Akukah terlewat

Zaman persekolahan aku memang cukup gemilang. Maklum le aku ni kira popular gak masa tuh Best student aku, sportman aku..di tambah lagi Dengan kemachoan aku nih, aku bukan perasan Tapi kenyataan. he..he..he..jangan mare.So masa tu peminat aku cukup ramai boleh kata Everyday ada ajele posmen yang tak bergaji yang Datang hantar surat kat aku, bangganya aku. Tapi tu lah manusia ni pantang ada kelebihan.. Mesti riak punya ..termasuk le aku.Aku cukup gah masa tu hinggalah pada suatu hari, “Selamat pagi semua ni cikgu kenalkan S kawan baru kamu. S sila ambil tempat duduk di sebelah Jay.” Masa tuh macam nak pengsan aku, yelah Ustazah mana lak nih duduk sebelah aku..boringnya… Masa tu lah member-member sakan dok kutuk aku. “Tak lama lagi mesti jadi ustaz,” kata diorang..tension aku Aku pun heran gak dengan S ni apasal le dok nak tutup sangat padahal bebudak pompuan kat kelas aku semua brutal..Satu hari tuh pasal dah tension sangat dengan kutukan kengkawan aku terus direct to point S..”Besok jangan pakai tudung tau.Kalau pakai gak jangan dok sebelah aku Faham!!!” ( terukkan aku masa tuh)Tapi S tetap S langsung tak goyah dengan ugutan aku. Esoknya dia tetap bertudung tapi tak duduk sebelah aku. Dia tukar tempat dengan Fauzi. “Tak baik kau buat dia cam tu.” kata Fauzi… “Apa salah dia bertudung” ..aku diam aje. Tapi hati aku puas.Persekolah berjalan seperti biasa dan keputusan peperiksaan penggal pertama telah pun di ketahui. Aku tewas di tangan S cis!! Balik-balik pompuan nih. Sakit betul hati aku nih. Member sekelas lak asyik dok puji dia je. Geramnya aku.Kehadirannya membawa perubahan dalam kelas. Ye lah. Dulu semua orang puji aku tapi sekarang tak lagi. Sikit-sikit S menyampah aku. So untuk mengembalikan zaman kegemilangan aku, aku mesti singkirkan S dari SMMA. yeah..itu janji aku..KEEGOAN ITU MENJADIKAN AKU MANUSIA KEJAM !!!!!Dah macam-macam aku buat untuk sakitkan hati dia. Tapi dia tetap tak marah sebaliknya aku pulak yang sakit hati. Kenapalah..Kat sekolah aku pulak ada sorang cikgu Andartu. Dia cukup anti dengan pelajar pompuan tapi paling sayang kat student lelaki terutamanya aku le he..he..he. So kesempatan ini le yang aku ambil.25 oct masa break time aku tak keluar. Fauzi tanya gak apasal tapi aku kata perut aku meragam. Bila line clear aku pun apalagi selongkar le bag pompuan tuh. Jumpa pun. Sehelai demi sehelai homework yang cikgu K bagi aku koyak. Puas hati aku. Lepas tu aku terus gi canteen soru. Fauzi lak tercengang-cengang pandang aku.After break kelas cikgu K pun bermula apalagi macam biasa. First thing mesti tanya fasal homework punya. Aku pun senyum sampai telinga, sedangkan S aku tengok muka dah lain macam sebab homework dia dah missing. Hari tuh S kena marah teruk dengan Miss K dan petang tu dikenakan kelas tahanan.”Engkau cakap betul-betul Jay ni semua kerja engkau kan?” Alamak budak Fauzi ni buat aku tension betul. “Habis tu engkau nak ngadu le nak jadi peguam bela?” ” “Tak le tapi tak baik kau buat camtu.. apa salah budak S tu pada kau?” Aku diam, entahlah yang pasti hati aku puas.Aku makin bersemangat buli S tambah lagi dengan sokongan Dari kenkawan aku Mizi,Lan,Joe termasuklah Miss K..One day aku cakap kat Lan aku tringin sangat nak tengok rambut S..dia tu botak kut sebab tu pakai tudung kata aku. So aku pun atur strategi. Petang tu masa loceng balik bunyi Mizi buat-buat terlangar S. Masa S sibuk kutip buku dia tu le.. Aku ngan Lan datang dari belakang terus tarik tudung dia. Merah padam muka S aku tengok apalagi aku ngan geng ketawa sakan. Cuma Fauzi je aku tengok tak gelak.Esoknya S tak datang. Gembiranya aku tak terkira. “Jay, engkau tak rasa apa-apa ke?” “Eh, apasal lak ngan budak Fauzi ni..” “Ye lah lepas apa kau buat kat dia semalam.. Ini soal maruah Jay dia tu pompuan malu dia kau buat cam tu” Terdiam aku, kadang-kadang aku heran gak dalam ramai geng aku ni, cuma Fauzi je yang selalu tegur perangai aku.Sejak hari tuh hubungan aku ngan Fauzi makin renggang. Alah aku pun tak kisah aku kan ramai kawan. Mak bapak aku pun tak pernah kisah apa aku buat. So go to hell lah ngan budak Fauzi tu.SESUNGGUHNYA KEJAHILAN ITU BAGIKU SATU KERUGIAN !!!Tanpa Fauzi kegiatan aku semakin galak. Petang tu masa balik aku nampak S so idea cangih aku pun berjalan macam biasa. Aku pulas minyak motor sekuat hati pas tu aku jeling Lan yang dok membonceng motor. Lan bagi isyarat OK so aku pecut motor. Lan dengan pantas menarik bag S pas tu campak dalam longkang. Gelihati aku bila tengok S menangis. Hari tuh aku pulang dengan hati yang cukup puas… aku rasa esok mesti S tak gi sekolah.Esoknya aku bukan main seronok lagi sebab tak nampak kelibat S, ni mesti tak datang le. Tapi sangkaan aku meleset sebab S ada. Cuma dia lewat sebab bas rosak ahh boringnya aku.Pagi Sabtu perut aku sakit betul dah banyak kali aku muntah-muntah. Aku cakap kat mama dan papa. Mama suruh gi klinik siap bagi duit lagi. Terkedu aku..aku kata tak larat nak gi sorang, pas tu papa lak cakap, “Makan panadol dulu kalau dah reda nanti baru gi klinik. Mama ngan Papa sibuk.”Dah dekat pukul sebelas tak ada tanda pun yang sakit aku nak reda. Aku dail no phone Lan dia tak de, Mizi ngan Joe lak ada hal, so aku tak ada pilihan aku terus dail no Fauzi, nasib aku baik Fauzi ada rumah. Masa tu aku dah tak larat lagi dah, aku cuma sempat cakap, “Tolong aku Jie, aku dah tak tahan sakit nih.” Sedar-sedar aku dah ada kat Hospital. Fauzi ada kat situ so aku tahu dia yang hantar aku. “Kenapa sampai jadi camni Jay? Kenapa tak suruh mama ngan papa kau bawa gi klinik ” Tanya Fauzi. Masa tu airmata aku dah mula mengalir, aku peluk Fauzi.. “Jie kadang-kadang aku rasa aku ni dah macam anak yatim. Diaorang tak kisah kat aku langsung. Mama ngan papa aku sibuk cari duit, duit, duit. Selama ni pun makan pakai aku semua aku buat sendiri, mereka cuma tau bagi duit je.”3 hari di hoepital, Fauzilah pengunjung setia aku. Masa tu aku dapat rasakan cuma Fauzi aje yang ambil berat fasal aku. “Jie, aku mintak maaf selama ni aku selalu marah kat engkau, sekarang ni baru aku tahu kaulah kawan aku yang terbaik.” Fauzi senyum. “Sudahlah Jay aku pun dah lupa semua tu.” SPM makin hampir, sejak keluar hospital aku makin rapat dengan Fauzi. Kami belajar bersama untuk menghadapi SPM. Kegiatan liar aku pun macam dah pupus, mungkin sibuk buat persiapan SPM ataupun dah taubat, macam geng-geng aku cakap. Entahlah yang pasti aku tak akan ulangi kesilapan itu lagi. Result SPM akan di umumkan esok..aku call Fauzi suruh tunggu maklum le Aku dari KL mungkin lambat sikit… dari jauh aku nampak Fauzi senyum kat aku.”Alhamdulillah kita berjaya Jay.” Bersyukur aku kerana keputusan aku cukup cemerlang. “Jay ini ada surat untuk kau dari S.” “Assalamualaikum Jay, terimakasih S ucapkan kerana tanpa Jay mungkin S tak akan dapat keputusan sebaik ini, kerana sikap Jaylah S berusaha untuk berjaya. Terimakasih sekali lagi. S janji selepas ni Jay tak akan jumpa S lagi. Itu janji S dan S akan tunaikan inshaallah.”Terasa dunia berhenti berputar. Surat S yang ringkas itu meruntuhkan tembok keegoanku..menyesal nya aku kerana perbuatan ku pada S. “Jie kau tahu alamat S ??” “Kenapa Engkau nak buat apa lagi kat budak tu Jay ” “Aku nak mintak maaf banyak-banyak kat dia.”SESUNGGUHNYA TAKDIR ITU PENENTU SEGALAHari tu aku tidur di rumah Fauzi. Aku try call mama & papa tapi entahlah. Kadang-kadang aku ada gak terfikir aku ni bukan anak dia orang kot Selepas kenduri kesyukuran kat rumah Fauzi aku balik KL malam tu aku tunggu mama & papa balik pukul 11.00 lebih baru dia orang sampai. Mama tanya, “Kenapa tak tidur lagi ??” Aku kata, “Tunggu papa & mama balik.” Kenapa ” Tanya papa. Terkedu aku. Langsung dia orang tak tanya tentang result aku, so aku pun dah tak de hati nak bagi tau. Aku dah buat keputusan untuk keluar negara, biarlah, mungkin itu lebih baik buat aku. Fauzi lak still nak stay kat M’sia, so dia masuk USM. Aku lak terima offer untuk ke Jepun..bila aku cakap pada mama & papa dia orang cam biasa. No komen. Lebih-lebih kata akan masukkan duit kat akaun aku je. Masa kat airport, cuma Fauzi ngan Abah dia aje yang hantar aku. Papa & mama outstation. Aku pun dah tak kisah sangat, janji Fauzi ada untuk hantar aku.Aku masih ingat pesan Fauzi kat aku.. “Jay, walau apapun yang kau buat kau kena ingat kau masih ada family dan aku kat sini. Walaupun famili kau tak take care kat kau jangan sampai kau jadi anak derhaka, kau kena ingat tu.. Sembahyang jangan tinggal.” “Ya..aku akan ingat semua tu.” Hampir 6 bulan aku di Jepun dan hampir setiap minggu jugak aku akan hantar surat kat Fauzi & S, tapi cuma Fauzi je yang balas surat aku..S.. Ahh..mungkin dia masih marah pada ku. Kadang-kadang tu ada gak aku hantar surat kat mama, cerita tentang keadaan aku kat sini, tapi mama tak balas pun surat aku, call pun tak.Akhirnya aku dapat jugak balasan dari S walau pun ringkas tapi aku cukup puas, sekurang-kurangnya dia telah maafkan aku. Sedih aku dengar ayah S meninggal dalam kemalangan. So dia terpaksa bekerja untuk menyara adiknya. 3 tahun di Jepun. Cuma surat-surat Fauzi & S menjadi teman setia ku.. Tahun ni final semester untuk Fauzi, aku harap dia akan berjaya. S lak dah naik pangkat dan bertukar ke JB. Sejak tu surat S untuk aku makin kurang, aku menjadi seorang perindu… rindu pada bicara S… rindu pada segala-gala yang ada padanya..ahhh jatuh cinta ke aku Tapi itu semua aku pendamkan, inshaallah satu hari aku akan jadikan S milikku… pada Fauzi pun tak pernah aku ceritakan soal hatiku ini, malu lak sebab jatuh hati pada perempuan yang paling aku benci dulu. Tapi aku tahu Fauzi tak mungkin mentertawakan aku, aku cukup kenal dengan Fauzi.Alhamdulillah aku berjaya juga akhirnya..aku call Fauzi, dia cukup gembira, pas tu dia tanya aku bila nak balik Aku diam.. entahlah. Sebab aku rasa aku nak bekerja dulu setahun dua kat sini. “Dah 5 tahun kau tak balik Jay, kau tak rindukan aku ke ” “Aku rindu kat kau lah.Jie, aku akan balik. Masa tu nanti aku nak bagi kejutan kat engkau!!!”Aku diterima bekerja di head off Com. Aku sekarang seronok gak bekerja dengan orang Jepun ni. Lepas setahun aku ambil keputusan untuk kembali ke M’sia aku nak jumpa Fauzi, pas tu nak suprisekan dia tentang hasrat aku, kat S.. sebulan sebelum pulang aku call Fauzi aku kata nak gi melancung dulu sebelum balik… so Fauzi tak payah tulis surat atau call aku.24 Dis aku menjejakkan kaki ke bumi M’sia… hampir 7 tahun aku di Jepun terlalu banyak yang berubah, aku terus pulang ke rumah.. Mama terkejut nampak aku… mama peluk aku. “Jay mama rindu kat Jay” Aku senyum, aku rasa cukup bahagia. Malam tu kami makan bersama, bercerita, ketawa. Aku rasa malam tu masa terlalu cepat berlalu. Aku bagitau mama & papa tentang hasrat aku untuk melamar S.. mereka setuju asalkan aku bahagia kata papa..aku peluk papa.25 Dis hari lahir aku dan Fauzi. Aku nak buat kejutan selepas solat subuh aku bertolak ke kampung Fauzi. Sampai je kat rumah Fauzi aku tengok ramai betul orang pas tu terdengar paluan kompang. “ehhh… sapa lak yang kahwin, tak kan Fauzi kot ” Langkah kaki ku terhenti aku terpaku melihat pasangan mempelai dipelamin.. Fauzi dan SSSS… tapi kenapa Selama ni Fauzi tak pernah cerita kat aku apa-apa. “Jay bila balik ” Terasa bahu ku di tepuk. “Semalam Pak Man..” “Syukurlah kau dah balik.. dah puas si Fauzi tu telepon & hantar surat kat kau tapi tak dapat… macam mana dengan pilihan Pak Man Jay??”.. aku terkedu “Pilihan Pak Man ” “Yelah.. kalau nak tumggu si Fauzi tu jawabnya tak bercucu le Pak Man ni.” Ketawa Pak Man hampir membuat kolam airmataku melimpah..tak, aku tak patut menangis. Semuanya salah aku juga tak berterus-terang dan sekarang semuanya telah terlewat. Aku terus mendapatkan Fauzi. Fauzi peluk aku. “Jay aku rindu sangat kat engkau.” “Aku pun sama Jie..taniah dan selamat hari lahir.” Aku kembali ke KL, aku cakap pada papa aku nak gi Jepun balik. Mama terkejut.. “Kenapa Jay Jay masih marahkan kami lagi ” “Tak ma, Jay nak kerja kat sana dulu bila dah puas nanti Jay balik lah.” Papa angguk..mama lak dah mula menangis. Aku pujuk mama.1 Jan aku berlepas ke Tokyo. Cuma mama & papa yang hantar aku. Aku tak bagi tau Fauzi sebab tak nak mood honeymoon dia hilang. Seminggu lepas tu baru aku call Fauzi, terkejut dia.. “Tapi kenapa Jay ” “Saja nak cari pengalaman.” Itu saja jawapan yang mampu aku beri.2 tahun di head off aku minta di tukarkan ke M’sia. Alhamdullilah permohonan aku diterima. Berita gembira ini aku sampaikan pada mama & papa. Pada Fauzi..aku nak suprisekan dia. Aku tempah sepasang jam tangan untuk hari lahir aku & Fauzi nanti. Buat S aku belikan kimono sutera berwarna putih, dan buat bakal anak angkat ku macam-macam aku belikan. Tak sabar rasa aku nak balik.Seminggu sebelum balik Fauzi call aku.. “Jay balik lah aku rindu sangat kat kau, aku teringin nak tengok kau.” Aku ketawa.. “Yelah nanti aku balik tapi tak tahu bila..” “Balik le Jay aku nak tengok kau sangat-sangat.”25 Dis aku bersama papa & mama ke rumah Fauzi. Hari tu hari Jumaat so aku singgah untuk solat Jumaat. Pukul 4.20pm aku sampai ke kampung Fauzi, heran aku ramai betul orang, tapi kali ni keadaannya lain, kalau dulu aku disambut dengan paluan kompang tapi kali ni tak. Hati aku mula terasa sesuatu. Aku mencari-cari kelibat Fauzi tapi tak ada.Aku naik ke atas aku nampak sepasang mayat terbujur, kaki aku longlai aku menangis aku peluk Mama.. “Ma, Jay dah kehilangan mereka ma..kenapa Jay selalu terlewat Kenapa ma?” Papa pujuk aku, “Sabar Jay, bawa bertenang nak.” Pak Man muncul. “Jay sudahlah nak tak baik macam ni. Fauzi kemalangan sewaktu nak ambil mayat S.. S meninggal selepas bersalin.” Hadiah di tangan ku bertaburan di lantai.Pemergian Fauzi & S benar-benar memberi kesan pada aku… Esoknya aku ke hospital. S melahirkan sepasang kembar yang comel..aku dakap kedua-dua bayi itu airmataku mengalir lagi “Jie, S, anak kamu berdua comel betul.” Aku minta izin Pak Man untuk menjaga mereka. Walaupun keberatan akhirnya Pak Man akur setelah aku berjanji tak akan mensia-siakan mereka.Benih kasih Fauzi & S kuberi nama Muhammad & Siti Aisha. mama pun dah tak kerja sibuk nak jaga cucu.. aku cukup bahagia. Kini si kembar ku dah pun berusia 3 tahun ++. Setiap kali terpandang mereka aku pasti terkenangkan dua orang sahabatku yang paling aku kasihi dan setiap kali aku menziarahi pusara mereka pasti si kembar ku bertanya, “Kenapa ibu & ayah abang duduk kat dalam ni Abah ” Hati aku cukup sedih, biarlah satu hari nanti mereka akan mengerti. Aku lak sampai sekarang still sorang, biarlah demi amanah ini. Sesungguhnya aku terlalu sayangkan mereka berdua…

9 Respons

  1. SEDIH JUGAK…
    TERSENTUH HATI BILA MEMBACANYA..
    CERPEN YANG MENARIK UNTUK DIBACA

  2. kisah yg menarik..
    org yg kita inta xsemestinya kita kena dapat..
    jika kasihkan sesorg,kita kena biarkn hidupnya bhgia..
    cinta itu sungguh mulia jika berlandaskan hukumnya..

  3. alah citer mcm ni semua org bleh buat..xde citer yg lain sket ke.. pa barang..

  4. dah susah skg nak cari kawan mcm tu

  5. yg jgn ego ye kgkwn….huhuuuu..cedihyer

  6. BTUL KE ADE CITER CAMNI?NANTI KALAU DAH KAWIN BDAK 2 KENA DERA KE NGAN BINI ORG 2 CAMNE….TAK SUME ORG BAIK MACM LLK TU DLM CITE NI….

  7. kalo dorang kene dera, nanti mati biarlah dia jwp dgn tuhan je..sedih wo….

  8. declare your llove b4 its 2 late….

  9. bahasa simple dan mudah difahami .Mesej adalah setiakawan dan kasih sayang dlm persahabatan…kawan yang baik akan mendorong kita melakukan kebaikan. Apa perlu diperbaiki adalah susunan. Maksudnya tiada perenggan , tulisan kecil dan sakit mata bila baca

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: