Kasih Di Hujung Rindu 12

Tahniah puan! Puan bakal menjadi seorang ibu dalam masa enam bulan dari sekarang. Berseri-seri wajah Doktor Salmah sewaktu mengkhabarkan berita gembira itu sedangkan aku bagaikan bermimpi. Terpaku aku mendengar kata-katanya itu.
Saya mengandung Soalku meminta kepastian sekali lagi.
Ya, puan mengandung. Anak sulung
Aku hanya tersenyum lalu mengorak senyuman hambar. Terasa badanku terawang-awang.
Patutlah Keadaan seperti ini biasa terjadi pada ibu-ibu yang baru pertama kali mengandung. Jadi, puan perlu. Doktor Salmah memberi nasihat kepadaku tetapi semua itu bagaikan angin lalu sahaja padaku. Tidak sedikitpun melekat di ingatanku.
Hanya sekali! Hanya sekali sahaja, aku telah mengandungkan zuriatnya. Benihnya sedang berkembang di dalam rahimku. Aku hamilkan anaknya sekarang. Adakah aku gembira Atau adakah aku tidak mengharapkan kehadiran anak ini Tetapi, aku memang menginginkan zuriat sendiri. Namun, kehadirannya sekarang sewaktu aku sudah hampir membuang jauh-jauh perasaanku terhadap dia. Bagaimana harus aku lakukan
Jika aku memberitahunya, sudah tentu aku akan dipaksa berhenti kerja. Aku tak sanggup. Jika ada apa-apa berlaku pada hubungan kami nanti, bagaimana aku mahu meneruskan hidup aku. Aku sayangkan kerja aku di sini. Oh Tuhan!! Berat benar dugaan-Mu padaku. Tidak tertanggung lagi rasanya.
Puan Puan Farah Tersentak aku dari lamunan yang jauh apabila Doktor Salmah memanggil-manggil namaku.
Ya ya! Sahutku tergagap-gagap.
Tak ada apa yang perlu puan risaukan. Semuanya akan berjalan seperti biasa jika puan mengikuti nasihat saya tadi. Ujarnya lalu tersenyum senang. Aku membalas senyumannya. Nasihat Entah apa yang dikatakan oleh doktor ini, aku pun tak tahu. Sedikitpun aku tidak ambil perhatian.
Aku kemudiannya meminta diri. Sebaik sahaja, aku membuka pintu bilik Hanim menerpa kepadaku. Diamemimpin aku dan mengarahkan aku duduk di kerusi sementara menunggu giliran mengambil ubat.
Apa kata doktor Soalnya tidak sabar.
Emm doktor kata perut aku masuk angin. Sebab semalam aku tak makan. Lagipun tekanan darah aku rendah. Itu yang pening-pening tadi. Aku berbohong kepada Hanim. Aku tidak mahu dia mengetahui keadaanku dan akan menghebohkannya kepada rakan sekerja. Yang paling aku takutkan seandainya Khairul sendiri yang mengetahuinya. Nanti, sudah tentu dia akan memaksa aku berhenti kerja.
Aku sayangkan kerja aku. Aku juga sayangkan Farhan dan Azim. Aku tak mahu kehilangan kedua-keduanya. Tamakkan aku dalam membuat keputusan dalam hidupku ini Atau aku terlalu pentingkan diri sendiri hingga memaksa diriku untuk menyembunyikan tentang kehamilan aku ini. Tapi, kandungan ini semakin hari akan semakin membesar. Bagaimana harus aku sorokkan Aduh sakit di kepalaku semakin mencengkam.
Bab 40 Farah
Aku melangkah lemah keluar dari kereta. Hanim beria-ia mahu menghantar aku pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatanku. Namun, aku berjaya menyakinkan dirinya bahawa aku masih mampu untuk memandu pulang sendirian. Hakikatnya aku tidak mahu biarkan dia bersua dengan ibu mertuaku. Aku tidak mahu emak membuat tanggapan yang tidak menyenangkan tentang kawanku. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini perangaiku amat berubah sekali. Aku sendiri menyedarinya. Mungkin ini akibat pembawaan bayi yang sedang kukandung.
Sambil melangkah, aku mengusap-usap perutku yang masih tidak mengalami banyak perubahan. Mungkin kerana tubuhku yang tinggi lampai, dapat menyembunyikan keadaan perutku yang sedikit membonjol. Kasihan kau anakku. Kau hadir di kala mama hampir berada di penghujung rindu. Tetapi mama tetap setia di samping papa dan abang-abangmu atau, perlukah mama memilih jalan sendiri Mama sendiri keliru, anakku!
Sunyi sahaja rumah ini Mana emak dan ayah Mana pula Farhan dan Azim. Sejak kedatangan mak dan ayah, aku tidak lagi menghantar mereka kepada pengasuh untuk menjaganya. Sebaliknya emak sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga cucu-cucunya.
Aku balik awal hari ini setelah mendapat kelulusan untuk bercuti. Jam menunjukkan angka sebelas ketikaaku tiba di rumah. Pada Khairul tidak aku beritahu. Nasib baiklah hari ini aku membawa kereta sendirilantaran Khairul terpaksa ke luar daerah selama tiga hari.
Ke mana agaknya emak dan ayah bawa cucu-cucunya. Mungkin keluar berjalan-jalan agaknya. Biarlah. Aku mahu tidur sebentar. Aku menghenyakkan badan ke sofa untuk melelapkan mata.
Apabila aku membuka mata, jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Sudah empat jam aku terlena seorang diri di ruang tamu. Kepalaku sudah berkurangan sedikit denyutannya. Tapi, keadaan di dalam rumah masih lagi sunyi. Aku mula tidak sedap hati. Bagaikan sesuatu telah terjadi.
Walaupun keadaanku masih lemah, aku gagahkan diri memanjat tangga dan menuju ke bilik Farhan dan Azim. Bilik itu disusun dengan kemas sekali. Setelah melihat keadaan di dalam bilik anak-anakku seperti biasa, aku menarik pintu. Tetapi, aku baru tersedar bahawa kereta mainan kegemaran Farhan tiada di tempatnya.
Hatiku berdetak kencang. Aku kembali membuka pintu dan kali ini aku melangkah masuk ke dalam bilik. Aku membuka almari pakaian Farhan dan Azim. Hampir kosong almari itu. Kebanyakan baju-baju Farhan dan Azim sudah tiada sedangkan baru semalam aku melipat dan menyusun ke dalam almari ini. Apa yang sudah berlaku dalam rumah ini Ke mana mereka semua pergi Mungkin emak dan ayah membawa mereka pulang ke kampung. Tetapi, mengapa aku tidak diberitahu.
Aku bergegas turun ke bawah dan menuju ke telefon. Dengan pantas aku menelefon nombor Khairul. Aku menunggu seketika sebelum talian disambungkan.
Hello. Khairul menyambut panggilanku.
Hello, abang! Farah di sini.
Hah, sayang! Kenapa cemas saja nie Kedengaran suara Khairul di hujung talian.

Abang, Farah tengok baju anak-anak macam banyak dah tak ada. Diaorang pun tak ada di rumah. Mak dan ayah pun begitu. Farah risau kalau-kalau ada benda yang berlaku pada mereka. Hampir menangis aku ketika mengadu padanya.
Farah di mana sekarang Agaknya dia kehairanan. Sepatutnya aku berada di pejabat sekarang.

Farah di rumah sekarang Balasku.
Kenapa balik rumah Ada benda yang tertinggal ke
Emmm Farah dapat mc hari ini. Jawabku sedikit gementar.
Kenapa Sayang sakit ke Kenapa tak beritahu abang Suaranya kedengaran cemas. Hatiku mula berdebar-debar.
Sakit sikit saja. Tekanan darah rendah. Terangku perlahan.
Kenapa tak beritahu awal-awal. Boleh abang cancel kerja abang di sini.
Its okay. Dont worry about me. Where is our childrens Aku semakin risaukan akan Farhan dan Azim.
Oh, anak-anak mak dan ayah bawa balik kampung. Kebetulan ada kematian di situ. So, mereka rush balik kampung. Abang yang benarkan mak dan ayah bawa mereka balik ke sana. Ayah tak beritahu sayang ke Aku menarik nafas lega setelah mendengar penjelasan dari suamiku.
Lega hati Farah dengar abang kata begitu. Ingatkan
Ingatkan mak dan ayah dan larikan anak-anak Serkap Khairul lalu ketawa besar. Nampaknya dia mengetahui kegusaran hatiku.
Ish tak adalah. Aku cuba menafikan kenyataan yang timbul di fikiranku tadi.
Emmm sayang okay ke Perlu tak abang balik temankan sayang Dia kembali menyoal tentang kesihatanku. Hatiku kembali gelisah.
Tak mengapa. Sekarang dah lega. Alah tak perlulah abang risau. Aku cuba menyakinkan suamiku. Aku takut dia akan menyedari perubahan diriku.
Tapi, sampai dapat mc mesti terukkan
Taklah. Farah sendiri yang minta mc sebab malas nak ke pejabat hari ini. Dalihku lagi.

Are you sure Soalnya kembali tidak puas hati.
Yup, hundred percent! Balasku lalu ketawa kecil.
Okay, tiga hari lagi baru abang balik. Take care, bye sayang. Aku meletakkan ganggang telefon ke tempatnya semula. Tapi, hatiku masih gusar. Terasa akan sesuatu yang dirancangkan oleh emak. Aku tahu aku tidak sepatutnya menaruh syak wasangka yang begini. Tapi, naluriku kuat mengatakan bahawa emak seolah-olah merancang sesuatu. Tambahan pula, mereka tidak memberitahu kepadaku tentang pemergian mereka. Harap-harap apa yang aku gusarkan ini tidak akan menjadi kenyataan.
Tiba-tiba tekakku terasa mual. Isi perutku kembali bergelodak. Cepat-cepat aku menuju ke bilik air.
Bab 41 Farah
Dua hari di rumah tanpa Farhan dan Azim, kurasakan begitu sepi sekali. Aku mulai rindukan gelak ketawa dan celoteh mereka berdua. Ketiadaan Khairul menambahkan kebosanan aku di sini. Kesihatanku semakin baik. Aku sudah tidak mengalami mual atau loya. Malah badanku juga semakin segar.
Di rumah aku hanya melakukan kerja-kerja ringan sahaja. Nasib baiklah anak-anak tiada di rumah. Tidaklah teruk aku mengemas barang-barang permainan mereka. Walaupun mereka nakal, namun tidaklah sampai membuatkan aku hilang sabar. Terutama sekali Farhan yang amat gemar mengusik adiknya, sekali-sekali memeningkan kepalaku juga. Apabila dia nampak seperti aku mahu memarahinya, dia akan cepat-cepat datang memelukku dan mengucup pipiku. Hilang perasaan marahku padanya.
Rindunya pada Farhan dan Azim. Rasanya elok aku ke sana untuk mengambil mereka. Lagipun esok, papanya sudah pulang. Lebih elok kalau ada anak-anak sekali. Rasa janggal pula bila tiada mereka. Kalau anak-anak tiada, sudah tentu aku terpaksa tidur di dalam biliknya. Ish kenapa pula. Emak dan ayahkan sudah pulang. Jadi, bolehlah aku pindah semula ke dalam bilikku. Bagus juga. Selepas berkemas barulah aku pulang ke kampung untuk mengambil anak-anak.
Jika aku kembali ke bilikku semula, apa pula kata Khairul Apa pula tanggapannya padaku nanti Adakah apa yang aku lakukan itu betul atau mengeruhkan lagi suasana Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan Tambahan pula aku sedang mengandungkan zuriatnya. Wajarkah aku menyembunyikan tentang kandungan ini darinya Padahal dia berhak tahu kerana dia adalah bakal ayah buat anakku ini. Jika aku memberitahu akan berita itu, apa pula tindakannya nanti Pelbagai kemungkinan yang akan dilakukannya. Argghhh aku buntu buntu..!!!
Walau macam manapun aku tetap akan berpindah masuk semula ke bilikku. Aku tidak sanggup menghadapinya lagi. Tambahan pula keadaanku yang sudah berbadan dua ini, pasti menimbulkan syak terhadapnya jika aku mual atau loya sekali sekali. Dia sudah berpengalaman sebelum ini sewaktu Linda menghamilkan Farhan dan Azim. Sudah tentu dia lali dengan keadaan orang mengandung.

Aku juga fikir, buat sementara ini biarlah ia menjadi rahsia dahulu. Keadaan kami tidak begitu baikkebelakangan ini dan banyak masalah yang wujud di antara kami berdua. Aku sendiri yang bermasalahsebenarnya. Tidak dapat menerima kehadirannya lagi walaupun aku tahu sudah banyak kali dia mencuba. Namun, hati ini begitu keras untuk menerimanya kembali.
Aku akui, perasaan kasih masih bersisa di hatiku. Cuma kesan perbuatan dan kata-katanya dahulu yang menjadi tembok pemisah perhubungan kami. Terlalu sukar untukku memaafkan dirinya. Adakah aku mementingkan diri sendiri Tapi, aku rasa tidak. Anak-anaknya tetap kulayan dengan baik. Tidak sanggup aku berpisah dengan Farhan dan Azim. Mereka berdua bagaikan nyawaku.
Ah! Sudah lama aku mengelamun. Aku perlu mengemaskan barang-barang dan pakaianku ke dalam bilikku semula. Sekejap lagi aku perlu bergegas ke kampung untuk mengambil Farhan dan Azim.
Tanpa berlengah-lengah lagi aku terus menaiki anak tangga lalu menuju ke dalam bilik Khairul. Aku mengangkut kesemua barang-barang kepunyaanku masuk ke dalam bilikku semula. Dan aku mula mengemas dan meletakkan semua barang-barangku. Hampir sejam aku mengemaskan bilikku.
Setelah memastikan segalanya telah selesai, aku bersiap pula untuk ke kampung emak Khairul. Aku mahu membawa pulang Farhan dan Azim.
Aku memulakan perjalanan tepat pukul sepuluh pagi.
Bab 42 Farah
Kedatanganku di sambut dingin oleh emak Khairul. Namun, dia agak terkejut melihat aku berada di hadapan rumahnya sebentar tadi. Setelah mempelawa aku masuk, dia membiarkan aku seorang diri di ruang tamu bersama Farhan dan Azim. Ayah Khairul pula keluar membeli barang di bandar.

Ada apa kau datang ke sini Tiba-tiba sahaja emak Khairul muncul di belakangku sambil menatang dulang.
Aku agak tersentak. Namun, aku cuba berlagak selamba dan melemparkan senyuman. Azim pula duduk di atas ribaku. Farhan pula sedang memeluk leherku dari belakang. Aku tahu dia mahukan aku mengendongnya. Nampak sangat dia rindukan diriku ini. Tetapi kemesraan yang ditunjukkan oleh Farhan dan Azim seperti tidak disenangi oleh emak Khairul. Dia hanya menjeling sahaja kepada cucu-cucunya itu.
Emmm saya mahu bawa pulang Farhan dan Azim. Jawabku perlahan.
Apa Aku tak benarkan. Terpegun aku mendengar jawapan dari mulut emak. Kenapa pula
Emak
Aku kata tak boleh, tak boleh. Selagi kau belum berhenti kerja, aku takkan benarkan kau ambil balikcucu-cucu aku nie. Aku mahu kau berhenti dan jaga Farhan dan Azim sepenuh masa. Bukannya tinggalkan budak-budak ini kepada pengasuh. Lagipun Khairul berkahwin dengan kau dulupun sebab mahukan kau menjaga anak-anaknya.
Aku terdiam tanpa kata. Farhan dan Azim juga seperti terkejut apabila melihat opah mereka meninggikan suaranya kepadaku. Azim memeluk erat tubuhku. Aku tahu dia takut melihat perubahan pada suara opah mereka.
Auntie Mama, naper opah marah-marah Farhan menyoalku. Aku berpaling kepadanya. Wajahnya kelihatan ketakutan.
Tak adalah. Balasku lalu mengucup pipinya.
Emak. Bukankah Khairul sudah berjanji bahawa bila tiba masanya nanti, saya akan berhenti kerja. Akucuba untuk memujuk emak agar membenarkan.

Aku tak kata aku setuju. Pintas emak. Aku mengeluh perlahan. Nampaknya emak cuba untuk menyerangku semasa ketiadaan ayah dan Khairul.
Lagipun aku tengok kau sekarang sudah berubah. Badan kau pun makin berisi. Kau mengandungkah Pertanyaan yang keluar dari mulut emak bagaikan merentap nyawaku. Bagaimana emak dapat mengesan aku sedang hamil Mukaku pucat kerana ketakutan rahsiaku akan bocor. Apa harus aku katakan
Tidak. Balasku sepatah. Emak merenung ke wajahku lalu tersenyum sinis.
Aku hidup lagi lama dari kau. Aku dah masak dengan keadaan orang yang mengandung. Kau jangan nak berdalih dengan aku. Terlalu kasar bahasa yang emak gunakan kepadaku. Air mata sudah bergenang di kelopak mataku. Aku kuatkan hati agar tidak menitiskan air mata di hadapan emak.
Mungkin juga. Saya belum pergi buat pemeriksaan. Tapi, mak benarkan saya bawa pulang anak anak. Rayuku lagi. Kali ini emak berdiri sambil bercekak pinggang di hadapanku. Aku terkejut dengan tindakannya.
Kau tak fahamkah Aku kata tak boleh, maknanya tak bolehlah. Selagi kau tak turutkan kata-kata aku,jangan harap kau dapat cucu-cucu aku ini. Sudah Farhan, Azim mari ikut opah. Emak menengking aku di hadapan Farhan dan Azim. Kemudiannya dia terus menarik tangan Farhan dan Azim agar menurutnya. Tetapi mereka berdua berkeras dan terus mengeratkan pelukan padaku. Air mata sudah berderai di pipiku.

Emak, jangan buat saya begini. Jangan pisahkan anak-anak dari saya. Ucapku bercampur sendu.
Aku tak pisahkan mereka dari kau. Kau yang pisahkan mereka dari aku. Sejak kau ada di rumah itu, aku nie dah macam tak ada cucu-cucu. Selama mereka duduk di sini, nama kau tak pernah lekang dari mulut mereka. Apa yang dah buat pada cucu-cucu aku hah Kau dah guna-gunakan mereka anak-beranak ya Begitu sekali tuduhan emak Khairul terhadapku. Sampai sanggup menuduh aku telah mengguna-gunakan mereka sekeluarga.
Sampai hati emak tuduh Farah begitu. Farah tak pernah lakukan perbuatan syirik itu mak. Kasih sayang Farah pada anak-anak bukannya dibuat-buat dan Farah juga tahu kasih sayang anak-anak pada Farah juga bukannya dipaksa-paksa. Semuanya lahir secara semulajadi.

Aku tak percaya. Kalau tidak takkan Khairul yang selama ini tidak pernah membantah kata-kataku,tiba-tiba sahaja menolak cadangan aku dengan mentah-mentah. Aku tahu kau memang berniat buruk pada kami sekeluarga.
Astaghfirullah saya tak pernah lakukannya apa yang emak katakan itu, percayalah! Lantas aku memegang tangan emak. Namun, ditepisnya tanganku. Hampir membuatkan aku hilang imbangan badan. Nasib baiklah aku sempat berpaut pada sofa.
Aku mahu cucu-cucu aku. Kau boleh balik sendiri. Aku tak jemput pun kau datang ambil mereka di sini. Emak merampas Azim dari dukunganku. Menjerit-jerit anak kecil itu apabila diambil tanpa kerelaannya. Tangan Azim menggapai-gapai ke arahku. Apabila aku cuba menyambutnya, emak cepat-cepat membawa lari Azim lalu menguncinya ke dalam bilik. Aku hanya melihat gelagat emak tanpa kata. Hanya air mata sahaja yang berjujuran di pipiku.
Farhan, mari sini! Tinggi suara emak memerintahkan Farhan. Namun, Farhan memelukku erat. Aku juga memeluk Farhan dengan erat sekali.
Kalau emak tak benarkan saya bawa balik kedua-duanya sekali, benarkanlah saya bawa Farhan sahaja. Rayuku lagi. Emak memandangku dengan bengis.
Jangan harap kau hendak merampas cucu-cucu aku ini selagi aku masih hidup. Serentak dengan itu emak cuba merentap tangan Farhan dari dukunganku.
Emak, tolonglah saya merayu pada emak
Emak tidak menjawab sebaliknya terus berkeras menarik Farhan dari dukunganku. Pelukan Farhan makin lama makin longgar. Aku cemas.
Emak Panggilku meminta simpati. Farhan sudah meraung kesakitan kerana tangannya direntap kasar.
Tak semena-mena emak menampar pipiku. Dan aku terlepas rangkulan Farhan akibat tamparan emak yang kuat itu membuatkan aku tersungkur di lantai. Aku terkedu dengan tindakan kasar emak kepadaku. Ternyata emak amat membenciku.
Aku berpaling ke arah emak. Dia sedang memegang erat tangan Farhan yang ketika itu sedang cuba melepaskan diri dari genggaman opahnya. Sekuat manalah kekuatan kanak-kanak sekecil Farhan jika dibandingkan dengan opahnya.
Emak, jangan begini. Saya tahu saya bukan menantu pilihan emak. Tapi, saya betul-betul sayangkan anak-anak Khairul. Mereka bagaikan nyawa saya. Jangan kerana saya mengandung, emak mahu pisahkan mereka dari saya. Jika beginilah, saya turutkan kemahuan emak. Saya akan berhenti, tapi benarkanlah saya bawa pulang anak-anak. Aku tidak berputus asa merayu agar emak membenarkan aku membawa balik Farhan dan Azim. Entah mengapa emak bersikap sebegini kasar dan menuduh akutelah mengguna-gunakan Khairul anak-beranak semata-mata mahu merebut kasih sayang darinya.
Huh! Kau buktikan dahulu. Dan kau jangan pula bersenang hati aku akan beri semula cucu-cucu akuuntuk kau jaga selepas kau berhenti kerja. Jangan harap! Lagipun kau sedang mengandungkan anak sendiri dan bakal mempunyai anak sendiri. Sudah tentu kau tidak akan pedulikan mereka berdua. Aku takkan biarkan cucu-cucuku terbiar. Aku akan jaga mereka dan kau pula jaga anak kau sendiri.
Emakkkk..!!!! Jeritku lantang. Mengapa begini teruk sekali tanggapannya terhadapku. Aku bangun dan merapati emak. Farhan masih lagi menjerit-jerit pinta dilepaskan tangannya. Sungguh sedih aku melihat Farhan diperlakukan sebegitu. Dalam waktu yang sama, kedengaran suara Azim meraung-raung memanggil aku dari dalam bilik yang berkunci. Mana aku sanggup mendengar raungan yang meruntunkan jiwaku.
Sudah, keluar kau dari sini! Aku tak mahu tengok muka kau. Emak menghalau aku. Namun, aku tetap berdiri dan cuba melepaskan cengkaman tangannya dari tangan Farhan.

Emak, jangan buat Farhan dan Azim begini. Mereka masih kecil. Lepaskanlah tangan Farhan, sakit tangan dia mak.
Kau jangan nak bermanis mulut di sini, pergi aku dari sini! Sekali lagi dia menghalau aku. Kali ini dia menolak aku agar keluar dari rumahnya. Dia mencengkam lenganku lalu mendorong aku ke pintu. Aku hanya menurut. Namun, aku amat sedih apabila dia mengheret Farhan tanpa belas kasihan. Farhan kembali menjerit kesakitan. Aku rasa seperti mahu pecah dadaku melihat Farhan meraung kesakitan.
Pergi kau dari sini. Jangan kau jejakkan kaki ke sini lagi. Serentak dengan itu pintu ditutup dengan kasar. Namun, aku cepat-cepat menghalangnya. Emak tidak berpuas hati lalu melepaskan cengkamannya dari Farhan dan cuba menutup pintu dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Ketika itulah Farhan terus keluar meluru kepadaku lantas memelukku erat. Emak terkejut apabila melihat Farhan sudah berada di dalam pelukanku.
Farhan, mari sini!! Jerkahnya. Farhan menggelengkan kepalanya. Aku menapak ke belakang.

Kau mahu bawa ke mana cucu aku tu Soal emak lalu menerpa kepadaku dan merentap tangan Farhan. Aku yang sememangnya sudah lemah, tidak mampu menghalang emak dari merampas Farhan dariku. Farhan meraung kesakitan. Aku tahu, tangannya direntap kasar oleh emak.
Emak jangan buat Farhan begitu. Nanti tangannya patah. Jangan sakiti mereka. Kalau emak nak pukul, pukullah saya tapi jangan anak-anak saya. Mereka kecil lagi. Mendayu-dayu rayuanku kepada emak. Namun, sedikitpun tidak diperdulikan rayuanku itu.
Anak-anak kau Jangan mimpilah. Ucap emak dan kemudiannya terus berpaling sambil mendukung Farhan lalu terus hilang di sebalik pintu.
Emak buka pintu emak. Jangan begini. Saya minta ampun kerana telah menyakiti hati emak. Tapi, jangan pisahkan saya dengan anak-anak. Saya tak boleh hidup tanpa mereka. Benarkanlah saya bawa mereka pulang. Aku mengetuk-ngetuk pintu. Aku sudah tidak memperdulikan jiran-jiran di sebelah. Emak tidak membalas kata-kataku. Cuma kedengaran raungan tangisan Farhan dan Azim. Sedihnya hati aku mendnegar tangisan mereka. Tapi aku tak tahu apa yang boleh aku lakukan. Mengapa begini
Emaakkkk..
Bab 43 Khairul

Aku bergegas pulang apabila mendapat panggilan dari emak yang mengatakan bahawa Farhan dikejarkan ke hospital. Belum pun sempat aku bertanya mengapa, emak telah memutuskan talian. Nasib baiklah, waktu itu aku memang sudah berkira-kira mahu pulang setelah menyiapkan kerja-kerjaku.
Kenapa dengan Farhan Dia cederakah Mungkin juga demam atau kemalangan. Nauzubillah minta dijauhkan perkara-perkara buruk dari terjadi terhadap anakku itu! Sebaik sahaja aku sampai di perkarangan hospital, aku terus memakir kereta dan berlari-lari anak menuju ke wad.
Dari jauh aku melihat emak dan ayah kelihatan begitu sugul sekali. Hatiku berasa tidak enak. Parahkah penyakit Farhan. Aku mendekati mereka dengan perasaan yang tidak menentu.
Emak, ayah bagaimana dengan keadaan Farhan Soalku sebaik sahaja sampai.
Khairul Emak teresak-esak. Hatiku bertambah cuak.
Ayah, macam mana dengan anak saya Aku menyoal ayah pula apabila melihat emak begitu sedih hingga tidak mampu untuk berkata-kata kepadaku.
Entahlah Khairul. Ayah pun tak tahu macam mana benda nie boleh berlaku. Sebaik sahaja ayah sampai di rumah, ayah dengar Farhan meraung seperti kesakitan. Emak kamu pula sedang mengurut-urut tangannya. Kata emak kamu, Farah cuba melarikan Farhan dan Azim tetapi emak kamu tak benarkan. Tetapi, Farah berkeras dan menyentap tangan Farhan. Agaknya tergeliat tangan anak kamu itu. Beritahu lalu mengeluh perlahan.
Ayah tak tahan tengok dia meraung begitu. Ayahpun bawalah ke hospital. Dah hampir sejam dia masuk sampai sekarang tak keluar-keluar. Sambung ayah kembali.
Aku menahan rasa di dalam hati. Tak mungkin Farah sanggup mengasari Farhan kerana dia terlalu menyayangi anak-anakku. Tapi, takkanlah pula emak mahu mengada-adakan cerita.
Betulkah apa yang emak katakan ini Aku menyoal emak yang sedang duduk di atas kerusi. Serta merta emak mendongak kepadaku yang sedang berdiri.
Kau tak percaya pada emak Emak menyoalku semula.
Bukan begitu, tapi tak mungkin Farah sanggup mengasari Farhan. Dia terlalu sayangkan Farhan, begitu juga dengan Azim.
Apabila mendengar bicaraku, tiba-tiba sahaja emak menyinga.
Heh, depan kau tentulah dia tunjuk sayang. Belakang kau, ada kau tahu apa yang dia dah buat pada anak-anak kau tu. Depan aku pun dia berani buat anak-anak kau. Dah jadi begini pun, kau sanggup ketepikan emak semata-mata mahu menangkan bini kau tu. Aku dah agak akan jadi begini. Emak merengus kasar.
Terkedu aku mendengarnya. Aku keliru. Yang mana harus aku percayai. Naluriku atau kata-kata ibuku sendiri.
Azim mana ayah Aku mengalihkan tumpuanku kepada ayah pula.
Ayah tumpangkan dia pada Kak Ros sebelah rumah kita. Hambar sahaja ayah menjawab soalanku. Aku menganggukkan kepalaku. Azim mana ayah Aku mengalihkan tumpuanku kepada ayah pula.
Ayah tumpangkan dia pada Kak Ros sebelah rumah kita. Hambar sahaja ayah menjawab soalanku. Aku menganggukkan kepalaku.
Tiba-tiba sahaja pintu wad ditolak perlahan. Kelihatan seorang doktor muda keluar lalu melemparkan senyuman kepada kami bertiga. Aku terus mendapatkan doktor muda itu.
Doktor, bagaimana dengan keadaan anak saya
Encik ayahnya Soal dia pula. Aku segera menganggukkan kepala.
Oh, encik tak perlu risau. Tangannya cuma tergeliat sedikit. Kemungkinan akibat ditarik atau direntapdengan kuat. Jadi buat masa sekarang, tangannya terpaksa dibendunglah buat sementara waktu. Jawapan dari mulut doktor itu melegakan hatiku. Setelah bersalam dengan doktor kacak itu, aku menyandarkan badanku ke dinding.
Emak mahu kau biarkan emak sahaja yang menjaga anak-anak kau itu. Emak dah tak percayakan dia lagi. Kalau ikutkan rasa marah aku nie, mahu saja aku suruh kau ceraikan dia.
Emak. Takkanlah sampai mahu saya buat begitu! Aku cepat-cepat memintas kata-kata emak.
Habis tu, apa yang kau nak buat Takkan kau nak tutup mata sahaja dengan perangai bini kau yang mendera cucu-cucu aku nie Kalau sayang sekalipun, takkan kau sanggup biarkan anak-anak kau jadi korban. Kata-kata emak menusuk ke hatiku. Namun, aku tidak segera membalas kata-kata emak. Aku hanya mendiamkan diri. Ayah pula sudah menghilangkan diri entah ke mana. Agaknya melihat Farhan.
Memang aku sayangkan dia, tapi dia sudah tidak sayangkan aku. Sudah bermacam-macam aku lakukan untuk mengembalikan kemesraan dulu namun segala-galanya sia-sia saja. Dia sudah tidak memperdulikan akan diriku lagi. Walaupun begitu, tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu tetap dilakukan. Mana mungkin aku mendapat seorang wanita yang setabah dan sebaik Farah.
Tapi, ada kemungkinan juga dia melepaskan rasa marah dan tidak puas hatinya terhadapku kepada Farhan dan Azim. Tapi, tak mungkin!! Farah bukannya begitu. Dia terlalu menyayangi Farhan dan Azim.
Apa yang kau menungkan Kau masih tak percaya akan kata-kata emak Tiba-tiba sahaja suara emak menerjah ke corong telingaku.
Bukan begitu, cuma.
Emak tahu kau tak percaya dengan apa yang emak katakan itu. Tapi, kau fikirlah sendiri Khairul. Emaksayangkan cucu-cucu emak. Emak juga tidak sanggup biarkan mereka diperlakukan sebegitu. Takkanlah emak mahu mengada-adakan cerita apabila melihat hal-hal seperti ini. Lagipun emak lihat kau dengan Farah tidaklah seperti suami dan isteri yang lain. Selama emak dan ayah berada di rumah kamu, emak tahu kamu berdua sedang bermasalah. Kamu berdua seperti menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan emak dan ayah. Tapi, emak takkan memaksa kamu memberitahunya. Itu masalah rumahtangga kamu. Emak tak mahu masuk campur. Pandai-pandailah kau urus dan selesaikannya. Dalam hidup berumahtangga memang perlu ada sikap saling percaya antara satu sama lain tetapi perlu juga ada sikap berwaspada. Perangai manusia sukar untuk dijangka. Emak bukannya mahu menghasut, tapi kau dan tengok apa yang sudah terjadi pada anak kau. Takkanlah kau mahu diamkan saja apa yang Farah sudah lakukan. Kau perlu bertindak Khairul. Kau perlu bertegas. Farhan dan Azim sajalah anak-anak kau. Tiada yang lain lagi. Hari ini nasib baiklah tangannya cuma tergeliat, esok lusa Bicara emak terhenti di situ. Emak menepuk-nepuk bahuku lalu berlalu dari sisiku. Terkedu aku mengamati kata-kata emak sebentar tadi. Tak mungkin emak mahu mengada-adakan cerita semata-mata mahu meruntuhkan rumahtangga anaknya sendiri.
Tiba-tiba sahaja perasaan marah terhadap Farah meluap-luap. Tidak aku sangka dia sanggup memperlakukan Farhan sebegitu sekali. Kalau dahulu, dia mencurahkan kasih sayangnya kepada anak kecil itu, tapi sekarang lantaran dendamnya kepadaku, dia sanggup engasari anak kecil itu. Sungguh aku tidak menyangka, wanita yang berwajah lembut dan penuh keibuan boleh bertukar watak dan rupa sebegini.
Farah, abang tak sangka kau sanggup buat begitu kepada

Farhan!!!
Bab 44 – Farah
Masih ternging-ngiang lagi akan tutur bicara Khairul telah yang menghancurkan hati wanitaku ini. Namun apalah dayaku untuk mempertahankan kebenaran sedangkan fikirannya sudah diracuni dengan kata-kata emaknya. Aku masih ingat lagi peristiwa lewat petang tadi…
“Farah! Abang tidak menyangka Farah sanggup buat begitu pada Farhan. Sampai hati Farah mencederakan Farhan. Bukankah dahulu, Farah amat menyayanginya.” Ucapnya sebaik sahaja muncul di dalam rumah.
“Farhan cedera Terukkah bang Macam mana dengan keadaannya sekarang” Aku mula gelabah apabila mengetahui Farhan cedera.
“Tak usah berpura-pura bertanya pada abang sedangkan Farah sudah ada jawapannya.” Sinis sekali sindiran yang diberikan kepadaku.
“Apa maksud abang Farah tak faham” Aku semakin keliru.
“Tak faham Baiklah, sekarang abang akan buat Farah faham.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: