Idam telur serama

Cuaca pada malam itu cukup gelap sepekat malam. Awan hitam yang menutupi langit menambahkan lagi kepekatan malam. Hitamnya lebih pekat dari kicap pekat. Bintang yang bilangannya melangkaui butiran pasir di pantai tidak kelihatan walau sebutir pun di dada langit. Begitu juga bulan yang setia menerangi malam turut sama hilang dari penglihatan. Hilang ditelan awan hitam yang mendominasikan ruang angkasa. Butiran hujan bertali arus yang digugurkan awan hitam pula mendinginkan lagi suasana malam yang sedia dingin. Dinginnya hingga menembusi tulang belakang.

Aku yang sedang lena diulit mimpi tiba-tiba dikejutkan oleh satu suara. Suara si isteri yang sarat mengandungkan anak sulung kami. Anak sulung hasil perkongsian hidup dan cinta kami hampir 2 tahun. Menyangkakan isteri tersayang itu menderita penurunan suhu badan gara-gara cuaca dingin yang menggila, segera aku menghulurkan gebar yang menyelimuti tubuh dari kesejukan kepadanya. Meskipun mustahil untuk aku menyambung tidur tanpa gebar dalam kedinginan yang mencucuk sehingga ke tulang sumsum itu, aku lebih tidak sanggup untuk membiarkan isteri tersayang menderita kesejukan. Namun jangkaan aku ternyata meleset. Dia bukannya menderita kesejukan atau mahukan gebar yang lebih tebal, sebaliknya merengek-rengek mengidamkan sesuatu. Entah apa yang muncul dalam mimpinya, tak semena-mena mengidam nak makan. Kalau setakat nak makan nasi atau roti canai tu kira okay lagi, tapi dia nak telur. Dah tu bukan telur ayam sebarangan ayam pulak, tapi telur ayam serama. Tapi nasib baiklah jugak dia tak minta telur penyu.

Walaupun suasana malam yang amat dingin dan gelap pekat, selaku suami mithali aku turutkan juga keinginan isteri tersayang. Tanpa berlengah aku turun menuju ke sangkar ayam serama yang berada di belakang rumah dengan lampu suluh yang sekejap padam sekejap padam dan akhirnya tak menyala lagi. Di samping itu aku berharap telur yang ditelurkan oleh induk serama itu belum berembrio apatah lagi sudah menetas.

Lantaran kegelapan dan tiada bantuan cahaya menyebabkan pergerakan ke sangkar ayam serama di belakang rumah itu terbata-bata dan terasa begitu jauh sekali. Saling tak tumpah seperti orang buta kehilangan tongkat. Dalam pada teraba-raba, tergagau-gagau akhirnya sampai juga aku ke sangkar ayam serama itu. Tapi masalahnya belum habis. Sebaliknya makin sulit sebab aku langsung tak nampak kelibat ayam serama di dalam sangkar. Telurnya lagilah tak nampak. Memandangkan sangkar itu kecil dan pintunya pula hanya mampu meloloskan tangan makan terpaksalah aku tergagau-gagau sekali lagi. Ternyata kerja itu bukanlah satu kerja yang mudah. Untuk mengelakkan ibu dan bapak serama dalam sangkar terkejut dengan pencarianku itu sekaligus menyebabkan telurnya pecah, terpaksalah aku mencarinya dengan penuh hati-hati. Setelah beberapa minit berlalu aku masih juga tidak memperolehi telur yang dikehendaki. Sebaliknya tahi ayam yang tidak dikehendaki itu pula yang bertalu-talu terpalit kat tangan.

Dalam pada teraba-raba dan tergagau-gagau itu tiba-tiba satu cahaya tersuluh ke dalam sangkar itu. Maka dengan teranglah sangkar itu sekaligus memudahkan aku mencari serta mengambil dua dari empat biji telur serama tersebut. Entah kenapa, tidak semena-mena aku turut mengambil induk serama itu sekali. Setelah mengambil telur dan induk serama itu barulah aku terfikirkan cahaya yang menyuluhi sangkar tersebut. Lantas aku memeriksa lampu suluh yang aku bawa itu dan mendapati ianya tidak menyala sedangkan cahaya yang terpancar itu masih menerangi sangkar serama. Sedetik kemudian aku terdengar satu suara dan segera berpaling…

“Betul tuk, saya betul-betul tak perasan. Maklumlah gelap sangat,” cerita Usin tersengih-sengih sambil menghulurkan telur dan induk serama kepada Tuk Suid, ketua kampung di hadapannya itu.

“Betul… memang susah nak cam apa-apa dalam gelap. Saya juga setuju jika isteri kita mengidam, kita kena usahakan apa yang dia nak makan. Tapi masalahnya, sejak bila pulak kau bela ayam serama dan bila pulak kau kawin, ha?!” Balas Tuk Suid seraya memasukkan kembali telur dan induk ayam seramanya yang nyaris-nyaris dikebas oleh Usin itu.

3 Respons

  1. ??????????

  2. hahaha..bleh tahan gak la citer nie..

  3. mender nih…………
    citer lwk ker……
    hahahahahahahahaha…………..
    bleh thn r…………….
    lem kli bg logik sket

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: