kau yang ku nanti

Wei!! Tepi sikit la.. Aku nak cepat ni! Rileks la Tasya. Kau nikan asyik nak cepat jer. Hey Zai! Kau ni kalau tak kacau aku sehari tak boleh ke Sakitlah kepala aku ni, aku mendengus marah. Tasya, kau marah nampak cute la.. Rasa macam nak cium je pipi kau tu.
Gile ke ape mamat ni Sah sewel.. Gile ke! Dah arr, karang cikgu marah aku, siap kau! Aku lepuk kau pakai buku ni! Hampehs tahap maksimum. Ni semua Zai punya pasal. Memang nak kena lepuk mamat ni. Asyik menyusahkan aku je. Sejak dari mula masuk sekolah ni 2 tahun lepas sampai sekarang asyik menyusahkan. Benci aku.. MELUAT!!
Tasya! Kenape awak tiba-tiba menjerit ni Terkejut semua kawan awak.
Alamak! Aku terjerit la pulak. Err.. Maafkan saya Encik Shahrul.Ter..
Hoi Zai!! Meh sini kau! Ape Tiba-tiba menjerit. Amik ni! Kau punya pasal aku kena marah dengan Encik Shahrul! Adeh! Sakit la. Kau ni brutal sangat la. Rileks arr. Marah je, bukan kena denda. Tapi malu aku kena marah depan budak-budak tu kau nak suruh aku campak mana Hey! Garang sangat la kau ni. Patut la tak laku. Kawan kau yang tak cukup umur tu pun laku. Wei! Aku bukan cerita pasal laku ke tak.. Aku cerita pasal malu aku kat depan budak-budak tu nak letak mana! Kau letak je kat mana-mana. Tinggalkan kat tepi longkang tu pun ok jugak! Hishhh!! Malas aku nak melayan mamat yang kepala mereng campur biol campur senget ni. Benci aku! Meluat!!
Hello Tasya, aku ni. Kau tengah buat ape
Aku tengah ngorok!
Ngorok Ape tu
Tidur la mangkuk!
Wei bangunlah. Ni sah tak sembahyang Subuh. Tak pun bulan tengah mengambang.
Hey cakap baik-baik sikit ye! Aku sembahyang la pagi tadi. Lepas sembahyang aku terus tidur! Kau nak ape telefon aku
Aku nak mintak tolong ni.
Tolong ape Tolong menyamar jadi girlfriend aku!
Ape!!
Kau ni menyusahkan aku la. Yang pergi gatal-gatal buat perjanjian bodoh tu sape suruh
Rileks la Tasya. Tu kisah lama-lama la. Kisah tahun lepas. Apesal kisah 2 tahun lepas boleh sampai sekarang. Kau ni memang la. Nyusahkan aku je. Seminggu kau tak menyusahkan aku tak boleh ke Ye la. Lain kali aku tak menyusahkan kau la. Time tu mesti kau rindu kat aku. RINDU Hehehehehe. Baik aku rindu kambing Atuk aku kat kampung dari rindu kau! Ye la tu. Siapalah aku kan
Aik Emosional nampak
E-mail dari siapalah ni. Menyemak je kat dalam akaun aku. Ishh siapa pulak la ErOoS ni Dah le amik sempena nama Eross Chandra, pemain gitar favourite aku merangkap jejaka idaman aku.. [bukan muka, tapi sikap die tu jadi idaman.]. Tapi ejaan je lain sikit. Ishh mana la malaun ni dapat alamat e-mail aku Takkanlah pakai type je ape-ape. Mustahil tu. Mesti ada yang nak kenakan.
Rani, Assalamualaikum. Awak nampak cantik semalam. Manis dan cute macam Wardina. ErOoS.
Ishh. Tak kuasa aku nak melayan orang ni. Ntah siapa-siapa pun aku tak tau. Mana ntah nampak aku semalam keluar. Ishh. Kalau nak fikir-fikir, yang nampak aku keluar cuma Nadia dengan boyfriend die. Hmm… lantaklah. Peduli ape aku. Bukan aku nak balas pun e-mail si malaun bernama ErOoS ni!.
# #
Tasya! Aku nak mintak maaf dari kau ni. Aik semacam je kau ni. Angin ribut taufan mana yang melanda ni Tak pun angin monsun timur laut Tak de angin mana-mana melanda la. Aku memang nak mintak maaf ni. Aku nak pergi! Pergi Pergi mana Pergi mati! Zai! Hehehe. Cute. Mungkin inilah kali terakhir aku tengok kau marah. Aku nak pindah. Pindah sekolah Pindah Baguslah. Aman hidup aku! Sampai hati kau. Ye la siapalah aku. Lepas ni kau jangan rindu aku tau. Aku takut nanti aku suka kat kau sampai tak nak tinggalkan sekolah ni! Tak kuasa aku nak rindu kau! Baik aku rindu pak guard sekolah tu! Baguslah kalau macam tu. At least aku tak le nanti suka kau… [tapi aku memang suka kau pun.]. Ye la.. belajar rajin-rajin. Jangan lupa bagi aku surat. Nanti aku balas cerita pasal aweks-aweks yang syok kat kau! Hmm..ye la. Aku hantar nanti. Takkan aku lupa kawan aku kot. Betul tak Aku mencebik bibir.
Rani, Sudilah kiranya menjadikan saya teman e-mail awak. Saya berharap sangat. Sesungguhnya saya amat mengagumi awak. Ceria, anggun. Seperti kristal. ErOoS.
Eeh malaun ni. Nyusahkan aku pulak. Nak gantikan Zai agaknya. Hampehs betul. Sorang-sorang. Agaknya diri aku ni untuk disusahkan kot
ErOoS, Siapa dirimu Datang tak diundang. Pergi pun tak dihalang. Kenapa perlu kagum Sudah tiada perempuan lain untuk dikagumi. Rani.
Tasya, Tasya.. Terima kasih atas e-mailmu. Maaf kerana bermain teka-teki. Aku malu untuk mengatakannya sewaktu kita satu sekolah dahulu.
Teruk betul la Cikgu Shahrul ni. Dah dekat STPM pun nak pergi sana sini. Pelajaran tak habis lagi. Teruk betullah. Kalau fail karang, padan muka dia! Siapa suruh asyik hilang aja. Menyusahkan budak-budak aje. Tak pasal-pasal kena belajar sendiri. Kalau ade tinggalkan kerja tak pe jugak. Ni main tinggal macam tu. Kelas pun macam tongkang pecah. Tongkang pecah pun tak teruk macam ni.
Tasya, Puan Hamidah nak jumpa. Hah Apesal pulak Aku ade buat salah ke Ntah, aku pun tak tau. Ya Allah, ape yang aku buat.Setahu aku, aku tak ade buat salah..Harap-harap perkara lain la. Masuk. Err..Puan panggil saya Kamu Tasya Nadirani Ye saya. Ada surut untuk kamu. Ambil ni.
Terima kasih Puan. Fuhhh… satu bala selesai. Mati aku kalau aku ade buat salah. Puan Hamidah ni bukan boleh main-main. Mati kalau main-mainkan dia. Siapa pulak bagi surat guna alamat sekolah ni Melaka Siapa la pulak ni.. Zai!! Apehal mamat ni hantar pakai alamat sekolah Alahai.. salah aku jugak tak bagi alamat rumah. Hehehe… Ingat jugak kau kat aku ni ek
Assalamualaikum Tasya Nadirani.
Ape khabar kau Ok tak kau ni Aku harap ok lah. Wei amacam aweks-aweks aku kat sana Hehehe.. Kau rindu aku tak Jangan kata kau rindu. Nanti aku suka kat kau susah. Kau tu pun bukan suka aku. Betul tak Hehehehe. Amacam study Ok tak Aku kat Melaka ni tak best la. Tak de kawan untuk menyusahkan macam kau. Semua kat sini macam skima je. Boring la. Tak boleh nak kacau-kacau. Aweks-aweks kat sini pun tak cunn la. Kau lagi cun dan cute macam Wardina. Jangan kembang pulak. Tapi betul ape Wei! Ceritalah yek tentang keadaan kat sana ngan keadaan kau Kau dah ade yang punya belum lepas aku pergi Kalau tak ade aku isi borang bolehHehehehe.. Tak arr memain je. Lagipun kau ni garang la. Takut aku. Kalau jadi bini aku, mesti aku teruk kena marah. Hhehehehehe.. Jangan marah, nanti cepat tua. Lagi la kau tak laku. Tak pasal-pasal aku kena pinang kau buat bini nombor 2. Oklah, aku chow dulu .Ni aku dedicate sekali lagu Sheila On 7 Perhatikan Rani!.Dedicate special buat kau sebab nama kau ade Rani. Lagi satu sebab lagu ni SESUAI untuk kau.
Perhatikan Rani : Eross
Beranjak dewasa kakakku Rani tercinta, Sudah saatnya belajar berpijar, Tinggalkan Jakarta demi masa depan cipta, Sudah waktunya kau mulai terjaga. Beranjak melentik kakakku Rani yang cantik, Jadikan masa depanmu menari, Ingat selalu pesan kedua orang tua, Jalani dengan hatimu yang tulus. Dan jangan takut, Jangan layu, pada semua, Cobaan yang menerpamu, Jangan layu. Kami slalu, bersamamu, Dalam derap, dalam gelap mimpi indah, Bersamamu.. Padamkan sekejap warna-warni duniamu, Saat kau mulai kehilangan arah, Nyalakan sekejap warna-warni duniamu, Saat berjalanmu kembali tegap. Mungkin semua ini cepat berakhir, Smoga semua ini adalah persinggahan sementara mimpimu.
Zai.

Rindu pulak aku pada Zai. Ishh.. Macam mana lah keputusan die yek Best ke tidak Lama benar die tak hantar surat. Lupa kat aku ke Tapi yang aku bosan, malaun yang bernama ErOoS tu. Makin banyak e-mail dia bagi sejak 4 bulan lalu. Hmm… Makin pelik tengok malaun ni. Tiba-tiba aje cakap rindu. Ishh… jumpa pun tak pernah, lagi mau rindu. Pelik aku. Siap dedicate lagu ‘Seandainya’ pulak tu. Puitis sangat. Yang pelik, lagu tu macam aku rasa, ErOoS ni Zai.. Pasal chorus dier tu. Ishh.. tak mungkin. Harap-harap bukanlah.
Aku pergi untuk dirimu, Rangkai mimpi lewati waktu, Semua itu jalan kita, Akan kujaga kubina slamanya

Tasya!! Eh, Zai! Bila kau datang JB ni Tak bagi tau pun. Pulak tu senyap je akhir-akhir ni. Aku balik ni pun sebab kau! Aku Sebab aku Aa. Aku rindu kat kaulahAik RINDU Apesal pulak nak rindu aku Pasal aku suka kau. Pasal aku sayang kau! Sebab tu aku rindu.Kau ni kenape Sakit ke Atau test nak ucapkan kat aweks Melaka Aku serius ni! Aku datang sebab aku tak boleh tahan dari terus merindui kau! Sudahlah Zai.. Jangan nak berlakon!Rani! Saya kagumi awak. Saya amat-amat kagumi awak! Ceria dan anggun. Macam kristal. Ya Allah, betul ke ape yang dengar Rani. ErOoS Zai Orang yang sama. Tasya Nadirani,
Maaf kerana aku tak meberitahu hal sebanar. Aku telah lama menaruh hati padamu. Selama ini aku menyakiti hatimu hanyalah untuk mendekatkan diriku denganmu kerana hatimu terlalu keras. Seperti kristal. Cantik dipandang, menggamit perasaan, sukar didekati namun indah diselami. Percayalah, aku benar-benar suka akan dirimu. Ceria dan anggun sentiasa. Sayangku takkan pernah luntur sejak dulu hingga aku terpaksa pindah. Sayangku padamu semakin mendalam bila aku pergi. Rani, aku terima apa jua keputusan dirimu. Tak kiralah kau sudi terima aku atau sebaliknya. Tapi kau harus ingat, aku akan terus sayangkan kau walaupun kau tidak menerima aku sehingga datang seorang wanita yang dapat melunturkan sayangku terhadapmu. Rani, aku berharap dirimu. Maafkan sekali lagi kerana terlalu berharap..
Terima Kasih Bijaksana : Eross
Percaya apa pun yang terjadi, Kau tetap pesona rahasia di lagu ini, Tak peduli berapa berat badanmu nanti, Kau tetap yang ter..muuaaachh di hati.
Ku akui ku tak hanya hinggap di satu hati, Ku takuti ku terlalu liar `tuk dimiliki, Walau begitu semua hanya persinggahan egoku, Dan sikapmu telah merobohkanku.
Dan waktu pun terus berlari, Dan aku pun semakin mengerti, Apa yang akan kuhadapi, Apa yang akan kucari.
Aku tuliskan lagu sederhana, Untuk dirimu, Yang sangat bijaksana, Memahamiku dan mencintaiku..apa adanya [2x]
Aku goreskan lirik sederhana, Untuk dirimu, Yang sangat mempesona, Memahamiku dan mencintaiku..apa adanya [2x]
Zai.. Tapi kenapa aku Kau terlalu baik. Dan aku tak layak buatmu. Aku terlalu jahat dan terlalu kotor buatmu. Aku tak layak.
Zai, kenapa mesti Tasya Zai terlalu baik. Sepatutnya orang seperti Zai layak untuk orang yang baik. Bukan Tasya. Tasya terlalu hina buat Zai. Zai tak tau diri sebenar Tasya. Dan Kalau Zai tahu pasti Zai kecewa. Apa ni Tasya. Zai tak faham. Yang Zai faham hanya Tasya adalah manusia yang paling Zai kagumi dan sayangi. Tak perlu Zai kagumi dan sayangi diri ini. Tinggalkan sahaja Tasya. Diri Tasya tak layak buat Zai. Tasya kotor. Aku menangis.
Ape ni Zai tak faham
Biarlah Tasya beritahu Zai siapa Tasya. Tasya harap Zai jangan terkejut. Tasya tak layak untuk Zai kerana Tasya kotor. Tasya kotor kerana pernah dinodai seorang lelaki yang Tasya sendiri tak tahu. Ini rahsia diri Tasya. Peristiwa 10 tahun lalu masih Tasya ingat. Zai, tinggalkan saja diri ini. Diri ini tak layak buatmu. Maafkan Tasya. Tasya rasa inilah waktu yang tepat untuk berpisah.. Jangan cari Tasya Nadirani. Dia dah mati! Aku berlalu pergi.
Tasya, tak kira apa jua alasan dan kisah silam hidupmu aku akan setia menanti dan terus menyayangimu. Dan yang penting memilikimu. Sejauh mana kau pergi, semakin aku akan hampiri. Aku pasti akan menantimu. Aku pasti akan memilikimu walaupun bukan saat ini. Hanya kau yang ku nanti.. Tasya Nadirani.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: