“Woi, Ila. Sini la tolong aku, kau buat apa lagi tepi sungai tu?” jeritku bila melihatkan Ila masih lagi tergaru-garu kepala. Sedangkan cikgu suruh masak air je, bukannya cari sumber air! Api pun dah siap hidupkan, tinggal jerang je. Ya Allah, terkedek-kedek pula jalannya, padahal bukannya jauh sangat pun.
“Sekejap la Hana. Aku datang ni. Nah,ambil ikan yang budak-budak tu dah tangkap ngan cikgu tadi,” sahut Ila sambil menghulurkan lima ekor ikan yang masih fresh dari sungai. Banyak juga yang dia orang dapat tangkap, baru sejam lebih je!
“Apa pula bagi kat aku? Nak masak apa ni? Nanti aku main masak je kang,” soalku pada Ila seraya memintanya supaya bertanyakan pada Cikgu Aznah yang turut serta dalam kem bina diri yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) yang bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar dengan arus globalisasi yang mencabar serta usaha untuk mengurangkan risiko kami menghadapi culture shock nanti.
“Cikgu suruh masak kari yang simple je. Rempah ngan bawang ada dalam bakul kat sana tu,” laung Ila sambil jarinya menunjuk ke arah bakul peralatan memasak berhampiran khemah guru-guru pengiring. Isshh, budak ni main tunjuk-tunjuk je.
“Kok iyepun, meh le sini tolong aku siang ikan ni, Cik Ila ooi. Takkan la nak masak ngan perut-perutnya sekali. Silap haribulan, semua yang makan kari ni kena food poisoning lak,” balasku sambil bergerak untuk mengambil bahan-bahan untuk memasak. Nasib aku la kena masak hari ni. Budak-budak yang lain entah ke mana perginya.Ah, lantaklah yang penting aku dah dipertanggungjawabkan dan kenalah ikhlas pikul amanah tu.
“Ala, tak syok la macam ni. Aku bukannya pandai pun siang ikan, kau jelah yang siang,” ucap Ila seakan berbisik, mungkin takut didengari oleh yang lain.
“Oklah, aku siangkan. Nanti kau pergi bersihkan yek?” kataku dan segera memulakan tugasan itu. Tak pelah, kawan punya pasal aku tak de halnya.
“Sayang kau, Hana! Nanti kau ajar aku macam mana nak siang tau,” wajahnya berbunga ceria sebaik aku mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju.
“Eh Ila pandailah awak ni siang ikan,” tegur Hazman sambil duduk mencangkung bersebelahan Ila untuk membantunya. Aku ni cepat je dengar suara ‘dia‘ tu, macam telinga kuali lak kan?! Eleh, kalau dah namanya lelaki, mestilah suara tu kuat. Nak bagi slow macam mana sekalipun, orang tetap dengar. Setuju tak?
“Bukan saya la yang siang ikan-ikan ni. Tu ha, Hana yang siang tadi. Dia suruh saya yang bersihkan sebab dia tengah prepare bahan-bahan nak masak kari untuk makan tengahari nanti,” ulas Ila panjang lebar sambil mulutnya dimuncungkan kepadaku. Aku hanya buat pekak dan leka meneruskan tugasanku yang kini hampir selesai. Tinggal tunggu Ila bawa ikan-ikan yang dah bersih tu je.
“Hah, Hana yang masak? Dia tu kan brutal semacam, pandai ke buat kerja-kerja perempuan ni?” soal Hazman ragu-ragu.
“Kau ni apalah. Tak semestinya perempuan yang pada zahirnya nampak kasar tak pandai buat kerja rumah,” jawab Ila lalu bingkas bangun dan menuju ke arahku.
“Oh, macam tu ke?” Hazman cuba berlawak dengan Ila. Kenapa? Tak percaya? Hehe.. Dia ketawa tapi yang sedihnya lawak dia tu tak dapat respond daripada Ila. Kelihatan Ila begitu serius.
“Kenapa ni Ila? Muncung je. Senyumlah sikit,” tanyaku bila tiada segaris senyuman pun pada bibirnya. Pelik aku. Tadi elok je berborak dengan aku.
“Taklah, aku just geram je ngan Hazman tu. Dia underestimate kebolehan kau,” balas Ila masih dengan muka yang masam mencuka seperti tadi.
“Walaupun dia kata pada kau, tapi aku yang terasa sebab aku kenal kau lebih daripada dia. Mana boleh suka-suka je nak perkecilkan orang. Mentang-mentang kau ni kasar,” luah Ila tidak puas hati. Tersentuh hatiku dengan kata-kata sahabatku ini. Dia yang terasa sedangkan aku yang kena kata ni tidaklah begitu terasa dan segeram dia.
“It‘s ok. Never mind. Aku dah biasa dengan semua ni. Kau janganlah muncung-muncung macam ni lagi. Asalkan kau tahu aku siapa dah cukup, biarlah orang lain nak kata apa.Aku tetap aku, ok?” sambutku panjang lebar sambil menghadiahkannya seulas senyuman. Kemudian, Ila pun mula tersenyum walaupun agak pahit.
“Ha, macam tulah bestfriend aku. Kena senyum selalu sebab kalau kau senyum, aku pun rasa tenang. Kalau ada yang sakitkan hati kau, bagitahu aku biar aku warning dia,” ujarku dengan tangan yang ligat mengacau kari pekat yang sudah hampir masak.
“Eh apasal muka aku macam kena flash kamera je nih?” soalku serta merta.
“Hana, ada orang ambil gambar kau la!” jawab Ila pantas.
“Siapa la pula manusia tu? Macam dah tak de insan lain yang dia nak ambil gambar candid. Aku juga yang jadi mangsa,” bebelku.
“Hazman la, Hana,” sambung Ila tak lama kemudian.
“Apasal la mamat sekor ni? Tadi kacau kawan aku, sekarang aku pula yang kena. Tak leh jadi ni,” kataku dengan dahi yang berkerut-kerut.
“Takkan la tak leh kacau kau? Bukan ke aku ni kawan kau? Marah ke?”
Hek eleh, bila la pula dia ada kat sini. “Kau Hazman. Bukan tak leh kacau tapi tak kena masa tahu tak,” bidasku tanpa menoleh kepadanya. Malas pula aku nak melayan mamat ni. Tiba-tiba pula rasa boring.
“Oklah, aku minta maaf pada kau. Dah siap cuci gambar nia aku bagi pada kau,ok?
Nak pujuk orang nampaknya. “Yelah,” sepatah yang keluar. Itupun bena tak bena aku menjawabnya.
* * * * * * * * * *
Kelakar pula aku tengok gambar ni. Punyalah selekeh aku pakai! Hehehe… zaman riang ria kanak-kanak la katakan. Best pula bila belek gambar-gambar lama ni. Nostalgia lalu kembali menjengah. Barulah aku sedar yang lama tu selalunya lebih berharga berbanding yang baru. Perkara-perkara yang baru ni kadangkala buat kita lupa dari mana asalnya kita kerana kita sebagai manusia yang sering membuat kesilapan ni lebih mengagungkan apa yang dimiliki sekarang. Sekaligus lupa untuk mensyukurinya.
Tit tit, tit tit…
Lamunanku terhenti dek deringan SMS yang agak kuat. Macam tahu tahu je aku tengah berangan, kacau daun betullah penghantar mesej ni. Baru nak mengelamun kejap. Mesti budak Mila nih! Aku baru je balik kejap, dah rindu nampaknya pada aku. Ada-ada jelah minah seorang ni.
Usah jauhkan dirimu dariku,
Kerna sedaya upaya kudratku cuba mendekatimu,
Mungkin suatu hari nanti kau akan sedar,
Betapa insan yang kau sering cuba untuk lupakan itu akan terus mekar…
“Issh, isshhh.. Buat balik dah,” omelku sejurus mendapati siapakah pengirimnya. Meleset sangkaanku tadi. Lain yang aku sangka, lain pula yang jadi! Tak suka betulah dengan orang yang tak bernama ni. Ingatkan dah stop, at last sambung lagi. Serik aku dibuatnya. Kali ni aku nak guna telefon rumah pula call dia, sure dia tak tahu punya! Hehehe… seronoknya aku.
Trut trut, trut trut.. deringan kedengaran seperti hari tu tapi dia tetap tak angkat. Dia tahu ke nombor telefon rumah aku ni? Musykil dibuatnya. Gasaklah, semuanya tak makan saman. Baiklah aku jenguk mak aku kat bawah. Lama betul tak naik-naik. Fuhh.. nasib baik Hazman dah balik. Lega satu perkara.
“Mak nak buat apa dengan kelapa banyak-banyak ni?” soalku kehairanan.
“Sebenarnya tujuan mak panggil kau balik ni sebab mak nak buat kenduri doa selamat sikit sempena ulangtahun kelahiran kau. Nak harapkan kau balik sendiri,lambat lagilah. Lagipun,sebelah malam pula mak nak buat tahlil untuk saudara-mara kita yang dah pergi ni,” jelas emakku sedetailnya.
“La… nak buat kenduri rupanya. Ingatkan apalah yang emergency sangat tu,” pintasku sebaik emakku menghabiskan perkataan terakhir.
“Tu lah sebabnya Hazman datang tadi. Mak dah wakilkan dia untuk urusan pembelian barang-barang dan jemput orang-orang surau. Nak harapkan adik-adik kau tu, sampai sudah la tak selesai-selesai. Kau pula baru balik, tak sampai hati mak nak suruh kau yang buat, penat sehari dalam kereta pun belum hilang lagi,” sambung emakku yang pada ketika itu sudah siap memarut kelapa-kelapa yang bertimbunan sebentar tadi.
* * * * * * * * * *
“Thanks Hazman sebab tolong mak Hana buat benda-benda tu semua. Patutnya Hana yang uruskan, bukannya Hazman. Mesti penat kan sebab pagi-pagi lagi dah ke pasar,” ucapku pada Hazman saat mengambil barang-barang mentah yang telah dibelinya di pasar borong pagi itu. Agak janggal kedengaran bila aku membahasakan diriku sebagai ‘Hana‘ dan bukannya ‘aku‘ seperti dulu. Kini, aku sudah mula boleh mengawal emosiku terhadapnya. Puas sudah aku mengalirkan airmata bermunajat kepada yang Esa di tikar sembahyang subuh tadi agar semuanya akan berakhir dengan baik. Aku tidak mahu terus dibayangi dengan perkara-perkara lampau itu. Aku memohon kepada Ilahi agar aku dan Hazman masih boleh kekal sebagai sahabat baik seperti di awal pertemuan kami dahulu.
“Tak de apa-apalah Hana, perkara kecil je. Lagipun, Hazman ikhlas nak membantu,” jawabnya sambil menutup bonet keretanya.
“All right, Hazman minta diri dulu ye sebab belum mandi lagi ni. Tak sempat la pagi tadi, nak cepat sangat,” sambungnya sambil menahan ketawa. Akhirnya, ketawanya pecah di situ juga.
“Tak pelah kalau macam tu, baliklah mandi. Tapi, tengahari nanti datang tau,” sambutku tersenyum. Sikapnya masih sama, suka berjenaka denganku. Namun, aku tidak lagi akan ketawa besar seperti dahulu bila mendengarkan lawak antarabangsanya. Cuma senyuman yang terukir di bibirku. Pengalaman hidup mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa dan matang. Bukanlah aku mengubah sikapku untuk menjadi manusia yang bukan diriku tetapi aku hanya mengikis elemen-elemen negatif dari diriku untuk disesuaikan dengan sekelilingku.
“Insya-Allah, Hazman datang. Hazman balik mandi dulu ye?! Kirim salam pada mak Hana,” ketawanya masih lagi bersisa.
Aku hanya mengangguk perlahan seraya naik ke rumahku dengan beberapa plastik barang yang dibeli oleh Hazman tadi di tangan. Dapur adalah destinasiku dan emakku adalah sasaranku. Maunya tak begitu, barang sebegini banyak aku yang bawa seorang!
Tit tit, tit tit… berbunyi lagi handsetku. Sabarlah dulu, berat tau barang-barang ni. Ikutkan hati ni, nak aje aku offkan handset tu. Tapi, bila mengenangkan Mila terus tak jadi. Bukannya apa, Mila tu bukannya boleh kalau aku offkan handset tu. Risau katanya. Hah, baru boleh nak baca. Entah-entah orang yang bernama tu lagi kot?! Aduss, masin pula mulut aku ni! Memang dia pun.
Terima kasih untuk segalanya,
Aku tahu masih ada sisa kasih di sudut hatimu buatku,
Walau kau enggan untuk mengakuinya,
Aku bisa memahaminya kerana hatimu dan hatiku telah bersatu…
Bertambah parah nampaknya! Patut-patut dah duduk ICU ni, tak boleh dibiarkan lagi. Nanti makin kritikal pula! Masuk bab kasih, bab hati dah ni… Kalau berterusan juga kes ni, migrain aku nanti.Senang cerita,aku tukar nombor lain jelah… Tutup cerita pasal ni.
“Fuiyoo… ramainya yang datang mak!” laungku dari depan. Tak jawab pun mak ni, sibuklah tu! Aku juga yang kena jaga bahagian depan ni. Kena layan tetamu pula tu! Aiseh, lupa pula. Ni kan kenduri untuk aku! Haruslah aku yang kendalikan. Petang itu aku mengenakan baju kurung hijau yang simple dan dipadankan dengan sehelai selendang labuh yang kupakai ala-ala kadar asalkan menutup aurat cukuplah. Tak reti aku nak melilit-lilit tu, buatnya terbelit leher ni siapa nak tanggung?
Majlis yang berlangsung dimulakan dengan bacaan doa selamat. Semuanya berjalan lancar dan sempurna seperti yang dirancangkan sebelum ini.Tetamu-tetamu yang datang kelihatan gembira dan menyambut baik jemputan emakku. Alhamdulillah.Setelah kuamati satu persatu wajah hadirin yang datang, ada satu yang kurang. Puas kucari di segenap ruang, namun masih hampa. Lantaran itu, pangkin yang terletak agak jauh dari kesibukan hadirin menjadi tumpuanku untuk berehat seketika sambil menghirup udara segar kampungku yang belum tercemar oleh kepesatan pembangunan. Nafas kutarik dalam-dalam dan kupejamkan mataku sambil fikiranku menerawang kepada pencarian siapakah penghantar SMS misteri itu. Handsetku masih di tangan. “Siapa orang ni sebenarnya?”soalku sambil membuka mata yang kupejam sekian lama dan seolah-olah menujukan soalan itu kepada handsetku yang masih setia di genggamanku. Dalam masa itu juga telingaku menangkap sesuatu…
Akulah PUTERA yang selalu merinduimu,
Hamparkanlah kasih dan sayangmu itu buatku,
Lantaran sifatmu yang satu dalam seribu,
Membuat naluriku berkata kaulah PUTERI hatiku…
Segera aku menoleh ke arah datangnya suara itu dan dalam sekelip mata terungkailah sudah segala yang telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam hidupku akhir-akhir ini. Barulah kutahu yang selama ini, dialah insan yang bertanggungjawab atas semua madah yang kuterima tanpa nama pengirimnya itu. Dia jugalah insan yang telah menambat hatiku sejak kali pertama bertemu dan dialah insan yang telah ditakdirkan Allah untukku.
Rupa-rupanya, majikanku itu adalah abangnya dan setiap gerak-geriku diperhatikan dari jauh tanpa aku sedari. Semua maklumat tentangku diperolehi daripada abangnya dan dalam masa yang sama Ila turut menjadi sumbernya. Memang benar, ada hikmah di sebalik semuanya. Tanpa kusedari, ada titisan jernih yang mengalir dari pelupuk mataku. Kali ini, titisan jernih itu bukan kerana kesedihan tetapi kerana kegembiraan dan kesyukuran terhadap Tuhan yang Maha Esa yang telah mengabulkan doa hamba-Nya yang kerdil ini untuk mengakhiri semuanya dengan baik.Insan yang kumaksudkan ialah putera hati seorang puteri, Rahazman b. Abdurrahman…
Difailkan dalam: novel
best la cite ni,cume klu dpnjgkn lagi maybe lg mnarik…
pape pun all the best.
cite ni best sgt2. jk dikembangkan lg jln cite ni mesti lg best…
best giler la……….. so tingkatkan lg kualiti penulisan novel kita….cayalah
bestla..wat lg citer yg mnarik ye?akhirnya ku milikmu ye..-nur-
best gak la citer ni…… tp pndk sgt… panjang ckit bru best giler!!!!!
best la…
yess..mmg besh..rugi x bc..;p
so sweet…………