Kerana Dirimu Begitu Berharga

WAWA_NIEYRA
wawa_nieyra1908@yahoo.com
OLEH : SITI ZUBAIDAH BT SHAMSUDDIN (132555

Suasana di dalam kelas Lima Sains riuh-rendah. Masing-masing sibuk bercerita dan bergurau senda. Cikgu Fauzi, guru Matematik Tambahan belum muncul lagi. Tasya gelisah di tempat duduknya. Latihan yang diberi oleh Cikgu Fauzi belum disiapkannya lagi. Cikgu Fauzi sangat garang orangnya. Setiap kali waktunya, semua pelajar diam membisu. Tasya paling tidak suka waktu pelajaran matematik tambahan. Sudah le subjek itu susah, gurunya pula garang yang amat.
“Semua bangun! Assalamualaikum cikgu.” Nyaring suara Nasrul memberi salam.
“Waalaikummussalam. Duduk .” Mata cikgu Fauzi tepat memandang Tasya di belakang.
“Natasya. Bangun!”
Tasya tersentak. Dia tidak menyedari kehadiran cikgu Fauzi ke kelasnya. Dengan serta-merta dia berdiri mengikut arahan cikgu Fauzi.
“Awak buat apa sampai tak sedar saya masuk?”
Tasya hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu hendak memberi alasan. Tadi, dia betul-betul tidak sedar cikgu Fauzi telah masuk.
“Maafkan saya cikgu. Saya janji, saya takkan buat lagi.” Mata Tasya sudah digenangi air mata. Hatinya sudah kecut. Dia takut dimarahi cikgu garang itu.
“Awak berdiri sampai habis masa saya. Mana kerja rumah yang saya suruh buat semalam?” Dia berjalan ke hadapan kelas. Semua pelajar sibuk mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu Fauzi mula berjalan dari satu meja ke satu meja untuk melihat kerja rumah pelajar-pelajar Lima Sains.
“Azian, mana buku awak?”
“Saya tertinggal kat asrama cikgu.” Tersekat-sekat suara Azian tatkala menjawab pertanyaan cikgu Fauzi.
“Tertinggal atau awak sengaja tinggal. Saya nak awak balik ambil kat asrama sekarang juga.” Muka cikgu Fauzi kelihatan merah. Tasya semakin gelisah. Sebentar lagi cikgu Singa itu akan sampai di tempatnya. Pelajar Lima Sains menggelarkan cikgu Fauzi dengan gelaran cikgu Singa kerana beliau garang.
“Natasya, mana kerja rumah awak?”
Tasya membelek-belek bukunya. “Apa ni? Buku ke rojak? Semua subjek ada dalam satu buku. Mana latihan yang saya suruh buat tu? ” Semua pelajar memandang Tasya. Dia tidak tahu di mana hendak menyorokkan mukanya. Dia malu yang amat sangat.
“Tak siap cikgu. Saya tak tahu nak buat macam mana. Saya tak faham.” Tasya berusaha menyembunyikan ketakutannya.
“Kenapa sekarang baru cakap. Semalam, masa saya tanya semua diam. Awak tak cakap pun yang awak tak faham.” Mata cikgu Fauzi mencerlung ke arahnya.
“Mulai hari ini, saya nak awak buat dua puluh soalan sehari dan hantar kepada saya. Faham !. Saya tak nak soalan dari buku teks. Awak cari soalan dari buku-buku lain. Dan satu lagi, saya tak nak tengok buku rojak awak ni. “
Tasya bagai hendak pengsan mendengarnya. Mati lah aku. Dal le aku tak minat subjek ni. Dekat mana aku nak dapatkan soalan tu. Mulai hari itu, kebencian Tasya terhadap cikgu Fauzi semakin bertambah. Dia mula merancang sesuatu untuk kenakan cikgu Fauzi. Dia berpakat dengan kawan-kawan sekelasnya.

“Aku benci la cikgu Fauzi tu. Garang macam singa. Ikut suka aku la nak buat buku rojak ke apa. Bukan aku minta duit dari dia. Dah aku tak faham apa yang dia ajar, macam mana aku nak buat latihan? Salihah dan Aina hanya mendiamkan diri. Mereka tidak berani bersuara apabila Tasya tengah marah.
“Dah la kata aku macam semut hitam, jalan tengah malam kat atas arang. Ada ke patut. Dia ingat aku ni bodoh sangat?”
“Kalau macam tu, kau buktikan kat dia yang kau tu cerdik. Tak seperti yang dia kata.” Salihah cuba membakar semangat Tasya.
” Kau tu bukannya macam kura-kura panjat pokok kelapa. Kau tu macam Sang Kancil.” Aina bersuara sambil tangannya sibuk mengelap peluh di dahi. Mereka berjalan mengharungi panas terik untuk pulang ke rumah. Rumah Aina berdekatan dengan rumah Salihah. Mereka berjiran di Taman Sentosa. Rumah Tasya pula agak jauh dari Taman Sentosa. Untuk ke rumahnya, dia perlu melalui jalan yang agak sunyi dan dipenuhi oleh pokok-pokok dan semak-samun. Tasya sudah biasa berjalan keseorangan di kawasan itu kerana dari kecil lagi dia dan keluarga tinggal di situ.

Tasya pergi awal ke sekolah hari ini. Dia ada agendanya yang tersendiri. Setelah sampai di kelasnya, tiada sesiapa lagi yang ada. Dia terus menconteng papan hitam sepuas hatinya. Kemudian dia letak gam dan telur busuk di pemadam papan hitam. Masa pertama hari ini ialah subjek matematik tambahan. Biasanya cikgu Fauzi akan memadam papan hitam terlebih dahulu sebelum mengajar. Dai tidak pernah menyuruh pelajarnya memadampapan hitam. Tasya sudah membayangkan muka cikgu Fauzi yang akan terkena jeratnya sebentar lagi. Selepas siap kerjanya, dia ke kantin untuk bersarapan.
Loceng sudah pun berdering menandakan kelas akan bermula. Tasya melangkah dengan penuh semangat ke kelasnya. Sebentar kemudian, cikgu Fauzi masuk ke kelasnya.
“Kenapa dengan papan hitam ni? Kotor je. Natasya, padam ni.”
Membuntang biji mata Tasya saat namanya dipanggil. Habis la aku kali ni. Aku nak kenakan orang, tapi aku pula yang terkena. Tasya melangkah longlai ke hadapan kelas. Dia terpaksa juga memegang pemadam itu walaupun telur busuk itu melekat di tangannya. Selepas kejadian itu, dia sudah tidak mengenakan cikgu Fauzi lagi.

Peperiksaan SPM sudah semakin hampir. Tasya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarannya. Setiap hari dia mengadakan study group bersama kawan-kawannya. Apa sahaja yang mereka tidak faham, mereka berbincang bersama dan bertanya kepada guru-guru mereka. Tasya tidak lagi malas seperti dulu.
“Eh, yang ni kira macam mana?” Salihah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Mari aku tengok.” Tasya berfikir sejenak. “Macam ni la. Senang je ni.” Tasya menerangkan satu persatu cara penyelesaiannya kepada Salihah.
“Aku tengok kau semakin terror la buat add math.”
“Apa tidaknya. Tiap-tiap hari kena buat dua puluh soalan. Tu belum campur dengan latihan yang cikgu Fauzi beri kat dalam kelas.” Aina menyampuk setelah sekian lama membisu.
“Betul tu. Dulu, masa mula-mula cikgu Fauzi suruh, aku malas sangat nak buat. Tapi , lama-lama aku jadi seronok buat latihan. Aku jadi semakin faham apa yang cikgu Fauzi ajar kat dalam kelas. Sekarang ni, add math adalah subjek kegemaranku. Aku nak jadi macam cikgu Fauzi suatu hari nanti.” Tasya bercakap penuh semangat.
Kak Farah datang dengan membawa sepinggan jemput-jemput pisang dan seteko kopi o. Semua memandang ke arah Kak Farah.
“Apa pandang-pandang. Makan je la.” Kak Farah tersenyum manis. Setiap kali Aina dan Salihah datang ke rumah Tasya, Kak Farah pasti menghidangkan sesuatu untuk mereka.
“Kesian kat adik-adik akak. Dari tadi lagi belajar. Mesti lapar kan?” Kak Farah menuang air kopi ke dalam cawan. Sedang rancak mereka berbual sambil menikmati jemput-jemput petang itu, sebuah kereta Honda CRV memasuki halaman rumah mereka.
“Siapa pula yang datang ni?” Aina memanjangkan lehernya ke luar. “Eh! Macam kereta cikgu Fauzi la. Dia datang buat apa?”
Kak Farah sudah bangun dan berjalan ke halaman rumah. Dia kelihatan mesra dengan cikgu Fauzi. Salihah dan Aina hairan dan tertanya-tanya apa hubungan Kak Farah dengan cikgu Fauzi.
“Cikgu Fauzi tu bakal abang ipar aku. Tunang Kak Farah.” Tasya tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya.
“Biar betul Tasya. Kau tak pernah beritahu kami pun sebelum ni.”
“Betul la Salihah. Aku pun baru tau je. Bulan lepas diorang bertunang. Aku tak sangka pula cikgu Fauzi tu tunang Kak Farah. Masa bertunang hari tu, cikgu Fauzi tak datang. Cikgu Fauzi pun tak tahu aku ni adik tunang dia. Minggu lepas, aku dikacau oleh budak-budak kampung yang duduk melepak tepi jalan masa aku balik dari sekolah selepas latihan bola jaring. Kebetulan masa tu cikgu Fauzi lalu kat situ dan dia menyelamatkan aku dari dikacau oleh budak-budak tu. Kemudian dia tanya la rumah aku kat mana. Masa dia hantar aku, Kak Farah ada kat rumah. Terkejut juga dia bila tahu yang aku ni adik Kak Farah.” Tasya tersenyum sendirian mengingatkan peristiwa dia hendak mengenakan cikgu Fauzi tetapi akhirnya dirinya sendiri yang terkena.

Sudah ramai pelajar menunggu di luar pejabat. Hari ini, keputusan SPM akan diumumkan. Tasya, Aina dan Salihah berdiri di hujung koridor. Masing-masing berdebar menunggu keputusan. Encik Saiful, kerani Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok muncul di pintu utama pejabat. Semua pelajar berlari mendapatkannya.
“Tahniah Tasya. Kau dapat 9A.”
“Terima kasih dan tahniah untuk kau juga, Salihah. Tak lupa juga untuk kau Aina”
“Tak sia-sia kita belajar bersungguh-sungguh sebelum ni. Add Math kau dapat A1 lagi. Best la kau Tasya.” Aina dan Salihah hanya mendapat A2.
“Aku pun tak sangka. Mungkin berkat cikgu Fauzi paksa aku buat latihan. Kalau tak, sampai sekarang aku tak minat add math.” Hati Tasya berbunga riang. Tak sabar rasanya hendak pulang ke rumah untuk berkongsi kejayaannya dengan Kak Farah, abah dan umi.
“Terima kasih cikgu. Kerana dirimu, begitu berharga.”

Novel : Kau tercipta untukku 1

hidzan Sha’id
ayu_stepogurl@yahoo.com.my

Hari-hari yang aku lalui semakin berseri. Nak pergi sekolah pun rasa semangat je. Tak pernah rasa macam ni. Ini ke yang dikatakan cinta? Haha…Aku dah rasakannya. Memang indah. Siang malam terbayang-bayang wajah pujaan aku. Kalau dulu nak pergi sekolah macam biasa je tapi sekarang segala-galanya kena lengkap. Bedak kompak tak pernah lekang dari beg sekolah aku. Perfume roll-on pun selalu aku letak kat kocek beg. Segala-galanya mesti nak perfect. Cinta memang membuatkan aku berubah 100%.

Tapi aku pun tak pasti. Ni cinta ke mainan hati. Aku syok sendiri? Tahla… Mamang aku syok sendiri kot. Bila aku tengok member-member aku bercinta tak ada pun macam aku. Selamba je berdating time cikgu tak ada. Tak pun time rehat berdating dekat bawah pokok. Selalunya ramai yang nak cover dating dekat library la. Memang berbulu mata aku tengok. Telinga pun sama. Gatal gila. Kalah abang aku bercinta. Segalanya mungkin. Tapi apa pula hubungan aku ni? Cinta ke?

Segalanya bermula masa aku jadi emcee untuk sambutan detik merdeka kat sekolah aku. Masa tu aku beria sangat nak jadi emcee. Partner dengan Haikal masa tu. Aku bukan nak sangat jadi emcee tapi budak-budak lain dah cabar aku. Yela tiap-tiap kali ada function, asyik Salmah je jadi emcee. Naik berbulu mata ni tengok. ’Gipang’ sungguh (gila pangkat). Jadi untuk mengelakkan keadaan tu berlarutan, semua orang mencadangkan aku. Haha.. Memang nak tergelak aku tengok muka si Salmah masa tu. Semua orang reject dia masa tu.

Masa malam aku jadi emcee tu aku dah pesan ngan Haikal pakai baju warna biru tapi tiba-tiba dia bawak baju warna pink. Kelakar pun ada masa tu. Yela, bayangkan aku pakai baju warna biru, Haikal pulak pakai baju warna pink.siap bersamping lagi. Memang pasangan emcee yang lain daripada yang lain. Setengah jam sebelum malis bermula, aku sempat praktis untuk kali terakhir dengan Haikal. Bayangkanlah, last minutes baru aku dapat praktis dengan Haikal. Aku buzy sangat, jadi last minutes baru dapat praktis. Masa tu takut jangan cakaplah. Nasib Haikal seorang yang memahami. Dia bagi kata-kata semangat pada aku.

Majlis dah nak mula lagi beberapa minit je lagi. Pelajar-pelajar lain dah ramai yang memenuhi dewan sekolah. Aku memang nervous. Cepat sangat nervous. Masa tu tangan aku dah macam ais batu. Sejuk sangat. Masa tu barulah terasa menyesal yang amat menerima tawaran jadi emcee. Waaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!!!!! Aku takut sangat. Muka aku dah pucat gila. Rasa nak lari masa tu dari jadi emcee. Haikal macam tahu je apa yang aku rasa. Macam tahu-tahu je yang aku nak cabut daripada jadi emcee. Saat kaki aku nak melangkah dalam usaha nak melarikan diri, tiba-tiba Haikal sentap tangan aku. Mak oi…. Beraninya mamat sekor ni. Macam tak tahu je peraturan sekolah ni. Nasib tak ada siapa yang nampak adegan kitorang kat belakang pentas. Yela… Semua orang tengah sibuk masa tu.

“Ayish takut ke?”
“Agak takutla.. Ayish rasa tak ada semangat nak jadi emcee. Takut, nervous pun ada.”
“Ayish jangan risau. Haikal kan ada. Jomla. Bukan selalu kita dapat jadi partner macam ni kan.”
Tiba-tiba je aku rasa macam nak pengsan Haikal cakap macam tu kat aku. Aku rasa macam jumpa orang lain. Bukan Haikal yang selalu aku kenal. Dia genggam tangan aku kuat-kuat. ’Sakit la oi’. Tapi benda tu tak terkeluar dari mulut aku. Aku jadi tergamam. Haikal tarik tangan aku keluar pentas. Sampai kat luar baru dia lepaskan tangan kau. Nasib baik mamat ni lepaskan tangan aku. Kalau tidak…

Haikal mulakan majlis dengan menjemput wakil pelajar mengetuai pembacaan doa untuk keberkatan majlis. Lepas tu dia mengemudi majlis tu lagi. Aku kat sebelah dia hanya tersenyum sumbing je. Rasa debar tak hilang lagi. Lepas ni time aku pulak yang kemudikan majlis ni. Rasa takut yang aku buang jauh-jauh tiba-tiba datang balik. Mak oi.. Ini tak boleh jadi ni. Rasa nak terkencing pun ada. Aku pandang muka Haikal. Haikal pandang muka aku. Macam tahu-tahu je muka tak confident aku. Tiba-tiba aku terasa tangan sejuk aku digenggam kejap oleh Haikal. Kejap. Macam bagi aku semangat. Nasib baik kitorang berdiri kat atas stage. Tak nampak sangat. Semacam ada semangat yang datang daripada Haikal. Alhamdulillah. Aku dapat teruskan majlis tu.

Masa peserta akhir sajak mendeklamasikan sajak, aku dengan Haikal duduk kat belakang pentas. Masa tu hanya tuhan je yang tahu perasaan aku. Rasa lain macam sangat. Yela. Mana taknya, dua kali mamat ni pegang tangan aku. Duduk kat belakang ni pun dekat-dekat. Rasa macam ada magnet pulak.
“Ayish.. Kenapa Haikal tengok Ayish macam takut-takut je dengan Haikal..”
“Mana ade!”
Aku dengar Haikal ketawa. ’Bapak dia’ malu gila muka aku ni. Agaknya dah merah muka aku ni.
“Tengok tu. Haikal tak habis cakap lagi Ayish dah potong. Kanapa ni hmmm..?”
Mak!! Tolong aku!! Takutnya aku rasa masa tu. Rasa macam budak yang deklamasikan sajak tu lambat sangat. Tapi kenapa aku takut? Tah! Aku tak tahu! Haikal….Tolong jangan layan aku macam ni. Aku ni minah rock tahu tak..
“Sukalah Haikal tengok Ayish macam ni. Muka merah je. Kenapa? Malu dengan Haikal eh?”
“Mana adela..Ayish takut je. Tak confident tadi.”

Fuh..nasib aku boleh cover. Tolonglah. Jangan buat aku macam ni tau. Aku ni minah rock tau. Jatuhlah standard aku kalau orang tahu aku jadi perempuan depan Haikal. Lagipun dulu aku selalu buli Haikal. Ingat lagi masa aku paksa Haikal belikan aku barang-barang yang aku pesan masa dia ‘outing’. Maklumlah duduk kat hostel. Macam-macam aku pesan kat dia sampaikan pad pun aku pesan kat dia. First time aku kenal si Haikal masa minggu induksi ingatkan dia ni mamat lembut sebab jalan dia berlenggok, rupa-rupanya dia ni budak tarian. Patut jalan penuh sopan. Masa tu punyalah brutalnya aku layan mamat ni. Cakap aku kau je. Tapi malam ni dia bahasakan diri dia Haikal dan aku Ayish. Mak!Tolong aku!

Novel : Triplet 5

Nurul Aini Bakar
eyenie105@yahoo.com

TIGA

1146 hrs, 23 Julai 2015, Plane…

Maria masih lagi terpaku pada skrin komputernya. Sedang berhubung dengan Tom, chat mate-nya di internet. So far Tom memang hendak membantu. Dia akan sediakan tempat tinggal dan daftarkan sekolah untuk Jimmy dan Billy. I mean Hakimi and Haikal. Mesti diorang mengamuk, tak pasal-pasal kena sekolah balik. Maria tergelak kecil. Semua maklumat yang dikehendaki Tom telah pun di e-melkannya sebentar tadi. Alamat dan nombor phone untuk dia menghubungi Tom pun sudah diterimanya. Tidak lama selepas itu, lap topnya ditutup.
Haikal dan Hakimi macam biasa, masih lagi jakun. Maklumlah baru pertama kali naik kapal terbang kelas pertama.
“Macam mana dengan Tom.” Jimmy tiba-tiba bertanya.
“O.K! Dia akan sediakan tempat tinggal kita, bagi sis kerja dan daftarkan korang sekolah.” Maria tersenyum.
“What?” Jimmy dan Billy serentak.
“Hello, kitorang dah 17 tahun. Sekolah? Tolonglah.” Billy membantah.
“Entah, sis ni buat lawak ke?”
“Apsal pulak buat lawak. Korang tahu tak 17 tahun dekat sana, korang tengah form 5. Anyway Tom tu pun 17 tahun. I don’t care, korang kena sekolah jugak. Sis tak nak sampai ada orang syak tentang kita. Act like a Malaysian would you! We are not in America anymore. Any question?” Maria tersengih. ‘Mereka tidak pernah mendapat pendidikan formal disekolah, selepas kematian mama, trauma yang dialami Jimmy dan Billy membuat mereka pasif, tidak gemar bersosial. Kesudahannya uncle Nick mencadangkan ‘Home School’ buat kami bertiga. Sejak itu aku tidak kesekolah. Lagipun Jimmy dan Billy perlukan aku untuk menggantikan kasih sayang mama. Papa…Papa sudah lama hilang bersama arwah mama. Hilang dalam dirinya sendiri. Tetapi jauh disudut hatinya aku tahu papa menyayangi kami bertiga lebih daripada nyawanya sendiri. Cuma papa terlalu lemah tanpa tulang belakangnya, mama… Ada juga aku cadangkan supaya Jimmy dan Billy ke sekolah but unfortunately, their attitude are so contra to be a normal school student. They have no commitment at all with their homework not to mention their social skills are zero. They took just a week to make Uncle Nick pull them out from school. Mungkin kerana mereka memang tiada minat untuk belajar atau situasi sosial yang bebas membuatkan mereka mendapat kejutan budaya. Akhirnya mereka kembali menjalani rutin harian, latihan, latihan dan latihan pada pagi hingga ke tengahari. A little break at noon which they spend a lot of their time with Jack, Mitch and Hakeem, their close buddy in the institution. Petangnya, they had Math, History, English, Geography and Science with Mrs. Lilly Mitchell or Mrs. Whatever for them. They had their lesson until last year, finally they were 16 and Mrs. Lilly said that they had enough or should I say she had enough with the boys. Huh…’
Jimmy dan Billy membisu, tanda protes. ‘Sekolah, tiddaaaakkk!’

———————-

1031 hrs, 24 Julai 2015, SM Widescale Bestari…

“Wei Tom, ada budak baru, mat salleh siut!” Wan menjerit. Bilik kuliah kecoh. Minah-minah gatal dalam kelas tu tak melepaskan peluang. Masing-masing berkerumun pada cermin tingkap yang menghala terus ke pejabat yang berada di tingkat bawah.
‘Ah! Bosanlah, nampak sangat gatal.’
Tom mencapai topinya dan terus menghala ke pintu. ‘Pelik aku… yang nak bersempit dekat cermin tu buat apa! Pintu ni sikit punya besar, bodoh!’ Tom membuka pintu dan keluar. Matanya melilau mencari mat salleh yang dimaksudkan Wan.
“Em…Not bad.” Tom memerhati dua orang jejaka yang menangkap pandangannya. ‘Twin ha! Tall, good looking….I think I know those guys. Right, Haikal and Hakimi but where is Maria. Emm… Principal office, of course.’ Pagi tadi dia ada menelefon pak cik Mat untuk mengambil tetamunya itu di KLIA, hampir Tom terlupa mengenai Maria dan adik-adiknya.
Tom mengeluarkan telefon bimbitnya daripada kocek seluar Guess yang dipakainya.
“Hello Principal, is Miss Maria there with you.” Suara Tom memecah perbincanagn anatara Megat, Pengetua SM Widescale Bestari dengan Maria
“Yes dear. Can I help you?” Megat menjawab pertanyaan tuannya itu.
“I want to talk to her.”
Megat menghalakan kamera telefon peribadinya kearah Maria.
“It’s Tom.”
“Hello, Tom.” Maria gerun, pertama kali melihat peralatan canggih itu. Telefon boleh keluar gambar? Aku manalah mampu, telefon bimbit pun masih lagi guna manual. Nampak sangat dia ketinggalan dalam dunia teknologi maklumat sekarang ini. Mana tidaknya dunianya hanya dikelilingi Institut dan si kembar Jimmy dan Billy.
“Hai Maria, dah settle kemasukan Haikal dan Hakimi?” Tom bertanya penuh minat.
“Dah, anyway thanks a lot. You kat mana ni?”
“Dekat tingkat satu. Tengah tengok Haikal dan Hakimi.”
“Oh.” Maria sedikit terkejut.
“You said they really good in their fighting skill, didn’t you?” Tom memulakan idea gilanya.
“Yes!” Maria keliru.
“Good, can I play with them for a while.” Tom tersenyum.
“Oh. Please do.” Maria turut tersenyum.
“Thank you. Can you ask them to go to the Foyer? I’ll meet you there after tat. O.K.” Tom mematikan handsetnya. Tersenyum galak pada jejaka berdua itu.
“Wan, kumpulkan 6ix, Foyer. Now!” Pintu bilik kuliah itu di hempas. Tom berlari menuju ke kereta sport Ferrari 5601 miliknya, mengambil dokumen dan terus ke Foyer, tempat mesyuarat kumpulannya.
“Wait Tom, Puan Fauziah dah…” Ayat Wan terhenti sebaik sahaja pintu bilik kuliah dihempas Tom. ‘Gilalah perempuan ni, pensyarah dah nak masuk pun suruh kumpul lagi. Mentang-mentang sekolah ni dia yang punya. Actually bapak dia bagi dekat dia. Arghh… kesimpulannya sekolah ni memang dia punya.’
“Kuli kena perintah ke?” Ed menyindir. Telinga Wan panas. Bilik kuliah dipenuhi gelak ketawa.
“Kau diamlah bangang!” Wan menghempas pintu. Hatinya menyumpah. ‘Aku jadi kuli pun kau peduli apa.’

——————————–

“Billy, kau nampak tak mamat yang senyum dekat kita tadi tu?” Jimmy bertanya. Hatinya agak tidak senang ketika itu. Mana sis ni, apa yang dia buat duduk lama sangat dalam bilik pengetua tu.
“Mana, tak ada pun. Perempuan adalah aku nampak. Boleh tahan jugak budak perempuan sekolah ni.” Billy mengenyit mata pada budak perempuan yang baru melintas didepannya.
Jimmy meluku kepala adiknya itu.
“Tak habis-habis gatal kau tu. Tadi, dia baru je turun tangga tu?” Jimmy menunjuk ke arah tangga yang dimaksudkannya.
“Tu pun kecoh, mana ada aku nampak, yang kau pukul kepala aku ni apahal.” Billy tak puas hati.
“Kau ni tak risau langsung ke? Kita kena masuk sekolah kau tahu tak. Tak pernah-pernah kita pergi sekolah.” Jimmy teringat kembali peristiwa sewaktu dia dan Billy dimasukkan ke sekolah awam oleh Uncle Nick. Waktu itu mereka berusia 9 tahun dan setiap kali balik daripada sekolah tubuh mereka akan comot dengan kesan bertumbuk.. Mereka terlalu sensitif ketika itu lebih-lebih lagi apabila ada budak-budak sekolah yang mengejek mereka kerana tidak beribu dan berayah.
“Relakslah, tak adalah teruk sangat aku tengok sekolah ni. Exclusive apa.”
“Dahlah malas aku nak layan kau.” Jimmy pasrah.
“Hai guys. Lama tunggu.” Maria tiba-tiba terpacul di belakang mereka.
“Lama sangat. Jomlah pergi makan sis. Jimmy dah lapar ni.” Jimmy merungut.
“Bila kitorang boleh masuk sekolah ni sis.” Billy bertanya. Excited.
“Masuk sekolah ni! Kau boleh tolong fikir benda lain tak. Tak nak aku.”
“Nak tak nak sis tak kira. Em… Baru sis ingat yang korang tak berlatih sejak semalam lagikan. Sis nak pergi jumpa Tom. Korang tunggu sis dekat Foyer O.K. Ah, lagi satu jangan lupa ye nama korang Haikal dan Hakimi.” Maria mengeyitkan mata kanannya.
Billy dan Jimmy berpandangan.
“Sis, Where is the Foyer?” Jimmy masih tercegat disitu. ‘Tak siuman ke sis aku ni. Lain macam je aku tengok lepas keluar bilik pengetua tu. Mula-mula cakap pasal latihan, pastu Tom, ni ingatkan nama pulak, siap kenyit mata lagi. Dia tak nak marah aku dengan Billy ke sebab bergaduh tadi. Tengok tu tersengih-sengih pulak.’
“Find it yourselves and enjoy O.K.” Maria tergelak dan terus beredar.
Jimmy dan Billy jungkit bahu.
“Mana kita nak cari?” Billy acuh tak acuh.
“Kau tanyalah students tu, kaukan pandai mengurat.” Jimmy menunjuk pada beberapa orang pelajar perempuan yang baru sahaja menuruni tangga yang berada berhampiran mereka.
“Betul juga, geliga kepala otak kau.” Billy menghala ke arah pelajar-pelajar perempuan itu. Jimmy hanya mengangkat kening; ‘kalau pasal perempuan nombor satu.’
“Excuse me, misses. Can you give me direction to Foyer?” Billy sempat mengenyitkan matanya. Senyuman macho dilempar kepada gadis-gadis didepannya.
Kumpulan pelajar itu berpandangan sesama sendiri seterusnya tergelak kecil. Salah seorang daripada mereka bersuara.
“Sure, you go straight and turn right. The Foyer’s door is the second last before you reach the cafeteria’s door.” Perempuan itu senyum, hampir tergelak.
“Thank you misses.” Billy berlagak gentleman. Untung jadi jejaka macho ni.
“It’s our pleasure.” Kumpulan pelajar itu beredar.
“Apa lagi tercegat kat situ. Jomlah.” Jimmy menarik tangan Billy.
Mereka mengikut arah yang telah diberikan oleh pelajar perempuan itu dan akhirnya sampai di depan pintu yang tertulis ‘Ladies’ atau yang lawaknya tandas perempuan. Jimmy pecah perut melihat muka Billy yang berkerut kerana ditipu.
“Great, baru masuk sekolah dah kena buli. Pelajar perempuan pulak tu. Jagalah diorang.” Billy geram.
“Pasal muka beruk kau tulah yang buat budak-budak tu menipu.” Jimmy masih tak berhenti.
“Apa pasal pulak. Kalau dah jelous tu cakap je lah.”
“Tolonglah! Thank you misses, can you please…bla..bla…Kalau aku perempuan kan, aku tak lalu nak makan tujuh minggu sebab dengar ayat kau.” Jimmy mengejek. ‘Machoman konon.’
“Dahlah, malas aku nak layan kau. Jomlah cari Foyer tu.” Billy mula bergerak.

————————-

Ju-a, Hans, Raimi, Wan dan Yatie masih tak berhenti ketawa, membuatkan muka Tom mula berkerut hairan.
“Woi, cukup-cukuplah ketawa tu. Apahal korang ni sebenarnya?” Tom menjerit. Punggungnya dilabuhkan pada lantai Foyer yang sejuk.
Yang lain turut duduk dan tawa mereka mula reda.
“Kau nak tahu Tom, tadi kitorang kenakan dua orang mat salleh.” Ju-a memulakan penjelasan.
“Alah yang aku tunjuk kat kau tadi tu Tom.” Mulut murai Wan menyampuk.
“Handsomenya, kembar pulak tu.” Yatie pula memberi komen.
“Seorang daripada mereka tanya kitorang mana Foyer, aku pun bantailah bagi direction pergi ke tandas.” Raimi pulak menyambung. Ketawa berbunyi lagi. Sejurus kemudian Foyer itu senyap kembali apabila tiada apa-apa reaksi daripada Tom.
“Dah habis dah?” Tom bertanya kepada kawannya yang berlima itu.
“Apahal ni Tom, tak lawak ke joke kitorang.” Raimi memuncung. ‘Susah betullah nak deal dengan anak orang kaya ni. Dahlah buat mesyuarat tergempar, menggelabah aku nak lari masa lecturer tengah membebel kat depan. Nasib baik semua tak kena tangkap.’
Tom hanya tersenyum sinis, mengangguk. Dokumen yang berada ditangannya diletak ditengah-tengah bulatan yamg telah dibentuk mereka.
Ju-a terlebih dahulu mencapai dokumen-dokumen itu.
“Projek baru ke?” Ju-a bertanya.
“Eh, ni bukan ke mat salleh yang kena main dengan kita tadi.” Wan membuka mulut.
Tom mengangguk.
“Handsomenya. Tergoda aku.” Yatie mencelah, kalau pasal jantan nombor 1.
“Nama diorang Hakimi dan Haikal. Kedua-duanya kembar tapi Hakimi berambut hitam dan Haikal berambut perang. Mereka budak baru. Ju-a, kau nak gaduh tak?” Tom mengenyitkan matanya. Tersenyum sinis.
Ju-a membalas senyuman itu. Jari-jemarinya diletup-letupkan.
“No problem. But it must be good.”
“Wait a minute gals, diorang ada sijil senior dari ‘SCHOOL OF MARTIALS ARTS’ California, U.S. Korang biar betul, waras ke tak. Kalau setakat lawan Ed yang ada tali pinggang putih tu aku tak kisah, tapi diorang ni master wei.” Raimi membantah, matanya dibulatkan pada Tom dan Ju-a. Sijil yang ada ditangannya dihulur kepada mereka berdua.
“Don’t worry Raim, we can take’em easily.” Tom menjawab.
“My name is Raimi, O.K.” Raimi merenung Tom. Dia ni suka panggil aku Raim. Emak aku elok-elok bagi nama Raimi, dia pulak pandai tukar-tukar.
“Sounds very good to me.” Ju-a bersandar pada dinding di belakangnya. Sijil yang dihulur Raimi itu ditatap teliti.
“Hey, don’t be too sensitive sis!” Tom mengenyit matanya pada Raimi. Pantang tuk nenek dia bila aku panggil dia Raim.
“Wait, its stated here Beaverly Daniel and Jeremy Daniel. I thought you said their names is Haikal and Hakimi. May be this is not their certificate. Yatie pula mencelah.
Raimi buat dek, malas nak layan.
“Lets find out.” Tom menjawab, pendek.
“So, siapa lawan siapa?” Hans akhirnya membuka mulut. ‘Tak habis-habis kawan aku yang berdua ni. Baru minggu lepas bergaduh dengan geng si Ed. Hari ni lawan ‘Master of Martials Arts’ pulak. Lantak koranglah. Tapi aku tak adalah risau sangat, Tom ada ‘black belt’ tali Dan 4 lagi. Begitu juga dengan Ju-a.’
“Aku akan lawan Hakimi, Ju-a lawan Haikal.”
“Be careful Ju-a, Tom.” Wan risau.
“It’s just for fun O.K.” Ju-a meyakinkan. ‘Macamlah tak biasa.’
“Woit gals, here they comes.” Yatie menepuk bahu Tom. Menunjuk pada dua orang jejaka yang tercegat di muka pintu utama Foyer itu.
“Wei Wan, Raimi. Korang rasakan, siapa lagi handsome, Hakimi ke Haikal?” Yatie bertanya. Mereka berlima memandang tepat ke arahnya.
“Diamlah Yatie.” Tom, Ju-a, Raimi, Hans dan Wan serentak.
Ju-a dan Tom berpandangan, tersenyum sinis dan kemudian terus mara ke depan.
*
“Pst Jim, budak-budak perempuan ni bukan ke yang tipu kita tadi?” Billy separuh berbisik. Matanya menangkap kumpulan lima pelajar perempuan yang menipunya tadi. Kumpulan itu tergelak. Seorang daripada mereka mara ke arahnya dan Jimmy, dan dia diiringi seorang lelaki bertopi. ‘Apahal pulak diorang ni.’
Jimmy mengangguk. Matanya menangkap wajah lelaki yang merenungnya lain macam di depan bilik pengetua tadi.
“Kenapa dua orang tu kesini? Macam nak cari gaduh je aku tengok.” Jimmy membalas, juga berbisik. Kelibat Tom dan Ju-a sudah pun berada di depannya.
“How could I know. Kalau diorang nak cari gaduh kita gaduhlah balik. Lagipun sis tak ada kat sinikan.” Billy tersengih pada Ju-a. ‘Cun jugak.’
“Hai Hakimi, Haikal.” Tom mula bersuara. Gembira melihat muka dua lelaki didepannya itu berkerut.
Jimmy dan Billy berpandangan, terkedu. ‘Apa ertinya semua ini?’
“Can we fight?” Ju-a bertanya tenang. Dengan pantas, tumbukan pertamanya dilemparkan kepada Haikal. Tom juga mula menyerang Hakimi.
Foyer itu senyap buat beberapa ketika. Raimi, Wan, Hans, Yatie, berdebar melihat Tom, Ju-a, Hakimi dan Haikal bertarung. So far masing-masing pandai mengelak. Ju-a kurang menyerlah, dia lebih banyak mengelak serangan Haikal yang dilihat seakan hendak mempermainkannya. Tom dan Hakimi pula sama-sama hebat. Jika dilihat secara teliti gaya pergerakan mereka hampir sama. Kedua-duanya serius.
“Dah penat ke belum?” Billy bertanya Ju-a, tersenyum.
“Belum lagi!” Ju-a sinis, kakinya ditendang kearah Billy. Billy pantas mengelak, badan Ju-a yang tidak stabil dipautnya menyebabkan kedua mereka tertiarap diatas lantai. Ju-a cuba menolak Billy yang berada diatasnya. Billy hanya tersenyum dia masih enggan berganjak. ‘Gatal punya jantan.’ Ju-a geram.
“Not bad, pretty.” Billy bangun, tangannya dihulur pada Ju-a, cuba membantunya bangun.
Ju-a monyok namun tangan Haikal masih disambutnya.
“I’m Billy. Ops, er…I mean Haikal.” Billy menghulur tangan untuk bersalaman.
“Ju-a.” Ju-a ringkas. Matanya terlekat pada gelagat Tom dan Hakimi yang masih belum selesai.
Hans menarik lengan baju Ju-a.
“Looks like this is really theirs.” Hans mengajukan sijil-sijil ditangannya.
Hans hanya mengangguk, kembali melihat aksi didepannya.
Hakimi terjatuh apabila kakinya disadung Tom. Pehanya yang cedera, terhentak akibat sadungan itu. Hakimi menahan sakit. Serangan Tom seterusnya tak dapat dielaknya membuatkan tubuhnya terlentang diatas lantai. Tumbukan Tom hanya berada beberapa cm daripada pipinya. Tom bangun, membuka topinya, menyebabkan rambutnya yang melepasi bahu terurai. Hakimi ternganga.
“A girl.” Jimmy terkejut. ‘Dressing’ mengalahkan jantan. Malunya aku.
“A girl.” Billy mengekor kata-kata Jimmy. ‘Macam tak percaya je Jimmy kalah dengan perempuan.’ Dia bergerak ke arah Tom dan Jimmy sambil tergelak kecil.
“Tom.” Tom menghulur tangannya cuba membantu Jimmy untuk bangun.
Jimmy menepis tangan Tom. ‘Gila, kalau aku bangun habislah luka aku ni.’ Geramnya bertambah bila melihat Billy yang tersenyum-senyum. ‘Nantilah…’
“Hai, I’m Haikal, Hakimi’s brother.” Billy berjabat tangan dengan Tomboy didepannya.
“I know. Maria! you can come in now. Game is over.” Tom melaung ke arah pintu masuk Foyer itu.
Sejurus selepas itu kelibat Maria memasuki ruangan Foyer dan mara ke arah kumpulan yang mengelilingi Jimmy.
“How was it.” Maria bertanya, tersenyum. Dia berjabat tangan lalu memeluk Tom.
“Sis, you planned all this.” Jimmy tak puas hati.
Maria menjungkit bahu.
“Sort of, but actually its was Tom’s idea. Isn’t it great. Otherwise you guys didn’t carry on with your practise since the last two days, so I think it was a perfect warming up.” Maria tersengih sambil menepuk bahu Tom.
“Yeah great, perfect sis.” Jimmy berkeras.
“I thought you say that she was a he, remember.” Billy musykil.
“That what you think when you first met her, didn’t you?” Ju-a menyampuk, tersenyum pada Billy.
Raimi, Hans, Wan dan Yatie hanya membisu. ‘Si Tom ni tak nak kenalkan kitorang dekat diorang ke.’
“Oh, anyway tak nak kenalkan ke minah-minah cun kat belakang tu.” Billy menggatal. Matanya tak lepas daripada perempuan cantik.
“Oh ya, I forgot. Sorry gals. Em…Maria, Hakimi, Haikal this is Ju-a, Raimi, Hans, Wan and Yatie.” Tom memperkenalkan, mereka berjabat tangan.
“Oh come on Jim, please get up. You’ve got enough rest.” Maria menarik lengan Jimmy.
“I can’t sis, my leg!” Jimmy melepaskan tangan Maria. Maria terkedu. Dia terlupa akan kecederaan Jimmy.
“Oh my god, you were bleeding.” Raimi menunjuk ke arah tompokan darah pada seluar panjang bahagian peha kanan Hakimi.
Tom kaget, dia melutut pada Jimmy, begitu juga dengan Maria. Yang lain hanya berdiri memerhati. Dengan selamba seluar panjang jenama Khakis itu dikoyak Tom.
“Hey, this is my new pant you know!” Jimmy memberontak.
“I don’t know and I don’t care.” Tom memerhati luka itu.
“You got shot?!” Tom bersuara perlahan. Maria di sebelahnya hanya mengangguk. ‘Dia menyalahkan dirinya kerana lupa akan kecederaan Jimmy itu.’
“Haikal, can you raise him?” Tom bertanya, serius.
“What for? I can walk by myself O.K.” Jimmy mengamuk. ‘Nak malukan aku lagilah tu.’
“Could you please shut up hot-blooded.” Tom melepaskan tumbukan padu pada Jimmy. Jimmy rebah.
“Oouch.” Tom mengibas tangannya. ‘Muka besi ke apa budak ni.’
Yang lain ternganga. ‘Brutal gila minah ni.’
“What? Would you please Haikal, carry your brother and follow me. Let’s go Maria. I know what I’m doing.” Tom gah. Mereka menuju ke tempat meletak kereta.

—————————

“Sis, si Tom ni super kaya ke?” Billy bertanya. Matanya tak berkelip melihat perhiasan bilik rawatan khas yang diduduki Jimmy. Sudahlah tadi matanya terpaku melihat kereta Ferrari Tom; ‘Banyak betul kejutan mengenai sahabat barunya itu. Kalau macam ni, sakit seumur hidup pun tak apa.’
“Entah, tapi yang sis tahu sekolah yang korang masuk tu atas nama dia.” Maria masih ditepi katil Jimmy. Matanya juga tak sudah-sudah memerhati keseluruhan bilik itu. Luasnya cukup untuk sebuah rumah, lengkap dengan sebuah TV besar 49′, sofa lazuardi, penghawa dingin, peti sejuk sebesar gajah, bilik air, komputer, almari yang penuh dengan buku, lantainya padat dilitupi permaidani mahal dan set tempat tidur yang mewah, mengalahkan set yang ada di hotel termahal yang pernah didudukinya di California dahulu.
“Want something Maria, Haikal?” Suara Tom memecahkan kesunyian bilik besar itu.
“Oh Tom, No. It’s O.K.” Maria menjawab lembut. Bibirnya terukir senyuman.
“Yes, I’m hungry.” Billy mencelah.
Tom hanya tersenyum.
“Don’t worry, you will have your dinner soon.”
“So, how is Hakimi?” Maria menyoal.
“He’ll be O.K. Doktor kata lukanya tidak seteruk mana. Mujur peluru itu dah dikeluarkan telebih dahulu, jika tidak mungkin tulangnya juga akan tercedera. Dia boleh keluar esok.” Tom cuba menyenangkan hati Maria.
Maria mengangguk, puas dengan penjelasan Tom.
“One more thimg Tom…” Maria berhenti.
“What?”
“I can’t afford this room.” Maria gusar.
“Don’t worry, I owned it.” Tom selamba.
“You own this fabulous room?” Billy tersedak.
Maria diam membisu, tidak pernah dia berjumpa dengan orang kaya yang sebegini pemurah.
Tom mengangguk.
“Its was a gift from my father. Dia sediakan bilik ni dan seorang doktor khas untuk aku. Biliknya ada disebelah, lagi besar daripada bilik aku ni.” Tom tersengih.
“Kalau aku dapat bilik macam ni, sakit seumur hidup pun tak apa.” Billy membalas. ‘Puh, kayanya budak ni.’
“Maria, I rasa elok you dan Haikal balik ke my place dulu, berehat. Penat you berdua tentu tak habis lagikan. Biar I tidur sini malam ni.” Tom melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang berwarna biru lazuardi itu.
“If you say so, tak menyusahkan ke?” Maria ragu-ragu.
“I tak kisah. Macam ni, driver I ada di bawah, dia akan bawa you dan Haikal ke Hotel Coxies Palace. Nanti you tanya receptionist di situ you nak kunci bilik 5090. Kalau you nak apa-apa nanti panggil room servis jelah, O.K.! I think you better go now, I takut nanti si Haikal ni pulak pengsan sebab lapar.” Tom melawak.
Maria hanya mengangguk, tersengih melihat Billy yang bengang kelaparan. Dia dan Billy melangkah ke muka pintu.
“Anyway, thank you very much Tom.” Maria mesra. Tangan mereka bertaut. Kasutnya disarung ke kaki.
“Don’t mention it.” Tom menjawab, pendek.
“Kau kata Hotel apa tadi, Coxsakie, ha…apa-apa jelah. Don’t tell that your room is a hotels room.” Billy buat muka jahat.
“It’s Coxies. It’s not a hotels room but a penthouse actually.” Tom mengenyit matanya.
Billy ternganga, Penthouse!!!!
“Enough Haikal, lets go.” Maria menarik telinga Billy, tak habis-habis suka mengacaulah dia ni.
“Oouch, sis!. Good bye Tom, enjoy my brother.” Billy mengenyitkan matanya nakal, sementara Maria terus menarik telinganya masuk ke dalam lif.
Tom menggelengkan kepalanya, tergelak sendiri bila teringatkan kata-kata jejaka nakal tadi. Pintu dibelakangnya ditutup sejurus selepas pintu lif yang dinaiki Maria dan Haikal tertutup rapat. Suasana bilik itu kembali sunyi. Dia menuju ke sebuah meja separa bulat yang menempatkan telefon klasik edisi tahun 1915 yang telah dibuat semula. Badan telefon itu diputar, menyambungkan talian ke Hotel Coxies Palace. Dia berbual sebentar dengan pekerja disitu, memberitahu tentang kehadiran Maria dan Billy kesana. Tidak lama kemudian talian tersebut dimatikan. Tom bingkas ke ruang tamu bilik itu, badannya dilempar diatas sofa, malas. TV yang tadinya diam mula berbunyi bila punat on pada alat kawalan jauhnya ditekan Tom. Fikirannya mula menerawang memikirkan kembali saat-saat dia membawa Hakimi ke Hospital Pakar Tawakal itu.
Maria hampir menangis waktu itu, Haikal pula sibuk dengan sandwichnya, leka melayan perut. Dia seperti tahu yang Hakimi tidak apa-apa. Aku pula sentiasa disisi Maria ketika Hakimi dirawat Dr. Halim, doktor peribadiku. Aku cuba mendapatkan penjelasan daripada Maria tetapi hampa, dia seperti menyimpan rahsia besar, mereka seperti diburu! Apa yang menyebabkan mereka datang ke Malaysia secara tiba-tiba masih tidak ku ketahui. Mungkin aku akan tahu bila Hakimi bangun nanti. Tom mendengus, lamunannya mati disitu.
“Where is sis?” Suara lemah Hakimi membuatkan Tom bingkas bangun daripada sofa itu. Matanya menangkap susuk tubuh Hakimi yang terlantar dia atas katil yang terletak dibelakang sofa. Bibirnya melirik senyuman.
Tom menghulur segelas air kepada lelaki itu, soalan Hakimi itu masih tidak dijawabnya. Punggungnya dilabuh pada kerusi malas yang terletak di tepi peraduan itu.
“Sorry about the ‘dush’.” Tom menunjuk ke arah pipi Hakimi yang lebam.
Hakimi tergelak.
“Kenapa? Kenapa kau gelak?” Tom hairan, barulah nampak muka ceria mamat ni kalau tidak masam mengalahkan cuka.
“Kau nak tahu, sebelum ni aku kena tumbuk dengan Billy… I mean Haikal pada tempat yang sama. Hari ni kena lagi, keras pula tu.” Jimmy tersenyum sambil memegang pipinya.
“Iye, boleh tahan juga tangan aku ni ye.” Tom turut tergelak.
“Eh, tapi kenapa dia pukul kau?” Tom bertanya lagi.
“Pasal luka ni juga, aku nak dia keluarkan peluru tu.” Jimmy berterus terang.
“Oh I see. Er….Hakimi kalau aku tanya boleh?” Tom teragak-agak.
“Kenapa aku kena tembak?” Jimmy terlebih dahulu mencelah.
Tom mengangguk.
“Aku tak tahu! Aku, Maria, Billy diburu seseorang. Orang yang telah membunuh mama.” Suara Jimmy mula meninggi.
Gulp, Tom menelan air liur. ‘Wrong question!!!’
“I’m sorry. I shouldn’t ask.”
Mereka terdiam seketika.
“Tom? Tom tu nama betul kau?”
Tom tersengih, menggeleng.
“Tom tu daripada perkataan tomboy, kau fahamkan maksud aku. Nama sebenarku Nurul, Nurul Hazelina binti Adnan. Jimmy pula nama betul kau?”
“Sedap nama tu. Jimmy tu singkatan bagi Jeremy Daniel. Nama Inggerisku. Hakimi tu nama Melayu.” Jimmy menerangkan.
“Billy ?”
“Billy tu nama Haikal, singkatan untuk Beaverly.”
“Beaverly! Kelakarnya, macam nama perempuan.” Tom tergelak kecil begitu juga Jimmy, mesra.
“Siapa yang Melayu, ibu atau ayah kau?” Tom bertanya lagi. Batang coklat Cadbury di tangannya dibawa ke mulut.
“Mama. Mama orang K.L., papa pula asal daripada California.” Jimmy menjawab ringkas.
“Uh..huh, samalah. Mamaku orang sini, papa pula orang U.S.” Tom bingkas bangun mendapatkan hidangan makan malam buat Jimmy daripada meja makan.
“Here’s your dinner.” Tom meletakkan tray itu ke pangkuan Jimmy.
“Thanks. U.S. dimana?” Jimmy bertanya. Tray dipangkunya diperbetul, agar stabil.
“I don’t know. Aku tak pernah rapat dengan papa. So what should I call you, Hakimi or Jimmy?” Tom menukar topik. Dia benci bila soal papa dibangkitkan.
“Up to you.” Jimmy menyudu makanan didepannya.
“O.K., Jimmy… Lets talk about yourself, if you don’t mind?”
Jimmy berkerut.
“What do you want to know about me, is it important?”
Tom berkira-kira, mencari jalan yang paling halus untuk mencungkil rahsia.
Tom menjungkit bahu.
“Maybe yes, maybe no.” Tom lembut.
Jimmy semakin musykil. Perempuan didepannya itu terlalu banyak muslihat. ‘Perlukah aku berhati-hati atau mempercayainya.’
“Look Jimmy, I know you feel hesitate. Aku dan Maria sudah kenal lebih kurang setahun, you know via internet. Banyak yang telah Maria ceritakan. Tentang kau, Billy, Uncle Nick, Auntie Jenny. Kami rapat semasa berhubung dan aku rasa dia seperti kakakku sendiri. Kau tahu, aku tak pernah kekal bila chating dengan sesiapapun tetapi bila aku kenal Maria aku rasa macam aku dah lama kenal dia. Bila aku chat dengan dia malam tadi aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena, dia tergesa-gesa dan tiba-tiba nak datang sini. Cuba kau bayangkan kalau kau ada kawan yang duduk di Malaysia dan tiba-tiba dia nak ke U.S.dan dia minta tolong kau daftarkan dua adiknya di sekolah dekat sana tanpa beri apa-apa alasan… Kau tak rasa pelik ke?” Tom berhenti, mendengus. Coklat ditangannya digigit lagi.
Jimmy merenung jauh. ‘Betul juga cakap dia. Aku pun pelik. Perlukah aku…’
“So you make your decision, I just want to help.” Tom berpaling menghala ke pintu.
“Nurul! Wait, lets talk.” Jimmy menghalang langkah Tom yang seterusnya. ‘Maybe I can trust this girl.’
Tom tersentak, tak pernah ada orang memanggilnya menggunakan nama itu. Jantungnya berdegup kencang pabila Jimmy melafazkannya. Bibirnya tidak dapat lagi menyembunyikan lirikan senyuman. Perlahan-lahan dia berpaling, memandang serius Jimmy dan menanti kata-kata seterusnya.
Malam itu Jimmy menceritakan segalanya pada perempuan yang baru dikenalinya beberapa minit yang lalu. Mereka berbual bagaikan telah lama berkenalan, cukup mesra sekali. Tiada langsung rasa sangsi di hati Jimmy.
‘Kenapa aku rasa macam aku…’

————————–

Cerpen : Setelah Semalam

uyul
amiryein_nice@yahoo.com

Wajah Batrisyah masih sugul.Hatinya remuk.Namun dalam diam dia rela akan apa terjadi.
Farid,lelaki pertama yang bertakhta di hatinya itu terpaksa direlakan pemergiannya.Dia akur dengan ketentuan,dia tak mahu Farid derhaka pada Uminya.Semalam baru sahaja mereka bergurau senda,tapi kali ini dia terpaksa meminta Farid meninggalkannya.

“Semua ni sebab lukisan tu…”rintih Batrisyah dalam hati.Mungkin jika dia tidak berdegil menghantar lukisan potret gambar Farid semua ni tak mungkin terjadi.Namun semua sudah jadi bubur.Hari ini Farid melayannya teruk.Dia dimaki.Seoalh orang tak dikenali.
“Hei perempuan…kan aku dah cakap…jangan hantar apa-apa dekat kampung aku..”
“abang…Sya tak da niat nak susahkan abang,tapi hari tukan abang yang minta isya lukiskan gambar abang..”
“ah…aku peduli apa..”
“sampai hati abang..”
“sengaja kan nak porak perandakan hidup aku?”
“sekarang dah puas?”
“Umi aku dah buang aku..”
“kalu aku masih kawan kau dia tak mengaku aku anak dia…kau suka kan?”
Batrisyah kelu.Sampai begitu.Hatinya sakit.
“Peremouan murah…jangan kacau keluarga aku lagi..FAHAM!!!” Batrisyah tersentak.Suara Farid menjerkah buatnya terkejut biarpun hanya berbual dalam telifon.
“isya…relakan kita putus..terimalah pilihan umi abang..kita hanya bercinta..kita tak da apa-apa..isya maafkan semua salah silap abang..isya harap abang maafkan isya”
“aku tak perlu semua tu bodoh…Aku benci kau sangat-sangat..”
“sampai hati abang..Isya anggap abang terbaik selama ni..”
“sudahlah,tak payah jadi ustazahlah…Anak umi semua boleh pergi luar negara..tak payah pandai-pandai kau ajar aku..”
Batrisya diam.
“tak pellah kalau abang rasa isya yang silap..andai nanti abang tanyakan lagi…Isya tak mahu terlalu banyak kali cakap yang isya dah maafkan abang..”
“Wei perempuan…kau pergi mati lah!”
Batrisya terkesima.Hentakan telifon dan serentak talian terputus.

Sampai hati Farid.Rintih Batrisya.
Dia sedar akan kekurangan dirinya,bukanlah dari keluarga berada,bukan cantik,bukan bijak dalam pelajaran,tapi tadi Farid bermain dengan Maruahnya.Dia jadi benci pada lelaki itu.
Dalam dia memaksa melupakan Farid.

—————————————

“isya..kau jangan menangis k?”
Batrisyah pandang wajah Erna dalam kebingunggan.
“Farid dah tunang..”
Batrisyah diam membisu.Bibirnya pucat.Mengapa kawannya mengingatkan kembali nama itu.Ah…hatinya tiba-tiba sakit.
“Kau ok?”
Batrisyah mengangguk tapi dia tak dapat menahan dan menangis.
“sabarlah..”
“dia dulu tak cintakan akau…dia bermain dengan kata cinta…Aku yang buta..Kalau dia cintakan aku dia tak takut walau apa rintangan..”
Batrisyah cuba menaikkan senmangatnya.
“Isya…dia dayus..”
“”aku nak buktikan,aku tak nak bergantung pada siapa..bukan macam dia yang bergantung harta keluarga dan belagak ada segalanya..”
“baguslah..”
Batrisyah menyeka Airmata.

————————————-

7 tahun kemudian.

“hai Dr…ape khabar?”usik amir.
“alahai awak ni Amir..mengadanya…”
“nak manja pun tak boleh..”
“Manja apa benda..macam nak mengatal je..”
tapi Zamri tidak ambil pusing.Amir suka menyakat Doktor bernama Batrisyah itu.Biarpun umur doktor dan dia tidaklah jauh.cuma dia muda 6tahun dari doktor itu.Dari wajah doktor itu dia pun tak menyangka doktor itu sudah pun berumur 28 tahun.
“ceria hari ini Doktor?”
“Amir..saya kan dah cakap,malulah kalau awak panggil doktor..”
“Panggil doktorpun nak malu..karang i pannggil sayang jangan tanya kenapa..”usik Amir
“Mula lah nak jadi ulat bulu..”
“Alahai dengan Isya je..”
“Ngada…”Batrisya senang dengan Amir
“Hari ni tak pergi office?”
“Malas..”
“Pulak…”
“Kita keluar nak?”
“Mana?”
“Adalah..”
“Orait jugak..”
Batrisyah pun berkemas.Dia mengenali Amir sewaktu di airport.Amir pengsan tiba-tiba.Mujur dia ada ditempat kejadian.Dialah yang menyelamatkan Amir.Amir waktu itu diserang asma.
Bunyi hon mematikan lamunannya.
Batrisyah mengenakan blaus biru,dan bertudung litup.Warna biru laut itu menyerlahkan kecantikannya.
Kereta Perdana itu berbunyi lagi.
Batrisyah masuk dengan senyuman.
“Isya…cantik..”
“Thanks..”
Batrisyah malu diperhati begitu.
“apa ni..pandang macam tak pernah jumpa..”
“saje je..”
“kita nak ke mana?”Sengaja Batrisyah ubah topik.
“secret..”
“menyampahnya..”
Amir hanya tergelak nakal.
“Gelak lagi macam tu,karang i keluar karang..”
“Isyah…u cantik bila marah..”
“banyak u punya songgeh”
“I mana makan songgeh,nenek i ada lah…nak jumpa?”
Batrisyah mencegil mata,Amir tergelak.
Mereka sampai di rumah 2tingkat.
“Ni rumah i…sorry tak cantik..”
“buat apa pergi rumah you?”
“adalah..”
“Jangan macam-macam..”
“Isyah..i bukan macam you fikir…i tahu semua tu..lelaki tak semua sama..Buang prinsip negatif you..”
“Tapi_”
“jom..”Amir mengenggam erat jemari Batrisyah,Batrisyah jadi kaget.
“Mak…ni.Isya..Isya ni lah mak mir…”
Batrisyah tunduk dan bersalaman.
“Cantik..Masuklah..”ujar wanita itu ramah.Batrisyah diam seribu.
Dia diperkenalakn seisi keluarga.
“Maafkan Mir..”Amir sengaja mengambil peluang berbicara dengan Batrisyah yang sedang mengelamun.
“tapi kenapa?”
“Mir nak isya tak kekok nanti..”
“Maksud mir?”
“MIr nak isyah jadi suri mir..-”
Batrisyah diam,dia menangis.Amir diam,dia tak tahu ertikan mengapa.Andai kisah silam itu,Amir tahu,tapi dia tak pernah nampak Batrisyah menangis.
“Kenapa ni?”dia serba-salah.Teragak-agak untuk menyeka airmata.
“Tak pernah ada orang cakap macam tu..”
“mir ikhlas..”
“Isya-”
“jangan terburu”Batrisyah mengangguk.

———————————————-

“Dr…ada orang nak jumpa..tapi dia bukan nak check..”
“siapa?”
“katanya..teman lama..”
“Bagilah dia masuk..”
Batrisyah merunggut dalam hati,macam ni pun ada ke?nak jumpa buat lah apoinment dulu..sedap dia aje..
Pintu dibuka,susuk tubuj\\h itu masuk.
“Maaf..isyah…Boleh abang duduk>.”
Batrisyah kaget,macam pernah dengar suara ni..tapi lupa..
“Abang menyesal…”
Batrisyah diam.Dia jadi batu..
“Sudikah isya jadi isteri abang..”
“Abang cintakan isyah..tolonglah..Abang dah tak lama..”
“Abang hidapi HIV..”
Batrisyah makin diam.Farid,benarkah?
“Dia yang buat abang hidapi Hiv..”
“Sekarang kenapa cari Isya..\’
“Abang cuma nak isya jadi isteri abang sementara hayat ada..abang takkan sentuh isya..cuma sudikah isya jadi isteri abang..Abang menyesal..”
Batrisyah mengeleng…
“Tidak..isyah takkan terima abang,Isyah dah ada yang ounya..maaf..”
“Tolonglah..”rayu Farid.
“untuk apa lagi..?”
“Abang tahu isya tunggu abang..”
“Jangan mimpi..”
Batrisyah menekan interkom.
“nurse panggil pengawal..\’
“Sampai hati isya halau abang..”
“maaf…isya dah buang nama Farid dalam hidup Isyah..sekarang Isya bahagia tanpa bantuan sesiapa..”
“maafkan abang..”
“Nurse..panggil pengawal…”
Farid diheret keluar.Batrisyah diam,Entah macammana Airmatanya mengalir.

————————————

Amir memeluk pinggang isterinya,Batrisyah.
“Abang takkan sia kan sayang..”
Batrisyah jadi hiba.Amir mengucup ubun-ubun Batrisyah.
Tiba-tiba telifon Batrisyah berbunyi.
“Isya..ada bad news..Farid kemalangan,tadi Doktor Johan cuba selamtkan dia,tapi tak sempat..”
Telifon w880i terlepas.Serta-merta Airmatanya gugur.
“Abang…sayang bersalah dekat dia..”
Amir hanya cuba menengkan isterinya.
“yang pergi biarlah..janganlah berdendam lagi..”
“semoga rohnya dicucuri rahmat..”

Kenangan..
Kamu buat aku menjadi berhat-hati
kamu buat aku jadi berani
kamu buat aku jadi tabah
kamu buat aku jadi tenang
adanya pengalaman
asalnya amat sukar

kesedihan
sukar kuluputkan
berbanding hari keceriaan
yang datang singkat dan perginya jua singkat
semoga kenangan itu benar-benar mematangkan

terima kasih Harapan

p/s;walaupun seseorang itu telah memusnahkan hati kita,merampas kepercayaan yang ada,tidak kira sebesar mana dosanya,ampunkan dia.Kerana kita tak pasti esok mungkin dia sudah tiada.Nanti,usah kita merasa terlalu menyesal.

Novel : Bila

orentalez
apex_gonz@yahoo.com

Bunga berputik, taman terbiar:

1998
Asrama:
.
“Kak atien! Cepat la.dah lama atie kat bawah ni” jerit atie dari tingkat bawah.

*bising betul atie ni, dah la aku baru balik latihan hoki, itu pun dikira baik aku nak teman.
aku yang baru usai mandi menarik keluar baju kurung ungu kegemaranku dari almari. Bersiap secepat mungkin.

“mana pika?” soalku sejurus melihat atie sedang menantiku di tangga.

“pika ada di pondok jaga, baru nak hantar kad keluar dia” ujar atie sambil menarik tanganku supaya segera berjalan menuju kearah pika yang kelihatan sedang bercakap dengan seseorang di pondok jaga.

Semakin hampir dengan pondok jaga.kedengaran suara ketawa dan diselangi suara syafiqa yang seperti tidak puas hati.Suka benar meraka mengusik si pika ni.*hehe , biasalah tu,aku pun suka usik dia ni .
Aku dapat menangkap satu suara yang dikenali
“Budak kecik, kamu masuk lambat ye tadi, ‘outing’ seorang je tadi?”
Fatin dan atie meneruskan langkah kearah pika.

” pika, jom” ujar atie.

Semua yang ada disitu diam.*kenapa pulak semua diam, aku ni hantu ke.Pada masa yang sama, hafez azfar yang kelihatan gembira mengusik pika sebentar tadi mengangkat kayu hokinya dan terus berlalu.

“kak atien.. tengok diorang ni, suka-suka kata dekat pika” rungut pika pada aku. Aku hanya tersenyum pada mereka.

“kau orang ni tak mandi-mandi lagi, ish..apa nak jadi.” Sengaja aku ingin mengusik mereka.

“kau tu entah-entah tukar baju je kot.” Ujar adi padaku sambil disokong oleh naim dan nazir yang turut berada disitu. Tidak lain, nak kata aku tak mandi lagi la tu. Walaupun kerbau, mandi tetap mandi.

” kaki kau..” ujar naim tiba-tiba. Namun belum sempat naim menghabiskan ayatnya,aku terus menarik atie dan pika.

“pergi mandi la budak-budak” jerit aku setelah berlalu beberapa langkah.

“kak atien tadi kak amalina cari” ujar atie ketika kami sedang berjalan.aku hanya membiarkan kata-katanya.* huh, mesti tidak ada hal lain punya kak lina cari aku.
Apa dia ingat aku ni ‘posman’ dia ke,tak ada masa aku nak jadi ‘posman karat’ dia dengan hafez azfar. Hafez ni pun satu,kenapalah hensem sangat.Setiap kali lihat muka dia, pasti aku rasa macam nak gila.

Tapi apa yang aku muyskil sekarang, kenapa tiba-tiba dia berubah. Semenjak aku masuk sekolah ni..tak pernah dia nak tegur aku,pandang pun susah.kenapa tidak macam dulu.
Mungkin aku tidak layak, entahlah..tapi aku rasa tak salah kalau aku minat pada dia.

———-

Aku menyapu minyak angin yang diberikan fizah sebentar tadi pada kakiku. Aduh, pedih..sakit..aku menggosok-gosok perlahan tulang keringku yang sudah kelihatan lebam dek penangan kayu hoki si ‘bertuah’ tu. Cikgu rahman pun satu, gemar mengarahkan team perempuan lawan dengan lelaki.mana adil.
Mataku tiba tertanggkap bungkusan yang berada didalam almari ku.
*ya Allah.. macam mana aku boleh lupa nak bagi dekat dia. Mama pun satu, suka pesan aku bagi macam-macam pada hafez. Siapa anak dia sekarang,aku atau hafez.Sikit-sikit abang chik. Huh, malas aku nak fikir. Tapi yang malas itu jugak yang selalu aku fikir
.
“sakit sangat ke?” tiba-tiba atie menyergah aku.

Mati terus khayalan aku terhadap lelaki pujaan aku seorang itu.

————-
bersambung~

Novel : Benci tapi sayang 4

sarra aulia
fairygurlz_158@yahoo.com

Malam itu ketika risya asyik mengelamun memerhatikan bintang dikaki langit telefon bimbitnya berbunyi nyaring minta untuk diangkat.Hilang habis impian indahnya ketika itu.isyh..kacau betul la handphone ni.ngomelnya didalam hati.Dia melihat siapa pemanggilnya namun nombor yg tertera di telefonnya itu masih belum dikenalpasti siapa pemanggilnya tetapi panggilan tersebut tetap dijawab.

“helo”sapanya.pd mulanya dia ingin memberi slm tetapi apabila mengenangkan dia msih belum tahu siapa dihujung talian dia terpaksa membtlkan niatnya.

“Helo,siapa ni,nak cari siapa”tegurnya lagi namun pemanggil dihujung talian masih membisu.”Hoi pekak ke?kalau tak nak ckp x pyhlah cll bt bazir duit je”geram sungguh hatinya.

“Assalamualikum”

Terpana seketika risya mendengar suara itu,suara itu seperti pernah didengar tetapi dimana ye?hah..takkan kot…”Fikri”

“Kalau ye pun jwblah salam sy dulu”fikri ketawa kecil dengan gelagat risya.Dia tahu mesti risya terkejut dgn panggilan yg x disangka-sangkanya itu.Dia pun sebenarnya takut hendak menelefon risya tetapi apabila mengenangkan hatinya yg makin hari semakin diisi dengan wjh gadis dihujung talian terpaksalah dia memberanikan dirinya juga.

“Waalaikumussalm”tergagap-gagap risya menjawab penggilan tersebut,merah padam mukanya kalaulah fikri berada disitu ketika itu manalah dia nak letakkan mukanya.Fikri ni pun satu nak cll pun bkn nak beritahu nama diam je manalah aku nak tahu.Isyh..pelik ni mana dia ambl no aku.

“Fikri boleh sy tahu awk ambl mana no sy?”tanya risya.

“Bolah tak nanti sj sya jwb soalan awk tu skrg biarlah rahsia dulu?”bkn fikri berniat ign merahsiakan perkara tersebut tetapi dia perlu memegang janjinya.

“Tapi..”

“sy janji dgn awk smpai masanya sy akn beritahu awk jg nanti,awk sbr ye,anggap je awk yg bagi pd sy”fikri cuba berjenaka.Dia tahu mesti perasaan ign tahu bergebu-gebu dlm hati Risya tetapi apakan daya dia sdh janji dgn pemberi no telefonnya itu.

“okaylah,sy tahu kalau sy paksa awk pun awk tetap x kan beritahukan?”sbnrnya risya mls nk memanjangkan topik ini dia tak nak hubungan yg baru hendak bermula ini akan mengundang masalah lagi,lagipun dia tak dpt nak tafsir apa yang dia rasa dalam hatinya skrg ini.”Awk janji ye awk akn beritahu sy satu hari nanti?”

“ye sy janji,don\’t worry ok?”janji fikri.”awk tgh bt apa?dah mkn ke?”

“sy x bt pe,baru je lps mkn,awk pula?”malu risya nak beritahu yg sbnrnya dia tgh mengelamun.

Hampir sejam mereka bersembang tiba-tiba keluar soalan yg tak disangka-sangka oleh mulut fikri.”awk dh ada special boyfriend”

“knp awk tnya?”tergugup seketika risya hendak menjawab soalan tersebut.

“sjlah tny sy x nk sy menganggu hak org yg punya kan?”

“kalau ada sy takkan layan awk”

“Hmmm..betul jg apa lah sy ni”fikri hanya melepaskan ketawa untuk menutup malu,sebenarnya dia ada perkara yg ign dibincangkan tetapi dia takut risya akn ketawakannya.”risya”panggilnya.

“ye sy”

“boleh tak kalau sy nak berkawan dgn awk”berpeluh tubuhnya teatpi dia tetap akn mencuba.penghawa dingin yg terpasng dlm blknya tetap tidak mampu mententeramkan jiwanya.

“eh awk ni kan ke kita tgh berkwn skrg ni”berkerut dahi risya dgn soalan yg baru keluar dari mulut lelaki tersebut.

“bkn kwn mcm tu maksud sy”

“abis tu?”

“special”

terkedu risya seketika dgn kenyataan tersebut.dia tidak tahu apa yg bergelodak dlm hatinya ketika ini semuanya menjadi celaru.dia tidak dapat nak percaya semua ni.ditampar-tampar pipinya perlahan-lahan takut dia bermimpi.

“eh risya bunyi apa tu”

tak sangkalah pula bunyi risya menampar pipinya didengar oleh fikri.”Er..tak ada apa-apalah”perlahan shj suaranya menutup suara gugupnya.

“mcm mana risya”

“macam mana apa”

“sudi tak awk jd special girlfriend sy”fikri mengagahkan juga hatinya mengucap kata2 tersebut.tetapi dia tidak mendapat apa2 respon dr gadis di seberang sana.”risya”berkali-kali dia memanggil barulah risya menjawab.”apalah yg awk bt sampai sy panggil pun awk tak sedar”

“tak adalah,sbnrnya sy masih terkejut”risya melepaskan ketawa malu.apa jwpn yg perlu diberi sedangkan diri dia masih confuse.

“sy tahu awk mesti ssh nk terima sy sbb skp krg ajar sy sblm ni tetapi ay minta maaf psl dulu,apa yg awk lihat dulu tu bkn diri sy”

“kitakan masih awl lagi knl”

“ye,tetapi sy tak nak awk terlepas ke mana2 lelaki,semenjak hari pertama lagi sy sdh jatuh cinta dgn awk”memang dr mula perkenalan lagi fikri mengaku dia mula berminat dgn gadis yg bernama risya tetapi kerana ego akibat kedegilan dia terpaksa melupakan tetapi dia tidak dpt membohongi perasaannya lagi kerana dr maklumat yg diperolehi ada beberapa org pemuda yg mengejar cinta sigadis itu.”sy tahu mesti awk ssh nak percaya”

“bkn mcm tu,sy x nak awk bt kptsn terburu-buru”serba salah risya ign menolak takut hati lelaki itu kecewa teatpi kalau diterima dia takut dia kan kecewa sedangkan hatinya sebhgian bsr suruh menerima shj lelaki itu.

“sy betul2 yakin dgn kptsn sy,sy memang dah jatuh cinta dengan awk masa kita terpilih ke kem kepimpinan dahulu lagi,mungkin masa tu awk tak perasan kan sy lg”

biar betul fikri ni,habis kalau dia betul2 sukakan aku knp dia lyn aku mcm tu dulu.”Habis kalau awk sukakan sy dr dulu lagi knp awk bt sy bencikan awk?”rupa2nya soalan yg berada didalm fikirannya turut terpancul di mulutnya.

“sy malu masa tu,sy takut awk tak nak kawan dgn sy”sebetul-betulnya fikri tak nak bekas kekasihnya linda menyerang risya.bkn dia tak tahu dgn perangai linda yg cemburu buta itu.Hampir semua perempun yg dikenalinya menjadi mangsa serangan linda dia tak nak gadis selembut risya turut mengena tempias dari cemburu linda.

“bkn ke masa tu awk bercinta dgn linda?”risya ada jg mendengar gosip yg lelaki itu berkasih-kasihan dgn linda pelajar terkenal disekolah kerana kecantikannya dan juga kekayaannya.

“ye,tetapi skrg kami dah putus,sbnrnya ms kita gaduh tu memang sy dah pts dgn linda sbb dia dh ada org yg lbh kacak dr sy”itu jg adalah satu sbb knp dia asyk bergaduh dgn risya”maafkan sy sbb dia sy lpskan pd awk dna bermusuh dgn awk,sorry”hilang segala egonya demi mendapatkan gadis yang bernama risya tersebut.

“Hmm.. x apalah benda dah lama berlaku,it\’s ok,sy maafkan awk”

“terima ksh ye risya sbb sudi maafkan sy,so..mcm mana soalan sy tadi”

risya tersenyum mendengar soalan yg diajukan kpdnya.”Boleh tak awk beri sy masa?”sememangnya risya memerlukan masa untuk berfikir baginya orang yg bijak akan memerlukan masa untuk berfikir.

“Baiklah kalau mcm tu tapi jgn lama sgt tau?”fikri tahu risya memerlukan masa untuk berfikir jadi dia perlu bersabar.Mereka menamatkan perbualan apabila malam sudah merangkak semakin lewat dan tinggal beberapa ketika lagi pagi akn menyusul.

——————————–

pagi itu sue terkejut apabila risya menarik tgnya secara tergesa-gesa sebaik shj kelas tamat.

“Eh..eh..risya knp ni,kalau ye pun sbr2lah sikit hampir tercabut kasut aku ni hah”ujar sue sambil membetulkan kasutnya ketika mereka duduk dibawah anjung dihujung kampus.”Hah..apa yg penting sgt ni smpai kau x sbr2 nak jmpa aku ni?”

“alah sue..jgnlah mrh,aku ada hal penting ni”

“apa bendanya ni,x sbr betulla kau ni”

“aku nak ckp dgn kau pasal fikri”

“hah fikri,mamat yg suka bt kau mrh dulu tu?si singa tu,dia ke?”itulah gelaran mereka untuk lelaki bernama Mohd Daniel Fikri.

“haah dia la..”risya menceritakan segala-galanya kepada sue hampir melopong mulut sue mnedengar risya hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu,nasib baiklah lalat tak ada kalau tak rasanya lalat dah letak telur dalam tu.

“Dah tu kau terima dia ke?”

“tak tahu lagi aku minta dia beri masa pada aku,apa pendapat kau?”

“it\’s up to you,aku tak nak paksa kau supaya terima atau tolak dia”

“Aku betul2 x tahu,aku rs aku suka dia tapi aku takut”

“nak takut apa bkn ke dia pun kata dia dh lama suka kau”kalau boleh sue tak nak sahabatnya itu melakukan keputusan tanpa berfikir panjang.”Mcm nilah kau mabl lah masa byk mana pun ni kan pasal kehidupan kau,kalau ada jodoh mungkin hubungan ni akan membw ke jinjang pelamin,kalau tak kau kenalah terima ketentuan ni”

“nilah yg bt aku takut,aku takut terluka”

“itulah dugaan namanya,kau dgrlah nasihat kau ni ambil masa byk manapun untuk membuat keputusan ni semua demi masa depan kau jg,dan semua keputusan berada dalam tangan kau”

risya hanya mengangguk.

Cerpen : Aku, Kau Dan Puisi

putih(pro84)
putihaku58@yahoo.com

Cermin mata ditanggalkan. Shafiq mengeluh dalam. Malas. Itulah perkataan yang langsung tidak mahu difikikan olehnya. Bimbang jika perkataan itu mempengaruhi mindanya. Jejaka berhidung mancung itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil matanya menyoroti melihat jam tangan yang dipakai disebelah tangan kirinya, pukul 4.05 petang.
Nasib baik aku dah sembahyang tadi, getus hati kecilnya.
Sekolah itu kelihatan lengang. Yang ada cuma beberapa orang pelajar yang masih belum pulang seperti dirinya juga, nak study. Maklumlah tahun ini dia akan menghadapi SPM.
Shafiq sekali lagi menggelengkan kepalanya. Cermin mata diletakkan kembali dipangkal hidungnya. Kerusi batu yang disediakan terasa panas, apa yang tidaknya sudah lebih 2 jam dia di situ. Shafiq mendongak ke langit, cantiknya, langit biru awan berarak putih.
Aiseh man, terlalai la pulak. Tapi sedap jugak ni, nak jiwang-jiwang kejap. Otak pun kena rileks, kasi cool. Gumam hati kecil Shafiq.
Dia tersenyum. buku biologi ditutup. Dicapai pen dan sehelai kertas kajang. Puisi. Itulah perkara pertama yang terlintas difikiran jejaka berusia 17 tahun itu apabila melihat langit. Sesuatu yang indah. Otak Shafiq ligat berfikir sambil matanya mencari bahan untuk di tulis. Dia mendapat idea, dan mencoret idea itu di kertas.
Tiba-tiba satu benda yang agak keras terjatuh betul-betul di atas kepalanya yang baru ditanggalkan songkok tadi. Shafiq pantas mendongak ke tingkat atas, kali ini bukan untuk melihat langit dan awan tapi ingin melihat siapakah gerangan yang kurang ajar melemparkan… Shafiq berpaling utuk melihat apa yang dilemparkan tadi, yang kini ada di dalam longkang, duster!!
“Patut la habis hilang idea aku pun. Ni kena bagi sound ni”
Seorang gadis bertelekung sekolah berlari-lari anak kearah Shafiq. Namun tidak diendahkan olehnya. Mata empatnya sedang memerhatikan tingkat atas iaitu tingkat bagi budak tingkatan 3 dan 2.
Tak ada orang pun. Mana pulak manusia yang tidak beranggungjawab ni?
“Bang ada nampak duster tak?,”tanya gadis tadi yang kini sudah berada di hadapan Shafiq. Bersahaja lagaknya. Langsung tidak mempamerkan rasa bersalah.
“Duster…”fikiran Shafiq blur sejenak. Diam,”O.. nak duster ya? Jadi awak la orangnya yang tidak memikirkan perasaan orang lain melemparkan duster sesuka hati je dekat sini?”lantang Shafiq menyergah. Matanya terjegil.
“Wo, wo, wo apa kes ni jerit-jerit dekat saya ni bang?”
“Amboi tanya pulak dia, apa kes. Awak tu baling sesuka hati je dekat saya duster tu. Awak ingat kepala saya ni tong sampah ke?”
“Saya tanya abang baik-baik tak boleh ke abang jawab baik-baik jugak?”
“Tu dik dekat situ tu.”lembut Shafiq menjawab dan jari telunjuknya menunjukkan kearah duster itu terletak, dalam longkang sambil tersenyum tidak ikhlas.
“So sekarang ni boleh la saya nak marah. Habis hilang idea saya nak tulis puisi tadi. Ayah saya cakap tak baik kalau lemparkan sesuatu yang keras ke arah kepala mnusia, boleh jadi benak otak kita yang sudah terkumpul ilmu ni”
“Ok dah habis cakap? Sorry.”ujar gadis itu setelah mengambil pemadam papan hitam itu dengan sekeping kertas yang entah di mana dijumpainya.
“Tak kotor ke?” tanya Shafiq yang kini intonasi suaranya berubah serta-merta.
“Alah dah biasa la bang. Chow. Sorry je la sebab ganggu abang tengah buat…puisi.” Sinis.
Gadis itu berlalu berlalu pergi. Shafiq hanya memerhati, membiarkan. Dia dah mintak maaf. Tangannya kini mencapai pen dan mencari-cari di mana kertas puisinya tadi.
“Aik dekat mana pulak kertas aku ni. Aku letak dekat sini je tadi.” Puas dia mencari di sekitar meja batu itu. Tiada. Kalau bukan sebab budak tadi mengacau..
“Budak tadi?! La mesti dia punya yang ambik kertas aku untuk ambik duster tu. Huh geramnya”
Shafiq menoleh pantas mencari kelibat murid tadi. Tiada bayang pun.
Ah biar la. Kalau ada lagi budak tu makin banyak la barang aku hilang, mula-mula idea lepas tu kertas untuk mencoretkan idea. Baik aku balik. Risau pulak mak dengan ayah aku karang.
Lantas, Shafiq mengemaskan barang-barangnya dan disimpan di dalam beg. Mahu pulang dan menyejuk kan dirinya yang sedang panas kini.

———————-

“Hello Fiq.”satu suara yang tidak lagi ganjil di telinga Shafiq menyapa gegendang telinganya.
“Assalamualaikum. Ayah aku cakap tak baik kalau memulakan perbualan sesama Muslim tanpa kalimah salam suci tu,”tegur Shafiq, bersungguh-sungguh.
“Waalaikumussalam. Abah aku pulak cakap tak baik kalau memulakan perbualan dengan bebelan.”sinis suara salah seorang rakan baik Shafiq, Kuzir berkumandang.
“Nak apa pulak kau call aku ni?”garang Shafiq bertanya, malas hendak melayan temannya itu.
“Abah aku pesan jangan marah-marah nanti cepat tua.”sindir Kuzir lagi dicorong telefon.
“Baik la. Ada apa Encik Kuzir?”
“Macam tu la. Ni aku nak tanya esok kita bawa terus ke peralatan, I mean baju untuk Hari Kebudayaan tu?”
“Oh ya la. Tak kan la kau tak dengar apa yang cikgu cakap tadi.”
Hari Kebudayaan merupakan pertandingan tarian antara kelab-kelab sekolah yang biasanya dilangsungkan pada awal tahun. Shafiq juga merupakan salah seorang daripada penari yang akan bertanding.
“Kau rasa boleh ke tak kau tu?”tanya Kuzir.
“Kenapa pulak kau tanya cam tu?”
“Ya la kau tu bukannya datang pun sesi latihan. Asyik aku jer yang kena ajar. Abah aku cakap ilmu kena dipelajari oleh guru sendiri baru ler afdal.”sindir Kuzir dan memutuskan talian, tahu yang Shafiq akan terus membebel.
Shafiq melepaskan nafas panjangnya. Geram. Ganggang telefon diletakkan kembali ditempat asal.
“Sapa yang call tu Fiq?”tanya ibunya yang merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Ayahnya yang merupakan seorang arkitek masih tidak pulang ke rumah.
“Kuzir la bu. Sapa lagi?”ujar Shafiq dan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.
Ibunya yang sudah biasa dengan kawan-kawan Kuzir, mengangguk tanda tahu walaupun dia langsung tidak ingat. Ramai sangat.
“Fiq minggu depan Kak Ana kamu nak balik. Kemaskanlah bilik dia tu.”jerit ibunya.
Shafiq menepuk kepalanya. Baru dia ingat kakak sulungnya, Suzana akan dipinang minggu depan. Suzana merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat gergasi di Ibu kota. Kini hanya dia yang tinggal di rumah banglo 2 tingkat itu kerana kakaknya yang kedua sedang menuntut di universiti.
Gatal betul. Dah nak kawin baru nak balik!.getus hati kecilnya walaupun jauh disudut hati kecil Shafiq, dia sebenarnya gembira.

———————-

“Aku ada cakap tak kat kau yang budak perempuan pun ada dalam tarian ni.” Ujar Kuzir perlahan. Mereka berdua dan 2 orang lagi pelajar lelaki lain sudah siap berdandan dan kini sedang berada di bilik perjumpaan Kelab Kembara.
“Ada.”ringkas Shafiq menjawab. Walaupun dia tertanya dimana pelajar perempuan, tapi takut dikatakan gatal.
Semua murid yang tidak terlibat dengan pertandingan sudah berkumpul di medan perhimpunan. Tugas mereka hanyalah menonton.
Shafiq mula gabra. Pasukan perempuan datang, dan Shafiq melihat seorang yang dikenalinya, memakai baju kurung dan tudung hitam dan dia akan berpasangan dengan murid itu kerana baju kumbang yang dipakai nya juga bewarna hitam, manakala pasangan yang lain mempunyai warna masing-masing.
“Bang, awak ni duster kan?” tanya budak itu seraya tersengih.
“Awak budak semalam kan?”
“Yup, ingat lagi ek, abang Duster?”
“Nama saya bukan Duster, nama saya Shafiq la, budak longkang!”
“Saya Amira. Jangan panggil saya macam tu.”
“Budak longkang.”
“Saya dah bagi amaran.”
“Budak longkang.”
” Oh angin lembut menyapa pipiku. Langit biru membentang. Hatiku senang..”
“Diam” jerit Shafiq lantang. Semua yang ada di situ melihat mereka berdua.
“Lain kali Shafiq jangan panggil saya budak longkang lagi, kalau tak habis saya edarkan puisi awak tu dekat editor majalah sekolah. Saya sendiri yang akan siapkan puisi tu”
“Awak berdua orang lain dah nak naik ke stage tu, cepat. Kita mesti menang.”Guru penasihat, Puan Faridah bersemangat.
“Duster, awak mesti buat yang terbaik kalau tak…”ugut pelajar perempuan yang bernama Amira itu.
“Ya la. Tapi kalau awak yang jadi pasangan saya..”ayat Shafiq juga dibiar tergantung. Dia cepat-cepat naik ke pentas bila melihat mata Amira terjegil luas.
Harap aja muka ayu. Perangai entah apa-apa entah.
Tepuk sorak kedengaran seusai mereka selesai menari. Entahkan mereka terhibur atau sengaja menyindir sinis. Shafiq tidak pasti, tapi yang pastinya dia sudah berjaya melakukannya. Almaklumlah mahu sijil kokurikulum.
Setelah semua kelab siap mengada pertunjukan tarian masing-masing, mereka semua diminta berkumpul diatas pentas. Hampir tidak muat pentas itu kerana seluruh kelab mengambil bahagian dan bukannya seorang dua dihantar malahan lebih kurang 9, 10 orang peserta.
“Ok sekarang masa yang ditunggu tunggu oleh guru penasihat masing-masing of course. Dan seperti yang guru besar kita janjikan hadiah bagi tempat pertama ialah wang ringgit berjumlah seratus lima puluh ringgit disertakan sijil. Kedua, seratus ringgit dengan sijil dan yang ketiga lima puluh ringgit beserta sijil. Hadiah saguhatinya pulak berupakan sijil penyertaan.”
5 minit berlalu. Medan Perhimpunan yang tadi gamat sunyi sepi.
Setelah pengerusi menjemput pengetua sekolah dan pk 1 untuk menyampaikan hadiah,
“Kini sudah tiba masanya untuk mereka mendengar siapa yang akan membawa hadiah ini, saya tidak ingin melengah-lengahkan masa tapi..”
Ayatnya tergantung apabila murid-murid mula bersorak, tanda protes.
“Ok la saya cakap sekarang”

———————

“Nasib baik kita menang,”ujar Kuzir setelah sedar dari kejutan yang diterimanya tadi.
Gamat satu sekolah. Kelab Kembara yang tidak memenangi anugerah itu sejak sekolah ini dibuka menerima sorak tepuk kuat daripada ahli-ahli yang lain.
“Sebab aku ada.”kata Shafiq sambil teresnyum simpul.
Amira yang pada ketika itu terdengar perbualan Shafiq tersenyum simpul, dia sudah jatuh hati!!

————————

CUTI AKHIR TAHUN…

Shafiq lega. Akhirnya dia sudah bebas. Kini hanya menunggu result tahun depan.
“Fiq kau boleh la jadi pengapit kak long kau tu”kak ngah Shafiq yang baru pulang kelmarin menyakat.
“Aku jadi pengapit? Lambat sikit. Kau bila pulak?”
“Aku? Lambat lagi. Study la wei. Kau tu tak ada orang nak ngorat ke?”
Shafiq terdiam. Dia masih ingat peristiwa ketika 5 bulan lepas.
“Saya dah jatuh hati dengan kau,”gadis yang berusia 15 tahun itu bersuara perlahan. Mukanya selamba. Tiada riak malu.
“Apa?”
“Tak dengar ke?”
“Huh, awak tu pmr tahun ni. Saya pulak spm. Jangan jagi gatal. Macam ni la budak perempuan senang sangat jatuh hati. Bila yang lagi hensem datang, cari yang lain pulak.”
“Bila pulak saya cakap kau hensem? Saya cuma cakap, saya jatuh hati dekat kau, tu je”
“Adik, apa nama? Amira kan? Ayah saya cakap, tak seharusnya seorang perempuan memikat lelaki. Tak manis.”
“Sapa pulak yang cakap yang saya nak pikat kau?”
“Tu apa?”
“Luah perasaan. Ok la chow dulu.”
Akhirnya Amira berlalu pergi. Shafiq pelik, biasanya perempuan menyinta separuh mati, tapi budak ni tidak. Cinta monyet la kot. Hanya bertahan sementara.
“Adikku sayang kenapa ni?”sergah kak ngah dan kak Ana dari belakang.
“Woi terkejut aku. Apa ni? Mentang-mentang la korang permpuan, nak buli lelaki. Tak aci. Nanti aku ibu beranak lagi sorang.”ujar Shafiq menutup malu.
Tu la berangan sangat.
“Kak Ana, kenapa akak cuti lama sangat ha? Bos akak tak marah ke?”tanya Shafiq cuba menutupo malu.
“Fiq kau tak tahu lagi ke, bakal abang ipar kita ni, anak bos akak kita tu. Pandai-pandai la cover, kau ni.”
“Fiq esok kau teman kan aku pergi shpping nak?”tanya Kak Ana.
“Alah ajak angah la.”
“Dia dah ada date dengan Sameon, jiran sebelah kita tu.”bisik Kak Ana.
“Aku malas la.”
“Kau ni. Nanti akak belikan kau…em komik banyak-banyak. Boleh.”
“Tawaran diterima.”

—————-

“Kenapa akak tak cakap yang your future husband ikut jugak?”tanya Shafiq. Gabra.
“Rilek la. Kau macam tak biasa, dia pun orang biasa gak.”
“Akak janji dengan dia pukul berapa?”
“3 la. Dekat Loving Boutique akak rasa. Jom”
“Aku takut la kak.”
“Hish kita dah separuh jalan ni. Takkan nak mengalah kot. Komik!!”
Shafiq terdiam. Komik? Hish tak boleh jadi ni. Dia menopang dagu. Dilihat jam di dashboard, pukul 3.05 minit. Shafiq gemuruh. Tangan sejuk macam air batu. Seperti dia yang mahu berjumpa dengan jodohnya.
“Hah dah sampai pun.”
Mereka berdua turun setelah Suzana memarkingkan kereta kancilnya. Setelah mereka masuk ke dalam sebuah butik. Shafiq terkejut. Bukan kerana abang iparnya, tapi orang yang menemankan bakal abang iparnya.
Amira. Namun gadis itu kelihatan seperti biasa, bersahaja dan selamba. Dia hanya tersenyum apabila terpandang Shafiq.

———————–

“Saya dah sambungkan dah puisi kau tu. Insya Allah, nanti tahun depan bila majalah sekolah sampai, kau tengok ar. Nanti kalau abang angkat saya tu kawin dengan kakak kau, saya tak datang. So awak tak boleh nak marah dah. Ambik peluang sekarang.”kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga Shafiq.
Ah biar la. Biarkan jelah dia ciplak puisi aku tu. Suka hati dia la. Malas nak layan. Just wait and see jelah.

——————–

2 TAHUN KEMUDIAN…

“Entahla ibu. Tanya la kak ngah dia sama jer dengan Fiq.”
“Orang tak tahu jugak bu, maybe kitaorang balik ke u, 2 minggu lagi kot.”
“Ayah kamu ni. Tengok la tu, asyik dok main dengan cucu dia je. Tak layan dah ibu dekat sini.”rungut ibu Shafiq sambil memuncungkan mulutnya kearah ayahnya yang kini sedang asyik bermain dengan cucu.
“Jangan la sedih bu. Nanti ibu lahir baby baru, tapi make sure la itu baby boy. Orang tak nak kena buli dengan Kak Ana dan Kak Ngah.”
“Ade ke pulak ke situ.”
Mereka ketawa. Ayah, Kak Ana, dan Abang Sham yang juga kebetulan terdengar perbualan mereka turut sama ketawa.
KRINGGG!
“Fiq ada orang nak cakap.” Jerit ibu.ganggang itu bertukar tangan.
“Hello, ni Kuzir.”satu suara garau yang memang tidak pernah berubah di pendengaan telinga Shafiq.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Kau ni masih tak ubah-ubah. Macam tu jugak,”kata Kuzir yang kini suaranya kedengaran excited. Al maklumlah sudah 2 tahun mereka tidak berjumpa kerana Kuzir kini sedang belajar di luar negara.
Shafiq yang juga menerima tawaran di tempat itu menolak dengan alasan bimbang ibunya ridu. Sebenrnya dia yang homesick!
“Rindu aku engan kau, Zir. Nak jumpa tak?”terus-terang Shafiq memberitahu.
“Ok gak. Aku call pun sebab tu la. Kita jumpa dekat Restoran Flora nak?”
“Sekarang?”
“Set.”talian diputuskan.

—————-

“Kau macam mana sekarang ni?”tanya Shafiq setelah dia siap memesan makanan.
“Aku macam ni jugak. Always maintain like you”ujar jejaka yang berusia 20 tahun itu dan menyambung,”suka membebel.”
“What?”tanya Shafiq dengan mata yang terjegil.
“Rileks ar. Kau nak dengar satu cite yang kow, hot tak?” dengan pantas Kuzir menukar topic bimbang selepas ini ada supmata.
Shafiq yang memang terkenal dengan sikap ‘hantu’nya hanya menjeling tajam dan mengangkat sedikit kepalanya sebagai kata’apa’.
“Aku dah bertunang dah.”bisik Kuzir sperti ada orang yang mahu dengar perbualan mereka.
“What?!”
“Yup, dengan kawan sepupu aku, Maria nama dia.”
“Cantik ke?”tanya Shafiq cepat.
“Of course ler. Eh mana pulak order kita ni?”
“Entah la. Dik.”panggil Shafiq. Harap jer restoran cantik tapi erm… lambat.
Tiba-tiba satu benda yang agak keras terjatuh di atas kepala Shafiq dan kedengaran bunyi deentingan yang kuat. Shafiq menoleh sambil mengusap-usap kepalanya. Dia melihat seorang perempuan bertudung jatuh terjelepok dan di sisinya dulang manakala yang terjatuh di atas kepala merupakan sekotak tisu.
“Sorry bang, tak sengaja. I’m so sorry. Saya tak perasan. Sorry bang, sorry.” Ujar perempuan itu yang kini bangun dan tertunduk, malu.
Mata pelanggan-pelanggan lain melihat situasi itu berbisik-bisik.
“Mira?” tidak semena-mena nama itu terkeluar dar mulut Shafiq.
Perempuan itu mendongakkan mukanya.
“Kau? I mean you?.”bulat mata gadis bertudung itu, tidak percaya.
“Apa ni kecoh-kecoh ni?”tanya seorang perempuan yang agak berumur dalam lingkungan 30-an.
“Mak Ucu orang tak sengaja jatuhkan kotak tisu tu atas kepala pelanggan kita ni. Orang mintak maaf Mak Ucu,”jujur Amira mengakui kesalahannya.
Mak Ucu? Ni mesti mak sedara dia. Kesian pula aku tengok.
“Kenapa pulak mintak maaf dengan Mak Ucu? Mintak maaf ladengan pelanggan kita ni.”
“Orang dah mintak maaf dah tapi dia tak cakap apa-apa pun.”
Shafiq terkedu. Kuzir disebelahnya hanya tersenyum, membiarkan keadaan itu. Yang dia tahu, dia langsung tidak terlibat dalam ‘konspirasi’ itu. Dan dia pun tidak mahu masuk campur.
:Em, tak pe.”balas Shafiq perlahan.
Perempuan yang digelar Mak Ucu oleh Amira itu kelihatan lega. Dia segera menarik lengan gadis itu dan berlalu pergi.
“Kak,”panggil Kuzir.
“Ya dik. Maaf kan jelah anak sedara mak cik ni. Dia baru jer kerja dekat sini.”
“Tak bukan tu, tapi makanan kami. Bila nak siap?”
“Oh, pas ni,”lekas Amira menjawab seraya tersenyum panjang lebar. Mak Ucu menarik sekalilagi lengan gadis itu dan mereka hilang di balik pintu.
Shafiq memperbetulkan kaca matanya. Sudah 2 tahun berlalu namun masih tak berubah lagi perangai. Macam tu jugak.Tak malu betul. Tiba-tiba mata Shafiq tertancap pada dinding restoran itu. Sebuah lukisan yang sungguh indah. Sukar dikatakn dengan kata-kata. Lawa.
“Woi kau tengok apa tu?” tanya Kuzir sambil tangannya menampar kuat tangan Shafq. Jejaka itu terkejut.
“Apa la kau ni buat terperanjat aku je.”
“Dah yang kau melamun tak tentu hala tu kenapa? Dah biol ke kepala kau tu kena hempap dek kotak tisu kosong tadi.”
“Amboi engkau je cakap aku biol. Tu aku tengah tengok lukisan sana tu. Cantik la.”
Kuzir yang sudah sememangnya faham benar dengan jiwa romantis, sastera Shafiq itu hanya berdiam. Tiada apa-apa yang dilihat istimewa daripada lukisan itu. Hanya ada dua bayang manusia, seorang perempuan bertudung yang memegang sesuatu dan seorang lagi bayang lelaki, yang kelihatan sedang mengusap kepalanya. Hiasannya pula pelik. Ada bayang tapi di tengah hari. Langit biru terbentang luas disertai denga apa-apa entah. Di tepi lukisan itu kelihatan sepeti tulisan Puisi.
“Apa yang cantiknya?”
“Entah la. Macam mana aku nak cakap. Aku rasa macam pernah alami peristiwa macam tu tapi aku tak ingat pulak bila. Aku nak pergi tengok la kejap apa yang tertulis dekat situ.”
“Kau jangan la nak malukan aku. Baik tak payah. Nanti bila balik kita buat la nak pergi bayar then kau tengok ler puas-puas. Makanan dah sampai.”
“Ok la,”ujar Shafiq, walaupun tidak puas hati.

————————

“Ibu, ibu taruk mana buku-buku lama?” tanya Shafiq setelah pulang. Ibunya yang pelik dengan sikap anaknya mengerutkan kening.
“Ada dalam stor atas.”
Dengan segera Shafiq berlari ke tingkat atas. Di geledah semua buku-buku.
Ha,jumpa pun!
Buku majalah sekolah yang diprolehinya ketika mengambil keputusan spm dulu dibelek, penuh habuk. Sejak mendapat majalh itu, hanya sekali sahaja dia membeleknya itupun hanya untuk melihat gambar. Dia sakit hati mahu membaca karya-karya kerana salah satu karyanya telah dicilok. Sekonyong-konyongnya dia menciplak.
“Mana pula ni?”
Setelah 20 minit dia membelek majalah itu, akhirnya dia berjumpa satu karya yang dulu tidak mahu langsung dilihatnya,

PUISI MISHA DUSTER

Oh angin lembut meyapa pipiku,
Langit biru membentang luas,
Hatiku senang,
Derita dikalbu kubiarkan seketika,
Aku biarkan diriku alpha,
Namun sesuatu berlaku,
Diluar dugaan kita,
Rupa-rupanya sekeping duster,
Jatuh dikepala,
Aku bangun dan lihat si dia,
Satu perubahan nyata,
Jantungku berdegup kencang,
Rupa-rupanya dia sorang guru!!
Mak ooiii tak jadi aku nak marah.

p/s: saya buat khas untuk awak, nanti saya kan buatkan yang lebih romantis lagi. Puisi ni nama gabungan kita berdua. Dalam satu lukisan!! I promise. Hope u get 10 a1 in spm. Kiriman; MISHA.. 3 Gamma.hA3

5 baris ayat itu adalah karyanya. Dan puisi yang terdapat digambar di restoran tadi adalah gabungan puisinya dengan puisi….. Amira!
“Tapi kenapa kat sini dia tulis lain pulak?”gumam Shafiq perlahan.
Fikiran Shafiq berputar ligat. Tak mungkin Amira yang tulis puisi, mesti ada orang yang tolong sambungkan. Entahlah kenapa hatinya mahu sangat mengenali siapa yang melukis dan menulis puisi indah itu. Sangat indah. Tak mungkin Amira. Gadis mentah itu tidak mungkin tahu tentang puisi.
“Jauh sangat perbezaan kalau nak bandingkan dengan yang dekat restoran tadi,” kata Shafiq perlahan, bercakap sendirian.
Esok aku akan pergi pulak, azamnya dalam hati.
“Kau buat apa tu Fiq?”tanya Kak ngahnya yang sejak tadi sudah berada di situ namn langsung tidak disedari oleh Shafiq.
“Kau ni… tak nampak ke? Tengah berdating dengan Sameon ni.”selamba Shafiq menjawab, geram bercampur malu.
“Apalah kau ni. Cakap yang bukan-bukan.” Ujar kak ngahnya dengan muka yang merah.
“Malu la tu. Tak lama lagi nanti kau kahwin, atas kad perkahwinan tu, Sameon dengan Suraya, semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. Ibu mesti happy, rumah mentua dia sebelah. Pastu tak payah la berebut nak balik rumah siapa nanti hari raya ke apa ke. Betul tak?” panjang lebar Shafiq menyakat.
Dia bukannya tidak tahu yang kak ngah dengan Sameon, bakal peguam teramat la rapat. Cuma menunggu ungkapan. Ahli keluarga mereka berdua juga sudah merestui walaupun mereka tidak mengakui hakikat itu.
“Pandai la kau. Kau buat apa dekat sini?”
“Cari buku ar apa lagi?”
“Mana la tau kot kot tertinggal surat-surat awek lama ke. Kalut semacam aku nengok.”
“Aku harap bakal awek aku tak banyak mulut macam kau.” ujar Shafiq dan berlalu pergi sambil ditanganmasih terpegang majalah sekolah tahun 2007.
Pintu biliknya ditutup rapat.
Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku nak sangat bawak majalah buat menyemak jer.
Namun begitu, tangannya ligat menyelak helaian demi helaian kertas itu, mencari kelas tingkatan 3 Gamma. Cantik! Itu perkara pertama yang terlintas difikirannya apabila melihat gambar Amira. Namun dinafikan.
Helaian diselak lagi, gambar kenangan dia dan rakan-rakannya yang mewakili kelab kembara. Dia ditepi Amira yang kelihatan tersenyum gembira. Dan satu lagi gambar dimana dia dan gadis itu sedang menari diatas pentas.
Lantas Shafiq menggelngkan keplanya, ‘muka hodoh macam tayar buruk, tak mungkin dia yang tulis puisi tu.’desis hati keil Shafiq, menafikan kecantikan gadis itu.

————————————–

“Kau kenal dengan budak tu, Mira?”tanya Mak Ucu kepada anak saudaranya yang kini sedang mengelap meja. Restoran itu sudah ditutup.
“Kenal. Mira kenal sangat dengan dia tu. Kalau Mak Ucu nak tahu dia first love Mira.”perlahan Amira mengakui hakikat iu.
Mak Ucu menggeleng-gelengkan kepalanya, terlampau berteus-terang. Namun, sikap Amira yang sememangnya suka melawak membuatkan apa yang dikatakannya tidak dapat meyakinkan orang lain. Namun, disebabkan sikapitu juga, dia mempunyai ramai kawan. Malah ada juga terpikat. Lihat sahaja mukanya yang putih bersih itu. Nampak lembut.
“Mira, mari sini kejap Mak Ucu nak cakap.”
“Ada apa Mak Ucu?”
“Mari duduk sini.”
Amira mengikut. Dia mengambil tempat dihadapan tempat duduk Mak Ucunya. Kain pengelap tadi dibiarkan ditangan. Amira sudah tahu apa yang sedang bermain-main dikepala Mak Ucunya.
“Kenapa Mira nak kerja dekat sini?”
“Kenapa pula Mak Ucu tanya Mira macam tu?”
“Ya la. Kamu tu, bukannya tak mampu. Mama dengan papa Mira pun dah hairan, suruh Mak Ucu tanya kamu.risau betul diaorang”
“Memang ar. Mama dengan papa kaya. Tapi Mira nak cuba jugak rasa air tangan Mira sendiri.”
“Kenapa tak melukis. Mak Ucu tengok cantik je lukisan Mira tu.”
“Terima kasih. Tapi kalau Mira melukis, of course Mak Ucu tak cukup pekerja yang buat masalah kan?”
“Memang pun. Nasib baik tadi ‘first love’ kamu tu tak mengamuk sakan. Jatuh reputasi restoran ni nanti.”
“Dia baik Mak Ucu.”
“Bila result kamu nak keluar?”
“Tahun depan, bulan 2.”

—————————–

“Mak Ucu hari ni Mira setengah hari jelah ya?”
“Kenapa?”tanya Mak Ucu. Amira hanya menunjukkan kearah Shafiq. Dia membuka apron. Tugasnya berakhir awal hari ini.
Shafiq yang ketika itu sedang makan nasi goreng tersedak apabila melihat Amira duduk bersebelahan dengannya. Gadis itu menghulurkan air. Shafiq menyambut pantas.
“Makan tak baca Bismillah.”tegur Amira lembut.
“Sapa cakap?”
“Saya.”
Shafiq berpaling. Dia tersenyum kecil.secara sembunyi-sembunyi. Dan berpaling kearah Amira semula. Gadis itu seperti biasa, selamba.
“Awak kerja dekat sini?”
“Ya la. Takkan saya main-main kot.”jawab Amira pantas.
“Tu la saya dah cakap yang jangan dok bercinta lagi. Tengok kerja dekat mana?”
“Oppps. Saya nak beritahu kau ni yang saya kerja dekat sini sambil tunggu result spm saya. And for your information, I got 8 A’s in pmr.”
“La saya ingat kan awak dah 19 tahun.”
“Tengok le sapa yang tak pandai mengira sebenarnya.”
Shafiq tersipu. Amira tersenyum senang tanda kemenangan. Seusai itu Shafiq Shafiq rasakan yang tekaknya suda tidak boleh menerima makanan. Amira yang menyedari keadaan itu sengaja merenung Shafiq. Lama.
“Awak kita keluar dua nak?” tanya Amira. Shafiq yang pada ketika itu sudah siap membayar dan melihat lukisan itu sekilas. Dia mngambil keputusan untuk bertanya esok.
“Awak tak kerja ke?”
“Hari ni saya mintak cuti. Jom.”Amira melangkah kehadpan dan kemudian menoleh.
“Cepat la.”
Shafiq hanya mengikut. Amira memegang lengan baju Shafiq. Takut terpisah katanya. Nasib baik tak pegang tangan. Haram.
“Kita pergi dekat Zoo Negara nak?”
“Boleh jugak. Awak la bayar sebab saya tak kerja lagi.”
“Ok.”
“Awak, saya nak tanya, sapa yang lukiskan gambar dengan puisi tu dekat Restoran Flora?”
“Saya.”ringkas Amira menjawab. Shafiq terpana.
Adakah ini takdir? Pertemuan pertama disertai sekepingduster yang kedua disertai kotak tisu kosong.
Malah perasaannya juga sepanjang hari itu bedebar-debar.

——————————

6 TAHUN KEMUDIAN…

“Fiq, nanti kalau boleh awak datangla ke rumah saya. Saya akan bertunang bulan Mei ni. Eh minggu depan la.Hope you will come.”suara Amira ceria. Shafiq yang kini sudah bergelar arkitek seperti ayahnya terkedu.
Adakah begini akhirnya cerita aku dengan Amira. Ya aku cintakan dia namun perasaan itu hanya kucoretkan di dalam diari ku. Diari lelaki..
Amira kelihatan sangat gembira. Sepanjang hari dia asyik memuji bakal tunangnya itu. Shafiq hanya mampu mengangguk lemah. Mereka berdua sememangnya seperti ditakdirkan bersama pada mulanya. Se’universiti’, malah orang setiap orang sudah tahu yang mereka punya rasa, namun disembunyikan dengan ikatan persahabatan. Itu lah yang Shafiq sangka, Amira menyintainya. Rupanya tidak.
Petang itu terasa amat panjang. Shafiq yang kini menetap bersama-sama kedua oarng tuanya hanya pulang lewat. Apabila dia pulang, satu keganjilan wujud di rumah itu. Kak Ana dengan Kak Ngah pulang!
Apabila dia membuka pintu, dia lihat Kak Ana dan 2 orang anaknya sedang bermain-main, manakala, Kak Ngahnya yang kini sudah bergelar peguam seperti tunangnya, Sameon juga sedang bermain bersama anak kecil kakak sulungnya. Manakala bayang ibu, bapa dan Abang Sham langsung tidak kelihatan.
“Woi dik kau pergi mana?”tanya Suraya, cemas melihat muka adik bongsunya pucat lesi.
“Aku dok masjid tadi. Korang balik sini buat apa?”
“Kak Ana balik sebab anak sepupu dia nak bertunang, Amira. Budak yang kita jumpa dekat butik tu masa 8 tahun lepas. Alah masa first time kamu jumpa Shamsul.”ujar Suzana.
“Aku pulak balik sebab, rindu nak jumpa Sameon. Dia pun dah minta cuti.”
“Tak pelah. Aku nak pergi naik atas ni. Letih.”
Dia menaiki anak tangga. Perlahan. Bagai tiada semangat. Sampi di bilik,Shafiq menutup pintu. Rapat. Dia duduk di katil. Lesu. Lantas dia ke tandas, yang sememangnya disediakan di bilik itu. Mandi, habis baju basah lencun. Dia mandi bersama-sama air mata harapan.
Setelah itu dia bersembahyang Isyak dan hajat. Memohon ketenangan dari yang Maha Kuasa. Jangan biarkan dia menyintai orang yang sudah dimiliki. Hampir 2 jam Shafiq di sejadah. Menyerah diri pada Allah. Sebulat-bulatnya. Beristighfar dan bermunajat. Belum pernah dia rasa kehilangan sebegini. Kehilangan orang yang masih hidup. Cinta sesama manusia.
Tok! Tok! Tok!
Pintu biliknya diketuk. Shafiq cepat-cepat mengesat air matanya dan memakai kaca mata. Lalu dia bangun dan membuka pintu. Suraya kelihatan risau dimuka pintu.
“Kenapa ni Fiq? Dah banyak kali aku ketuk pintu kenapa kau tak buka. Risau aku dibuatnya.”
“Aku tak ada apa-apa la. Aku cuma nak rehat. Banyak sangat kerja kebelakangan ni.”ujar Shafiq berdalih. Cuba untuk tidak memandang mata kakak keduanya itu.
Suraya masuk ke dalam bilik Shafiq dan menutup pintu. Shafiq hanya membiarkan. Tiada nafsu untuk bergurau.
“Kenapa dengan kau ni?”tanya Kak Ngah nya pelik.
“Aku dah cakap kan aku letih.”
“Tak payah nak tipu aku. Kau mari duduk sini.”arah Suraya, garang. Shafiq hanya menurut.
“Aku tengok kau sekarang ni pelik la. Pucat semacam. Kau ada problem ke?”
“Kerja.”
“Fiq, antara kau dengan Kak Ana, aku lebih rapat dengan kau. Aku rasa kau ada masalah. Kau jangan nak tipu aku. Aku kenal adik aku.”
Shafiq tidak menafikan yang sememangnya antara Kak Ana dengan Kak Ngah nya, dia memang lebih rapat dengan kakak keduanya itu. Tapi untuk memberitahu tentang masalah yang melanda. Dia tidak mahu.
“Tak ada apa-apala. Aku keluar dulu nak pergi makan. Lapar ni.”setelah itu Shafiq membiarkan Suraya di situ seorang diri.
Suraya mencari sesuatu yang dikatakan oleh ibunya kepadanya baru-baru ini. Akhirnya dia jumpa benda yang dicari-carinya.Dengan pantas Suraya keluar dari bilik itu, mendapatkan Suzana dan Abang Sham dibilk mereka.

—————–

“Mira, kan abang dah cakap dia memang betul-betul cintakan Mira.” Shamsul yang sudah kering air liur untuk memujuk Amira.
Amira memerhatikan abang angkatnya yang mempunyai bau-bau bacang dengannya. Dia sudah membaca diari hijau yang diserahkan kepadanya tadi.
“Mira nak dia sendiri yang luahkan perasaan tu bang. Mira tak nak orang lain tolong dia.”
“Tindakan Mira tu kejam sangat. Dia akan terseksa, Mira juga akan terseksa kan bila tengok Shafiq seksa kan?”
Gadis itu hanya mengagguk. Dia membetulkan tudungnya.
“Habis tu apa lagi yang Mira nak?”
“Abang, abang pun tahukan yang kami akan bersama jugak.”
“Macam mana Mira percayakan sangat pada nasib?”
“Mira bukannya nak bantah cakap abang tapi ibu dengan ayah dia dah suruh Mira buat macam ni. Malah mama pun nak orang yang berani and gentleman.”
“Perlu ke semua tu?”
“Mungkin bagi abang tidak tapi bagi Mira this is important. Mira nak tengok setakat mana dia boleh tahan, semacam mana Mira tahan cinta Mira selama 10 tahun.” Ujar Amira dan dia bangun mengambil diari itu dan pergi. Minggu depan dia akan bertunang. Ya minggu depan…

——————

“Mira saya nak jumpa awak . Sekarang! Urgent!”
Shafiq menunggu. Sudah lama dia disitu untuk memberanikan dirinya menelefon Amira, bersemuka dengan gadis itu.
“Fiq, sorry. Awak dah lama tunggu saya ke?”tanya Amira yang baru sampai. Tercungap-cungap.
“Tak de la.”Shafiq berbohong. Tangannya sejuk.
“Apa hal yang urgent sangat tu?”tanya Amira yang kini mengambil tempat disebelah Shafiq.
“Saya nak say something yang important sesangat dekat awak.”
“Apa?”
Shafiq menarik nafas perlahan-lahan. Dia menoleh kearah Amira. Gadis itu kelihatan tidak mengerti dengan perasaan cemasnya.
“Sa… sa… sa”
“Sa apa?,”tanya Amira kurang sabar.
Aku dah nak ‘bertunang’ kau buat endah tak endah jer. Kenapa berani kau hanya dalam diari? Bukan depan aku?
“Saya, saya sebenarnya….”
“Apa?!”tengking Amira.
“Saya cintakan awak.” Semudah ABC ayat itu keluar.
Amira terpana. Shafiq juga begitu. Tidak menyangka yang dia berani. Lama mereka berkeadaan begitu.
“Awak cakap apa tadi?”
“Saya tahu yang saya dah terlambat…”
“Apa yang awak cakap tadi?”ulang Amira.
“Saya tahu yang awak akan marah kan saya kerana mengkhianati hubungan kawan kita. Dan ini mungkin akan menyebabkan persahabatan kita putus tapi.”
“Saya tanya, awak cakap apa?”
“Saya cintakan awak. Saya minta maaf kerana membuatkan awak tak selesa dengan saya. Tapi saya dah tak boleh tahan. Biarlah saya lafazkan sebelum awak jadi milik orang lain.”
“Sapa cakap yang saya akan jadi milik orang lain?” tanya Amira. Mukanya kini kelihatan marah.
“Awak la.”
“Saya cakap macam tu sebab saya tahu yang awak tak akan luahkan perasaan awak tu dekat saya.”
Shafiq kelihatan terkejut.
“Betul ke?”
“Ya la.”
“Habis tu kenapa awak tak cakap dekat saya?”
“Ingat tak yang awak pernah cakap, perempuan tak manis kalau luah perasaan dekat lelaki.”
“Habis tu kenapa awak buat taktik macam ni?”
“Sebab saya tahu kalau saya tak buat macam ni sampai bebila pun awak tak akan cakap.”
“Macam mana awak boleh pasti perasaan saya dekat awak?”tanya Shafiq. Mukanya kelihatan merah menahan malu.
“Diari awak tu. Abang Sham bagi dekat saya. Ibu dengan ayah awak pula suruh saya jadikan awak berani sikit. Kak Ana dengan Kak Su la yang back up saya untuk menipu awak ni.”
“La patut ler.”
“Ni saya nak bagi something dekat awak.”Amira menghulurkan sehelai kertas bewarna pink kepada Shafiq. Shafiq menyambutnya.

PUISI CINTA MISHA

Angin lembut menyapa pipiku,
Langit biru luas terbentang,
Hatiku senang,
Derita dikalbu kubiarkan seketika,
Kubiarkan diriku alpha,
Hadirnya dia mengubati duka ini,
Ibarat sinar mentari yang terang,
Ibarat hujan yang turun di tanah
Gersang,
Ibarat bulan di malam suram,
Ibarat bintang menyinar alam,
Ibarat pelangi petang,
Ia mnegubati lukaku.
Hadirnya dia membuatkan aku sedar,
Bahawa masih ada cinta buatku!!

Shafiq, saya cintakan awak sejak saya di tingkatan satu lagi. Namun ketika itu hati yang tidak matang ini membiarkan saja. Namun ketika saya ni form 3, saya ingin mendekatkan diri saya dengan awak lagi. Oleh itu, saya melemparkan duster, mencuri sajak, menyertai pertandingan Hari Kebudayaan. Ketika saya meluahkan isi hati saya, saya tahu yang saya langsung tidak akan diterima, dan saya redha. Tapi takdir menemukan kita di Restoran Flora. Hati saya mula menyukai awak lagi, tapi kali ini sangat kuat. Sudah sepuluh tahun saya memendam rasa. Dan kini saya hanya menunggu awak, tapi….
Maaf kan saya. Saya cintakan awak.

“Apa ni?” tanya Shafiq seusai membaca kertas itu.
“The truth. Saya ingatkan nak luahkan hari ni tapi rupa-rupanya awak bertindak lebih pantas dari saya. 10 tahun saya memendam rasa, Fiq.”
Keadaan diam. 10 minit berlalu begitu sahaja. Shafiq memberanikan dirinya..
Dia tidak mahu menunggu sebegitu lama seperti mana Amira sanggup menunggunya…
“So bila saya boleh lamar awak?”

Tamat……

Cerpen : Kasih Semalam

Dia Adila
dila_cuzz86@yahoo.com.my

Hari ini first aku akan berada di kampung…ntah mana silapnya sesudah 20 tahun aku di besarkan di bandar penuh dengan kegembiraan dan kesenang hidup, tetiba aje di minta balik ke kampung untuk menjaga tuk wan ada ke patut? Tak patut….kena naik bas plak tu haiiii nasib betul. Mana satu bas ni..satu persatu tulisan di hadapan bas itu ku teliti. Tetiba Dummm……
“aduh……sakitnya tak da mata ke???” panas hatiku tetiba…macam nak retak tangan aku terlanggarkan begnya yang besar gedabak..bongek toi…
” maaf saudari saya dah lambat ni…bas dah nak jalan, ” pemuda itu dok senyum lagi kat aku..heee mamat ni tunjuk gigi plak dia nasib baik gigi cantik. Aku tidak lagi mengendahkan dia lalu ters mencari haluan yang sebenar. Kuala lipis sudah terpapang di hadapan tapi hatiku masih berbelah bagi nak pi ke tak…wawawa nak nangis rasanya. Ku seret juga beg galas naik ke atas bas. Ku teliti satu persatu mencari tempatku no,32 mak oiiii.. belakang giler bosan yerrr….
‘ alamak lelaki plak tu duk sebelah….tapi cam penah tengok je kat ne ek? ‘ewah pepandai je ni kan kali petama aku naik bas tak akan dah kenal orang kot ‘ aku ketawa sendiri…..
” awak????” sememangnya nasib aku malang sikit hari ni dalam hampir sehari saje 3 kali aku berjumpa dengan lelaki ini. Mulutnya tidak putus-putus menyatakan kami ada jodoh…eiii kecut hati aku mendengarnya tak malu betul.
” awak lagi? Awak ni ikut saya ek???” marah ku apabila wajah yang sama muncul lagi.
” tak lah ini kampung saya la, awak nak ke mana ni dari tadi saya tengok dok jalan kaki tak sampai2? , atau awak nak ikut saya ni ek…? hahaha…” selamba saja mamat ni dia sape aku nak ikut bodoh….pancaran matahari mula memercik. Di pandang ke arah hujung jalan tiada kereta pun yang lalu.
” awak ni sebenarnya nak pi mana cuba cakap ? “…sekali lagi dia bertanya kali ni lebih serius tapi masih dok senyum lagi..benci toi aku…
” suka hati saya la….tak susah kan awak pun menyebuk pasal pa????” haaa amik kau, aku tengah panas ni tanya gi kan dah kena ku lihat senyuman ye semakin melebar…eh gila ke mamat ni senyum plak dia. Aku berdiri jauh dari ye… sambil mengelap peluh yang menitis di muka….dilihat sebuah lori ayam lalu dan berhenti di hadapi bus stop..eiii bau ye tuhan saja yang tahu busuk bangat.
“hai jo bila sampai??”
” dah lama bang”
“Mari la naik abang antarkan ha kamu ni cucu tuk wan kan naik sekali tadi tuk kamu dah suruh pak cik jemput.” Ajakan lelaki itu disambut dengan rasa tidak selesa.. hah biar betul, takkan aku nak naik lori ni plak gila ke…sekali lagi aku dapat melihat senyuman di wajah pemuda itu….kerna terpaksa juga aku naik ke atas lori dengan bantuan pemuda senyum itu.. malu yang teramat malu.
” uwaikss”…baunya
“kenapa? Busuk? Kan elok kalau awak set kan dalam otak awak yang kita sedang berada di tepi pantai menghirup udara yang nyaman hahaha….”johan melihat wajah manis di hadapannya nampak sangat gadis ini tak selesa kelakar sungguh mukanya. Masam macam cuka…tapi manis haha dai tersenyum dalam diri.
“gila ke senyum sorang-sorang?” sakit sangat hatinya tuk wan pun satu nak jemput aku pun carilah orang yang ada kereta ni naik lori….sampai hati papa ngan mama buat ira cam ni…tapi tak boleh nak salahkan mereka aku gak yang lembut hati nak jaga tuk wan.
“awak cucu tuk wan ek?” sekali lagi pemuda itu bertanya dari tadi mulutnya tak berhenti-henti bercakap.
“awak ni tak penat ke pot pet pot pet dari tadi bising tau tak..rimas , ayam ni lagi diam tau dari awak?..pelik toi..hah tengok senyum sorang-sorang gila ke?…
“pe plak sorang-sorang kan awak ada ni mestila saya senyum ngan awak tak akan ngan ayam hehe…”
Akhirnya penyiksaan aku berakhir sampai sahaja rumah tuk wan aku masuk ke rumah tanpa kata, dari dalam rumah dapat ku dengar ketawa tuk wan bersama pemuda itu, entah apa malang nya rupa-rupanya rumah pemuda itu betul-betul di sebelah rumah tuk wan terkejut beruk aku,….nasib-nasib..
“angah meh turun makan tuk wan dah masak ni….” ajakan tuk wan memang memalukan aku..mana tak ye tidur macam tidur mati.. penatnya terlampau.
“maaf tuk shira tk sedar tadi tak tolong pun tuk masak.”
“hish kamu ni tak pe aku tak kisah pun….”
Hai baik plak tuk wan ni menurut kata mama orang tua ni cerewet garang tu la sebab kak long ngan acik tak sanggup nak datang sini.. aku sendiri dah 8 tahun tak balik umah tuk wan ni dah banyak perubahan..sampai aku pun tak kenal yang mana satu..rasanya kat kampung ni rumah tuk wan yang paling cantik dan besar maklum la anak semua dah berjaya…papa ngan pak long pun sudah dapat datuk….
“cantik err umah tuk wan ira pun tak cam dah tadi…” terasa ganjil perbualan aku dengan tuk wan.
” cantik pun tak ada maknenye angah, tuk wan tinggal sorang entah-entah nanti mati pun sorang-sorang…” ada kekeruhan di wajah tuk wan..kenapa?? hati aku bertanya sendiri.
“angah kan nak dok ngan tuk wan pas ni tak de la sorang berdua la kita…? pas ni angah carikan tuk wan abang baru nak tak da la sunyi hahaha…”
“hish budak ni merepek plak dia…” ku lihat raut wajah tua itu, tua sudah tuk wan ni, wanita inilah yang melahirkan papa dan jarinya juga yang dulu menyapu minyak di kakiku dari kecil…entah mengapa kasih sayang ku pada tuk wan tetiba saja memuncak lantasku peluknya dari belakang,.
“kenapa plak ni cucu tuk wan ni???”
“sayang tuk wan….” hanya itu yang mampu aku katakan, tuk wan tersenyum senang hati.
“malam ni kita makan kat umah mak minah sebelah tu dari tadi lagi dok ngajak yeee…kamu pergi siap cepat”
” kenduri apa tuk wan? Malas la angah tak suka la…”
“kita ni kat kampung mesti campur dengan orang…nanti jadi kera sumbang plak…dah pi siap cepat nanti boleh nolong sikit..”
Arahan itu ku telan dengan pahit, nampak gayayanya kenala aku berhadapan ngan mamat senyum ni lagi… haaaa tak sanggup.. kerana terpaksa juga aku terpaksa gak melangkah ke rumah sebelah bersama tuk wan memang dah agar mamat senyum tu sedang dok senyum bila tengok aku datang ke rumahnya…
“hai cantiknya cucu tuk wan ni cam tuan puteri… ” sempat juga johan mengusik shira yang berdiri tidak jauh daripadanya aku menjauhkan diri hai..bleh gila aku ngan mamat ni.
“ni la shira ye, mak uteh dah lama nak kenal ngan anak dara datuk lokman ni tapi tak berkesempatan…dulu masa kamu kecik-kecik suka main kat umah mak uteh ni..” aku hanya tersenyum mendengar kata-kata yang kuar dari mulut wanita separuh abad itu walaupun sedikitpun aku tidak mengingati sangat yang dia dok cerita tu…
“johan tu balik landon tak kan nak dok kampung je munah oii” tanya seorang mak cik yang menarik perhatianku oiii..rupa-rupanya baru balik dari luar negara tapi macam tak sekolah je..haha
“haa apa senyum sorang-sorang ni??” sergaah itu betul-betul membuat aku terkejut, bodoh betul.. klau bukan kat umah dia dah lama mamat ni kena penampar free ngan aku, wat potong stim orang je. Sepanjang malam aku di rumah mak minah membantu apo yang patut walaupun ada yang tak patut aku tolong. Akhirnya tuk wan meminta diri menyebabkan hati aku sangat lega.. aku tersenyum apabila melihat tuk wan yang memandangku.
“mari angah kita balik…..” aku menyalami beberapa orang wanita disitu cehhh…baik plak aku kat kampung nii… cam wanita melayu terakhir tapi aku ikhlas ooo wat cam tu datang dari hati dan norani yang suci…ewahh… dapat balik hati aku cukup tenang walaupun umah tuk wan ni banyak nyamuk namun aiman tak kisah janji aku tak mengadap muka mamat perasan tu.
Esoknya sudah menjadi hajatku dari mula datang kampung untuk meronda satu kampung…
“Kak ngah nak pi ke tak ni??” tanya siti kawan baik aku sebaik saja aku sampai ke kampung ini. Walaupun abangnya aku tak suka namun siti cukup mengenangkan hati..baik budaknya, manis..
” Amboi siti ni nak pi mana cantik2 bangat ni?” pelik aku cam nak pi kuala lumpur plak budak ni bergaya..aku tersenyum melihatnya, namun senyumku mati apabila terpandangkan johan yang ada di belakangnya
“siti mintak maaf kak ari ni da klas ganti jadi pe kata abang johan je temankan akak??”
“aduh….”
“kenapa kak?’’ tanya siti apabila melihat aku beraduh…
“akak pun tak sihat siti tak pe la lain kali je kita pi ye pi la siti ke klas akak tak kisah…”
“Hai cepatnya sakit ke tak nak kuar ngan saya??” johan mengampuk..matanya tepat memandang ke arahku, ah lantak la aku buat bodoh je…..
Peristiwa pagi tadi amat memuaskan hatiku puas rasanya apabila melihat…muka johan hahaha..aku bersiar seorang diri menuju ke tepi laut. Sungguh nyaman inilah salah satu sebab aku jatuh cinta dengan tempat ini…ombak memukul pantai yang setia…aku tersenyum
” haa asal senyum sorang-sorang ni???” suara itu betul-betul mengejutkan aku sehingga aku tumbang di pukul ombak..apa lagi suara gelak tawa yang amat kuat keluar dari bibir leleki itu,
” BODOOOOHHHHH” aku melepaskan rasa benci yang teramat sangat. Aku bangun sendiri walaupun di beri pertolongan oleh johan. Tapi belum sempat aku memaki hamun dia lelaki itu kedengaran suara meminta tolong jaraknya tidak jauh dari tempat kami. Johan berlari meninggalkan aku. Ada budak lemas kelihatan anak-anak di situ sedang bertempik minta tolong. Aku menjadi panik dalam hati tak putus-putus mendoakan keselamatan anak kecil itu. Johan membuka t-shirt yang menyarung badannya lalu berenang ke tengah laut mendapatkan awin anak mak cik selamah. Aku meluru mendapatkan mereka memberi pertolongan cemas yang aku pelajari semasa mendapatkan masterku. Di saat tanpa melengahkan masa aku terus membantu apa yang patut manakala yang lain hanya mampu membantu. Awin dapat kami selamatkan..tidak dapat aku tahan airmata dari menitis apabila mak cik salamah memeluk syukur anaknya, ta cukup dengan itu aku sekali dipeluknya sebab berjaya menjadi penyelamat.
” hebat awak semalam ye…” suara johan mematikan kenangan semalam..aku memandangnya sekilas.
“kan awak lagi hebat terjun laut plak tu…” sekali lagi aku memandang senyuman yang mempamerkan lesung pipitnya hensem gak budak ni hahaha hatiku berbisik..
“Apa senyum2???” tanyaku kehairanan mamat ni bukan boleh dibiarkan mata melilau semacam.
“klau la saya yang lemas semalam kan best….dapat rasa penafasan mulut ke mulut mesti best” dengan selambanya johan mengeluarkan kata-kata iu secara automatiknya aku dengan kuasa bulannya telah menyepak kakinya.. aduhhhhhh…..
Kenangan bersama johan di pantai tadi menari2 di fikiranku, hai dah gila ke aku ni dok ingat kat mamat tu plak…eiiii tolong laaa..aku bangun dah mendapatkan tuk wan yang sedang bergebang dengan mak minah…di bawah pokok mempelam, aku menghampiri mereka nyata kehadiraku memang mengenangkan mereka. Senyum sampai telinga tuk wan.
” tuk wan ngan mak minah ni cite pasal pe???…dari tadi ira tengok seronok semacam je..menang loteri ke?,”
” hish.. budak ni ke situ plak dia saja je usik tuk wan kamu ni umur dah lama tapi awek muda jalan ngan mak minah ni cam adik beradik je..ahahaha…” gurauan mak minah mencuit hatiku.
“hah ngumpat yeeeee….” usikjohan yang entah dari mana tetiba je datang, aku lihat di tangannya penuh dengan buah rambutan yang masak ranum..tiba-tiba aku terliur melihatnya…
“sedap nya rambutan…. nak sikit..” tanpa segan da malunya aku memintanya..hah memang dari dl lagi buah itulah yang menjadi satu kegilaan baginya tiada siapa yang dapat menahan nafsunya pada buah itu..ooooooo edap bangat..
“ambil lah memang untuk kau pun..tapi jangan makan banyak sangat nanti susah plak..pe plak jadi nanti kau tu bukan sihat sangat” setelah lama aku dibebelkan akhirnya berjaya gak makan rambutan setelah lama aku dikawal..namun aku makan dengan tak sedar diri sampai tak menoleh kiri kanan.. sehinggalah nak dijadikan cerita aku malam itu tidak dapat tidur..malam ituku rasa sejuk semacam..sangat-sangat sejuk..tapi dalam kepantasan waktu aku tiba-tiba diserang sesak nafas.. dapat aku rasakan yang aku tak dapat untuk meluahkan nafasku…
“tok wan tolong….”aku menjerit namun suara ini seakan tersekat di tekak. Hanya bayang-bayang tuk wan bersama seorang lelaki dan wanita tua. Selepas itu segalanya hilang dari mata.
Tangan lembut itu meraba-raba tekaknya, terasa sangat haus, mata itu dibuka perlahan-lahan terlihat seorang lelaki sedang senyum kepadanya. Tak mampu untuk berbuat apa2 hanya kuhadiahkan satu pandangan pelik tak tahu macamana dan apa yang berlaku keatas dirinya semalam. Peristiwa minggu lepas sangat memalukan sehinggakan dia tak sangup nak menatap wajah milik lelaki itu eiii malu betul mengikut cerita nenek johan la yang mengangkatnya untuk ke hospital ahh tak sanggup ye nak tahu cerita sebenarnya. Sungguh memalukan…malu bangat..
Seperti biasa laut adalah satu yang terbaik menjadi temanku setiap masa.
“hai menung pe tu?..teringat kat saya ke?” terburai ketawa johan apabila aku menghadiahkan jelingan.. tiba-tiba jantungku berdengup kencang macam nak pecah je rasanya. Hah sudah aku pe kena aku ni??
“esok saya akan hantar mak datang jumpa tuk wan, nak pinang awak? Kita kawin minggu depan.”
“gila ke??”
“tak kisah la sebab saya tahu awak suka kat saya tapi malu nak cakap je kan..? hahaha awak Cuma perlu diam and buat malu je mesti tuk wan faham…” ucap johan selamba sambil membuat aksi ala-ala gadis manja. Aku memang nak gelak gile tetapi untuk buat begitu depan mamat ni sory arr.
“awak jangan malukan diri sendiri mustahil tau tak..cermin dulula diri awak tu…lupakan je”
“esok awak bagi jawapan depan tuk wan dan mak dan ayah saya sebab hanya itu kata putus awak..”
“maksud awak??”
” andainya tidak dapat memiliki awak saya tidak akan membuang masa ramai lagi gadis-gadis kampung ni yang dok beratur tunggu Q kalau awak bukan hak saya mabye ada gadis lain yang dicipta tuhan untk saya”..johan terus berlalu elehh mamat ni cakap berlepak lepik tapi habuk pun tak ada esok datang lagi umah aku tersengih-sengih. Itulah kali terakhir aku bertemu johan sememangnya ape yang diucapkan oleh johan berlaku namun pinangannya aku tolak mentah kerana bagi aku itu adalah salah satu gurauannya. Namun sudah 3 minggu wajah johan tidak aku lihat perasaan rindu sangat mencengkap senda grau dan gelak tawanya buat aku tak senang duduk.
Keesokan harinya ku lihat rumah mak minah didatangi ramai orang kampung hati aku berteriak ingin engetahui apa yang berlaku..
“tuk wan ada apa rumah cik minah tu”
“hai orang tu nak terima menantu sikit lagi.tu la kau kalau terima johan hari tu kan senang baik pun baik budaknya memang tolaktuah betol kamu ni. Kata-kata tuk wan menjerit-jerit di telinga, pedih rasanya jantung aku mendengarnya kadang kala seakan denyutannya berhenti seketika..johan nak kawin hai nampak sangat dia tak cintakan aku sekejap sangat dah ada penganti. Kata-kata johan kembali menjelma. Mamat ni boleh buat aku gila…
Gila……
Tibalah hari yang gilang gemilang sepanjang waktu itu baku tidak penah menunjukkan muka dah bertanya apapun dengan tuk wan aku cuba sedaya upaya menyimpan perasaan yang bersarang dalam hati ini. Namun masa yang dinanti telah tiba masih tak dapat aku kawal rasa hati ini. Sedang dalam kesibukan orang ramai dapat aku lihat kemeriahan yang aku sendiri tidak pernah gambarkan seronaoknya tergambar senyuman lebr mak minah padaku sebentar tadi.
Kelibat johan lalu di hadapanku.
“johan saya nak cakap dengan awak sekejap”
“aku tengah sibuk ni..kenapa cakap la” lama johan menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibirku namun masih tidak satupun yang terluah..
“cepatlah nak cakap apa ni???” Johan semakin hilang sabar, dapat dilihat kedutan di tengah dahinya.
“tak apalah lain kali aje awak pun sibuk lagipun tak payah la..lupakan aje” aku cuba untuk tidak memandang wajahnya
“Apa yang awak nak cakap ni sebenarnya cuba cerita betul-betul saya tak faham…” baik aku blah dari situ dari merosakkan rumah tangga orang berdosalah aku andainya merayu pada insan yang tak sudi.
“apa sebenarnya ni cuba cakap.” Johan kelihatan bebal seakan tidak dapat memahami apa yang tersirat di wajahku. Bebal betul nama je sekolah tinggi tapi tak faham, aku mengutuknya di dalam hati.
“selamat pengantin baru” ucapku dengan linangan airmata yang tidak mampu aku tahan lagi. Eiii tu la dulu jual mahal sekarang menangis airmata darah sekalipun tak akan dapat balik apa yang aku nak padan muka aku..
Tanpa menunggu lebih lama aku terus melangkah pergi dikala itu bermacam-macam yang bermain dalam fikiran rasa macam aku berada di alam lain yang tak siapapun ada.
Aku menangis semahunya di bawah pokok rambutan yang dari situ dapat ku saksikan kemeriahan rumah johan. Hanya pandangan sayu dapat ku lontarkan ke rumah pengantin baru itu..
“hai apa buat sorang2 kat sini?” johan datang tiba-tiba sambil duduk begitu hampir denganku. Punya terperanjat beruk aku bodoh betul mamat ni tau, aku melarikan pandangan ke arah lain tidak sanggup aku melihat muka poyo yang ditayang johan buat sakit hati. Pantas tanganku menyeka airmata di pipi malu nanti kalau johan nampak.
“eh.. awak menangis ke??” tanya johan sambil berusaha untuk melihat mukaku.
“mana ada… habuk masuk mata la.”
“hish…jangan la macam budak kecik masuk habuk tak akan sampai bengkak-bengkak macam ni..menipu namanya, kenapa ni cuba bagitau saya maybe ada yang saya boleh bantu.”
“tak ada apa la sibuk nak tau apasal..” amboi garangnya aku tadi bukan aku ke yang nak cakap dengan dia.. apa kenalah dengan diri alu ni macam-macam pelik.
“kenapalah susah sangat nak cakap yang awak tu dah jatuh cinta pada saya kan senang apa yang sampai nangis-nangis dekat sampai nangis-nangis kat bawah pokok ni?” hah ambik kau kan dah habis cerita. Johan menahan tawanya
“apa awak ingat saya nangis sebab awak ke??” buat malu aku je tak akan nak mengaku kot..lantaklah walauapapn yang terjadi.
Aku bangun dari tempat duduk belum sempat aku berjalan aku digengam oleh johan.
“awak ni jangan la ego sangat cakap je la awak nangis sebab saya kan wat pe nak malu tak de maknenya….” johan masih tidak berpuas hati dengan sikap…haii..degil betul budak ni.
” oklah saya nak balik jangan nak menangis kat sini plak buruk orang tengok…” johan tertawa akhirnya dia meninggalkan shira…
‘BODOH’ bisik hati shira.

Hari ini dia dipaksa oleh neneknya mengikut johan membeli barang dapur, walaupun sudah macam-macam alasan aku utarakan namun nenek tetap dengan bebelannya apabila aku mengelak. Dalam perjalanan masing-masing mendiamkan diri tak mampu nak berkata apa-apa..
” kenapa diam je?..’’ johan memecah sunyi.
” tak ada apa nak cakap”… ringkas balas shira namun matanya masing memandang ke luar, hatinya masih belum dapat menerima lakonan johan menyampah hatinya melihat sememangnya boleh menang anugerah budak ni tau pelik betul aku tengok menyampahhh… shira menyumpah dalam hatinya dalam diam.
” tak nak cakap sudah tak kisah lah apa awak nak tapi yang penting esok mak saya datang umah nak merisik awak… dah saya dah kata dekat tok wan awak tu yang awak dah setuju dengan saya ok..?”……senyuman melirik membawa makna bahawa kasih sudah bersambut…kasih andai tidak kerana semalam pasti kita tidak akan bersatu……..

……dia adila………..

Cerpen : Airmata Dyahana

Dia Adila
dila_cuzz86@yahoo.com.my

19 april adalah hari yang banyak mengundang keperitan dalam lipatan hidup ini saat aku ditinggalkan saat aku tersiksa difitnah oleh seorang insan bergelar manusia, waktu inilah aku merasakan diri ini amat kotor dan sangat hina di saat aku masih bergelar isteri kepada pegurus besar BMH HOLDING… Ahh..bukan semuanya Indah,,aku sendiri dapat merasakan betapa bodohnya hidupku sebagai seorang manusia bergelar wanita yang menyerahkan 100% kepercayaanku kepada insan bergelar suami yang aku sayangu dari mula aku mengenal apa makna sebenar cinta itu. Bagaimana boleh aku lalui sebagai wanita apabila maruah aku sendiri diperlakukan seperti aku ini tiada. Walaupun hatiku masih ada secebis kasih yang tidak kesampaian, namun aleyya adalah satu-satunya pengubat hatiku kala hati ini betul-betul kesunyian
Kini aku berbangga dapat membesarkannya benihku tanpa insan bergelar lelaki. Sendirian aku bersusah payah mengharungi kehidupan di tempat asing benar-benar memberikan aku sinar baru yang tak mungkin aku peroleh sepanjang aku bersama johan. Kehidupan bersama datin mariam umpama detik hitam dalam hidup ini malah dia telah kuanggap seperti setan betina yang menghancurkan kehidupan kami bahagian aku bersama johan. Bagaimanalah rupanya sekarang bersama bahagiakah johan bersama menantu kesayangan dan pilihan ibu kesayangannya itu. Sampai di KLIA aku di sambut oleh wakil syarikat SATURA HOLDING, hasil titik peluhku sepanjang 6 tahun di landon kini pasaran malaysia mula menerima syarikat laburanku dan aku akan memastikan syarikat ini berkembang maju di malaysia sepertimana ia menjadi kebanggaan bangsa asing di landon. Banglo khas telahku beli di damansara yang lengkap rapi yang pasti kini anakku tidak akan merasai kekurangan yang aku rasai sewaktu aku merempat semenjak ketiada kedua orang tuaku.
” sha..ko berapa lama kat sini?? Aku terkejut juga bila ko kata nak balik malaysia, pelik bila ko sendiri langgar prinsip ko kan..” aku hanya tersenyum memandang rohani yang aku kenal semasa di landon satu- satunya kawan yang membantuku di tempat asing.
“engkau tinggalkan aku so aku pun kena turun malaysia la jejak engkau” rohani mencebikkan muka, sememangnya perkahwinan rohani menjadikan aku sunyi di landon kerana rohani mengikut amran suaminya balik ke malaysia.
” emmmm…ya la tu tak de maknanya ko ingatkan aku…tapikan sha besarnya rumah ko ni…bleh duduk 20 orang tau…” melilau mata rohani memandang rumah rakannya sungguh tidak disangka bahawa wanita yang dahulunya daif yang terpaksa mengusung perutnya yang membongot ke sana kemari akan berjaya sehingga tahap ini. Hatinya juga bersyukur tidak sanggup lagi dia melihat hati sahabatnya ini disakiti dan terus menderita.

4 bulan berada di malaysia sudah membuatkan aleyya selesa dan dia juga sudah mula mengenali tempah tumpah darahnya walaupun aleyya dilahirkan di landon namun aleyya tetap berasal dari malaysia. Dan dia mesti mengenali tempat ini, malah alyyeyya juga ku didik tanpa sedikitpun kurangnya terhadap bahasa dan agama..walaupun usianya sudah 6 tahun…namun kepetahannya seperti orang dewasa yang kadang kala menjadi tempat luahan perasaan tasha..masih diingati sangat dia menangis dihadapan aleyya anak kecil itu menyapu airmatanya, sedia itu luka di hatinya padam serta merta.
‘ Mama jom gi jalan-jalan nak bosan la duduk rumah..aleyya sangat bosan..” aku tersenyum memandangnya masakan dirinya bosan sedankan dia baru sahja balik dari shopping mall pagi tadi hah.. anak nya itu ada-ada sahaja.

“sayangkan kita baru balik tadi amboiii anak mama n….” pantas hidung kecilnya ku tarik..dia menjerit kecil.
” but mama………..” muka seposennya ditayang depan mataku..
” emm…..ok nanti kita pergi ya sayang emm… kita pergi pantai ok tak??” aku mula menarik perhatiannya, kelihatan dia terlampau seronok dan tergesa-gesa memberitahu makkiah pengasuh aleyya sejak 4 bulan lalu namun aleyya seakan sayang dan aku juga menyangi mak kiah seperti keluargaku yang tak ubah seprti ibu.
Petang itu kami sampai ke langkawi…aku sendiri tidak tahu kenapakah tempat ini menjadi pilihanku kerana..HAH johan masih menghantuiku… dari jauh ku lihat aleyya berlari-lari riang sangat berdepan dengan laut hah macam ayahnya juga sukakan laut..banyak bayang-bayang johan berada dalam diri aleyya membuatkan aku sendiri tidak dapat melupakannya. Pagi itu kami berkelah di tepi pantai aku lupakan sepenuhnya urusan syarikat yang semakin banyak…masaku kini bersama aleyya dan akan aku pastikan aleyya tidak akan putus kasih sayangnya. Walaupun keluargannya tidak sempurna.
“mama marilah main bola ni” aleyya merengek..
” emmm…sorry sayang mama kena siapkan kerja mama ni kejep nanti mama main dengan aleyya ye…”
” mama aleyya nak pergi sana boleh..??” sambil jarinya menunjuk ke arah hujung pantai.
” boleh sayang tapi dengan nek kiah ek….” aku membalas sambil tanganjku ligat membaca laporan kewangan terbaru syarikat. Belum pun nek kiah bangun dari tempat duduknya aleyya sudah berlari meninggalkan nek kiahnya jauh kebelakang, sempat juga tasha menjerit memesan agar anaknya jangan nakal.

Sudah berapa hari masanya dihabiskan di dalam bilik seminar hari ini barulah dia dapat lari dari kemelut kerja yang kadang kala membosankan.. di pandang laut yang luas terbentang hatinya tenang, entah mengapa kebahagian seakan hilang di telan masa hidupnya seakan sunyi namun dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang dicari. Bumm.. bola betul-betul mengenai kepalanya..terkejut bukan kepalang terasa darahnya naik ke muka. Dipandang kiri kanan… sambil tangannya masih memegang bola sepak itu sape punya kerja ni nasib baik tak pecah kepala aku. Lelaki itu masih mencari pemilik bola itu. Di lihat seorang kanak-kanak perempuan datang menghampirinya..
” saudara itu bola saya…” kata nya johan memandang anak kecil yang manis itu, dia melutut merendahkan, comel…kata hatinya.
” oo…cik adik manis ni yang punya rupanya…main sorang-sorang ke?” johan masih memandang anak kecil dihadapannya dipandang wajah mulus itu tetiba hatinya menjadi tenang..

” tak la main dengan nenek tapi nenek tak larat nak lari sebab badan dia besar..hahaha” johan tertawa sama..kemudia dilihat seorang perempuan tua datang menghampiri umurnya mungkin sebaya dengan mama, bisik hati johan… tapi mama masih tidak punya cucu itulah bezanya. Hatinya mengeluh..
“aleyya buat apa kat sini?” tanya wanita itu kepada cucunya johan hanya memerhati dari tadi..bijak anak ini berkata-kata.

“nek ni aleyya tengah intiview kawan aleyya ni…dia kena bola aleyya sepak tadi tapi tak mati nek..jangan takut hahha… “aleyya memandang johan sambil mengenyitkan mata. Johan tersenyum melihat gelagat anak kecil itu. Nek kiah meminta maaf bagi pihak aleyya dan johan turut sama terhibur apabila nek kiah melatah apabila dicuit aleyya menari-nari orang tua itu.
” boleh uncle tahu sape nama puteri ni?..” tanya johan sebelum aleyya ingin pergi..
“nurul aleyya dyahana…….” johan terpaku nama itu???…ahhh…

“Jo nanti kita dapat anak jo nak nama ape?” natasha bertanya manja..
” emmm.. jo suka nama aleyya dhayana…”
” haaa…nama awek lama ek??? Ha,,, malas arrr..”
” ada plak tu nama anak kita la… hahahha”…….kenangan bersama yang manis namun hanya seketika kenapa mesti akhirnya macam ni tasha ahhh..benci aku mendengar nama perempuan curang tu…
“uncle……” panggilan aleyya mematikan lamunan johan, lantas matanya jatuh ke anak kecil itu cantik sekali mata kecilnya mirip seseorang tapi siapa??..
“aleyya balik dulu yee nanti kita main lagi.. byee..” lambaian aleyya diiringi dengan senyuman oleh johan bijak sungguh budah ni..
Semenjak daripada pertemuan itu aleyya selalu ke pantai bersama nek kiah untuk berjumpa dengan johan. Pertemuan mereka membawa kepada hari-hari yang sangat gembira bagi johan..hatinya sangat terhibur dengan telatah aleyya. Sehinggakan dia sendiri mencari masa untuk bersembang dan menemani aleyya.
” uncle aleyya nak balik dah…” ujar anak kecil itu sayu. Johan juga tersentak..
” nak balik dah?? Emmm.. leyya tinggal kat mana nak balik.?”
” tinggal kat kuala lumpur mama dan aleyya cuti dekat sini..” aleyya tersenyum banyak cerita tentang mamanya diceritakan oleh aleyya kepada johan sehinggakan dia sendiri tertarik dengan cerita ibu tunggal itu. Berjaya membesarkan anak dalam usia muda juga tidak ketinggalan menceritakan macam-macam tentang tuannya tahulah dia bahawa nek kiah hanyalah pengasuh kepada aleyya, haii ibu sekarang kerja lagi pening daripada anak, bisik hatinya..
” nanti uncle datang la rumah aleyya.. aleyya tak ada kawan boleh main dengan aleyya..” bisik anak kecil itu johan hanya menganggukkan kepalanya. Seperti keilangan sesuatu apabila memandang wajah anak dia makin sayu.. tapi untuk apa perasaan itu dia sendiri tak tahu..

Tasha sudah mula sibuk dengan urusan hariannya, namun masa dia bersama aleyya tetap ada anak itu adalah segalanya.
” sha ko tak nak kawin ke?”
” aku rela hidup macam ni ani daripada aku menderita dan aleyya sekarang adalah segala-galanya bagi aku tiada lain yang aku fikir sekarang… aku tak dapat bayangkan hidupaku tanpa aleyya.”
Kata-kata itu masih tersemat sehingga sekarang dalam hatinya tiada aleyya adalah hartanya yang paling berharga. Mengatasi segalanya. Penah aleyya diserang asma dan ketika itu dia masih di jepun menguruskan belanjawan syrikatnya namun ketika itu juga dia akan terbang pulang ke landon demi aleyya walaupun penyakit amaknya itu adalah biasa.
” Pn. tasha hari ni meeting dengan wakil syarikat berjaya holding…” rita selaku setiausahanya memberitahu agenda ringkasnya.
” baiklah rita awak sediakan fail yang sepatutnya saya bawa”,, ujar tasha, rita tersenyum dia bangga dengan kemampuan bosnya itu walaupun janda namun tetap berjaya malah tasha seorang yang cantik malah bertambah manis dengan tudung ala-ala wardina yang dipakainya. Dia juga tidak pernah melihat bosnya meninggikan suara dengan orang lain. Malah tingkahnya sentiasa sopan dia juga tahu bahawa tasha adalah ibu muda yang sangat cekap malah berjaya menubuhkan syarikat yang besar ini. Hai… semakin hari kesibukan aku ni sampai melampau pulak, rungut tasha dalam hati.
Perjalanan yang sesak menyebabkan tasha lambat sampai ke mesyuarat yang dijanjikan sememangnya dia menyesal kerana tak meminta pertolongan suzi tadi lastnya dia sesat, walaupun banyak halangan akhirnya dia berjaya juga akhirnya.
Sesampainya tasha dia lihat semua ahli lembaga pengarah jaya holding sedang sibuk melihat jam masing-masing.
“maaf saya terlewat dato, tak sangka boleh sesat pulak kat kuala lumpur ni.” Dato hanya tersenyum dan aku juga turut tersenyum dalam alasanku sendiri… buat malu aku je tetiba mataku tertancap pada sepasang mata yang merenungku tajam dari tadi… johan…!!!
Mesyuarat yang berjalan selama sejam benar-benar membuatkan aku rasa seperti sesak nafas kalau boleh sudah lama aku angkat kaki namn apakan daya aku sudah menandatangani kontrak. Dalam diam aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mengkaji syarikat yang akan berkerjasama dengan aku..hishh,,bodoh betul..lama sungguh masaku rasakan, pandangan mata johan yang tajam tidak aku endahkan lantaklah aku peduli apa sekarang dia tak ada hak nak mengawal apa yang aku lakukan.selesai pembetanganku semua ahli bertepuk tangan aku tersenyum puas jelas hasil kerjaku dihargai. Kecuali dia hanya membisu ada sahaja soalan yang ingin menjatuhkan air mukaku ketika itu namun jika tasha dulu mungkin dia berjaya tapi tidak sekarang, aku tersenyum sendiri. Habis mesyuarat aku tidak menunggu lama lantas aku mengangkat kaki blah dari situ. Perlawaan dato untuk dinner bersama juga ku tolak alasannya aku sibuk hahaha… alasan yang direka sendiri.
Sementara di bilik dato mansur pula…..
” Kenapa kita kena terima papa? Banyak lagi syarikat lain tapi johan tak sanggup nak berkerja dengan perempuan tu… ntah macamana dia dapat kerja kat syarikat besar macam tu jo pun tak tahu….entah-entah jual badan agaknya….”
“hishh,, kamu ni kalau bercakap tak pernah nak pikir dulu… syarikat tu besar dah dengan kerjasama ni kita dapat menyelamatkan akaun syarikat yang papa rasa kamu sendiri tahukan keadaannya sejak ekonomi meleset ni.. jadi simpan rasa peribadi kamu jangan sampai menjejaskan nama baik syarikat. Dato mansur tegas.. sambil emandang mata anak tunggalnya itu. Apalah yang susah sangat sedangkan tasha itu juga pernah menjadi menantu yang merupakan pilihan johan sendiri.
Johan termenung di biliknya..masih terbayang senyuman tasha.. manis dia tidak menafikan hatinya bersorak gembira apabila wajah itu di tenungnya masih sama seperti dulu Cuma kini dia sudah menutup kepalanya namun keayuan wajahnya tetap meresap ke dada…. tapi perempuan itu curang…curang pada cintanya..pang…gelas di meja hancur berkecai…merah padam johan menahan marahnya.
” mama tak tau la,,,johan nak cakap apa kau balik la sendiri..isteri kau dah calit arang kat muka mak…” johan menolak pintu bilik dilihat seorang lelaki sedang duduk di atas katil dan sambil membetulkan baju dan memakai seluarnya.. tiba-tiba tasha keluar dari bilik dengan tuala mandinya, jelas johan begitu terkejut dengan keadaan tasha.. tidak pernah dia terfikir yang isterinya itu sanggup menduakannya. Lantas dadanya berombak kencang tanpa ragu-ragu tasha dihalau dan diceraikan walaupun hatinya pedih melihat tangisan itu namun marahnya tetap sakit apabila lelaki itu sendiri meminta tasha darinya kerana baginya tasha sungguh istimewa. Segala rayuan dan tangisan tasha tidak dilayan… peistiwa hitam itu menjadikan dia seorang lelaki yang hati batu dan kini dia lebih memikirkan kerja walaupun sudah setahun sally menjadi isterinya namun hanya isteri pada nama kerana mamanya lebih mengharapkan sally….
“hello…uncle jo ni aleyya…”
” aleyya……ya sayang ada apa call uncle ni???…” johan sedikit gembira apabila anak ini menelifonnya sungguh tidak disangka walaupun sedetik Cuma mereka berjumpa namun, kekal hubungan mereka. Sungguh tak disangka oleh johan.
” uncle aleyya bosan la dekat rumah mama asyik sibuk saja tak ada masa nak main dengan aleyya…”suara sedih aleyya membuatkan johan menjadi sedih.
” ok apa kata kita keluar nak uncle datang ambil nak ajak la nek kiah sekali…” johan memberi idea..
” he…. yes..nak..nak..nanti aleyya tanya nek kiah.” Aleyya melonjak gembira apabila dia berjaya menghasut nek kiah untuk bersetuju dengannya. Pertemuan mereka seperti biasa membuahkan rasa kasih di hati johan di saat itulah hatinya berlonjak mahu memiliki seorang zuriat secomel aleyya. Tapi siapa yang ingin menjadi ibunya sally?? Hah masakan perempuan itu mahu sedangkan makan pun dia memikirkan mengenai tubuhnya inikan pula nak melahirkan anak..mustahil…

” aleyya nak cari apa sebenarnya ni mama dah penat la sayang….” tasha mempelahankan langkahnya apabila melihat anak manjanya itu tersenyum memandang…
” tasha pun tak tahu mama…hahaha…” aleyya mencium pipi mamanya..
” ohhh…aleyya…betuah punya budak…”
Aleyya berjalan lebih laju dari tadi.. tiba-tiba…bumm… satu perlanggaran kecil.
” aduh…” aleyya kesakitan.
” aleyya? What are u doing here??” johan memandang tubuh kecil yang merempuhnya tadi.
“Aleyya nak mandi laut uncle..hai kat sini nak beli barang la.. he3..” aleyya ketawa kuat,
” datang dengan siapa ni?? Sorang-sorang tak takut ke??” johan bertanya cemas tak akan anak sekecil ini dibiar seorang diri.
“dengan mama uncle….tapi dah hilang sekarang ni aleyya tengah cari mama la..”
Aleyya mengaru kepalanya menyedari kesilapannya sememangnya dia ingin menangis tapi dia sudah di ajar untuk tabah menghadapi apa sahaja yang berlaku. Johan mengelengkan kepalanya bijak sunguh anak ini..johan membawa aleyya ke kaunter pertanyaan dah membuat pengumumuman kepada para pengunjung untuk memberitahu mama aleyya yang anak ye ada di kaunter..tasha yang seperti ayam berak kapur terus pantas menuju ke kaunter . kehilangan aleyya walaupun seminit boleh membuat dirinya menjadi gila…
” aleyya…..” tasha berlari dah memeluk anaknya semahu mungkin.. aleyya terkejut melihat airmata ibunya. Tangahnya pantas menyapu air mata yang membasahi pipi mama kesayangannya, tanpa mempedulikan kiri kanan pipi anaknya dicium beberapa kali. Johan yang dari tadi terkejut masih leka memandang gerak geri tasha…aleyya anak tasha??? Tasha dah kawin rupanya. Cis dasar perempuan…
” mama inilah uncle johan yang selamatkan aleyya..” aleyya tersenyum memandang johan dan mamanya.. tapi senyuman yang sama tidak di wajah tasha, wajahnya pucat dan sangat terkejut apabila terjumpa johan di situ. Begitu juga johan masih tidak sangka yang aleyya adalah anak kepada tasha sungguh dia tidak sangka. Wajah tasha ditenung tajam..tanpa berkata panjang tangan aleyya terus ditarik jauh meninggalkan johan yang masih terpingan-pinga….

Johan merenung wajahnya di sebalik cermin ‘ anak siapa agaknya tu, anak aku ke??..’ tapi perempuan itu curang mungkin itu anak jantan jahanam tu mana tahu lagipun aku tak sanggup nak berdepan dengan perempuan itu lagi, tapi mengapa? Bukankah dia yang bersalah bukan aku kenapa mesti aku yang takut untuk berdepan dengannya.

Tajuk akhbar hari ini benar-benar mengejutkan datin munah, gambar tasha bersama anaknya, sangat comel namun bukan itu yang menjadi tarikan tetapi anak kecil itu berbintikan johan anaknya. Jadi budak itu adalah cucunya.. panjang fikirannya mekar hatinya apabila merasakan yang dia sudah menjadi seorang nenek. Nak harapkan menantunya untuk melahirkan anak ehh.. jangan harap la.. mandul agaknya budak tu menyesal aku kawinkan johan dengan budak tu.. nasib baik anak tan sri kalau tidak dah lama aku campakkan keluar rumah tak berguna langsung. Sementara itu di pejabat pulajohan sedang tersenyum gembira apabila mengetahui hakikat sebenar..aleyya adalah anaknya..ohhh…

” anak kau??? Heh!! Siapa yang kau kata anak ni aku tak kenal kau boleh keluar sekarang.” Panas hati tasha tak sangka wartawan dapat juga mencungkil kisah hidupnya bersama aleyya. Kini johan kembali menanggih haknya? Hah lelaki tidak tahu malu apa dia dah lupa apa yang dia lakukan.
” Tapi dia anakku kau tak boleh halang aku walau apapun dia tetap hak aku.”
” ehh.. johan, kau yakin ke dia anak kau/???” Tanya tasha berani jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana johan sudan mengakui anak nya..kini nasib aleyya terjamin. Lama tasha merenung wajah lelaki pertama di hatinya itu lelaki itu tersenyum lantas mengeluarkan sesuatu.
” ini sudah cukup membuktikan yang tasha adalah anak aku, semua bukti aku ada dalam ni kau tak akan dapat menafikannya. ” johan meletakkan sampul surat itu di hadapan tasha. Tasha hanya tersenyum.
” anak kau dah mati sejak kau biarkan aku hidup seorang johan”..tasya melangkah untuk keluar dari bilik itu sesungguhnya dia lemas dengan apa yang terjadi..
” kalau kau berdegil kita jumpa di makhamah”.. johan berkata perlahan. Tasya tergamam tidak sangka itu ayat yang akan keluar dari mulut johan, hatinya luluh. Ya Allah dugaan apakah ini aku tak sanggup…
Semalaman tasha tidak dapat melelepkan mata masih terdengar-dengar ayat yang lahir dari mulut johan. Apakah yang harus dia lakukan.. tubuh kecil aleyya di dakap kemas tak sanggup dia kehilangan aleyya.. aleyya adalah segala-galanya.

Kemenangan johan dalam kes ini adalah satu kebanggaan buatnya hatinya puas apabila dapat memeliki haknya kembali.
” mama aleyya nak mama.. kenapa aleyya kena ikut uncle johan, aleyya nak mama….” aleyya menangis apabila mendengar dia akan tinggal bersama uncle johan yang dikatakan papanya itu. Tasha memeluk erat tubuh anaknya hati ibu mana yang tak tersentuh apabila anaknya dibawa oleh bekas mak mentuanya yang menjadi duri dalam daging dalam hidupnya.

Hari- hari yang di lalui oleh tasha serba tidak kena selama ini aleyya adalah segala-galanya baginya atara yakin atau tidak dia kini sudah keseorangan isu curangnya sewaktu masih menjadi isteri johan yang membuatkan dirinya tidak layak untuk bergelar ibu.. apakah ini yang dikatakan keadilan yang selama ini tidak pernah adil dalam hidupnya. Tasha tidak dibenarkan untuk melihat anaknya sehingga mendapat kebenaran dari johan.
” tasha dah mati mak kiah… ” entah ke berapa kali air matanya tumpah di hadapan wanita yang sudah di anggap sebagai ibunya sediri, kini mak kiah adalah satu-satunya teman dan sahabat yang mampu dia meluahkan segalanya. Kerana di syarikat dia terpaksa berlakon gagah sedangkan hakikatnya hatinya sudah mati… aleyyya mama rindukan sayang… gambar aleyya menjadi teman tidurnya sejak anaknya dirampas johan.
Johan lelaki yang tidak penah ada perasaan, tak berhati perut.. tasha terlena dalam ratapannya.. mak kiah menyapu airmatanya yang turut tumpah bersama penderitaan ibu muda itu.. tak sanggup dia melihat tasha begini.

” aleyya kenapa tak makan sayang mari kita makan…” datin munah cuba memujuk cucunya sememangnya aleyya kelihatan tenang pada awalnya kini dia mula inginkan mamanya..puas datin munah melayani nya sebaik mungkin namun mamanya tetap disebut.
” kenapa mak??” johan yang dari tadi memerhati gelagat anaknya mula mendekati.
” dia tak nak makan johan dia nak mamanya, penat mama pujuk tetap nak kan tasha…”
” aleyya mari makan dengan papa , nenek masak special hari ini untuk tasha.” Johan mengusap rambut anaknya sesungguhnya sayangnya pada aleyya semakin menggunung namun dia tak tahu apa yang nak dilakukan untuk melihat anaknya kembali ceria seperti awal pertemuan mereka.
“nanti papa bawa jumpa mama err.. aleyya makan dulu dengan papa, nanti aleyya sakit siapa yang susah… mari sayang..”
” betul uncle nak bawa jumpa mama?” johan semakin tersinggung aleyya masih memanggilnya uncle sedangkah sudah beratus kali panggilan papa diingatkan kepada aleyya. Aleyya mengikut kata apabila nama mamanya menjadi umpan kalau tidak jangan haraplah..

” Aku kata makan…makan la kau ingat aku duduk nak jaga kau je ke??? Mak dengan anak sama je…hahh nangis..nangis..” sally meluahkan rasa bencinya kepada aleyya dipandang tajam wajah aleyya yang sedang teresak-esak menangis.. pantas tangan nya mencubit aleyya apabila dia semakin kuat menangis.aleyya terus diam apabila sally menghempas meja… perlahan-lahan dia menyuap makanan ke mulutnya sendiri..
” kenapa ni sally..??” datin munah menghampiri menantunya apabila mendengar suara sally yang agak tinggi..
” tak ada apap-apa mak ni aleyya ni tak nak makan nak suap, manja la katakan pantas sally menyuap anak kecil itu.
” aleyya sayang nenek makan elok-elok ek..nanti kita keluar dengan papa..pergi jalan-jalan yee sayang..” aleyya hanya mampu mengangguk apabila terpandang mata sally yang tajam. Dia benar-benar takut akan wanita itu.
Sebulan merupakan waktu yang sangat panjang buat tasha.. sudah beratus kali dia cuba menghubungi johan namun tetap hampa..
” HELLO…..” Datin munah bersuara.
” Hello.. datin tasha sini, saya nak cakap dengan aleyya sekejap…” tasha merayu.
” aku kata tak boleh kau ni tak faham bahasa ke?? Johan tak benarkan sesiapa pun ganggu anak dia di sini jangan kau nak buat gila lagi…” datin munah terus meletakkan telifonnya.
Kini hampir 3 minggu tasha cuba berjumpa dengan aleyya namun masih tidak berjaya. Ada sahaja alasan yang diberikan oleh datin dan nak bercakap dengan johan jauh sekali.

” melampau betul la johan ni dia tak waras agaknya”.. iskandar meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap rakan baiknya itu..sesungguhnya cerita tasha membuatkan hatinya panas..
” tak apalah tasha nanti aku jumpa johan aku akan cuba nasihatkan dia.” Tasha tersenyum mampukah iskandar bercakap dengan lelaki ego itu. Namun di rumah johan lain pula yang berlaku..

” ya Allah apa yang kau buat ni sally apa kau buat dekat cucu aku ni…” salina yang terkejut melihat aleyya tercuap-cuap sesak nafas mula bimbang.. datin munah mengangkat cucunya dan menjerit memanggil mak temah dan pak mahat drivernya untuk menghantar aleyya ke hospital. Aleyya dikejarkan di icu…

” Mama apa yang berlaku ni, mana aleyya?”.. johan kelihatan pucat nasib anaknya aleyya .
” mama tak tahu johan kau tanya lah isteri kau ni..apa dia buat dekat cucu mak..” datin munah menuding jarinya ke arah salina yang sedang duduk ketakutan…
” sally apa you buat kat anak i” hatinya panas.. tak dapat ditahan lagi tangan nya pantas menumbuk dinding.
” i tak sengaja johan, dia asyik sebut nama mama dia i marah…”…suara sally tersekat-sekat…
“hah.. sudah la……”

Tasha yang mengetahui berita anaknya terus bergegas ke hospital bersama lokman peguamnya. Hatinya tidak henti-henti berdoa untuk aleyya…airmatanya tetap menitis…

“apa yang kau buat dekat anak aku johan???…” tasha seperti orang hilang pertimbangan datin munah dan sally juga terkejut melihat tasha yang berada di situ tiba-tiba.. johan pula seperti orang bodoh tidak mengangka yang ini semua akan berlaku…nasib baik la ini hospital swasta kalau tidak dah lama mereka kena halau…lokman cuba menenangkan tasha… mereka di minta ke bilik khas untuk menunggu kerana bimbing tasha akan naik gila lagi… di situ masing-masing senyap..diam tanpa kata..tasha tidak henti-henti berdoa dalam hatinya..
” johan kita bawa aleyya ke london dapatkan rawatan di sana hospital itu ramai pakar..” johan diam matanya masih memandang tasha entah mengapa rasa cinta dan sayangnya pada bekas isterinya itu tiba-tiba menggunung puas dia nafikan…
” betul tu sayang…aleyya perlukan rawatan yang betul-betul pakar….” sally menyampuk lagi..
“sudah jangan nak bising dekat sini aleyya anak aku kamu semua tidak ada hak untuk nak dan ingat johan kau..kalau apa-apa terjadi pada anak aku..kau akan tahu akibatnya.” Tasha bersuara tenang wajahnya tetap tunduk menitip lantai tak sanggup dia memandang wajah manusia yang menyiksa anaknya.
” heh..tasha kau jangan ingat kami yang menyebabkan aleyya jadi macam ni jangan lupa kau tu…….” bicara datin munah mati di situ apabila melihat renungan mata tasha yang begitu menakutkan tidak pernah ada orang yang berani memandangnya begitu. Tasha bangun menghampiri datin munah matanya tetap memandang tajam ke arah mangsa di hadapannya. Johan melihat gelagat tasha sudah bangun bimbang juga dia jika tasha mengila kepada mamanya. Pang…. satu tamparan singgah di pipi datin munah suasana menjadi sunyi..
” apa awak buat ni tasha dah gila ke??/….” johan mendapatkan mamanya yang sedang menahan sakit.
” memang aku gila sebab sepatutnya dari dulu lagi perempuan ni memang patut ditampar malah patut lebih dari itu..bila kau cuba racuni aku.. aku masih boleh sabar..kau cuba ugut aku..hati ini tak pernah tergugat.. kau buat aku macam hamba dalam istana yang korang banggakan sangat aku sabar..kau tuduh aku perempuan curang dengan mengupah lelaki entah dari mana aku tetap boleh sabar sebab insan yang aku pertahankan cintanya dulu aku korbankan segalanya telah rapuh kepercayaannya.. aku kau halau macam anjing kuram tetap aku diamkan diri.. tapi kini tasha bukan lagi tasha bodoh dulu yang sanggup buat apa sahaja sebaba cinta.. kau ingat aleyya segala-galanya buat aku jangan fikir aku boleh bersabar lagi..”
” apa yang awak merepek ni tasha??” johan bertanya pelik.. hatinya terusik dengan airmata tasha yang mengalir.
” ehh… En. Johan kalau semudah itu en johan mencari bukti aleyya adalah anak kandung awak kenapa tidak pernah terlintas pun untuk awak lakukan ini semasa awak menghalau isteri yan ketika itu mengandungkan anak awak..yang awak halau tanpa awak fikirkan anak awak??? Kenapa sekarang mudah awak mengakui yang aleyya tu anak awak. Sebab dia kan” tangan tasha menuding ke arah datin munah yang sedang menangis.
” kalau anjing kurap itu nak berlaku curang bukan saat itu johan tidak terfikirkah awak bagaimana setianya sehingga dia kawin dengan awak tak akan awak fikir dia sanggup untuk curang…” tasha meluahkan segalanya, johan masih membisu epatah demi sepatah ayat yang keluar dari mulut tasha menikam hatinya.terimbas kembali saat bersama tasha bahagia miliknya. Dia menyapu wajahna dengan tangan.
” datin munah sebelum apa-apa berlaku antara saya atau datin maafkan saya sekiranya saya tidak dapat memaafkan dosa datin walaupun dunia atau akhirat…” tasha bersuara perlahan..
” ya Allah tasha maafkan mak, mak berdosa mak tak sanggup nak berpisah dengan johan….ampunkan mak”… datin munah memegang kaki tasha.
” apa mak cakap ni johan tak faham.. apa mak dah buat??” johan kebingungan.
” johan mak yang upah lelaki tu tasha tak bersalah mak yang salah mak berdosa maafkan mak..” johan yang mendengar kata-kata mamanya terduduk di sisi datin munah.
” kalau datin tak sanggup nak berpisah dengan anak datin tapi mengapa datin pisahkan saya dengan aleyya..dia anak saya, saya lahirkan dia seorang diri, saya bersusah payah membesarkan dia, datin tak ada perasaan hati datin busuk…”.. kata-kata tasha mati apabila melihat doktar keluar dari bilik icu..
” siapa mama tasha..?”
” saya doktor…” taha berlari mendapatkan doktor.
” saya rasa awak adalah ubat pada penyakit dia semangat aleyya hilang keinginannya nak hidup kurang bergantung kepada awak untuk tenangkan dia. Dia perlukan awak dari tadi dia tak sudah-sudah memanggil mamanya. Johan dan datin terdiam…tasha berlari masuk ke bilik khas yang menempatkan aleyya. Johan mengekori bekas isterinya itu dari belakang. Oleh kerana hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk hanya johan dan tasha sahaja masuk..tasha memandang sayu tubuh anaknya yang terkujur di atas katil.
” maafkan mama sayang, maafkan mama sebab lambat maafkan mama…” tasha bersuara sayu pipi aleyya di cium bertubi-tubi, “..kalau mama tahu aleyya akan jadi macam ni mama tak bawa tasha balik malaysia maafkan mama sayang” airmata johan tumpah..entah kenapa rasa bersalahnya semakin menebal. Kenapa aku selama ini buta dengan apa yang berlaku maafkan aku tasha kerana tak mampu melindungimu.. johan perlahan-lahan keluar dari bilik itu tak sanggup rasanya dia melihat natijah kesalahannya di depan mata…hatinya seakan mati tiba-tiba apabila mengetahui hakikat sebenar. Hah memang itu yang tak sanggup aku lihat tapi itu juga.
” kenapa mama buat johan macam ni??..kenapa mama hancurkan kebahagiaan johan?.” Matanya masih enggan menjamah wanita tua yang melahirkannya walaupun wajah itu sudah berkali-kali meminta maaf..hah apa gunanya kemaafan di saat ini aku..
” mama sayangkan johan mama nak…..”
” AHHH…sudah la mama jangan gunakan kata sayang, kalau mama sayangkan johan mama tak akan buat johan macam ni”. Salina dipandang dengan satu pandangan yang sukar diertikan.
” kerana dosa lalu, aku lepaskan kau salina dengan talak dua…” johan berkata perlahan lalu dia berlalu pergi tak sanggup rasanya dia berhadapan dengan orang yang memperbodohkan dirinya. Walau apapun dia sendiri malu dengan apa yang berlaku teramat malu kepada tasha wanita yang banyak menderita kerana sikap bodohnya terbayang kembali bagaimana sikapnya yang kejam hah… tuhan ampunkan hambamu ini.
Kehilangan johan menjadi tanda tanya meninggalkan segalanya termasuklah harta dan kekayaan yang menjadi kebanggaannya selama ini namun dalam hatinya masih ada lagi satu bayangan yangtak mungkin hilang dari pandangan iaitu bayangan silam tasha semakin menghantui dirinya. Dirinya kini tidak terurus semakin kacau.
“maaf uncle aleyya tidak sengaja” tiba-tiba terpacak anak kecil yang tersenyum kepadanya. ” papa maafkan aleyya” sekali lagi anak kecil itu tersenyum..johan yang mendengar apa yang dikatakan terpegun mendengar apa yang diluahkan oleh anaknya terasa dia seperti baru bermimpi. Dipandang wajah itu sekali lagi dan akhirnya tubuh kecil itu dipeluk sekali lagi,
” kenapa awak bawa dia ke sini” johan menumpukan perhatian kepada tasha
” sebab dia anak u dan i rasa dia adalah juga hak u dah i tak nak rampas kasih seorang papa kepada aleyya. Bagaimanapun dia tetap menjadi yang pertama dalam apa sekali kalimah dan ucapan yang akan i lafazkan kelak harap u akan sentiasa mengingati segala yang terkandung dalam pemikiran i nanti akhirnya…. senyuman terukir dibibir merah itu…johan merangkul tubuh isterinya seerat mungkin.

Novel : Kau Ku Cinta 2

Nina Syafiqah
Put3_nina@yahoo.com

“Awak nak apa datang pagi-pagi ni Reza”ujarku dengan memandang tepat ke arah wajahnya..

“Lisa…saya call awak tak jawab…saya messange awak tak balas..kenapa awak buat saya macam ni Lisa..Kalau Lisa rasa Lisa tak perlukan Reza dalam hidup Lisa terpaksalah Reza mengundur diri”ujar Reza lalu melepaskan keluahan yang kedengaran amat berat…

“Reza…memang awak kena undurkan diri sebab saya telahpun menjadi tunangan orang”ujarku dengan tenang sambil memandang tepat ke arah anak matanya..

“Huh??!!..semestinya awak sedang bermain kata-kata dengan saya,Lisa”Reza yang kelihatan tenang tampak gelisah ketika itu.

“Siapa yang bermain kata-kata dengan awak!!saya tidak pernah menabur harapan untuk awak memiliki saya!!dah berapa kali saya beritahu..awak tak akan berjaya memiliki saya!!berapa ribu kali awak nak suruh saya ulang…AWAK TAK AKAN BERJAYA MEMILIKI SAYA!!!awak faham tak!!”ujarku dengan nada yang kedengaran marah.

“Awak..tolonglah jangan buat saya macam ni ..hidup saya tak akan sempurna tanpa awak…saya mencintai awak seikhlas hati saya Lisa..tak mungkin tak ada lansung sekelumit rasa cinta untuk saya di hati awak Lisa…”Reza kemudiannya menggenggam erat jari jemari aku..aku meronta meminta dilepaskan..aku tak suka diperlakukan sebegitu..kini aku tidak dibenarkan melakukan sesuatu perkara sesuka hati lagi!!..

“Apa yang kau buat !!”jeritan Luqman sekaligus membuat aku terkejut lalu menyentap tanganku dari genggaman Reza..

“Kau siapa untuk bertanyakan perihal kami..”Ujak Reza dengan selamba..

“Kau tanya aku siapa??dipersilakan tanya pada tuan punya tubuh sendiri…siapa aku dalam hidup dia…”Reza membuat mimik muka meminta kepastian..aku melepaskan satu keluhan yang berat…

“Dia tunang saya…Luqman..”ujar aku dengan lambat..serentak itu Luqman menyampuk..

“And both of us love each love…”Ujar Luqman seraya itu dia memeluk erat bahuku..

“Nampaknya saya sudah terlambat untuk menakluki hati awak..saya…harap awak bahagia…”Reza berlalu begitu sahaja..aku kemudiannya menyuruh Luqman melepaskan bahuku..

“Abah mana??”soalnya sambil mengambil tempat duduk berhadapan denganku..

“Abah pergi Johor…cawangan dia dekat sana ada problem..awak tunggu sekejap…saya nak pergi buat air..”ujarku..

“Eh??…kenapa tak suruh Makcik Mawar buat??..”soalnya sambil mengerutkan dahi…kebiasaannya perkara-perkara sebegini memang sudah menjadi tugas Makcik Mawar untuk melaksanakannya..

“Makcik Mawar buat kenduri kahwin anak dia yang bongsu hari ni..Makcik tak jemput awak ke??..bukan ke saya dah beri awak kad jemputan minggu lepas??..”ujarku lagi..

“Oh ya..baru saya teringat..awak pergi dengan siapa Lisa??”soalnya..

“Sorang…nak pergi dengan siapa lagi..cadang nak pergi dengan abah..tapi dah dia pun ada hal..nak buat macam mana..tapi tak apa..sebab lepas balik dari kenduri Makcik saya terus nak pergi Jusco sekejap..”ujarku..

“Kalau macam itu…boleh kita pergi bersama..lepas itu…saya hantar awak dekat Jusco…sebab saya pun ada hal…”ujarnya…aku hanya menurut…setelah aku bersiap…kami pergi ke villanya sebentar untuk dia menyalin pakaian..dan dia mengajak aku masuk ke dalam villanya kerana umi dan ayahnya ada di rumah..

“Assallamualaikum”ujarku…ketika itu kelihatan Dato’ Jazran,Datin Umairah,Faizal,Rizwana, sedang bersarapan..mereka menjawab salamku kemudiaan aku menyalami mereka..

“Jom lah makan dengan kami Kak Lisa..”ujar Rizwana.

“Terima kasih ye…akak dah makan sebelum datang sini…”ujarku..Makcik Zahirah mengulurkan cawan berisi kopi kepadaku..aku menyambutnya kemudian menyalami tangan Makcik Zahirah..dia kemudiannya berlalu..

“Pakcik dengan Makcik apa khabar??”soalku..

“Kami sihat selalu…abah kamu tu sihat ke??dah lama dia tak kesini..”ujar Dato’ Jazran.

“Abah sihat pakcik..kebelakangan ni dia sibuk dengan urusan pejabat..sekarang ni pun dia ada dekat Johor sebab cawangan dekat sana ada problem..”ujarku dengan senyuman..
“Oh ye ke…abah kamu tu buat-buat sibuk sebab rindukan ibu kamu lah tu..”ujarnya dengan tawa…

“Ye lah kot ..”ujarku dengan perlahan..Datin Umairah dapat menangkap perubahan wajahku menyiku lengan Dato’ Jazran.

“Lisa..datang lah sini selalu..makcik bosan duduk dekat rumah ni…Rizwana ni sibuk dengan study je…Abang Faizal kamu ni pula sibuk dengan kerja dekat pejabat…balik rumah je anak beranak ni mula la cakap pasal pejabat je 24 jam…”rungut Datin Umairah sambil menjeling ke arah suaminya..serentak itu kami semua ketawa..aku tertunduk kerana dari tadi aku lihat Abang Faizal memerhatikan gelagatku..