persimpangan dilema

Pastinya sesiapa yg sudah membaca keluhan hatiku ini dlm folder discussion “Macam mana nak tolong dia?” sudah tahu apa yg sedang berlaku terhadap diriku. Bagi yg sudi membaca ceritanya ni, terima kasihlah kerana meluangkan masa untuk merenung sejenak tentang yang berlaku pada sikap manusia dari dulu sampai sekarang.
Aku dan Salina (bukan nama sebenar) telah berkawan semenjak dari tadika lagi. Semenjak aku berkawan dengannya, Salina ialah seorang yang bertanggungjawab, tegas, jujur, perahsia dan tak dinafikan memang kuat berlawak. Namun, dia ni agak degil orangnya. Salina mempunyai seorang kakak bernama Atikah (bukan nama sebenar) yang telah berkahwin dengan seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia bernama Azri (bukan nama sebenar). Setahun selepas mereka berkahwin, Salina telah melanjutkan pelajarannya ke Kanada dan aku pula telah melanjutkan pelajaran setakat di kolej tempatan saja. Semenjak dari itu, aku tidak pernah mendengar lagi tentang Atikah dan Azri.
Namun empat tahun kemudian, pada suatu malam aku telah menerima satu panggilan telefon yang amat mengejutkan. Rupa-rupanya, dari Salina. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendapati Salina telah pulang dari Kanada. Tetapi dari suaranya itu, aku telah mendapati dia sedang bersedih tetapi aku tidak berani untuk bertanya lebih lanjut. Walau bagaimanapun, dia meminta agar aku keluar menemuinya di hospital. Aku pun pergi ke hospital atas permintaan Salina. Dalam perjalanan itu, hatiku amat tidak senang. Mungkinkah sesuatu yang telah berlaku pada dirinya? Soalan itulah yang bermain-main di kepala ku ini.
Sesampai di hospital, aku ternampak Salina duduk di perhentian bas hospital. Wajahnya kelihatan sugul sahaja. Hatiku makin berdebar-debar. Aku takut sesuatu yang kurang baik telah berlaku pada dirinya. Inilah yang menggusarkan jiwaku ini. Apabila aku mendekatinya, Salina pun terus bersalaman denganku. Tangannya terasa sejuk semacam. Salina pun terus menangis. Aku pun cuba memujuknya. Dengan berhati-hati aku cuba bertanya apa yang sedang berlaku pada dirinya. Agak lama juga aku memujuknya. Kemudian barulahnya bersetuju menceritakan hal sebenar. Setelah dia menceritakan hal tersebut, alangkah terkejutnya apabila dia menceritakan tentang sesuatu yang berlaku kepada Atikah. Apa yang mengejutkan ialah tentang kisah Atikah semenjak empat tahun lalu.
Tidak dinafikan rumahtangga Atikah cukup bahagia pada ketika itu. Namun, pada suatu hari, Atikah telah terserempak dengan rakan sekelasnya ketika di sekolah menengah iaitu Radzi (bukan nama sebenar). Setahu aku, Radzi ni memang minat sangat dengan Atikah semasa di sekolah menengah. Namun semenjak cintanya ditolak, Radzi tidak berhubung lagi dengan Atikah walaupun selepas berpindah ke tempat lain. Agak kasihan juga dengan nasibnya. Radzi telah mengajak Atikah makan tengahari kerana itu lah kali pertama semenjak mereka berpisah 9 tahun dahulu.
Ketika di restoran, tanpa mereka berdua sedari, kakak ipar Atikah iaitu Mak Teh (bukan nama sebenar) telah berada disitu bersama-sama dengan anak saudaranya bernama Izza (bukan nama sebenar). Menurut Salina lagi, Mak Teh memang terkenal dengan sikap suka menjaga tepi kain orang lain. Bukan itu sahaja malah dia bersikap suka mengambil kesempatan. Izza pula sebenarnya pernah bercinta dengan Azri namun cinta mereka putus di tengah jalan kerana sikap Izza sendiri yang cukup melampau. Inilah masa Izza membalas dendam dengan bantuan mak saudaranya iaitu Mak Teh. Dia mahu mengenakan Atikah secukupnya kerana pada pendapatnya Atikah telah merampas Azri darinya. Mak Teh dan Izza telah menghasut keluarga Azri dengan alasan Atikah telah berlaku curang.
Pada waktu yang sama Atikah telah mendapati dirinya hamil dua bulan. Pada waktu tersebut, Azri pula telah termakan hasutan Mak Teh dan Izza. Apa yang lebih menyedihkan hati ialah Azri sanggup menyuruh Atikah menggugurkan kandungan tersebut kerana anak tersebut dianggap anak haram. Alangkah sedihnya hati Atikah apabila suaminya menyuruhnya berbuat demikian. Semakin hari semakin dingin layanan Azri terhadap Atikah. Dia tidak pernah menceritakan masalahnya kepada keluarganya sendiri sehingga rahsia terbongkar apabila keluarga Azri langsung tidak mahu melawatnya. Kebetulan pada masa itu, Radzi ada datang melawat Atikah dan menceritakan segala-galanya yang berlaku.
Empat tahun pun sudah berlalu, namun tiada perubahan langsung. Anak mereka berdua pun dah besar dan hampir masuk tadika. Layanan terhadap Atikah dan anaknya makin buruk. Suatu hari, Atikah mengambil keputusan untuk menyetujui sahaja cadangan keluarga Azri iaitu bercerai. Pada malam sebelum kejadian kemalangan tersebut, Atikah dan anaknya telah mengadakan parti kecil-kecilan untuk Salina yang baru sahaja datang dari Kanada. Menurut Salina, dia benar-benar tidak menyangka itu lah kali terakhir dia berjumpa dengan kakaknya itu.
Keesokkan harinya, dia telah mendapat berita yang amat mengejutkan yang mengatakan kakaknya Atikah telah meninggal dunia di tempat kejadian tetapi anaknya masih hidup lagi. Walau bagaimanapun keadaan anaknya itu kritikal kerana memerlukan bantuan penderma darah. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana perasaanku ketika itu, namun aku tetap sedih dengan ‘pemergian’ Atikah. Keesokkan harinya, Azri dan keluarganya datang untuk berjumpa dengan keluarga Atikah. Pada ketika itu, aku pun ada datang bersama. Bagiku, Azri memang cukup biadab pada ketika itu. Apa tidaknya, dia sanggup mengeluarkan kata-kata yang menghina isterinya sendiri. Salina pula hampir bergaduh dengannya namun aku telah menahannya supaya dia tidak berbuat demikian. Pada waktu yang sama, doktor telah meminta sesiapa ahli keluarga anak tersebut untuk menderma darah.
Pada mulanya, Azri bermati-matian menyatakan yang dia sanggup membiarkan anak itu mati dan dia tidak mahu mengulurkan bantuan kepada anak ‘haram’ tersebut. Namun, setelah hampir lima minit bertekak, doktor itu menyatakan tentang jenis darah anak tesebut. menurut Radzi, dia tidak mempunyai darah yang sama dengan anak tersebut. Namun, ia memang mengejutkan Azri pula. Jenis darahnya serupa dengan anak tersebut. Tanpa membuang masa dia pun menderma juga. Selepas itu, dua minggu kemudian, aku telah mendapat panggilan dari Salina yang dia memerlukan bantuan dariku. Dia meminta pertolongan dariku untuk meyakinkan doktor supaya mengeluarkan budak itu dari hospital sehari lebih awal dari tempoh yang dibenarkan. Pada hari itu juga, kami berdua pun bersama-sama datang meyakinkan doktor tersebut untuk mengeluarkannya.
Akhirnya pada hari itu, anak Atikah pun keluar dari hospital. Sebenarnya aku memang tahu motif Salina yang sebenarnya namun, aku tidak berani mengagak tentang kemungkinan yang akan berlaku kerana sudah pasti perkara tersebut menimbulkan lebih banyak kontroversi. Aku amat yakin yang dia akan melarikan anak itu dari seluruh keluarga Azri termasuk Azri sendiri. Pada masa itu juga, Salina memberitahuku, yang dia berpindah ke satu tempat yang hanya saya sendiri sahaja yang tahu. Dia sama sekali tidak membenarkan aku memberitahu sesiapapun termasuk keluargaku sendiri. Kerana dasar simpatilah, aku sanggup berbuat demikian.
Sebulan telah berlalu, tiada khabar berita pun dari kedua-dua pihak. Namun pada suatu hari, Azri dan keluarganya datang menemuiku dan lalu memaki hamun seluruh keluargaku. Mereka menuduhku bersubahat menyembunyikan budak tersebut. Namun demi Salina, aku sanggup menahan diri daripada memberitahu hal sebenar malah keluargaku sendiri telah memarahiku. Pada malam itu, aku duduk seorang di rumah sambil berfikir bagaimanakah harusku menolong kawanku ini. Wajarkah aku berterus terang? Pada waktu itu, aku telah menonton drama di TV3 bertajuk Suci Antartika. Walaupun jalan ceritanya agak sedikit berbeza namun masih juga nama persamaannya. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menelefon kawanku Salina dan berbincang dengannya tentang hal sebenar.
Walaupun, kami bertemu dan berbincang bagaimana menyelesaikan masalah tersebut, namun Salina tetap berdegil dan tidak mahu berkopromi lagi. Dia mahu Azri menerima padahnya dengan cukup agar dia tahu betapa susahnya hidup Atikah selama ini. Sebelum ini, salah seorang kawanku yang bekerja di hospital, dia memberitahu yang Azri mendapati budak itu ialah anaknya. Sekarang kesihatan Azri semakin hari semakin menurun kerana terlalu merindui anaknya itu.
Menurut rakanku yang melawatnya, Azri menjadi semakin kurang siuman. Aku semakin menjadi serba salah.. Namun, kerana persahabatan, aku tidak mahu mengkhianati Salina. Aku kini di persimpangan dilema. Bagi yang memberi sokongan kepadaku selama ini, terima kasihlah atas nasihat kamu semua. Aku akan cuba memujuk kawanku Salina agar menghentikan sikap pedendamnya itu dan di harap pelajarilah moral dari ceritanya ini. Janganlah menjadi seperti ini.

2 Respons

  1. MERUPAKAN SATU KISAH SEDIH…
    KALAULAH SAYA YANG BERADA DITEMPAT PENULIS SAYA AKAN CUBA MEMUJUK SALINA UNTUK BERBINCANG DGN AZRI..
    DALAM MASA YANG SAMA SAYA JUGA AKAN MEMBANTU AZRI JUGA…..

  2. DS terkilan dan sedih slps membaca kisah ini, terutama kpd anak mrk yg dinafikan haknya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: