Cintaku Untukmu 13

Hai..liz nak minta maaf sbb lambat mengeluar kan bab yg terakhir ni..pd yg memberi email pd liz tu..insyaallah… liz akan email kan pd kelian diawal bab ni hingga akhir pd minggu hadapan… maaf diatas kelewatan cerita in..sehingga m’buatkan u all tertunggu2 kesudahan cerita ni… thanks n hope u’ll enjoy with this story..cerita ni hanya rekaan semata2..dan mungkin ada sedikit kebetulan diantara pembaca… tapi tiada kaitan dgn yg hidup atau yg sudah meninggal… .tapi ianya ada sedikit iktibar dan pengajaran..

Nampaknya hubungan kita bukan lagi suatu rahsia,Jaja.Jaja hanya menganggukkan dan tersenyum. Abang menyesalpantas Jimmy menggelengkan kepalanya. Tak mungkin abang menyesal,Jaja sedangkan Jajalah igauan abang setiap saat. Kenapa Jaja tanya abang macam tu Jimmy memandang Jaja. Saja. Balas Jaja pendek. Rasa seronok dipanggil abang. Galak Jimmy mengusik Jaja apabila Jaja dimarahi ibunya kerana memanggil Jimmy dengan namanya sahaja. Panggilan tu tanda hormat dan juga kasih sayang yang terjalin. Beritahu Jaja lembut. Jimmy menganggukkan kepalanya tanda faham. Sudah menjadi kebiasaan isteri ataupun tunang memanggil suami atau bakal suaminya abang. Berlatih panggil sebelum kahwin. Sambung Jaja lagi. Banyak lagi yang perlu abang pelajari. Lemah sekali kedengaran suara Jimmy. Pelan-pelan. Tak kemana semua tu. Jaja memberi semangat pada Jimmy. Jaja yakin nak ikut abang balik menetap di Taiwan Jimmy mahukan pengakuan ikhlas daripada Jaja.Jaja diam. Jimmy direnungnya lembut. Ja sanggup ikut abang ke mana saja asalkan abang berjanji abang takkan sia-siakan Ja. Dalam Islam, tempat isteri adalah di sisi suami. Ja tak mau kesilapan yang telah Ja dan abang Zul lakukan berulang dalam hubungan kita. Akui Jaja ikhlas. Baginya tidak tinggal sebumbung juga adalah punca perceraiannya dengan Zulhuzaimy, sebab itulah dia tidak menyalahkan Zulhuzaimy seratus peratus atas kegagalan hubungan mereka. Apa kata mak ayah risik Jimmy. Memang berat untuk depa lepaihkan Ja. Tapi depa akur dengan keputusan Ja. Depa tu bukannya apa, bimbang saja. Ye lah kan selama nihmabang pun tau macamana kehidupan lepas Ja. Mak ayah takut abang akan sia-siakan Ja dan Ja nun jauh di rantau orang. Menanggung segalanya sendiri. Jimmy menarik Jaja erat ke dalam pelukannya. Abang janji.dengan sepenuh hati abang yang abang takkan khianati cinta dan janji abang pada Jaja selama ini. Abang cintakan Jaja dan abang akan pertahankannya hingga ke nafas abang yang terakhir. Bukankah juga yang ajar abang, kalau mahu bercinta biarlah ikatannya seperti pantai setia bersama ombak. Tetap bersama walau apa jua. Ikrar Jimmy.Jaja mengangguk. Abanghampir sepuluh tahun berlalu, Ja jaga rumah ni dengan penuh kasih sayang. Inilah satu-satunya bukti cinta arwah tunang Jaja. Dia belikan rumah ni untuk kami. Inilah mahligai peninggalannya. Dia mahu Jaja bahagia walaupun kami tidak mewah. Tak ada siapa yang pernah tahu tentang rumah ini. Jimmy memandang ke sekeliling. Cemburu rasanya dia melihat gambar-gambar yang tergantung di dinding rumah yang di cat dengan warna kuning itu. Jangan dicemburui orang yang sudah pergi, abang. Jaja akui dengan jujur yang di hati Jaja, dia satu-satunya yang amat Ja cintai sebelum Ja bertemu abang. Sewaktu hidup bersama abang Zul pun Ja masih dibayanginya. Tapi kini Ja nak hidup Ja hanya di bayangi cinta abang. Cuma Ja nak rumah ini kekal begini.Jimmy masih menggenggam erat jari jemari Jaja. Ja tak pernah ubah barang-barang ataupun buat apa-apa pada barang-barang peninggalan arwah. Ja sayangkan segala-galanya tentang dia. Tapi kini Ja akur yang Insya-Allah Ja diciptakan untuk abang. Ja harap abang faham. Jimmy melepaskan keluhan panjang. Abang tak sangka rupanya saingan abang dengan orang yang dah tiada. Abang ingatkan Ja masih terkenangkan bekas suami Ja. Abang silap rupanya. Maafkan abang, Ja. Keluh Jimmy.Menyesali kesilapannya. Tolonglah jangan mengeluh abang. Izinkan Ja memiliki rumah ini. Cuma Ja akan beritahu tentangnya pada mak dan ayah. Ja mahu ia dijaga seperti mana sekarang. Hanya ini bukti cinta kami yang tertinggal dan Ja mencintai abang lebih daripada dia. Biarlah kenangan sebagai kenangan dan jangan sampai ia menjejaskan kebahagiaan sekarang. Jimmy mula mengerti kenapa Jaja membawanya ke situ. Jaja mahu Jimmy tahu apa yang tersirat di hatinya. Nama siapa yang terukir di lubuk hatinya. Dia mahu Jimmy tahu dan cuba untuk menerima hakikat itu sebelum mereka diijabkabulkan. Jimmy juga mengerti kenapa Jaja mudah saja bersetuju apabila mendengar syarat-syarat yang diberikan ibunya. Hanya dua saja syarat yang diberikan iaitu mereka mahu semua nama anak mempunyai Yang di belakang ataupun di hadapan dan mereka mesti menetap di Taiwan, terpulanglah kepada mereka mahu berulang berapa kali pun setahun untuk balik ke Malaysia atau seberapa lamapun mereka di Malaysia asalkan mereka menetap di Taiwan dan Jimmy meneruskan kerjayanya di Taiwan. Bagaikan terngiang-ngiang suara Jaja menyatakan tempat isteri adalah di sisi suami dan dia tidak mahu peristiwa lama berulang. Jimmy merasakn masih banyak yang perlu dipelajari dan diketahuinya tentang Jaja.

Bab 47

Perodua kembara milik Jaja yang dipandu Jimmy berhenti di hadapan sebuah rumah yang pernah menjadi persinggahan buat Jaja selama lebih kurang tiga tahun. Mama dan papa yang sedang bersantai di halaman sambil minum petang terperanjat melihatkan Kembara milik Jaja berhenti di hadapan rumah.Meluru keduanya ke pintu pagar. Jajajerit mama sambil mengeratkan pelukannya pada Jaja. Bagai terlerai sudah rindu dendam pada bekas menantu mereka itu. Jimmy yang berada di sebelah Jaja tidak mereka sedari.Mama mencium pipi Jaja bertalu-talu.Menggambarkan betapa dia merindui bekas menantunya itu.Menantu yang telah dianggapnya sebagai anak kandung sendiri. Mama, papa sihatTanya Jaja selepas menyalami dan mencium tangan kedua mereka. Saat itu barulah mama dan papa perasankan kewujudan Jimmy di sisi Jaja. Sihat.jawab mama sambil matanya masih pada Jimmy. Opsmama.Kenalkan ini,Jimmy Yang.mama mengangguk dan melemparkan senyuman buat Jimmy walaupun pelbagai persoalan bersarang di mindanya. Seingatnya dia pernah melihat Jimmy di majlis konvokesyen Jaja yang lalu. Tapi bukannya seorang diri begini. Hati mama mula berasa tidak enak. Jom masuk dulu, mama menarik tangan Jaja ke halaman rumah, ke taman sambil papa mempelawa Jimmy menuruti langkah mereka. Kak Aizah yang mengetahui kehadiran Jaja,keluar menghidangkan minum petang tambahan buat Jaja dan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Mama rindukan Jaja.Jaja tersenyum mengangguk. Dia tahu benar kasih mama padanya. Jaja juga rindukan mama.Tapi kita tak boleh jumpa selalu macam dulu lagi, Jaja memujuk bekas mertuanya itu. Mama tunduk hiba.Kekesalan jelas terpancar di wajahnya. Sebenarnya mama,Jaja datang ni ada hal. Jimmy tunduk hormat sambil membuahkan senyuman buat mama dan papa. Maksud Jajamama agak cemas apabila mendengar kata-kata Jaja dan kehadiran Jimmy menimbulkan pelbagai tanda tanya tapi papa kelihatan tenang kerana dia pernah terbaca artikel mengenai hubungan cinta Jimmy Yang dengan seorang gadis melayu dan dia yakin Jaja adalah gadis itu kerana dia pernah terpandang kekeruhan di wajah Zulhuzaimy apabila membaca artikel itu. Mama,Jaja akui yang Jaja baru saja bercerai dengan abang Zul.Tapi Jaja dah ambil keputusan untuk… . Jaja menarik nafas panjang sebelum meneruskan ayatnya kerana dia tahu bekas ibu mertuanya itu masih menaruh harapan agar dia berbaik-baik dengan Zulhuzaimy. Mama,kami akan melangsungkan perkahwinan dua minggu lagi.Jaja harap sangat mama boleh hadir.Tiga hari lepas tu kami akan ke Taiwan untuk majlis di sana pula.Kemudian kami akan kembali ke sini mungkin untuk sebulan dua,Jaja dah buat keputusan untuk menetap bersama Jimmy di Taiwan.Jaja nak bina hidup baru. Jaja harap mama dan papa merestui hubungan kami ini. Air mata mama yang berlinang tadi mula menitis mendengar permintaan Jaja untuk dia dan suaminya merestui hubungan mereka.Jaja juga sebak kerana hubungan yang amat rapat telah terjalin antara mereka. Auntie,unclerestuilah kami.Berilah kami peluang untuk bina hidup bersama dan restuilah hubungan kami berdua. Jimmy yang membisu sejak dari terpaksa membuka mulut untuk meredakan keadaan yang nampak kusut. Air mata yang bergenang di mata mama mula mengalir membasahi pipinya. Hati mama benar-benar pilu.Punah sudah harapannya untuk menyatukan kembali hubungan antara Zulhuzaimy dan Jaja. Zulhuzaimy juga seakan menyesal dengan kesilapannya namun segalanya sudah terlambat. Mamatolonglah restui hubungan kami.Walaupun Jaja berkahwin lain, tak ada siapa yang akan menghalang hubungan ibu dan anak yang pernah terjalin antara kita. Bagi Jaja,mama seorang ibu yang baik tapi dah tersurat jodoh antara Jaja dengan abang Zul tak panjang.Jaja harap mama faham.Jaja cuba memujuk ibu mentuanya dengan lembut tapi pandangannya dihalakan kepada papa.Memohon bantuan papa untuk memujuk Mama bagi pihaknya. Mamaterimalah hakikat.Anak kita yang mensia-siakan hidupnya.Bukan sebulan dua tapi tiga tahun,mama.Berilah mereka peluang untuk memulakan hidup baru. Kita doakan saja kebahagiaan mereka. Papa yang memahami isyarat mata Jaja segera mengambil peranan. Mama yang mendengar pujukan suaminya itu tiba-tiba bagaikan tersedar dari mimpi. Mama mengesat air matanya. Dicubanya mengukir senyuman. Baiklahmama restu.Tapi Jaja kena janji dengan mama yang Jaja takkan putuskan hubungan antara kita. Mama cuba mengorak senyum. Lega hati Jaja dan Jimmy melihat senyuman yang terukir di bibir mama. Jimmy,mama dan papa terlalu sayangkan Jaja.Kami harap Jimmy takkan mensia-siakan Jaja sebagaimana Zul buat pada Jaja.Kami takkan maafkan Jimmy kalau Jaja menerima nasib yang sama buruk dengan kehidupan yang lalu.Kami mau Jimmy janji dengan kami sebab dia akan jauh dari kami,jauh Jimmy!!!rayu mama pada Jimmy. Insya-Allah.Saya janji dengan nyawa saya sendiri yang saya akan mencintai Jaja sebagaimana saya mencintai nyawa saya sendiri.Saya akan membahagiakan Jaja semampu saya dan saya takkan izinkan Jaja menderita lagi.Saya cintakan Jaja. Sebaik sahaja Jimmy menghabiskan kata-katanya,papa memeluk Jimmy.Erat.

Jimmy memeluk erat Jaja sebaik sahaja semua tetamu beredar dan tinggal mereka berdua sahaja dalam bilik pengantin itu. Dahi isterinya dikucup, tanda betapa dia amat menghargai dan mencintai isterinya itu. Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan apatah lagi untuk diluahkan dengan kata-kata. Betapa bahagia dan gembiranya dia kerana sudah memiliki Jaja. Satu-satunya wanita yang menjadi idamannya sejak bertahun-tahun. Moga ikatan yang terjalin ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Sayang,hajat abang sudah tercapai.Jaja kini sudah menjadi milik abang yang sah dan akan abang pastikan Jaja bahagia untuk selamanya.Selagi ada hayat abang,hanya Jaja dalam hati dan jiwa abang. Akad yang abang lafazkan adalah ikrar abang pada Illahi untuk memikul tanggung jawab sebagai ketua keluarga.Abang juga harapkan bimbingan Jaja. Tegurlah abang jika ada yang tidak kena. Dahi Jaja dicium lembut sekali lagi. Jaja benar-benar terasa bahagia.Seolah-olah dirinya tidak pernah dilamar derita sebelum ini.Seolah-olah tiada satupun kenangan atau jalanan berduri yang pernah dilaluinya. Abang ingin memeluk Jaja selagi adanya hayat.Abang benar-benar cintakan Jaja. Teramat sangat sayang.Jaja menangis dalam dakapan Jimmy. Satu tangisan bahagia. Jimmy terkejut dengan tangisan Jaja. Kenapa sayang Jaja menggeleng lembut. Jaja rasa seolah-olah hari ni telah terhapus sejuta lara hati ini. Terasa terlalu segar saat ini. Jimmy mengesat air mata yang mengalir di pipi Jaja. Tolonglah sayang.Abang tak mahu hari bersejarah kita di hiasi dengan tumpahan air mata.Abang mahu Jaja gembiramulai hari ini abang tak mahu Jaja berduka lagi.Walau apapun yang terjadi, cinta abang dan abang sendiri adalah milik Jaja. Abang cintakan Jajaabang kasihkan Jaja dengan sepenuh hati abang, sayang. Abang, Jaja bersedia untuk ikut abang kembali ke Taipei hanyalah sebab Jaja percaya yang abang mampu mencintai dan membahagiakan Jaja.Walaupun dunia di sana agak asing buat Jaja, demi abang Jaja sanggup. Jaja milik abang selamanya. Jimmy mengeratkan pelukannya pada Jaja. Bahagia benar hatinya kerana Jaja kini miliknya yang sah. Mereka dinikahkan sendiri oleh ayah di saksikan oleh Haji Imran selaku imam di kairah itu. Kegembiraan menyelebungi majlis itu walaupun selepas ini mereka berdua akan berangkat untuk menetap di Taiwan. Haji Imran tahu betapa berat hati sahabat baiknya itu untuk melepaskan anak kesayangannya itu untuk pergi meninggalkan mereka di sini. Namun dia yakin dengan anak angkatnya itu. Jimmy takkan mensia-siakan Jaja kerana dia tahu betapa dalamnya cinta Jimmy pada Jaja. Aku tak mintak banyak aji. Aku cuma nak tengok anak aku bahagia sebelum aku dengan mak dia tutup mata. Dah terlampau banyak dia menderita. Dan kami tak sanggup tengok dia berterusan murung dan berendam air mata. Haji Imran mengangguk mendengar kata sahabat baiknya itu. Aku paham. Aku juga harapkan yang serupa. Lagipun Jimmy tu kan ke anak angkat aku. Aku pun tak mau dia buat yang bukan-bukan maklumlah depa dok jauh lepaih ni. Tapi aku yakinInsya-Allah depa akan bahagia dan Jimmy takkan mensia-siakan anak hang. Ayah sedikit tenang mendengar jawapan berupa jaminan daripada orang yang mendidik Jimmy menjadi seorang muslim itu. Kerja kita dah selesai. La ni semuanya terletak atas depa. Depa yang kena pandai corakkan hidup depa. Nasihat Haji Imran pada ayah lagi. Ayah menggukkan kepalanya tanda setuju. Mungkin bila Jaja pi sana, dia dapat bina hidup baru. Lupakan semua kepahitan hidup yang dia dah lalu. Mungkin dia akan lebih bahagia di sana. Ayah mengangguk lagi. Aku jugak harap yang serupa. Dah puas kami tengok dia teriak. Kami tak mau lagi tengok air mata dia guguq hanya kerana cinta dan lelaki. Biaqlah air mata yang guguq lepaih ni hanyalah air mata gembira dan bahagia. Doa ayah. Ayah mana yang sanggup melihat anak yang dibela dan di tatang dengan penuh kasih sayang dilukai dan disakiti. Mak,ummi dan Hajah Sakinah mendekati suami mereka. Apa yang rancak sangat tanya mak pada ayah dan Haji Imran. Tak dak apa. Cuma dok sembang dengan abang aji pasai Jimmy dengan Jaja yang nak balik dok kat Taiwan lepaih ni. Ayah berterus-terang dengan mak. Mak menunduk. Ayah tahu hati mak tersentuh. Sabaqlah. Dah jodoh dia jauh. Tempat isteri di sisi suami,Zah. Redha la dia pi macam dia pi dok KL dulu. Lagipun bukannya dia tak besa dok Taiwan tu. Dah jadi rumah dia dulu. Pujuk ayah lagi. Mak mengukir senyum hambar. Ayah tahu senyuman itu dibuat-buat. Saya redha abang. Asaikan dia bahagia. Saya pun mau dia bina hidup baru dan lupakan semua kenangan pahit dia kat sini. Saya yakin dengan menantu baru saya ni. Ummi mengangguk tanda setuju. Jan dan Zul adalah kenangan sekarang. Biaqlah dia terus menghadapi kenyataan hidup ini. Sokong ummi.

Bab 49

Berita mengenai perkahwinan Jimmy dan Jaja tiba-tiba mengejutkan dunia seni hiburan Malaysia sedangkan majlis itu telahpun diraikan di Malaysia sebulan yang lalu. Demi menghormati kedua-dua belah keluarga,perkahwinan campur ini dilaksanakan mengikut adat resam masyarakat Melayu dan menuruti adat perkahwinan masyarakat Cina di Taiwan tapi adat yang dijalankan tetap menghormati agama baru anutan Jimmy yang juga anutan menantu mereka,Jaja. Terserlah keayuan Jaja dengan pakaian pengantin tradisi cina yang berwarna merah dan dikenakan dengan tudung yang berwarna putih.Manakala majlis yang berlangsung di Malaysia memperlihatkan kesesuaian mereka mengenakan suit tradisi Melayu yang berwarna krim,hijau muda dan peach.Bagaikan pinang di belah dua. Ketampanan Jimmy rasanya tidak perlu dipertikaikan lagi. Peminat-peminat kumpulan Gentle dan pengikut dunia hiburan tanahair amat terkejut dengan berita itu walaupun Jimmy pernah mengumumkan akan mengahwini Jaja dalam majalah Galaxie.Walaupun majlis itu dilaksanakan dengan meriah di Taiwan, namun Jimmy tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkannya.Tapi segalanya terbongkar apabila Jimmy dan Jaja kembali ke Malaysia untuk menghabiskan masa bersama keluarga Jaja sebelum Jaja mengikut Jimmy berhijrah ke Taiwan. Majalah hiburan URTV mengambil peluang keemasan semasa Jimmy dan Jaja berada di Malaysia untuk menemuramah dan meminta penjelasan berhubung berita perkahwinan mereka itu.

***************************************************************

Selepas bersusah payah menghubungi Jaja melalui Nana,sahabat baiknya dan juga sahabat baik Jaja; Naida mendapat peluang untuk menemuramah Jimmy dan juga Jaja sekaligus mendapatkan penjelasan berhubung perkahwinan,perhubungan dan juga kisah cinta silam mereka.Hanya kerana itu Naida tidak mahu terlepas skop besar itu. Semuanya hanya kerana Jimmy merupakan penyanyi dan pelakon glamour dari Taiwan dan Jaja yang pernah hangat dengan kontroversi perceraiannya dengan Zulhuzaimy lapan bulan lalu. Naida sampai awal lima minit dari yang dijanjikan dengan pasangan Jimmy dan Jaja.Walaubagaimanapun, ternyata mereka berdua sudahpun bersiap menyambut kedatangan Naida bersama dengan krew majalah URTV itu ke kediaman mereka di Puncak Alam.Terasa segar melihat ketenangan dan keceriaan di wajah pasangan Jimmy dan Jaja itu. Keserasian mereka amat memikat. Naida dan krew di persilakan dan di layan dengan baik sekali.Namun Naida susah hati apabila memikirkan yang dia tidak pandai berbahasa mandarin mahupun hokkien kerana setahunya warga Taiwan kurang mahir berbahasa Inggeris. Hmboleh Jaja tolong translatekan apa yang saya cakapkan kepada Jimmy dan apa yang Jimmy cakapkan kepada sayapermintaan Naida itu disambut dengan senyum meleret daripada pasangan itu. Sorry,kenapa senyum semacam je Naida tidak senang duduk melihat tingkah laku mereka suami isteri itu. Macam ada yang tidak kena. Sorry,actually saya boleh berbahasa Melayu.Walaupun tak fasih sangat dan kalau saya tak faham,saya akan sentiasa tanya Jaja sebab kalau saya tak buat macam tu sampai bila pun saya tak boleh berbahasa Melayu ternganga mulut Naida mendengar ucapan yang keluar dari mulut Jimmy dan Jaja terus dengan senyumannya.Sebelum ini Naida kagum dengan pencapaian Jimmy sebagai artis serba boleh dan berpelajaran kini tambah lagi satu poin walaupun pelat. Baiklah,boleh saya mulakanpantas sahaja keduanya menganggukkan kepala. Okay,saya mulakan dengan Jimmy.kata-kata Naida disambut dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya,menampakkan lesung pipitnya yang manis. Naida cemburu melihat Jimmy langsung tidak melepaskan genggaman jari-jemarinya dengan Jaja. Macam yang kita tahu sebelum ni,Jaja adalah bekas isteri seorang pelakon, penggiat teater dan juga seorang komposer yang terkenal di Malaysia yang bercerai kira-kira enam bulan yang lalu. Dan sekarang seluruh warga Malaysia dikejutkan dengan perkahwinan semula Jaja dengan Jimmy.Boleh Jimmy komen sikit Jimmy menganggukkan kepalanya dan wajah Jaja tiba-tiba mendung membuatkan Naida rasa serba salah takut-takut menjadikan ia sebagai punca kepada kegagalan temuramah petang itu. Jimmy mencium pipi Jaja dihadapan semua orang,spontan sekali tindakannya itu dan langsung tidak diduga oleh sesiapapun termasuk Jaja sendiri. Jaja kembali tersenyum namun wajahnya merona merah. Malu barangkali. Saya rasa semua orang dah tahu punca kegagalan rumah tangga dia yang lalu. Rasanya tak perlu lagi kita bincangkan sebab ia hanya akan jadi punca rasa tak puas hati antara dua belah keluarga.Yang lepas biarlah lepas.Yang saya tahu,sekarang Jaja adalah isteri saya dan saya berjanji takkan mensia-siakannya.Saya akan mencintainya selagi masih ada hayat. Naida menganggukkan kepalanya walaupun ada rasa tak puas hati dengan jawapan bersahaja Jimmy. Tapi dia menghormati pendirian Jimmy yang mungkin kenyataannya berkaitan hal itu akan mengeruhkan hubungan Jaja dengan bekas keluarga mertuanya. Boleh Jimmy ceritakan serba ringkas sejarah hubungan cinta kalian Kami berkenalan tiga tahun lepas.Waktu itu Jaja masih bergelar siswi di UiTM. Saya selalu nampak dia dari jauh,setiap kali terlihat dia jantung saya macam nak berdegup dengan kencang kadang-kadang tu rasa macam nak luruh. Saya jatuh cinta pandang pertama dengan dia.Pertama kali saya menegur dia dalam mandarin, macam nak pengsan saya bila dia jawab balik dalam bahasa yang sama dan sefasih saya. Malu betul saya masa tu. Mula daripada itulah saya sentiasa cari peluang untuk berkenalan dan dia berterus-terang dengan saya statusnya sebagai seorang isteri pada hari pertama kami berkenalan. Saya menghormati dia sebagai seorang teman baik dan sebagai seorang teman baik,sayalah tempat dia mengadu. Saya memang cintakan dia tapi saya kalah dengan kesetiaannya pada bekas suaminya.Sebab saya tahu dia jauh daripada keluarga dan disisihkan oleh suami sendiri,saya yang dah memang jatuh cinta dengan dia sentiasa mendampinginya untuk memberi semangat dan sokongan moral pada dia.Saya cintakan dia. Cinta yang teramat sangat.Bagi saya,bila dia bahagia saya juga akan bahagia. Walaupun dia isteri orangpintas Naida. Jimmy mengangguk. Tapi tolong jangan kata hubungan kami yang jadi punca perpisahan mereka. Suami dan keluarga dia langsung tak tahu persahabatan kami dan kami bukan berdua sahaja tapi semua ahli Gentle bersahabat baik dengan Jaja. Pada saya cinta bukannya memiliki tapi kebahagiaan kekasih kita adalah satu kepuasan dan juga kebahagiaan pada diri kita.Saya akui yang saya cukup seronok bila Jaja berpisah dengan suaminya.Habis saja edah saya lamar dia,lepas bertunang saya terus bawa dia balik ke Taiwan untuk berkenalan dengan keluarga saya dan sebulan kemudian kami bernikah. Selama ini kami terpisah antara dua negara dan kami berdua sudah sepakat untuk menetap di Taiwan selepas berkahwin, saya mahu Jaja membina hidup baru di sana.Saya mahu Jaja lupakan segala kepahitan hidup yang pernah dilaluinya.Lagipun Taiwan bukan Negara yang asing bagi Jaja sebab Jaja juga pernah menetap di Taiwan selama empat tahun, iaitu dua tahun sebelum berkahwin dengan Zul.Jimmy memaut erat bahu Jaja seolah-olah tidak mahu dilepaskannya dan Jaja yang berada dalam pelukan Jimmy merenung suaminya dengan penuh kasih dan menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup manis. Nalurinya sebagai wanita membuatkan Naida di baluti cumburu dengan kemesraan antara mereka. Apakah nama Jimmy setelah memeluk Islam Juhaizril Yang bin Abdullah.Saya masih kekalkan nama keluarga saya tapi saya akan terus dikenali sebagai Jimmy Yang dalam dunia seni. [ JuhaizaJuhaizrilmereka benar-benar bagaikan sepasang.] Saya juga mendengar yang bekas kekasih anda Liu Mei tidak merestui dan merelakan perkahwinan Jimmy.Boleh Jimmy jelaskan apa kesudahan hubungan Jimmy dan Liu Mei. Bagi saya,hubungan saya dan Liu Mei dah berakhir tiga tahun yang lalu.Sejak berpisah,saya tidak pernah sekalipun menghubungi dia atas sebab peribadi.Kalau ada pertemuan pun itu hanya atas dasar karier mahupun terserempak dan yang paling penting saya tidak perlukan restu dia untuk berkahwin sebagaimana dia meninggalkan saya dahulu untuk bersama lelaki lain.Antara saya dengan dia telah lama berakhir.Noktah! tegas sekali kedengaran nada suara Jimmy. Buat Jaja pulak,apakah perasaan Jaja kini.Maksud saya kehidupan kini. Naida beralih pada Jaja yang tidak lekang dengan senyuman di bibir.Dia langsung tiada reaksi cemburu bila hubungan Jimmy dan Liu Mei dibangkitkan. Syukur alhamdulillah.Saya bahagiamalah amat bahagia.Dulusaya hanya meminati Jimmy Yang hanya sebagai seorang artis dengan peminat tapi peminat yang langsung tidak aktif.Saya meminati lakonan kisah-kisah percintaan yang saya rasa takkan berlaku dalam hidup kini sebagai manusia normalmaksud saya dalam dunia realiti kehidupan.Tapi selepas saya kenali hati budi dia,cintanya pada saya yang tulus ikhlas saya rasa cukup bertuah kerana dicintai oleh dirinya.Biarlah segala kenangan yang lama berlalu.Biarkan saya bahagia dengan hidup hari ini dan doakan kebahagiaan saya.Itu saja pinta saya pada semua. Benarkah Jaja ingin bersama Jimmy menetap di Taiwan Jaja menganggukkan kepalanya. Tempat isteri di sisi suami walaupun terpaksa berpisah tujuh lautan dengan keluarga. jawapan Jaja itu cukup untuk merungkai segala persoalan di hati Naida yang selama ini terlalu inginkan kepastian tentang hubungan Jaja dengan Jimmy selepas timbulnya khabar angin dan perceraian Jaja dengan Zulhuzaimy.

************************************************************
Zulhuzaimy yang juga membaca artikel dalam majalah hiburan URTV itu hanya mampu pasrah pada ketentuan Illahi.Dia masih ingin cuba memikat Jaja walaupun sebelum ini dia tahu yang Jaja berkasih dengan Jimmy.Tapi kini,punah sudah harapannya. Foto-foto perkahwinan Jaja yang telah berlangsung sebulan lalu ditatapnya dengan penuh asyik.Air matanya menitis lagi.Terlalu perit baginya ketentuan ini. [ Kenapa mesti aku sakiti diaSedangkan hanya dialah bidadari hatiku.Bertahun lama aku memujakenapa begitu mudah dia aku lepaskanJajaJaja!!!!] Esak Zulhuzaimy bagaikan tiada hentinya. Dia sedar dia terlalu melukakan.Dia juga tidak tahu kenapa dia jadi begitu, kenapa mesti dia mengahwini Maya dan menyakiti Jaja sedangkan dia tidak pernah mencintai Maya. Cintanya hanya pada Jaja.Jaja seorang.Hiba sungguh hatinya melihat wanita itu dalam pelukan lelaki lain,melihat wanitanya itu menerima kucupan kasih di dahi sebaik sahaja selesai akad nikah. [ Dia milikku dahuludia pernah menjadi milikku.Jajakenapa Jaja tinggalkan abang] batin Zulhuzaimy terus menjerit.KasihkuEntah di mana silapnya Aku berpaling dan pergi jauh darimu Sedangkan jauh di lubuk hati… Hanya kau yang kucinta Kasihku Kau menyinari hidupku yang kegelapan Kau umpama permata Tapi kau telah ku campakkan Dirimu bagaikan kaca yang tiada nilainya Tapi pabila kau tiada Daku seolah kehilangan sinar bahagia Ku rasakan cintaku padamu Tiada duanya Aku merana Aku pasrah Tapi kini selepas kau bukan lagi milikku Kau menyinar kembali Namun… Kau tak mungkin kembali… Pergilah sayang, pergilah pujaan Tapi izinkan daku menyatakan Aku cinta padamu…

Jimmy merenung lembut wajah Jaja yang sedang nyenyak lena disebelahnya. Setelah bermacam dugaan telah direntasi dan dihalangi, Jimmy bersyukur kerana Jaja dimilikinya jua. Cintanya pada Jaja amat dalam dan baginya dia mencintai Jaja lebih daripada dirinya sendiri. HoneyI do love you very much.Nothing gonna change my love for you.Id rather die if you go away from me and my love but I always believe that only death will apart us.I do love you.Love you, honey. Jimmy mengusap lembut perut Jaja,bukti cinta dan kasih mereka.Tenang hatinya melihat Jaja di sisinya. Nyenyak sekali tidur Jaja. HoneyI wont let you feel sad.I wont let you feel lonely.Abang akan sentiasa berada disisi Jademi cinta kitaselagi hayat dan nafas bersama abanghanya Ja yang abang cintakan. Walaupun dia tahu yang Jaja sedang nyenyakdia tetap mahu luahkan apa perasaannya buat Jaja. Jimmy terkenangkan pertemuannya dengan Jajabertahun-tahun yang lalu.Dia akui kelembutan Jaja buatkan dia jatuh cinta pandang pertama.Bukan wajah manis Jaja yang menjadi pujaannya tapi,kelembutan dan kesantunan Jaja yang membuatkan dia terpikat dan terikat.Lebih tiga tahun menjadi teman baik yang sentiasa sanggup berkongsi susah dan senang.Walaupun dia mencintai Jaja dari mulatapi dia tidak memaksa Jaja mencintainya kerana dia tahu saat dia mula mengenali Jaja, dia masih isteri orang. Kesabaran Jaja menanti suami pulang ke pangkuan meruntun hatinya.Jimmy masih teringatkan tangis Jaja apabila menerima khabar pernikahan kedua suaminya dengan Maya, salah seorang tenaga kerja di syarikat Zulhuzaimy.Lebih memeritkan berita itu diterima ketika Jaja kesakitan akibat keguguran.Masih terngiang-ngiang kata-kata Jaja apabila mendengar berita itu. Bukti cinta kami dah hilang seperti berakhirnya cinta dia pada saya,Jimmy. Jangan kata macam tu Jaja. Kefasihan Jaja bertutur dalam bahasa mandarin memudahkan komunikasi mereka kerana saat mula ke Malaysia dia mengalami sedikit masalah bertutur dalam bahasa Inggeris. Kalau tidak mesti ada communication break-down. Dia mulanya hairan dan jantungnya bagaikan berhenti berdegup apabila Jaja berpaling bila ketika berselisih dia berkata Wahai gadis manisapakah yang ada padamu buatkan aku jatuh cinta pandang pertamaSudahkah dirimu berpunya Tiada apa yang menarik pada wanita ini. Bagai terhenti degup jantungnya bila Jaja membalas dalam bahasa yang sama. Fasih-sefasih dirinya.Ketika itu mula merasakan getaran cinta dan malu sendiri kerana Jaja mengetahui apa yang dikatakannya. Jaja abang harapkan impian dan istana cinta kita akan terus bersinar gemilang dengan cahaya hati kita.Moga tidak akan ada pengkhianatan dan ketidakserasian dalam cinta dan hidup kita.Biarlah segala masalah kita atasi dan selesaikan bersama, berbincang. Jimmy melurutkan badannya untuk tidur sambil tangannya merapatkan Jaja. Memeluk isterinya sepanjang malam dan untuk selama hayatnya. Ke mana akan pergi seorang isteri jika tidak ke sisi suami,ke mana akan ku curah kasih dan sayang jika tidak ke isteriku, sayang.Hati ini terlalu mengasihi dan mencintai dirimu sayang,hanya Tuhan yang mengetahui.Tidurlah permaisuri hatiku dalam dakapanku sepanjang hayat.

6 Respons

  1. ur story ni best lah…but i dapat associates gentle tu ngn f4 lah…n jimmy tu jerry yen..hihihihi……

  2. Cerita jaja ni mmg byk konflik.. kekadang letih mbaca asyik2 terluka aje..tp xdinafikan begitulah kehidupan kt..susahnya mcari bahagia

  3. best betul cerpen ni tahniah

  4. congrats….i like this story tp geram tul kat su zul tu lah….sblm dpt bejajni seidup semati//dah dapat tak ubah dibuat cam kain buruk…tak gune btui…huh…sori…ter emo plak

  5. gentle nak sama ngan f4 kan…tp citer best gak…tp sampai last zul x tau 2nd wife yg buat dia jd cam tu kan…cian jugak kat dia.

  6. tersentuh dengan cerpen ni…
    banyak pengajaran dan teladan yang dapat dikongsi..
    betapa kasih sayang itu luhur…
    dan yang penting kasih sayang dan sokongan yang diberikan tanpa jemu…
    biar hilang sejuta wang tapi jangan hilang kasih sayang..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: