Hanya tuhan yang tahu

Bayu pagi yang dingin mengelus lembut ke pipinya. Hawanya yang sejuk menusuk ke tulang hitam. Azan Subuh yang berkumandang di udara memecah kesunyian dan kesedihannya. Namun, kegusaran yang bersarang di benak fikirannya itu bagaikan tidak ketahuan hujung pangkalnya. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang agak berada. Benarlah seperti yang sering dikatakan oleh kebanyakan orang, kemewahan [...]

Alamak … Dia Lagi! 5

“Woi, Ila. Sini la tolong aku, kau buat apa lagi tepi sungai tu?” jeritku bila melihatkan Ila masih lagi tergaru-garu kepala. Sedangkan cikgu suruh masak air je, bukannya cari sumber air! Api pun dah siap hidupkan, tinggal jerang je. Ya Allah, terkedek-kedek pula jalannya, padahal bukannya jauh sangat pun.
“Sekejap la Hana. Aku datang ni. Nah,ambil [...]

Alamak … Dia Lagi! 4

Sehingga ke dinihari, mataku masih belum mahu lelap-lelap juga. Entah mengapa, malam yang seringkali kurasakan begitu pendek seakan segan-segan untuk bergerak. Ia menjadi panjang dan begitu sunyi sekali. Hanya desiran angin malam yang berhembusan yang menemaniku malam itu. Berita yang kuterima daripada Ila sebentar tadi benar-benar menyusuk ke jiwa. Perihal Hazman yang masih dan tetap [...]

Alamak … Dia Lagi! 3

Eh, eh budak ni! Sempat lagi dia berangan dalam kereta aku ni. Hoi, makcik! Dah tak nak balik ke? Atau kau nak terus ikut aku balik rumah aku tu?” Sergah Mila secara tiba-tiba.
Mau gugur jantung aku dibuatnya. Hishh, Mila ni kalau bercakap dengan boyfriend dia, bukan main lagi lemah-lembutnya! Tapi, bila dengan aku je terus [...]

Alamak … Dia Lagi! 2

“Assalamualaikum. Boleh saya duduk di sini?” soal seorang pelajar lelaki yang pada telahanku mungkin pelajar baru di sekolahku kerana sebelum ini aku tak pernah melihatnya.
“Waalaikumsalamwarahmatullah. Boleh, duduklah,” jawabku seraya berpaling ke arah padang kerana pada saat itu keadaan di kantin amatlah lengang daripada keriuhan manusia. Aku tak mahu dikatakan yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi oleh guru-guru [...]

Alamak … Dia Lagi! 1

“Aduh… lenguhnya tangan aku ni Mila! Mau tertanggal dibuatnya kalau tiap-tiap hari macam ni. Lagi-lagi kalau ‘pakcik’ tu yang suruh! Tak pernahnya dia bagi assignment yang sikit-sikit, sekali bagi menimbun fail atas meja aku ni.Sila rujuk kebawah untuk membaca keseluruhan cerpen
“Kalau disusunlah sekalian fail tu, maunya setinggi bangunan KLCC tau!” omelku terus-terusan sambil mataku melilau [...]