kasih dihujung rindu 5

Bab 18 Khairul
Sudah lima hari aku bergelar suami kepada Farah. Dalam tempoh itu, kami tinggal di rumah emak. Nampaknya Farah disenangi oleh sanak saudaraku. Mungkin keperibadiannya hampir sama seperti Linda, membuatkan dia mudah diterima masuk di kalangan saudara maraku. Cuma emak sahaja yang menjadi masalah. Farah kadang kala amat berhati-hati dalam perbuatan dan tutur katanya. Takut jika perbuatan dan percakapannya akan menaikkan kemarahan emak. Kasihan isteriku itu&
“Mak, ayah, abang& jemputlah makan. Farah hendak kejutkan Farhan dan Azim.” Farah mempelawa kami makan sarapan pagi. Semenjak dia berada di sini, segala urusan masak-memasak dia yang mengambil-alih.
Dia menuangkan air kopi ke dalam tiga cawan lalu diletakkan di hadapan aku, ayah dan emak. Emak hanya memerhatikan tingkah laku Farah, seolah-olah menanti sahaja wanita itu melakukan kesalahan dan bersedia untuk menyindir. Sama seperti waktu aku mula-mula mengahwini Linda dahulu. Aku tersenyum sendirian mengenang sikap emak.
“Apa yang kau senyumkan tu Khairul? Teringat sesuatu yang indah?” Usik ayah kepadaku. Ayah memang begitu, memang mesra dengan aku dan juga Farah. Ada sahaja akalnya untuk mengusik kami, pengantin baru.
“Tak adalah. Saya rasa lucu dengan emak nie.” Jawabku lalu menghirup kopi panas yng disediakan oleh Farah. Terasa lega apabila kopi itu melalui kerongkongku.
“Kenapa pula kau gelakkan emak?” Soal emak terpinga-pinga.
“Mana taknya, awak tengok menantu awak nie macam seorang pengadil yang sedang melihat peserta pertandingan memasak serta menghidang sarapan pagi.” Jawapan yang keluar dari mulut ayah menyebabkan aku dan ayah ketawa besar. Emak pula hanya mencebik. Farah pula kelihatan tersenyum-senyum sahaja. Tidak berani hendak ketawa seperti kami. Mungkin takut dijeling oleh emak.
“Farah, marilah minum sekali. Sekejap lagi bangunlah si Farhan tu.” Ajak ayah kepada Farah yang setia berdiri di sebelahku.
“Yalah Farah. Marilah kita minum sekali.” Pelawaku juga lalu menarik tangannya.
“Tak mengapalah abang, ayah. Nanti siapa pula hendak temankan Farhan makan.” Dalihnya pula.
“Habis, abang siapa yang nak temankan?” Usikku. Pipinya mula kemerah-merahan menahan malu diusik di hadapan emak dan ayah. Satu cubitan lembut diberikan pada lenganku. Ayah hanya tersenyum senang melihat kemesraan kami. Emak pula hanya menjeling, meluat.
“Hai, baru-baru kahwin bolehlah layan Farhan dan Azim tu selalu. Nanti bila dah bekerja semula, muka budak-budak tu pun tak dijenguk. Sibuk memanjang.” Emak mula menyindir Farah. Berubah air muka Farah seketika. Tetapi, dia cuba tersenyum untuk menutup perasaan sedihnya.
“Mamaa&” Kedengaran laungan dari Azim. Sejak kami berkahwin, memang Azim dan Farhan tidur sebilik dengan kami. Farah sedikit pun tidak menunjukkan perasaan kurang senang. Malah anak-anakku dilayan dengan penuh kasih sayang. Aku tahu, aku perlu berterus-terang dengan keadaan kami apabila pulang ke ibukota kembali untuk menyambung tugas.
Terkocoh-kocoh Farah menuju ke bilik untuk melihat Azim. Sejak menjadi isteriku, dia tidak pernah duduk diam. Setiap ketika dia melayan karenah anak-anakku yang mahu diberi perhatian. Farhan dan Azim seolah-olah berebut-rebut untuk mendapatkan perhatian serta kasih sayang dari mama bru mereka. Aku begitu sedih melihat keadaan anak-anakku yang ketandusan kasih seorang ibu di dalam hidup mereka. Aku berharap dengan kehadiran Farah, akan membuatkan sinar kebahagiaan dan keceriaan akan menerangi semula keluarga kami.
“Limah, kenapa dengan awak? Ada saja perbuatan Farah yang tidak kena di mata awak. Cubalah awak belajar terima dia. Saya tak nampak cacat cela pun perangai Farah. Sedikit tidak ubah seperti arwah Linda dulu. Malah, Farhan dan Azim dibelai dengan penuh kasih sayang.” Ayah bersuara setelah melihat Farah menghilang ke tingkat atas. Aku hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mencelah kata-kata ayah.
“Baru-baru kahwin, bolehlah tunjuk baik. Lagipun berada depan kita. Bila dia sudah ikut Khairul balik, entah apa dibuatnya pada cucu-cucu kita tu!” Emak tetap berprasangka terhadap Farah.
“Entahlah, saya dah tak tahu nak kata apa pada awak. Cakap saya sebagai suami awak pun awak ingkar, inikan pula mahu orang lain ikut kata awak. Dari dengar awak bersungut pasal Farah, baik saya makan nasi lemak yang Farah buat nie, lagi bagus. Sedap pula. Kalah awak. Awak buat pun tak sesedap ini.” Kata ayah sengaja menyakiti hati emak. Emak hanya mencebik. Dia menyendukkan nasi lemak dan dihulurkan kepada ayah.
Aku mengeluh perlahan. Ketika aku mahu menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan, Farah turun dari tangga sambil mendukung Azim dan memimpin Farhan.
“Dah bangun anak-anak papa?” Ucapku lalu melemparkan senyuman pada mereka.
Farah hanya tersenyum lalu menghampiri kami. Dia meletakkan di dalam kerusi khas untuk kanak-kanak. Farhan pula sudah berdiri di atas kerusi di sebelahku. Mulutnya becok mahu makan nasi lemak. Bahagia aku melihat keceriaan yng terpancar di wajah anak-anakku.
“Sedap nasi lemak dan sambl tumis ikan bilis yang Farah masak nie. Tambahan pula ada rendang daging, bertambah-tambah sedap dibuatnya. Kalau tak takkan emak kamu nie dah tambah nasi untuk round kedua.” Ucap ayah ketika melihat emak menambah nasi lemak ke dalam pinggannya. Emak tidak menjawab, sebaliknya hanya menjeling kepada ayah.
Aku hanya tersenyum. Walaupun emak tidak begitu menyenangi Farah, tetapi apa sahaja yang dimasak oleh Farah, bagaikan sesuai benar dengan tekaknya. Walaupun dia tidak pernah memuji masakan menantu barunya ini, tapi aku tahu emak memang menyukai masakan isteriku ini. Cuba kerana ego, dia tidak pernah meluahkannya.
Aku akui, Farah memang pandai memasak. Sewaktu aku masih bertunang dengan Linda dahulu, selalu juga aku bertandang ke rumah mereka untuk makan tengahari apabila hari cuti. Mereka pula menyewa serumah, maka bertambah rapatlah jalinan persahabatan di antara kami bertiga. Di antara Linda dan Farah, Farah lebih handal memasak berbanding Linda yang lebih kepada kreatif mengemas rumah. Bukannya aku cuba membanding-bandingkan kelebihan yang ada pada kedua-dua wanita itu, tapi kenyataan! Farah memang handal memasak.
Aku hanya melihat Farah melayani Azim makan. Farhan pula aku biarkan makan sendiri. Umurnya sudah mencecah tiga tahun. Sudah pandai serba sedikit untuk makan sendiri. Tetapi sejak Farah menjadi mamanya, perangainya lebih manja. Mungkin cemburu melihat adiknya lebih diberi perhatian. Farah yang mungkin perasan aku memerhatikannya, mendongak membalas pandanganku. Aku hanya tersenyum, dia membalas senyumanku lalu menumpukan kembali perhatiannya pada Azim. Aku menghela nafas kelegaan.
Bab 19 Farah
Pagi-pagi lagi kami sudah bertolak pulang semula ke ibukota. Setelah seminggu usia perkahwinanku bersama Khairul, kami akan mula bekerja. Tiada cuti untuk berbulan madu. Lagipun aku sendiri rasa tidak sanggup meninggalkan Farhan dan Azim yang amat manja denganku hingga membuatkan emak Khairul berkecil hati dengan perangai cucu-cucunya itu. Dan ini akan merumitkan lagi usahaku untuk berbaik-baik serta mengambil hati ibu mertuaku itu.
Masuklah Farah. Harap Farah suka tinggal dengan abang dan anak-anak di rumah ini. Ujar Khairul sebaik sahaja dia membuka pintu rumahnya.
Aku melangkah masuk sambil menjinjing beg pakaianku. Azim dan Farhan sedang berkejar-kejaran di halaman rumah. Aku memerhatikan rumah yang kelihatan kemas. Semuanya teratur di susun. Terasa damai apabila melihat keadaan rumah ini. Walaupun rumah ini besar, tetapi nampaknya Khairul mampu menguruskan rumah ini dengan baik sekali.
Kemas rumah abang. Ucapku apabila Khairul berdiri di sisiku. Dia hanya tersenyum lalu meletakkan beg-beg pakaian yang diambilnya dari dalam kereta.
Ingat abang malas mengemas ke? Balasnya bergurau. Aku hanya tersengih.
Saya pergi tengokkan anak-anak. Aku berpaling dan menuju ke halaman rumah. Farhan sedang menghayun buaian Azim dengan gembiranya.
Mataku meliar melihat keadaan halaman rumah Khairul. Ada sebiji meja dan empat buat kerusi yang memang di bina di situ. Berdekatan meja itu pula ada taman kecil yang lebih kepada landskap taman yang ditanam dengan pelbagai bungaan yang indah sekali. Tidak jauh dari situ pula, diletakkan buaian yang sedang dimain oleh Farhan dan Azim. Susun aturnya begitu tepat sekali kerana sambil minum dan berehat di meja itu, boleh merehatkan fikiran dengan memerhati bungaan perlbagai warna dan jenis di samping dapat memerhatikan anak-anak bermain-main. Aku tersenyum sendiri dan membayangkan kehidupan baru yang bakal aku lalui bersama-sama suami dan anak-anak yang tersayang.
Kenapa senyum-senyum seorang nie? Tiba-tiba sahaja Khairul berada di belakangku. Aku pantas berpaling.
Tak ada apa-apa. Balasku lalu melambai-lambai Farhan yang sedang leka mengayuh basikal beroda tiga miliknya. Aku mengangkat Azim dari buaian lalu aku pula duduk di atas buaian itu dan meriba Azim. Khairul mendekati kami lalu sama-sama menyertai kami di buaian.
Rumah nie cantiklah bang. Walaupun jauh sedikit dari pusat bandar, tapi keadaan di sini aman dan nyaman. Farah rasa selesa di sini. Terangku sambil mengusap rambut Azim perlahan-lahan.
Rumah ini sebenarnya memang rumah abang dan Linda. Kami pernah bercadang mahu berpindah ke ibukota untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Sebelum berpindah, kami sudah membuat persediaan dengan membeli rumah di sini. Kami memang berhajat untuk berpindah ke sini dua tahun yang lalu tapi tika itu Linda sedang mengandungkan Azim. Atas permintaan emak yang mahu Linda melahirkan Azim sebelum berhijrah ke sini, kami akur. Tapi, tak sangka pula Linda& Kata-katanya terhenti di situ sahaja. Kulihat kelopaak matanya basah.
Aku tahu, walaupun sudah lebih setahun Linda pergi, Khairul tetap tidak boleh melupakannya. Aku kagum dengan kesetiaan lelaki ini yang kini menjadi suamiku. Tetapi kadang-kala aku sangsi dengan keputusannya mengahwini aku sedangkan dia sendiri masih tidak dapat melupakan arwah isterinya. Jadi apa gunanya dia mengahwini aku? Tapi, aku cepat-cepat menghapuskan kesangsian yang menjalar di fikiranku dengan beristighfar berkali-kali. Tidak sepatutnya aku mempunyai perasaan syak kepada suamiku.
Aku tidak membalas kata-katanya. Aku tahu dia amat bersedih dengan pemergiaan Linda. Aku mencapai tangannya lalu menggenggam erat. Aku berjanji akan memberikan kebahagiaan pada lelaki ini. aku juga sanggup hidup bersama-samanya samada waktu senang atau susah, waktu gembira atau sedih, aku rela mengharungi hidup ini bersama-samanya Ini janjiku dan aku nekad. Aku akan tetap bersamanya walau apapun yang berlaku. Tetapi, jika seandainya suatu hari nanti dia tidak perlukan aku lagi dalam hidupnya, aku redha dan aku akan pergi jika itu kemahuannya&
Ermm& abang minta maaf. Abang tak sepatutnya sebut mengenai Linda di depan Farah. Farah sekarangkan isteri abang sekarang. Dia kelihatan serba-salah. Aku menggelengkan kepala.
Tak mengapa bang. Farah faham. Linda memang seorang isteri dan ibu yang baik. lagipun Farah juga merindui dia. Balasku.
Farah tidak risau jika perkahwinan kita ini akan dibayangi dengan kenangan-kenangan abang bersama Linda dahulu?
Tidak bang. Itu kenyataan. Farah sudah bersedia untuk menghadapinya. Farah takkan halang abang dari terus mengingati arwah Linda. Dia tetap isteri dan ibu kepada anak-anak abang. Ucapanku dibalas dengan kucupan hangat di pipiku. Aku merasa sungguh bahagia apabila berada di samping suamiku ini.
Mari kita masuk, hari pun dah petang. Ajaknya lalu dia mendapatkan Farhan lalu mengendong anak itu. Aku membuntutinya masuk ke dalam rumah sambil mendukung Azim yang sudah layu matanya, mengantuk!
Mari abang tunjukkan bilik pada Farah. Ujarnya sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam rumah. Aku mengikutinya mendaki tangga ke tingkat atas. Di tingkat atas terdapat tiga bilik tidur dan dua bilik air. Tingkat bawah pula hanya ada sebuah bilik tidur tetapi sudah dijadikan stor untuk menyimpan barang.
Ini bilik Farhan dan Azim. Katanya sambil membuka pintu bilik itu. Di dalamnya terdapat dua buah katil yang kemas. Di dindingnya ditampal dengan pelbagai gambar seperti gambar bunga, kenderaan dan binatang. Semuanya gambar-gambar yang mempunyai sekali abjad-abjad. Sesuai untuk menggalakkan kanak-kanak belajar. Di satu sudut pula terdapat almari pakaian. Di atas almari itu diletakkan pelbagai anak patung dan juga kereta permainan. Pastinya kepunyaan Farhan dan Azim.
Cantiknya bilik Farhan dan Azim. Ucapku lalu mencubit pipi Azim di dukunganku. Dia hanya tersengih. Farhan pula sudah melompat naik di atas katilnya.
Nanti Auntie Mama idur ngan Aan ya… Farhan bersuara. Khairul hanya tersenyum.
Mana boleh, Auntie mama kena tidur dalam bilik dia sendiri. Farhan memuncungkan bibirnya apabila mendengar kata-kata papanya. Aku hanya ketawa kecil.
Mari abang tunjukkan bilik Farah. Khairul menarik tanganku. Aku mengerutkan dahi. Bilik aku? Kenapa dia tidak mengatakan bilik kita?
Ini bilik Farah. Katanya lalu memulas tombol pintu di hadapan kami.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu. Hanya ada sebuah katil, sebuah almari pakaian dan sebuah almari solek. Bilik itu seperti tidak pernah digunakan. Bilik ini tidak seperti bilik untuk pasangan pengantin baru yang selalunya dihiasi indah. Atau sekurang-kurangnya lengkap dengan hiasannya sekali. Tapi bilik ini begitu kosong. Aku terpinga-pinga sebentar. Aku memandang wajahnya untuk meminta penjelasan.
Ini bilik kita? Soalku.
Bukan, ini bilik Farah. Jawabnya tenang. Aku semakin bingung.
Bilik Farah? Soalku kembali.
Ya, Farah akan tidur di bilik ini. Dengan yakin dia menjawab pertanyaanku.
Habis tu, abang?
Abang akan tidur di bilik abang, di hadapan bilik Farah ini. Terangnya lalu berpaling ke belakang. Apa maksud abang? Farah tak faham. Kitakan suami isteri, mengapa perlu tidur dalam bilik yang berasingan? Dadaku berdebar-debar. Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh Khairul? Mengapa jadi begini?
Okey, abang tahu Farah kebingungan. Let me explain to you. Balasnya lalu menarik tanganku. Aku menurut dan duduk di atas katil di dalam bilik yang bakal aku tinggal.
Maafkan abang, Farah. Bukan niat abang mahu menyiksa Farah. Tapi buat masa sekarang, beginilah keadaan kita. Abang masih lagi tidak dapat melupakan Linda. Apabila abang cuba mendekati Farah, bayangan wajah Linda akan hadir dan tiap kali itu juga membuatkan abang kaku. Setiap saat dan ketika, wajahnya sentiasa terbayang di mata abang. Abang tak dapat lupakan Linda kerana abang terlalu menyayangi dan menyintainya. Perlahan-lahan dia cuba untuk memberi kefahaman kepadaku.
Kalau begitu, mengapa abang mengahwini Farah? Soalku sebak. Aku tidak mahu hidup begitu. Aku mahu hidup bahagia dengan perkahwinanku ini.
Demi Farhan dan Azim. Jawabnya lalu menundukkan kepalanya.
Farah tak faham. Air mata sudah mula mengalir di pipiku.
Mereka perlu hidup dan membesar dengan asuhan dari seorang ibu. Abang tidak mahu pembesaran mereka cacat tanpa kehadiran dan asuhan dari seorang ibu. Maafkan abang, Farah. Hanya Farah sahaja yang layak menggantikan tempat Linda untuk menjadi mama buat mereka. Tolonglah fahami keadaan abang. Pintanya separuh merayu.
Jadi perkahwinan kita ini hanya tertulis di atas kertas sahaja? Abang mengahwini Farah kerana mahu Farah menjadi mama buat Farhan dan Azim? Mahu Farah menjaga Farhan dan Azim? Bukan kerana abang sayangkan Farah? Soalku bertalu-talu.
Maafkan abang Farah. Bagaikan halilintar menyambar jantungku apabila melihat dia menganggukkan kepala sebagai tanda mengakui semua pertanyaanku tadi. Terkedu aku melihat pengakuannya.
Maaf? Hanya itu sahaja yang boleh dia katakan padaku? Hancur luluh hatiku. Berkecainya perasaan aku bagai dihempas ke atas batu. Dapat aku rasakan impian perkahwinanku hilang diterbangkan angin. Mengapa begini pula permulaan hidupku sebagai seorang isteri?
Maafkan abang, Farah. Kita terpaksa hidup begini. Tapi, abang akan cuba untuk menyayangi Farah. Farah kena bantu abang untuk mengenali dan menyayangi Farah. Abang janji, abang tidak akan mensia-siakan hidup Farah. Abang akan membahagiakan Farah.
Berjanjilah kau setinggi langit sekalipun. Hatiku telah pun terluka dengan perngakuan kau tadi. Aku memang telah lama menyayangimu, abang. Sejak mula mengenalimu. Tapi kau pula baru mula mahu belajar menyayangi diriku dan meminta bantuanku pula untuk mengajar kau bagaimana mahu menyayangi diriku. Sudah gilakah kau abang atau aku sendiri yang gila kerana terikat di dalam perkahwinan yang bukannya perkahwinan yang sebenar-benarnya.
Perlahan-lahan aku menyerahkan Azim ke pangkuanny. Aku mengesat airmata di pipiku. Satu keluhan yang sarat kulepaskan dengan berat sekali. Terasa seperti ada batu besar yang sedang menghempap dadaku tika ini.
Farah hendak ke mana? Soalnya agak cemas apabila melihat aku bangun dan menuju ke pintu bilik.
Langkahku terhenti seketika. Aku berpaling ke arahnya yang sudah bangun sambil mendukung Azim.
Ambil beg. Jawabku lalu menghayun langkahku lemah menuruni tangga. Air mata masih lagi mengalir deras di pipiku. Tapi, kubiarkan sahaja. Menangislah& menangislah sepuas-puas hati, Farah. Selepas ini kau tidak boleh menangis lagi.
Bab 20 Farah
Oh, Tuhan! Mengapa aku diduga dengan ujian seperti ini. mengapa aku tidak boleh mengecapi nikmat perkahwinan seperti pasangan lain? Mengapa aku mengahwini lelaki yang tidak menghargai aku seperti seorang suami yang menghargai isterinya? Mengapa aku terperangkap dalam ikatan perkahwinan tanpa belaian dari seorang lelaki yang bergelar suami buatku? Mengapa dia mengahwiniku jika dia tidak perlukan aku sebagai isterinya?
Air mata ini tidak henti-henti mengalir dari tadi. Bagaikan empangan pecah. Aku tidak mahu membazirkan air mata ini. Tapi, ia seakan tidak mahu berhenti. Walaupun aku sibukkan diri dengan mengemas semua pakaianku ke dalam almari serta mengemaskan katilku, ia tetap juga mengalir.
Adakah aku sudah tersilap percaturan dalam menentukan pasangan hidupku? Sedangkan selama ini, sudah ramai yang datang merisik, tapi kesemuanya aku tolak. Tidak kurang kurang pinangan dari teman-teman, sepupu-sepupu malah anak kenalan abah dan emak. Kesemua menerima jawapan hampa dariku. Kesudahannya aku menerima dengan mudah lamaran dari Khairul, lelaki yang yang kematian isteri dan mempunyai dua orang anak hasil dari perkahwinan pertamanya. Malah aku rela mengahwini lelaki ini. tepatkah keputusan aku ini?
Huh! Tak perlu menyoal diri sendiri lagi. Aku sudah pun mengahwini dia. Samada tepat atau tidak keputusanku ini, tidak perlu lagi dijawab. Semunya sudah terlambat. Dia adalah suamiku yang sah sejak seminggu yang lalu. Tapi, kehadiran aku di sisinya hanyalah untuk menjaga dan memberi kasih sayang seorang ibu buat Farhan dan Azim, anak-anaknya.
Farhan& Azim. Sesungguhnya mama memang menyayangi kalian berdua. Mama juga menyayangi papa.Tapi, papa kalian tidak menyayangi mama. Mana mungkin mama hendak hidup bersama kalian berdua jika ianya begini. Mama mahukan perkahwinan yang sebenar. Bukannya perkahwinan yang seperti papa kalian mahukan ini. Seolah-olah mama diperlukan sebagai pengasuh kalian sahaja, bukannya isteri dan ibu buat kalian.
Patutlah walaupun aku sudah suci, dia tidak pernah menyentuhku. Malah tidak pernah memesraiku sewaktu di rumah emaknya. Jauh sekali mahu membelai atau memelukku. Kini, terjawablah segala kesangsian yang bersarang di jiwaku selama ini. Abang, mengapa abang lakukan ini pada Farah&
Tuk& tuk& tuk&
Pintu bilikku diketuk dengan perlahan. Aku mendiamkan diri. Sejak aku mengheret begku masuk ke bilik ini petang tadi, aku tidak keluar langsung dari sini. Malah, panggilan dari Farhan dan Azim juga tidak kuendahkan. Entah mengapa hatiku menjadi begitu sayu dan sedih. Aku tidak mahu mereka melihat aku dalam keadaan begini. Nanti tentu mereka menyoal aku, terutama sekali Farhan yang begitu petah bercakap sekarang.
Tuk& tuk& tuk&
Pintu sekali lagi diketuk. Sudah tentu Khairul yang mengetuknya. Jika Farhan atau Azim, sudah lama mereka memanggil aku. Tiba-tiba sahaja aku dipagut rasa bersalah. Mengapa pula? Bukankah dia telah menghancurkan hatiku tadi? Malah menyebabkan aku mengurungkan diri di dalam bilik ini. Arghhh& mengapalah aku begini? Selalu bersimpati dengan orang walaupun dia yang telah menyakiti aku. Hati aku masih lagi berdarah, manakan sembuh dalam sekelip mata.
Tuk& tuk& tuk&
Farah& Pintu diketuk buat kali ketiga dan disertakan dengan panggilan dari Khairul. Aku masih lagi mendiamkan diri sambil memeluk erat lututku.
Mari kita keluar makan. Farhan dan Azim pun dah lapar nie.
Kasihan Farhan dan Azim. Mesti mereka lapar kerana mereka tidak makan makanan yang mengenyangkan siang tadi. Tapi, untuk keluar dan memandang wajah Khairul, aku tak sanggup. Apabila melihat wajahnya, hatiku bagaikan disiat-siat.
Farah tak lapar. Farah tak mahu keluar. Abang pergilah bawa anak-anak. Jawabku lalu merebahkan kepala ke bantal.
Janganlah begitu. Marilah kita keluar dengan anak-anak. Dia masih berusaha memujukku. Kemudian aku mendengar tombol pintu bilikku cuba dibuka dari luar tetapi tidak berjaya. Pintu itu telah awal-awal lagi aku menguncinya kerana dalam keadaan fikiranku yang masih bercelaru begini, aku tidak mahu diganggu. Biarlah aku meredakan taufan yang mengganas di kepalaku ini.
Farah& Dia masih lagi di luar. Aku tetap mendiamkan diri.
Okey, tak mengapa kalau Farah tak mahu keluar. Abang boleh bungkuskan makanan buat Farah. Farah nak makan apa? Nanti abang belikan. Sambungnya lagi.
Tak payah. Farah tak ada selera. Cepatlah pergi bawa anak-anak makan. Kasihan mereka lapar. Siang tadi tak makan apa-apa pun. Balasku dengan suara mendatar. Suasana sepi seketika.
Baiklah. Abang pergi dahulu. Balasnya lalu kedengaran derap kaki menuruni tangga. Tak lama kemudian, deruman enjin kereta berbunyi membelah kedinginan malam.
Aku bingkas bangun lalu duduk bersila di atas katil. Aku mengesat pipiku yang bersisa dengan air mata.
Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Berpisah? Takkanlah perkahwinan aku yang baru berusia seminggu ini musnah dalam sekelip mata sahaja. Apa kata emak dan abah? Apa pula tanggapan orang-orang kampung apabila mengetahuinya? Dan adakah Khairul sanggup melepaskanku apabila aku memintanya? Jika kami berpisah, apa akan terjadi pada Farhan dan Azim? Aku teramat sayangkan mereka berdua. Mereka sudahpun kuanggap bagaikan anakku sendiri. Biarkan baru seminggu aku menjalankan tugas sebagai ibu buat mereka berdua, tapi kasih sayangku buat mereka bagaikan aku yang mengandung serta melahirkan mereka. Aku tak sanggup berpisah dengan anak-anak itu.
Jika aku pergi nanti, pasti mereka tercari-cari di manakah gerangannya mama mereka. Pasti mereka menangis merinduiku. Dan aku juga pasti akan merindui mereka. Rindukan kepetahan Farhan. Rindukan kemanjaan Azim. Dan aku pasti merindui wajah comel mereka berdua. Tak dapat aku bayangkan, hidupku tanpa Farhan dan Azim.
Cukuplah, jangan menangis lagi. Mungkin ini dugaan yang perlu aku harungi sebelum mengecap kebahagiaan mutlak. Aku rela kau perlakukan aku sebegini, abang. Demi Farhan dan Azim, aku akur dengan permintaanmu. Aku rela kita terpisah begini walaupun hakikatnya kita hidup sebumbung. Demi anak-anak itu dan juga demi Linda, Farah rela&
Bab 21 – Farah
Seawal jam enam pagi aku sudah bangun membersihkan diri dan terus menunaikan solat subuh. Selepas bersolat, aku berwirid panjang lalu kupanjatkan doa kepada ILAHI agar memberi aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang bersama suami dan anak-anak. Kupanjatkan jua doa pada-Nya agar menjadikan aku seorang sentiasa tabah, cekal dan sabar dalam mengharungi hidup berumahtangga. Hatiku sedikit tenang setelah aku mengadu nasib kepada-Nya.
Kemudian aku menuruni tingkat bawah lalu menuju ke dapur. Kuperhatikan sekeliling. Sungguh kemas. Mungkin Khairul jarang menggunakan dapur untuk memasak. Mungkin juga sekadar menjerang air sahaja. Aku mula membuka peti sejuk. Tiada langsung bahan yang boleh aku gunakan untuk memasak sarapan pagi ini. Cuma yang ada beberapa biji telur. Aku keluarkan telur tersebut lalu aku memasukannya ke dalam periuk kecil yang kuisikan air. Kemudian aku meletakkannya pula ke atas tungku dapur lalu kupasang api. Aku bercadang mahu merebus telur separuh masak.
Kemudian aku beralih ke rak dapur. Ku buka pintu rak itu, aku membelek-belek barang di situ. Hmmm… banyak barang-barang kering seperti tepung, bawang, cili kering, ikan bilis dan beberapa barang keperluan lain hampir kehabisan. Aku mencapai tepung gandung yang masih belum luak isinya. Aku berkira-kira di dalam hati, apa menu pagi hari ini? Memandang hanya tepung yang masih elok, aku rasa aku mahu membuat lempeng susu sahaja. Mungkin aku perlu menyambung cuti hari ini agar aku dapat keluar membeli barang keperluan.
Hampir pukul lapan, barulah aku selesai menyediakan sarapan dan menghidangnya di atas meja. Aku berpuas hati dengan hasil tanganku. Sedang aku sibuk mengeluarkan barang-barang yang tidak boleh digunakan lagi dari rak dapur, aku terdengar suara berdehem. Terhenti sebentar pergerakanku. Tetapi, tidak sekali-kali aku menoleh kerana aku tahu siapakah gerangannya yang sedang berada di belakangku itu.
“Assalamualaikum, selamat pagi.” Ucapnya lembut dan bunyinya begitu hampir. Seluruh ruang dapur berbau harum wangian CK yang dipakainya. Terbuai sebentar perasaanku apabila menghidu wangian itu. Tetapi, cepat-cepat aku tersedar.
“Waalaikummussalam, selamat pagi.” Balasku antara dengar dan tak dengar. Aku masih membelakanginya. Entah mengapa hatiku begitu berat untuk menatap wajahnya. Aku sebenarnya takut jika aku tidak dapat mengawal perasaanku sendiri dan akan menitiskan air mata.
“Farah masak apa pagi nie?” Kemudian aku mendengar bunyi kerusi ditarik. Mungkin dia sudah duduk menghadap sarapan pagi. Aku pula menyambung tugasku mengemas rak dapur ini.
“Farah tak bersiap hendak ke pejabat? Bersiaplah dulu. Balik nanti boleh kemas rak tu.” Ucapnya dan serentak dengan itu aku mendengar bunyi cawan berlaga dengan piring. Mungkin dia sedang menuang air kopi ke dalam cawan. Tekaanku tepat apabila aku dapat menghidu aroma kopi.
Tiba-tiba aku diserang perasaan bersalah. Bukankah aku sebagai seorang isteri, wajib melayan segala keperluan suami? Sedangkan kini, aku masih tidak memperdulikan dia. Berdosakah aku? Tapi, bukannya aku sengaja mahu berkelakuan begini. Jika dia tidak melayani aku sebegini, sudah tentu… arghhhh… Aku berperang dengan perasaanku sendiri.
“Farah… ” Panggilnya lagi. Begitu lembut. Hatiku digamit rasa pilu. Akhirnya aku mengalah, lalu berpaling memandang wajahnya.
Dia sudah siap berpakaian kemeja biru muda berjalur halus warna putih dan bertali leher warna biru laut. Seluar pula berwarna hitam. Nampak begitu tampan sekali. Aku memandangnya tanpa sebarang reaksi.
“Farah harap abang tak marahkan Farah keluarkan barang-barang dalam rak dapur nie. Farah tengok banyak barang dah expired. So, Farah beranggapan lebih elok dibuang saja. Lagipun hari ini Farah sambung cuti sehari lagi sebab Farah hendak keluar membeli barang-barang keperluan dapur. Tak ada benda yang boleh Farah guna untuk memasak. Apa yang dapat Farah masak pagi ini… apa yang terhidang di atas meja ini sajalah.” Terangku dengan panjang lebar.
Dia tersenyum memandangku. Ketika kuberpaling kepadanya, dia sudah menghabiskan dua biji telur separuh masak dan sedang menikmati lempeng susu yang masih panas.
“Tak mengapa. You are the madam in this house. Farah boleh buat sesuka hati Farah. Tak perlu ragu-ragu. Abang takkan marah atau halang Farah. Abang tahu Farah seorang isteri dan ibu yang baik malah abang bertuah kerana dapat mengahwini Farah.” Kata balasnya membuatkan aku sebak. Kau memang bertuah mengahwini aku, sedangkan aku yang malang kerana menjadi isterimu, abang.
“By the way, kalau Farah mahu, abang boleh temankan Farah beli barang dapur.” Sambungnya lagi. Kali ini dia bangun lalu mendekati aku yang setia berdiri di sisi rak dapur.
“It’s okay. I can handle myself.” Aku menjauhkan diri darinya dengan menuju ke sinki lalu mencuci tangan.
“Banyak barang yang hendak dibeli. Nanti Farah tak larat nak angkat.” Dia menghampiri aku. Entah mengapa aku cuba menjauhkan diri darinya. Perasaanku masih lagi berserabut. Kata-katanya semalam, masih terngiang-ngiang di telingaku.
Sebaik sahaja aku mahu melangkah menjauhinya, tangannya pantas mencengkam lenganku. Tersentak aku dengan tindakannya itu. Pantas aku berpaling menatap wajahnya.
“Kenapa Farah macam cuba lari dari abang?” Pertanyaan yang keluar dari mulutnya menyebabkan dadaku berdebar kencang. Aku tidak menjawab, sebaliknya aku merenung ke dalam anak matanya. Agak lama kami bertatapan.
“Tak adalah.” Jawabku tergagap-gagap.
“Yes, you are.” Balasnya dengan suara yang perlahan tetapi sedikit ditekan.
Aku tidak membalasnya. Sebaik sahaja aku rasakan cengkamannya longgar, aku terus menuju ke peti sejuk. Aku membukanya tetapi aku sendiri sebenarnya tidak tahu apa tujuannya aku membuka peti sejuk itu. Cuma sekadar, mahu menghindarkan diri darinya.
“Okey, biar abang temankan Farah ya?”
“No need.” Jawabku pantas lalu berpaling padanya. Dia sedikit tersinggung dengan kata-kataku.
“No… what I meant… Farah boleh pergi seorang. Anak-anak Farah akan hantar pada Kak Bedah. Farah pergi seorang.” Terangku berhati-hati setelah menyedari kata-kataku tadi sedikit menengking.
Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami peneranganku. Kemudian dia menyeluk kocek belakang seluarnya. Dia mengeluarkan dompetnya lalu membuka lipatan dompet tersebut. Perlahan-lahan dia menarik keluar sekeping kad kredit lalu dia menghampiri aku. Dia mencapai tanganku lalu meletakkan kad kredit tersebut di atas telapak tanganku.
“Farah guna kad ini untuk membeli apa saja barang keperluan rumah dan keperluan Farah. Abang sekarang suami Farah dan segala keperluan Farah adalah menjadi tanggungjawab abang. Memandangkan Farah tak mahu abang menemani Farah, biar abang pergi ke pejabat dulu.” Sebuah kucupan hangat dihadiahkan di dahiku. Terpana sebentar aku dengan perbuatannya. Kemudian dia terus berpaling dan beredar dari ruang dapur. Tetapi kemudiannya berpaling semula.
“Lupa pula abang nak beritahu. Apa yang Farah masak pagi ini, sedap sekali.” Dia tersenyum manis dan kemudiannya terus hilang dari pandanganku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: