Berakhirnya detik lalu

Fina Zaincuriousbaby86@yahoo.com
“Rezeki masing-masing Nina. Awak kena ingat, ajal, maut, jodoh dan rezeki semuanya datang daripada Allah,”ujar Sakinah lembut sambil menepuk perlahan bahu Ainina. Wajah Sakinah yang berseri-seri itu meyakinkan Ainina bahawa hati yang suci dan ikhlas membawa keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
“Kak, terima kasih banyak-banyak. Nina terhutang budi dengan akak,”rasa terharu menyelubunginya. Tubuh Sakinah dipeluk [...]

Kurniaan Ini

niellisaBulan purnama indah mempamerkan wajahnya di langit gelap. Asyik sungguh mengagumi kebesaran tuhan. Jejaka itu masih setia di laman rumah miliknya menghabiskan saki baki malam yang masih panjang.
‘Lambatnya esok…berdebar la plak diaorang nak datang…’ Adam bermonolog ringkas.Dia memaut tubuh, terasa kedinginan malam meresapi hingga ke tulang hitam. Kelihatan bilik ibunya telahpun gelap menandakan wanita kesayangannya [...]

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Bertemasya di Pantai Sri PengkalanSatu kena rogol beramai-ramaiTinggal lagi Sembilan.
“Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?”
“Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki … tiga empat orang “
“Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan [...]

Cerpen: Seutas Tasbih Sebuah Janji

AIR mata Pak Long sudah terkumpul dan tergantung di dagu. Perlahan-lahan ia memberat lalu menitis setitik demi setitik ke atas sejadah. Ada setitik dua mengena tasbih di tangan kanannya. Tangan yang sudah nampak berkedut sedikit, tetapi menegang urat-urat hijau.
Aku memejamkan mataku seketika, cuba menghalau semacam keterharuan dan kesedihan. Jelas, aku tidak berjaya menghapuskan perasaan yang [...]

Hati dan Keperitannya

Mega merah ungu yang indah di dada langit menjadi medium perantara di mana sekeping hati mampu berbicara seenaknya tanpa menyedari segala yang berlaku di sekeliling.
Aku berjalan perlahan merentasi taman bunga Avila yang di penuhi daun-daun ‘maple’ kekuningan yang bertaburan di tanah.
Pohon-pohon itu semakin togel setiap kali angin bertiup.
Kesejukan musim sejuk mencengkam sehingga ke tulang hitamku [...]

Cinta ke2 di Yahoo Mesengger

‘Nadia, dah makan belum?
Ayang buat apa hari ni?
Kenapa Nadia sounds unhappy?
Itu perbualan dahulu. Ketika aku masih jahil. Ketika perbualan berjam-jam di telefon bersama seorang teman lelaki merupakan satu kebiasaan. Bahkan rutin yang menjadi pelik jika tidak dilakukan.
’Nad dah tidur belum? Ke tengah bercakap lagi dengan Danial tu? Sudahlah tu, karang tinggi pulak bil telefonnya.’Begitulah kata [...]

cerpen: esah badang

“Bila kau mula kerja Esah?” tanya Milah sambil mengesat hidung yang dari tadi menitis macam paip rosak.
“Besok aku start. Itu pun kalau aku boleh sedar.”
“Bagus juga kau dah dapat kerja ye? Tak macam aku ni melangut kat rumah tunggu jantan masuk minang… boring ah macam ni,” keluh Milah.
Kau ni Milah, apa yang nak risaukan, bapa [...]

cerpen : Niza

“Hai!”
Aku menoleh. Eh, student baru ni. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Memang sah. Dia tegur aku.
“Saya panggil awak. Awak tengok siapa?”
Aku tersengih. Segan ditegur begitu.
“Tak nak pelawa saya makan?”
Aku menghulurkan sandwich yang kubekal tadi. Tak malunya budak ni. Ada pulak minta makan kat aku.
“Nama siapa?”
“Sama macam nama awak”
“Ahmad Niza?”
“Niza aje. Ahmad tak ada.” [...]

Cikguku Sayang

Mata aku masih tak lari dari memandang wajah guru baru yang…. alamak, gentle giler. Tak tau apa aku nak cakap, aku ni dah kira kes berat tahap kronik dah sebab terjatuh minat kat cikgu sendiri. Tapi bagi aku apa salahnya, dia pun handsome… dah lah tu usia kami pun cuma jarak enam tahun, tak ler [...]

Kesempatan terakhir

I
“Apa kena kamu ni ,Shamsul?Result makin teruk,papa tengok kamu asyik memerap aje dalam bilik tu.Tidur aje kamu tahu!”
“Tapi papa…”
“Menjawab!Menjawab!Pang!”Satu tamparan singgah di pipiku,berbekas di hati.
II
“Shamsul,cikgu bukan nak marah kamu,tapi kalau asyik gagal je, cikgu pun tak tau nak buat apa lagi dengan kamu. Cuba kamu jadi macam si Fawwaz tu,kamu tak nak jadi macam dia?”
III
“Sham,aku [...]