarannya begitu menusuk hidung. Aina kelihatan ayu berbaju kurung moden berbunga kecil warna hijau pucuk pisang manakala begitu ringkas mengenakan kemeja hitam dan [...]
Difailkan dalam: 1 | Leave a Comment »
Kerak untuk mak
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut [...]