Sinar Bintang

Angah sudah hilang daya nak mengangkat tangan. Mak sudah hilang suara menjerit. Kakngah langsung tidak mahu campur tangan. Akusendiri sudah tidak mampu meminta ampun lagi. Perit dimuka tidak hilang akibat penampar angah. Aku tahu mak malu. Angah malu, Along malu, semua orang malu akibat perbuatan aku. Tapi aku tak bersalah. Aku tak terlibat. Semua berlaku akibat salah faham. Bunyi kereta jelas kedengaran. Angah cepat- cepat keluar. Mak menerpa ke arahku. Pantas batang tubuhku yang lesu dipeluk mak. Suara bising bising diluar jelas kudengar. Tetamu mak tak dirai. Malah kehadirannya menambah benci mak. Mereka masuk dijemput penuh amarah oleh Angah. Nah! Lelaki itu. Lelaki itu berdiri di hadapanku. “Maafkan saya, saya akan bertanggung jawab, Benarkan Yani menjadi isteri saya yang sah”, perlahan suara itu kudengari.”Memang kau patut bertanggung jawab. Kau dah rosakkan nama baik kami, keluarga kami, kau nak lari macam tu saja?” Angah mengherdik. Along cuma memerhati. “Cepat siap Yan, kita ke pejabat kadi. Petang ni kau berdua nikah,” Angah menambah geram. Sakit hatinya belum hilang di tambah pula dengan ketenangan lelaki dihadapannya ini. Seolah menguji kesabarannya.”Kita orang melayu, ada adat, kalau tak mahu buat adat yangsebenar, sekurang kurangnya biarlah di adakan majlis,” kedengaran suara menyampuk. Angah berpaling. “Pakcik boleh kata macam tu kerana anak pakcik lelaki, adik saya perempuan, malunya kami akibat perbuatan mereka nih lebih tertampar kepada kami sekeluarga. Itu namanya beradat? Entah entah pakcik nak bagi ruang bagi budak jantan tu lari dari sini?” Angah menyindir. Ayah pemuda itu terdiam mendengar kata Angah. “Yan tak mahu kahwin dengan dia. Yan tak sanggup. Yan tak kenal dia, Yan tak mahu kawin,” aku bersuara lemah. Sakit di bibir tetap tidak kebah. Aku bangun melangkah perlahan menuju bilik. Angah menggila mendengar kata ku. Tangan Angah naik kembali. Mujur ditahan pemuda itu. Mak sudah pantas memeluk ku. “Saya akan kahwini Yani. Abang jangan pukul Yani lagi. Abah, saya akan kahwini Yani walau apapun terjadi,” tegas pemuda itu. Aku membulatkan mata. “Aku dah cakap, aku taknak kawin dengan kau. Aku tak kenal kau.Aku benci kau. Sebab kau semua ini terjadi. Aku tanak kawin ngan kau. Aku benci kau! Aku tanak kawin!” Aku sudah tidak dapat menahan sabar. Sebab dialah! Sebab dialah semua ini terjadi. Kalau bukan sebab dia, aku tak ditimpa aib. Kalau tak kerana dia, aku tak di pukul Angah.Bilik ini seakan mengerti akan kesedihanku. Walaupun serba mewah, ia nampak muram. Seperti mana aku. Walaupun dibaluti pakaian cantik, masih tidak berseri. Aku mengimpikan sebuah perkahwinan yang meriah walaupun tidak gilang gemilang. Aku mengimpikan semua yang indah indah sewaktu majlis perkahwinanku. Tapi segalanya sudah berakhir. Impianku hanya tinggal impian. Azmi! nama itu telah tertulis menjadi suamiku. Bukan Faisal. Agh! Beratnya hukuman yang terpaksa kuterima. Maafkan aku, aku tak bersalah. Dia! Dia yang memerangkapku. Air mataku mengalir lagi. Bilik pintu dikuak perlahan. Wajah lelaki itu tenang. Aku mengalih pandangan. Badanku beralih. Tak sudi ku lihat lelaki itu dihadapanku. Lelaki yang memusnahkan segala impianku. Maruahku dan hidupku.”Yani, abang tahu, abang bersalah, tapi tak bolehkah Yani memaafkan abang? Menerima abang sebagai suami Yani seperti mana abang menerima Yani sebagai isteri abang,” lembut suaranya. Namun belum cukup untuk melembutkan hatiku. “Maaf? Setelah apa yang berlaku. Kau menghancurkan segala impianku, kehidupanku. Kini kau minta aku menerima kau sebagai suamiku. Lupakan. Aku tak mampu dantak sanggup,” “Hmm.. abang tahu Yani masih marah, abang faham. Kerana kesilapan abang, Yani terpaksa menghadapi aib. Tapi Yani juga perlu faham, abang juga merasakan tamparannya. Abang juga aib. Abang mengahwini Yani. Abang tak sanggup melihat Yani dibuang keluarga,””Kahwin atau tidak, namaku sudah tercemar. Kau tak perlu kasihani aku, malah kau boleh menceraikan aku. Aku tak perlu dikasihani oleh orang seperti kau. Aku boleh hidup sendiri,” “Cerai!?” Azmi seakan terkejut. Tidak terlintas difikirannyauntuk menceraikan gadis itu. Biarpun perkahwinan itu tidak pernah terlintas di kotak fikirannya. Azmi cuma mengeleng kepala. “Terpulanglah pada apa yang Yani fikirkan. Yani tidak punya pilihanselain menjadi isteri abang. Abang harap Yani akan belajar menyintai abang seperti mana abang cuba belajar menyintai Yani. Dan buat pengetahuan Yani, abang sama sekali tidak akan menceraikan Yani. Bagi abang, perkahwinan biarlah sekali seumur hidup, walaupun tidak dirancang, sekali abang berjabat tangan dengan abang Yani untuk menreima tanggung jawab berat itu, bermakna abang sudah menyerahkan kehidupan abang pada Yani. Yani fikirkanlah sebaiknya. Abang tidak memaksa, tapi jangan sampai abang bertidak sendiri,” Azmi melangkah keluar. Aku hanya memandang siling. Air mataku tumpah lagi. Malam jahanam itu masih berlingkar didalam kepalaku. Kepalaku diserang rasa sakit. Sedar- sedar aku sudah berada disebuah bilik. Kedengaran bunyi bising diluar. Sebaik sahaja melangkah, lelaki berkopiah putih itu meminta kad pengenalanku. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemas sedang di soal; dan orang itu adalah Azmi. Aku yang mulanya terpinga pinga mulai faham. Aku ditangkap khalwat bersama seorang pemuda yang tidak pernah kukenal. Kerana peristiwa itu aku menghuni lokap semalaman. Along yang menjaminku pagi itu. Kerana peristiwa itu aku di timpa aib, mak ditimpa aib, malah seluruh keluargaku ditimpa aib. Malah kerana peristiwa itu Faisal tidak lagi mempercayaiku malah meninggalkanku terus dari hidupnya. Kerana peristiwa itulah juga aku terpaksa mengahwini lelaki itu._____________________________________”Masih seperti itu, tidak berubah,” aku seolah merungut.”Hmm.. berat juga tugas kau ni Mi, Assignment bertajuk”Mengorat Seorang Isteri” dan kalau berjaya.. BOOM!” Irman mengusik. Aku cuma tersenyum mendengar usikannya. Hanya Irman yang memahami keadaaku. Situasi yang aku alami. Malah, sedikit sebanyak, Irmanlah penyebab kami ditangkap khalwat dulu. Tapi aku tak boleh menyalahkan dia. Sewaktu melihat gadis itu rebah, Irmanlah yang sempat menyambar dan atas bantuanku juga, kami membawa Yani ke rumah Irman. Yang pasti Irman mempunyai seorang adik perempuan dan cukup selamat untuk di hantar ke situ. Namun sudah menjadi suratan, Salina meninggalkan nota menyatakan yang dia bermalam di rumah temannya. Yani ditumpangkan dibilik salina, Ketika itu juga Irman menerima panggilan yang Salina di timpa kemalangan kecil dan kerana itulah Irman meninggalkanku bersama sama Yani yang sedang nyenyak tidur. Tidak lama pemergiannya, rumah itu diserbu pegawai pencegah maksiat. Kejadian itu tidak pernah dapat diterangkan pada Iryani sepenuhnya. Malah Iryani tetap menyalahkan dan menuduh aku cuba memerangkapnya.”Kau patut terangkan kedudukan sebenar pada Yani, Mi.. Kalau tidak, sampai bilapun dia takkan tahu dan tetap meyalahkan kau,” Irmancuba memberi nasihat. Aku mengeleng kepala. Nak bercakap pun payah, apatah lagi nak berbincang. Fikirku. Yani seboleh bolehnya melarikan diri dariku. Pergi kerja seawal mungkin dan pulang setelah lewat malam. Aku seolah lelaki bujang yang tak punya isteri. Makan minum dan pakaiku tidak diperdulikan. Bayangkan, kalau pakaianku pun tidak pernah disentuhnya. Kadangkala sengaja kuletakkan pakaian yang tak bergosok di tepi meja seterika dengan harapan dia akan menolongku, tapi langsung pakaianku tak di usik. Layanan batin tak perlulah kucerita, langsung tidak pernah. Kalau layanan zahir juga serupa itu, fikir sendirilah macam mana mahu mendekati gadis itu.”Nanti dulu lah Man, Yani masih marah, bagilah dia masa, lagipun aku masih boleh bersabar dengan perangainya,” aku menyabarkan Irman walaupun pada hakikatnya aku cuba menyabarkan hatiku sendiri. “Dah 4 bulan Mi, kalau aku, hilang sabar dah, lagipun dah halal, hantam sajala labu. Yani tu pulak boleh tahan, dapat kau bersabar dengan perempuan macam tu? Dahlah duduk serumah. Tak terngiur ke kau? Atau kau tak punyai nafsu?” Irman seakan tidak puas hati. Aku cuma tersenyum. Maunya tidak. Yani boleh dikatakan cantik. Matanya redup. Alis lentik. Bibir merah merkah tanpa dicemari lipstik. Seolah merayu minta di kucup. Wajahnya bersih. Tidak jelita tapi menyejukkan mata. Rambutnya mengurai panjang. Hmm.. kalau tidak sabar, memang sudah lama Yani itu didekati. Yani boleh dipaksa kalau kumahu. Tapi itu bukan prinsipku. Aku mahu melakukannya dengan penuh rasa ikhlas. Penuh rasa cinta. Tapi bagaimana mahu aku pupukkan rasa cinta kalau Yani sendiri tidak mahu dicintai? Aku boleh menunggu, tapi sampai bila? Sebulan? Dua bulan? Atau setahun? Aghhh? lamanya?.Bintang dilangit di kira satu persatu. Aktiviti paling berkesan bagi menghilangkan kebosanan. Aku tersenyum sendiri. Sepatutnya waktu ini aku sudah lena diulit seorang isteri. Tapi aku masih di sini, mengira butiran bintang yang bersinar. Bintang yang kelam tetap kelam. Begitukah cerita rumah tangganya nanti. Seolah olah bintang malap yang tidak akan bersinar selamanya. Yani sudah tidur fikirku. Sebaik sahaja pulang dari pejabat, Yani langsung tidak menjengah muka. Kemudahan tandas yang ada di dalam bilik tidak memerlukan Yani keluar masuk berlegar di rumah. Hujung minggu dipenuhi dengan kerja lebih masa. Selagi boleh Yani berusaha melarikan diri. Pernah aku cuba mengusik Yani dengan meminta setiausahaku menelefon kerumah. Kukira Yani akan menyoalku dengan riak cemburu, namun Yani seolah tidak punya perasaan. Dengan selamba dia menyampaikan pesan seperti mana di kehendaki Wirda. Bukan sekali dua Wirda menelefonku, acapkali. Setiap kali bertelefon mesti lama borak kami.. Kalau tidak lamapun, aku akan berpura pura lama walau pada hakikatnya Wirda sudah lama memutuskan talian. Wirda sendiri kehairanan melihat sikap Yani yang seakan tidak ada perasaan cemburu. Beberapa kali dia menyuarakan kehairanannya padaku. Namun itulah masalah yang perlu aku hadapi kini. Cinta Yani buatku seolah olah tidak akan tumbuh walau sekecil tunas.Masuk bulan ke tujuh, saki baki kesabaranku masih bersisa. Yani pun sudah tidak banyak berurusan di luar rumah. Yani ku lihat berwajah pucat. Sesekali terserempak di dapur dia kelihatan letih. Tidak lagi pulang lewat dari pejabat. Setiap kali kutanya, jawapannya tetap sama, “Letih, banyakperkara perlu di fikirkan,” Adakalanya aku risau melihat perubahan dirinya. Walau dia tak mengambil berat tentangku, dia masih seorang isteri yang telah aku nikahi. Perubahan padanya merisaukanku. Pintu bilik Yani ku ketuk perlahan. Tiada jawapan. Kuperkuatkan ketukan, masih seperti tadi sedangkan aku yakin Yani ada di dalam. Dengan Peti televisyen yang berbunyi, aku begitu pasti Yani ada dibiliknya. Lagipun keretanya masih digaraj. Malah sebelum masuk tadipun aku perasan akan kasutnya. Tiada jawapan, aku diserang kebimbangan. Cepat cepat kukeluarkan kunci pendua, lantas pintu kubuka. Yani terbaring lesu dikatilnya. Televisyen yang terpasang kututup. Dia berkelubung di saat panas. Pendingin hawa tidak dipasang. Dahinya kusentuh. Panas. Perlahan ku gerakkan tubuhnya. Tiada tindak balas. “Yani, bangun sayang, abang ada hal nak bincang dengan Yani nih,” pujuk ku lagi. Yani masih tidak memberi respon. Aku jadi bimbang. Selimutnya kutarik. Kakinya sejukbagai direndam air batu. Wajah Yani kuperhatikan. Baru kuperasan yang bibir Yani tidak lagi merah tapi seakan akan biru kehitaman. Sah! Dia sakit. Pantas badan Yani kucempung ke kereta. Wajah Yani kutatap sepuas hati. Tidak tertanggung rasa rindu andai dia pergi dulu sebelumku. Nasib baik ketumbuhan dikepalanya tidak serius. Masih boleh dirawat. Yani tidak pernah memberitahuku tentang penyakitnya. Jangankan aku, malah ibunya sendiri tidak pernah tahu. Mahu matikah dia? sedangkan menurut Dr. Fazli, Yani sudah mengetahui tentang penyakitnya. Yani menerima rawatan dihospital itu semenjak sebulan yang lalu. Doktor yang merawatnya sudah acapkali menasihatkan supaya ketumbuhan itu dibuang tapi Yani tidak sesekali membenarkan. Sungguh sungguh! Mungkinkah Yani mahu berpisah denganku sehingga sanggup membiarkan penyakit berbahaya itu memakan dirinya. Kalau itu yang Yani inginkan, demi Allah aku tak akan merelakan. “Baliklah kamu ke rumah Azmi, biar mak tunggukan Yani pulak, tak rehat langsung kamu dari semalam,” emak menyuruhku. Aku hanyamampu mengeleng. Walaupun Yani sudah stabil, tapi aku tak mampu meninggalkannya. Dia isteriku.”Betul tu Mi, baliklah dulu, kalau kau sakit nanti, susah. Sudahlah Yani terlantar begini, takkan kau nak mengikutnya pula,” Angah menasihatiku lembut. Aku menganggukperlahan. Berat tanganku melepaskan genggaman Yani. Semenjak pembedahan semalam, memang mataku tidak dapat kulelapkan. Perutku yang kosong kini kian berbunyi minta diisi. “Ya Allah, selamatkanlah isteriku, sembuhkanlah dia darisakitnya, jangan Kau benarkan dia meninggalkan aku tatkala aku benar benar memerlukanya,” Doa kupanjat pada Ilahi. _____________________________________Rasa letih tidak dapat kunafikan. Bukan sahaja letih, malah sakit kepala yang di tanggung rasa tidak tertahan lagi. Sudah berpuluh ubat ditelannya. Kesakitan itu masih tidak berkurang malah kurasakan makin bertambah. “Yani ni kenapa? Abang tengok semenjak dua ini, Yani macam sakit saja” “Letih, banyak perkara yang nak difikirkan,” ringkasjawapannya. Yani tahu Azmi tidak puas hati. Tapi itu sahaja jawapan yang dirasakan agak sesuai buat lelaki seperti Azmi. Sungguh keputusanku untuk bercerai dengannya tidak dipersrtujui. Nah! Apa lagi yang boleh kulakukan melainkan membiarkan dia dengan hidupnya dan aku dengan hidupku. Kini aku diuji pula dengan kesakitan ini. Ketumbuhan di kepala yang boleh menyebabkan barah. Punca kesakitanku selama ini. Fazli sudah acapkali menyuruhku membuangnya untuk mengelakkan maut menerpa. Aku menegah malah aku redha kalau Allah mahu mengambil nyawaku sepantas itu. Untuk apa lagi? Aku sendiri tidak mampu meneruskan hidupku yang selama ini tidak tahu hujung pangkal. Bukan aku tidak cuba melaluinya, tetapi aku tidak mampu. Untuk menyintai Azmi adalah suatu yg amat payah dilakukan. Adakalanya aku cuba menghampiri lelaki itu ketika dia bersendirian mengira bintang. Tapi melihat wajahnya, aku jadi benci. Sedih. Memegang pakaianya menjadikan aku seperti jijik. Bukan tidak pernah aku cuba menyediakan makanan untuknya, tetapi cepat- cepat kuhabiskan sendiri supaya dia tidak boleh menjamah air tanganku. Sampai begitu marahku padanya. Tapi tak pernah aku melihat dia kecewa apatah lagi mengangkat suara padaku. Sedangkan aku sudah boleh dikira nusyuz. Tapi dia terus sabar. Benarkah baginya perkahwinan dalam hidupnya hanya sekali? Itu bukan masalahku. Berkahwinlah kerana aku tahu kau mampu. Kerana kau tak mungkin mampu meraih cinta dan kasihku.”Walaupun kau sahabat baikku itu tak bermakna aku bersetujudengan segala tindak tanduk kau Yan,” “Aku tak perlukan persetujuan kau Azi. Ini hidup aku. Biar aku tentukan sendiri. Kau tahu, dalam hidupku, aku tak berpeluang menentukan arah tuju, sekarang berikan kesempatan itu padaku,” aku seakan bertegas. Wajah Azida ku pandang tajam. Azida memang sahabatku, malah kuanggap dia sebagai saudaraku sendiri. Dia selama ini yang tahu penderitaanku. Jerit payahku. “Mungkin kau seorang pegawai yang berkaliber dalam bekerja, tapi kau tak matang dalam hidup. Kenapa kau mesti menyeksa dia untuk kepuasan hati kau?” Azida semakin tidak puas hati. “Sepertimana dia menyeksa hidup aku dan memusnahkan impian aku? Kalau untuk orang seperti itu aku perlu bersimpati, maafkan aku” Bukan sekali dua Azida menasihatiku. Tapi hati ini begitu keras untuk menyambut nasihatnya. Kata- katanya tidak pernah salah, tapi aku sukar untuk menerima. Aku pernah cuba mendapatkan fasakh tapi tidak berjaya. Malah aku sanggup menebus talak. Tapi amaran emak membantutkan keinginanku. Baru sahaja aku diterima keluarga dan aku tidak sanggup kehilangan mereka lagi. Aku boleh kehilangan orang lain, tapi bukan emak yang membesarkan aku dengan susah payah. “Yani, abang belikan rojak buah, abang letakkan atas meja, Yani makan nanti ya. Banyak jugak abang beli tadi,” Azmi menegur. Aku sekadar mengangguk. Jarang benar teguranya aku jawab dengan perkataan. Kalau boleh, aku tak mahu mendengar suaranya langsung. Aku tahu azmi tentu sedar yang makanan itu pasti akan basi. Bukan sekali dua Azmi membeli makanan untukku. Tapi entah mengapa, sukar benar untukku menjamahnya. Hampir setahun kehidupanku masih begitu. Adakalanya kasihan. Tapi sebelum kasihan itu muncul dan kembang, perasaan benciku mula meluap kembali. Besar benarkah kesalahannya padaku? Agh! Memang besar dan jelas. Dia meranapkan impianku untuk hidup bersama lelaki yang kucintai. Dia juga perosak kebahagiaan keluargaku. Deringan telefon menganggu petangku. Semenjak Azmi lewat pulang, aku mengurangkan kerja lebih masaku. Selalunya pun aku balik lewat hanya sekadar duduk duduk di pejabat dan selagi boleh mencari kerja. “Hello, boleh saya bercakap dengan Azmi?” “Maaf, En. Azmi masih belum pulang, ada apa apa pesanan yang perlu saya sampaikan?” “Eh! Tak pulang lagi, Tadi saya minum petang dengan dia, dia kata nak balik rumah terus, lagipun malam ini kami ada janji temu,” “Betul, tak pulang lagi, mungkin lewat, ada apa apa pesanan,” “Kalau begitu, sampaikan pesan saya, malam nih macam biasa, jemput saya di rumah, jangan lewat, boleh ye?” lembut suara itu. Akumengangguk laju. Agh! Dalam telefon masakan dia nampak akan anggukanku. “Tumpang tanya, akak ni pembantu rumahnya?””Ha ah , ya.. baru mula kerja,” Jawabku pantas. “Saya Wirda, teman sekerja Azmi. Azmi tak bagitahu pun yang dia ambil orang gaji baru, tapi tak mengapalah, tolong sampaikan pesan saya ya?” “Baiklah,” . Telefon kuletak cermat. Hmm.. Wirda. Cantik nama itu. Lembut suaranya. Pasti cantik orangnya. Sesuai mungkin dengan Azmi. Pesanan Wirda kutulis kemas di atas kertas dan kutinggalkan di sisi telefon. Kalau Azmi itu tidak buta, pasti dia boleh nampak dengan jelas segala apa yang kutulis.Kini Azmi semakin kerap menerima panggilan dari Wirda. Aku seolah merelakannya. Biarlah, lagipun Azmi punya hak untuk berkahwin lain dengan keadaanku yang sekarang ini mengabaikannya. Lagipun aku amat menyedari yang aku mungkin tidak akan lama lagi di sini. Aku sudah tidak betah lagi melakukan kerja yang banyak. Tidak lagi dibebankan dengan kerja. En. Ezham kerap benar menyuruhku mengambil cuti. Wajahku pucat katanya. Aku sekadar tersenyum. Kerap aku ke rumah emak tanpa pengetahuan Azmi. Emak sendiri menyuarakan kebimbangannya melihat perubahan anaknya ini. Dan apa yang pasti, aku akan tersenyum dan tetap menyatakan akibat keletihan ku bekerja.”Iryani, jangan meneruskan kedegilan kamu, aku sanggup merawati penyakitmu asal sahaja kau bersetuju,” “Fazli, kau doktor kan? Pasti kau tahu polisi seorang pakar perubatan. Tanpa persetujuan aku sebagai pesakit kau, kau tak boleh menjalankan apa- apa pembedahan ke atasku. Lagipun aku suka begini. Penyakit ini mengingatkan aku kepada kematian dan membuatkan aku lebih dekat pada Tuhan” aku suka mengusiknya. “Iryani, aku tidak sekejam Faisal untuk melihat kau menderita.Walau apa pun yang terjadi antara kamu berdua, aku tak pernah membuangmu seperti yang lain lain. Kau boleh merahsiakan dari suamimu, keluargamu, dan semua orang. Tapi aku yakin yang kau tak mampu laluinya seorang diri Yani,” doctor muda itu merenungku tajam. Aku menunduk. Aku akur akan kata- katanya. Hanya dia seorang rakan Faisal yang tidak membuangku. Yang tidak menghukumku. Malah mempercayaiku. Aku juga yakin yang aku tak mampu melalui kesakitan ini seorang diri. Tapi, aku lebih yakin yang aku tidak mampu melalui hidup yang penuh kebencian bersama suamiku sendiri. “Kau tahu Yani?” Soal Fazli membuatkanku sedar kembali.Mataku bersinar meminta penjelasan.”Faisal sering memujimu dihadapanku. Malah sewaktu kau ditimpa musibah itu, dia tidak mampu membencimu walaupun dicuba segenap perasaannya, Kecantikan dan kelembutanmu menewaskan rasa benci itu, lantas dia pergi membawa diri. Jauh dari sini. Agh! Sudah banyak kali kunyatakan ini pada kau, aku rasa kau pun mulai hafal akan kata kata ini bukan?” Soal Fazli kembali. Aku mengangguk perlahan bersama senyum. “Tapi kau perlu tahu satu perkara lagi Yani,” aku kembalimelihat wajah doctor muda itu. “Aku pernah mencemburui Faisal kerana berjaya menambat hatimu, aku juga cemburu pada suamimu kerana berjaya memilikimu, tapi kerana cemburu itu juga memaksa aku untuk tidak membenarkan kau menanggung kesakitan yang kau alami ini,” “Maksud kau Fazli?” “Aku akan pastikan kau menjalani rawatan yang terbaik dan apa cara sekalipun, aku akan pastikan kau menjalani pembedahan dan maafkan aku kalau tiba satu ketika kau terpaksa memberi kebenaran itu,””kenapa?” soalku pantas.”Aku tak sanggup kehilanganmu walaupun aku hanya dapat memilikimu sebagai seorang sahabat. Maaf Yani, aku perlu merawat pesakitku yang lain, kalau kau tak keberatan,” kata- kata Fazli engingatkan aku yang aku sudah lama di situ. Kutinggalkan Fazli dengan tugasnya. Aku tahu Fazli pernah menyukaiku. Tetapi kufikirkan perasaan itu lenyap setelah aku mendampingi rakan baiknya. Pil penahan sakit kutelan payah. Sakit kepalaku menyerang lagi. Bibir ku kertap kuat. Cepat kutarik selimut. Sejuk benar kurasakan pagi ini. Pendingin hawa kumatikan suisnya. Perabot di dalam bilik seakan beterbangan dan menari nari. Mata terus kupejamkan. Sakitnya bisa mencengkam otak. Lantas aku merasakan yang aku hilang kewarasan.”Ya Allah, selamatkanlah isteriku, sembuhkanlah dia darisakitnya, jangan Kau benarkan dia meninggalkan aku tatkala aku benar benar memerlukanya,” suara itu kudengar samar. Terasa tanganku digenggam kemas. “Bangunlah Yani, andainya perpisahan yang kau pinta dari abang, abang rela melepaskan mu, tapi bukan perpisahan sebegini, bangunlah sayang,” Semakin jelas kedengaran. Pandanganku disilaui cahaya lampu. Kelihatan Azmi disisiku mempamerkan kegembiraan. Kepala ku masih terasa kengiluan. Sakit. Tangan Azmi masih menggenggam erat tanganku. Wajah wajah yang kukenali berada disisi. “Pn. Iryani, masih ingat janji saya? Dan kini saya sudah melunasinya, tahniah En. Azmi, isteri encik sudah sedar dan keadaannya stabil. Cuma, kalau boleh, berikan dia rehat yang secukupnya,” kata- kata Fazli membuatkan aku tersenyum. Teringat pada janjinya yang akan merawat aku dengan sebaiknya. Wajah Azmi sedikit cengkung. Terpancar jelas wajah seorang yang keletihan. Aku pasti dia berada disisiku selama aku di sini. Menurut Fazli, Azmi tidak pernah meninggalkan aku dalam jangka waktu yang lama. Besar pengobanannya buatku. Meninggalkan kerjanya semata mata untuk menjagaku. Aku sudah tidak mampu membencinya lagi. Kesungguhannya melenyapkan amarahku. Pengorbanannya menyedarkan ku. Tangan Azmi kuraih perlahan ke dalam genggaman. Azmi tersentak. Aku tahu dia terkejut dengan tindakanku. “Azmi, aku tak mampu membencimu lagi, kalau ada ruang buatku, kalau ada kemaafanmu untukku, berilah aku peluang untuk menyintaimu,” keegoanku runtuh bersama sebuah penyesalan. Aku tahu tak guna membenci seorang suami sebaiknya. Walaupun pertemuan kami tak pernah kuundang, aku tidak mahukan sebuah perpisahan kerana aku sedar aku adalah orang yang paling rugi kalau aku kehilangannya. “Abang sayang,” Azmi membetulkan. Tanganku dikucup lembut. “Maafkan Yani abang, Yani berdosa pada abang, Maafkan Yani,” Aku tidak lagi mampu menahan penyesalan. Pada Azmi kuserahkan segalanya kini. Diriku dan kehidupanku._____________________________________”Agaknya waktu operation dulu, doctor buangkan sel sel yang benci pada aku kot?” gurauku pada Irman.”Mungkin lah kot, tapi baguslah tu, bahagia nampaknya kamu berdua. Senanglah kau sekarang, tak lagi makan nasi bungkus. Tidur malam pun sudah ada orang ulitkan. Wirda pun tak payah buat kerja tambahan,” Irman kembali mengusik. Aku melepaskan tawa besar. “Kau bila lagi dengannya? Wirda tu walaupun tak secantik mana,tapi manja dia tu boleh cair lelaki,””Aku nak cepat, Wirda yang tak mahu, kalau aku nak jugak, dia suruh tunggu adiknya habis belajar, bukannya tunggu dia, tunggu adiknya, Nasib pulak adiknya lelaki. Kalau tak mau timbul salah faham orang tua aku,” Irman seakan mengeluh.”Ya la, Wirda anak sulung, tanggung jawab dia berat pada siZahid. Kalau tak dia yang menanggung siapa lagi?” soalku kembali.”Kalau dah adik dia, jadi adik aku lah jugak, takkan aku nak biar jek adik aku terkapai kapai, Salina tu dulu aku jugak yang bela, sekarang nih dia pun dah habis, Cuma Wirda tu saja yang tak mahu. Tak paham betul aku orang perempuan ni,” “Hmm.. betul, payah nak faham perempuan ni, aku tak sangka aku dapat layanan dari Yani seperti sekarang. Kalau dulu nak dengar dia bersuara pun payah. Sekarang ni, memanjang merengek saja kerja dia,” “Tuah badan kau Azmi, dulu sengsara, sekarang ini, bahagia, aku ni entah bila lagi,” Irman mengeluh lagi. Aku Cuma tersenyum.Teringat akan layanan Yani padaku. Indah rupanya alam perkahwinan ini. “Kalau boleh abang tak mahu anak lagi dalam masa terdekat ni, abang tak puas lagi bermanja dengan Yani. Abang nak Yani ganti hutang Yani yang dulu dengan abang,” usikku pada Yani. Yani tersenyum malu. Wajahnya mula kemerahan.”Abang suka tengok Yani blushing. Mengingatkan abang malam pertama kali kita bersama,” aku semakin galak mengusik. Wajah Yani makin merona merah. Cepat- cepat dia melindungi wajahnya dengan lengan baju tidurku. Tubuh kecil itu kuraih dalam pelukan. Bibir yang pernah kuidam suatu ketika dulu kukucup lembut. Segala galanya sudah mutlak menjadi milikku. Tiada lagi resah, tiada lagi gusar. Bukan sahaja tubuhnya, malah cinta dan kehidupannya adalah milikku kini. Kerana itu juga aku membayar dengan harga yang sama. Ubun ubunnya kucium. Dengan lafaz Bismillah dan sedikit potongan doa, Yani kudekati buat kesekian kalinya.”Ya Allah, rahmatilah keluarga yang baru kubina, bahagiakanlah kami, terangilah hidup kami seperti sinar bintang di langit yang gemerlap cahayanya.”~TAMAT~

Satu Respons

  1. bestnye cerita ni..sy suke

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: