Kesilapan Terakhir

“Hai Boss!” sapa Atila dengan senyuman menggodanya. Hanya dia yang berani menyapaku sedemikian. Pekerja yang lain secara rutinnya mengucapkan “Selamat Pagi, Tuan!’ sambil menundukkan kepala. Aku dihormati kerana kedudukanku sebagai boss di Menara Berhad. Aku mempunyai ramai pekerja tetapi Atila yang paling mendapat perhatian istimewaku. Teringat kembali ketika menemuduga bakal setiausaha baruku. Terlalu ramai calon yang layak dan berkebolehan tetapi Atila jua yang kupilih. Peliknya Atila tidak punya kelulusan dan pengalaman yang layak tetapi terlalu berani mencuba nasib di syarikat ini. Bila kuajukan soalan,dia hanya tersenyum jika tidak dapat menjawab soalanku.Ah!Betapa manisnya senyumannya. Dan jika mampu menjawab, dia akan menuturkan baris-baris kata yang penuh manja sambil diselangi ketawa menggoda. Dan begitu berani Tila mencubit tanganku apabila aku sengaja mengusiknya dengan gurauan. Penampilannya yang menggoda sudah pasti mencairkan keimananku. Tanpa mengendahkan kelulusan SPMnya yang hanya S.A.P , aku juga begitu berani mengambilnya bekerja di syarikatku. Aku sedar calon-calon lain yang lebih layak pasti kecewa sekiranya tahu aku memilih Atila hanya kerana faktor peribadi. Aku sememangnya tidak mampu menewaskan aura Atila yang menusuk tepat ke dadaku. Tanpa sedar, Atila sudah berada dihadapanku. Wangian ‘Chanel’ semerbak bau sudah kuhafal aromanya. Wangian itu pemberianku ketika Atila pertama kali menjejak kaki ke syarikatku untuk berkhidmat. Sungguh cepat aku tergoda dengan Atila. Dan masih kuingat Atila menjerit riang ketika membukanya. Terus Atila menyembur di blouse putih nipisnya dan juga menyembur di atas kot yang kupakai! Hari itu, seluruh pejabat tertanya-tanya kenapa boss dan setiausaha baru memakai wangian yang seakan sama! “Boss… … minit mesyuarat tu belum siap lagi. Tila tak … … … .” Belum sempat dia menyudahkan ayat, aku menutup bibir mungilnya. ” Tak apa. Suruh Lucy bantu siapkan. Tila hanya taip saja… Nanti saya beritahu Lucy … .” jelasku. Aku tahu Tila tidak mampu membuat minit mesyuarat yang baik. Mata Tila tiba-tiba redup memandangku. Seperti diduga, dia duduk di atas ribaanku dan aku akur merelakan… … .Pintu tertutup rapat terkunci. Seperti hari-hari yang lepas, Atila melayanku begitu istimewa. Setiap pagi dia membancuh kopi untukku yang paling enak dan kadangkala mencuri masuk bilik pejabatku hanya untuk bersamaku. Jika aku begitu sibuk menjawab panggilan atau menyudahkan kerja, Tila begitu ringan tulang mengemas mejaku dan rak-rak yang kadangkala berselerak dengan fail dan buku. Bunga-bungaan segar sentiasa menghiasi mejaku. Ros adalah bunga kesukaan Atila dan hampir setiap hari Atila akan menukar -ganti. Kadangkala jika Atila rasa tertekan dengan kerjanya, dia akan meluru masuk ke dalam bilikku dan tidur di atas sofa empukku. Aku sudah masak dengan perangai Atila. Hasil kerja Atila tidaklah memuaskan seperti yang kuharapkan. Aku tahu Atila terbeban dengan kerja yang di luar keupayaannya. Dia tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman. Aku teringat bagaimana Atila terpinga-pinga mempelajari segala yang baru. Dia juga terkial-kial menggunakan komputer. Namun dia begitu tekun belajar dan banyak menunjukkan peningkatan. Walaupun kadangkala begitu kecewa dengan persembahannya, aku masih mahu Atila berkhidmat di syarikatku. Merenung wajah ayunya setiap pagi bagai memberi semangat pada diriku. Jika dia tidak datang bekerja, akulah orang yang paling gelisah. Hubunganku dengan Atila semakin mesra .Dia juga semakin berani. Walaupun aku dan Atila cuba melindungi dengan penuh rahsia, gosip-gosip mula kedengaran. Akhirnya satu syarikat tahu aku mempunyai hubungan sulit dengan Atila. Cuma mereka tidak berani bercakap didepanku dan membantah. Fikiranku pula semakin berkecamuk.Aku dalam dilemma. Rumah sudah selalu aku tinggalkan berhari-hari. Bila kujenguk, hanya sekadar menukar baju. Aku lebih rela menghabiskan malamku di pusat-pusat karoeke dan hiburan bersama Atila. Berseronok dengan kawan-kawan di kelab eklusif atau di padang golf di hujung minggu. Sesekali melancong ke tempat-tempat peranginan.Semuanya bersama Atila yang manis dan manja. Aku juga tidak mengerti bagaimana diriku dirasuk sedemikian rupa hingga lupa pada… Zulaikha. Zulaikha… wanita yang sudah sekian lama berkongsi hidupku. Bersama-sama bersusah-payah mengharungi onak dan ranjau di zaman kesusahanku. Sanggup berkorban harta dan nyawa semata-mata mahu melihatku berjaya di alam kerjaya. Bergolok-bergadai ketika aku dalam kesulitan. Dia begitu bahagia bersamaku ketika susah… tetapi menderita ketika aku dalam kesenangan dan puncak karier..Walaupun aku kini dapat memberinya kemewahan..tetapi kemewahan tidak dapat membeli kebahagiaan dan kasih sayang yang hilang… … … .. Sofea dan Safuan. Cahaya mataku yang comel dan semakin membesar hasil perkongsian hidupku dengan Zulaikha. Pasti mereka kini rindukan belaian seorang ayah. Sudah lama mereka tidak kubawa berjalan atau bercuti di tepi pantai. Adakah mereka masih memanggilku ayah sekiranya tahu aku telah menghancurkan hati ibu mereka sendiri? “Eh abang… bila bang balik? Zu tak sedar abang sampai..”isteriku menyambutku dengan senyuman sambil mengucup tanganku. Tetap mesra seperti selalu walau berhari-hari kutinggalkan tanpa sebarang berita. Di sudut hatiku, kecewa dengan reaksinya.Aku menjangka dia akan menarik muka masam atau memarahiku. Mengapa tiada amarah darinya? Sudah pasti gosip hangat hubungan aku dan Atila sudah sampai ke telinganya. Aku mahu dia marah padaku yang sememangnya tidak layak digelar suami! Aku wajar dihukum bukannya disambut dengan kasih sayang!Ah Zulaikha..begitu tabah hatimu… … … .Suamimu ini patut dihukum ! Aku berasa begitu bersalah, jijik dan kotor. Aku bukan seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab! Aku telah curang pada isteriku yang selama ini begitu setia dan percaya padaku. Dan aku telah mengabaikan anak-anakku yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah… … .. Didorong perasaan bersalah tetapi begitu ego mengakuinya, aku bergegas keluar. Zulaikha memegang erat tanganku. “Abang… abang belum makan lagi.Zu dah masak lauk kegemaran abang… Makanlah dulu,bang… “rayu Zulaikha. Aku menolak tangannya. “Abang outstation lagi… … … “itu saja penjelasan dariku. Dan kulihat air mata beningnya menitis laju ketika kumelangkah pergi. Maafkan abang,Zulaikha… … . Berhari-hari aku dihimpit rasa berdosa. Atila sedaya-upaya menceriakan hatiku dengan usikan dan gurauannya. Pelbagai cara dia lakukan hanya untuk mengembalikan senyumanku. Hatiku seumpama bertukar menjadi batu. Aku sudah tidak mampu untuk tersenyum… apatah lagi untuk bermesra-mesraan dengan Atila seperti dulu. Atila mula menarik muka masam. Tetapi rajuknya tidak panjang. Melihatku tiada reaksi untuk memujuknya, dia kembali tersenyum dan semakin lincah mengusikku. Kasihan Atila… Aku tidak berdaya lagi melayan karenah manjanya. Apa kurangnya Zulaikha berbanding Atila??Aku cuba mencari-cari kekurangan isteriku supaya rasa bersalahku tidak begitu terasa. Ahhh..Atila lebih cantik, muda, manja, lincah, dan menggoda!Atila pandai mengambil hatiku… .Atilah segalanya!Tetapi adakah itu ukurannya untuk membezakan dia dengan Zulaikha? Zulaikha juga mempunyai kecantikannya tersendiri. Dan dia juga mempunyai caranya sendiri dalam mengambil hatiku. Walaupun tidak selincah Atila, Zulaikha adalah seorang wanita yang penuh kelembutan dan kesopanan budi pekerti. Jiwanya penuh kecintaan terhadap suaminya dan perwatakan keibuannya sesuai untuk mendidik anak-anakku. Zulaikha menjadi sokongan ketika aku tiada dahan untuk berpaut! Ah! Adakah Atila wajar mengambil tempat Zulaikha? Zulaikha bersamaku ketika susah dan senang manakala Atila hadir dalam hidupku ketika aku dilimpah kemewahan! Maafkan aku lagi,Zulaikha.. Nekad aku ingin kembali kepada Zulaikha.Sudah sebulan aku melupakan tanggungjawabku sebagai suami dan ayah.Biarlah Zulaikha menghukumku.Biarlah aku terbakar dengan api amarahnya… Meninggalkannya lagi ada sesuatu yang mustahil kulakukan. Aku juga sudah tidak sanggup berpisah dengan Sofea dan Safuan. Aku sedar akan kesilapanku. Antara kaca dan permata… mana mungkin aku melepaskan permata yang sekian lama kubelai dan kulindungi. Biarlah kesilapan ini menjadi kesilapan terakhirku… … . Atila… Gadis ayu itu telah aku lepaskan pergi. Walaupun kutahu hatinya remuk dan kecewa, dia begitu memahami kedudukanku sebagai suami orang dan reda dengan keputusanku. “Atila hanya menumpang kasih. Tidak mungkin Atila mahu menghancurkan rumahtangga abang dan merampas kebahagiaan orang lain..Kak Zu bertuah memiliki abang… Atila yang bersalah mengeruhkan suasana. Abang..jangan diulangi kesilapan yang telah kita lakukan. Biarlah kesilapan ini kesilapan terakhir… .”ucapnya dengan tabah sebelum melangkah pergi meninggalkan Menara Berhad. Terima kasih Atila di atas pengertianmu. Ya..kesilapan ini adalah kesilapan terakhir… .Aku berjanji, Zulaikha!

Satu Respons

  1. cerita ni sesuai bagi lelaki yang bergelar suami…mesej bagus ttg keinsafan si suami terhadap kecurangannya… tapi bolehkah si isteri memaafkan andai dia tahu ? bagi suami mungkin mudah mengungkapkan kata maaf… tapi mungkinkah kemaafan diberi dgn relahati atau dlm keadaan terpaksa… terpaksa memberi kemaafan hanya demi anak – anak ? Luka dihati cukup susah diubati… Oleh itu …Wahai suami… fikirlah sebelum melakukan sesuatu sebelum menyesali tindakan yang telah dibuat…sentiasa mohon pertunjuk dari Yang Esa dan jadikan agama sebagai cara hidup… amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: