kasih dihujung rindu 6

Bab 22 – Khairul
Kereta kupandu laju membelah kesibukan jalanraya di ibukota. Di mindaku terlakar wajah sugul Farah. Aku tahu aku yang bersalah kerana mewujudkan sempadan di dalam perkahwinan kami. Bukan aku sengaja, tetapi aku masih sangsi dengan perasaanku sendiri.
Aku akui, aku masih lagi tidak melupakan Linda. Bagi diriku, Linda adalah segala-galanya padaku. Dan aku juga akui, aku menikahi Farah hanya kerana mahukan dia menjaga anak-anakku. Kejamkah aku kerana menyeretnya ke dalam perkahwinan yang tak bermakna ini?
Bukannya aku tidak menyayanginya. Dari sehari ke sehari aku cuba menyemai rasa kasih dan sayang padanya. Dan bukannya aku tidak ada keinginan untuk memesrainya. Bohonglah jika aku katakan tidak terlintas di fikiranku tentang itu. Cuma apabila aku cuba mendekatinya, bayangan wajah Linda akan menjelma dan membuatkan niatku terbantut.
Di awal perkahwinan kami, aku dilayan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang. Betapa bermaknanya hidupku apabila bergelar suami buatnya tika itu. Tapi kini, memandang wajahku pun dia tidak sudi. Walaupun baru sehari, aku rasakan betapa terseksanya perasaanku. Baru sehari, aku menjadi rindu menatap senyuman manis yang sentiasa terukir di bibirnya.
“Farah… Farah… “
Entah untuk ke berapa kali aku menyebut namanya. Apa agaknya tanggapan dia terhadap diriku? Mungkin penipu, mungkin juga perosak kebahagiaan? Aku sendiri pun tidak tahu apakah gelaran yang patut diberikan padaku kerana membataskan perhubungan kami suami isteri. Gilakah aku kerana mewujudkan tembok di antara kami berdua? Sedangkan sebenarnya antara kami berdua sepatutnya tiada halangan untuk bersama, malah dia halal buatku kerana aku telah menikahinya.
Makin difikirkan, makin berat kepalaku. Malah membuatkan aku semakin dihimpit perasaan yang amat bersalah. Berkemungkinankah dia akan meminta perpisahan dariku. Bagaimana dengan anak-anakku nanti apabila ketiadaannya. Dapat aku rasakan Farhan dan Azim begitu menyayangi Farah. Malah Farah begitu jua. Tegakah dirinya untuk meninggalkan anak-anak itu?
Bab 23 – Khairul
Tika aku sampai di rumah, keadaannya amat sunyi. Tiada kedengaran bunyi bising anak-anak. Malah halaman rumah kosong sahaja. Hatiku berdetak kencang. Mungkinkah dia sudah pergi meninggalkan aku? Tapi, Farah takkan buat begitu. Aku tahu walaupun hatinya terguris dengan tindakanku, dia tidak akan tergamak meninggalkan Farhan dan Azim. Aku mempercepatkan langkahku menuju ke pintu rumah.
Keadaan di dalam rumah juga sunyi sahaja. Pintu tidak berkunci. Aku menarik nafas lega apabila aku melihat susuk tubuh Farah yang sedang berbaring di atas sofa. Aku mendekatinya perlahan-lahan. Rupa-rupanya dia sedang terlena di atas sofa bersama Farhan dan Azim. Begitu nyenyak mereka bertiga tidur. Aku tersenyum melihat mereka.
Kuusap perlahan rambut Farhan dan Azim. Azim begitu nyenyak tidur di dalam pelukan mamanya. Farhan pula tidur beralaskan perut Farah. Kasih sayang Farah tetap terserlah walaupun dalam keadaan begini. Kedengaran dengkuran halus dari Farah. Adakalanya tidak kedengaran langsung.
Aku bingkas bangun dan menuju ke dapur. Aku sedikit terkejut dengan keadaan di dapur. Ada sedikit perubahan dengan susun atur peralatan dan kedudukan kerusi, meja dan beberapa kabinet. Mataku melirik ke meja lalu kubuka tudung saji. Sudah tersedia hidangan untuk minum petang. Kuih lapis dan cucur udang bersama kuahnya. Air teh pula sudah suam. Agaknya sudah lama dia menyediakan kuih-kuih ini.
Aku mengambil sepotong kuih lapis lalu kumasukkan ke dalam mulut. Hmmm… sedap! Apa sahaja yang dimasak oleh Farah, semuanya enak. Sesuai dengan seleraku. Mataku teralih pada rak dapur. Tergerak hatiku untuk melihat isi di dalam rak tersebut. Apabila kubuka, sudah lengkap semua barang-barang dapur. Semuanya disusun kemas dan teratur. Nampaknya seharian dia mengemas dapur. Dan kemudian menyediakan minuman petang. Agaknya dia kepenatan sampai tertidur di sofa.
Abang tahu Farah seorang isteri yang baik. Walaupun hati Farah telah abang guris, namun tidak sekali-kali Farah abaikan tugas Farah sebagai isteri di dalam rumah ini. Terasa berdosanya abang terhadap Farah.
Aku kembali ke ruang tamu. Mereka bertiga masih lagi lena. Aku duduk menghadap mereka tidur. Aku memerhatikan wajah Farah yang tenang dalam lenanya. Tetap manis walaupun sedang tidur. Alis matanya yang lentik, kening yang lebat, hidung kecil tetapi mancung dan sepasang bibir comel yang sentiasa merah walaupun tanpa dicalit dengan gincu. Betapa bertuahnya diriku kerana memilikinya sebagai isteri.
Tiba-tiba sahaja sahaja tanganku begitu ringan lalu engusap pipinya yang licin. Tak lama kemudian dia seakan tersentak dari lenanya. Matanya terbuka luas an memandangku tepat. Tanganku masih lagi berada di pipinya.
“Bila abang sampai?” Soalnya kaget.
Aku tidak menjawab malah asyik merenungnya. Mengapa aku mensia-siakan kecantikan yang ada pada isteriku ini? Sedangkan aku berhak keatasnya.
Terasa tanganku dipegang lembut. Tersentak aku dari lamunan. Perlahan-lahan aku menarik tanganku dari pipinya. Dia masih lagi merenungku. Kali ini dapat aku rasakan cara renungannya sudah berubah. Tidak seperti pagi tadi.
“Baru saja.” Jawabku lalu bangun dan duduk di sofa yang bertentangan dengannya.
“Kenapa tidur di sini?” Soalku pula. Dia pula sedang mengejutkan Farhan dan Azim dari tidur. Terpisat-pisat kedua-duanya apabila dikejutkan. Tetapi kemudiannya lena kembali.
“Maafkan Farah, bang. Asalnya tadi Farah saja berehat di sini sambil melayan Farhan dan Azim bermain. Tak sedar pula tertidur.”
Aku memandang Farah yang sedang mengikat rambutnya seperti ekor kuda. Nampak seperti gadis remaja apabila dia mengikat rambutnya begitu. Tambahan pula wajahnya sedikit keanak-anakan itu.
“Abang nak minum? Farah dah sediakan kuih untuk petang ini. Marilah kita makan.” Ajaknya dengan wajah yang ceria. Aku sedikit kebingungan. Jika pagi tadi, dia bagaikan tidak sudi langsung untuk menatap wajahku. Tapi, kini dia seperti sudah kembali seperti biasa. Mengapa begitu drastik sekali perubahannya.
“Are you okay?”
Dia agak terkejut dengan pertanyaanku. Kemudiannya tersenyum. Mungkin memahami maksud di sebalik pertanyaanku.
“Everything is okay. Don’t worry. I know what suppose me to do. And I know who am I beside you, abang.” Sinis sekali jawapan yang keluar dari mulutnya. Walaupun dia nampak tenang, aku tahu dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri.
Aku bangun lalu melabuhkan punggungku dan duduk di atas permaidani di hadapannya. Perlahan-lahan aku mencapai tangannya lalu kugenggam lembut. Aku mendongak untuk memandang wajahnya. Dia tetap tenang.
“Farah, abang minta maaf. Mungkin permintaan abang semalam agak keterlaluan dan mungkin juga terlalu berterus-terang. Abang tahu hati Farah terguris. Tapi, berilah abang masa. Abang pasti suatu hari nanti kita takkan begini.”
“Ambillah masa sebanyak mana yang abang mahukan. Itu hak abang. Farah takkan membantah malah tiada hak untuk menghalang. Farah sudah serahkan hidup Farah pada abang apabila kita diijab kabulkan. Pandai-pandailah abang mencorakkannya.” Balasnya lalu bangun dan menuju ke ruang dapur. Aku membuntutinya.
“Farah, abang tahu Farah marahkan abang. Abang… “
“Abang. Tak perlu lagi menjelaskan apa-apa lagi. Apa yang abang beritahu Farah semalam begitu terang dan jelas. Memang pada mulanya Farah berasa begitu kecewa dan sakit hati dengan tindakan abang. Tapi, Farah sudah memikirkan semasak-masaknya. Dan ini adalah keputusan Farah.” Ujarnya tegas.
Hatiku berdebar kencang. Mungkinkah kata perpisahan yang akan dipintanya?
“Apa maksud Farah? Farah mahu berpisah?” Dia tampak terkejut dengan pertanyaanku. Tetapi dia melindungkan rasa terkejut itu dengan senyuman. Memang begitu perangainya. Walau seteruk mana dia tertekan, dia hanya tersenyum. Cuma semalam sahaja dia gagal untuk mempertahankan perasaannya. Mungkin dia menerima tamparan yang begitu hebat sekali dalam hidupnya. Salah aku juga.
“Farah terima syarat dan permintaan abang. Walaupun pedih, itulah kenyataan yang perlu Farah hadapi. Tapi, Farah takkan meminta perpisahan dari abang. Walaupun abang tak dapat menyayangi Farah itu tidak bermakna Farah perlu mengundurkan diri. Farah rasa, dengan kasih dan sayang dari Farhan dan Azim sudah dapat membahagiakan Farah.”
Terkedu aku mendengar kata-katanya. Kau terlalu baik untukku Farah. Sepatutnya aku tak layak untuk menjadi suamimu. Aku hanya akan menyeksa perasaan kau dalam perkahwinan kita ini. Mengapa aku jadi begini? Pentingkan diri sendiri. Tapi, aku lakukan semua ini demi kebahagiaan anak-anakku bukannya diriku. Betulkah tindakanku ini?
“Jemput minum bang.” Ujarnya sambil menghulurkan secawan teh kepadaku dengan senyuman yang memekar di bibirnya.
Bab 24 – Farah
Perhubungan antara aku dengan Khairul berjalan lancar walaupun aku tahu, dia begitu berhati-hati denganku. Tutur katanya dan tingkah lakunya begitu dijaga rapi, agar setiap kata-kata dan perlakuannya tidak akan mengguris perasaanku. Terkadang aku berasa amat bersalah kerana seolah-olah aku yang menyebabkan dia jadi begitu. Walhal punca kejadian adalah dari dirinya sendiri.
Aku juga seboleh mungkin berlagak biasa, seperti tiada apa yang berlaku di antara aku dan dia. Aku tetap menjaga makan minum dan pakaiannya. Tidak sekali-kali aku abaikan tanggungjawabku sebagai isteri di dalam rumah itu. Anak-anaknya kubelai dengan penuh kasih sayang. Apabila melihat wajah mulus Farhan dan Azim, hatiku begitu sayu mengenangkan nasib mereka yang tidak sempat menikmati kasih sayang dari ibu kandung mereka. Biarlah aku beralah dan menurut kemahuan Khairul, asalkan anak-anak itu terbela. Lagipun inilah tujuan utama Khairul mengambil aku sebagai isterinya.
Aku kembali bertugas setelah hampir dua minggu bercuti sempena majlis perkahwinanku. Di pejabat, aku mula dikerumuni oleh rakan-rakan. Ada yang bertanya khabar ada juga yang mengusik. Letih aku melayan karenah setiap seorang.
Amboi& amboi& pengantin baru. Berseri-seri muka, bak bulan purnama& Usik Hanim dari jauh. Aku hanya tersenyum.
Tak pergi berbulan madu ke? Harun pula bertanya. Aku hanya menggelengkan kepala. Berbulan madu? Perkahwinanku sendiri sudah dituba, manakan ada lagi bulan madu.
Aik, tiba-tiba saja muka sedih! Teringatkan cik abang ke? Ala& bukannya jauh. Selang dua tingkat saja. Hanim mengusikku sambil tangannya menunding ke atas.
Tak adalah. Pandai saja kau menyakat aku.
Tengok tu, muka dah merah. Hahahahhaha& Ramai-ramai mereka gelakkan aku. Aku pun turut sama ketawa dengan mereka. Kemudiannya aku dihujani dengan pelbagai soalan. Aku cuba menjawab sejujur yang boleh. Aku cuba berlagak biasa, hakikatnya di dalam hati ini rasanya seperti mahu meletup apabila aku mengakui aku bahagia dengan perkahwinanku ini.
Anak-anak tiri macam mana? Soal Kak Salmah, kerani di bahagian kewangan.
Okey, budak-budak tu tak ada masalah. Jawab aku lalu fikiranku teringat akan kepetahan Farhan yang sibuk bertanya mengapa aku tidak tidur sebilik dengan papanya.
Auntie mama, nape Auntie Mama tak idur ngan papa? Kat umah pah, kita idur cekali. Begitu petah dia menyoal aku. Aku sendiri tidak menyangka soalan seperti itu akan keluar dari mulut Farhan yang baru berusia tiga tahun itu.
Budak sekecil itu pun hairan dengan keadaan kami, tambahan pula aku yang dewasa ini, apatah lagi. Biarlah nak, papa kamu tidak memerlukan mama sebagai isteri cuma sebagai ibu buat kamu berdua. Biarlah mama tidak dapat kasih sayang dari papa kamu, asalkan Farhan dan Azim sayangkan mama.
Hah! Melamun lagi. Apa kena kau nie? Sejak-sejak dah kahwin nie, asyik melamun saja. Hanim menyergah aku dari belakang. Tika itu ramai sudah kembali ke tempat masing-masing untuk memulakan tugas. Tinggal Hanim saja yang setia di samping aku. Dia memang begitu, kepoh dan suka sangat jaga tepi kain orang. Tapi, walaupun perangainya begitu, dia sebenarnya seorang sahabat yang baik dan kelakar orangnya.
Tak ada apa-apalah. Aku cuma fikir, macam mana aku nak siapkan kerja yang bertimbun atas meja aku nie. Pening pula aku, tak tahu mana satu yang perlu disiapkan dulu. Aku memberi alasan yang kufikirkan munasabah untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh Hanim.
Kenapa? Anak-anak tiri kau buat hal ke? Soal Hanim sambil mengerutkan dahinya.
Aku hanya ketawa melihat keseriusan wajah Hanim tika ini. Dia kemudiannya menarik muka masam apabila aku mengetawakannya.
Betullah. Anak-anak dia okay dengan aku. Kalau kau nak tahu, yang sulung panggil aku Auntie Mama dan yang bongsu panggil aku Mama. So sweet!!!
Kenapa pula yang sulung panggil kau Auntie Mama?
Sebab mama dia dah tak ada. Aku bukan mama dia, so dia panggil aku Auntie Mamalah. Hanim ketawa besar lalu memuji-muji kecerdikan Farhan. Aku turut mengakuinya.
Papanya pula macam mana? Tiba-tiba sahaja Hanim mempersoalkan tentang Khairul. Aku tidak segera menjawab, sebaliknya hanya memandang wajah Hanim yang sedang tersenyum. Nak menyakat aku lagilah tu.
Kenapa dengan papanya pula? Aku sengaja menyoalnya semula.
Romantik tak?
Mana boleh beritahu, itu rahsia aku.
Eleh& Hanim buat-buat merajuk apabila aku enggan menjawab pertanyaannya. Aku tersenyum melihat perangainya.
Aku sendiri tak tahu bagaimana harus aku katakan mengenai lelaki yang menjadi suamiku kini. Mungkin dia romantik, kalau tidak takkanlah dia sanggup buat satu kejutan pada aku semalam. Sejambak bunga dan sekeping kad sebagai tanda meminta maaf di atas perbuatannya yang telah mengguris hatiku. Betapa terkejutnya aku sewaktu keluar dari bilik pagi tadi apabila bunga dan kad berada di hadapan pintu bilikku. Terasa hilang segala marahku buatnya sebaliknya timbul rasa simpati.
Abang, Farah sayangkan abang&
bersambung … … .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: