Novel: Kau Buat Ku Jatuh Cinta 5

Bertunang?!”Syakila sahabat baik Intan separuh terkejut.
Intan angguk kepala sambil tersenyum.”Kenapa,tak caya??”
“Memang aku tak caya”Syakilla memeluk bahu Intan.”Siapalah agaknya
jejaka malang tu ye “Syakila mengusik.
“Jahatlah kau ni,Killa!Apa pulak malang.Untung tau!”Intan mencubit
lengan Syakila.
“Sakitlah!”Syakila mengusap lengannya.”Bila nak bertunang??”
“Minggu depan.”
“Ha!Cepatnyahilanglah kawan solo aku.”Syakila buat-buat sedih.
Intan ketawa.”Janganlah macam tu.Kau nanti pun kahwin jugak.Lagipun
Anuar tu dah tak sabar.Aku pun ikut ajelah.”
“Kau rasa tak cepat sangat ke??Bertunang selepas 2 minggu bercinta
kemudian berkahwin 2 bulan kemudian.”
“Entahlah.aku tak pulak rasa cemas.Aku dan Anuar pun dah berfikir
sebaiknya.”
“Hmmmmana-mana ajelah.Tapi bila dah kahwin jangan pulak lupa aku
yer “
“Iyelah..”Intan memeluk Syakila.

Intan sendiri tidak menyangka dia dan Anuar akan bersatu dalam masa
yang singkat.Riuh rendah rumah Intan pada hari pertunangannya dengan
Anuar.Anuar juga turut hadir sama atas permintaan keluarga pihak
perempuan.

“In,..kau berdebar-debar tak??”Syakila yang menemani Intan di bilik
bertanya.
Intan senyum.”Berdebarlah.Cuba kau tengok aku betul-betul.nak senyum
pun terketar-ketar.”
Syakila ketawa.”Kau tau takkata orang kalau kau berdebar-debar
maknanya kau betul-betul cinta kat orang tu.”
“Ish!Memanglah aku cinta kat Anuar.Habis kau ingat aku dengan dia ni
nak kahwin paksa ke??”Intan menjeling manja.
“Yelahyelahjanganlah monyok.Hilang seri kau nanti.Aku tak nak Anuar
salahkan aku pulak.Syakila ketawa.

“Bah!Hantaran kahwin dah kita semua setuju.Jadi kami ni keluarga
pihak lelakinak juga tengok bakal menantu kami.Di harap pihak
perempuan dapatlah bawa bakal menantu kami keluar bertemu
saudara.”pinta ayah Anuar.
“Ya tak ya jugak!Sampai lupa jadinya.Tunggulah sekejap.Sementara tu
minumlah dulu.”emak berlalu ke bilik Intan.
Anuar berdebar-debar.tapi dalam debaran tu senyuman dia makin melebar
nampaknya.

Intan yang kelihatan manis berbaju kurung berwarna biru muda
bertudung putih di bawa keluar.Berdebar-debar Intan menghampiri ibu
dan ayah Anuar sambil menyalami mereka.

“Aduiii!Sama bah ni baju si perempuannya dengan si lelaki.”usik abah
Intan.
“Dah namanya orang bertunang.sehati sejiwa”semua tetamu ketawa.
Intan perlahan-lahan duduk di samping Anuar.Wajahnya ditundukkan
segan nak memandang Anuar mahupun tetamu.

“Padan.”kedengaran suara-suara memuji Intan dan Anuar.Anuar dan
Intan senyum.
“Ha!Anuarni pakcik nak tanya ni.Tengok betul-betulni ke budak yang
kau nak buat bini tu??abah menyakat Anuar.Anuar senyum.
“A’ah!Tengok baik-baiknanti salah sarung cincin..naya pulak.”usik
ibu Anuar.
Perlahan-lahan Anuar memandang Intan.”Angkatlah muka tu sikit”bisik
Anuar pada Intan.Intan memandang Anuar sambil tersenyum.
“Inilah orangnya..”jawab Anuar.
“Betul ni??Bukan Syakila ni ke??”abah mengusik lagi hingga semua
ketawa.
“Intan.cuba tengok AnuarIntan nak ke kat dia ni??”usik ayah Anuar.
Ha!Malunya.cepu emas betullah soalan tu.Takkanlah aku nak jawab.
Muka Intan merona merah.Intan diam .hanya tersenyum.
“JawablahAnuar dah semacam tengok kau tu..”Syakila menyiku lengan
Intan.
Intan pandang Anuar yang juga tersenyum memandangnya.Perlahan-
lahan..Intan angguk kepala.Waaaa.malunya!!!!!!!!Serentak itu
juaibu Anuar menyarungkan cincin emas di jari Intan manakala emak
Intan menyarungkan cincin emas putih di jari Anuar.Intan menyalami
ibu dan ayah Anuar lalu beredar duduk di tempat duduk perempuan
bersama emak dan ibu Anuar.

Intan leka berbual bersama saudara mara Anuar yang mahu berangkat
pulang selepas bacaan doa selamat dan makan tengahari.

“Sayang.”Anuar berdiri di belakang Intan.Intan tak perasan
langsung.Ibu dan ayah mereka tersenyum melihat Intan dan Anuar.
“Sayang.”Anuar memanggil kali kedua sambil memeluk bahu Intan.
Intan terperanjat.”Ha!!”Intan berpaling memandang Anuar.
“Ada apa??”lembut suara Intan.
“Sayang tak dengar ke An panggil tadi??”Anuar senyum.Muka Intan
merona malu.Ni yang malas dengan Anuar nibukannya nak tengok tempat
kalau nak beromantik.main hentam je.dah nasib dapat tunang macam ni.
Intan menyiku perut Anuar.
“Sakitlah sayang!”eeeee.geramnya!Kena lagi
“Amboidah bertunang terus panggil sayang dah.”usik ibu dan
emak.Intan tunduk malu.
“Ni dah bertunangAnuar panggil Intan ‘sayang’Intan nak panggil
Anuar apa “usik abah pula.
Intan senyum.Geram betul.asyik kena usik je.
“Hmmmmcepatlah.Nak panggil An apa ni “Anuar senyum nakal.
“Eee..mengadalah!”Intan memukul bahu Anuar.Manja betul!Desis hati
Anuar.
“Cepatlah..!!”Anuar mendesak.Eee..dia ni memang tak malu betullah.
“Abang.”bisik Intan perlahan.
“Aaaa??!Tak dengarlah sayang “Anuar pura-pura.Ibubapa mereka
tersenyum.
“Eeeabanglah.”kuat suara Intan.Alamak!Malunya!!!Muka Intan merona
merah.Benci betullah Anuar nikalau pekak betul-betul..baru padan
muka!
“Ek,Anuar!Aku nak tanya sikit boleh??”Syakila tiba-tiba berdiri di
sebelah Intan.
“Ok.apa dia??”
“Apasal kau nak cepat sangat kahwin dengan Intan ,ha?!”Syakila buat-
buat marah.Memang tak betulllah kawan baik aku ni.ada ke tanya soal
tu kat tempat awam.
“Hmmmm..kenapa ye??”Anuar pura-pura berfikir.”Sayang rasa
kenapa??”Anuar siku lengan Intan.Intan menjeling manja.Anuar ketawa
kecil.”Hmmsebab dia ni manja sangat..comel sangat.Kalau dia marah ke
merajuk kemanja sangat aku tengok.Macam sekarang ni lah!Tu yang
buat aku tak sabar nak kahwin dengan dia tu.”
Sah..bertambah dah perangai tak tahu malu dia.Intan senyum.
“Kau pulak.apasal kau suka kat dia ni??Apasal kau terima dia??”tanya
Syakila pada Intan.
Intan pandang Anuar dari atas ke bawah.Apasal pulak ni?Anuar kerut
kening.
“Sebab dia ni tak tahu malu!First time jumpa aku terus luah-luah
perasaan dia.Dah tu memaksa pulak tusuka buat aku menangis dan
marah.”Intan menjeling manja pada Anuar.
Anuar senyum.”Hmmm!Memang abang tak tahu malu.Tapi kalau kau nak tau
Killafirst time jumpaaku bukan takat luah-luah jer.siap
pe”Intan terus menutup mulut Anuar dengan jemarinya.Dia menarik
Anuar ke bilik.

“Mengadalah abang ni!”Intan duduk di atas katil.
“Sayang malu ke “Anuar menarik kerusi dan duduk di depan Intan.
“Malulah!Dahlah In ni pompuan.Tentulah malu.”Intan macam nak menangis.
“Manja betullah!”suka dia tengok Intan merengek macam budak-budak.
“Abang!”marah Intan manja.
“Iyeeeee.”
“Eeejanganlah buat macam tu!”
“Eh!Mana ada abang buat apa-apa!”Anuar ketawa kecil.
“Abang..jahatlah!!”mata Intan dah mula berair.Geram betul bila
Anuar asyik mengusik.
“Yelah.yelah..abang salah.Sori ye..janganlah nangis..abang takut
tau.”Anuar memujuk.
“Siapa suruh abang usik In”Intan memukul bahu Anuar.
“Abanglah yang suruh diri abang..”
“Eeeee.abang!!”Intan merajuk lagi.”Tak naklah sayang abang.”
“Tapi abang sayang Intansayang sangat!”
Intan menjeling manja.
“Dahlah tuabang memang suka usik sayangsayang manja sangat!Abang
tak tahan tau tak!”
“Mengada!”
“Ni nak maafkan abang ke ni tidak?”Anuar renung muka Intan.
“Tak nak!”
“Betul ni?!Sayang tak nak maafkan abang??”
“Hmmm!Tak nak!Tak nak!Dan tak nak!”manja betul Intan.
“Betul ni??!”Anuar berdiri di tepi tingkap.”Kalau tak
nak.takpalah..abang terjun.biar mati.”
Intan terkejut lalu menarik lengan Anuar.
“Sayang juga Intan kat abang ye??”
“Jangan lah buat macam tu.Intan tak suka.Kalau abang matisiapa nak
jaga Intan.”Intan pandang Anuar.
Tiba-tiba Anuar rasa bersalah.Tentu Intan teringat pada Amir.Bodoh
betullah aku ni!
“Oklah sayangabang minta maaf key??Jangan nangis ye.jangan majuk
lagi.Abang nak balik..ibu dan ayah dah tunggu tu.Sayang jaga diri
keyI miss u”
Intan angguk kepala sambil tersenyum.”Iyelah.In bukannya duk jauh
pun.”
“Tak jauh pun abang rindu juga.In tak rindu abang ke??”
“Rindulah..mana ada tak rindu.”Intan senyum.

Kecewa betul Amin bila mendengar Intan dah bertunang dari mulut
emaknya kelmarin.Dia memandu laju menuju ke pejabat Intan.

“Intan!”Amin meluru masuk ke pejabat Intan.
“Maaf,Cik Intan.Saya tak dapat buat apa-apa.”jelas Rita.
Intan terkejut.Dah lama dia tak jumpa Amin.”Tak apa,Rita.Awak keluar
dulu.”
Amin terus duduk di sofa.
“Assalamualaikum”sapa Intan.
Amin pandang Intan.”Wa alaikumsalam.”kasar jawapannya.
“Dah lama tak jumpa Am,apa khabar sekarang??”
“Baik.”
“Fiza??”
Amin pandang Intan sambil mendengus marah.”Baik juga”.
Intan diam.Amin adalah kembar Amir.Cuma sikap Amin dan Amir jauh
berbezaAmin seorang yang terlalu kasar dan sering menyakiti Intan.
“Seronoklah sekarang ye?!”
Intan pandang Amin.”Hmmmmmm “
“Siapa nama tunang Intan tu??Am dengar bulan depan dah nak nikah.”
“Oh!Anuar.Insya Allah bulan depan nikah le.”
“Dasar penipu.!!!”bentak Amin.
Intan tersentak.”Apa maksud Am??”Intan cuba bersabar.
“Buat-buat tak tahu pulak??Dulu Intan cakap Intan takkan dapat
lupakan Amir!”
“Am nak cakap apa sebenarnya??”
“Apa kurangnya Am dulu?!Intan terima Anuar sedangkan dulu Intan tolak
Am dengan pelbagai alasan!”
“Am.itu kisah lama..jangan ungkit lagi.”
“Beri Am peluang Intan.”
“Am!!!”Intan terkejut.”Am sedar tak apa Am cakap ni?!Intan dah jadi
tunang orang.Am juga dah jadi tunang orang!Tunang Fiza!”
“Please Intan.bagi Am peluang”Amin mendesak.
“AmIntan tak larat nak panjangkan cerita.Baik Am lupakan semua
kisah dulu.Baliklah..jangan cari Intan lagi.”
“Intan”Amin mendekati Intan.
Intan bangkit dari duduk namun Amin menarik tangannya.
“Lepaskan Intan!Am tak layak buat Intan macam ni!”Intan menarik
tangannya.
“Habis tu,sapa yanga layak?!Anuar?!!Perampas!”jerit Amin.
“Menang betul!Hanya Anuar yang berhak pada diri Intan.Dia tunang
Intan dan dia akan menjadi suami Intan!Intan tegaskan sekali
lagi..hanya dia yang akan menjadi suami Intan!Am tak layak cakap dia
perampas!Dia tak pernah rampas Intan dari Amir.Intan cintakan dia!”
“Cinta??”Amin ketawa.”Apa sebabnya Intan cintakan dia.siapa dia??
Anak datuk??Anak raja?!”
“Dia bukan anak datukjuga bukan anak raja.Dia cuma insan biasadan
Intan tak perlu nak jelaskan pada Am kenapa Intan cintakan dia.”
Hati Amin panas.Dia berdiri.”Ok,fine!Tapi ingat,Am akan pastikan
Intan jadi milik Am!Am akan tinggalkan Fiza kalau Intan tak beri
peluang pada Am!”Amin terus keluar.

Seharian Intan memerap di dalam bilik.Kedatangan Amin seminggu yang
lalu betul-betul menakutkan Intan.

Macam mana kalau aku terpisah dengan Anuar nanti??Apa harus aku buat??
apa yang akan Am buat??!Macam mana dengan Fiza.??Ya,Allah..tolonglah
hambaMu ini.

Intan hanya memendam saja apa yang terjadi.dia langsung tidak
menceritakannya kepada sesiapapun termasuklah Anuar.Dia tidak berani
takut Anuar tersalah sangka.

Handphone Intan berdering.Nama ‘abang’ terpapar di skrin
handphonenya.Intan senyum.

“Hello”ceria suara Intan.
“Assalamualaikum.”ish..ishishsejak bertunang semakin romantik
suara Anuar.
“Wa alaikumsalam.abang kat mana ni??”manja suara
Intan.Rindu..maklumlah dah beberapa hari dia tak jumpa Anuar semenjak
Anuar ke Kota Kinabalu kerana menguruskan perniagaan,sehinggakan
sedikit persiapan perkahwinan dia sendiri yang menguruskannya.
“Abang kat bawah”rindu Anuar dengan suara manja Intan.
“Hmmm..bawah mana tu “
“Dekat bawahlah!”Anuar ketawa kecil.
“Ooooni mesti abang kat bawah hotel ni!Abang cari awek lain
yer?”Intan merajuk manja.
“Ish!Kesitu pulak.Sayang ni tak percaya abang ke??”
“Tak!”Intan ketawa kecil.
“Habis tu bila baru nak percaya kat abang ni “
“Bila dah kahwinlah”
“Oooo..kalau macam tu baguslah.Jadi lepas kita kahwin barulah abang
cari awek lain.”
“Ha!Abang!Jahat le!Tak naklah kahwin dengan abang!”Intan merajuk
lagi.Manja betul.
“Laaaani yang abang suka niIntan manja betul kalau merajuk.Tu yang
buat abang sayang sangat!
“Eeeeleh!Nak memujuk konon!”
“Janganlah majuk.kita kahwin key “
“Tak naklah..nanti abang cari lain lepas kahwin.”Anuar ketawa.
“Mana ada.abang sayang Intanlah.Sebab sayanglah abang nak kahwin
dengan Intan.”
“Betul ke??”
“Hmmmbetul ni!”Anuar sungguh-sungguh.”Eh!Cepatlah turun.”
“Turun ke mana pulak??”
“Kat bawahlah!”
“Buat apa??”
“Sayangabang ada kat bawah ni!”jerit Anuar.
Intan terkejut lalu berlari ke balkoni rumah.”Ha!Abang!!Abang
jahatlahkenapa tak bagitau awal-awal?”Intan gembira.
“Laa..kan abang dah bagitau sayang tadi.Sapa suruh tak percaya!”
“Emmmmyelah..yelah.”manja suara Intan.
“Abang nak bawa Intan pi mana??”
“Makan dengan family abang.”
“Tapi mak dengan abah takde rumah ni.”Intan bingung.
“Mak dengan abah dah tunggu kita kat restoran dengan ibu dan ayah.”
“Ha!Ooo..abang dah plan awal-awal yer??”
“Bukan salah pun.Cepatlah.”

Kelam kabut Intan dibuat dek Anuar.Intan membuka almari
pakaian,mengeluarkan blaus pendek berlengan panjang warna pink di
padankan dengan skirt jeans labuh berwarna hitam serta tudung
berwarna putih.Itulah kebiasaannya Intan..dia lebih gemar begitu.

“Hai,sayang.”Anuar berdiri pada pintu kereta Honda miliknya.Intan
senyum lalu masuk ke dalam kereta.
“Thanks”ucap Intan.
“It’s ok”Anuar menutup pintu untuk Intan.”I miss you”ucap Anuar
sebaik saja mereka menghala ke jalan besar.
Intan pandang Anuar sambil senyum.”I miss you too.”
“Sayang tak nakal ke masa abang tak de??”Anuar mengusik.
Intan menjeling manja.
“Mana ada nakal!In dah besarlah!Jahatlah abang ni!”
“Betul ke??Tak de pi main kat taman??”
“Abang!”Intan pukul bahu Anuar.”Macamlah In ni budak-budak..”
“Memang pun!Tengok tu..merajuk kat abang.Manja betul!”
Intan mencebik.”Kalau In macam budak-budak kenapa abang nak kat In.”
“Sebab In manja..lebih manja dari budak-budak..”Intan senyum.Mengada
betul abang ni!Intan menatap wajah Anuar.Anuar taklah tergolong dalam
kategori kacak macam artis-artis tu.Tapi Intan punya pendapat
sendiri..kacaknya Anuar sukar dilihat.Yang kacak mata dan senyuman
Anuar.
“Kenapa pandang abang macam tu?”
Intan terkejut.Tak sangka Anuar perasan.Muka Intan merah menahan malu.
“Sayang..abang tanya.Kenapa tengok abang macam tu??”
Intan senyum.”Rindu”
Wajah Anuar bertambah ceria.”Ha!Apa sayang cakap tadi??Abang tak
dengar.”
“Rindulah..”Anuar senyum.Bukan mudah dia nak dengar Intan bercakap
begitu di depannya.Kalau dalam telefon bolehlah.
“Boleh ulang lagi tak??”
“Sayang rindu pada abang..rindu sangat..rindu sangat kat
abang..”kuat sedikit suara Intan.
“Thanks..I love you sayang..”
Intan senyum.”Hmmme too”
“Tak boleh ke ucap I love you jugak??Asyik jawab ‘me too’ je..”
“Tunggulah..”
“Bila??”
“Masa yang sepatutnya.”
“Hmmabang tahu!Mesti sayang nak ucap bila malam pertama nanti.”
Intan malu dengan kata-kata Anuar.
“Gatal!”
Anuar ketawa.

Intan dan Anuar beriringan masuk ke dalam restoran.

“Mak ayah kita kat mana??”tanya Intan.
“Tu kat atasmeh!”Anuar menunjukkan tangga di hadapan mereka.
“Naik tangga.penatnya.”Intan lemas.
“Abis tunak abang dukung ke?”Anuar mengusik.
“Tak naklah!Nak ambil kesempatan le tu??”
Anuar ketawa.”Tentulah.dah namanya lelaki.”
Intan menjeling manja.”Belum kahwin dah pandai ye??Cubalahnanti
Intan”
Anuar senyum nakal.”Sayang nak buat apa kat abang??Nak cium abang??”
“Hmm..memang nak cium abang tapi..”
“Tapi apa??”
“Cium dengan ni ler.”Intan menunjukkan tapak tangannya.
Anuar ketawa.Sejak mereka bertunang,Anuar dah tak berani nak sentuh
IntanAnuar tahu tak baik.Intan pun dah banyak kali bagi warning.

“Intan.”
Intan terkejut melihat lelaki di hadapannya.Dia melihat wanita di
sisi lelaki itu.
“Am..Fiza!”Intan terus memeluk Fiza.
“Tahniah!”Ucap Fiza.
“Kau pun sama.”Intan senyum manis.
Amin memandang Anuar.
“Ermm..ni tunang Intan,Anuar.Abang..ni kawan Intan,Am dan Fiza.”
Anuar dan Amin bersalaman.
“Bila nak kahwin”tanya Fiza.
Intan pandang Anuar.”3 minggu lagi.”
“Ha!”Fiza terkejut.”Cepatnya!Maksudnya korang dua ni bercinta sakan
masa bertunang yer??”
“Macam tulah.Korang bila nak kahwin??”
Fiza senyum.Ayu orangnya.”Kena tanya Am leaku ikut aje.”
Intan pandang Amin.”Am..bila lagi??Jangan tunggu lama-lama.Beruntung
dapat Fiza ni.dah masuk 4 tahun dia setia juga jadi tunang kau dan
masuk 7 tahun juga dia jadi awek kau.”
Amin memandang Intan.Intan buat-buat tak tahu.
“Siapa tu??”tanya Anuar sebaik Amin dan Fiza berlalu.
“Fiza tu kawan satu sekolah dulu.Sama-sama dengan In dan Am.Dia tu
cinta sangat kat Am.”
“Habis In cinta kat abang ke?”
“Abang fikirlah.Kalau tak kenapa In nak kahwin dengan abang?”
Anuar senyum.
“Am tu pulak kembar Amir.”langkah Anuar terhenti.
Intan senyum.”Janganlah macam tu.”
“Sayang ok ke??Teringat pada Amir?”dia risau.tentu saja wajah Amin
mengingatkan Intan pada Amir.
“Ok ler.Janganlah takut.Am dengan Amir jauh sangat beza.Takde apa-apa
pada Amin yang buat In ingat pada Amir.In pun dah lupa muka Amir.In
cuma ingat muka abang je.”Intan senyum.
Lega Anuar mendengarnya.Anuar senyum.”Sayang Intan!”
“Sayang abang juga!”mereka sama-sama ketawa.

Satu Respons

  1. bleh ler……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: