Posted on September 30, 2007 by muzri
Rohani Sulong
Angin petang menolak perlahan tudung yang menutup kepalanya. Dia termangu menghadap ketenangan tasik. Namun, dalam ketenangan tasik itu hatinya sebenarnya penuh dengan badai luka. Cukup kuat gelora di lautan jiwanya, menghempas satu rasa yang bercelaru di pantai kecewa. Tasik Shah Alam cuma memandang sepi pada wajah mendungnya. Keputusan yang satu masa dulu [...]
Difailkan dalam: cerpen | Leave a Comment »
Posted on September 30, 2007 by muzri
Muhaini Abd Shukor
Aini terkejut, kecewa. Perhubungan selama empat tahun itu berakhir. Aini rasa semangatnya hilang. Perpisahan tersebut benar-benar memberi tamparan padanya.“SAYA suruh awak design strata lima tingkat, bukan design baju dengan kain bertingkat-tingkat!”
Aini tersentak. Lakaran blaus yang baru siap separuh dimasukkan ke laci. Tersengih-sengih, Aini menyusun lakaran awal reka bentuk bangunan lima tingkat tersebut.
“Saya [...]
Difailkan dalam: cerpen mininovella fair and novely | 1 Komen »
Posted on September 30, 2007 by muzri
Haryani Kamilan
HUJAN lebat yang turun sejak jam tiga petang tadi belum nampak mahu reda. Aliya menyuluh pandang dari cermin lutsinar yang semakin berwap. Dikesat-kesat cermin dengan kain pengelap yang memang bersangkut pada apronnya. Biar pandangannya lebih jelas.HUJAN lebat yang turun sejak jam tiga petang tadi belum nampak mahu reda. Aliya menyuluh pandang dari cermin lutsinar [...]
Difailkan dalam: cerpen mininovella fair and novely | 1 Komen »
Posted on September 30, 2007 by muzri
Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop
RUMAH banglo dua tingkat. Angin bertiup menyapa balkoni. Panas petang terasa-rasa. Ain menyelak helaian demi helaian novel yang ditatap sejak pukul tiga tadi. Diletakkan sebentar di atas meja. Merehatkan mata. Ain mendepang tangan. Mengeliat. Rambut yang terurai dihembus lembutnya angin.RUMAH banglo dua tingkat. Angin bertiup menyapa balkoni. Panas petang [...]
Difailkan dalam: cerpen mininovella fair and novely | 1 Komen »
Posted on September 22, 2007 by muzri
Pertama kali mendengar ceritamu aku membayangkan dirimuPertama kali mendengar suaramu aku menjadi rinduPertama kali menatap dirimu aku jatuh cintaPetama kali kita terpisahCintaku, rinduku dan kasihku tak pernah padam……Biarpun kita terpisah buat selama-lamanya
Hujan lebat serta guruh di luar, semakin menguatkan tangisan Syafik. Kenapa Linda meninggalkan Syafik pada kami adalah satu pertanyaan yang ku kira cukup besar [...]
Difailkan dalam: cerpen | 1 Komen »
Posted on September 22, 2007 by muzri
Amira masih berteleku. Sesekali, angin petang sepoi-sepoi bahasa singgah menampar ke pipi. Bersendirian di situ mengajaknya untuk menghayati dunia mereka yang telah kekal bersemadi di perut bumi. Habis Surah Yassin dilagukan, dia kembali mengulanginya, penuh penghayatan dan disulam dengan hati yang cukup ikhlas ingin menghadiahkan bait-bait ayat suci itu kepada yang berhak. Dia melihat jam [...]
Difailkan dalam: cerpen | Leave a Comment »
Posted on September 22, 2007 by muzri
Aku masih lagi buntu, tak tahu ke mana arah tujuan dan penyelesaiannya. Baru sebentar tadi aku menerima surat dari bekas suamiku, Aziz yang ingin aku kembali semula kepadanya. Aziz, satu nama yang cukup agung dalam hatiku suatu ketika dahulu. Dia insan pertama yang mengajar aku erti cinta. Perkenalan kami tersulam ketika aku mengikuti kursus motivasi [...]
Difailkan dalam: cerpen | 3 Komen »
Posted on September 19, 2007 by muzri
Bayu pagi yang dingin mengelus lembut ke pipinya. Hawanya yang sejuk menusuk ke tulang hitam. Azan Subuh yang berkumandang di udara memecah kesunyian dan kesedihannya. Namun, kegusaran yang bersarang di benak fikirannya itu bagaikan tidak ketahuan hujung pangkalnya. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang agak berada. Benarlah seperti yang sering dikatakan oleh kebanyakan orang, kemewahan [...]
Difailkan dalam: cerpen | 6 Komen »
Posted on September 19, 2007 by muzri
“Woi, Ila. Sini la tolong aku, kau buat apa lagi tepi sungai tu?” jeritku bila melihatkan Ila masih lagi tergaru-garu kepala. Sedangkan cikgu suruh masak air je, bukannya cari sumber air! Api pun dah siap hidupkan, tinggal jerang je. Ya Allah, terkedek-kedek pula jalannya, padahal bukannya jauh sangat pun.
“Sekejap la Hana. Aku datang ni. Nah,ambil [...]
Difailkan dalam: novel | 7 Komen »
Posted on September 19, 2007 by muzri
Sehingga ke dinihari, mataku masih belum mahu lelap-lelap juga. Entah mengapa, malam yang seringkali kurasakan begitu pendek seakan segan-segan untuk bergerak. Ia menjadi panjang dan begitu sunyi sekali. Hanya desiran angin malam yang berhembusan yang menemaniku malam itu. Berita yang kuterima daripada Ila sebentar tadi benar-benar menyusuk ke jiwa. Perihal Hazman yang masih dan tetap [...]
Difailkan dalam: novel | 2 Komen »