mahalnya sebuah penghormatan

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan,memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian,pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmatimakanannya, datanglah seorang anak kecil laki lakimenjajakan kuih padanya, “Bang, mahu beli kuih, bang?” Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab”Tidak, saya sedang makan”.Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaanpertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan,lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, “Bang, mahubeli kuih, bang ?” Pemuda tersebut menjawab, “Tidakdik, saya sudah kenyang.”Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjakpergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjajakuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian diamenjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah padausahanya. Anak itu berfikir, “Cuba aku tawarkan kuihini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih inidijadikan ole ole buat orang di rumahnya.” Apa yangdilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigihmembantu ibunya menyambung kehidupan yang serbasederhana ini.Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjajakuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketigakali, “Bang mahu beli kuih saya ?”. Kali ini pemudaitu merasa risih untuk menolak. Kemudian, diamengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikanpada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, “Dik,ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap sajaini sedekah dari saya buat adik.”Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalumemberikannya kepada seorang pengemis yang sedangmeminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.”Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malahdiberikan pada orang lain ?”. Katanya, “Kenapa kamuberikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kauambil saja ?”Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, “Sayasudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuihbuatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan banggapulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibuterjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasilusaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka sayamenjadi pengemis”.Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anakkecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuranseorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa”kerja adalah sebuah kehormatan”. Kehormatan anakkecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila diatidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan,adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadipengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah diamelihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dansenyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yangterbaik dan menghasilkan wang.Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yangdijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukankerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anakkecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan”. Dia akanmendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentangerti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wangsemata. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” keranawang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaankerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu,kalau kita kerjakan dengan sungguh sungguh, pastilahakan bererti besar.

Satu Respons

  1. best lah!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: