segalanya mungkin

“Kedinginan penyaman udara begitu mencengkam sehinggakan aku terasa begitu sejuk sekali?tetapi ianya mungkin tidak sehebat cengkaman perasaan aku yang dilanda sesuatu yang aku yang tidak pasti apakah namanya itu. Adakah cinta telah mula berputik di hati ini. Aku sendiri tidak pasti. Tetapi yang aku pasti hati ini dan diri ini begitu kuat untuk menatap wajahnya biarpun sekilas wajah..biarpun melihat dari jauh. Biarpun melihat pejabatnya. Sehari tidak menatap wajahnya aku jadi gelisah..kehadirannya biarpun seketika dapat mendamaikan hati ini. Ahh..adakah aku sudah angau..kemaruk cinta.?.. Cuma ku takut irama yang aku alunkan sumbang lantaran gitar yang dipetik tidak bertali?..lantaran rebana yang ku palu tidak bergema..lantaran irama yang kucipta tak berlagu?.atau mungkin hanya aku ditimpa perasaan syok sendiri?.aku pun keliru.bingung memikirkannya di saat aku ingin menyemai benih-benih cinta di taman hatinya. Ini kerana di saat2 ini si dia memmberitahuku ada insane lain yang juga sahabat karib yang sudah lama menanti diri ini. Yang mengharapkan aku menyambut cintanya. Yang mana aku juga pernah menaruh perasaan terhadapnya tanpa ku ketahui mereka akan menjadi akrab. Tetapi mengapa dia berkelakuan sedemikian. Itu yang membuatkan aku keliru.Yang mana satu harus ku pilih, ini kerana si dia berada dekat di mata?sedangkan seorang lagi jauh di sana?.yang ku ragu akan kesetiaannya..kejujurannya. Seseungguhnya aku dalam dilemma..berada di persimpangan. Aku tidak ingin mengecewakan kedua-duanya kerana mereka cukup akrab. Aku tidak ingin persahabatan mereka putus kerana aku. Ini kerana mereka adalah menepati untuk aku jadikan suri hidup ini. Atau pun aku harus memilih pilihan keluarga?..kebingungan dan kekeliruan makin betambah-tambah lagi..
Azril ! Kau buat apa tuu..tiba2 aku terdengar nama aku dipanggil. Ni..ada call untuk ko nie?cepat la sikit..jerit Kamal. “Haii..apa kabar” suara yang begitu lembut terdengar di corong telefon “Assalamualaikum, siapa tu” aku memberi salam. “walaikumusallam, jangan la perli cam tu lak, ni I..laa Airina Sakina” jawab dengan panjang lebar. “U apa khabar skrg” dia kembali bertanya ” I okay jerr, as usual life goes on” jawabku dengan tenang biarpun aku sedang dalam dilemma. ” Cam mana dengan Sya?ada call dia tak?” dia kembali menyoal “Tak lagi..lama dah tak call..sibuk la sekarang” aku menerangkan agar tiada lagi persoalan timbul. ” Rin..kita lunch together today, I belanja u..nanti u tunggu kat bawah” aku mengajak Airina makan bersama
Aku dan dia bekerja di satu bangunan yang sama. Aku mengenali dia secara tidak sengaja di mana kami terperangkap dalam lif bersama, pada hari pertama aku bekerja di bangunan yang sama. Agak lama juga aku terperangkap dengannya di dalam lif itu. Kami sempat berbual mengenaki perihal diri masing2. Walau kami kenal dalam masa yang agak singkat, tapi serasa sudah bertahun kami mengenali satu sama lain. Sejak hari itu kami mula rapat. Sebagai kawan..dia lah menjadi teman aku makan tengahari dan sesekali aku keluar dinner dengan dia dan juga menemani dia membeli-belah. Aku tidak pernah bertanya berkenaan dirinya sama ada dia masih lagi available untuk dimiliki. Tapi mustahil perempuan seayu dan selembutnya tidak dimiliki mana-mana lelaki. Senyumannya sudah bisa mencairkan mana-mana insane bergelar LELAKI. Kami tidak pernah bercakap soal pasangan walau kami agak kerap keluar bersama. Tanpa aku sedari, aku menjadi perhatian teman sepejabatnya. Katanya dia sangat meminati aku, Cuma dia agak malu untuk keluar bersama walau Airina pernah mengajak untuk keluar bersama. Perkara ini aku tahu setelah aku agak rapat dengan Rin. Di saat aku yakin dan pasti dialah bakal ku pilih untuk aku jadikan suri hidup ini. Aku ada juga merisik dan bertanya kawan-kawan serumahnya..yang mana adalah teman sepejabat aku tentang Rin. Katanya Rin seorang gadis baik..lemah lembut dan jarang keluar malam tidak seperti mana gadis-gadis di kota keluar bila malam minggu. Dia cuma sesekali mengunjung rumah kakaknya yang tinggal di Negeri Sembilan. Apabila keluar rumah biarpun untuk mengambil surat atau membuka pintu rumah, pastinya tudung melindungi rambutnya itu. Dia juga seorang yang cukup pandai memasak, kerana dia yang kerap memasak di rumah mereka. Aku kira banyak juga aku ketahui tentangnya. Mereka juga hairan bagaimana dia menerima ajakan aku kerana selama ini dia susah untuk menerima ajakan dari mana2 lelaki, biarpun teman sepejabat. Mungkin dia tercipta untukku. Bisik hati kecil ini, saat mereka bercerita pasal Rin. Masih ku ingat selepas kami makan tengahari bersama, aku ingin meluahkan perasaan ini dan bertanya tentang dirinya, adakah dia dimiliki atau tidak. Tetapi dia terlebih dahulu memberitahu yang kawannya sepejabatnya.. begitu berminat untuk mengenali aku. Sesuatu yang tidak pernah aku sangka..dan terpikir..ada juga insane yang meminati diri ini. Rasanya aku tidak begitu hebat dan bergaya jika disbanding dengan pemuda2 lain yang ada di kota metropolitan ini. Aku hanyalah memiliki kereta mini yang agak lama tetapi masih mampu untuk dibawa di kota ini, mampu untuk membawa kau, Rin. Aku ada juga meminta Rin mengajak kawannya, Syakirah Farhan atau Sya keluar bersama-sama tetapi katanya Sya agak malu dan gugup bila berdepan dengan aku. Lucu jugak aku dibuatnya. Tetapi malangnya dia ditukarkan ke tempat lain, ke cawangan baru syarikat mereka. Memandangkan Sya seorang Eksekutif Pemasaran yang agak senior berbanding Rin, jadi dia minta menerajui syarikat baru itu dan Rin mengambil alih tempat Sya. Walaupun bidang kerja kami agak jauh berbeza, kami masih lagi menjadi intim, di mana aku dengan bidang IT, yang mana aku menjadi salah seorang pereka Aplikasi Multimedia di Syarikat FSG Sdn Bhd. Lantas Rin menyerahkan kad Sya kepadaku dan memesan agar aku menghubunginya. Katanya sya pasti happy kalau aku menelefonnya. Katanya lagi lebih baik kita memilih dan menyintai orang yang sukakan kita daripada memilih sesuatu yang tidak pasti. Kata2 Rin itu membuat aku keliru, apakah makna semua ini. Aku bertanya sendiri. Ingin aku terus bertanya padanya, bagaimana dengan Rin sendiri..bagaimana dengan kita? Tetapi lidah ini berat dan serba salah untuk menuturkannya. Tanpa aku sedari, Rin sudah pun selesai menghabiskan makanannya. “Ril..ai..takkkan dah syok kut..ingatkan Sya ker?” tanya Rin dengan nada bergurau. “Ehh. Takdalah..saya.mm.mm..tak da apa2?” aku agak tergagap-gagap menjawab persoalannya. “Tak apa balik nanti, call la dia?dia pastikan melayan Ril.” Rin mengusik aku lagi. “Rin..rin?mmmm?” aku cuba bertanya..tapi ianya tersekat di dalam mulut ku?bagaikan ada seketul berlian yang akan ku luahkan? “Dah la tu, abiskan makannan Ril tu, dah lewat nie?Rin nak masuk office pula, kan mengamuk pulak boss nanti.” Rin meminta aku menghabiskan makanan aku memandangkan jam sudah hampir 2 petang.
Sedang syok aku dok layan blues,,tetiba.. “En Haris Azril?..Woii..dah petang nie..tak nak balik ke?.ko cari idea ker tengah piker pasal Rin. ” teguran Rizman member serumah aku mengejutkan aku. ” Tak pa sat lagi aku balik la?hang pi la balik dulu..” gesa aku pada Rizman. “Woiiii..tadi hang kata nak main bowling ngan geng rumah hari ni, Ayun dah pun call tadi..depa dah sampai dah kat Sunway nuu.., hang nie lupa dah..sah la ko dah kena ANGAU..Rill..” jawab Rizman dengan panjang lebar. Aku lupa hari ni aku dan member serumah nak main boling. Macam mana la aku boleh lupa. “OK..OK?aku nak solat sat..nanti aku sampai?..” aku memberi harapan pada Rizman. “Ye lah?.yelah.., aku tunggu dengan dia org , dah la tu layan angau ko tu” Rizman sambil berlalu meninggalkan aku. Pejabat aku dan member serumah agak dekat dengan Sunway Pyramid, jadi di situlah menjadi port kami bersantai selepas habis kerja. Di situlah juga aku banyak menghabiskan masa dengan Rin. Setelah selesai solat,aku sempat menadah tangan memohon petunjuk dariiNya siapa yang harus ku pilih untuk menemani dan menghiasi syurga rumahtangga ku ini. Tanpa berlengah aku terus menuju ke Sunway Pyramid untuk menghabiskan masa dengan member2 aku, dapat juga meringankan apa yang terbuku dalam minda aku ini. Kata orang hidup ini kena happy dan enjoy agar sentiasa bahgia. Tak guna jika harta melimpah ruah tetapi sentiasa murung dan sugul. Sebaik aku sampai di tempat bowling, mereka sudah pun memulakan permainan dan turn aku pun dah dekat. ” Woi ..mat..apahal lu..lambat sangat.tak abis2 layan blues..” tegur Naim, seorang pensyarah yang masih dengan sikapnya selamba dan bersahaja tak berubah-ubah walaupun dah bertunang. “Ril..sat lagi turn hang?.tengok aku buat mesti strike nyee..” Mantoya menyampuk. Aku terus memlih bola yang sesuai dan menghayunkan bola ke sasarannya, tetapi entah la macam mana pula ianya melencong ke tepi. Tetiba terdengar gelak tawa di belakang. ” Woi..woi..apahal tu masuk longkang?hang kata hang tererr?” Ayun menyindir aku. ” Alaaa..baru first round?tunggu la?.nanti?” jawab aku “Kau kena ingat..kita punya rule..kan..siapa2 kalah..kena belanja mkn nanti” Rizman menyampuk pulak. Kebiasaannya di hujung bulan kami akan bergilir-gilir belanja?member serumah. Tak kira siapa yang kalah atau menang..tetapi salah seorang dari kami akan ikut turn dan mengalahkan diri dalam game yang kami tentukan beberapa hari sebelum pengujung bulan. Sememangnya aku, Man, Ayon, Mantoya dan Naim semacam adik beradik. Kami memang rapat sejak dari universiti lagi dan menjadi teman serumah sejak dari dulu lagi.
Kesemua teman2 aku tidak mengetahui mengenai Sya. Hanya aku dan Rin sahaja yang tahu. Aku cuba menghubunginya malam itu, entah macam mana jari-jemari ini mendail nombornya. Kami berbual agak lama juga, bertanya khabar berbincang pasal kerjaya masing2 dan juga bercerita tentang perihal diri dan keluarga. Kami tidak menyentuh pun pasal perasaan masing2. Dia juga sempat bertanya bagaimana aku mendapat nombornya dan sempat juga dia memarahi Airina. Mulai saat itu kami kerap berhubung dan ia juga menjadikan kami agak intim. Tetapi aku mula nampak perubahan pada Airina, dia nampaknya cuba menjauhkan diri dari aku, walaupun aku telah cuba menghubunginya dengan pelbagai cara. Mungkin dia ingin memberi ruang kepada aku dan Sya atau pun dia mungkin sibuk dengan tugasannya. Entah bagaimana aku terserempak dengan dia di tempat parking . Kami sama-sama dalam perlananan pulang, lalu aku menegurnya dan terus mengajaknya untuk makan tengah hari bersama. Kebiasaannya hari Sabtu, aku selalunya akan makan sendirian kerana teman2 serumah aku ada agenda tersendiri. “Airina, lama tak nampak ..sibuk sangat ke?” aku mula menyoalnya “Aaaa.. sibuk la..company I baru dapat tender untuk produk baru..so I kena buat marketing plan,promotion..u tau la kan tugas I” panjang lebar Airina menjawabnya. ” So..boleh tak I pinjam masa u..sat..kita pi lunch., lagipun dah lama I tak lunc dengan u” aku cuba untuk mengajaknya. “Mmmm..mm?okay?tapi U la belanja kan” jawab Airina.
Setelah selesai kami menikmati juadah tengah hari..aku mula menanyakan beberapa persoalan yang sekian lama terbuku di hati ini. Tetapi aku buntu untuk memulakannya. Sedang asyik aku mencari idea, tiba-tiba.. “Sya..apa khabar skrg?” Airina memulakan perbualan ” Dia okay..dia ada kirim salam kat u..katanya dah lama u tak call dia” aku menerangkan pada airina. “So U dgn dia ?..cam mana..dah declare ker?” Suatu soalan yang agak sukar hendak aku jawab tiba2 terkeluar dari mulut Airina. ” Rin?belum I jawab..I nak tanya u dulu..tapi U kena jawab dengan jujur dan ikhlas” “Soalan apa tuu?..sampai camtu sekali?” Rin cuba membuat lawak. ” I nak tau pasal u..Rin..pasal perasaan U..” “Pasal I?kenapa u nak tau?” rin cuba mengelak dengan persoalan aku. “Sebab..sebab?I ?I..rasa I dah mula sukakan U..rin?I dah jatuh hati pada U..rin?” aku memberi jawapan walaupun agak tergagap-gagap. Wajah Rin nampak berubah. “Rill?.u tak boleh kecewakan Sya..dia betul2 mengharapkan U untuk membina bersama mahligai impian.” “Rin..tiada gunanya kalau mahligai yang kita bina tu?bukan atas dasar cinta..rin?dan I nak U jadi permaisuri di istana itu ..Rin..” “Rill..I..tak nak Sya..kecewa lagi..dia pernah kecewa..sehinggakan membuat dia kandas masa belajar dulu..I tak nak apa2 terjadi padanya..I tak nak sejarah lama berulang lagi.” “I tau..dia pernah ceritakan pada I..tapi di hati I?hanya terpahat nama U..Rin..I tau Rin, U pun cintakan I..jangan U tipu perasaan U Rin?.” Aku tahu mereka berdua pernah bercinta dengan jejaka yang sama semasa di universiti dahulu tetapi jejaka tersebut terkorban dalam kemalangan. “Ril..I tak nak kehilangan seorang sahabat karib..I akan tumpang gembira dan bahagia andainya hubungan Ril dan Sya berakhir di jinjang pelamin. I harap U faham perasaan I . Rasanya cukup kalau kita berkawan sahaja..Ril.” “Tetapi I sayangkan U lebih dari segala-galanya..Rin..” “Rin?Rin?” aku memanggil Rin. Tetapi dia terus berlalu menuju ke keretanya dan meninggalkan aku keseorangan di medan selera itu.
Rin terus memecut kenderaannya meninggalkan seseorang yang dia rasakan dapat dijadikan pelindung dan teman ke akhir hayat. Tetapi setelah mendapat tahu Sya juga menaruh hati pada Azril, rasanya terpaksalah dia mengundur diri. Sya, satu-satunya sahabat karib sejak zaman persekolahan sehinggalah ke menara gading dan kini. Dulu Sya pernah bertengkar dengannya kerana sama-sama merebut cinta Hafiz, jejaka yang popular semasa di univerisiti dahulu. Tetapi hubungan Sya dan Hafiz sampai ke penghujungnya, ini kerana Hafiz membawa diri ke luar negara dan yang lebih malang lagi kapal terbang yang dinaiki oleh Hafiz terhempas. Peristiwa itu membuatkan Sya tertekan sehingga pelajarannya di universiti agak terganggu. Sya merasa amat bersalah kerana dia ada bertengkar sebelum Hafiz menaiki pesawat. Puncanya adalah aku, insane yang bergelar Rin. Ini membuatkan aku agak serba salah bila sejarah yang lama berulang lagi. Mungkin ini adalah ujian Allah. Aku bertekad mulai saat ini soal jodoh ini akan ku serahkan pada keluarga, lagipun ibu dan Pak Long aku sudah banyak kali menanyakan tentang perkara ini. Akan ku serahkan pada mereka soal siapa bakal menjadi suami ku nanti. Cuma mulai sekarang aku harus belajar untuk melupakannya, melupakan Azril. Biarpun ku tahu dia juga ada menaruh perasaan terhadap diri ini. Mungkin agak sukar sedikit tapi aku yakin lama kelamaan pasti namanya serta kenangan bersamanya akan luput dari sudut ingatan ini. Tanpa aku sedari..aku telah sampai ke kawasan perumahan yang aku diami. Malam ini mungkin aku keseorangan kerana rakan serumahku belum lagi pulang dari kampung.
” Boleh cakap dengan Sya”? “Siapa tuu?” suara yang begitu lembut terdengar di corong telefon. “OO?Ni kawan dia..Azril” “Rill?.lama tak dengar citer, apa khabar sekarang” “Sorry.laama tak call?sibuk sikit?” aku cuba memberi jawapan yang pasti akan ditanya. “Sya..Rill..ada perkara penting yang harus kita bincangkan.” “Apa tu..Ril?” Sya cuba untuk mendapatkan penjelasan. “Rasanya lebih elok hujung minggu ni..Ril ke tempat Sya..”
Suasana nyaman di Tasik Pedu membuatkan aku rasa selesa dan tenang. Rasanya aku cukup bersedia untuk menerangkan segala yang terbuku di hati ini dan aku nekad dengan keputusan yang ku pilih ini. “Asssalamualaikum?Ril ” Kedengaran satu suara yang sememangnya aku kenal menyapa dari belakang. “Walaikumusallam, Sya apa khabar?” “Alhamdullillah, baik, jauh Ril merenung, apa yang Ril fikirkan ni? ” “Ada beberapa perkara yang Ril nak bincangkan dengan Sya.” “Sya..rasanya Ril perlu menjelaskan beberapa perkara dengan Sya?.dan Ril juga ingin mendengar penjelasan Sya juga.” “Sya?.tahukan Ril dan Rin agak lama mengenali satu sama lain dan Rin juga ceritakan mengenai Sya pada Ril..jadilah tidak perlu Sya berselindung lagi..” Aku lihat Sya mengalih pandangannya ke tasik yang begitu luas dan tenang itu. “Mmm?Ril?memang Sya akui perkara itu tetapi Sya ingin jelaskan di sini..rasanya Rin lebih berhak dalam soal ini. Ril terimalah Sya?dan Sya merelakannya walaupun Ril sememangya Sya sayang dan cinta. Biarlah kali ini Sya pula yang berkorban demi untuk kebahagiaan Rin dan Ril.” “Tetapi Sya?.tetapi..” “Rill..teruskanlah niat Ril itu?” Sya terus pergi meninggalkan aku sebelum sempat aku menerangkan segalanya.Tentang Rin yang menolak lamaran ku dan ingin memberi peluang pada Sya. Kini Sya pula bertindak demikian. Perkara ini membuatkan aku jadi bingung dan keliru. Nampaknya kedua-duanya saling berkorban.Sememangnya mereka sahabat sejati. Bagaimana harus aku menerangkan pada Rin..dia sudah hilang entah ke mana. Memang rasanya tiada jodoh antara aku dan Rin. Sudah puas aku menghubungi rumahnya tapi katanya Rin sudah lama tidak pulang ke rumah, aku cuba menghubungi handsetnya?hanya suara operator memaklumkan tidak dapat dihubungi. Jelas sekali dia ingin melarikan diri dari aku. Cuti aku tinggal dua hari lagi. Apa pun keputusan harus ku buat. Semoga ketenangan tasik ini dapat mendamaikan perasaan dan hati aku cukup resah dan fikiran yang sememangnya berserabut. Aku nekad dengan keputusan aku. Semoga apa yang aku ambil ini akan mempunyai hikmahnya nanti.
“Nora..Datuk Kamal..ada kat dalam ke? Soalku pada sekeretari syarikat FSG. “Rasanya ada..nanti I tanya dia..dia busy ke tak?” “Datuk?Azril nak jumpa Datuk..are you free right now?” “okay la.Ril..u nasib baik kali ini?Datuk free dan nampaknya mood dia pun baik” “Wish me luck?ya ..noraa” “Azrill..ada apa hal ini?.camna your vacation..okay ke”? “Okay..datuk.semuanya dah selesai?.dan rasanya saya dah dapat keputusan yang terbaik” “Keputusan apa tuu..Azril?” Datuk kamal menyoal dengan nada terkejut “Saya ingin meletakkan jawatan?dan mungkin saya akan menyambung pelajaran saya” “Awak serius ke?..” “Yaa..muktamad datuk” “Kalau itu yang awak mahu..saya tidak dapat menghalang laa..so I wish U good luck” “Terimakasih datuk.”
Irama lagu Careless Whisper tetiba memecah kesunyian malam dan ketenangan tasik damai ini..Siapa pulak yang call aku nie.. “Assalamualaikum..Ril..lama betul anak mak ini tak telepon” “Walaikumusallam mak?Ril ..sebenarnya..” “Rill?.mak faham dan mak harap kau dapat buat keputusan..kau pun dah lama menyendiri. Mak harap kau boleh lupakan kisah silam kau tuu..Mak ni dah lama menunggu untuk menerima menantu..” “Nantilah..mak bagi Ril sikit masa lagi..nanti Ril call mak balik ya..mak..” harapan mak aku begitu tinggi dan rasanya aku harus buat keputusan. Tidak lama lagi semester akan bermula..dan aku akan kembali ke kampus untuk mendidik anak bangsa yang gigih mengejar cita2 mereka. Lima tahun dulu aku ke sini dan kini aku kembali lagi untuk mencari penyelesaian. Tasik ini banyak menyimpan memori aku bersama Sya, Rin. Kami kerap bercuti di sini. Dan di sinilah jua aku dikecewakan oleh Sya. Ketenangan tasik ini juga yang memberi aku ketenangan dalam hati ini dan memberi aku petunjuk agar memohon dariNya. Walau apa pun tasik ini sememangnya serasi dengan aku. Dan ia menjadi tempat aku melepaskan tekanan dan kekecewaan serta memberi ilham padaku. Suasana di kampus kembali sibuk dengan pelajar yang mula kembali ke kampus untuk meneruskan pengajian mereka. Tibanya aku di pejabat Akademik kampus, aku di sapa oleh salah seorang pelajarku. “En. Azril?terimakasih saya ucapkan..saya berjaya mendapat keputusan yang agak baik semester ini..atas bimbingan dan nasihat encik.” “Dah tugas saya Mira..moga awak akan dapat menamatkan pengajian semester ini” Keputusan tentang masa depan aku telah aku buat. Siapa pun yang akan menjadi suri hidupku nanti akan ku terima seadanya. Semoga ianya dapat menggembirakan orang tua ku. Segala urusan untuk hari yang paling bersejarah itu aku serahkan pada keluargaku. Mereka berkeras agar segalanya diserahkan pada mereka walau aku ada juga meminta untuk menghulurkan pertolongan. Tanpa disedari kampus ini akan sunyi untuk seketika. Pelajar mula pulang untuk cuti seminggu manakala aku pula akan menempuh detik bersejarah dalam hidupku. Hari yang dinantikan telah tiba. Upacara akad nikah akan dilakukan dalam beberapa minit lagi, hanya menunggu kedatangan Tok Kadhi sahaja. Aku pula sedang sibuk berperang dengan perasaan yang gundah gulana, resah gelisah. Bermacam perasaan timbul dalam diri ini. Sehingga saat ini aku belum tahu siapa bakal isteriku, kerana semasa hari pertunangan aku hanya meminta keluargaku untuk menguruskannya, ini kerana aku terpaksa menghadiri kursus yang agak penting. Manakala pihak perempuan pula berkeras agar upacara pertunangan itu dilaksanakan juga walau tanpa kehadiranku. Aku tanpa banyak soal bersetuju. “Ril?dah ready ke?..Kadhi dah sampai ni..” Rizman bertanya. Kesemua rakan2 ku hadir membawa isteri masing2..Malah mereka telah pun begelar ayah. Hanya aku sahaja yang belum berkahwin. “En. Azril..dah bersedia?” soal Tok Kadhi. “dah..tok..” Saat Tok Kadhi menyebut nama pengantin perempuan aku jadi tergamam seketika, menyebabkan aku terpaksa melaksanakan beberapa kali. Namanya cukup ku kenali. Tetapi fikirku mungkin nama serupa, rupa paras pun ada yang serupa apa lagi nama. Mungkin secara kebetulan sahaja. Sekali lagi penyakit gugup datang, apabila aku akan menyarungkan cincin pada pengantin perempuan. Malu pula rasanya, malahan aku sudah biasa bersalaman dengan teman2 perempuan aku. Saat aku menyarungkan cincin ke jari manisnya, pengantin perempuan mendongak ke arah aku. Wajah yang aku kenali dan reaksi yang agak terkejut jelas di wajahnya. Kami sama-sama tergamam lantas kami saling mengukir senyuman. Sedang aku dan pengantin perempuan melayan tetamu, tiba2 ibuku datang membawa seseorang yang aku kenal. Nampaknya banyak kejutan yang aku terima di hari perkahwinan aku ini. “Ril?inilah orang yang bersusah payah dan meminta agar kamu berdua disatukan.” “Syaa..!!!!”..”aku dan Rin dilanda kejutan kali kedua. “Ril,Rin?.kini hajat Sya dah tercapai. Sya berasa cukup gembira hari ini” “Tapi kenapa ?..Sya..” soal Rin. “Rin?Sya tahu Ril amat sayangkan Rin dan Sya rasa Sya tak akan bahagia walau Ril memilih Sya, lagipun memang jodoh Rin dengan Ril”
Kini hampir sebulan aku memulakan kehidupan baru dan sememangnya aku amat bahagia dengan Rin. Sedang aku dan Rin menikmati minum petang, tiba telefon berdering dari dalam rumahku. “Asalamualaikum..Ril..” mak aku memberi salam “Wailukumusallam” “Ril..mak harap kau boleh menerima apa yang nak mak sampaikan ini..” “Berita apa ni.mak” “Syakirah..ril?dia telah pergi meninggalkan kita..Ril, dia ditimpa kemalangan dalam perjalanan menziarah kau… ” “Sya..??.” “Harap kau dan Rin bersabar dan menerimanya dengan tabah” Aku terduduk seketika menyebabkan Rin segera mendapatkan aku. “Abang..napa nie??” “Sya..Rin..Sya..dia..dddiaa..ddaahh?meninggal dunia?.” “Ril?jangan main2 soal mati nie Rill” ujar Rin bagaikan tidak percaya. “Rin..Ril baru sahaja menerima berita dari mak tadi” Tiba2 terasa bahuku dibasahi airmata Rin?. “Bersabarlah?.Rin..” Kami ada mengajaknya untuk ke bercuti ke Tasik Pedu bersama-sama. Sya ada menghubungi kami beberapa hari lalu, katanya dia out station kat JB dan sebaik sahaja tugasannya selesai dia kan datang ke rumah kami terlebih dahulu. Nampaknya itulah kali terakhir aku,Rin berbual dengannya. Segala yang berlaku bagaikan dia sudah mengetahui akan kematiannya. Sya banyak berkorban untuk aku dan Rin. Belum sempat kami raikan semuanya, kau lebih dahulu meninggalkan kami,,Sya.
“Rill?Ril?.buat apa lagi kat luar tuu?.dah lewat malam ni?” kedengaran Rin memanggil aku masuk. “Ya..sekejap lagi abang masuk la..” “Ni..haaa..Sya?dah nak tidur nie?dia nak abang temankan..puas Rin pujuk tak nak jugak..” “Ya.la..ya..laa..” “Papa?nak ido?antukkk”?ujar Sya anak kesayangan kami.. “okay..okay jom papa dodoikan ya..sya..” SYAKIRAH FARHAN?namanya kan tetap abadi dan kekal di sanubari aku dan Rin. Untuk itu kami namakan anak perempuan kami sempena namamu SYA? Sya?pergorbananmu sukar kami balas?kami hanya mampu mendoakan semoga rohmu dicucuri rahmatNya

Satu Respons

  1. BEST CITER NI…MENYAYAT HATI….ORG TUA2 KATA KLU JODOH X KEMANA?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: