Novel : Dalam Diam Aku Mencintaimu 1

Noreyn

Bab 1
“Awak. Awak jangan nak mengada ngada ye”

“Mengada apanya?”

“Awak pergilah tidur dekat sofa sana”

“Apasal pulak? Ni kan bilik saya? Katil saya? Suka sayalah”

“Awak? Kan saya dah cakap yang saya kahwin dengan awak sebab nak selesaikan masalah saya je?”

“Habis awak ingat saya nak sangat ke kahwin dengan awak? Manalah saya tau yang awak tipu saya. Dulu sebelum kahwin bukan main lagi, sayanglah, cintalah. Dah kahwin macam nilah. Dasar mata duitan”

“Habis awak tu apa? Jangan nak berlagak baiklah. Macam saya tak tau yang awak tu buaya tembaga. Perempuan keliling pinggang”

“Habis, siapa yang suruh awak couple dengan saya dulu?”

“Saja je, nak habiskan duit awak. Daripada saya habiskan duit awak sebelum kahwin dan kumpul dosa lebih baik saya habiskan duit awak lepas saya jadi isteri awak. Sekurang kurangnya taklah saya dapat dosa kering”

“Habis tu awak buat saya macam ni tak dapat dosa kering ke? Dapat dosa basah kot?”

“Dahlah malas saya nak bertekak dengan awak. Saya nak pergi tidur dekat bilik tetamu”

“Eh awak ni dah gila ke?”

“Apasal pulak?”

“Kan ke mak ayah awak tidur dalam bilik tu? Tak kan awak nak tidur dekat tengah tengah kot?”

“Ye tak ye juga. Tak apalah saya tidur dalam bilik air”

“Awak ni dah tebiat agaknya, apahal pulak sampai nak tidur dalam bilik air?”

“Yelah kalau masuk bilik air boleh saya kunci pintu. Sini macam tak selamat je”

“Eeii awak ingat saya nak sangat ke sentuh badan awak tu? Tak heranlah”

“Kucing kalau dah jumpa ikan dia tak kira ikan tu sedap ke tak sedap janji dia kenyang”

“Dah dah awak jangan bising dekat sini boleh tak? Saya nak tidur. Awak pergi main jauh jauh. Mengantuk sangat ni”

“Benci betul” Terpaksalah aku yang tidur kat sofa.

Bab 2

“Nur Masyitah bangun sarapan nak. Dah pukul 10 pagi ni. Ajak suami sekali” Puan Maziatul mengetuk pintu bilik anaknya.

“Ye mak dah bangun dah. Kejap lagi kami turun”

“Mas, mak dengan abah nak keluar kejap. Nanti petang kami baliklah”

“Okey mak. Baik baik jalan” Nur menyahut dari dalam

“Yelah”

“Awak. Bangunlah dah pagi ni” Nur melangkah ke arah katil dan memanggil suaminya.

Tiada jawapan.

“Awak. Dengar tak ni? Bangunlah kita sarapan”

Masih tiada jawapan.

“Awak” Masyitah menunggu seketika.

“Muhammad Izharudean bangunlah” Masyitah memanggil lagi kali ni panggilannya agak kuat.

“Amboi amboi dah berani nak panggil nama. Dah tak sayang mulut ke?” Izhar segera bangun.

“Apasal awak ni? Apa salah ke saya panggil nama awak? Kalau awak nak tau, mak saya selalu panggil nama penuh saya kalau saya tak dengar cakap atau susah nak bangun. Nampaknya cara ni memang berkesan”

“Saya bagi amaran dekat awak, lepas ni kalau awak panggil nama saya lagi siaplah awak”

“Awak ni peliklah. Panggil nama pun salah ke? Habis tu saya nak panggil awak apa?”

“Hah soalan ini yang saya tunggu tunggu selama ni. Panggillah abang ke? Sayang ke? Atau yang seangkatan dengannya”

“Abang? Sayang? Tebiat ke apa awak ni. Malam tadi mimpi apa sampai nak suruh saya panggil awak abang ni?”

“Mimpikan awaklah. Malam tadi saya mimpi yang awak dah mengandung 3 bulan”

“Mengandung? Alamak bahaya ni. Lebih baik saya pergi mandi. Lagi lama saya duduk sini saya pun boleh jadi gila macam awak. Dahlah awak pergi mandi kat bilik air sebelah tu. Mak dengan abah saya dah keluar” Nur melangkah ke arah bilik air.

“Eleh gila konon. Gila gila pun laki awak juga”

Bab 3

“Awak. Saya nak cakap sikit ni”

“Apa dia?”

“Awak ingat tak masa majlis perkahwinan kita tu?”

“Ye. Apa kaitannya?”

“Masa tu kan awak tanya saya, kenapa kawan kawan sepejabat kita semuanya tak datang?”

“Aaa. Apasal pulak?”

“Sebenarnya saya tak pernah bagi tau diorang pun”

“Apasal?”

“Sebenarnya saya tak nak sesiapa pun tau yang kita dah kahwin. Terutama sekali kawan kawan sepejabat kita”

“Habis tu kenapa awak biar mak ayah awak buat majlis kita kat kampung? Kan ke lebih baik kalau tak buat langsung?” Melampau betullah dia ni.

“Hisy awak ni. Kita ni bukannya kahwin curi. Apalah awak ni”

“Habis tu kenapa yang awak nak rahsiakan sangat perkahwinan kita ni? Tak macam kahwin curi ke?”

“Saya ada sebab sebab saya sendiri. Ala awak pun kahwin dengan saya bukannya sebab awak sayangkan saya kan? Kita kahwin sebab untuk selesaikan masalah masing masing. Awak dah lupa ke?”

“Awak ni sampai bila nak macam ni? Kita sekarang dah jadi suami isteri yang sah kan?. Kenapa dengan awak ni hah?”

“Yang awak tiba-tiba jadi emotional sangat ni kenapa?”

“Okeylah saya nak tanya awak. Apa yang akan awak jawab berkenaan inai di jari awak dan jari saya ni? Macam mana dengan cuti kita yang diambil pada masa yang sama?”

“Awak, saya dah planning baik punya” Nur senyum lebar

“Yang awak senyum sampai ke telinga ni kenapa?”

“Awak tak payah risaulah. Kan kita di bahagian yang berbeza walaupun sepejabat? Tentang cuti tu sebenarnya saya sepatutnya masuk kerja dua hari lepas tapi saya dah ambil m.c sampai lusa. Esok awak mula kerja kan? Saya cuti lagi. Pasal inai tu tak payah risaulah. Nanti saya cakaplah yang saya saja je pakai masa sepupu saya kahwin”

“Awak.. sampai bila?” Izhar bersuara perlahan sambil berlalu ke bilik.

Seandainya kau tau Nur apa sebenarnya yang aku rasa. Seandainya.
Izhar.. aku terpaksa buat semua ni. Maafkan aku.

Satu Respons

  1. salam.wau respect gle sy kat awk cite ni best la simple n snang nk baca….sy ad idea utk wat cite tp malas nak menaip ….nak x sy bg idea tu untuk awak?so awk leh jd kannya cite baru awak?tq

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: