milikku jua

Air mata Linda mula menitis membasahi pipinya yang gebu… maner taknyer, terpaksa meninggalkan ayahanda tercinta jauh di seberang lautan… tapi tak ler jauh maner pun, dalam malaysia gak lagi… tapi disebabkan dier tak pernah berpisah dengan lelaki yang usianya dah separuh abad tu, membuatkan hatinya benar-benar tersentuh, sebak sungguh.. Ikutkan hatinyer, dier memang tak nak pegi, lebih2 lagi Tuan Hamdan mengidap sakit jantung, tapi Tuan Hamdan yang beria suruh dier pegi.. pegi menuntut ilmu katanya. Lagi pun aper yang Tuan Hamdan lakukan adalah untuk kebaikannya juga, bukan org lain… cuma, ialah… dier tak nak ayahnya keseorang setelah kematian isteri 20 tahun yang lalu, akibat kanser payudara. Setelah itu, dierlah yang menjadi teman setia pada Tuan Hamdan. Walaupun hanya anak angkat, tapi Tuan Hamdan tetap melayannyer seperti anak sendiri, dier tahu lelaki itu terlalu sunyi hidupnyer, bukan dier tak pernah menasihatkan Tuan Hamdan agar mencari pengganti, tapi tenyata Tuan Hamdan begitu setia pada arwah isterinya… begitu dalam cinta dan sayangnya pada arwah Puan Kalsom… ‘Jangan terlalu risaukan abah, abah cuma nak tengok Lin berjaya dalam hidup, itu harapan abah sejak Lin kecil lagi. Lagi pun bukannya abah tinggal berseorangan, Pak Mail ader… usah lah Lin risau..ok sayang??’ Teringat Linda akan pesan ayahandanya.. ‘Oh abah, dapatkah aku menahan rasa rindu ku nanti? Dapatkah ku kekang kerisauan yang menggunung dalam dadaku ini?’
Teringat Linda saat dier meninggalkan semenanjung sebulan yang lalu, walaupun wajah abah tampak tenang, tapi bergenang jua air mata lelaki itu…
‘Teringatkan abah ker??’
‘Mmmm?? Zul..?? Biler sampai… ?? Maner tau Lin ader kat sini??’ tanya Linda sambil mengesat air matanya.
‘Dah lamer dah..Lin jer yang tak perasan… Lagi pun, tunang aper namenyer kalau tak tahu kat maner buah hatinya suka melayan perasaan??’ jawab Zul sambil menghulurkan air soya. Memang Zul begitu prihatin dengan tunangnyer yang sorang ni. Al-maklumlah, Tuan Hamdan yang menyuruhnyer bersama-sama ngan Linda ker Negeri Di Bawah Bayu ni. Samer2 belajar dan yang paling besar tanggungjawabnya menjaga Linda, bakal isterinya. ‘Begitu sayang Tuan Hamdan pada anak daranya yang sorang ni.’ Desis hati Zul. Zul tersenyum memandang Linda. Memang bertuah dier memiliki hati gadis kecil molek ni. Kulit putih bersih, hidung mancung bak seludang, matanya..alahai..luluh hati lelaki yang memandang, maner tak nyer… matanya ibarat mata heroin citer klasik ‘Cave of The Golden Roses’ – Phentagirow, dier sendiri cair dengan jelingan Linda. ‘Aku memang bertuah!!’ jerit hati Zul. Bukan sikit2 lelaki yang cuba menawan hati Linda, ramai!! Tapi, dier juga yang bertuah kerana berjaya bertakhta di hati gadis kesayangannyer ini, dan takut disambar org, dier terus mengikat tali pertunangan dengan Linda, dan sekaligus membuktikan yang dier bersungguh-sungguh menyanyangi Linda. ‘Takkan aku persiakan kau , wahai gadisku!!’ desis hati Zul lagi. Dier melemparkan pandangannyer ke arah laut yang terbentang luas dihadapan nyer. Linda memang suka ke tepi pantai ni. Pantainyer bersih, lautnyer biru, dan yang paling penting sekali tak ramai org sebab agak tersorok, so..nak meraung kat situ pun boleh. Lagi pun tak jauh dari kolej..jalan kaki jer dah sampai..
‘Jangan diturut sangat hati Lin tu… Uncle Dan tak der aper2 lah..Lin jer yang risau sangat’ pujuk Zul memecah kesunyian yang kadang-kala cuma kedengaran suara ombak memecah pantai.
‘Tak der la, abah tu kalau sihat tak per..Zul pun tahukan yang abah tu ader sakit jantung. Lagi pun Lin memang rindu sangat ngan abah… aper la agaknya abah tengah buat skang ni??’ luah Linda.
‘Kalau dah cam tu, Lin call jer la dier… mm??’ pujuk Zul lagi.Linda cuma tersenyum lantas menyedut air soya. Kini kedua-duanya senyap. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
‘Baru balik dating ler tu’ sapa Watie, roommate nyer. Watie memang cam tu..suka menyakat Linda. Dier suka tengok Linda tersenyum..lebih2 lagi biler pipinya yang gebu naik mekar..cam Pau Ahmad kegemarannya..heheheh… Linda hanya tersenyum… ‘Ha! Kan dah senyum… ‘desis hati Watie… tapi, senyum yang sengaja dibuat-buat…
‘Ko menangis kat tepi pantai lagi ker?’ sambung watie..melihat kesugulan di wajah Linda..’Aik?? Tau jer anak dara ni… ‘ desis hati Linda. Tapi memang patut pun, kalau dah tetiap petang kesana, pastu balik ngan mata yang merah, walaupun tak bengkak..
‘Ko ni memandai jer… ‘ nak cover lagi tu!!!
‘Yer ler… maner lagi ko pegi, kalau pepetang cam ni… pastu ngan mater merah… Ko tak leh tipu ler… ‘ujar Watie..
‘Sukati ko la..aku nak gi mandi ler… pastu aku nak tido!!’ balas Linda, tak nak memanjangkan conversation nyer ngan Watie. Watie cuma menjueykan bibirnye… ‘Kesian Linda, tapi kesian lagi aku!!! Dier sesedih pun ader si Zul, tunang kesayangannyer tu temankan..aku ni??!!! Nangis ler sensorang… WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!’ Watie menjerit dalam hatinya… .
*****************************************************************
Dier terbayangkan wajah gadis itu, lembut bak sutera, halus kulitnya. Dari aper yang diselidiki, gadis itu anak org berada… datang dari tanah semenanjung, bersama tunangnya… ‘Ah!! Tunang saja, bukan suami!!’ getus hatinya..Tapi, mengapa dier sering berseorangan ditepi pantai itu, bermurung…
‘Rasa mau saja aku menyapanya… tapi aku belum punya kekuatan itu… Rindunya aku pada gadis itu… ‘ bisik hati kecilnya..
‘Siapalah aku, aku perindu dari jauh, rindu pada milik org lain… Mengapa sukar sekali bagi ku untuk melupakannya?? Setiap malam wajah itu yang mengunjungi mimpiku… Inikah yang dikatakan..?? Ah!! Jangan!!! Dia milik org!!! Tapi… tak salah rasanya kalau aku cuma bergelar sahabat… walaupun tak dapat memilikinya, tapi sekurang- kurangnya aku dapat mengenalinya lebih dekat, menyanginya… biarpun ia cuma dalam hati ku saja… ‘ getusnya didalam hati..
‘Aku akan mengumpul kekuatan dan akan ku pastikan, paling tidak pun menjadi seseorang disisinya… AKAN KU PASTIKAN!!!’ dier menyemai tekad didalam hati…
**********************************************************
‘Cantik bukan… pemandangan disini?’ sapa seorang pemuda… mukanya iras2 Lee 911, artis berkumpulan dari Britain yang dah pun dibubarkan… baby face tuuuuu… ..
‘mmmm… ‘jawab Linda…
‘Boleh sayer duduk?’ Linda memandang jejaki didepannya dan kemudian mengangguk perlahan…
‘Awak sering kesini bukan?? Memandang jauh ketengah lautan yang luas… mencari ketenangan barangkali??’ sambung lelaki itu.. ‘Huh??’ ‘Maaf… .saya juga seringkali datang kemari… saya sering melihat kamu duduk disini… ‘ ‘Ooooo… ‘Linda cuma mengangguk… ‘Jason’ tiba2 dier memberanikan diri menghulurkan salam pada gadis itu, apabila dilihat si gadis tidak banyak tindak balas… Linda menyambut salam si jejaka yang asing didepannya dengan senyuman tawar… ‘Mamat maner plak ni??’ getus hati Linda. ‘Nama saudari?’ tanya jason apabila Linda cuma tersenyum.. ‘Ooo… .Linda’ jawab Linda teragak-agak… ‘Saya bukan memerhatikan kamu, saya juga macam saudari..suka datang kemari… tapi seringkali saya melihat saudari bersendirian disini… ‘ terang Jason, takut Linda menyalahtafsir kehadirannya… Kaku… masing2 senyap tanpa sebarang kata… Terkadang kala Jason mengambil kesempatan menjeling gadis disebelahnya itu… kelihatan muka Linda begitu bersahaja… sambil memandang jauh ke lautan yang terbentang luas dihadapan mereka… ‘Hi sayang… ‘ tiba2 terdengar suatu suara menyapa dari belakang..suara yang tak asing lagi dari pendengaran Linda lalu meraih tangannya dan kemudian di kucup lembut..Linda tersenyum, kalini bukan dibuat-buat..’Ah!! Romantik la pulak kekasih aku ni’. Buat seketika mata mereka bertentangan… . ‘Jangan tenung dalam2 sayang… luluh jantung ni’ Zul bersuara apabila dirasakan renungan si jelita menembusi matanya… Linda tergelak kecil… ‘Bahagia sungguh kurasakan… ‘ Dan dier hampir terlupa ader jejaka lain sedang memerhatikan gelagat mereka berdua… Jejaka yang hatinya sedang pedih melihat babak romantik itu..pedih bagai disiat-siat. Tapi Jason tetap cuba mengawal emosinya… ‘Mmmm… Zul, kenalkan ni, Jason… Jason, ni tunangan sayer, Zulkarnain..’ mereka berjabat tangan. ‘Shall we go now my dear?’ ‘Mmmm… ok. Well Jason, nice to meet you.’ mereka bersalaman..Jason cuba mengukir senyuman… Linda dan Zul berlalu sambil berpegangan tangan… ‘TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!’ jerit Jason didalam hati. Ibarat kekasihnya dibawa pergi dan takkan kembali. Dier betul2 terpukul dengan apa yang berlaku didepan matanya. Tapi dier juga sedar dier tidak berhak melakukan aper2. Dier menangis didalam hati… ‘Mengapalah aku tidak ditemukan dengannya lebih awal? Mengapa aku ditemukan disaat dier sudah menjadi milik org lain??’… …
**********************************************************************
‘Hello abah. Abah sihat? Lin kat sini ok..Lin rindu ler ngan abah. baru tiga bulan kat sini rasa cam dah bertahun dah..Mmmmabah jangan lupa makan ubat tau..Ok… Selamat Malam abah… I love u too..bye’ ganggang telefon diletakkan… berseri-seri muka Linda.. ‘Amboi..cakap ngan abah sendiri cam cakap ngan pakwe..Ok… I love u too..’ejek Watie… ‘Jealous?’ ‘Mmmmm… ko tak kuar ker ngan Zul?’ tanya Watie. ‘Sesekali nak gak duduk umah..kang kalau aku kuar kang, ko kater aku asyik gi dating jer..’ ‘Yer ler..org ader pakwe… aku ni saper ler yang nak..’ ‘Ko tu bukan tak der yang nak, ko jer yang memilih.. Tu, si Aidil tu… dok tergila-gilerkan ko..ko buat dek jer… ‘ ‘Tak nak la aku… mamat study tu? Ish!! Jumpa aku tak der citer menda lain, asyik ler pasal favourite subjek dier… boring la!! Aku nak cam Zul tu..romantik, muka lawa..’ ‘Aaarrr… dah, dah, dah… jangan tunang aku plak ko nak kaco eh??’ ‘Jealous la plak… .’ ‘Ko pasan tak, si mamat yang cam omputih tu minat kat ko?’ tiba2 Watie mengubah tajuk perbualan. ‘Jason?! Tak der la… ko ni mengarut la!! Dier tahu aku dah bertunang la… kami kawan jer… Lagi pun dier memang baik aper… ‘ Linda cuba menafikan walaupun dier sendiri perasan ader kelainan pada Jason. ‘Ntah la, tapi memang lain benar lah dier… cara dier tenung ko tu penuh makner ler aku tengok..’ Watie masih tak berpuas hati. ‘Sejak biler ko sensitif dengan bab2 cam ni? Ko kan kasar jer aku tengok..’ ‘Kasar2 pun aku pompuan la… ‘ Watie mula terasa. Sajer jer Linda mengusik. Malas nak memanjangkan cerita pasal Jason..
**********************************************************************
Sungguh indah ciptaan tuhan. Tatkala matahari terbenam diufuk barat. Burung2 bertebangan bebas. Semuanya masih samer, samer macam mula2 dier menjejakkan kaki disitu – 2 tahun yang lalu. Ombak masih setia memukul pantai, desiran angin tak jemu2 menerbangkan rambutnya yang lurus separas bahu yang sengaja di lepaskan. Tapi pengunjungnya yang dah berubah, semakin murung, semakin resah. Zul juga sudah berubah, tidak lagi menemuinya di pantai ini. Malah memang sukar hendak bersua muka dengan tunangannya itu. Zul tidak lagi mencarinya di tempat dier selalu melemparkan pandangannya, tidak lagi memanggilnya sayang, tidak lagi meraih dan mengucup tangannya, tidak lagi bertentangan mata dengannya. ‘Kenapa begitu payah hendak berjumpa dengannya sekarang?? Kenapa dier bersikap dingin? Dier seperti hendak lari dari ku? Ah!! Mungkin dier banyak assigment yang perlu disiapkan. Seperti aku, tapi… takkan langsung tiada masa untuk ku?’ getus hatinya sendirian.Tapi memang ader insan yang tidak berubah, saban hari selalu mengunjunginyer di tepi pantai ini. Jason… .terlalu banyak rahsia yang dipendam oleh jejaka itu. Jejaka kacukan itu seolah-olah menyimpan seribu rahsia disebalik wajahnya yang tenang…
Linda tergelak sendirian tatkala dier teringat satu ketika semasa bersama Jason disuatu petang. ‘Kenapa awak bertelokan Indonesia?’ soal Linda ingin tahu. Maner taknyer, muka cam org putih, tapi bahasanya telo Indonesia. jason tergelak kecil. ‘Sayer memang asalnya dari sana. Ayah ku asal dari Australia dan ibuku dari Jakarta’ terang Jason cuba meleraikan tanda tanya dibenak Linda, gadis kesayangannya… Linda cuma mengangguk… Sejak itu lah mereka semakin hari semakin rapat, malah segala masalahnya diadukan pada jejaka itu. Jason memang tidak pernah jemu membantunya dari segi aper jua, lebih2 lagi Jason merupakan seniornya dalam jurusan undang2. Zul pun tidak pernah menyatakan rasa cemburu, cuma akhir2 ni memang susah nak berjumpa dengan Zul. ‘Adakah dier berjauh hati?’ teka Linda. Fikirannya berserabut memikirkan Zul yang semakin hari semakin sepi..
‘Linda… ader surat untuk ko’ beritahu Watie sebaik Linda muncul didepan pintu. ‘Surat apa?’ ‘Dari Zul. Dier datang sini tadi’ ‘Dier datang sini? Kenapa dier tak serahkan sendiri pada aku? Dier kan tahu time cam ni aku kat maner?’ tanya Linda. Terasa pelik… ‘Ntah. Aku pun cakap cam tu tadi kat dier, tapi dier kater dier lebih suka kalau dier tak jumpa ko’ terang Watie.Ntah kenapa berdebar-debar pula jantung Linda saat menerima warkah bersampul kuning itu dari tangan Watie. Terasa seolah-olah ader sesuatu yang tak kener. ‘Kenapa lain benar tingkah laku Zul akhir2 ni?’ soal Linda didalam hati..
***********************************************************************************
Watie menjenguk Linda yang dah pun tertidur di atas katil dalam biliknya, tidur yang bertemankan linangan air mata, yang masih basah di pipi gebunya. Warkah kuning kiriman Zul renyuk didalam genggaman. Perlahan-lahan Watie menarikkan selimut, lalu diselimutkan ke tubuh Linda, dan perlahan-lahan juga Watie menarik warkah kuning itu yang pastinya penuh dengan kepedihan. Watie membaca dengan hati yang sebak. Kesian Linda, apa salah Linda sehingga Zul meninggalkannya begitu saja… begitu ringkas ayatnya..
‘Maafkan Zul kiranya warkah ini membuatkan hatimu luka..tapi Zul rasa Zul dah tak boleh meneruskan hubungan kita, cukup sampai disini..
Zul’
‘Itu saja?’ Watie juga mula kebingungan. Kenapa begitu mudah Zul membuang Linda, seolah-olah hati Linda tiada harga. Air mata Wati juga mula bergenangan, simpati sungguh dier pada nasib Linda. ‘Sabarlah Linda, mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku..’ bisik hati Watie, sambil mengusap lembut kepala Linda..
‘Hello, Jason ader?’ suara Watie memulakan bicara. ‘Yup!! Speaking..’ kedengaran suara Jason dihujung talian. ‘You have to help me!!’
Lain sungguh pemandangan di pantai ini di malam hari. Siang kelihatan lautan itu terbentang luas, sayup mata memandang. Tapi, biler malam menjelma, lautan itu seakan-akan hilang, gelap gelita, cuma sayup2 dari jauh kelihatan lampu bot nelayan terumbang-ambing mengikut alunan ombak. Seperti hatinya yang kini gelap ibarat hilang arah tujuan. Fikirannya buntu memikirkan apa salahnya sehinggakan begitu mudah Zul melafazkan putus. Air matanya jatuh lagi, terdengar esakan halus Linda. Dia masih cuba mengawal emosi agar tidak terlalu sedih dan cuba mengawal suara tangisannya, takut2 mengganggu sekumpulan student yang sedang seronok berbarbeque. ‘Alangkah gembiranya mereka, bergelak tawa, bergurau senda.. dan aku?? Menangis disini..’ ‘Nangis la sepuas hati awak, kalau awak rasa itu boleh melegakan..’ Linda tersentak. Suara yang biasa didengar kini bergema dicorong telinganya. Cepat2 dikesatnya air mata yang sejak tadi membasahi pipi. ‘Apa awak buat kat sini?’ tanya Linda, masih cuba mengawal emosinya yang bergelora, bergelora seperti ombak yang ditiup angin malam. ‘Cari awak. Since dah pukul 11.30 malam awak tak balik, siapa yang tak risau??’ kedengaran suara Jason tegas. Linda tunduk, tanpa dapat ditahan air matanya kembali mengalir.. ‘Tak payah awak risaukan sayer, sayer perlu bersendiri!’ ujar Linda. Terdengar lah semula esak tangisnya yang tadi terhenti seketika. ‘Ok!! Sayer takkan risaukan awak… tapi bagaimana dengan Watie??!! Lagi tadi dier mencari awak, risaukan awak, awak tak kesian kat dier ker??’ suara Jason semakin tegas. Linda terus menangis, dan tangisannyer semakin kuat… ‘Linda, sayer tahu macam maner perasaan awak… memang perit biler org yang kiter sayang meninggalkan kiter tanpa kiter tahu dimana silapnya.’ Jason mula berlembut, memujuk Linda.. ‘Linda… sedarlah, masih ader org yang sayangkan awak.. dan anggaplah apa yang berlaku hari ni sebagai salah satu dugaan yang terpaksa awak tempuhi..’ pujuk Jason lagi sambil mengusap kepala Linda, dan Linda terus tunduk menangis.. ‘Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..’ sambung Jason. Lalu Linda mula mengangkat mukanya, memandang lautan yang bersinar-sinar dibawah cahaya bulan. Perlahan-lahan dia mengalih pandangan ke arah Jason yang duduk disisinya. Matanya yang berkaca-kaca memandang tepat kedalam mata Jason. ‘Betapa baiknya kau wahai teman, menemaniku dikala ku keperitan..’ desis hati Linda. Tiba2 hatinya jadi begitu sebak, dia menangis lagi. Menangis dalam pelukan seorang teman. Jason memeluknya erat. Linda menangis sepuas hati, dilepaskan semua yang terbuku didadanya. ‘Nangis lah kau sepuas-puasnya wahai gadisku… ‘
Hari2 yang berlalu dirasakan begitu cepat, terasa seolah-olah baru semalam peristiwa perit itu berlaku sedangkan sudah 3 bulan Zul menyepi. Dengar khabar Zul meninggalkannya kerana jatuh cinta pada gadis tempatan Sabah. ‘Ah!! Begitu mudah kau berpaling Zul… ‘ desis hati Linda. Dulu dirasakan hidupnya sudah berakhir, tapi Watie dan Jason tak pernah jemu menaikkan semangatnya semula. ‘Syukurlah aku ada mereka. Mmmmm… dah lamer aku tak call abah..apa khabar agaknya org tua tu..kalau lah dier tahu aku dan Zul dah… ?? Apa lah agaknya yang akan terjadi??’ fikir Linda. Rindu benar dier pada Tuan Hamdan. ‘Takut rasanya nak call abah..kalau dier tanya pasal Zul macam maner?? Takkan nak bagi tau yang Zul tinggalkan aku sebab dier jumpa perempuan lain?? Aku tak nak burukkan dier.. Lagi pun aku hanya dengar dari khabar2 angin..bukan dari mulut Zul sendiri.’ Linda berfikir sendiri. ‘Zul tinggalkan aku tanpa bagi tau sebab musababnya, apa salah ku, apa dosaku?? Aku tidak pernah curang padanya… Aku tak pernah menyakitkan hatinya… aku nak dier bahagia… dan sampai sekarang aku masih mencari dimana silapku..ini yang membuatkan aku buntu!!!’ terasa seperti air matanya ingin mengalir kembali, setelah sekian lama… ‘Tidak!! Jangan menangis Linda!! Akan ku buktikan aku seorang yang tabah!! Aku takkan berputus asa… walau apa pun yang berlaku, aku akan terus kan hidup ku!!! Ini tekad ku… ‘ Linda cuba mengawal air matanya dari menitis… ‘Aku masih ada Watie dan Jason… Ada org yang masih sayang padaku… terutama abah… ye!! Abah!! Aku perlu kuat… Abah perlukan ku!!!’ diam2 Linda memasang tekad didalam hati…
‘Happy hari ni??’ tanya Watie. Melihat tingkah laku Linda yang agak berlainan.. ‘Happy pun salah ker??’ tanya Linda, sambil tersenyum manis.. ‘Saper kater salah? Aku lagi suka tengok ko macam ni… buat muka cam ni ler baru nampak lawa… ‘ usik Watie sambil mencubit pipi Linda. ‘Adui!!… Sakit la… ‘ Linda mengurut pipinya yang merah dicubit Watie. Masing2 tergelak… ceria sungguh pagi itu. Watie memanjat kesyukuran melihat Linda yang dah beransur bangkit semula dari kelukaan semalam. Mereka bersarapan bersama-sama, lagi pun dah lamer Linda tak duduk dimeja makan bersarapan, makan tengahari atau makan malam bersamanya. Dia rindukan Linda yang dulunya ceria, seperti yang ada didepannya sekarang. ‘Eh!! nak kemana tu?’ tanya Watie apabila dilihat Linda bingkas bangun tanpa menghabiskan sarapannya. ‘Nak jumpa kekasih baru..’ jawab Linda sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih tersusun rapi. ‘Mmmm… yerler tu..nak jumpa Jason la tu’ ‘Cam biasa la… ader benda nak bincang’ ‘Bincang pasal nak kawin ker?’ usik Watie. ‘Jangan nak mengarut la… kami bestfriend jer tau… ok chow!!’ ‘Kalau betul pun tak per… ‘ suara Watie separa menjerit. Mata Watie mengekori langkah Linda hingga ke muka pintu. Dia tersenyum, dan sekali lagi memanjatkan kesyukuran.
‘Dah lama tunggu?’ sapa Linda dari belakang. jason yang sedang asyik mengelamun (berangan pasal Linda off coz!!) agak terperanjat dengan kehadiran Linda yang secara tiba2 itu. ‘Awak ni buat sayer terkejut jer. Duduk la dulu..’ Jason mengurut dadanya sambil mempelawa Linda duduk disisinya. Duduk di bangku panjang, diatas bukit memandang lautan.. ‘Saya tak pernah datang kesini… pemandangan kat sini lagi cantik rupanya..’suara Linda. Dia kagum dengan pemandangan dari atas bukit itu… Jason memandang Linda sambil tersenyum. ‘Itu la… awak selalu duduk kat tepi pantai tu jer..tempat lain awak tak nak pegi. Kalau awak nak tau, selain dari Pantai Cendana tu, pemandangan dari Bukit Jason ni juga tak kurang hebatnya..’ terang Jason. ‘Bukit Jason??’ ‘Ialah… sayer sorang yang selalu datang sini, kalau awak pun selalu datang sini, jadi namanya pun bertukar la, jadi Bukit JaLin..’ ujar Jason dan mereka tergelak (buat lawak la plak si Jason ni… Linda tu sajer jer buat2 tergelak, kang kalau tak gelak kang malu plak si Jason ni, buat lawak tak jadik!!) ‘Ok… ok… .enough.. Sebenarnya sayer ader benda nak bagi tau awak..’ Mereka masing2 cuba mengawal gelak tawa… (dah lawak sangat tadi kononnya) ‘Ok, ok… aper dia..’ Linda cuba cool down… sambil mengurut-ngurut dada.. Dan Jason sudah kelihatan serius, tapi masih maintain cute… ‘Linda… .su..su..’ agak tergagap-gagap. ‘Susu?? Susu apa??’ tanya Linda..yang dah pun cool down. ‘Su… su… ‘ Jason menelan liur.. ‘Adui… susahnyer nak cakap… .’ getus hati Jason lagi. ‘Cepat la… ‘ desak Linda.. ‘Apa lah jugak yang susah sangat nak cakap ni??’ getus hati Linda pula.. ‘Sejak biler awak gagap ni?? Lagi satu..awak perasan tak yang loghat Indon awak tu dah kureng skit berbanding dulu??’ usik Linda.. ‘Jangan la alih tajuk… syer tengah concertrate ni..’ ‘Concertrate aper?? Su..suu!!!’ ejek Linda… ‘Ok… this is it… Su… ‘ terenti lagi… ‘Su!!!’ suara Linda separa menjerit. ‘Sudikah awak jadi teman hidup sayer??!!!’ dalam keadaan terkejut terlepas juga ayat itu dari mulut Jason. Linda agak terkejut..dan kemudian… .. Linda tergelak besar… ‘Kah!! Kah!! Kah!! Kah!! Kah!! Kah!!’
**************************************************************
Deraian ketawa Linda masih kedengaran sejak dier pulang berjumpa Jason. ‘Pelik anak dara ni..semalam nangis bagai nak rak. Hampir 3 bulan tak tengok dier senyum. Malam ni dok melekek-lekek gelak cam org giler… .sihat ker tak kawan aku ni? Ntah2 dier dah tension sangat kot? Sebab tu ler dier jadi cam tu… Mmmmmm, yer ler tu agaknya… ‘ Watie membuat tafsiran sendiri. Tok! Tok! Tok! Pintu bilik Linda diketuk. Tak lamer pas tu, Linda terjengul didepan muka pintu, sambil tersengeh (cam kerang busuk). Buat seketika Watie memandangnyer dengan wajah pelik. ‘Apsal ko ni?’ tanya Linda, biler dilihatnyer dok tercegat jer kat depan mata. Watie meletakkan belakang tapak tangannya didahi Linda. Masih senyap… ‘Naper ni?’ tanya Linda lagi.. ‘Ko sihat ker tak ni?’ akhirnya Watie meluahkan rasa tak sedap hatinya. ‘Aku sihat la..’ jawab Linda sambil berjalan menuju ke katilnya lalu “landing” kat atas katil yang empuk tu, sambil diekori oleh Watie ‘Abis tu… .aku tengok ko asyik dok gelak jer… sejak siang tadi. Risau la aku tengok.’ Watie plak melabuhkan punggungnya di atas kerusi menghadap linda. ‘Aku nangis ko risau, aku gelak pun ko risau jugak? Cuba ko cakap, apa yang boleh aku buat supaya ko jangan asyik dok risauuuuuu jer pasal aku?’ tanya Linda. ‘Tak der la… honestly aku suka la tengok ko gelak, happy sakan, tapi kalau asyik dok gelak jer dari petang tadi sampai skang ni pun masih gelak lagi… ni mesti ader something wrong!!’ (tak puas hati lagi si Watie ni) ‘Memang ader something wrong, tapi bukan aku… .Jason!!!’ ‘Jason??!! Kenapa ngan dier?’ ‘Ko pun tau kan..petang tadi aku jumpa dier. Dier sebenarnya nak jumpa aku sebab nak bagi tau yang dier nak aku jadi teman hidup dier!!!’ ‘Huh??!! Abis?? Aper jawapan ko?’ tanya Watie.. ‘Berita gempaq ni..’ desis hati Watie. ‘Jawapan aper??!! Mengarut la..aku tau dia buat cam tu sekadar nak buat aku happy jer… Aku pun aper lagi, bagai nak pecah perut la aku dibuatnya.. Terror lah dier!!’ ujar Linda sambil tergelak kecil. ‘Eh pompuan!! Aper yang lawaknya?? Org bagi tau nak kat ko, ko boleh kater dia buat lawak plak… aper la ko ni?!! Pastu… aper ko buat?’ Watie menyatakan rasa tak puas hatinya. ‘Jangan nak mengarut la… Dier bergurau jer, pas dier cakap tu aku terus ajak dier gi library ler. Tapi aku still tak leh tengok muka dier..nak gelak jer..’ ‘Reaksi dier?’ ‘Dier pun bantai gelak gak la… tapi still tak leh lawan gelak aku..’ ‘Ko ni Linda, bab perasaan ni bukan leh bawak main Linda..Dier sungguh2 tu… ‘ nasihat Watie. ‘Aku tak rasa cam tu… kalau betul naper dier pun gelak pas tengok aku gelak?’ Watie terdiam dengan pertanyaan Linda.. ‘Apa aku nak jawab ni? Ah!! Susah ler nak cakap ngan anak dara sekor ni… ‘ desis hati Watie. ‘Ko pikir ler sendiri, maner ader org nak memain kalau citer pasal bab hati ni… ?’ ujar Watie. ‘Ada… … … … … … … .Jason!!’ jawab Linda (memang tak reti bahasa minah sekor ni) ‘Ish!!! Dah!! Siap cepat… kiter kuar makan, aku lapar..’ arah Watie, maleh nak layan si Linda.
‘Naper awak pandang sayer cam tu?’ tanya Linda, mula rasa tak selesa dengan sikap Jason yang sejak tadi asyik dok pandang jer muka dier..(tak berkelip bijik mata) ‘Sajer, suka tengok awak’ balas Jason. Makin di tenungnya mata Linda.. sedalam yang mungkin, biar sampai gelora hatinya pada Linda. ‘Ish, awak ni… buat la menda lain, lagi pun, sayer tahu ler sayer lawa, tak yah ler awak tenung2’ ujar Linda (eh!! tak malu pompuan ni… tapi memang dier lawa pun). Nak tergelak Jason dibuatnya. Tapi, beberapa ketika Jason kembali serius. ‘Linda… bagaimaner dengan usul sayer?’ tanya Jason, masih menanti jawapan dari Linda, masih mengharap agar dirinya di terima. ‘Dah ler… lawak awak tak jadi dah… buat ler lawak lain..’ balas Linda, sambil tersenyum manis memandang Jason. ‘Adui… luluh jantung pakcik..’ Jason cuma mampu tersenyum. Dier tidak mahu mendesak Linda. Di pandangnyer Linda lagi. Dilihat Linda sedang berselera menikmati dua ketul karipap dan teh tarik di hadapannya. Maklumlah, tak sempat sarapan katanya, sekali lagi Jason tersenyum..
Masing2 sibuk mengatur makanan yang dibawa diatas tikar yang dah sedia dibentang. Selalunya hanya Linda seorang yang duduk di tepi pantai ni setiap petang, melayan perasaan sendiri, tapi hari ni dia ditemani Jason dan Watie. Sebenarnya Jason yang kuat mengajaknyer ke ‘Bukit Jason’ (namer yang Jason sendiri berikan sebab dier perasan dier sorang jer yang datang situ) tapi Linda mengubah tempatnya ke Pantai Cendana ni. Jason plak terkejut sebab tak sangka Watie ikut samer. Kononnya nak beromantis berdua dengan Linda. Tekadnya, ari ni nak meluah segala isi hatinya yang terbuku selama ni dan menyatakan bahawa dier tidak melawak biler meluahkan perasaannya, tapi… Watie plak kacau daun. Tak salah gak Watie, Linda yang beria mengajak. ‘Lain benar rasanya hari ni? Selalu aku sorang, tapi ari ni aku ader korang!’ suara Linda sambil tersenyum manis. Jason dan Watie hanya tersenyum dan memandang antara satu sama lain. ‘Linda… eemmmm, jom kiter ker saner’ ajak Jason sambil menundingkan jari kearah selonggokan baru pantai yang besar. ‘Ok… jom Watie’ Linda bersetuju dan mengajak Watie bersama. ‘Korang ni..kalau dah kiter sumer gi saner saper nak jaga makanan2 ni. Kang rezeki mata jer ler, abis dikerjakan tupai kang. Dah!! Gi ler korang. Lagi pun aku nak habiskan baca novel ‘Kasih Milik Ku’ ni (lupa nak bagi tau..si Watie ni antu baca novel). ‘Ermmm… well… .ok’ Linda berlalu pergi dengan Jason. Meninggalkan Watie sendirian dengan dunianya sendiri. Sebenarnya Watie tak nak jadi pengacau. Dier tahu Jason ingin bersendirian dengan Linda, cuma Linda jer yang tak faham. ‘Linda… .bagaimana usul saya?’ Jason memulakan bicara. ‘Usul?’ tanya Linda. (sambung)
‘Usul tentang menjadi teman hidup sayer?’ suara Jason buat kali ketiga. Hari ni dier akan mendapatkan kepastian dari Linda. Tapi Linda, masih lagi hari2 yang sebelumnya. Dia tergelak besar seakan-akan apa yang diucapkan oleh Jason adalah lawak yang teramat menggelikan hatinya. ‘Linda!!’ Jason meninggikan suaranya pada Linda sambil kedua tangannya memegang erat kedua lengan Linda. Linda terkejut dengan tindakan Jason dan langkah mereka terhenti. Jason memandang tepat ke mata Linda dan nafas Jason turun naik mengawal gelora didadanya. ‘Saya tidak buat lawak Linda!! Saya serius!! Saat saya mengusul pada kamu yang saya mahu kamu jadi teman hidup saya, saya serius! Saat saya bertanya pada kamu di cafe ari tu, saya serius! Dan tika ini saya masih lagi serius!! Malah saya sudah membeli cincin buat kamu Linda!’ suara Jason sambil mengeluarkan bekas cincin bewarna merah dari poket seluarnya. ‘Saya tak pernah bermain-main atau berjenaka bila berbicara soal hati. Saya inginkan kepastian dari kamu.’ ujar Jason lagi, sambil meletakkan bekas cincin itu kedalam genggaman Linda. Linda masih kaku. ‘Saya nantikan jawapan kamu, harap kamu dapat menerima sayer kerana saya terlalu sayangkan kamu’ sambung Jason lagi lalu berlalu pergi meninggalkan Linda yang benar2 terkejut dengan kelakuan Jason. Dia tak pernah melihat Jason berkelakuan begitu. Terjerit-jerit Watie memanggil Jason melihatnya pergi meninggalkan mereka begitu saja. Watie berlari anak mendapatkan Linda yang masih berdiri kaku setelah Jason berlalu pergi. ‘Linda… kenapa? Apa yang dah berlaku?’ tanya Watie. Mata Linda sudah mula berkaca-kaca. Air matanya bergenangan, sambil memandang kearah Jason yang berlalu pergi. Lalu dia teringat bekas cincin yang Jason hulurkan sebentar tadi. Air matanya mula menitis, memandang bekas cincin itu dengan sayu, lalu memandang ke muka Watie. Kini fahamlah Watie dengan apa yang berlaku. Jason memang benar2 serius dengan apa yang dinyatakan pada Linda, tapi Linda mengganggap ia satu jenaka. Marah dengan keadaan itu Jason berlalu pergi tapi masih menunggu jawapan dari Linda. (tu ler Linda ni, memain lagi… amik ko!!!)
Kepalanya buntu memikirkan apakah jawapan yang harus diberitahu kelak pada Jason. Untuk menerima, jauh sekali, untuk menolak… ..??Jason terlalu baik buatnya, dier akui sejak akhir2 ini ada kelainan pada dirinya. Satu hari tidak bersua muka dengan Jason buat dier berasa rindu..tapi, dier tak pasti dengan perasaannya sendiri. Al-maklumlah, hari2 berjumpa Jason, biler satu hari tidak berjumpa pasti lain rasanya. Tapi kini sudah hampir seminggu Jason mendiamkan diri… .’Kemanalah agaknya Jason membawa hati?’ ‘Kenapa aku begini??!!!!’ jerit Linda didalam hati. Masih terngiang-ngiang nasihat Watie padanya.. ‘Org dah suka… terima jelah… ‘ tapi bukan semudah itu! Dengan apa yang dah berlaku antara dier dan Zul, dengan apa yang dah Zul lakukan padanya, dier jadi takut untuk menerima mana2 lelaki. Dier jadi serik!!!Lagi pun..kalau dier menerima Jason, dan andai kater tiada jodoh, pasti dier akan terus kehilangannya. Berlainan kalau Jason kekal sebagai kawan, gaduh seteruk maner pun pasti akan berbaik semula. ‘Tidak!!! Jason terlalu baik dengan ku… aku tak nak kehilangan dier, biarlah dier kekal sebagai sahabat

4 Respons

  1. rina
    begitulh org lelaki masa nak kn kat kita sanggup buat apa shj, tapi bila dah dapat dan bertunang senang2 aje tinggalkn kita… ingatlh perasaan wanita bila dah terlalu luka memang payah untuk sembuh 100%… ingatlah wahai lelaki semua hargailh pasangan anda sepenuh hatimu…

  2. hmmm, sy setuju tu….blom dpt bagai nk rak dier mengayat tp biler dapat tinggal mcm tu jer…huhu…

  3. Entahlah kekadang lelaki ni bodoh nak mampus (sesetengah jer) sbb apa kt bila benda yg kt susah nak dapat ler kt hargai, dah nama susah nak dapat. tp diorg ni pelik (sesetengah jer) wlu susah nak dapat, bila dapat jer senang2 diorg tinggal/ lepaskan. takler bodoh tahap tapir namanyer. buat renungan kaum lelaki yg bperangai begitu. again xsemua lelaki begitu.

  4. rileks rina…….leleki bkn satu…..berlambak kat luar sana….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: