kisah pokok epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang
amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar
bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari.
Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan
epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat
lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak
lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya.
Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan
menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal
tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada
pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah
bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar
bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk
membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang
sedih. Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu,
petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk
mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan
gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi
dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok
epal itu merasa sedih.

Masa berlalu… Suatu hari, budak remaja itu
kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa
gembira. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak
pokok epal itu. “Aku tiada masa untuk bermain. Aku
terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin
membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk
keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu.
“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau
boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau
buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan
cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong
kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan
gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak
kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang
menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak
lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu.
Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah
di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku,
tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka
bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku
mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku
tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya
lelaki itu. “Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan
kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini
untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan
gembira,” cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat
gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan
tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang
semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu.
Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar
pokok epal itu. “Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa
lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan
buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul
dengan akar yang hampir mati… ” kata pokok epal itu
dengan nada pilu. “Aku tidak mahu epalmu kerana aku
sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu
dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku
tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,”
jawab lelaki tua itu. “Jika begitu, berehatlah di
perduku,” cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu
duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.
Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA
REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA
TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI
DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA
KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA.
KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN
MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA
TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA
PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN
BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA
SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP
KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU
HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH
JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA
MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI
BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN
KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

Satu Respons

  1. cdh sgt cta epal ni.. tp mmg hakikatnya anak2 nuda kini spt pemuda yg x mghargai pkok epal tersebut..
    marilah whai remaja kta insafi diri ini..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: