Kasih Di hujung Rindu 11

Bab 35 Khairul
Farah, dah seminggu sayang begini. Sudah seminggu Farah membisu begini. Abang boleh jadi gila kalau Farah berterusan begini. Aku sudah tidak tahan melihat keadaan Farah yang langsung tidak mahu bercakap denganku. Suaranya hanya kedengaran sewaktu dia bersama-sama dengan anak-anakku.
Seperti biasa, kata-kataku bagaikan angin lalu sahaja padanya. Dia hanya memandang wajahku tanpa bicara dan kemudiannya terus beredar meninggalkan aku terpinga-pinga. Aku sudah tidak tahan menghadapi situasi begini.
Farah, abang tahu abang telah melukakan hati Farah. Mungkin juga telah memusnahkan hidup Farah, tapi abang minta maaf. Jikalah abang dapat lakukan sesuatu untuk menebus kesilapan abang, katakanlah abang sanggup lakukan. Asalkan Farah kembali seperti dahulu. Janganlah terus membisu begini.
Kali ini riak wajahnya berubah. Dia kelihatan tersenyum sedikit. Dia kembali memandang wajahku.
Sebelum abang gila, Farah sudah gila dahulu. Mungkin juga terus mati lantaran kekecewaan yang amat menyakitkan ini.
Terpana aku mendengar kata-katanya. Lantas aku memeluknya dengan erat. Tetapi tiada reaksi langsung darinya. Aku melepaskan pelukanku perlahan-lahan. Kutatap wajahnya yang sudah dibasahi dengan air mata.
Please, jangan sebut pasal mati. Abang tak sanggup kehilangan Farah. Abang sayangkan Farah.
Lebih baik Farah mati daripada hidup menanggung kekecewaan. Lagipun, abang tidak pernah menerima Farah sebagai isteri abang. Hanya sekadar pengasuh buat Farhan dan Azim. Mendatar sahaja dia bersuara. Wajahnya dipalingkan dari memandangku.

Abang sayangkan Farah, sungguh!
Tak, abang tak pernah sayangkan Farah. Kata-kata abang dusta dan hanya lakonan semata-mata. Nampaknya sudah hilang kepercayaannya buatku. Sedikitpun kata-kataku tidak memberi kesan padanya. Dia benar-benar amat membenciku.
Selepas menuturkan kata-kata itu, dia terus berlalu dariku. Dia mendapatkan Farhan dan Azim yang sedang leka menonton tv. Dia kemudiannya terus bergurau dengan anak-anakku. Mereka bergelak ketawa. Aku hampir gila melihat keadaannya sekarang. Aku tahu dia mengalami tekanan perasaan yang amat teruk tika ini.
Dia berlagak selamba di hadapan anak-anak untuk menutup kekecewaan yang merajai di hatinya tika ini. Bagaimana dia boleh setabah itu Aku semakin kagum dengan wanita ini. Namun apalah gunanya sekarang, kami diibaratkan dua insan yang begitu asing walaupun tinggal serumah. Aku seolah-olah tidak wujud langsung di sini. Kami sudah terpisah jauh, teramat jauh sebenarnya.
Bab 36 Farah
Apa sudah terjadi di dalam bilikku ini Kosong sahaja. Ke mana semua barang-barangku Almari baju juga sudah dikosongkan. Apa makna semuanya ini Apakah dia mahu menghalau aku dari sini Dia sudah membenci diriku Dan ingin membuang aku dari kehidupannya
Farah. Terdengar suaranya memanggilku dari luar dengan diiringi ketukan di pintu. Aku bergegas membuka pintu.
Apa abang dah buat dengan barang-barang Farah Abang hendak menghalau Farah dari rumah inikah

Kataku sejurus membuka pintu. Suaraku sedikit meninggi. Dia sedikit terkejut dengan tutur kataku.
Maafkan abang. Abang tak bermaksud begitu. Cuma emak dan ayah akan tiba tak lama lagi. Jadi, mereka akan tinggal di bilik Farah. Atas sebab itulah abang mengemas semua barang-barang dan pakaian Farah tanpa memberitahu Farah dahulu. Penerangannya melegakan hatiku. Kemarahanku sedikit kendur apabila mendengar penjelasannya itu. Aku sedikit menyesal di atas tindakan terburu-buru aku tadi.
Abang sepatutnya telefon Farah dahulu. Biar Farah kemaskan semua barang dan pakaian Farah. Suaraku mulai kendur, tidak seperti mula-mula tadi. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini aku mudah marah dan adakalanya amat sensitif terhadap perkara-perkara remeh. Sedangkan dahulu, perkara tersebut sedikitpun tidak menjadi soal bagiku.
Abang sudah cuba hubungi Farah, tapi orang di pejabat beritahu Farah sedang bermesyuarat dan tak tahu bila akan tamat. Untuk menunggu Farah pulang, rasanya tak sempat. Jadi, abang rasa biarlah abang sahaja yang lakukan. Berhati-hati dia memberi penjelasan di atas tindakannya itu. Aku menganggukkan kepalaku tanda menyetujui tindakannya itu.
Abang letak di mana barang-barang Farah Aku kemudiannya berpaling lalu duduk di birai katil. Diamasih lagi berdiri di ambang pintu bilik.
Abang bawa masuk ke dalam bilik abang. Bagaikan terkena kejutan elektrik, aku terus bangun berdiri.
Bawa masuk ke bilik abang Jadi, malam ini Farah tidur di mana Aku tahu soalan aku agak kebodoh-bodohan, walhal aku sudah tahu jawapannya. Dadaku berdebar-debar. Hatiku mula gusar.
Nampaknya Farah kena tidur dalam bilik abanglah selama mak dan ayah di sini. Jawabnya lalu beredarmeninggalkan aku sendirian di dalam bilik.
Setelah apa yang berlaku di antara kami dua bulan yang lalu, kini kami terpaksa tidur sebilik. Aku takmahu!!! Aku tak mahu!!! Kerana ini akan mengingatkan kembali kesilapan yang terjadi di antara kami. Luka dahulu masih lagi berdarah, pedihnya masih terasa. Mana mungkin aku boleh tidur dengan tenang jika sebilik dengannya.
Sedang aku mengelamun seorang diri di dalam bilik, telingaku terdengar bunyi riuh-rendah suara Farhan dan Azim. Aku terdengar suara yang seakan-akan pernah aku dengar sebelum ini. Aku terus keluar dari bilik dan menjengah dari atas. Emak dan ayah sudah sampai! Aku bergegas menuruni tangga dan mendapatkan mereka yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Aku menyalami tangan kedua-dua ibu dan ayah mertuaku.
Baru balik dari pejabatkah Farah Ayah menyoal aku ketika aku menyalaminya. Kemudian aku beralih kepada emak untuk menyalaminya. Tepat pada sangkaanku, air muka emak menggambarkan kebenciaan yang tidak pernah surut. Salamku disambut acuh tak acuh sahaja. Namun aku tetap memaniskan mukaku di hadapannya.
Ya, ayah. Baru saja sampai. Balasku lalu membantu mengangkat beg pakaian dari tangan emak. Farhan dan Azim sudah menarik opahnya duduk di sofa. Aku biarkan sahaja mereka melepaskan rindu terhadap opah mereka.
Sudah agak lama kami tak datang ke sini. Rasanya dalam setahun, kan maknya Ayah berpaling ke arah emak yang sedang mengipas-ngipas badannya dengan selendang yang sudah dilucutkan dari kepalanya.
Lebih kurang begitulah. Mendatar sahaja percakapan emak. Aku pula terus meminta diri ke dapur untukmenyediakan minuman. Farhan dan Azim amat gembira dengan kedatangan datuk dan opah mereka. Suara anak-anakku itu jelas kedengaran dari dapur.
Ada apa-apa yang boleh abang tolong Tiba-tiba sahaja Khairul bersuara di belakangku. Aku menolehnya sekilas.
Ermm.. tolong aturkan cawan atas dulang. Jawabku tanpa memandang wajahnya. Entah mengapa semenjak peristiwa dua bulan lepas, aku seakan hilang rasa hormat padanya. Namun dia tetap sabar melayani karenahku. Bukannya aku tidak merasa bersalah dengan tindakanku ini, namun apabila mengingatkan kata-katanya dahulu, langsung hilang perasaan simpatiku terhadapnya. Perasaan marah, sedih dan benci berpadu menjadi satu. Rasanya sudah hilang perasaan kasih dan sayangku buatnya. Aku gagahkan diri untuk bertahan di dalam rumah inipun, hanya mengenangkan Farhan dan Azim sahaja. Selain itu, tiada apa lagi yang dapat menahan aku dari terus tinggal di dalam rumah ini.
Abang harap Farah dapat memberikan kerjasama pada abang. Abang tak mahu ayah dan emak menghidu apa yang sudah terjadi di antara kita berdua. Abang tak mahu mereka risau. Aku hanya mendiamkan diri. Aku menyibukkan diri membancuh minuman buat emak dan ayah. Dia mendekati aku lalu berdiri di sisiku. Aku buat-buat tidak menyedari kehadirannya di sisi.
Abang tak perlu risau. Semuanya akan seperti biasa. Balasku lalu meletakkan jag air di atas dulang laluaku mengangkat dulang tersebut keluar ke ruang tamu.
Bab 37 Khairul
Dengan kehadiran emak dan ayah ke rumahku, ini bermakna Farah terpaksa berkongsi bilik denganku. Namun, sejak tiga hari kedatangan emak dan ayah maka tiga hari jugalah dia tidur bersama Farhan dan Azim di bilik mereka. Dia hanya masuk ke bilikku untuk mandi, solat dan menyalin pakaiannya sahaja.
Pada mulanya, aku amat tidak menyetujui caranya itu kerana mungkin emak dan ayah akan mengesyaki sesuatu telah terjadi antara kami berdua tetapi apabila dia berkeras juga, aku membiarkan sahaja. Entah mengapa, perangainya sejak akhir-akhir ini amat berlainan. Dia menjadi seorang yang mudah marah dan sudah pandai merajuk. Kadang kala agak mencabar kesabaranku.
Setelah aku menghabiskan wiridku, Farah baru sahaja selesai bersiram. Dia keluar dari bilik mandi dengan hanya berkemban. Aku terkejut menatap penampilannya buat pertama kali sejak kami bergelar suami isteri. Dia juga terpempan melihat aku.
Dia tidak bergerak-gerak dari depan pintu bilik air. Air menitis dari hujung rambutnya yang masih lagikebasahan. Dadaku berdebar-debar melihat wajah isteriku yang kelihatan amat jelita.
Tanpaku sedari, kakiku menapak perlahan-lahan menghampirinya. Dia tetap berdiri tegak di situ dan memegang tuala yang membalut tubuhnya dengan kemas. Apabila tanganku mahu menjamah bahunya, dia mengundurkan langkahnya ke belakang.
Jangan ulangi kesilapan yang sama seperti dua bulan yang lalu. Ujarnya lalu terus menghampiri almari lalu dibukanya.
Aku seakan baru tersentak dari keasyikkan yang panjang. Cepat-cepat aku beristighfar. Aku menghampirinya lalu menyentuh bahunya yang lembap. Tetapi, cepat-cepat dia menjauhkan dirinya.

Sorry, abang bukannya lakukan apa-apa pada Farah cuma
Cuma apa
Abang rasa, sudah sampai masanya untuk kita berdamai. Perangai Farah amat berlainan sekarang. Tidak seperti yang abang kenali dulu.
Jadi, apa abang mahukan lakukan
Okey, abang minta maaf di atas kata-kata abang dulu hingga membuatkan Farah menjauhkan diri dari abang. Abang tak boleh hidup dengan keadaan Farah begini. Kemuraman Farah menyeksa perasaan abang. Abang rindukan Farah yang dahulu. Farah yang sentiasa tersenyum, sentiasa ramah dan penyayang. Kini semuanya begitu kontras sekali. Aku meluahkan apa yang terbuku di hatiku sejak sekian lama. Dia agak terkejut dengan kata-kataku. Dia tidak menjawab kata-kata sebaliknya kembali menggeledah almari pakaian. Setelah mengambil sepasang pijama berwarna biru kepunyaannya, dia terus menuju ke dalam bilik air semula.
Tidak berapa lama kemudian, dia keluar dari bilik air dengan sudah siap berpakaian pijama birunya. Kemudian dia mengeringkan rambutnya dengan mengguna tuala. Aku hanya memerhatikan gelagatnya. Diriku langsung tidak diperdulikan. Terasa begitu sakit diperlakukan sebegini. Selesai mengeringkan rambut, dia menyisir rambutnya yang ikal melepasi bahu.

Farah, tidur di bilik abang ya malam ini. Pintaku lalu menghampirinya. Aku meramas-ramas lembut bahunya. Namun, sedikitpun dia tidak memandang wajahku.
Tak mengapalah, bang. Farah boleh tidur di bilik Farhan dan Azim sahaja. Jawapannya amat mengecewakan hatiku.
Tak perlulah ke bilik anak-anak. Tidur di sini sahaja. Pintaku sekali lagi. Kedengaran dia mengeluh.
Farah tak mahu akan berlaku satu lagi kesilapan. Ujarnya bersahaja lalu cuba bangun dan bersedia untuk ke bilik Farhan dan Azim.
Farah, abang ingin menjernihkan perhubungan kita. Andainya kesilapan dahulu telah mengeruhkan perhubungan kita, abang harap dapat menjernihkannya dan mengembalikan kegembiraan dalam keluarga kita. Kita masih belum terlewat untuk itu. Aku amat mengharap Farah memahami kata-kataku. Dia berpaling kepadaku lalu tersenyum sinis.
Ianya sudah terlewat bang. Hati Farah sudah hancur hancur bang. Setitis air mata gugur dari kelopak matanya.
Bab 38 Farah
Berderau darahku setelah mendengar permintaan dari emak. Aku memandang wajah Khairul di sebelahku. Dia juga agak terkejut dengan kata-kata emak. Perlahan-lahan dia menggenggam tanganku.
Apa salahnya kalau Farah bekerja emak. Lagipun selama kami berkahwin, belum pernah dia abaikan Farhan dan Azim. Anak-anak saya dijaga dengan elok. Lagipun budak-budak sendiri tak merungut. Nampaknya Khairul membelaku. Aku menarik nafas kelegaan. Permintaan emak agar aku berhenti kerja dan mengasuh Farhan dan Azim amat tidak dipersetujui olehku.
Habis tu, masa kau kahwin dengan dia dulu alasan kau agar dapat jaga anak-anak kau. Kalau hendak jaga anak-anak kau, kenalah berhenti kerja dan tumpukan pada rumahtangga. Emak tetap berkeras dengan keputusannya. Aku semakin gelisah. Aku menjeling kepada Khairul di sebelahku. Dia hanya tersenyum melihat gelagatku. Aku mengetap bibir kegeraman.

Memanglah pada mulanya dulu saya kata begitu. tapi, tak salah kalau Farah bekerja. Lagipun apa gunanya dia belajar tinggi-tinggi kalau akhirnya perapkan saja ijazah dia tu. Emak menjeling ke arah Khairul.
Kau asyik menangkan isteri kau saja. Rungut emak perlahan. Khairul ketawa kecil lalu menarik aku ke dalam pelukannya. Semenjak kedatangan emak dan ayah, dia menonjolkan sikap romantiknya terhadapku secara terang-terangan di hadapan mereka. Kadang kala tak semena-mena dia mengucup pipiku di hadapan emak dan ayah. Tersipu-sipu aku menahan malu di hadapan ayah dan ibu mertuaku.
Aku hanya mendiamkan diri. Aku membiarkan Khairul menjawab bagi pihak diriku. Aku tahu, dia mengetahui gelodak yang sedang berkocak di dalam perasaanku tika ini. Melihatkan dia bersungguh-sungguh mempertahankan dirik, aku merasa amat terharu. Walaupun mendapat layanan dingin dariku, dia tetap tidak berubah malah semakin hari semakin cuba untuk memenangi hatiku.
Beginilah emak, Farhan dan Azim semakin membesar dan sudah pandai untuk menguruskan diri sendiri. Sementara Farah masih belum mengandung, biarlah dia bekerja dulu. Saya janji, bila dia sudah mengandung nanti, saya sendiri akan buatkan surat pemberhentian kerjanya. Terpempan sebentar aku mendengar kata-kata suamiku itu. Aku mencubit tangannya lalu menarik muka masam.

Aduh!! Ada ketam rupanya dalam rumah nie. Ujarnya berseloroh lalu ketawa kecil. Ayah yang menyedari gelagatku pula ketawa besar.
Betul kata Khairul tu Limah. Sementara Farah belum berisi, biarlah dia bekerja dulu. Lagipun orang perempuan zaman sekarang lebih suka bekerja. Walaupun mereka keluar bekerja, tak semestinya mereka mengabaikan rumahtangga. Kata-kata ayah hanya disambut dengan cebikan bibir emak. Ayah tersenyum lalu menggeleng-gelengkan kepala melihat gelegat emak. Setelah mendengar kata-kata ayah, emak tidak menyahut sebaliknya terus beredar dari situ. Hatiku terasa dengan perbuatan emak namun aku pendamkan sahaja di dalam dati.
Sudahlah Farah. Kau jangan ambil hati sangat dengan cakap mak kamu tu. Dia memang macam tu, tapi niat dia baik. Dia sebenarnya mahu cucu-cucunya terurus. Tapi, ayah faham keadaan kamu. Kamu lebih suka bekerja. Lagipun, dapat juga membantu dalam urusan kewangan keluarga kamu. Ayah cuba untuk memperbetulkan keadaan.
Tak mengapa ayah. Farah faham dengan niat emak tu. Cuma Farah belum terasa mahu berhenti lagi.Insyaallah, kalau sampai masanya nanti, Farah akan berhenti juga. Ayah hanya menganggukkan kepalanya tanda faham dan kemudian meminta diri. Dia menuju ke halaman rumah sambil mendukung Azim.
Abang tak kisah kalau Farah hendak terus bekerja. Abang takkan halang. Dengan gaji abang sekarang sudah cukup untuk menyara keluarga kita. Tapi, abang tahu Farah takkan bersetuju jika abang mahu Farah berhenti kerja. So, terpulanglah pada Farah sendiri. Asalkan jangan abaikan tanggungjawab Farah dalam rumah ini, sudahlah. Khairul memberikan kata-kata semangat buatku. Terharu dengan bicaranya.
Terima kasih bang kerana tidak mendesak Farah. Tapi, emak Kata-kataku terhenti di situ. Aku memandang wajahnya.
Jangan risau. Emak akan faham suatu hari nanti. Ujarnya lalu mengemaskan rangkulan tangannya dipinggangku.
Tapi kenapa abang beri syarat begitu pada emak Aku mempersoalkan kembali syarat yang diutarakan kepada emak. Aku cuba meloloskan diri dari rangkulannya, tapi tidak berjaya. Semakin erat pula rangkulannya hingga aku berasa tidak selesa.
Hanya itu yang terlintas dalam fikiran abang. Dia ketawa kecil.
Kenapa Gelisah saja
Abang peluk kuat sangat, sakitlah! Desisku perlahan dan cuba meleraikan rangkulannya sekali lagi tapitidak berjaya.
Tak apalah. Bila lagi nak peluk Farah macam nie. Malam-malam asyik peluk bantal saja.
Isy gatallah abang nie! Pipiku mula merona merah. Apa kena dengan dia nie Semakin berani mempamerkan kemesraan terhadapku. Kadang-kala sedikit sebanyak memberi kesan di hatiku. Namun, apabila memikirkan kata-katanya dulu argghhhhFarahlah tolong garukan. Emmm tidur dalam bilik abang ya malam ini Dia tidak henti-henti memujuk aku kembali ke biliknya. Namun, hatiku masih belum dapat menerima ucapan maaf darinya.
Aku tidak menjawab sebaliknya aku terus mengrungkaikan rangkulannya dan cepat-cepat beredar dari sisinya. Aku bukannya barang permainan yang boleh kau gunakan sesuka hatimu. Aku manusia, ada perasaan. Setelah hatiku kau guris hingga robek, kau cuba untuk sembuhkannya dengan menambahkan lagi kelukaannya. Maafkan Farah, abang. Terlalu sukar untuk Farah menerima abang lagi. Biarlah kita begini saja. Demi Farhan dan Azim, Farah akan setia di sini sebagai ibu mereka dan bukannya sebagai isterimu walaupun hak Farah itu sudah kuhulurkan kembali padaku. Namun untuk menerimanya setelah apa yang berlaku, tidak mungkin!
Bab 39 Farah
Aduh!!! Berdenyut-denyut kepalaku. Sejak pagi lagi ianya berdenyut. Aku kirakan bila sudah sampai dipejabat, sakitnya akan berkurangan. Nampaknya semakin menjadi-jadi hingga aku terpaksa berbaring di bilik rehat.
Tak kurang lagi sakitnya Sapa Hanim yang datang menjengukku di bilik rehat. Aku membuka mataku. Dia sedang menghulurkan segelas air suam padaku. Aku cuba bangun dari pembaringan tapi sebaik sahaja aku cuba bangun terasa berpusing keadaan sekelilingku. Aku kembali berbaring sambil memicit-micit dahiku.
Belum, agaknya migrain aku datang baliklah. Ujarku perlahan. Kemudian terasa tangan Hanim membantuku memicit kepalaku. Aku membiarkan jari-jemarinya bermain-main di kepalaku.
Aku panggil Khairul ya. Minta bawa kau ke klinik. Pinta Hanim.
Jangan, sikit aje nie. Lagipun dia tak ada di pejabat. Dia out-station tiga hari. Kejap lagi baiklah. Lagipun aku dah telan panadol tadi. Kalau aku dapat tidur sekejap, oklah. Aku enggan membenarkan Hanim memberitahu Khairul.
Hanim, aku risaulah. Mak mertua aku mahu aku berhenti kerja.
Kenapa pula Ternyata Hanim amat terkejut dengan berita yang aku bawa.
Dia mahu aku duduk di rumah dan mengasuh cucu-cucunya. Tapi, aku keberatanlah nak berhenti. Aku suka dengan kerja aku nie. Tapi, dia berkeras sangatlah. Aduku pada Hanim. Pening kepalaku sedikit lega apabila mendapat urutan dari Hanim. Aku cuba bangun dengan dibantu oleh Hanim.
Agaknya kau terlalu fikirkan pasal hal itulah sampai kau sakit macam nie Duga Hanim.
Agaknyalah. Tapi, aku dah buntu. Tak tahu apa yang perlu aku katakan.
Mintalah Khairul Bantu kau pujuk emak dia. Takkanlah tak boleh tolong isteri sendiri.
Sudah. Malah dia sendiri yang memberi syarat pada mak dia. Syaratnya, selagi aku tidak mengandung, selagi itulah aku boleh bekerja. Tapi, mak dia tak jawab apa-apa. Itu tandanya dia tetap dengan keputusannya mahukan aku berhenti kerja. Aku tak mahu berhenti. Aku sayangkan kerja aku. Hampir menangis aku apabila menceritakan kepada Hanim. Hanim turut muram melihat keadaanku begini.
Ikut sajalah kata-kata emak mertua kau tu.
Tak boleh Hanim. Hal-hal lain, aku boleh berunding. Tapi kalau soal kerja, aku rasa ralat sedikit. Aku ada tanggungjawab sendiri. Sekarang aku bertanggungjawab pada mak dan abah aku. Tiap-tiap bulan aku hantar duit pada mereka. Kalau aku berhenti nanti, macam mana aku hendak hantar duit pada mereka setiap bulan. Takkanlah aku mahu minta Khairul pula yang buat begitu. Sekurang-kurangnya aku dapat ringankan beban dia. Tungkasku. Kepalaku kembali berdenyut-denyut. Tiba-tiba sahaja perutku bergelodak. Bagaikan mahu terkeluar semua isi perutku.
Aku pantas berlari ke sinki. Di situ aku memuntahkan segala isi perutku. Hanim menggosok-gosok belakangku. Setelah beberapa ketika, barulah aku berhenti. Terasa ringan kepalaku setelah muntah. Aku berkumur untuk mencuci mulutku. Tercungap-cungap aku seketika. Dadaku berombak kencang.
Sudah, ikut aku ke klinik sekarang! Tanpa sebarang bantahan, aku terus membontoti Hanim.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: