kenangan masa lalu

Kenangan masa lalu untuk tatapan bersama

Terima Kasih Qasha

Genap empat hari aku pulang dari kolej yang membuatkan aku terbelenggu dengan kepenatan belajar dan kepayahan hidup.Memang banyak perkara yang dapat kuperolehi daripada kolej itu.Ternyata memang banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.Tapi yang pahitnya,tak kurang hebatnya

Apa aku nak buat sekarang ni,bosan betul !gerutuku sambil mengunyah maggi goreng istimewa yang dimasak khas dari tanganku sendiri.

Lantas remote control television pantas kutekan punatnya.Maka,dengan kuasa elektrik terus menjana television berwarna hitam itu menyiarkan rancangan keistimewaan adikku.

Winter sonata keluhku bosan. Aku tak tahu di mana kekuatan drama korea ini,tapi mungkin ada keistimewaannya.Jika tidak,kenapa ramai kaum hawa tertarik dengan cerita yang berbaur percintaan ini.Sampaikan orang di pejabat pun sanggup curi masa demi menonton drama ini.Sudah kali kedua drama ini disiarkan.Seingat akulah

Baru pukul empat.Lepas ini cerita Cinderella.Lepas ituentah apa cerita lagi..hai bosan betul hidup aku ni.Kalau masa kat kolej dulu,indahnya..monologku sambil terus menonton drama tersebut walaupun tidak meminatinya.

Lantas,surat khabar Metro yang beli pagi tadi menjadi pilihanku petang ini.Halaman hadapan.Tajuk utama.Perang.Peperangan yang tidak ada penghujungnya.Kesudahannya rakyat yang menjadi mangsa.Kedamaian yang diimpi ternyata disambut oleh mimpi ngeri disiang hari.Tiada kesudahan yang nyata dalam kehiupan alaf kini.Yang ada hanya untuk kepuasan nafsu sendiri bukannya harga diri atau maruah peribadi.Aku tahu ini semua bukan kehendak kita , tapi kita mesti berusaha untuk mengubahnya.Tapi siapa aku Aku gagal mencari jawapan yang pasti untuk soalan yang kurang pasti.Akhirnya aku hanya mampu terdiam lesu memerhatikan sahaja keadaan sedemikan berlalu sebegitu.

Aku bosan.Kesunyian petang itu betul-betul membuatkan aku terasa tercabar dengan kebosanan.Walaupun usiaku baru sahaja hendak mencecah 19 tahun,tapi aku rasa aku agak cukup dewasa untuk berfikir jauh untuk masa depanku.Malah,kerana pemikiranku yang agak kekanakan menyebabkan kawan baikku Zatu berkata sedemikan padaku Saya tahu awak sudah cukup dewasa untuk mencorak kehidupan awak.Malah,awak sendiri wajar tahu bakat yang terpendam dalam jiwa awak itu patut ditonjolkan,tidak diperam sampai dibawa mati.Aku terkedu sahaja bila dia berkata sedemkian.Kata-kata yang membawa seribu soal jawab dalam hati ini.

Hah,ada surat untuk aku tadi!Tiba-tiba sahaja aku teringat kepada surat berwarna putih bercop setem tiga puluh sen.Melaka.

Siapa pula yang bagi aku surat ni.Dari Melaka pula tu.Sambil aku membuka cermat sampul surat ini dengan berhati-hati.

Aqasha !Tersenyum aku apabila orang yang agak istimewa disudut hatiku menghantar surat kepadaku.Aku pun tak tahu mengapa aku boleh tertarik kepadanya.Zatu , Awie , Nadian dan ramai lagi yang mengharap padaku aku pandang begitu sahaja.Pada mulanya cukup sukar untuk aku memenangi hatinya.Entah macam mana,nak dijadikan suatu peristiwa yang membuatkan jiwa aku ketika itu kembali bergolak.Petang itu,aku termarah dia.Bukan aku sengaja marah tapi memang aku tak puas hati dengan kerja yang dia lakukan, sampai aku sendiri terpaksa mencover kembali kerja yang dilakukan olehnya.Aku tahu aku tidak wajar berbuat demikian.Semua orang sendiri tahu bila aku marah,baran aku agak sukar dikawal.Habis semua barang aku lontar begitu sahaja.Ekoran terlalu amarahku,aku terlontar handset aku

Allah ! jerit Aqasha gagal mengelak ketidaksengajakanku membaling handsetku.Dua kesalahanku yang berjaya aku sedar ketika itu.Pertama,balinganku tepat mengenai dahinya.Kedua,handset itu,aku baru sahaja beli beberapa bulan yang lepas dengan duit yang aku kumpul dengan mengikat perut dan berpuasa isnin serta khamis.

Qasha ! suara Nadian kedengaran.Nyaring terkejut dengan kelakuanku.Rakan karibku ketika kecil.Malah , sekampung denganku.

Apa aku dah buat ni.terkejutku dengan perbuatan sendiri. Benih-benih kekesalan mulai tumbuh mekar akibat kejadian ini ini. Di tambah pula dengan air kepedihan dan baja penyesalan yang menyuburi perasaan ini..

Hei,apa awak buat ini jerit Awie pula.Rakan Zatu dan Nadian.Mengapa orang panggil dia dengan gelaran g Awie pun aku tak tahu.Nama sebenar Rosalinda Sahat.Jauh sangat bezanya.

Haikal,apa awak dah buat ni.Kalau dah marah sangat pun,tengoklah orang dekat sekeliling.Jangan main hentam kromo saja ! Marah Zatu kepadaku.

Betul tu,Kal.Tengok apa kau dah buat kah Qasha,berdarah dahi dia.Ucap Rafiq sambil melutut ke dihadapan Aqasha melihat keadaan jika diperlukan bantuan.

Darah Aku tergamam.Aku nampak dahinya berlumuran darah.Aku terkaku melihat keadaan ini.Terus aku terduduk dikerusiku sambil memejamkan mataku.Menyesal.Kesal dengan perbuatan ku yang agak melampaui batas.

Sudah..bawa dia ke klinik cepat.Rasanya buka lagi klinik di kolej ini. Awie, kemas bilik ini ! Nadian ! Zatu ! bawa Qasha ke klinik suaraku memberi arahan.Tapi aku masih memejam mata dan berduduk diam.

Nadian dan Zatu masih teragak-agak tapi berusaha memapah Qasha yang mula menangis.

Cepat ! Aku menegaskan suaraku melihat mereka agak lambat bergerak dari bilik yang dikhaskan untuk ahli-ahli jawatankuasa perwakilan pelajar.

Nadian dan Zatu terkedu mendengar jerkahku.Kedua-duanya saling memandang.Mereka berpaling ke arah Rafiq meminta kepastian berbentuk perhatian dan pertolongan.

Pergi cepat katanya seraya mengangguk.Tersenyum.Salah satu sifat Rafiq yang membuatkan aku sejuk hati dengan peribadinya.Ketua pelajar yang murah senyuman.Sentiasa berbudi bahasa dan bijak berkata-kata.Malah,Rafiq pernah Johan apabila mewakili negeri Selangor dalam perbahasan bahasa melayu,dahulu.Ekoran dengan itulah,aku mencadangkannya menjadi ketua pelajar di kolej ini.Sebabnya semasa di sekolah dahulu,dia yang mencadangkan aku menjadi ketua pelajar.Kami rapat.Seperti isi dengan kuku.Sukar untuk dipisahkan.Hanya maut sahaja menjadi perintang kami di alam ini.

Kal..sabarlah.Aku faham masalah kau.Tapi,takkan dengan Qasha pun kau sanggup berkasar sedemikian.suara Rafiq memberi pendapat apabila mereka keluar.

Aku bukan berkasar..Fiq..aku,terketar aku ketika berbual dengannya.Aku sebenarnya cukup segan dengan Rafiq.Sudahku anggap seperti teman yang boleh berduka lara dan bergembira ria bersama.

Tapi,hari ini kau dah agak keterlaluan.Takkan dengan sebab kecil itu pun kau nak berkira dengannya.Aku tahu kau kecil hati dengan dia sebab tak memberi perhatian pada kau.Tapi beri dia masa,dia masih mentah.Dalam kental tersembunyi lembutnya.Kau faham,kan.Akal mereka senipis rambutnya.ucapnya sedikit tegas tetapi lebih berbaur dorongan semangat.

Aku tahu.Aku faham maksud kau.

Faham.Tapi kau ulangi juga apa yang kau buat.Masuk kali ini sahaja,sudah tiga kali kau buat dia begini.Nasib baik dia tak report dengan Encik Kassim.Kalau tak,haru kau.Kau didiklah dia dengan sebaiknya.Kalau kau hendakkan Fatimah Az-Zahrah, kau kena jadi Saidina Ali Karamuallah !

Emaku mengangguk lemah apa yang Rafiq cakapkan.

NurAqasha. Sudah terlalu banyak dosaku terhadap insan ini. .Sejak aku memasuki kolej ini,hari pertama sahaja aku sudah tercabar dengan kebolehannya berpetah.Aku dan Rafiq terpaksa bergandingan untuk tidak menjatuhkan maruah Adam.Ternyata , kemenangan sentiasa dipihak Adam.Aqasha akur dengan kekalahannya.Sebelum malam orientasi berakhir sempat dia memberi kata-kata semangat kepadaku Jangan awak terlalu memandang tinggi akan kemampuan dan kekuatan lelaki semata-mata.Tetapi binalah kepimpinan,Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi.Jinakkan diri dengan Allah.Nescaya akan jinaklah segalanya dibawah kepimpinanmu. Aku hanya tesengih malu dihadapannya.Malu dengan peribadinya yang tinggi itu.tetapi , itulah nilai atau harga diri yang aku terokai selama ini.Bintang hati yang selama ini aku cari muncul menyinarkan cahayanya.NurAqasha.Cahaya bagi Aqasha.

* * * * *

Semenjak peristiwa itu,aku terus diburu kegelisahan.Aku tahu apa yang sedang berlaku.Bukan aku sahaja, semua orang tahu apa yang telah berlaku.Hubungan aku dengan Aqasha semakin jauh.Tiada lagi senyuman yang sentiasa terukir dibibirnya.Air kopi yang sentiasa dibuatnya pun sudah lama tidak kunikmati.Layanan rakan-rakannya pun agak dingin terhadapku.Aku tahu aku bersalah.Tapi egoku terlalu tinggi.Aku tidak tahu lagi apa yang perlu aku lakukan.Sudahlah final hampir tiba.Aku benar-benar runsing.Aku tidak mahu aku kecundang kerana masalah yang membebaniku.Aku banyak lagi tanggungjawab.Untuk kolej,rakan-rakanku dan yang lebih mustahak demi keluargaku.Aku hadir dari keluarga yang agak susah.Aku perlu mengubah hidupku.Aku tidak mahu lagi emak menderita mencari wang untuk perbiayaanku.Aku masuk ke kolej ini pun kerana dorongan emak dan Rafiq.Dengan 9A1 semasa SPM dahulu,sudah membolehkan aku melanjutkan pelajaran ke seberang laut.Tapi,masalah kewangan ketika itu menyekat kemahuanku.

Aku dah penat,Qasha.Aku perlu berubah.bisik hatiku pada suatu petang.

Nekad aku itu membuatkan aku sentiasa sibuk.Aku sibuk dengan urusan rasmi kolej.Aku sibuk dengan masalah pelajar-pelajar yang semakin meruncing.Aku sibuk juga dengan kertas-kertas tutoran yang perlu kujawab.Aku sibuk dengan aktiviti persatuan dan sukan.Aku sibuk.Benar.Aku betul-betul jadi orang yang begitu sibuk.Rafiq sendiri tidak sesibuk aku.Dia ada setiausaha sendiri.Aku.. Ada Zatu dan Zanariah pun mula menyisih diri.Aqasha Nampak sahaja muka aku,terus keluar dari bilik ini.Dia lebih rela,tidak membuat kerja .Malah,aku pernah cuba merenungnya,menagih belas.Tapi dia membalasnya dengan senyuman sinis dan beredar lalu.

Kring!bunyi telefon memecahkan kesunyian petang ituSekaligus menghentikan lamunanku..Deringan telefon yang agak panjang itu juga membantutkan kemahuanku untuk membaca surat Aqasha.Tak sampai beberapa saat aku pegang surat tersebut.

Hello..ucapku seraya duduk diatas bangku yang telah disediakan khas untuk penjawab telefon yang setia seperti aku.

Hello,Haikal ya Suara garau yang amatku kenali.

Ya..Pak Long.Telefon dari Mekah ke Mak macam mana Sihat tanyaku bertali arus tanpa henti umpama sungai mengalir tanpa henti.Umpama hujan turun lebat dari awan gelap.

Em..mak kamu sihat.Sebentar,mak kamu nak cakap.balasnya mesra.Pak Long adalah abang sulung kepada mak.Mak anak kedua daripada lapan orang adik-beradik.Pemergian emak pun separuh dari perbelanjaannya ditanggung oleh Pak Long.Emak pun memang dah lama kumpul wang hendak pergi menunaikan haji.Cuma kali ini terpaksa dengan Pak Long kerana arwah ayah telah meninggalkan kami sejak aku berusia empat tahun lagi.

Kalmak ni.Kamu sihat tak Duduk rumah tu,elok-elok.Kamu seorang saja.Jaga rumah tu.Solat kena jaga.Jangan tinggal..ingat pesan mak ni.antara pesanan mak petang itu yang kusisip kemas dan kuabadikan cermat disuatu sudut dihati sunyiku. Aku bangga ada seorang emak yang begitu sayangkan aku.Akulah sahaja pengubat rindu dan lara tunggal emak.Kalau aku sakit,emaklah bersusah payah menghantar aku ke hospital.Tapi,aku ini sahaja yang kadang-kadang selalu membuatkan emak marah kepadaku.Selalu melawan cakapnya walhal aku tahu emak cukup benci memarahi aku.Aku tahu emak tak sanggup hendak meninggikan suara kepadaku.Sampaikan aku dah dewasa ini pun,emak yang mengawal segala-galanya..Aku di rumah kadang-kadang kasihan tengok emak bertungkus-lumus.Aku akui ketabahan emak membesarkan aku.Tanpa kasih sayang seorang ayah,dia sanggup bersusah untukku.Tapi,itu peristiwa semasa aku masih berhingus.Tidak tahu apa erti pengorbanan.Sekaranglah masanya aku membalas segala jasa budi yang tidak ternilai harganya.

Aku kembali ke ruang hadapan sambil membawa sejag air kopi yang baru sahaja kubuat dengan kopi buatan sendiri emak aku.Memang sedap kalau emak aku yang membuat air kopi ini.Tapi kalau aku yang buat.

Pahit.

` Teringat aku dengan air kopi yang pernah Aqasha buat untukku.Walaupun tidak setanding dengan air basuh tangan emak tapi sudah cukup membuatkan aku terasa bahagia.

Allahsurat Aqasha tadi.teringatku kembali akan impian kasihku yang aku lupa seketika.Kalau aku tak buat air kopi ini,mungkin aku dah terlupa akan suratnya itu.

Teringat tentang Aqasha ini,aku terkenang kembali tentang bagaimana peristiwa aku dapat menggolak semula perasaan aku terhadapnya.Perasaan yang neutral itu kembali berasid merah.Aku tahu ketika itu aku masih menaruh harapan lagi terhadapnya.Walaupun aku tahu agak sukar seperti hendak menawan kembali Bumi Israel atau mendaki gunung Everest sekalipun, perkataan putus asa sudah kulenyap kemas dari hati kerasku.

Kal,kau nak ikut aku outing,esoktanya Rafiq kepadaku setelah kami berdua menjejak kaki ke bilikdimana peristiwa berdarah,tempoh hari.

Tak naklah,Fiq.Kau pun tahu exam tinggal sebulan sahaja.Aku banyak lagi tak cover lagi.Result aku tak kuat macam kau. Balasku.Memang aku pun tidak berapa minat hendak keluar pada esok hari.Walaupun memang waktu keluar bagi lelaki,tetapi jarang sekali aku hendak mengambil peluang untuk keluar.Maksud aku,aku jarang hendak keluar beli barang atau pun berjalan-jalan.Lebih-lebih lagi dengan jawatan aku yang hanya dibawah satu anak tangga Rafiq sahaja.Aku bukan orang yang suka mencuri peluang.Aku tahu siapa aku dibumi ini.Hanya hamba yang meminjam dan perlu dipulangkan apabila tiba masanya.

La..takkan itu pun tak boleh.Bolehlah.Aku tengah tak ada kawan nak teman keluar ni.Engkau saja yang aku boleh harapkan.Nak pergi dengan budak lain,semua ada hal.Tinggal kau seorang saja.

Habis,kau fikir aku tak ada hal tukasku kembali.

Takkan aku nak pergi dengan Zatu ,Nadian dan Awie kot.Tak manis.sambung Rafiq lagi.

Apa,pergi dengan dia orang ke Lagilah aku tak mahu.Engkau pun tahu aku dengan dia orang dah tak rapat sejak peristiwaaku terhenti setelah teringat kembali peristiwa tersebut.Kalau boleh aku tak mahu mengingat atau memutar kembali simpatan ingatan yang sudah kusimpan kemas disudut rahsia otakku.

Nanti.Sebenarnya bukan aku yang beriya-iya menjemput kau… jawabnya tanpa menghabiskan ayatnya itu.

Habis itu , siapa tanyaku kembali.Kurang pasti dengan pertanya yang berbelit-belit ini.

Dia oranglah.balasnya pendek.

Dia orang

Ya,dia oranglah

Mustahil.

Apa yang mustahilnya.Ini dah kira bersyukurlah.Kau tahu punya penat lidah dan mulut aku menyusun kata untuk menjernih kembali yang keruh.Aku nak kita kembali mesra seperti dahulu.Ceria.Engkau tahu,pimpinan yang kita bawa ini sudah semakin goyah.Ramai yang mulai menyangsi dan meragui kemampuan kau.Lebih-lebih sejak taring singa kau sudah tumpul akibat peristiwa dengan Qasha.Kau tahu tidak macam mana perasaan Zatu , Nadian dan Awie.Lebih-lebih lagi,Qasha.Dia sedih.Dia hiba.Dia bimbangpanjang Rafiq memuntahkan peluru kesedaran kepada aku yang masih keras membatu.

Bimbang,untuk apa dia bimbang dan sedih tanyaku kembali dengan nada yang tegas walhal aku sudah cukup tersiksa apabila Aqasha dikatakan sedemikian.

Ya..dia bimbang,orang yang selama ini dia sokong begitu mudah kecundang.Orang yang sentiasa dijadikan pencetus semangat untuk terus belajar,gagal mengawal perasaan.Orang yang diharapkan dapat membentuk bayang yang lurus untuknya , putus asa seperti orang gila kehilangan dunia.

Aku berteleku seketika.Bukan aku tidak mahu bersuara.Selalunya apabila begini,aku dan Rafiq acapkali bertikam lidah membahaskan sesuatu perkara.Tapi semenjak peristiswa Aqasha itu,aku terus hilang punca,hilang taringnya untuk melontarr pendapatku.Aku menjadi singa yang jinak didalam sangkar kesunyian.

Kau nak ikut,besok tiba-tiba sahaja Rafiq bertanya kembali kepadaku sambil berdiri seketika sebelum keluar dari bilik itu.Setelah melihat aku terus berdiam diri dia terus pergi meninggalkan aku.

Tiba-tiba bunyi handset kedengaran dalam bilik ini.Aku terpana.Bunyi handset siapa yang tertinggal ini.Aku terus melilau mencari.Rupa-rupanya Rafiq tertinggal.Akibat terlambat,deringannya tidak lagi kedengaran.Aku membiarkan sahaja.Baru sahaja aku bercadang untuk mengemaskan barangku,handset Rafiq kembali berbunyi.aAda mesej baru masuk.Segera aku mengambil handset itu dan secara tidak sengaja aku terbuka mesej itu.Dan aku memang terkejut dengan apa yang tertulis dalam mesej itu.

Haikal,bangkitlah dari tidurmu.Fikirkan apa tugas kita di dunia ini.Khalifah singa seperti engkau perlu mengaum gagah untuk menjadi bukti kegagahan kaum Adam.Jangan tewas dengan hasutan syaitan sentiasa mencuri peluang dan ambil pedangmu bergerak ke jalan yang diredai. Er..kalau kau tukar fikiran,bawa handset aku ni,esok !

Insya-Allah,Fiq senyumku kelat.

* * * * *

Aku dah agak kau mesti datang.jawab Rafiq gembira.

Emkau memang dah tahu macam mana aku..Orang lain sukar nak faham aku.jawabku ikhlas.

Aku tahu tapi ada juga yang lebih memahami kausenyumnya kepadaku.

Apa Aku memandangnya.Hairan.Selain Rafiq,siapa lagi yang lebih memahami aku.Bagi aku,Emak dan Rafiq sahaja didunia ini yang memahami diri ini.Mungkin ada insan lain yang memahami.Aku tidak menafikan kenyataan itu jika ia benar-benar wujud.

Fiq..mana dia orang yang kau maksudkan.

Hei..sabarlah.Dia orang dah tunggu dekat tempat biasa.Engkau pun tahu tempat itu,betul tak

Em..tempat itu ke

Habis,mana lagi

Fiq,kenapa kau ajak aku hari ini.Penting sangat ke musykilku terhadapnya.Bukan nak menduganya tapi aku terasa ada kelainan dengan Rafiq pada hari ini.Agak berahsia dan berfalsafah denganku.

Tak ada apa-apa.Biasa saja.

Baik.Kita dah sampai.Itupun dia orang.Kita dah lambat sangat ni.Semua kau punya pasallah.jawabnya bergurau denganku.

Aku tersenyum kelat sahaja.

EmRafiq dengan Haikal dah sampai.jerit Zatu dan Awie dari jauh.Kelihatan lagi dua orang pelajar yang kelihatan bersama mereka.Mungkin Nadian dan yang lagi seorang itu..orang yang sangat aku kenali dan jua orang yang amat aku rindui suara dan perhatiannya.

Assalamualaikum..semua orang dah sampai sapa Rafiq mesra sambil terus mengambil air minuman yang tersedia.Haus barangkali.

Waalaikumsalam.Sudah.Hampir sejam kami tunggu kau.Em,Haikal akhirnya kau datang juga.

Hebat juga kau,Fiq.Dapat pujuk Haikal ini.Kalau aku,dia mengaum saja aku dah lari tak cukup tanah. Suara Zatu memerli aku.

Aku takut juga masa pujuk dia semalam.Tapi adalah ilmu aku sikit nak tundukkan singa seorang ni..balas Rafiq yang membuatkan aku dan mereka ketawa berpanjangan.

Aku tak marah langsung apabila mereka memerliku.Kalau dahulu memang begini keadaan yang aku inginkan.Dan sekarang ia kembali berputik.Cuma dengan seorang sahaja yang masih belum bersuara.Mungkin aku dan dia masih belum ada masa yang sesuai untuk bersuara.

Kal,kau masih marah hal dahulu ketanya Rafiq tiba-tiba memecahkan gelak ketawa kami.

Aku senyap seketika.Memandang kepada semua orang.Rafiq.Kemudian Awie,diekori Nadian dan Zatu.Orang yang terakhir adalah dia.

Habis,awak masih marah lagi dekat saya ke tanya suara yang sedang kutunggu lama untuk diserap khas oleh kedua belah telingaku.

Petanyaan itu membuatkan lima pasang mata memerhatikan jawapan yang tepat dari mulutku.Aku tahu jawapan yang bakal kuberikan merupakan pemutus penyelesaian kami yang masih belum diketahui statusnya.

Tak.jawabku pendek yang menandakan bahawa hari itu membawa seribu keriangan untuk diri kami berenam.Jawapan yang kupasti amat ringkas dan padat untuk mereka.

* * * * *

Waktu untuk mengulangkaji untuk final yang tinggal seminggu kugunakan sepenuhnya.Habis sahaja kuliah,aku akan terus ke bilik kami itu untuk belajar.Rafiq juga begitu.Kadang-kadang Zatu , Nadian , Awie dan dia turut serta.Kami belajar bersama-sama kerana hasil belajar secara perseorangan kurang lumayan berbanding secara berkumpulan..Kadang-kadang aku akan terus lepak di bilik ini sampai pukul satu pagi.Selalunya Rafiq sudah pulang pukul 11 malam.Aku sahaja yang tinggal seorang.Kadang-kadang adalah pak guard yang datang melawat.Malah,ditemannya aku disitu sampai aku habis menelaah.Namanya,Pak Ngoh.Aku tak tahu nama sebenar tapi orang lain panggil dia sedemikian.Aku ikut saja mana yang baik.

Sedar tidak sedar hari peperiksaan hanya tinggal dua hari sahaja.Esok Sabtu dan lusa,Ahad.Hari ini hari Jumaat.Hari yang dikatakan turunnya Nabi Adam a.s dan Siti Hawa ke mukabumi ini dan hari ini juga adalah merupakan hari terakhir dan hari kebangkitan manusia pada satu masa yang bakal menjelma.Hari ini,seperti biasa selepas Isyak,aku dan Rafiq belajar seperti biasa.Cuma pada minggu ini,aktiviti kami tidak sekuat bulan-bulan yang lepas.Hanya sekadar mengingat kembali apa yang perlu dan menokok tambah yang menjadi kepentingan.Zatu , Nadian dan dia turut hadir.Cuma Awie yang tidak hadir.Sakit perut katanya.Belajar bersama-sama kali buat kali terakhir,barangkali.Mungkin hari-hari yang berikutnya digunakan untuk kepentingan sendiri.

Tepat pukul 11 malam.Aku berhenti berehat.Rafiq sudah keluar pergi menelefon emaknya di kampung.Mungkin setengah jam lagi baru dia kembali.Zatu dan Zanariah baru ke koperasi.Sempat kutitip roti dan air soya kesukaanku Dia juga turut mengikut sama.Tinggal aku seorang sahaja yang menjadi srikandi tunggal yang setia dibilik yang baru saja berusia empat tahun ini.Agak baru.

Sedang aku mengelamun.Aku terdengar ada suara orang perempuan memberi salam.Aku kurang pasti.Mungkin Zatu dan Nadian yang tertinggal dompet.Aku rasa.

Em..haus betul tekak aku ni.Pekena kopi,lagi baik.Nak harap air soya aku tu.Kena buka kilanglah baru dapat nak rasa.Geramku apabila terasa sudah 15 minit berlalu.Mana tidaknya,orang perempuan pergi membeli belah memang lama walaupun sekadar koperasi yang tidak sebesar pasaraya.

Baru sahaja aku hendak ke dapur yang kami buat khas di satu sudut bilik ini,aku terkaku seketika melihat dia telah berada disitu.Tangannya sibuk mengacau air kopi yang menjadi kegemaranku selalu.Sejak peristiwa dulu,tak pernah lagi aku merasa air kopi buatannya.Bau kopi itu sudah semerbak dalam bilik ini.Aku masih lagi terkaku dan akhirnya, aku kembali duduk ditampatku menunggu dia kembali ke tempat yang sepatutnya.

:Setelahku pasti dia telah pergi,aku segera pergi untuk membuat kopiku.Tapi,terasa seperti lima buah gunung di Malaysia termasuklah Gunung Kinabalu, Gunung Ledang,Gunung Jerai,Gunung Senyum dan Gunung Tahan menghempap benakku.

Kopi habis !

Hilang selera minumku.Hanya sekadar minum air suam kosong sahaja penghilang dahaga.Aku hanya terduduk di kerusi yang berada didapur ciptaan kami.Dulu aku selalu bersama si dia.Merasa kopinya dan bergurau senda.Tapi sekarang

Air kosong sahaja , suam pula tu

Erk.. terkejutku sampai aku tertolak air suamku itu.Habis basah baju melayu cekak musang buatan emakku.

Dia hanya tersenyum sahaja.Lantas dihulurkan sapu tangan miliknya kepadaku.Segeraku kuambil tanpa sedar dan mengelap tempat yang basah itu.Kemudian dia mengambil tempat di hadapanku sambil duduk dengan sejag air kopi yang dibuatnya tadi sambil memandangku dan tersenyum simpul.Bagiku senyumannya itu cukup manis.Lebih manis daripada air kopi dia,agaknya.

Patutlahkopi habis.Awak bantai sejag.perliku setelah aku selesai mengelap bajuku.Kemudian kulipat kemas sapu tangan itu untuk kubasuh kemudian.

Rafiq kata awak nak jumpa saya

Apa Terkejutku belum habis dengan sergahannya tadi.Di tambah pula dengan kejutan yang mungkin menambah lagi renjatan perasaan cuakku malam ini.

Rafiq kata awak nak jumpa sayaulangnya lagi.Tersenyum.Mungkin dia tahu aku masih belum membiasakan keadaan yang sudah lama tidak dipraktikan.

Memang pun.Saya memang ada hal nak cakap dengan awak.ucapku mencover air mukaku yang kian dibasahi peluh malam.Rafiq pun satu.Ada sahaja cara dia nak menolong aku.Yang membuatkan aku geram dengannya,dia selalu merancang sesuatu perkara tanpa berbincang dengan sesiapa pun.Mengejut.Itulah cara dia selalu berkomunikasi dengan orang lain.Terutamanya aku.

Apa dia

Saya suka kat awak Ayat ringkas yang dah lama kuperam dalam hati ini.Aku sudah tidak peduli.Aku nekad.Aku perlu berterus terang padanya.Aku tidak mahu pisang berbuah tiga kali..

Em..saya tahu. Balasnya tersenyum.Seperti sudah tahu maksudku.

So..tanyaku meminta kepastian.

Air kopi ini saya buat khas untuk awak,itu jawapan yang agak pelik yang dapat diterima olehku.

Tersentak aku.Kupandang dia betul-betul.Benarkah apa yang dituturkan olehnya ataupun sekadar penyedap bicara.Yang pasti itu bukan jawapan buat persoalan sebenarku,tadi.

Untuk saya,kenapa

Untuk awak.

Betul,tapi kenapa Tanyaku lagi.Pening kepala juga apabila dia memberi jawapan yang budak 3 tahun pun boleh berpinau kepala apabila memikirkan jawapannya.

Saya tahu awak dah lama tak minum kopi saya,kan Awak marah kat saya lagi ke Tanyanya lembut.Tangannya pantas menuang air kopi itu dan ditolak lembut berhampiran tanganku.

Awak saja yang fikir macam tutukasku memulang paku serpihnya.

Habis tu.Kenapa awak mula dingin dengan saya.Tak seperti masa mula-mula dulu.Awak tahu..jawab remaja muda yang bertudung labuh krim itu mengukir kata.Rasa aku dia tak habiskan lagi ayat yang terakhirnya itu.

Tahu apa tanyaku kurang pasti.Sumpah aku memang tak tahu.

Saya nak waktu itu berulang semula, ucapnya sambil memandang tepat ke arahku mencari kepastian dari diriku.

Qashasayasambil aku memandang tepat ke arahnya.Mahu juga aku memberitahunya aku juga berperasaan sedemikian.Dia tersipu malu melihat aku merenungnya sebegitu.Aku tahu aku tidak wajar.Aku lelaki.Dia perempuan.Aku juga turut takut ada pihak ketiga yang bakal menyebabkan kami tewas.

Haikalsaya harap apa yang telah terjadi tidak berlarutan.Awak pun tahu apa yang berlaku antara kita.Saya percaya pada awak.Saya tahu apa yang tersirat di hati awak.Sudah pun tersurat di muka awak.Tak pernah sedetik pun dihati ini membenci awak.Saya minta maaf segala salah silap saya pada awak.Hari itu,setelah pulang dari klinik.Saya terus tidur.Malam itu,saya bangun saya buat hajat dan istikharah.Petunjuk untuk kita.

Kita tanyaku walaupun aku tahu maksudnya.Walhal pada malam yang sama aku turut mengerjakan perkara yang sama dilakukan olehnya.

Em,kita.Saya dan awak.

Lepas itu

Saya nampak awak malam tu.Akhirnya saya faham.Dan…

Dan

Saya dapat terima keikhlasan awak,jawabnnya perlahan.Kemudian aku terdengar sedikit esakan darinya.Kulihat setitis dua air matanya laju turun.Mahu sahaja kupegang tangan lembutnya itu yang hanya beza seinci dengan tanganku untuk mengucap rasa gembira.Mahu sahaja kupeluk dirinya untuk menenangkan keadaan.Mahu sahaja aku jerit kepada alam akan kesyukuran berjaya membuka pintu hatinya.NurAqasha.Tapi aku tahu itu bukan ajaran Rasulku.Bukan dari Al-Quran yang aku baca setiap hari juga bukan dari teguran emak yang mengandungkanku sembilan bulan sepuluh hari dan juga bukan perintah yang ditinggalkan untukku dariNya.

Thanks Qasha.

Buat kali kedua aku membuatkan insan bergelar wanita menangis.Pertama ketika emakku menangis kegembiraan sewaktu aku berjaya dalam SPM.Dan yang kedua,adalah.

* * * *

Setelah aku membaca surat yang dikirim khas untukku.Bukannya menceritakan betapa rindunya dia padaku.Bukan menggambarkan betapa mendalamnya cintanya padaku.Bukan juga cerita peperangan manusia dan senjata.Bukan juga cerita bulan bertukar warna atau mentari redup cahaya jingganya tetapi sebuah ungkapan nasihat yang ditujukan istimewa buat insan seperti aku.

Haikal,
Bantu dirimu untuk membantu orang lain
Panjangkan langkahmu
Tampillah sebagai khalifah
Yang dapat meluruskan tulang yang bengkok
Bukan dengan kekerasan
Bukan juga dengan membiarkan
Tapi
Dengan nasihat dan ingatan
Juga silaturahim
Kerana itulah usahamu
Untuk menyambung dakwah Rasulullah

– Qasha –

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: