Mengapa Mesti aku

Deringan telefon menghentak ketenangan pagi lantas membangunkan aku dari tidur yang lena. Berat rasanya kakiku untuk melangkah untuk menjawab panggilan itu. Aku tertanya-tanya siapakah gerangan yang menelefonku pagi-pagi begini. Aku menjawab panggilan itu. Rupa-rupanya Jufri, teman lelakiku menelefon aku. Dia mengajakku keluar tengah hari nanti. Aku pun bersetuju untuk berjumpa dengannya memandang sudah hampir seminggu aku tidak berjumpa dengannya.Tepat pada pukul satu, Jufri sampai lalu mengajakku makan. Selepas sahaja kami selesai makan, Jufri megatakan tujuannya. Jufri mahu meminjam wang untuk membiayai kos bagi pembedahan ibunya sedang sakit di hospital. Aku terasa berat hati untuk memberinya wang tersebut kerana aku sendiri memerlukan wang. Ini bukanlah kali pertama dia meminta wang dariku. Sebelum ini juga dia pernah meminta wang dariku malah wang itu masih belum terbayar lagi. Wang yang diminta Jufri bukanlah sikit tapi banyak. Aku berasa serba salah. Aku tidak tahu sama ada aku harus memberinya atau tidak. Aku meminta masa dari Jufri untuk aku memikirkannya dahulu.Setelah beberapa hari berlalu barulah aku dapat membuat keputusan. Aku bersetuju untuk memberi Jufri wangnya. Itupun kerana aku amat menyayangi ibu Jufri seperti ibuku sendiri kerana sifatnya yang baik itu. Lagipun aku tidak mahu perkara lama terulang kembali. Masih segar di ingatanku kejadian yang meragut nyawa Fazli, tunangku. Semuanya berpunca dariku.Ketika itu Fazli menghubungiku untuk mengajakku keluar. Aku merasa sangat penat sekali memandangkan pada masa itu aku agak sibuk. Kerana tidak mahu mengecewakannya aku pun bersetuju untuk menemuinya. Aku bergegas ke dari pejabatku untuk berjumpa dengannya. Aku tiba tepat pada waktunya. Aku mencari-cari Fazli namun batang hidungnya pun tidak kelihatan. Selepas agak lama menunggu, aku pun bercadang untuk pulang. Sebaik sahaja aku melangkah pulang, aku terdengar seseorang memanggil aku. Aku menoleh. Rupa-rupanya itu Fazli. Maafkan aku, sayang. Aku terlambat, kata Fazli seakan-akan dia tidak bersalah.Kau tahukan aku bersusah payah datang ke sini semata-mata tidak mahu terlewat. Sudahlah aku penat bekerja seharian di pejabat. Tapi kau yang lambat. Beginikah caranya kau melayan aku? Sanggup kau membuatku tertunggu-tunggu? marahku dengan nada yang kuat.Maaflah, Shikin. Bukannya aku sengaja. Aku terperangkap dalam kesesakkan jalan raya. Kau maafkan aku,ya? rayunyaAh, sudahlah! tengkingku. Perasaan marah menyelubungi diriku. Aku cepat-cepat beredar dari situ.Rasanya aku ingin saja menampar wajahnya tapi aku cuba untuk mengawal perasaan marahku itu.Sebaik sahaja aku pulang ke rumah, aku menghempaskan diriku ke atas katil dan terus lena diulit mimpi. Tiba-tiba deringan telefon memecah kesunyian malam itu. Aku terjaga dan lantas melangkah untuk menjawab panggilan itu walaupun kakiku terasa berat sekali.Alangkah terkejutnya aku apabila panggilan itu adalah daripada ibu Fazli mengatakan yang Fazli sudah tiada lagi. Panggilan itu benar-benar menghancurkan hatiku bagaikan kaca terhempas ke batu. Air mataku jatuh membasahi pipi mudaku. Aku tidak dapat menahan kesedihanku. Rasa bersalah mula terasa. Aku terlalu bodoh kerana berkelakuan begitu terhadap Fazli.Kini semuanya sudah berlaku dan ia hanya tinggal kenangan yang sentiasa mengusik jiwaku. Kenangan bersama Arwah Fazli sentiasa bermain di fikiranku. Hidupku terasa kosong tanpa Arwah Fazli. Aku menyesal atas kekasaranku terhadapnya. Amat sukar untukku melupakannya. Kehadiran Jufrilah yang telah membuatku melupakan kenangan bersama Arwah Fazli walaupun masih ada yang tersisa. Aku tidak mahu kehilangan Jufri sepertimana aku kehilangan Arwah Fazli. Itulah sebabnya mengapa aku mahu meminjamkan wangku kepada Jufri.Selepas sebulan berlalu, ibu Helmi beransur pulih dan dibenarkan pulang. Sejak kepulangan ibu Helmi, Helmi tidak sekalipun menghubungiku apatahlagi berjumpa denganku. Fikiranku dirasuk ingatn yang bukan-bukan. Pelbagai soalan datang bertalu-talu dalam fikiranku. Adakah dia sudah mempunyai wanita lain selain aku ataupun dia sudah tidak menyukai aku? Soalan itu sentiasa memenuhi kotak fikiranku. Aku cuba menepis-nepis ingatan ku terhadap soalan-solan itu tapi aku tidak mampu berbuat demikian.Pernah sekali aku menghubunginya tapi tersalah talian. Kerana aku benar-benar ingin tahu, aku pun mengunjungi ibunya di rumahnya. Tapi malangnya, mereka sudah tiada di situ. Aku terkejut apabila seorang wanita cina yang membuka pintu itu dan mengatakan pemilik rumah ini sudah sebulan berpindah dan dialah sekarang pemilik rumah itu. Aku berasa hairan mengapa Jufri mahupun ibunya tidak menghubungiku dan mengatakan yang dia sudah berpindah.Selang beberapa hari, aku terserempak dengan Jufri. Pada mulanya hatiku melonjak-lonjak kegembiraan tetapi sagalanya berubah apabila datang seorang wanita lalu memeluk erat Jufri. Hatiku retak seribu. Aku masih lagi mengingati wanita itu. Dahulu dia pernah cuba untuk merampas Jufri daripadaku tetapi tidak berjaya. Kali ini dia telah berjaya menambat hati Jufri. Patutlah Jufri tidak menghubyngi aku lagi. Ketika dia berpindah pun dia tidak menghubungiku. Benar kata teman-temanku yang Jufri sudah mempunyai wanita lain. Hatiku benar-benar hancur bagaikan kaca yang dihempas ke batu. Aku tidak menyangka yang Jufri sanggup berbuat demikian kepadaku selepas banyak wangku habis kerana ingin menolongku. Hatiku benar-benar terluka dengan perbuatannya terhadapku.Mengapakah kau sanggup melukakan hati seorang wnita yang begitu tulus dan setia kepadamu? bentak ku dalam hati.Kini, setelah setahun berlalu, peristiwa itu masih lagi segar dalam ingatanku. Kenangan itu sering mengusik jiwaku dan adakalanya ia membuat manik-manik jernih keluar dari birai kolam mataku. Tapi apakan dayaku, hidup masih perlu diteruskan. Sehingga kini, rasanya seperti masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatiku. Perbuatan Jufri seperti kacang lupakan kulit. Namun aku sentiasa berdoa kau bahagia dengan gadis yang kau pilih itu. Mungkin sudah tiada jodoh aku dengan Jufri. Aku redha. Malah aku bersyukur yang aku telah berjasa kepadanya walaupun dia sanggup melukai hatiku.

2 Respons

  1. bored!!!!!!!!!!!!

  2. MMG BORED..XTHU APER MOTIF YG NK DISMPAIKAN…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: