Posted on September 15, 2007 by muzri
Oleh Kamariah Safri
“IA dah balik!”Saya tidak menyahut pada patah kata yang diucapkan oleh Hayani. Ucapan separuh berbisik itu tidak berbekas di hati saya.“Dia dah balik! Kau dengar tak apa yang aku cakap!”
Kali ini suara Hayani sedikit keras. Cuba menarik perhatian saya yang masih lagi tekun menghadap skrin komputer. Terlalu banyak urusan kewangan yang perlu dibereskan, [...]
Difailkan dalam: cerpen mininovella fair and novely | Leave a Comment »
Posted on September 15, 2007 by muzri
Oleh Nahari Mastono Arukin
GEMILANG majlis perkahwinan Kak Long tiba-tiba disambar angin gempar! Bukan kerana ribut melanda, tidak juga kilat sabung menyabung malah hujan juga tidak turun walau setitis. Tapi, gempar dan gegak gempitanya lebih daripada pukulan ribut mahupun terjahan ombak ganas hanya kerana sebentuk cincin berharga 100 ringgit! “Mak, Kak Long tak ambil, Kak Long [...]
Difailkan dalam: cerpen mininovella fair and novely | Leave a Comment »
Posted on September 15, 2007 by muzri
Oleh Norzehana Yusof
“IMPIAN itu adalah impian kita bersama.” Anak mata hitam itu merenungnya tajam. Maisarah membalas renungan itu lembut. Bibirnya mengukir senyuman manis.
“Mudah-mudahankan, abang.” Lelaki di hadapannya itu hanya menganggukkan kepala. Terselit rasa bahagia yang mula berbunga di tangkai hatinya.
“Tapi, Sarah tak dapat bantu apa-apa. Sarah cuma dapat doakan abang berjaya capai impian abang tu.” [...]
Difailkan dalam: cerpen mininovella fair and novely | 1 Komen »
Posted on September 15, 2007 by muzri
Oleh Siti Norbaizura Rahim
INTAN merenung jauh lautan biru yang terbentang luas di hadapannya.Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata yang dilafazkan Helmi, insan yang mendorongnya untuk mencapai cita-cita. Intan melepaskan keluhan kecil.
“Intan dah fi kir masakmasak?” soal Helmi. Intan mengangguk. Helmi menggeleng- gelengkan kepalanya.
“Kalau macam tu, buat apa Intan susah payah belajar tinggi-tinggi untuk mendapatkan ijazah? Lagipun, [...]
Difailkan dalam: cerpen mininovella fair and novely | Leave a Comment »
Posted on September 15, 2007 by muzri
Oleh Fatimah Addariah Abdul Mubin
“JANGAN berputus asa kerana setiap penyakit ada ubatnya, kesusahan ada tepinya dan rezeki ada lombongnya.Gagal tidak bererti kita akan gagal untuk selama-lamanya.
Bersabarlah. Bukankah sabar itu separuh daripada iman?” kata ibuku memujuk selepas melihat keputusan Sijil Pelajaran Malaysiaku tidak memberangsangkan.
Masakan tidak, aku cuma mampu memperoleh 1A2, itupun untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. [...]
Difailkan dalam: cerpen mininovella fair and novely | 1 Komen »
Posted on September 15, 2007 by muzri
Oleh Juriah Julaihi
SENYUMANNYA yang sedari tadi menguntum kian pudar apabila sepasang matanya menyorot sebuah kereta berwarna perak yang menuju masuk menyusur denai yang tidak bertar di hadapan rumah usang peninggalan kedua-dua orang tuanya.
Ada detik di hati namun anak matanya tajam mengekori arah tuju kenderaan tersebut hingga betul-betul berhenti di hadapan anak tangga tempat Marlini melangut [...]
Difailkan dalam: cerpen mininovella fair and novely | Leave a Comment »
Posted on September 15, 2007 by muzri
Oleh Siti Sohaidayati Sohib
HEMBUSAN bayu pantai ini kurasakan belaiannya sedingin salju. Tidak begitu terasa panas yang menggigit kulit meskipun kutahu sang mentari sedang galak bersinar.
Deburan sang ombak yang tidak jemu-jemu menghempas pantai dapat kurasai percikannya dengan hujung kaki. Di dalam kegelapan ini, hatiku berilusi, memanifestasikan fatamorgana indah ciptaan Tuhan biarpun ia terlalu jauh daripada pandangan [...]
Difailkan dalam: cerpen mininovella fair and novely | Leave a Comment »
Posted on September 15, 2007 by muzri
Oleh Mastura Abdullah
DI penghujung senja itu, dia berjalan mencari sebuah harapan. Harapan yang tidak pernah kunjung tiba. Hatinya teringin benar hendak melontar sebuah keluhan tetapi bimbang pula jika keluhan itu akan menjadi rutin hidupnya kelak.
Penat melangkah, akhirnya dia duduk berteleku menghadap lautan yang terbentang luas di hadapannya. Semenjak patah dahan berpaut, dia cuba menjadi sandaran [...]
Difailkan dalam: cerpen mininovella fair and novely | Leave a Comment »