Posted on Julai 29, 2007 by muzri
Aku tak tahu nak cakap apa. Bila mak mati-mati suruh aku temankan dia balik kampung, aku seboleh-bolehnya tak mahu ikut. Hancus! Habislah rancangan aku hujung minggu ini. Agghhhh¡Ä..!!!!! Muncung lagilah Serena nanti. Tak dapat aku bayangkan mulut comelnya itu membebel macam bertih jagung.
Semalam, Serena telefon aku lagi. Merengek, hendak jumpa. Rindu sangat, katanya. Aku? Rindu [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Posted on Julai 29, 2007 by muzri
Hai..liz nak minta maaf sbb lambat mengeluar kan bab yg terakhir ni..pd yg memberi email pd liz tu..insyaallah… liz akan email kan pd kelian diawal bab ni hingga akhir pd minggu hadapan… maaf diatas kelewatan cerita in..sehingga m’buatkan u all tertunggu2 kesudahan cerita ni… thanks n hope u’ll enjoy with this story..cerita ni hanya rekaan [...]
Difailkan dalam: novel | 6 Komen »
Posted on Julai 29, 2007 by muzri
Tapi diakan baru saja bercerai.
Jimmy mundar mandir sendirian di dalam bilik itu. rintih Jimmy sendirian.
Mahukah keluarganya terima kau kalau dia sudi terima kau sekalipun
Jimmyjangan lupa satu perkara.Bangsa kau lain, kau baru memeluk Islam dan yang paling utamakewarganegaraan kau.Kau Taiwanese.
Good luck,Jimmy Jimmy resah sendiri.
Segalanya serba tidak kena.Duduk salah,berdiri salah,baring salahsemuanya serba tidak kena.Bila terkenangkan Jaja,Jimmy rasa [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Posted on Julai 29, 2007 by muzri
Seakan mahu luruh jantung Zulhuzaimy pagi ini.Surat daripada peguam yang mewakili Jaja benar-benar menyesakkan nafasnya.Tangannya terketar-ketar untuk mengoyak sampul surat itu.Sambil memegang surat yang dikirimkan itu ,bagaikan tayangan semula dia terimbas pertemuan terakhirnya dengan Jaja minggu lalu,sebaik sahaja dia pulang dari penggambaran di Langkawi.Seorang isteri yang amat setia dan bijak itu akhirnya menyerah kalah setelah [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Posted on Julai 29, 2007 by muzri
Jaja menyalami tangan dan mencium tangan kedua mertuanya yang sudah dianggap bagaikan ibu bapa sendiri. Mama memeluk dan memcium kedua belah pipi Jaja. Rindu benar dia pada menantu perempuan sulungnya itu. Jaja masuk bersama kedua mertuanya ke dalam rumah. Sudah nasibnya, Zulhuzaimy dan Maya sedang bermain dengan anak mereka, Zariff. Zulhuzamy dirapatinya. Tangan dihulurkan pada [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Posted on Julai 29, 2007 by muzri
Hari ini Jaja menghantar Jimmy ke lapangan terbang Bayan Lepas. Berat hatinya mahu melepaskan Jimmy kembali ke Taiwan. Tapi apabila memikirkan Jimmy bukan miliknya, Jaja tega melepaskan Jimmy. Dia sedar Jimmy juga punya tanggungjawab lain, bukannya bersama dirinya semata-mata dan yang paling penting mereka tiada ikatan melainkan sebuah persahabatan. Sebaik sahaja Jimmy melangkah masuk ke [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Posted on Julai 29, 2007 by muzri
Hai Mi. sapa Jaja sambil melabuhkan punggungnya di sisi Hilmi yang sedang asyik melakarkan sesuatu di atas buku lukisan yang selalu di usungnya ke mana sahaja.
Suasana Taman Tasik Shah Alam petang itu tenang sekali. Tidak ramai pasangan mahupun keluarga yang sedang bersiar-siar. Masih awal barangkalitelahan Jaja apabila melihat jam tangannya sekilas.
Baru pukul 4.30 petang.
Hai jawab [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Posted on Julai 29, 2007 by muzri
Jaja melangkah masuk ke dalam kelas. Hampir dua minggu dia MC. Sakit di badan hanya beberapa hari sahaja, merawat luka di hati yang lama. Kalau tanpa semangat juga dorongan daripada Gentle dan mamapapa pasti dia lagi parah. Mak dan ayah masih belum dikhabarkan dengan berita buruk itu. Bukan dia tidak mahu berkongsi kedukaan yang meinimpanya [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Posted on Julai 29, 2007 by muzri
Hai,sayang. Jaja terlompat bangun daripada meniarap menghadap buku rujukan Network Analysis.Dirangkulnya tuan punya suara itu.Rangkulannya di balas mesra oleh Zulhuzaimy.
Sayang rindu kat abangtanya Zulhuzaimy lembut.
Jaja mengangguk-angguk perlahan.Rangkulan kemasnya masih belum dirungkai. Zulhuzaimy menarik Jaja duduk di atas ribaannya.Di atas ribaannya,Zulhuzaimy memperkemaskan pelukannya pada Jaja.
Abang jugak rindukan Jaja.Cuma abang takut abang akan menganggu Jaja study.luah Zulhuzaimy.
Tak,abang [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Posted on Julai 29, 2007 by muzri
Teman-teman sekerja Jaja kaget menerima jemputan perkahwinan yang tiba-tiba daripada Jaja.Selama ini mereka tahu Jaja tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.Jaja sentiasa gila dengan kerjanya. Baginya kerjanya adalah segala-galanya.Kalau tidak masakan Jaja sanggup menerima pertukaran ke Taiwan selama empat tahun, enam tahun lalu.Tup&tup tidak ada angin tiada ribut,tidak sampai dua bulan selepas balik [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »