cerita: roh kawan karib

KISAH yang dipaparkan kali ini adalah pengalaman benar seorang teman. Walaupun ianya telah berlaku tiga tahun yang lalu, tetapi bagi Munira, ianya masih kekal dalam ingatan dan tak mungkin dilupakannya. Munira dan Erni adalah sehabat karib sejak kecil. Segala pahit manis mereka kongsi bersama. Namun, apabila telah menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan, hubungan mereka sedikit renggang. Tambahan pula, Munira telah berhijrah ke Kuala Lumpur manakala Erni bekerja di kampung halaman mereka di Ipoh, Perak. Cerita yang dipaparkan ini telah ditukar nama dan tempat kejadian demi menghormati permintaan pencerita.Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Munira baru sahaja pulang dari tempat kerja. Terasa penat benar dia hari ini. Maklumlah, sebagai seorang setiausaha sebuah syarikat besar, banyak kerja yang perlu dilakukannya. Sebab itulah, dia kerap pulang lambat untuk menyiapkan segala urusan kerja. Ini kerana Munira tidak suka membawa kerja pejabat ke rumah. Seboleh mungkin, dia mahu menyiapkannya di pejabat sahaja. Selalunya, sepenat manapun, Munira akan terus mandi untuk menyegarkan badan. Tetapi malam itu terasa benar malasnya. Selepas meletakkan beg kerjanya, tanpa menyalin pakaian, dia terus berbaring di atas katil. Sambil berbaring di katil, Munira menghayati lagu yang keluar dari corong radio. Sedang asyik dia berehat, pintu biliknya diketuk. Dengan malas dia bangun dan membuka pintu.”Nira, ada kawan kau datang dari kampung nak jumpa. Dia ada kat luar tu,” ujar Alin teman serumah Munira.Munira duduk menyewa bersama tiga orang sahabatnya. Terfikir juga Munira, siapa yang malam-malam buta ini datang ke rumahnya. Dengan malas Munira berjalan menuju ke pintu hadapan untuk melihat siapa yang datang.”Ya, Allah! Kamu Erni. Kenapa malam-malam ni datang? Kau datang naik apa ni? Eh, mari masuk dulu,” riuh Munira bertanya. Tetapi Erni hanya mendiamkan diri sahaja. Dia hanya tersenyum. Sebaik sahaja Erni melangkah masuk ke dalam rumah, serta merta angin bertiup dengan kencang. Malah hujan turun dengan lebat tanpa memberi amaran.”Nasib baik kau sampai awal, tengok hujan dah turun,” ujar Munira. Mereka beriringan masuk ke bilik Munira. Erni adalah rakan baik Munira sejak kecil lagi. Mereka memang rapat dan sentiasa berkongsi masalah. Erni memang seorang yang periang dan amat ceria. Tetapi malam itu, di benar-benar berubah. Erni lebih banyak mendiamkan diri dan hanya tersenyum.Munira memang hairan dengan kelakuan Erni hari itu. Selain daripada itu, sepanjang berbual dengan Erni, bulu tengkuk Munira berdiri tegak seperti berjumpa dengan hantu. Malah setiap kali bersentuhan dengan Erni, terasa tubuh Erni amat sejuk sekali. Namun keganjilan yang dirasai oleh Munira, dipendamkan sahaja. Sedikitpun tidak diluahkan.”Mana beg kau Erni? Takkan kau datang sehelai sepinggang sahaja?” tanya Munira hairan apabila melihat Erni tidak membawa satu beg pun. “Tak apalah, kau boleh pakai baju aku. Lagipun kitakan satu saiz,” ujar Munira kemudian apabila Erni hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab soalannya.Malam itu mereka berbual-bual panjang. Erni pula lebih banyak mengimbas segala kenangan manis antara mereka berdua. Setelah lama berbual, Munira berasa amat mengantuk sekali. Matanya tidak mampu lagi untuk bertahan lalu dia meminta kebenaran untuk tidur. Sebelum tidur, tidak semena-mena, dirinya dipeluk erat oleh Erni. Sejuk benar tubuh Erni seperti ais batu. Munira terpana dengan kelakuan pelik Erni. Erni bukan sahaja memeluknya, malah dia turut menangis.”Hei, kenapa ni? Macam nak berpisah jauh aje? Kenapa tubuh kau sejuk sangat ni Erni?” tanya Munira.”Nira, malam ini adalah malam terakhir kita bersama. Maafkanlah segala kesalahan aku. Aku sayangkan kau,” ujar Erni sebak. “Sudahlah tu, jom tidur. Aku dah mengantuk sangat ni,” ujar Munira kemudian.Keesokan harinya, dia berasa hairan kerana Erni tiada di sebelahnya. Puas dia mencari seluruh pelusuk rumah, tetapi tetap tidak menemui Erni. Untuk kepastian, dia bertanyakan rakannya yang memberitahu akan kedatangan Erni semalam. Amat memeranjatkan apabila rakannya itu tidak mengakui bahawa dia ada memberitahu akan kehadiran Erni malam tadi. “Aku dah tidur lama masa kau balik. Kau ni mimpi kot,” ujar rakan Munira.Ini membuatkan Munira jadi bingung. Namun Munira amat yakin bahawa dia bukannya bermimpi semalam. Dia tahu, memang Erni ada datang dan mereka berbual lama. Disebabkan risau akan keselamatan Erni, Munira bertanya kepada jiran-jiran di sebelah rumah adakah mereka ada ternampak kalibat rakan baiknya itu. Tetapi tidak seorangpun ada melihat Erni.Munira bertambah risau lalu dia membuat keputusan untuk menghubungi keluarga Erni di kampung. Fikirnya mungkin Erni telah pulang semula ke kampung. Kebetulan ibu Erni yang mengangkat telefon. Munira berasa hairan, mengapa ibu Erni menangis sebaik sahaja Munira bertanya mengenai Erni.”Nira, sebenarnya, sudah dua hari Erni meninggal dunia. Dia ditimpa kemalangan sewaktu pulang dari tempat kerja. Maafkan Makcik kerana tidak sempat memberitahu kamu,” ujar ibu Erni dalam sebak.Terduduk Munira dibuatnya apabila mendengar penjelasan ibu Erni. Tidak mungkin Erni telah meninggal dunia kerana baru semalam dia berjumpa dengan Erni. Dia memang tidak percaya dengan berita yang baru sahaja didengarnya. Tanpa sedar, airmata mengalir deras. Rupanya yang datang semalam adalah roh Erni. Dia bertujuan untuk memberitahu bahawa dirinya telah tiada lagi. Hilang sudah rakan baiknya sejak kecil. Patutlah ‘Erni’ yang datang semalam terlalu banyak menyingkapkembali kenangan-kenangan indah sewaktu kecil.Setelah mendapat sedikit kekuatan, Munira bergegas biliknya untuk mengemas barang-barang. Dia mahu pulang ke kampung untuk melawat kubur Erni. Jauh sudut hatinya, dia terkilan kerana tidak dapat melihat wajah Erni buat kali terakhir. Mungkin arwah Erni juga merasa sebegitu dan sebab itulah rohnya datang menemui Munira untuk mengucapkan selamat tinggal.”Sahabat, maafkan aku kerana tidak dapat menghantar pemergianmu. Akan kenang segala kenangan bersamamu. Maafkanlah segala kesalahanku. Pemergianmu aku redha. Yang pasti aku akan sentiasa merinduimu. Semoga Tuhanmenempatkanmu bersama orang-orang yang beriman,” bisik Munira di dalam hati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: