kasih dihujung rindu 1

Bab 1 – Farah
Matahari yang gagah bersinar mula berdikit-dikit menyembunyikan diri tika mega merah mula menampak diri di kaki langit. Aku masih lagi termenung di tabir tingkap kamarnya. Sekali-sekala aku menghelakan nafas mengeluh apabila memikirkan tentang Khairul, duda beranak dua.
Linda, isteri Khairul meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka yang kedua iaitu Azim yang berusia setahun. Manakala Farhan anak sulung mereka pula berusia dua tahun setengah. Aku memang mengenali mereka memandangkan aku pernah bekerja sepejabat dengan mereka berdua. Malah kami bertiga merupakan kawan baik. Tetapi, rezeki aku ada di tempat lain pula. Aku bertukar tempat kerja jauh di ibu kota. Sedangkan Khairul tika itu masih setia berada di sebuah daerah di utara Perak.
Aku ingat lagi pertemuan kami buat pertama kalinya setelah lima tahun terputus hubungan tengahari tadi. Tika itu aku sedang sibuk memilih hidangan untuk makan tengahari.
“Maafkan saya, ini Farah Amirakan?” Tegur satu suara di sebelahku. Aku pantas menoleh. Tergamam aku seketika melihat akan wajah yang sedang memandangku dengan senyuman.
Aku pantas menganggukkan kepala. Fikiranku ligat berfikir. Rasanya aku pernah berjumpa dengan lelaki ini, tapi siapa ya? Dalam aku tercari-cari dan meneka-neka siapakah gerangannya lelaki tampan yang berada di depanku ini, tiba-tiba sahaja dia menghulurkan tangan untuk berjabat.
“Ini akulah. Khairul.” Jawapan yang keluar dari mulutnya menghapuskan tanda tanya yang bersarang di fikiranku.
“Kau Khairul? Tak kenal aku tadi pada kau. Sorrylah… kau dah nampak lain sekarang. Dah pandai simpan misai dan janggut. Makin smart aku nampak. Agaknya Linda pun risau. Manalah tahu, kalau-kalau ada perempuan sangkut pada kau.” Kataku bergurau. Tapi, wajahnya yang ceria tadi kembali redup. Murung.
Hatiku berdetak laju. Kenapa dia tiba-tiba begini? Adakah aku tersilap cakap atau ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua. Aku serba-salah. Khairul memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia menyapu rambutnya ke belakang dan kemudian mengeluh perlahan tapi kedengarannya seolah-olah cuba melepaskan beban yang terlalu berat yang menghimpit benaknya.
“Emm… maafkan aku. Kau tak apa-apa? Adakah aku tersalah cakap? Atau pun aku ketinggalan sesuatu dari kau?” Lembut aku menyapanya kembali. Dia kembali memandang wajahku lalu tersenyum sedikit. Tapi, jelas di wajahnya ada sedikit garis kekecewaan.
Aku memberikan laluan pada pelanggan lain untuk mengambil makanan. Aku mengajak dia ke tempat di hujung Restoran Hijau itu. Dia hanya menurut sahaja. Sementara itu aku memesan minuman buat kami berdua setelah aku pastikan dia tidak mahu menjamah apa-apa makanan.
“Apa yang sudah berlaku?” Tanyaku tidak sabar.
Khairul memandangku dengan sayu. Matanya kelihatan berair.
“Linda… Linda sudah setahun pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.” Jawabnya tenang lalu tunduk memandang meja.
Dan hari itu barulah aku tahu bahawa Linda telah meninggal dunia sewaktu bergelut untuk melahirkan Azim ke dunia. Aku menghulurkan simpati buat Khairul sekeluarga. AKu nampak dia tabah walaupun hakikatnya dia kelihatan amat menderita. Aku kagum dengan semangat yang dia tunjukkan.
Selepas itu kami hanya berbual-bual kosong untuk mengisi masa. Dia tetap macam dahulu, sentiasa tenang dan ada ketikanya dia cuba bergurau walaupun gurauannya agak janggal kedengaran di telingaku. Tapi, aku cuba melayaninya sebaik mungkin.
Khairul sudah bertukar kerja di ibu kota kerana syarikatnya membuka cawangan baru di sini. Jadi, yang akan bertanggungjawab dalam memastikan pentadbiran syarikat barunya itu berjalan lancar.
Khairul seorang lelaki yang amat baik yang pernah aku temui. Malah aku tidak malu untuk mengaku bahawa aku pernah jatuh cinta padanya walaupun aku ketahui bahawa dia sudah mempunyai pilihan hati. Tetapi, perasaan itu hanya aku pendamkan di dalam hatiku memandangkan kekasihnya itu adalah sahabat aku sendiri. Akhirnya aku pasrah dengan ketentuan ILAHI.
Tapi, kini kami mungkin kembali seperti dahulu memandangkan pejabat kami dalam satu bangunan cuma berlainan tingkat sahaja. Aku di tingkat lima manakala dia di tingkat tujuh. tetapi, aku amat rindukan pada Linda. Rindu pada dirinya yang sentiasa tersenyum walau dalam apa keadaan pun. Hampir menitis airmataku apa mendengar berita kematian Linda dari Khairul. Tapi, ALLAH lebih menyayanginya. Semoga rohnya aman di sana.
Aku amat berharap, persahabatan kami yang terputus dahulu akan kembali mekar. Malah dia berjanji akan menemukan aku dengan anak-anaknya. Aku tidak sabar untuk menanti tibanya hari tersebut.
Bab 2 – Farah
Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu lif. Aku menekan butang lif. Aku terpaksa menunggu seketika sementara pintu lif terbuka. Sedang aku melamun tiba-tiba bahuku dicuit orang dari belakang. Aku pantas menoleh. Kelihatan Hanim sedang tersengih memandangku.
“Awal kau sampai hari nie? Azam baru ke?” Soalku lalu melemparkan senyuman buatnya.
“Tak adalah. Hari ini husband aku kena pegi outstation. Kereta dia masuk bengkel, so kena drive kereta akulah. Sebelum pegi, dia hantar aku dulu. It yang terawal hari ni. ” Terang Hanim ramah. Aku menganggukkan kepalaku. Tak lama kemudian, pintu lif pun terbuka dan kami pun melangkah masuk bersama-sama.
Sebelum sempat Hanim menekan butang untuk menutup pintu lif, kedengaran suara garau yang menahan mereka dari menutup pintu lif itu. Aku sibuk membetulkan bajuku yang terlekat habuk.
“Terima kasih.” Kata lelaki itu sebaik sahaja melangkah ke dalam lif. Tika itu aku masih lagi tidak memandang akan wajah lelaki itu.
“Morning Farah.” Sapa lelaki itu.
“Morning.” Aku membalasnya tanpa memandang wajah lelaki itu. Setelah aku pastikan bajuku bersih barulah aku mengangkat wajahku. Khairul!
Dia tersenyum memandang aku. Aku membalasnya dengan senang hati. Hanim pula kelihatan kehairanan melihat kami berdua.
“By the way, kenalkan ini rakan sepejabat aku, Hanim. Hanim, ini kawan lama aku, Khairul.” Aku memperkenalkan mereka berdua. Mereka hanya menganggukkan kepala tanda perkenalan.
“Kau memang selalu awal ke?” Soal Khairul lalu menekan butang nombor tujuh.
“Aku memang selalu datang awal. Saja nak mengelak traffic jammed.” Balasku ramah. “Lawa pulak aku tengok kau sekarang.” Kata Kahirul bersahaja. Aku agak terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hanim pula tersenyum-senyum memandang kami berdua. Pipiku pula mula merona merah.
“Eh! Aku memang lawa sejak azali.” Balasku bersahaja untuk menutup rasa malu di hati. Dia hanya ketawa mendengar kata-kataku.
Tak lama kemudian pintu lif terbuka di tingkat lima. Aku dan Hanim melangkah keluar. hanya tinggal Khairul sahaja kerana pejabatnya di tingkat tujuh.
Aku melambai kepadanya sebelum pintu lif kembali tutup.
“Handsomenya!” Kata Hanim beria-ia.
Aku hanya tersenyum senang.
“Aku rasa dia sesuai untuk kau.” Kata Hanim lagi.
“Dia kawan saja. Lagipun dia dah kawin la. Dah ada anak dua pun.” Balasku lalu meninggalkan Hanim terpinga-pinga. Aku ketawa mengekek sepanjang jalan menuju ke bilikku.
Bab 4 – Farah

Sejak pertemuan di dalam lif tempoh hari, sudah agak lama aku tidak bertembung dengan Khairul. Seakan rindu menampar di lubuk hatiku. Entah mengapa, setiap kali aku teringatkan dia, ada satu perasaan halus yang menusuk ke jiwaku. Aku tak pasti apakah perasaan itu, adakah rindu atau simpati atau mungkin kedua-duanya sekali.
Di fikiranku tergambar wajah arwah Linda. Dia memang seorang wanita yang jelita. Walaupun dia bertudung dan memakai kaca mata, wanita itu tetap jelita. Orangnya tinggi lampai persis model, matanya yang bundar,bibirnya nipis serta berkulit putih melepak memang amat sesuai digandingkan dengan Khairul. Malah mereka merupakan pasangan yang paling sempurna di pejabat kami dulu.
Walaupun aku terlebih dahulu mengenali Khairul, tapi mereka memang sudah lama mengenali antara satu sama lain. Cuma Linda memasuki syarikat itu setelah lima bulan aku bekerja di syarikat yang sama. Dan sejak itu kami menjadi sahabat baik. Tapi sayang, Linda telah pergi menyahut seruan ILAHI.
Sedang aku leka mengimbau kenangan lama di atas buaian di halaman rumah, tiba-tiba sahaja telefon bimbitku berbunyi. Aku tersentak seketika lalu berlari-lari anak masuk ke ruang tamu. Aku mengambil telefonku yang berada di atas tv. Aku meneliti nombor yang tertera di atas skrin telefon bimbitku.
Hmmm… nombor nie tak pernah aku nampak. Siapa agaknya??
“Hello.” Aku sabar menanti jawapan balas dari si pemanggil.
“Hello.” Suara halus seperti suara budak yang menjawab.
Aku terdiam seketika. Anak siapalah pulak nie. Ni mesti mak bapak tak sedar anak main telefon ni.
“Hello sayang. Kenapa sayang telefon auntie. Jangan main telefon, nanti mama marah.” Perlahan aku memujuk.
“Mama dah tak ada. Mama dah ati… ” Lancar sahaja suara pelat budak itu bertutur. Aku tergamam seketika. Dadaku berdebar-debar.
“Sorry, auntie… auntie… ” Aku tergagap-gapap. Tidak tahu apa yang perlu aku ucapkan. Terasa sebak di dadaku.
“Jap, papa nak akap… ” Suara kecil itu berkata lagi.
“Hello..” Kedengaran suara halus kecil diganti dengan suara garau lelaki.
“Err… hello..” Balasku perlahan.
“Sorrylah sebab beri anak aku cakap dengan kau. Dia yang beria-ia mahu bercakap dengan kau.” Aku bertambah terkejut. Lelaki ini seperti tahu dengan siapa dia bercakap. Aku hanya mendiamkan diri. Ragu-ragu dengan siapakah aku bercakap.
“Emmm… boleh saya tahu siapa yang bercakap?” Soalku lalu berjalan keluar menuju ke buaian di halaman rumahku.
“Oh! Ini Farahkan?” Lelaki itu menyoal aku tanpa menjawab pertanyaanku tadi.
“Ya, saya. Tapi, siapa awak?” Soalku lagi, tidak puas hati.
“Dah lima tahun, nombor kau tetap tak berubah. Kiranya nasib aku baiklah.” Lalu dia ketawa senang hati. Aku semakin tidak puas hati. Geram pun ada.
“Akulah, Khairul. Tadi anak aku, Farhan.” Akhirnya terjawab segala teka-teki yang bersarang di benakku tadi. Aku pula yang ketawa.
“Engkau rupanya. Aku ingatkan budak manalah yang pandai main telefon. Rupanya bapak dia yang tolong ajarkan anak main telefon.” Dia hanya ketawa mendengar kata-kataku.
“Bijak anak kau. Mesti comel cam papanya.” Aku tersenyum sendiri apabila teringatkan kepetahan Farhan tadi.
“Eh, mestilah. Papa diakan handsome. Anak mestilah lawa dan handsome jugak.” Dia tetap seperti dulu, suka bergurau.
Aku ketawa di hujung talian. “Eleh, tak habis-habis puji diri sendiri.”
“Apa yang kau dah lobi pada anak kau pasal aku ha? Sampai teringin benar dia nak cakap ngan aku?” Aku cuba mengcungkil rahsia dari Khairul.
Dia tidak menjawab sebaliknya ketawa lagi. Asyik-asyik ketawa. Itulah satu-satu perangainya yang tak berubah, suka berjenaka dan ketawa. Sesungguhnya aku terpikat dengan disebabkan senyuman dan tawanya. Tambahan pula, ada lesung pipit di pipi kirinya. Tambah kacak dia. Hati perempuan mana yang tidak cair.
“Mana ada. Aku cuma kata yang papa dia nie jumpa kawan lama. Kawan mama dia. Tiba-tiba saja dia kata nak cakap dengan kau dan kalau boleh nak jumpa kau. Agaknya dia rindukan mama dia.” Suara dia yang tadi amat ceria, berubah nada. Suaranya kedengaran sedih.
“Oh ye ke? Hmmm… aku… aku pun teringin nak jumpa anak-anak kau.” Balasku berhati-hati.
“Iya? Kalau begitu kita lunch sama-sama hari ni. Lagipun dah jadi kebiasaan aku kalau hari minggu aku bawa anak-anak aku bersiar-siar. So, jadi?” Suaranya kembali ceria. Aku pulak yang pelik. Sekejap ceria, sekejap sedih. Entahlah, asalkan dia bahagia sudahlah
Aku kemudian memberi persetujuan dan berjanji akan bertemu di Restoran Kejora pada pukul satu tengahari. Hmmm… bagaimana agaknya rupa anak-anak Linda?
bersambung … . cam citer rosalinda plak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: