Kasih Di Hujung Rindu 13

Bab 45 – Khairul
Waraskah aku dengan tindakanku menghalau isteriku keluar dari rumah Kejamkah aku membiarkan dirinya membawa diri seorang diri malam begini Ke mana hendak dia tuju Di mana dia hendak berlindung Aku sayangkan dia. Sungguh… aku terlalu menyayanginya. Namun aku tidak dapat menerima jika dia telah menyakiti anakku lalu menuduh emak yang bertanggungjawab di atas kecederaan Farhan.
Hanya Farhan dan Azim sahajalah ‘harta’ yang ditinggalkan oleh Linda padaku. Mereka aku tatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan mereka aku penuhi. Dan kerana mereka jugalah, hingga kini akutetap gagah berdiri dan terus bersemangat meneruskan hidup setelah kehilangan ibu mereka yang juga isteriku, Linda.
Namun, dengan kehadiran Farah dalam keluargaku… diharapkan dapat menyingkirkan kegelapan dan kesuraman yang selama ini membelenggu hidup kami tiga beranak. Farah berjaya menceriakan kembali hidup kami. Tapi, aku sendiri yang tak sudah-sudah menyakiti dan menyeksa perasaannya. Aku sebenarnya yang bersalah. Aku jugalah yang menjadi punca kepada apa yang telah Farah lakukan kepada Farhan. Akuuu…
“Papa, mana Auntie Mama” Suara Farhan menyentap aku dari lamunan yang panjang. Aku menumpukan perhatianku kepada Farhan. Aku mengusap-usap rambutnya. Dia memandangku seolah-olah menantikan jawapan.
“Auntie Mama tak ada.” Jawabku perlahan.
“Auntie Mama pegi mana” Dia masih tidak berpuas hati.
“Papa tak tahu.” Balasku lagi.
“Sian Auntie Mama… ” Keluh Farhan. Keluhan Farhan menarik perhatianku.
“Kenapa pula kesian pada Auntie Mama” Aku pula menyoalnya. Aku membetulkan gebarnya yang hampir melurut ke bawah. Tika ini aku sudah membawa pulang Farhan ke rumah emak memandangkan kecederaan yang dihadapinya tidak terlalu serius.
“Tadi opah marah Auntie Mama. Auntie Mama nangis. Auntie Mama nak bawa A’an balik. Opah tak beri. Auntie Mama dukung A’an. Lepas tu, opah tolak Auntie Mama. Auntie Mama jatuh. Sian Auntie Mama.” Terkedu aku mendengar kata-kata Farhan. Betulkah apa yang aku dengar ini Farhan sudah mula terisak-isak. Seolah-olah turut merasai kesedihan dan kesakitan yang Farah hadapi.
“Betul ke Jadi, siapa yang buat tangan A’an sakit” Dadaku berdebar-debar menantikan jawapan dari Farhan. Aku mengesat air mata yang mengalir dari pipi gebu anakku.
“Opah!” Hah Emak yang lakukan Tapi, kata emak tadi Farah yang lakukan. Sudah bercanggah cerita yang aku terima. Tapi, mungkin boleh juga Farhan berbohong. Tapi, bolehkan budak sekecil Farhan mereka-reka cerita Mungkin juga kerana dalam usia sebegini, mereka lebih banyak berimiginasi. Tambahan pula dia teramat sayangkan Farah.
“Oklah sayang. A’an tidur ya! Papa pun dah penat.”Pujukku sambil menepuk-nepuk perlahan tangan Farhan.”A’an nak Auntie Mama!” Bentaknya lalu kembali terisak-isak.
“Papa tak tahu mana Auntie Mama pergi”

“Papa carilah… ” Pinta Farhan. Aku mengeluh perlahan lalu menganggukkan kepala sekadar untuk memuaskan hatinya. Setelah yakin dengan diriku akan mencari Auntie Mamanya, barulah dia memejamkan mata. Aku menghela nafas lega.
“Tadi, opah kurung adik dalam bilik.” Tiba-tiba sahaja Farhan kembali bersuara. Dahiku berkerut mendengar kata-kata Azim.
“Opah kurung adik” Aku menyoalnya kembali. Dia mengangguk pantas.
“Kenapa”
“Sebab adik nak ikut Auntie Mama balik.” Selepas berkata begitu dia kembli memejamkan matanya semula.
Kepalaku makin berserabut dengan cerita Farhan. Farhan menyatakan bahawa emak yang membuatkan tangannya terseliuh dan emak juga telah mengurung Azim di dalam bilik. Mengapa emak lakukan semua itu. Dan betulkah emak yang lakukannya Sanggupkah emak bersikap sebegitu semata-mata kerana bencikan Farah Emak takkan begitu sikapnya. Tapi, kata-kata Farhan juga tidak boleh dipandang remeh. Mungkin dia bercakap benar dan emak pula mereka cerita. Tak mungkin emak begitu. Tetapi, jika didorong dengan rasa bencinya terhadap Farah, tidak mungkin dia akan lakukan begini. Tapi, mengapa emak sanggup buat begitu

Bab 46 – Khairul
Kepalaku berserabut asyik teringatkan permintaan dari Farhan yang mahu dicarikan Auntie Mamanya. Azim juga asyik memanggil namanya dan sejak kebelakangan ini, kesihatan mereka juga tidak begitu baik. Mungkin kerana teramat rindukan Farah. Hampir sebulan Farah keluar dari rumah setelah aku menghalaunya. Dan sampai sekarang juga aku tidak tahu di mana dia berada dan apa yang berlaku padanya.
Pernah juga aku terserempak dengan Hanim, rakan sepejabatnya. Sekadar berbalas senyuman apabila bertemu di dalam lif. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Lidahku kelu untuk bertanyakan tentang Farah. Takut jika aku tersalah bicara, mungkin akan menimbulkan kehairanan dan tanda tanya pada dirinya.
Apa yang kau menungkan tu Sergah ayah dari belakang menyentakkan lamunanku. Aku membetulkan kedudukanku di kerusi.
Tak ada apa-apa ayah. Jawabku perlahan.
Teringatkan Farahkah Duga ayah. Aku hanya tersenyum. Ayah juga turut tersenyum.
Ayah tak nampak apa pincangnya Farah tu pada kau. Malah secara jujur ayah katakan, ayah tidak percaya yang dia sanggup mencederakan anak-anak kau. Dan bukan juga ayah mahu menuduh emak kau yang bertanggungjawab. Mungkin ada salah faham yang berlaku antara emak kau dan Farah. Hanya mereka berdua yang tahu hal sebenarnya. Ayah sendiri pun tak tahu apa yang terjadi pada hari itu. Yang ayah tahu, apabila ayah sampai sahaja di rumah, emak kau menggesa ayah membawa Farhan ke hospital. Ayah menarik nafas sebentar. Aku menumpukan perhatianku kepada ayah. Sedikit sebanyak kata-kata ayah menusuk ke dalam fikiranku.
Farhan dan Azim juga ayah tengok teramat rindukan Farah. Setiap masa mereka asyik menyebut-nyebut nama mama mereka. Kau tahu-tahu sajalah emak kau tu. Bukannya suka sangat cucu-cucu dia tu asyik menyebut si Farah. Bertambah marah dan sakit hati dia. Kadang-kadang ayah kasihan melihat emak kau tu. Dia cuba untuk mengambil perhatian Farhan dan Azim. Tapi, nampaknya budak-budak tu terlalu sayangkan Farah hinggakan emak kau merasa dia tersisih dari mendapat kasih sayang dari cucu-cucunya sendiri. Budak-budak bukannya mereka tahu tentang hati dan perasaan orang dewasa. Kesihatan Farhan dan Azim juga ayah tengok semakin teruk kebelakangan ini. Badan mereka agak panas. Dah berapa lama begitu Berkerut dahinya ayah menyoalku.
Dah hampir seminggu ayah. Aku menjawab tanpa memandang wajah ayah. Kedengaran ayah mengeluh.
Hmmm kau sendiri tengok. Nampak sangat mereka rindukan Farah. Sudahlah Khairul. Pergilah cari Farah semula dan bawa dia pulang. Kalau betul-betul dia bersalah, maafkan sajalah kesalahannya. Mungkin dia ada sebab-sebab tersendiri hingga memaksanya buat begitu. Tapi, satu sikap kau yang ayah kesalkan sangat. Kau menghukumnya sebelum sempat dia membukti bahawa dirinya tidak bersalah. Kau menghakiminya dengan perasaan marah kau bukannya dengan fikiran rasional kau. Andainya Farah tidak bersalah dalam hal ini, kau akan menyesal buat selama-lamanya. Hatinya sudah terluka. Terkedu aku mendengar bicara ayah. Air liur yang kutelan dirasakan begitu pahit.
Adakah saya sudah silap membuat keputusan ayah Pertanyaanku disambut dengan senyuman sinis dari ayah.
Jangan tanya ayah, tanya diri kau sendiri. Tanya diri kau samada apa yang kau lakukan itu betul atau salah Adil atau tidak Aku mencengkam rambutku. Seribu kesalan menyesakkan kepalaku.
Saya tak tahu dia di mana sekarang Akhirnya aku mengalah. Aku sendiri mengaku yang aku juga turutmerindui Farah. Rumahku terasa begitu sunyi tanpa kehadiran Farah. Akibat tidak tertahan dengan kesunyian yang melanda, setiap minggu aku membawa pulang Farhan dan Azim ke kampung. Dan sekarang ini, aku berada di kampung.
Kaukan tahu tempat kerjanya. Cuba cari di sana. Mungkin kawan-kawannya juga dapat membantu. Ikhtiarlah Khairul. Janganlah kau mensia-siakan perempuan sebaik Farah itu. Sekali lagi aku terkedu mendengar kata-kata ayah.
Mengapa ayah berkata begitu Adakah aku telah silap membuat keputusan Perempuan sebaik Farah telah aku lepaskan hanya kerana salah faham yang berlaku. Tapi, benarkah apa yang Farhan ceritakan padaku dulu. Benarkah emak yang bertanggungjawab ke atas kecederaan yang Farhan alami Ingin aku bertanya sendiri pada emak, tetapi aku batalkan sahaja niatku itu. Aku tidak mahu emak menuduh aku tidak mempercayainya. Hati emak perlu aku jaga, tetapi hati Farah Aku telah melukakan hatinya malah telah menghinanya.
Di mana harus aku mencarinya Tidakkah dia merindui Farhan dan Azim sebagaimana anak-anak itu merinduinya Andainya aku dapat mencarinya, mahukah dia kembali hidup bersama aku dan anak-anak Dapatkah dia memaafkan diriku
Sudahlah Khairul. Dengar kata ayah. Pergilah cari dia. Bawa dia pulang. Insyaallah, demi Farhan dan Azim, dia akan kembali semula pada kau. Cuma yang perlu aku lakukan hanya mencari dan memujuknya untuk kembali. Ayah menepuk-nepuk bahuku lalu beredar dan meninggalkan aku termangu-mangu seorang diri di ruang tamu.
Papaa Kedengaran suara rengekan dari Azim. Dia sedang terisak-isak sambil berlari-lari anakmendapatkan aku.
Kenapa nie sayang Soalku lalu mengangkatnya lalu aku letakkan dia di atas ribaku.
Opah jahat! Dia pukul adik Azim terus terisak-isak di pangkuanku. Aku memujuknya lantas aku mendukungnya. Aku mencari-cari kelibat emak. Seketika kemudian aku terdengar riuh-rendah di dapur. Aku mengaturkan langkahku menuju ke dapur.
Kenapa dengan kau nie ha Degil sangat Makan sajalah apa yang opah masak! Kedengaran suara emak meninggi dari ruang dapur. Aku mempercepatkan langkahku. Aku sampai di ambang pintu. Kelihatan emak sedang melayan Farhan makan.
Opah masak tak cedap. Aan nak Auntie Mama juga masak. Bentak Farhan lalu menolak pinggan berisibubur nasi.
Eh, eh budak nie! Ini mesti perempuan tu lah yang ajar jadi biadap macam nie. Muka emak menyingaapabila nama Farah disebut-sebut oleh Farhan.
Opah jahat! Opah pukul Auntie Mama. Sebab tu la Auntie Mama lari. Tak balik-balik. Farhan masih lagi membentak. Tetapi emak nampaknya sudah hilang sabar, lalu mengangkat tangan dan cuba untuk menampar pipi Farhan.
Emak!!! Tahanku lalu cepat-cepat menghampiri mereka. Emak kelihatan serba salah dan sedikit cemas.
Tengoklah anak kau nie. Nak suruh makan pun susah. Tak kuasa aku nak layan lagi. Kau sendiri sajalah yang beri anak kau makan. Kata emak lalu terus berpaling dan beredar dari situ.
Aku terkejut melihat tindakan emak tadi yang hampir mahu menampar Farhan. Hanya kerana Farhan asyik menyebut tentang Farah, emak seperti hilang pertimbangan dan tak dapat menahan sabar. Emak juga seperti teramat bencikan Farah. Nampaknya aku sudah dapat tahu jawapannya. Tidak syak lagi. Jadi, betullah tanggapan ayah selama ini dan apa yang Farhan beritahu kepadaku, semuanya benar belaka.
Farah abang bersalah terhadap kau. Abang telah menghukum kau tanpa memberi peluang kepada kau untuk membuktikan kebenaran. Maafkanlah abang Farah. Terlalu besar dosa abang terhadap kau. Di manakah kau berada sekarang sayang
Bab 47 – Farah
Potret Farhan dan Azim kurenung lama. Semenjak keluar dari rumah Khairul hampir tiga bulan yang lalu, aku tidak pernah berjumpa dengan mereka. Rinduku pada mereka tidak terkira. Bagaimanakah keadaan mereka tika ini Jika rinduku tidak tertahan lagi, aku memberanikan diri untuk menelefon ke rumah Khairul. Aku mengharapkan salah seorang dari mereka yang akan menyambut panggilan telefonku. Namun, setiap kali yang menjawab panggilanku adalah suara garau milik Khairul. Apabila terdengar sahaja akan suaranya, cepat-cepat aku memutuskan talian.
Aduh!!! Bayi di dalam perutku menendang. Aku mengusap-usap perutku yang semakin memboyot. Kandunganku hampir mencecah enam bulan. Aku juga perlu memakai ‘uniform’ sekarang ini. Baju-bajuku yang biasa dipakai sebelum ini sudah tidak muat memandangkan perutku yang semakin membesar ini.
“Farah, mari kita minum.” Tiba-tiba sahaja Hanim muncul dari belakangku. Dia datang melawatku di hujung minggu. Dia datang berseorangan.
Aku menganggukkan kepalaku sedikit lalu menghampirinya yang sedang sibuk menuangkan air ke dalam cawan. Aku mengambil tempat di hadapannya. Potret Farhan dan Azim kuletakkan di atas meja. Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa, menyegarkan suasana petang. Kami berdua menghirup angin petang di luar halaman rumahku.
“Sepatutnya aku yang melayan tetamu. Ini tetamu pula yang melayan tuan rumah.” Kata-kataku disambut dengan senyuman meleret dri Hanim.
“Tak mengapalah Farah. Bukannya susah sangat nak buat air nie. Lagipun sekali-sekala aku datang nie, biarlah aku layan kau. Tambahan pula akukan bakal mak angkat pada baby dalam perut kau tu!” Ujarnya berseloroh. Aku hanya tersenyum. Walaupun sudah hampir lima tahun berkahwin, namun Hanim masih belum dikurniakan cahayamata.
“Kau sudah beli barang-barang” Soal Hanim sambil menghulurkan secawan teh kepadaku.
“Barang apa” Aku menyoalnya kembali. Teh yang dihulurnya kuhirup sedikit.
“Untuk kau dan baby kau nanti.” Jawab Hanim.
Oh, itu… belum lagi. Tunggulah sebulan dua lagi.” Balasku acuh tak acuh.
“What Kau janganlah begitu. Kalau tunggu sebulan dua lagi, nanti kau dah tak larat. Kalau kau mahu, aku boleh temankan.”
“Tak mengapalah Hanim. Aku boleh uruskan sendiri.” Balasku lagi lalu mengeluh perlahan.
“Mengapa mengeluh”
“Tak ada apa-apa, cuma penat!” Balasku lalu mengusap perutku perlahan. Bayiku menendang perutku lagi. Terasa bergegar perutku.
“Iyalah. Kalau pun penat, senyum-senyumlah sikit. Ini asyik muncung saja. Nanti muka anak kau pun ikutmuncung juga.”
“Mengarutlah kau nie Hanim.” Balasku lalu ketawa kecil.
“Kau tak rindukan Khairul” Soal Hanim lalu tersenyum simpul.
“Rindu Aku rindukan Khairul Entahlah… tapi yang pastinya aku rindukan anak-anak aku. Aku rindukanFarhan dan Azim. Aku ingin sangat berjumpa dengan mereka. Tapi, aku takut jikalau aku terserempak dengan papa mereka.” Aku meluahkan apa yang terpendam di dalam hatiku kepada Hanim.

“Aku faham perasaan kau. Aku tahu kau terlalu sayangkan mereka malah menganggap mereka bagaikan anak kau sendiri. Aku rasa tak salah jika kau sekadar mengjenguk mereka. Bukannya kau cuba lakukan sesuatu pada mereka. Kalau kau mahu, aku boleh temankan.”
“Tak mengapalah Hanim. Mungkin belum sampai masanya. Tapi, entah bagaimana agaknya keadaan mereka sekarang Siapa agaknya yang menguruskan pakaian dan makan minum mereka sekarang” Perkara memang aku selalu fikirkan sejak aku melangkah keluar dari rumah itu. Pelbagai soalan yang berlegar-legar di mindaku. Terjagakah Farhan dan Azim semenjak ketiadaan aku Siapa yang akan membacakan cerita kepada mereka sebelum tidur Siapa pula yang akan memasakkan bubur nasi kesukaan Farhan dan Azim
“Sudahlah Farah. Tak guna kau bermenung begini. Kalau ku rindukan budak-budak tu, pergilah jenguk mereka. Sekejap pun jadilah.” Hanim menggalakkan aku agar pergi bertemu dengan Farhan dan Azim. Namun, aku curiga jika kedatanganku nanti hanya akan menaikkan kemarahan dan menambahkan kebencian pada Khairul.
“Aku memang hendak pergi berjumpa dengan mereka. Aku terlalu rindukan mereka. Tapi apa pula tanggapan Khairul apabila melihat aku datang ke rumah setelah dihalau. Mesti dia fikir aku cuba untuk merampas anak-anaknya.” Aku menggenggam tangan Hanim erat. Dahi Hanim berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu.
“Aku rasa Khairul mesti meletakkan anak-anaknya pada pengasuh yang sama. Apa kata kalau kau pergi sewaktu dia berada di pejabat. Dengan itu, kau tidak akan bertembung dengan dia. Jadi senanglah kau berjumpa dengan Farhan dan Azim.” Mataku bersinar-sinar. Betul kata Hanim. Mengapa aku tidak terfikir akannya sebelum ini.
“Iya tak ya juga. Mengapa aku tidak terfikir akan cara itu sebelum ini Tapi, kalau aku berjumpa dengan Farhan dan Azim… sudah tentu mereka akan memberitahu kepada papa mereka yang aku ada menemui mereka. Aku tidak mahu Khairul tahu aku ada bertemu dengan anak-anaknya.”
Hanim turut terdiam. Aku memandang tepat ke wajahnya. Hatiku tadi yang berbunga ceria kembali muram. Bagaimana caranya harus aku lakukan agar kedatanganku menjenguk Farhan dan Azim tidak diketahui oleh Khairul. Aku bukannya ibu kandung Farhan dan Azim. Aku tiada hak terhadap mereka. Aku hanya ibu tiri sahaja.
“Tak mengapalah Farah. Kita dah tiada cara lain lagi. Itu sajalah cara yang aku terfikir tika ini.Bersabarlah Farah. Kebenaran berpihak pada kita. Mungkin sudah sampai masanya kau melupakan mereka. Budak-budak bukan hak kau Farah. Kau hanya ibu tiri mereka. Lagipun kau sendiri pun bakal mempunyai anak sendiri. Kau tumpukan sahaja pada anak yang bakal lahir ini.” Pujuk Hanim lalu meraih bahuku dan memelukku erat. Aku bersyukur mempunyai seorang sahabat yang baik seperti Hanim. Hanya dia sajalah yang mengerti penderitaan aku selama ini.
“Kau sudah lupakah yang anak yang aku kandungkan ini adalah adik mereka. Anak Khairul, papa mereka.” Terdiam Hanim setelah mendengar kata-kataku tadi. Dadaku mulai sebak. Air hangat mula bertakung di kelopak mataku. Hanim tidak membalas kata-kata sebaliknya hanya mengangguk tanda faham. Agak lama kami terdiam tanpa bicara. Masing-masing melayani fikiran sendiri.
“Lupa pula aku… dua tiga hari lepas aku ada terserempak dengan Khairul.” Terang Hanim memecah kesunyian tanpa memandang wajahku. Dadaku berdebar-debar apabila nama Khairul disebut oleh Hanim. Aku hanya mendiamkan diri tanpa memberi apa-apa reaksi pada kata-katanya.
“Dia nampak semakin kurus dan wajahnya yang kacak tu juga semakin cengkung.” Aku masih mendiamkan diri. Hanim memandang wajahku.
“Agaknya dia rindukan kau kot!” Seloroh Hanim lalu ketawa kecil. Aku menjelingnya.
“Mengarutlah kau nie. Ermmm… tapi betulkah dia dah semakin cengkung” Aku pula menyoalnya. Hanimberpaling kepadaku.
“Masih ambil berat nampaknya.” Dia menyakatku lagi.
“Aku sekadar bertanya. Lagipun, kau juga yang mulakan cerita pasal dia tadi.” Balasku kegeraman.
“Janganlah marah. Kau nie sejak mengandung, tak boleh bawa bergurau sikit. Asyik nak marah saja… sesitif sangat. Jaga sikit perangai kau semasa mengandung nie. Nanti anak kau mengikut perangai kau waktu mengandungkan dia.” Hanim tidak jemu-jemu menasihati aku tentang pantang larang ketika mengandung. Mengalahkan orang yang sudah berpengalaman mengandung dan melahirkan anak. Adakalanya aku berasa rimas tetapi adakalanya aku terhibur juga.
“Aku rasa dia rindukan kaulah Farah.” Ujar Hanim lagi sambil menghirup teh.
“Tak mungkinlah. Kau sendiri tahu yang dia telah menghalau aku dari rumah itu. Buat apa pula dia nakrindukan aku.” Dalihku.
“Entahlah. Tapi, hati aku kuat mengatakan bahawa dia memang rindukan kau. Kau tahu, semalam aku ada terima satu panggilan dari seorang lelaki yang bertanyakan tentang kau.” Bicara Hanim menarik perhatianku. Aku menumpukan perhatianku kepadanya.
“Siapa” Tanyaku tidak sabar.”Tak ada pula dia beritahu namanya. Cuma dia kata kawan lama.”Terang Hanim.
“Kawan lama Apa yang dia tanya”
“Asalnya dia mahu bercakap dengan kau. So, aku beritahulah yang kau sudah berhenti dan bekerja ditempat lain. Dia minta alamat tempat kerja baru kau. Tapi, aku kata tak tahu.” Bersungguh-sungguh Hanim bercerita kepadaku.
“Apa lagi yang dia tanya”
“Itu saja. Lepas tu dia terus letak telefon.” Jawab Hanim. Dadaku berdebar-debar. Aku tiada kawan lelaki yang rajin menghubungiku. Mungkinkah Khairul yang menghubungi pejabat lamaku itu. Memang aku sudah berhenti kerja di situ. Seminggu selepas aku keluar dari rumah Khairul, aku terus menghantar notisberhenti kerja. Aku lakukan begitu kerana tidak mahu bertembung dengannya lagi. Nasibku agak baik kerana aku diterima bekerja di pejabat di mana suami Hanim bekerja. Dan sekarang aku kembali tinggal di rumah yang aku duduki sebelum bergelar Puan Farah. Aku sendiri tidak menyangka yang aku akan kembali menetap di sini.
“Tapikan Farah, aku rasa suara itu macam pernah aku dengar sebelum ini.” Hanim kembali menyambungkata-katanya.
“Siapa” Soalku dengan debaran di dada.
“Aku rasa suara Khairul.” Balas Hanim perlahan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: