Novel: Kau Buat Ku Jatuh Cinta 1

Kau Buat Ku jatuh Cinta Bab 1

Selepas kematian kekasihnya Amir sewaktu di alam persekolahan dulu,hati Intan sudah benar-benar tertutup.Bukan kerana dia tidak percaya atau takut untuk jatuh cinta lagitapi dia takut andai dia kehilangan orang yang di cintainya seperti Amir untuk kali ke-2.
Anuar memandang Intan yang sedang leka dalam kesibukannya menghias dan menyediakan sebuah pelamin yang cantik untuk persandingan kak Lin esok.Hati Anuar rasa tenang dan gembira bila menatap wajah Intan malam itu.Wajah Intan sentiasa di hiasi senyuman dari bibirnya yang merah dan comel.Sesekali gelak ketawa Intan yang seakan keanak-anakan menghiburkan hati Anuar.
Anuar kagum dengan diri Intan..Intan punya kisah cinta yang menyedihkannamun dia masih lagi mampu meneruskan hidupnya dengan ceria dan gembira.Kalau sebelum ini,Anuar hanya sekadar mendengar cerita-cerita tentang diri Intan melalui kakaknya, kak Lin yang merupakan kakak angkat Intan semenjak di universiti.Melalui foto-foto yang terdapat dalam simpanan kak Lin jugaklah Anur mengenali wajah Intan sekaligus membuatkan dia jatuh cinta pada Intan.

“An.”bahu Anuar ditepuk seseorang.Kak Lin memandang Anuar dengan senyuman kemudian mengalihkan pandangannnya ke arah Intan.
Anuar garu kepala sambil tersengih.Malu rasanya bila kelakuannya diperhatikan kakaknya.
“Dah puas ke merenung “tanya kak Lin lagi.
“Aaaaa Lain bunyi soalan akak tu??”Anuar menjawab sambil tersengih.
“Buat-buat bodoh pulak.Hentak sekali nanti!”kak Lin menolak bahu Anuar.”Nak kenal-kenal dengan dia tak??”
“Ermmm..boleh ker??Kang dia tak sudi..”Anuar takut-takut.Dalam hati sememangnya dia ingin mendekati Intan.
“Nak atau tak nak Kalau tak nak duduk diam-diamrenung ajelah dari jauh.Kalau melepas jangan menyesal pulak!”Kak Lin mengugut Anuar dan ingin berlalu meninggalkan Anuar.
“Kak!”Anuar pantas menarik tangan kak Lin.”Nak..mana boleh tak nak.”Anuar menjawab sambil tersenyum.
Intan masih lagi leka dalam kesibukannya.Sememangnya dia berhajat untuk menghasilkan sebuah pelamin yang cantik khas untuk kak Lin.Intan tak pula punya kelulusan dalan bab-bab macam ni..semua ni dipelajarinya dari emaknya yang juga gemar menghias pelamin.
Kak Lin mendekati Intan.Anuar mengekori di belakangnya.
“Intan..”kak Lin menyapa Intan.Intan masih lagi leka.”Intan”kak Lin mencuba kali ke-2.Berhasil.
Intan berpaling.Dia tersenyum.”Oh,kaksori tak dengar ler.sori..sori”Intan memeluk lengan kak Lin.
“Thanks untuk pelamin yang cantik ni.Cantik macam Intan jugak.”kak Lin mencuit hidung Intan.
Intan tersenyum ceria.”Apa pulak cantik macam Intan??Patutnya cantik macam akaklah,sebab akak yang nak jadi pengantin.”
Anuar pura-pura berdehem.Kak Lin ni..nak kenalkan ke tidak??Aku ni macam tunggul pulak dengar dorang berbual.Mata Anuar tidak putus-putus merenung Intan.
Perbualan kak Lin dan Intan terhenti.Intan memandang Anuar.Siapa pulak ni Intan rasa kurang selesa dengan renungan Anuar.Renungan lelaki seringkali membuat Intan merasa takut.
“Oh,akak lupa.”Kak Lin memegang bahu Anuar.”Ini adik akak.Anuar.”
Intan teringat tentang Anuar yang pernah kak Lin ceritakan suatu ketika dulu.Wajahnya terus berubah ceria semula.Intan tersenyum.
“Hai.Saya Anuar”Anuar menghulurkan tangan.
Intan masih tersenyum lalu menyambut tangan Anuar.”Saya Intan..panggil In saja.”
“OooIn.Kalau awak Inso saya An lah.”Intan menganggukkan kepala.Mengada jugak mamat ni.Tapi kalau buat kawan memang ok.
Anuar masih menggenggam tangan Intan.Intan mula berasa malu apatah lagi Anuar masih merenungnya dengan senyuman yang..entahlah.
Mamat ni..kot yer pun lepaskan lah tangan aku ni.Seganlah.Ke dia ni jenis tak tahu malu.?Kalau mak dia nampak aku juga yang tambah malu.
“Errrrr..”wajah Intan berkerut memandang kak Lin.Kak Lin tersenyum faham.
“Oii!”kak Lin memukul bahu Anuar.
“Aaaa??”Anuar tersentak.Kacau betullah kak Lin ni.
“Tangan tu!Mengada pulak.Kot ye pun nak salam..jangan ler lama-lama.Ni anak dara orang.Kalau nak terus pinang jer”
Pantas Intan tertunduk malu.Apa maksud kak Lin ni??!!!Intan tak suka semua ni kak Lin!!
Anuar tersedar lalu melepaskan tangan Intan.”Ops..sori.An tak sengaja.”
Intan tersenyum tawar.”Errrok.Takpelah..In ada keje lagi ni.Lagipun dah dekat lewat malam.Kejap nanti mesti abah datang ambil.In siapkan kerja In dulu ye kak Lin.”Intan terus meninggalkan Anuar dan kak Lin sebelum mereka sempat berkata apa-apa.
Anuar pandang kak Lin.Aku buat salah ke??Ishsalah jugak sebab aku gatal sangat pegang tangan dia lama-lama.Macam mana ni??Tu dah nampak respon yang dia tak suka kat aku.
“Kak..camna ar “
Kak Lin senyum.Kesian adik aku ni.Gelojoh semacam.Kak Lin jungkit bahu.
“Pandai-pandailah An..”kak Lin menepuk pipi Anuar lalu meninggalkannya.
Jam 11.30 malam.Intan duduk di tangga pelamin.Jelas di wajah Intan penuh dengan kepuasan atas hiasan pelamin yang di buatnya.Intan meneguk air putih di gelas yang di pegang sejak tadi.
“Kak Intan..kak Intan”kedengaran suara Azrin adik kak Lin memanggilnya.
Intan mencari-cari suara Azrin.”Oh.Ada apa Rin “
Azrin menunjukkan gagang telefon yang di pegangnya.”Call untuk akak!”
Aku Sapa pulak yang call ?Intan bingkas berdiri mendekati Azrin dan mencapai gagang.”Sapa? “tanyanya pada Azrin.
“Mak akak..”
“Oh,ok thanks ya.”
Azrin tersenyum dan meninggalkan Intan.
“Hello mak..”
“Ha!Dah siap dah kerja kat rumah Lin “
“Dah.Intan tunggu abah datang ambil je.”
“Ni mak nak bagitau.Intan minta tolong sesiapalah kat situ hantar Intan balik.Abah tak dapat datang ambil Intan.”
Laaaaapa kes pulak ni??Ni yang aku pantang dengan masalah macam ni.”Kenapa “
“Abah tak sihat.Abah pening tiba-tiba”
Intan mengeluh.Nak minta sapa hantar er Lecehnya.”Errr..ye lah.Nanti Intan minta tolong kak Lin.”
Intan meletakkan gagang telefon dengan suatu keluhan.Dia menepuk-nepuk kedua belah pipinya.Segannya nak cakap dengan kak Linmacam mana ni Ah!naik teksi jerlah.Tapi.kalau pak teksi tu orang jahat.Macam mana ?Waaaaaaa..
“Ehem!Kenapa ni??”
Intan terkejut lalu berpaling ke belakang.Anuar sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum dan matanya merenung Intan.
Anuar ni..apa kena dengan dia ni.Sejak bila pulak dia kat sini.Buat seram betullah orang ni!
“Arrrrrr.”Intan gugup lalu mengeluh.
“Kenapa??Sapa call tadi??”tanya Anuar lagi.
Intan tunduk.Tak sanggup nak menentang mata Anuar.”Ermm.mak In call tadi”
“Then.??”Anuar kerutkan kening.
“Mak suruh In balik sendiri,abah In tak sihat so tak dapat ambil In.”
Anuar tersenyum gembira.Best jugak ni..ada chance nak hantar dia balik.Intan perasan dengan sikap Anuar.
“Apsal senyum-senyum ni?!”mengada betullah dia ni.Aku tengah bengang.dia boleh senyum pulak.
Anuar tersengih.”Tak de ar..erm.jom jumpa kak Lin dulu.”Intan mengekori langkah Anuar.
“Mana boleh Intan naik teksi!Akak tak bagi!”kak Lin separuh menjerit sebaik Intan memberitahunya.
“Tak apalah.Rumah Intan bukan jauh sangat kak.Bolehlah”Intan memujuk.Anuar tersenyum melihat gelagat manja Intan.
“Tak boleh Intan..nanti kalau ada apa-apa susah.”
“Betul tu!In tu anak dara.belum kahwin lagi tu!”Anuar menyampuk.
Intan memandang Anuar.Sibuk betullah!!!Hal aku!Aku memang tak nak kahwin pun!Intan menjeling .Anuar ketawa.Comel betullah dia ni!
Intan tambah geram dengan Anuar.Eeeeemengada!Dia ketawa pulak.
“Hmmmm..apa kata kalau Anuar yang hantar Intan balik??”Intan terdiam.Anuar !!!Tak naklah.Dia memandang Anuar.
Yes!Yes!Anuar tersenyum gembira memandang Intan.
“Macam mana An,boleh tak tolong hantar Intan balik??”tanya kak Lin.
“Ermmmm.”Anuar menggosok lehernya kemudian melirik pada Intan dengan nakal.Dia tersenyum.
Intan mencebik.Meluat!!!!
“Boleh memang boleh.tapi.”Anuar melirik pada Intan lagi.
Apa pulak tapi-tapi dia ni??Kalau tak nak cakap ajelah.Macam nak main-mainkan aku betul.Marah Intan.
“Tapi apa??”tanya kak Lin lagi.
“Naik motor arrr.Nak bawak kereta An malas..”
Mata Intan terbeliak.Wajahnya pucat.Motor Mana aku pernah naik motor.Makmacam mana ni ?
Anuar nak tergelak tengok Intan.Saja dia nak ambil peluang.Bukannya apa..kalau naik motor,peluang nak dekat dengan dia tu besar.
“Ermtak kisah.Janji An hantar Intan balik.Jangan bawa kahwin lari pulak!”Kak Lin dan Anuar ketawa.Intan cuma diam.
Nak tak nak terpaksalah ikut cakap kak Lin.Nanti dia membebelhilang pulak seri kakak angkat aku ni nanti.
Intan menunggu Anuar di luar rumah sementara Anuar mengambil motor.Senyumnya hilang.Malas dia nak senyum.Sememangnya Intan takut bila seringkali di kaitkan dengan lelaki.Semuanya kerana kematian Amir.AmirIntan mengeluh.
“Nah!”deruman motor Anuar mengejutkannya.Anuar menghulurkan helmet.”Tahu pakai tak “Anuar mengusik.
Dia ni memang nak menyindir ler.walaupun aku tak pernah naik motor tapi taklah bodoh sangat sampai tak pandai pakai benda ni.
Intan mencebik.”Tahu.”
Anuar tersenyum.Macam budak-budak betul Intan ni!
“Mari..pegang tangan An ni.An takkan buat In jatuh punya.Jangan takut.”Anuar menghulurkan tangan sambil tersenyum.
Intan ragu-ragu.Tanpa di sedari tangannya sudah berada dalam genggaman Anuar.Kejap genggaman Anuar.Hati Intan berdebar-debar.Jangan layan hati Intanjangan.
Intan terpaku duduk di belakang Anuar.Entah kenapa dia jadi macam orang bodoh yang hanya menunggu arahan Anuar.Hati..kenapa kau ni ?Intan..jangan layan hati Intan..jangan!!!!!
“InIn..”lembut suara Anuar membuat Intan tersedar.
“Hmmmmm..”
“Meh tangan In”
Intan menghulurkan tangannya.Hatinya berdebar-debar.Cukup romantik suara Anuar tika itu.
Anuar menggenggam tangan Intan dan melingkarkan tangan Intan di pinggangnya.”In kena peluk An macam ni.In tak pernah naik motorkan Nanti kalau An bawak laju-laju..In jatuh macam mana??An juga yang susahkan??”Anuar terus menggenggam tangan Intan..lama.agak lama.Hingga dia pasti Intan tidak akan meleraikan pelukannya.
Intan masih membisu.Kenapa hati aku berdebar macam ni Amir..
Motosikal Anuar menderu laju.Intan seakan hanyut.suara-suara lembut Anuar sebentar tadi bermain di telinganya.Intan terasa semacam ada batu yang berat menghimpit perasaannya dan tanpa dia sendiri menyedari dia semakin erat memeluk Anuar.
Anuar tersenyum.Intanterima kasih Allah atas pertemuan ini.
“In.dah sampai.”suara Anuar menyedarkan Intan dari lamunannya.
Intan memandang sekeliling kawasan Sentosa Apartment.SunyiIntan melepaskan keluhan lega.Dia mendongak ke arah apartment keluarganya.Juga sunyi.mujur.Kalau tidak.tentu emak akan bertanya kenapa dia membonceng motosikal bersama lelaki malam-malam begini.
Intan turun dari motosikal.”Thanks An sebab hantar In balik.”Ucap Intan tanpa memandang wajah Anuar..Debar sejak tadi belum hilang.dan Intan tidak mahu menambah debaran dengan melihat mata Anuar itu.
Intan ingin membuka helmet.Pantas Anuar memegang tangannya.Intan kaku.Anjangan macam ni.Intan terasa ingin menangis dengan debaran di hati yang kian berat.Kenapa aku merasa sedemikian.kenapa harus dengan Anuar??!!!!!
“Biar An tolong key “lembut suara Anuar.
Intan tunduk.dia sedar Anuar sedang merenungnya.
Intan..pandanglah Anpandanglah An.pinta hati Anuar.
Intan segera berpaling ingin menyeberangi jalan. Sebaik saja Intan ingin memulakan lagi langkahnya ke hadapan.Suatu cahaya kereta yang terang menyorot dari jauh dengan bunyi tekanan brek yg kuat.Intan kaku memandang cahaya itu.Kereta semakin menghampiri Intan.
“Innnnnn!!!!!!!!!!”pantas Anuar merangkul pinggang Intan dan menarik Intan ke dalam pelukannya.
Intan terasa dirinya terbang di tarik Anuar.Dia masih kaku dalam pelukan Anuar.
Kereta tadi segera berlalu.Anuar sempat memandang sekilas.Pemabuk yang menyusahkan orang!Marah hati Anuar.
“In??”Anuar cuba memanggil nama Intan.Risau dia melihat Intan yang berdiri kaku dan diam dalam pelukannya.
Intan tersedar dari peristiwa mengejutkan itu sebaik mendengar suara Anuar.Hatinya terusik lagi.Intan menangis..takut dengan apa yang terjadi sebentar tadi dan tersentuh dengan kelembutan Anuar.
“In”
“Hmmmmm”Intan menyahut perlahan sambil air matanya jatuh perlahan-lahan.Intan terasa lemah.
“In ok ke “Anuar segera memusingkan badan Intan ke arahnya.Dia tersentak.Kenapa Intan menangis !
“Inkenapa ni??Jangan menangis.In tak apa-apa”pujuk Anuar lalu mengesat airmata Intan.
Intan tunduk”Thanks An..”
“Nevermind.Itu kewajipan An.Mujur An cepat tadi.In lalai betul!An tak suka In macam tu.Kalau ada apa-apa terjadi pada In..An tentu akan salahkan diri An.Kalau In terluka..An juga turut merasa sakitnya.”
Intan tersentak.Kata-kata apakah ini Anuar ?Intan bingung.perasaannya bercampur baur.
“Jangan cakap macam tu AnIn tak suka.”Intan akhirnya menyuarakan keresahannya sejak tadi.
“NoAn mesti cakap!”tegas Anuar.Kenapa aku ni terburu-buru sangat.Apasal kau ni Anuar?!
“An!!”Intan cuba menegah lagi.
“Syyyy..”Anuar menyentuh bibir Intan dengan jarinya.”In jangan halang An.In jangan cakap apa-apa.Dengar apa yang An nak cakap nipleaseeeeee”
Intan terdiam.Entah kenapa hatinya jadi lembut dengan sikap Anuar.
“An cintakan In.”Intan tersentakdia memandang Anuar.Perkara yang ditakuti Intan berlaku jua.Intan menatap mata Anuar dalam-dalam.Banyak sinar harapan dalam mata Anuar.Betulkah apa yang aku dengar ni??Ya,Allahbenarkah
“An tahu kisah In dulu..An tahu In sedih.An tahu In pernah kehilangan..namun An akan berusaha membuka semula hati In.menghidupkan semula cinta In.Dan malam ini,akan kita jadikan titik permulaan segalanya.”lembut bicara Anuar.”An ingin memiliki In..dan An akan pastikannya.”
Seakan terkena aliran elektrikIntan pantas menolak Anuar dan meleraikan pelukan Anuar.Intan menangis.Kenapa An Kenapa harus ada cinta??!!Kenapa tidak ada sesiapapun yang mahu melepaskan In?!Intan menjerit dalam hati.
“In.. ?”Anuar terkejut dengan tindakan dan tangisan Intan.
“Notak mungkintak mungkin.Forget it!”Intan berundur sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Intan menyeka airmatanya yang mengalir deras dan kemudian terus meninggalkan Anuar terpaku sendirian.
Anuar tunduk.Silapkah aku??Terlalu terburu-burukah aku ?Tidak.aku pasti Intan telah merasakannya.dan Intan pasti akan menjadi milik aku.Anuar terus menderu laju dalam kepekatan malam
Maafkanlah sekali lagi.Bukan inginku sakiti.Kau menangis sedih.Maafkanlah sekali lagi..Ku mohon sekali iniTeruslah merajai hati ini.
Maafkanlah sekali lagi..Tak ingin kuakhiri..Kau menangis sedihMaafkanlah sekali lagiMohon sekali ini.Teruslah bertakhta di hati ini..

2 Respons

  1. salam…
    just to say..
    tulisan terlalu kecil..
    sy blm baca so no idea to command…

  2. comment…not command..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: