mawar di senja hari

Salahkah aku menginginkan cinta dari seorang lelaki. Aku juga punya perasaan .tetapi kenapa mereka menafikannya? Hinakah aku?Aku tahu kerana aku hanya anak seorang janda yang miskin aku di pinggirkan.Tambahan aku tidaklah secantik gadis-gadis lain.Tapi siapa mereka untuk menjatuhkan hukuman ke atas aku?!Aku juga manusia seperti mereka!Ah, inilah lumrah kehidupan!Air mataku tidak mampu untuk mengalir lagi.Biarlah mereka menghinaku.Biarlah&..Langkah kakiku atur menyelusuri pantai yang membiru.Aku cuba membuang segala apa yang aku rasa tentang dunia ini.Benci!Sedih!Ya ALLAH bantulah hamba-Mu ini!Deruan angin petang itu memang mengasyikkan.membuatkan aku lupa seketika tentang dunia yang begitu menyeksakanku.Kak Balqis, ada abang bagi bunga pada kakak.Tiba-tiba kedengaran suara seorang budak dari belakangku.Aku menoleh.Budak lelaki seusia adik lelakiku itu tersenyum memandangku .Dia memegang sekuntum mawar putih,bunga kesayanganku.Siapa yang bagi?.Abang Hazriq,anak Encik JohanTerpana aku mendengarnya.Hazriq?Ah,tak mungkin!Lelaki itu?Lelaki yang sering kali menjadikan aku bahan ketawanya!Tak mungkin!Cintaku dianggap hina.Mana mungkin dia!Setakat muka tu jangan haraplah aku nak!!.Masihku teringat kata-kata Hazriq yang amat menyakitkan hatiku.Saat itu aku bagai di neraka dunia.Hatiku sebak.hampirku menagis saat itu. Dia terus-terusan mentertawakanku .Dia cuba mempermainkan perasaanku lagi!.Maaf, Riq kali ini aku tak mungkin cepat melatah! Adik beritahu abang Hazriq,akak ucapkan terima kasih.Pulangkan balik bunga tu kepadanya,ujarkuTapi&tak ada tapi-tapi lagi.Cakap kat dia akak ucapkan terima kasih.Budak itu berlalu pergi . Bunga di tangannya kuperhati. Disekeliling rumahku di hiasi oleh bunga-bunga mawar pelbagai jenis,dan paling ku sukai adalah bunga mawar putih.Bagiku putih itu bersih.Tidak pernah dinodai. Kenapa kau tak ambil bunga yang aku bagi?Suara yang amat ku kenali itu tiba-tiba menjengah ruang telingaku.Aku berpaling. Hazriq memandang tajam kearahku. Aku mula mengatur langkah untuk berlalu. Nanti kalau lebih lama aku tunggu aku akan keliru.Kau nak ke mana?Langkahku terhenti .Kata-kata Hazriq yang sedikit tinggi itu mengejutkan aku. Kenapa dia harus marah? Bertaruhkah dia?Aku tanya kenapa kau tak ambil bunga tu?Pertanyaanya begitu kasar pada pandangan aku. Aku membisu.Malas untuk aku menjawabnya.Apa gunanya aku menjawab !?Kalau tidak hanya untuk menyakitkan hatiku sahaja!Hei,aku Tanya kau!Bukannya tunggul?!!Maaf encik Hazriq saya rasa awak tersilap orang.Nama saya Balqis.Anak kepada seorang janda miskinAku menoleh ke belakang.Betapa aku tidak menyangka Hazriq betul-betul di belakang aku. Wajah itu memang tampan.Bersih.tanpa di nodai oleh jerawat.Putih bersih.Aku minta maaf .Maaf? Benarkah Hazriq yang menuturkannya? Tapi untuk apa? Atau ini sebahagian daripada rancangannya untuk kenakan aku?Kau tak salah,ujarku lalu melangkah pergi.Hada?! Aku rasa kita harus berbincangHada? Buang tabiat ke mamat sorang ni? Cuma mak aku yang panggil aku Hada.Buat kesekian kalinya aku menoleh .Hazriq mendekatiku.Tiada apa-apa yang harus kita bincangkanBanyak, Hada.Tentang aku dan kau.Tentang apa yang berlaku selama ini.Kau dan aku? Maaf aku rasa tiada apa-apa antara aku dan kauHazriq mengeluh.Entah untuk apa aku tidak tahu. Apa yang berlaku antara kami? Pergaduhan ? Penghinaan yang dilemparkan olehnya kepadaku? Apa lagi?Aku cuba untuk menangkis perasaan ini terhadap kau, tapi aku tak boleh. Semakin lama aku rasa aku terperangkap dengan perasaan aku sendiri. Aku sudah tak mampu untuk menafikan perasaan ini.Er..er..Aku menyintai kau,HadaTersentak aku mendengarnya.Betulkah Hazriq yang mengatakannya? Atau ia sekadar lakonan? Aku tersenyum sinis. Menafikan kata-kata jejaka tampan itu. Kau nak dengan aku?Aku rasa lebih baik kau pergi tengok muka kau tu kat cermin!.Masihku teringat kata-katanya dahulu.Betapa pedih untuk aku menerima kenyataan Hazriq membenciku.Tetapi kini dia mengatakan sebaliknya.Hazriqkah itu Atau sekadar fantasiku semata-mata?! Aku bermimpi? Berfantasi di alam realiti?!Hada?! Kau dengar tak?Tolong , Riq! Jangan mempermainkan perasaan aku lagi. Aku dah tak sanggup menjadi bahan mainan kau!Aku bukan anak patung yang boleh kau main dengannya !Aku minta maaf ,Hada.Aku langsung tidak terniat untuk mempermainkan kau. Aku tahu perasaan kau bila aku menghina kau.Aku sendiri tak tahu kenapa aku melayan kau macam tu?! Mungkin untuk menjauhkan perasaan aku terhadap kau.Tapi aku tak mampu. Aku sendiri sedih tengok kau menangis kerana aku.Kalau boleh aku sendiri nak memujuk kau tapi aku ego.Aku takut kau ketawakan aku.Aku takut kau juga sebenarnya hanya nak mempermainkan perasaan aku sepertimana apa yang aku alami dulu.Permainkan kau? Kau memang gila!Aku ketawa kecil mendengar kata-kata Hazriq. Siapa aku untuk permainkan kau? Siapa aku? Aku memang tidak pandai untuk mempermainkan orang lain kerana aku tahu perasaan di permainkan .Sebenarnya aku lah yang sering kali menghantar mawar putih kepada kau!Hah!? Diakah jejaka bernama Amirul yang sering kali menghantar bunga kesayanganku? Betulkah dia?Dear my princess,I just want to say ..I love you so muchTerimalah bunga mawar putih ini Sebagai lambang cinta saya pada awakAmirul Kad berbentuk bunga yang di terima olehku minggu lalu tiba-tiba terbayang di ruang minda .Benarkah dia yang bernama Amirul? Benarkah dia yang membantu keluargaku dahulu?ketika kami di timpa masalah? Ibuku memberitahuku bahawa seorang lelaki bernama Amirul datang ke rumah memberi bantuan kepada kami. Diakah?Akulah Amirul ,Hada.Nama aku yang sebenarnya adalah Amirul Hazriq. Akulah yang sering kali menghantar mawar putih kepada kau.Aku tahu kau amat menyukainya. Aku suka melihat kau di taman bunga kau .Kau amat menarik di kelilingi oleh bunga-bunga mawar terutama mawar putih .Hazriq?Benarkah? Benarkah apa yang kau katakan ini? Kau tidak berpura-pura? Katakan tidak,Riq!!Aku tahu kau tentu tidak akan mempercayainya. Ya, aku harus terima kenyataan mana ada wanita akan mempercayai kata-kata lelaki yang menghinanya.Satu keluhan di lepaskan oleh lelaki itu. Aku mengeluh lemah .Haruskah aku mempercayai kata-kata Hazriq? Tidak berbohongkah dia?Atau aku yang berfantasi seperti tadi? Aku mencubit pipiku. Kedengaran ketawa kecil daripada Hazriq.Untuk apa dia tertawa? Dia mempermainkan aku? Aku tertipu?!Ya,ALLAH!Kau tidak bermimpi,Hada.Aku benar-benar maksudkannya.I love you so much .I really mean it! Aku tahu kau takkan menolak cinta aku kerana kau juga menyintai aku.Betulkan?Haruskah aku mengakuinya? Atau terus menafikannya walaupun selama ini jelas perasaan aku terhadapnya melebihi perasaan terhadap seorang sahabat? Tetapi bukankah itu bermaksud aku membohongi diriku sendiri?!Kau tak ingin mengakuinya kerana takut aku mempermainkan engkaukan? Tidak untuk kali ini Hada .Aku benar-benar menyintai kau setulus hatiku. Aku ingin bersama kau membina taman yang kau idam-idamkan .Seperti mana yang sering kau impikan setiap kali kau ke sini. Membina sebuah taman yang di penuhi oleh bunga-bunga mawar pelbagai warna.dan paling penting mawar putih lambang cinta kita.Aku memandangnya kehairanan .Bagaimana dia tahu tentang impian aku? Aku lihat dia tersenyum. Manis senyuman itu! Senyuman itu buat aku tertawan.Dia menghampiriku.Serta-merta tangannyadi hulurkan kepadaku. Haruskah aku menyambutnya?Tangan aku bersih .Bukan muhrim . Tak boleh pegangHazriq tertawa. Ketawanya itu amat mengasyikkan.Dia merenungku. Renungan yang menggodaku.Aku ingat kau lupa tentang ituAku tersenyum. Nasib baik aku tidak menyambutnya tadi.Aku kembali kehairanan melihat dia membalut tangannya dengan sapu tangan .Sekarang tentu bolehkan?tanyanya.Aku tidak menyambutnya. Terasa ragu-ragu. Benarkah dia tidak membohongiku?Benarkah dia menyintaiku? Apa harus ku lakukan kini? Menerima? Menolak? Aku benar-benar takut kalau dia hanya ingin mempermainkan aku.Tuan puteri tidak sudi bersama patik?Terkejut aku mendengarnya . Sesaat kemudian aku terasa mukaku merah padam .Terasa hangat semacam. Kali ini dia semakin hampir kepadaku dengan senyuman yang menawan. Sudi kiranya puteri terima mawar putih ini ikhlas dari patikMawar putih itu di hulurkan kepadaku . Aku menyambutnya lantas menciumnya.Wangi! Tangannya yang berbalut dihulur kepadaku. Kau tak sudi bersama aku,Hada? Kalau begitu tak apalah. Mungkin aku sudah terlambat. Zaidi terlebih dahulu mencuri hati kauHazriq melangkah pergi.Aku terpaku.haruskah aku menahannya? Pergi,Qis sebelum terlambat! Dia benar-benar cintakan kau!Satu suara seolah-olah menyuruh aku mendapatkan Hazriq .Lantas aku berlari mendapatkan Hazriq.Riq?!Jejaka itu menoleh.Ah, matanya merah!Menahan tangiskah dia?Aku cuba tersenyum.Entah kenapa air mataku mengalir saat itu.Jangan menagis, sayang . Riq sudah tak sanggup melihat airmatamu mengalir kerana aku lagi.senyumlah kerana senyumanmu itu buat aku tertawan,buat aku gembira.can you?Terasa jari-jemari Hazriq mengesat airmataku.Akhirnya kepalaku rebahkan ke dada sasanya .Tiba-tiba aku terdengar tepukan. Mula-mula seorang.Kemudian semakin ramai.Aku memandang Hazriq. Dia tersenyum.Aku terpedaya lagi? Aku menggeleng. Genggaman tangan Hazriq ku lepaskan. Tahniah ,Riq!Kedengaran suara kawan-kawan Hazriq yang kegembiraan. Aku terus berlari meninggalkan Hazriq.Sampai hati dia mempermainkan aku!Air mataku mengalir deras.Hada!Hada!Kenapa ni?Rupa-rupanya Hazriq mengejarku.Tangannya menarik tanganku.Kenapa ni sayang?Sampai hati Riq kenakan Hada!Siapa kenakan Hada?Riq benar-benar cintakan HadaHabis tu kenapa kawan-kawan&.Hazriq tersenyum .Dia menggeleng beberapa kali.Bahuku di pegangSebenarnya merekalah yang memberi sokongan kepada Riq untuk berterus-terang kepada Hada. Mereka juga yang menyemarakkan cinta Riq kepada Hada. Ingat tak masa mula-mula Riq datang sini? Masa tu kita terserempak di kedai Uncle weng.Waktu itulah Riq jatuh cinta pada HadaHazriq cuba menyakinkanku.Waktu itu juga aku lihat air mata Hazriq mengalir.Buat pertama kalinya.tidak lama kemudian aku terdengar petikan gitar.Madi yang memetik gitar sambil menyanyikan sebuah lagu cinta untuk aku dan Hazriq. Betapa aku gembira saat itu.Moga kalian bahagia,ucap Madi

Satu Respons

  1. boring giler. tah pape tah citer ni merepek

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: