kasih dihujung rindu 9

Bab 31 – Farah
Semakin hari semakin aku bingung dengan gelagat Khairul. Perhatiannya buatku semakin mendalam. Diriku dijaga dengan begitu rapi. Aku bukannya sakit hingga memerlukan pemerhatian yang sebegitu. Adakalanya aku menjadi rimas. Lagipun luka sewaktu pembedahan tiga bulan yang lalu, sudah pun sembuh.
Perubahan terhadap dirinya berlaku semenjak aku menjalani pembedahan dahulu. Dirinya seakan begitu mesra denganku. Ucapan ‘sayang’ sudah menjadi sebati dengan telingaku. Tiada lagi panggilan yang berupa nama buatku, hanya panggilan ‘sayang’ menggantikan panggilan nama buatku.
Dia juga sudah berani mendakapku dan mengucup pipiku setiap kali sebelum pergi ke tempat kerja. Satu perbuatan yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini. Jika dahulu, aku yang akan mengucup tangannya ketika bersalaman sebelum berpisah dari dalam lif (pejabatnya selang dua tingkat dari pejabatku). Setiap hujung minggu pula aku dihadiahkan sejambak besar bunga ros pelbagai warna. Bila kutanya mengapa, dia hanya tersenyum.
Adakalanya aku merasa bahagia dengan perubahannya ini, dan ada ketikanya pula aku keliru. Keliru dengan perubahan yang begitu mendadak ini. Ada apa-apakah yang tersirat di sebalik perubahannya ini. Atau sekadar mengaburi pandanganku sahaja.
“Apa yang sayang menungkan itu? Jauh sangat nampaknya. Ingat pakwe ke?” Guraunya sambil tangannya erat memeluk pinggangku dari belakang. Tika itu aku sedang mengacau seperiuk bubur jagung yang sedang mendidih untuk hidangan minum petang.
“Eh, abang? Ingatkan siapa tadi?” Aku terkejut dengan kedatangannya secara tiba-tiba.
“Abanglah, siapa lagi dalam rumah nie? Sayang masak apa tu? Wanginya bau.” Dia menjenguk sedikit kepalanya ke hadapan untuk melihat ke dalam periuk.
“Farah masak bubur jagung.” Balasku lalu cuba mengungkaikan pelukan kemasnya.
“Kenapa? Tak suka?” Soalnya mengusik.
“Bukan. Farahkan tengah memasak sekarang.” Jawabku. Dadaku berdegup dua kali lebih pantas dari biasa.
Dia hanya tersenyum lalu melepaskan rangkulannya dan terus beredar ke ruang tamu. Aku menghela nafas kelegaan. Setiap kali dia berada di sisiku, perasaanku menjadi tak keruan. Kadang kala aku jadi takut apabila dia berada di sisi. Entah mengapa perasaan itu timbul sekarang sewaktu dia sudah mula menampakkan kemesraan terhadapku. Adakah aku sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya?
Bab 32 – Khairul
Kini dia seolah-olah melarikan diri dariku. Segala perlakuan kemesraanku disambut dingin olehnya. Adakah sedikit pun tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya? Adakah dia sudah jemu menanti hingga dia bersikap begitu?
Rasanya sudah terlalu lama aku mensia-siakan dirinya. Tetapi, tatkala aku cuba menyemai kasih buatnya, dia kurasakan semakin jauh dariku. Terlalu hingga sukar untuk kugapai. Sebenarnya aku ingin memberikannya hak sebagai isteri yang telah aku rampas darinya setahun yang lalu.
Tapi, adakah aku sendiri pasti dengan keputusanku ini? Adakah ini bermakna aku sudah dapat melupakan Linda untuk selamanya? Adakah ini juga bermakna kasihku sudah beralih arah? Beralih dari Linda kepada Farah. Dan adakah juga aku sudah mengkhianati cintaku pada Linda dengan menyintai Farah pula? Tetapi, dia isteriku. Arghhh& mati akal aku begini!!! Aku keliru& keliru&
Hari ini genap setahun usia perkahwinan kami. Aku ingin menyambutnya dengan penuh makna. Farhan dan Azim aku tumpangkan di rumah pengasuhnya. Aku sendiri pulang awal hari ini semata-mata mahu membuat persediaan untuk sambutan ulang tahun pertama perkahwinan kami.
Dari dalam rumah, aku mendengar deruman kereta. Lampu memang sengaja aku padamkan. Hari ini aku biarkan Farah memandu sendiri pulang dari tempat kerjanya. Seketika kemudian, terdengar pula pintu dibuka. Aku sudah bersedia berdiri di hadapan pintu menanti kepulangannya. Daun pintu dibuka perlahan-lahan.
Assalamualaikum. Ucapnya perlahan.
Waalaikummussalam. Balasku. Dia seperti terperanjat. Pantas dia menoleh ke arahku dengan wajah yang agak pucat. Aku tersenyum memandangnya.
Masyaallah, abang rupanya. Ingatkan pencuri tadi. Katanya tercungap-cungap.
Takkanlah pencuri hendak jawab salam. Balasku bergurau. Dia kemudiannya ketawa kecil.
Apa abang buat dalam gelap-gelap begini. Letrik terputus ke? Soalnya lagi sambil tangannya mencari-cari suis di dinding. Aku pantas menarik tangannya.
Tak. Abang tunggu sayanglah.
Tunggu Farah? Buat apa? Soalnya kehairanan. Dia memandang wajahku agak lama.
Happy Anniversary! Ucapku lalu mengucup pipinya. Dia kelihatan terpinga-pinga. Dia menolak dadaku perlahan.
Today? Our first anniversary? Soalnya kaget dan sedikit cemas. Aku menganggukkan kepalaku lalu menariknya mengikutku ke ruang dapur. Aku sudah menyiapkan hidangannya istimewa buatnya. Aku mahu dia mengingatinya buat selama-lamanya.
Apa semua ini, bang? Dia mengelilingi meja kecil yang sudah aku hiasi dengan dua batang lilin dan makanan. Walaupun aku tidak tahu sangat cara menghias meja makan, tetapi sekurang-kurangnya aku menunjukkan kesungguhan untuk membuat sesuatu yang istimewa malam ini.
Our candle light dinner. Tonight is our night! Ucapku penuh makna lalu menghampirinya. Aku memimpinnya ke kerusi lalu menarik sebuah kerusi dan memintanya agar duduk. Dia dengan tidak banyak soal terus melabuhkan punggungnya ke kerusi. Aku pula mengambil tempat berhadapan dengannya.
Maafkan Farah. Farah langsung tidak teringat hari ini adalah ulang tahun yang pertama perkahwinan kita. Farah tak belikan apa-apa pun untuk meraikannya. Lagipun Farah tak sangka abang hendak meraikannya. Terangnya dengan mata yang bersinar-sinar.
Tak mengapa sayang. Janji malam ini tiada gangguan. Malam ini abang hendak berdua sahaja dengan sayang, isteri abang.
Wajahnya sedikit berubah. Mungkin terkejut dengan percakapanku. Wajahnya merona merah, malu.
Ermm& abang masak ke? Dia cuba mengalih perbualan.
Abang hidang saja, tukang masak restoran yang masakkan. Dia ketawa mendengarnya. Dia memang tahu aku tidak begitu gemar memasak, cuma gemar makan masakannya saja.
Not bad! Balasnya lalu ketawa lagi. Aku senang hati melihatnya ketawa begini. Hilang rasa kerisauan yang bersarang di hatiku.
Mari, kita makan. Jemputku. Kami kemudiannya menikmati hidangannya yang aku tempah khas dari sebuah restoran yang sememang menjadi tempat kegemaran kami.
Selepas selesai menjamu selera, aku mengajaknya menari. Dia agak keberatan. Tetapi setelah aku memujuknya berkali-kali, barulah dia bersetuju. Aku terus memainkan muzik lembut dari hi-fi. Perlahan-lahan aku menariknya ke dalam pelukanku. Kami menghayunkan badan perlahan mengikut rentak muzik dari Jim Brickman, seorang pemain piano.
Sayang& Panggilku sewaktu sedang asyik menari.

Ya& Sahutnya perlahan.
Sayang cantik sekali malam ini. Pujiku kepadanya. Hakikatnya isteriku ini sentiasa cantik pada pandanganku.
Sebelum ini tak cantikkah?
Cantik& Cuma malam ini sayang kelihatan lebih cantik. Lain dari hari-hari biasa. Rambut ikalnya yang panjang melepasi bahu, kubelai-belai. Terbau haruman rambutnya yang begitu mengasyikkan.
Puji lebih nampaknya. Kedengaran dia ketawa halus. Aku tersenyum sumbing lalu memperkemaskan pelukanku.
Sayang, sayang bahagia? Aku bertanya ketika masing-masing hanyut di dalam irama merdu petikan piano.
Dia tidak menjawab sebaliknya merenggangkan pelukannya. Dia menatap wajahku lalu menganggukkan kepalanya.
Sangat bahagia? Aku menduganya lagi. Kali ini dia tersenyum kecil.
Kenapa tanya begitu? Dia terus menjauhkan dirinya dariku. Dia menuju ke suis lampu lalu dipetiknya. Suasana yang tadinya suram terus menjadi terang benderang. Kemudian dia terus duduk di sofa. Aku sedikit tersentak dengan tindakannya.
Tiada apa-apa. Cuma abang rasa, abang amat bahagia sekarang. Ujarku lalu mendekatinya.
Sebelum ini tak bahagiakah? Nampaknya dia pula cuba mengujiku. Aku menarik nafas sebelum mengambil tempat di sebelahnya. Ku capai tangannya lalu kugenggam erat.
Bahagia, cuma malam ini amat bahagia sekali.
Masing-masing terdiam. Masing-masing kehilangan kata-kata. Tiba-tiba di fikiranku terlintas saat-saat indah tika aku menyambut ulang tahun perkahwinanku bersama Linda dahulu. Dia akan mengambil cuti dan bertungkus lumus memasak makanan kegemaranku. Dan kami akan meraikannya dalam suasana yang penuh romantik. Tapi, kini dia sudah tiada. Aku amat merindui saat-saat manis bersamanya dulu.
Abang& kenapa termenung? Tangan Farah sudah mendarat di bahuku. Tersentak seketika aku.
Tiada apa-apa. Cuma& Aku tidak menghabiskan kata-kataku sebaliknya hanya tersenyum. Aku tidak sepatutnya membangkitkan kisah Linda tika bersama-sama meraikan ulang tahun perkahwinanku dengan Farah. Mungkin dia akan tersinggung pula nanti.
Apa sebenarnya yang abang mahu beritahu pada Farah? Ada sesuatu yang pentingkah? Atau mungkin juga abang ingin membincangkan tentang sesuatu perkara? Kali ini dia melemparkan senyuman sinis buatku. Mungkin dia tahu apa yang berlegar di fikiranku tika ini.
Perasaanku berbaur. Entah mengapa, hatiku menjadi sayu apabila teringatkan saat-saat indah bersama Linda dahulu. Kenangan-kenangan itu semakin menyesakkan fikiranku. Tergambar senyuman manis Linda. Bagaikan terdengar-dengar ketawa manjanya di telingaku. Terasa bagaikan dia berada di hadapanku tika ini. Oh Tuhan, aku amat merinduinya.
Astaghfirullah& mengapa aku begini? Aku tidak sepatutnya memikirkan semua ini. Malam ini adalah malam aku dan Farah. Aku tidak sepatutnya memikirkan tentang Linda sewaktu Farah bersamaku. Aku perlu lupakan tentang Linda jika aku mahukan perkahwinanku dengan Farah berjaya. Ya& aku perlu lupakan Linda. Tapi, aku tidak mampu.
Aku sendiri bergelut dengan perasaanku. Aku tahu Linda adalah kenangan, dan Farah di hadapanku ini adalah kenyataan dan mungkin penentu masa depanku. Aku tidak seharusnya mensia-siakan hidupnya lagi. Bukankah aku sudah berjanji di hadapan ayah dahulu bahawa aku akan menyayangi Farah buat selama-lamanya.
Abang? Abang ada masalah? Dia kembali menyapaku. Terlakar riak kehairanan di wajahnya apabila aku mendiamkan diri agak lama. Aku menggelengkan kepala. Aku tatap wajahnya lama.
Why? Suaranya seakan berbisik. Entah mengapa hatiku bagaikan ditarik-tarik untuk mendakapnya.
I& I& I want u!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: