Chat Si Mati

Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dengan MUZRI tepat jam 12 malam. Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila-bila masa tetapi MUZRI lain pula. Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.
Namun, malam ini berbeza, MUZRI tidak muncul. Dia sering menggunakan nama ‘PETRONAS’ manakala Shahirah pula menggunakan nama ‘nurheart’. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana MUZRI mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC.
Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari MUZRI kerana sudah beberapa hari MUZRI tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas. Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai MUZRI namun mereka mengatakan sudah lama MUZRI tidak masuk IRC.
Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran ‘PETRONAS’ muncul. Shahirah tanpa membuang masa terus menegur MUZRI.
nurheart : Lan…
PETRONAS : Ira… maaf saya tak dapat masuk malam itu.
nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
PETRONAS : Maaf… saya tak sempat menghubungi awak. Maaf…
nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?
Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. MUZRI tidak menjawab pertanyaannya dan tiba-tiba senyap. Shahirah menunggu dengan sabar namun tetap MUZRI tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa. “Kenapa dengan kau ni, Ira?” tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu. “Aku tak faham betul. Kenapa MUZRI dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia? “Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,”kata Samirah. “Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam,” katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah MUZRI. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik MUZRI. Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi MUZRI esok selepas dia pulang dari kelas malam. Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan MUZRI sekiranya dia masuk IRC malam ini. Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan MUZRI sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila MUZRI masuk IRC. Shahirah tersenyum gembira apabila MUZRI telah menegurnya.
PETRONAS : Ira… awak marah saya ke?
nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?
PETRONAS : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.
nurheart : Kenapa?
PETRONAS : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat?
nurheart : Awak teruk ke?
PETRONAS : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai… .saya hilang darah yang banyak… saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.
nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
PETRONAS : Tidak ada siapa. Saya masih di sini… menanti orang membantu saya.
nurheart : Maksud awak?
PETRONAS : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.
Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah MUZRI. Memang MUZRI seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan. Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya.
Apabila ditanya, dia merupakan kakak MUZRI. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai MUZRI. Tiba-tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari MUZRI tidak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak MUZRI supaya mencari MUZRI di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.
Keesokan harinya, kisah MUZRI muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui MUZRI memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.

4 Respons

  1. pergh…seram cite nih….aye igt cite ape la td….naik bulu roma aye nih…

  2. memang seram cerita ni….

  3. rina 2:12pm
    kesian kat dia nasib baik ada jalan petunjuk untuk cari mayat ya tu kalu tidak mesti roh ya tidak tenteram…..

  4. seram siot..tegak bulu roma aku.tapi xmustahil kisah ini bole terjadi d alam realiti..segalany mungkin kn.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: