Akhirnya, kembali jua aku ke desa permai ini. Keindahannya masih sama dan asli, seperti mana aku tinggalkan 3 tahun yang lalu demi setitik ilmu Allah. Kelapa nan sebatang melambai-lambai seakan-akan menyambut kepulangannku. Bayu bertiup lembut membelai pipi yang sekian lama dielus oleh angin sejuk kota London, tempatku belajar. Kicauan beburung dan unggas seakan-akan satu temasya [...]
Satu nama tetap dihati 17
Fikrie berdiri sambil menopang dagu, matanya melilau di sekitar kawasan hospital. Fikirannya kosong. Mungkin kerana hentakan padu di kepala yang diterimanya siang tadi, kepalanya masih pening. Tiba-tiba dia tergelak, geli sungguh hatinya mengingatkan kejadian siang tadi. Mujurlah dia tak hilang ingatan, masih kenal lagi seraut wajah anak saudaranya dan juga faizal. Kalau tidak sia-sia aje [...]
Satu nama tetap dihati 16
Titisan mutiara jernih yang menitis dikelopak mata cepat-cepat diseka. “Jadi selama ni, bunga dan kad-kad tu? Fikrie yang…..” cuba mengawal suaranya yang sedikit bergetar.
“Ya, dia yang hantar…” syafika merenung ninie kehairanan. “Macam mana kau tahu?” ninie membalas pandangan syafika lembut. Tangan kanannya mengusap lembut belakang syafika, dan tangan kirinya di biarkan terlekap di jemari syafika. [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Satu nama tetap dihati 15
Rina memerhati dari jauh… “Hurm, nampak gayanya tak berhasil laa tu? Kak ninie, nampak gayanya kita terpaksa masuk campur. Sorry pak busu, rina dah curik benda ni” rina tersengih nakal. Diari milik fikrie sudah berada ditangannya. Bersusah payah dia nak mendapatkannya. Berjaya juga akhirnya…
“Hai assalamualaikum?” rina ketawa kecil.
“Waalaikumussalam rina, hal kat sana macam mana dah [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Satu nama tetap dihati 14
“Perlukah aku mengalah sekarang? Setelah 15 tahun aku menunggumu syafika.” Fikrie meraup mukanya. Keluhan demi keluhan terkeluar dari mulutnya. Fikirannya terlayang jauh entah kemana. Hatinya dipagut sendu yang amat pilu, resah gelisah, gundah gulana, dan macam-macam lagi. Fikirannya pula ligat memikirkan kemungkinan-kemungkinan dia kehilangan gadis kesayangannya. Fikrie menarik nafas panjang, lalu dihembus perlahan. Berat sungguh [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Satu nama tetap dihati 13
Laju kereta kembara milik syafika meninggalkan bangunan Jaksa MSM Enterprise Wajah itu sudah pun lencun dengan airhangat yang tak henti-henti mengalir.
“Sayang… please jangan macam nie. Abang cintakan sayang. Sungguh!!! Janganlah menangis…Abang minta maaf, please jangan menangis lagi”
“Kenapa aku perlu hadapi semua ini…” cincin belah rotan yang tersemat di jari manisnya direnung hiba, air hangat itu [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Satu nama tetap dihati 12
pertama aku datang secepat ni” Matanya melilau memandang keseluruhan pejabat. “Lengangnya…aku orang pertama ke? Opss pakcik kamil orang pertama, kalau tak masa kan lampu di pejabat sudah menyala” syafika tersengih sambil menepuk dahinya. Pandanganya jatuh di mejanya, sejambak bunga ros merah menyambut kedatangannya pagi itu. “Bunga lagi ke? Tapi bila pulak sampai..?” syafika duduk lemah [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Satu nama tetap dihati 11
Fikrie tayang muka seposen. Rina gelak besar. “Mak… bolehlah mak ye? Lagipun rie rasa mak dah lama tak jumpa makcik hasnah tu kan?” fikrie memujuk. “Ape kena budak dua orang ni? Yang sorang duk tergelak dah macam minah senget!”. rina terlopong. “Yang sorang lagi ni dok merengek aje tak henti-henti! Nak ape ni fikrie oiii… [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Satu nama tetap dihati 10
“Hoiiii…!! Apa kau buat termenung panjang ni? Dah kena penyakit angau ke?” jerkah Doktor diana. Faizal terkejut. Hampir terjatuh kopi ditangannya. “Kau ni diana… memeranjatkan orang ajelah.!” Faizal mengurut dada. “Yang kau ni pulak diana, tak pergi meronda ke, tak habis-habis nak menyakat aku?” Diana menjuihkan bibirnya. “Kau tu dari tadi dok menung je, pandang [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »
Satu nama tetap dihati 9
Senyuman manis terukir di bibir syafika. Dia bernyanyi-nyanyi, sesekali menari riang seakan-akan anak kecil menari ballet. Kalau laa orang yang tidak mengetahui apa yang dirasai syafika, pasti mereka menganggap gadis itu tidak siuman. “Dah lama aku tak rasa macam ni, akhirnya dapat juga aku menikmatinya. Arghh … bahagianya hidup!” syafika melompat ke atas sofa. Dirinya [...]
Difailkan dalam: novel | Leave a Comment »