Kasih Di Hujung Rindu 17

Bab 56 – Khairul

Hampir satu jam Farah dimasukkan di dalam bilik kecemasan. Sudah beberapa kali aku berjalan berulang-alik di hadapan pintu bilik itu. Namun, tiada tanda-tanda doktor atau jururawat akan keluar dari
bilik itu. Aku semakin gelisah. Pelbagai kemungkinan yang buruk bermain-main di fikiranku. Ya Allah, kau
selamatkan isteriku. Permudahkanlah kesulitan yang dihadapinya.

“Khairul, cuba bawa bertenang. Insyaallah Farah tak apa-apa.” Emak bersuara. Aku berpaling kepada emak. Perlahan-lahan aku menapak ke arahnya. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

“Saya risau kalau apa-apa terjadi pada dia dan anak kami.” Aku menekup wajahku dengan kedua-dua belah tanganku. Air mata seakan bergenang di kelopak mata, aku tahan daripada mengalir. Aku lelaki. Aku harus kuat!

“Kita berdoa saja pada Allah agar Farah selamat. Kita mesti yakin!” Kata-kata emak melegakan sedikit
perasaanku. Ayah pula tidak datang kerana terpaksa menjaga Farhan dan Azim di rumahku.

“Tapi, kenapa lama sangat mereka di dalam tu Apa yang mereka sedang lakukan” Aku masih tidak puas hati. Aku sudahpun berdiri dan kembali berlegar-legar di hadapan pintu bilik kecemasan. Emak menggeleng-gelengkan kepalanya melihat keadaan aku yang seperti cacing kepanasan.

Tiba-tiba pintu bilik kecemasan terbuka. Kelihatan seorang wanita yang sedang membuka penutup mulutnya berjalan menghampiriku. Aku bergegas mendapatkannya.

“Bagaimana dengan keadaan isteri saya” Soalku tidak sabar.

“Awak suaminya” Doktor wanita yang umurnya mungkin dalam lingkungan akhir 30-an bertanya kepadaku.

“Ya.” Jawabku sambil mengangguk beberapa kali.

Doktor wanita mengeluh perlahan. Dahinya berkerut. Hatiku bertambah risau apabila melihat keadaannya
begitu.

“Isteri anda mengalami tumpah darah. Jadi, dia tidak dapat melahirkan anak secara normal. Pembedahan perlu segera dilakukan. Jadi, saya memerlukan tandatangan anda sebagai suaminya untuk membolehkan kami melakukan pembedahan ke atas isteri anda.” Terang doktor wanita itu satu persatu.

Ya Allah, musibah apakah yang Engkau jatuhkan kepadaku Kami baru mahu mengecap kebahagiaan, dan aku baru saja mahu melimpahkan kasih sayangku buatnya. Tapi, kini Kau mendugaku dengan dugaan yang hebat seperti ini!

“Buatlah apa yang doktor rasa perlu lakukan. Saya bersetuju asalkan doktor dapat menyelamatkan anak danisteri saya.” Balasku dengan bibir bergetar. Dia menganggukkan kepalanya. Tidak lama kemudian, dia kembali masuk ke dalam bilik kecemasan.

“Khairul, kita berdoalah supaya Farah selamat.” Aku berpaling kepada emak yang sedang berdiri di belakangku. Tanpa aku sedari, aku telah memeluk emak untuk mencari kekuatan agar dapat aku hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.

************************************************************************
Tiga jam sudah berlalu aku rasa bagaikan tiga tahun lamanya. Lampu bilik kecemasan masih menyala. Ini menandakan doktor masih bertungkus lumus menyelamatkan Farah di dalam. Aku di luar, menanti dengan resah. Jam sudah menunjukkan angka dua belas tengah malam. Suasana sudah lama sunyi. Hanya sekali sekala kedengaran suara petugas-petugas di hospital sedang berbicara sesama mereka. Emak pula sudah lama menghilang ke surau. Katanya hendak membaca Al-Quran.

Sedang aku hampir terlena di bangku, aku didatangi oleh doktor wanita tadi.

“Tahniah encik! Anda mendapat anak perempuan.” Ucapnya sambil menyalami tanganku.

“Iya Alhamdulillah… ” Lega perasaanku. Tanpa aku sedari emak sudah berdiri di sisiku.

“Emak, saya dapat anak perempuan. Memang dah lama saya mengidam anak perempuan. Akhirnya Allah perkenankan permintaan saya.” Ucapku dengan gembira. Emak juga tersenyum bahagia.

“Tapi… ” Bicara doktor wanita itu terhenti. Jantungku seakan berhenti berdegup. Sesuatu yang buruk telah
berlaku ke atas Farahkah

“Tapi apa doktor Bagaimana dengan isteri saya Dia selamat” Soalku dengan debaran di dada.

“Dia selamat tapi, dia amat lemah. Dia mengalami tumpah darah yang agak serius. Dan sekarang dia masih tidak sedarkan diri. Saya sudah lakukan yang terbaik untuknya. Kita berserah saja kepada Allah.” Ujarnya sebelum berlalu. Terpaku aku mendengar kata-kata doktor itu. Aku memandang wajah emak.

“Emak, Farah takkan tinggalkan sayakan” Soalku kepada emak. Air mata emak sudah membasahi pipinya.

“Insyaallah Khairul. Semangatnya kuat.” Jawab emak. Dalam masa yang sama, seorang jururawat baru sahaja keluar dari bilik kecemasan sambil menyorong troli yang menempatkan Farah di atasnya. Mereka mahu menempatkan Farah di wad. Aku dan emak mengekori mereka.

Bab 57 – Khairul

Farah masih lagi tidak sedarkan diri. Wajahnya begitu pucat. Tangannya yang berada dalam genggamanku begitu sejuk. Nafasnya begitu perlahan hingga seakan tidak kedengaran langsung bunyi nafasnya.

“Papa, kenapa lama sangat Auntie Mama tidur” Farhan yang berada di sebelahku menyoal. Awal-awal pagi lagi ayah datang bersama Farhan dan Azim.

“Auntie Mama sakit. Jadi, dia kena rehat.” Balasku lalu tersenyum hambar.

“Auntie Mama pun sakit macam mama dulu ke Nanti Auntie Mama pun nak tinggalkan kita macam mama dulu ke” Begitu petah sekali mulut comel itu menyoalku. Aku menjadi gugup apabila melihat Farhan cuba mengimbas semula peristiwa yang berlaku kepada Linda dahulu. Jantungku berdegup kencang.

Aku tiada jawapan untuk persoalan yang diutarakan oleh Farhan. Pertanyaannya kubiarkan tidak berjawab. Yang sebenarnya aku tidak tahu apa yang harus aku katakan kepadanya.

“Farhan, jangan bising. Nanti ganggu mama nak berehat.” Ayah bersuara kepada Farhan. Farhan lantas
menutup mulutnya. Aku tertawa kecil melihat gelagatnya.

Aku kembali menatap wajah isteriku yang kepucatan. Tiba-tiba kelopak matanya seakan bergerak-gerak.
Begitu juga dengan tangannya yang berada di dalam genggamanku.

“Farah… bangun sayang. Abang ada di sini. Anak-anak pun ada sekali.” Bisikku di telinganya. Aku berpaling kepada ayah dan emak yang duduk berhampiran dengan anak perempuanku di sebelah katil Farah.

Abang… ” Kedengaran suara Farah memanggilku begitu perlahan sekali.

“Ya, sayang… abang ada di sini.” Jawabku dengan hati berbunga ceria. Kelopak matanya terbuka
perlahan-lahan.

“Syukurlah kamu dah sedar Farah.” Ucap emak lalu mengucup dahi Farah. Farah cuba senyum, namun
senyumannya begitu tidak bermaya sekali. Mukanya berkerut menahan kesakitan.

“Mana anak kita bang Saya nak tengok anak kita.” Suaranya begitu lemah sekali.

“Sekejap ya, nanti abang bawa anak kita.” Balasku lalu bangun menghampiri katil kecil di sebelah kiri katil
Farah. Anakku yang masih kemerah-merahan kuangkat dengan berhati-hati. Perlahan-lahan aku meletakkan bayi kami di atas dadanya.

“Kita dapat anak perempuan sayang.” Beritahuku. Farah mengalirkan air mata sambil mengucup dahi bayi kami yang sedang nyenyak tidur.

“Abang dah letak nama pada anak kita” Soalnya sambil membelai-belai tangan kecil itu. Sekali sekala dia mengucup tangan kecil itu.

“Belum. Biar sayang saja yang namakannya.” Dia tersenyum kepadaku.

“Kalau saya letak nama Fatihah, sedap tak bang”

“Fatihah Hmmm… bagus juga nama tu.”

“Kelak bila saya dah tak ada, bolehlah dia sedekahkan Al-Fatihah kepada saya selalu.” Aku tersentak.
Cepat-cepat aku meletakkan jariku di bibirnya. Aku menggelengkan kepala tanda tidak suka dia berkata
begitu. Dia mengalihkan tanganku dari bibirnya dan tersenyum hambar.

“Farah rasa, Farah takkan lama di sini. Apabila Farah sudah tiada nanti… abang… abang jagalah anak kita; Fatihah, Farhan dan Azim dengan baik ya!” Begitu payah sekali dia cuba menuturkan kata-katanya itu. Hatiku sayu mendengar kata-katanya itu.

“Jangan kata begitu sayang. Farah akan hidup lama. Kan kita dah berjanji akan membesarkan anak-anak
bersama-sama.” Dadaku bergetar. Akan berulang kembalikah peristiwa lama Aku tidak sanggup
menghadapinya buat kali kedua. Emak sudah mula menangis. Ayah pula sugul sekali wajahnya.

“Maafkan Farah bang. Farah rasa… .. Farah tak dapat menunaikan janji itu. Farhan, Azim mari pada mama.” Farhan dan Azim memanjat katil Farah.

“Sayang mama sikit.” Mintanya. Farhan dan Azim bergilir-gilir mengucup pipi Farah. Aku sudah tidak mampu untuk menahan air mata. Kukalihkan wajahku ke sisi. Tidak mahu mereka melihat air mata lelaki yang mengalir di pipiku.

“Farhan dan Azim bantu papa jaga adik baik-baik ya. Jangan nakal-nakal.” Pesan Farah buat anak-anakku. Sekali sekali dia mengerutkan dahi menahan kesakitan. Emak menghampirinya lalu mengambil Fatihah dari pangkuannya dan meletakkan kembali ke katil.

“Mama nak pegi mana” Azim yang masih kecil menyoal tanda tidak faham dengan keadaan yang berlaku.

“Mama nak pergi jauh sayang… ” Suara Farah begitu dalam sekali. Begitu sukar untuk dia berbicara. Namun, demi untuk tidak menghampakan Azim, digagahnya untuk menjawab. Emak sudah tersedu-sedu. Ayah pula kulihat mengesat bibir matanya. Suasana begitu pilu.

“Macam mama A’an dulu” Farhan memintas bicara Farah. Farah hanya tersenyum. Dia mengusap-usap pipi Farhan. Kemudian membelai-belai rambut Azim. Air mata mengalir dari kelopak matanya.

“Mama sayangkan Farhan dan Azim. Selalu ingat di dalam hati bahawa mama sentiasa sayangkan kamu berdua. Janji pada mama ya!” Farhan dan Azim mengangguk serentak. Farah tersenyum lagi.

“Emak… ayah… ” Panggil Farah kepada emak dan ayah. Mereka bergegas menghampiri Farah. Tangan Farah digenggam erat oleh emak.

“Terima kasih kerana menjaga saya selama ini. Maafkan segala kesalahan dan, aduhh… ” Farah memegang perutnya. Aku cemas melihat keadaannya.

“Abang panggil doktor ya.” Ucapku dan cuba untuk bangun tetapi ditahan oleh Farah. Dia menggelengkan kepalanya. Aku kembali duduk.

“Maafkanlah segala kesalahan saya emak, ayah. Halalkan makan minum saya selama ini.” Farah cuba menghabiskan kata-katanya.

“Kami maafkan kamu dan halalkan makan minum kamu.” Tersedu-sedu emak. Ayah pula hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja. Farah nampaknya berpuas hati dengan jawapan emak. Dia tersenyum lagi. Dia kembali menatap Farhan dan Azim.

“Ingat ya… mama sayangkan kamu berdua.” Ucapnya buat kali ketiga. Ditariknya Farhan dan Azim rapat ke dadanya. Dia memeluk mereka dengan erat. Dadaku bertambah sebak. Aku biarkan sahaja air mata lelakiku mengalir lesu di pipi. Tidak upaya lagi aku menahannya. Mengapa kamu mahu meninggalkan abang sayang Mengapa semua orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku Adakah aku tidak berhak untuk mengecap kebahagiaan

“Abang… ” Suaranya serak. Aku merenung ke dalam mata Farah sudah kehilangan cahayanya. Wajahnya juga sudah kehilangan serinya.

“Ya sayang.” Perlahan aku tunduk lalu mengucup dahinya.

“Farah rasa letih. Farah hendak tidur.” Ucapnya kepadaku. Aku mengangguk-angguk. Memahami akan maksudnya itu.

“Tidurlah sayang… ” Balasku sambil membelai-belai rambutnya. Kemudian aku mencapai tangannya lalu
kukucup berulang kali.

“Kalau emak dan abah sampai, sampaikan salam saya buat mereka ya. Katakan pada mereka bahawa saya mahu berehat.” Dia tersenyum lagi. Air mataku berderai kembali.

“Baik sayang. Berehatlah dengan tenang.” Selesai sahaja aku berkata, dia menutup matanya. Tangannya
terlepas dari genggamanku. Jatuh terkulai di tepi katil. Aku tersentak. Emak meraung sambil memeluk ayah.

Bab 58 – Khairul

Perkarangan tanah perkuburan kembali sunyi. Orang ramai yang mengiringi jenazah Farah mula pulang ke destinasi masing-masing. Kini yang tinggal hanyalah aku seorang sedang mengadap kubur Farah, isteriku yang masih merah.

Farah, mengapa kau tinggalkan abang sepertimana Linda tinggalkan abang dulu. Mengapa kamu berdua pergi ketika abang amat memerlukan kasih dan sayang dari kamu berdua

Abang banyak menyiksa perasaanmu Farah. Sepanjang kau menjadi isteri abang, abang tahu kau tidak bahagia seperti isteri-isteri mereka yang lain. Kau banyak memendam perasaan. Kau juga banyak makan hati dengan perangai emak. Namun, semuanya kau telan demi kebahagiaan Farhan dan Azim. Abang banyak menyusahkan kau. Tapi, belumpun sempat abang untuk menebus kembali kesalahan-kesalahan lalu… kau telah pegi meninggalkan abang buat selama-lamanya.

Abang berjanji Farah, abang akan menjaga dan mendidik anak-anak kita. Janganlah kau risau kerana kaulah kekasih abang yang terakhir. Tiada lagi kasih abang buat wanita lain. Kasih dan sayang abang hanya buat kau dan anak-anak kita. Tidurlah kau dengan setenang-tenangnya di sana.

“Khairul… ” Suara ayah mertuaku menyapa dari belakang. Kemudian terasa bahuku dipegang. Aku berpaling ke belakang. Ayah mertuaku menganggukkan kepalanya kepadaku.

“Marilah kita pulang. Redhalah dengan pemergiannya. Biarlah dia berehat dengan tenang di sini.” Ucapnya. Mataku kembali bergenang dengan air mata. Aku menganggukkan kepala. Perlahan-lahan aku bangun dan melipat tikar yang mengalas dudukku.

Selamat tinggal sayang. Bersemadilah kau di sini dengan tenangnya.

Aku menghayun kaki mengikut langkah ayah mertuaku. Lewat petang itu, kami meninggalkan kawasan tanah perkuburan sebelum senja berlabuh.

TAMAT.. SEMOGA TERHIBUR.. Sila bagitahu kawan2 blog cerpen novel kami

27 Respons

  1. novel ni best giler..sedih sgt..smp sy dgn roomate nangis bc..naper jln citer dier camtu..sedih sgt..ader ker laki mcm tu dlm dunia ni..tp well done la kat writer novel ni 4 creating an excellent job..sedih teramat..

  2. huh.. bersepah2 citer nie kat internet..

  3. peh, aku slalu gak bc cerpen n novel tapi yg ni menyentuh hati & perasaan aku.. congrats for the author..u create the very good story..

  4. sapa kenal author novel nie?

  5. cerita nie sdih sgt la!!!!!!!!!!!!1

  6. askum..
    best sangat..
    2ja yg mampu saya ckp..
    semua cerita xsemestinya berakhir dgn kegembiraan…
    cerita ini telah menyerdarkannya..
    jagalah dan hargailah kasih yang di depan mata…

  7. tahniah pada penulis cerit ni,best sangat.Cerita ni cukup berkesan sekali.. terlalu sedih cerita ni..
    tapi memang best..thank you..
    i give five star..

  8. WAH SO SAD LA THIS STORY…
    SAYA BACA LANGKAU² SEBAB BACA KAT OFIS. BUT TERASA CAM NAK BACA DIA PUNYA ENDING… SEPANJANG CITER MACAM BEST X SEDIH SANGAT EVEN ADA GAK RASA CAM TERSENTUH. TAPI CAM KESIAN PLAK KAT KHAIRUL SBB KEHILANGAN KE2 ISTERI DIA. BUT ITU ADALAH REALITI HIDUP KAN. CONRATZ PADA PENULIS DIA..
    HM, KLU SY NAK ANTA CERPEN SAYA KAT AWAK BOLEH X?
    thanx 4 a very nice novel!!!!
    u did a very very well job!!!

  9. boring tul la. cite die punyala best tapi ending dia alamak tak terfikir lak macam tu. kan best kalau ending dia wife dia demand sikit kat husband (buat2 jual mahal) tapi hidupla kannya mati.

  10. cerita nie saya dah bace novel die.penulisnye suria shafie kan

  11. em…sedihnye..nangis baca…tapi, tulah kenyataan kan?bukan selalunye indah….congrate pade penulisnye…

  12. this story..best sangat..luv this story so much.. kan ke best it ends with a happy ending..huhuhuh

  13. citer ni best..sedih.

  14. tahniah…
    best cte ni..hebat..
    tp sedih sgt..
    huhuhu…
    x thn beb..

  15. sdih gle..mmg bez ar cite nih…good job…keep it up..(thumbs up)

  16. erm..sedey nye cite ni:'[

  17. ceritanie best n sedih…
    knapa ending mcm tu?..
    kesian kat khairul…klau buat ending dia bhgia ngan farah mst lg best..

  18. citer ni memang best sangat. sampai menangis bila saya baca. Air mata tak nak stop.. nasibler office mate tak perasan…

  19. adus…i balik kerja 6 ptg tau sbb nk habiskan novel ni..i patut finish keje 4.45 je pun…huhu…congrats uth author ni..

  20. citer nie mmg sedih giler…saper yg x nangis mmg kayu ler. kpd writer, klu u buat buku pn ok, dpt buat koleksi. farah mmg s’org wanita yg tabah.

  21. tahniah atas usaha penulis mncoretkn ayat2 yg dpt mnyentuh perasaan pembaca..sedikit komen sy tntg novel kasih dihujung rindu ni..

    1.permulaan crita neyh sgt menarik..pertemuan semula dua sahabat diiringi dgn kedukaan akibat kematian linda..
    2.p’tghan crita ni pula rasanya xslh kalo sy katakan jln ceritanya seakan-akan sebuah novel yg ada dipasaran..kisah kehidupan alam perkahwinan farah&khairul sama sj dgn watak novel t’sbt..cuma cara penerimaan ibu khairul sj yg m’bezakn sedikit..
    3.ending yg xdisangka sangka..menyentuh hati..simpati dgn khairul,farhan&azim..

    p/s novel yg sy mksdkn ialah Jendela Hati karya Aisya Sofea..kalo siapa yg pernah mmbacanya mungkin akn setuju dgn pndpt sy..thanks!

  22. sdey…..aku mnagis mase bace cite ni….
    kite perlu hargai ape yang kite ader sblm terlewat….

  23. huhuhu sedih nye..cm nak nangis jerr…
    pesal plak farah meninggal dunia

    tp ms awl2 tu rs bengang sgt ngan khairul…sakit ati..tp adeke llaki yg setia sgt cm dia?

  24. cite best ending out..
    xbest ler ending sedih..

  25. macam dah pernah baca jer novel ni.. tak ingat tajuk..

  26. yang x bestnyer knape wife yang ke2 ni pon m’nggal jugak..sedih laaaaa..

  27. serius ckp.sungguh x patut ending mcm nie. tp apepun syabaslah kat author sebb jln cerita menarik. sedih. x tau la kalu ak nie yg telebih senstf. hehehe.. tp bagus la kan. well done.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: