kasih tidak kesampaian

Zack mundar-mandir di hadapan motornya. Orang ramai yang lalu lalang di Taman Tasik Titiwangsa itu langsung tidak di pedulikan. Tidak terasa dia terganggu dan mengganggu mereka baginya. Sekejap-sekejap dia duduk di bangku dan merenung motornya. Motornya yang berkilat sudah lebih lima tahun bersamanya. Yamaha RD 350 YPVS tertera pada motornya. Zack tersenyum sendirian. Banyak memori dikongsi bersama-sama motornya itu. Bagaikan sebahagian dari hidupnya.
Lamunannya terhenti apabila tiba-tiba sebuah Satria hitam mendekatinya. Ekzos besar kereta tersebut jelas membingitkan dan mengganggu suasana aman di situ. Zack berdiri dan merenung ke arah kereta tersebut. Pintu kiri kereta tersebut tiba-tiba terbuka dan keluarlah seseorang gadis yang amat kenalinya. ?Azura? bisik hati Zack. Pandangannya dialih untuk melihat pemandu kereta tersebut tetapi gagal kerana cermin gelap pada kereta tersebut. ?Hai abang Zack? sapa Azura. ?Dah lama tunggu ke?? tanya Azura dengan senyum yang bagaikan dibuat-buat. Zack hanya mengangguk. ?Siapa itu?? tanya Zack pada Azura. ?Kawan? jawab Azura singkat. ?Zura minta dia tolong hantarkan Zura? terang Azura. ?Oooo..kawan ye. Takkan kawan sampai tiap-tiap hari menghantar pulang. Patutlah Zura dah tak sudi nak naik motor dengan abang. Rupanya dah ada yang lain, yang lebih elok dari abang.? Zack berkata dengan nada geram. ?Abang Zack! Zura datang ni bukan nak bertengkar dengan abang Zack. Zura datang ni sebab abang yang beria-ria sangat nak jumpa Zura.? Zura berkata pada Zack. Zack terdiam. ?Oklah. Abang minta maaf? Zack mengalah. ?Sebenarnya abang minta untuk bertemu dengan Zura ini sebab abang nak tahu apa yang sudah jadi dengan hubungan kita. Abang sudah lama tak mendengar khabar berita dari Zura. Zurapun dah lama tak call abang, dan bila abang call, Zura buat tak layan sahaja, malah kadang-kadang Zura suruh kawan Zura jawab panggilan. Kenapa Zura? Abang lihat Zurapun tak seperti dulu lagi? tanya Zack. ? Zura dah ada yang lain ke?? Zack meminta kepastian. Zura hanya terdiam. Suasana menjadi sepi. ?Abang Zack. Biarlah Zura berterus-terang. Sebenarnya Zura minta maaf pada abang Zack kerana tidak memberitahu abang terlebih dahulu. Sebenarnya Zura sudah bertunang. Yang di dalam kereta itu adalah tunang Zura.? Kata Zura pada Zack dengan nada yang tersekat-sekat. Zack hanya berdiri tegak. Kata-kata Azura itu bagaikan dentuman petir memecahkan gegendang telinganya. ?Kenapa Zura. Sejak bila? Kenapa baru sekarang Zura nak beritahu?? tanya Zack keras setelah dapat mengawal dirinya. ?Baru saja abang Zack. Zura tak nak beritahu abang Zack awal-awal kerana Zura takut. Lagipun pinangan datang tiba-tiba dan mak ayah Zura terus menerima? jawab Zura sambil menundukkan kepalanya. ?Zurapun berfikir, sampai bila kita nak begini. Abang Zack tak habis-habis dengan motor abang.? Zura mempertahankan diri. ?Zura, Zurapun tahu yang abang sayangkan Zura kan. Kenapa Zura tak beri abang peluang untuk buktikan cinta abang. Ini..ini cincin ni? Zack mengeluarkan sebentuk cincin dari dalam dompetnya. ?Cincin ini untuk Zura. Abang dah lama bercadang untuk melamar Zura. Hanya menunggu masanya sahaja. Tapi Zura tak pernah beri peluang pada abang. Mak dan ayah abang, merekapun dah tahu mengenai Zura dan hanya menunggu isyarat dari abang sahaja untuk masuk meminang.? Zack melepaskan perasaannya. ?Kenapa Zura. Apa salah abang pada Zura hingga Zura buat abang macam ni?? tanya Zack sayu. Zura hanya diam sambil matanya cuba untuk mengelak bertentangan dengan mata Zack. ?Abang tak ada salah apa-apa pada Zura. Abang baik dan Zurapun senang dengan abang. Cuma Zura rasa kita tak sesuai bersama. Zura cuba terima abang, tapi Zura tak dapat. Zura cadangkan kita berkawan saja.? kata Zura. Zack hanya diam merenung Zura. Dirinya dirasakan kosong. ?Abang, Zura dah buat keputusan, dan Zura minta abang terima keputusan Zura itu? pinta Zura. Zack merenung tajam wajah Zura. Gadis yamg amat di cintainya itu tiba-tiba merobekkan hatinya. ?Zura, abang tetap tidak boleh terima keputusan Zura tu. Abang pinta Zura tarik balik apa yang Zura putuskan itu. ? Zack bagaikan merayu. ?Tidak bang. Zura dah buat keputusan? kata Zura sambil menggelengkan kepalanya. Air matanya berlinangan membasahi pipinya. Zack dan Azura terdiam. Masing-masing bagaikan melayani perasaan. Keadaan hening seketika. ?Zura, abang tetap tidak terima keputusan Zura itu, tetapi abang terpaksa mengikut. Abang sangkakan hubungan kita akan berakhir sebagai suami isteri, tapi takdir mengatasi segala-galanya. Kalau Zura rasakan Zura akan bahagia buat begini pada abang, abang relakan. Biarlah abang menjadi lilin, membakar diri abang untuk menerangi diri Zura. Walaupun Zura telah lukakan hati abang, abang tetap sayangkan Zura sampai bila-bila, hingga abang mati. Dari mulut ini abang berjanji dahulu, dari hati ini juga abang akan kotakan.? Kata Zack. Zura hanya diam membisu. Matanya merah dengan air matanya makin banyak berlinangan. ?Abang, abang tak boleh cakap macam tu. Zura sayangkan abang, tapi Zura rasa abang akan dapat jumpa seseorang yang lebih baik daripada Zura. Percayalah? Azura cuba memujuk. ?Sudahlah tu Zura. Tunang Zurapun sudah lama menunggu. Tidak elok Zura menyakitkan hatinya pula? nasihat Zack. ?Abang… ? Azura memanggil Zack sayu. Zack hanya tunduk membisu. Mukanya merah menahan marah. Perlahan-lahan Azura melangkah pergi dan memasuki ke dalam perut Satria hitam itu. Zack hanya memandang kereta itu berlalu pergi meninggalkannya dengan harapan yang kosong. Segera dia duduk di bangku sambil merenung kembali ke motornya. ?Hanya dua perkara sahaja yang aku sayang di dunia ini selain keluargaku, Azura dan juga motorku. Kini Zura telah pergi, tetapi kau tetap setia padaku? bisik hati Zack pada motornya sambil air mata suam bergenang di matanya.
Malam minggu itu, seperti biasa kumpulan bermotor Zack berkumpul di Tabong. Deretan motorsikal memenuhi hadapan gerai makan. Kelihatan rakan-rakan Zack riuh rendah berbual dan bergurau sambil minum. Tapi Zack hanya duduk di sudut termenung sambil menghisap rokok. Zack bukannya perokok, tetapi malam itu Zack rakus menghisap sebatang demi sebatang rokok. Di hadapannya puntung rokok bertaburan. Zack bagaikan mengelamun sambil bibirnya tidak putus-putus menghembuskan asap rokok. Sekotak rokok hampir habis dihisapnya. Kepalanya mula terasa pening. Pandangannya mula berbayang. Rakan-rakan Zack yang melihat mula risau. ?Zack, apa ni Zack. Jangan buat macamni. Aku tahu kau sayang pada Azura, tapi bukan ini caranya? nasihat Midi, rakan baik Zack. Zack hanya membisu sambil menjeling tajam Midi. Dicapainya lagi sebatang rokok dan dengan rakus dihisapnya. Midi hanya menggelengkan kepalanya. Setelah menghabiskan rokoknya yang terakhir, Zack bangun dari kerusi dan menuju ke arah motornya sambil di ikuti oleh rakan-rakan yang lain. ?Kita ke Uptown!? jerit Zack dan rakan-rakan Zack seperti biasa menurut. Masing-masing menghidupkan motorsikal dan kepulan asap putih memenuhi kawasan tersebut. Melihatkan rakan-rakannya telah bersedia, Zack meluncur laju ke arah jalan raya sambil diekori rakan-rakannya. Sesekali Zack memegang tengkuknya apabila dirasakan kepalanya pening. Midi yang mengikuti dari belakang merasakan hatinya berdebar-debar. Hari itu, Zack menunggang tidak seperti biasa. Sekejap ke tengah dan sekejap ke tepi. Namun dia masih dapat mengawal motornya. Tiba di Bukit Damansara, Zack meratah selekoh tanpa memperdulikan rakan-rakannya yang lain di belakang. Ketika beliau tiba di persimpangan Bukit Kiara, sebuah kereta keluar dari simpang perlahan-lahan. Zack yang agak laju, cuba mengelak kereta tersebut dan terus terbabas ke tepi jalan. Zack bersama motornya terhumban dan Zack tercampak dan terseret hingga beberapa meter. Keadaan berlaku dengan pantas. Setelah terbaring beberapa saat, Zack bangun dalam kepayahan dan melangkah ke arah motornya dengan kaki yang berdingkit. Jeansnya koyak dan berlumuran darah. Rakan-rakan Zack yang tiba selepas itu segera berhenti. Midi, Lan, Wan dan juga Awie berlari mendapatkan Zack. Rakan-rakan yang lain membantu dengan mengawal lalulintas. Midi yang mula-mula tiba di hadapan Zack terkejut apabila Zack memandangnya dengan wajah yang keliru. ?Midi, kenapa nasib aku malang macam ini Midi? Mula-mula Azura tinggalkan aku, lepas tu motor aku pula hancur. Kenapa Midi? Apa salah aku?? tanya Zack sayu. ?Relaks Zack. Bawak bertenang. Kau tu cedera Zack.? Midi menenangkan Zack. Midi memandang Zack dari atas hingga bawah. Tidak nampak padanya kecederaan teruk pada diri Zack selain dari kakinya berdarah. ?Midi, kau pesan pada Azura yang aku tetap sayangkan dia sampai bila-bila? tiba-tiba Zack berpesan pada Midi. Selesai sahaja kata-kata Zack itu, dia terbatuk dan sejurus itu darah menyembur keluar dari hidung dan mulutnya. Kepalanya mendongak ke langit dan Zack terus terjelepok ke atas jalan raya bersebelahan motornya. Awie terus meluru ke arah Zack dan membukakan topi keledar Zack. Mata Zack seakan-akan tertutup dan sambil darah keluar dari hidung mengikut nafasnya. ?Zack, kau jangan tinggalkan kami Zack!? Awie berbisik pada Zack. ?Mengucap Zack? Lan mencelah. Mendengar pesanan Lan, mulut Zack terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah. Malam yang gelap itu tiba-tiba berkelipan dengan lampu merah biru. Ambulan baru saja sampai dan tubuh Zack di bawa atas pengusung dan dimasukkan ke dalam ambulan. Rakan-rakan Zack hanya memandang ambulan itu berlalu pergi.
Tiba di hospital, Zack di masukan ke wad kecemasan. Beberapa rakan Zack sudah menunggu di situ setelah mendengar berita. Setelah di periksa, Zack di masukkan ke wad ICU. Doktor memaklumkan Zack mengalami kecederaan dalaman iaitu pada bahagian kepala dan badan. Wayar dan tiub terpaksa di masukkan ke badan Zack. Keluarga Zack sudah dimaklumkan. Setelah dua hari Zack di ICU, dia mulai sedar. Zack dipindahkan ke wad biasa. Rakan-rakan dan keluarge Zack gembira dengan keadaan Zack. Walaupun Zack tidak dapat bergerak banyak, dia masih boleh bercakap walau dengan nada yang lemah. Doktor mengingatkan agar dia banyak berehat. Hari ini hari keempat Zack di dalam wad. Zack termenung di atas katil. Dia teringatkan Azura. Setitik air mata menitis membasahi pipinya. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Zack termenung sendirian. Tiba-tiba pintu wadnya di ketuk. Dari celah pintu, muncul wajah Midi. ?Hai Zack. Boleh aku masuk?? tanya Midi. Zack hanya tersenyum riang sambil menganggukkan kepala, lemah. Setelah Midi masuk, Zack perasaan ada seseorang di belakang Midi. Matanya bagaikan tidak percaya apabila kelibat orang yang di belakang Midi adalah Azura. Setelah itu Midi meminta diri kerana perlu ke tempat kerja. Melihatkan keadaan Zack Azura segera meluru duduk di sebelah Zack. Tangan Zack digenggam erat. Zack hanya memandang ke arah wajah Azura sambil menghadiahkan senyuman manis. Tangan Azura di genggamnya kembali. ? Abang Zack, Zura minta maaf. Zura tahu Zura dah lukakan hati abang. Abang Zack tolong jangan marahkan Zura ye.? Zura berkata pada Zack dengan air mata yang berlinangan. Zack hanya tersenyum sambil mengangguk lesu. ?Sudahlah Zura, semuanya pun telah berlalu. Abang tak dapat nak melawan takdir. Zurapun sudah menjadi milik orang lain. Abang rasa lebih baiklah abang mati daripada hidup tanpa Zura.? Kata Zack pada Zura bagaikan berdoa. Air mata Zura makin berlinangan apabila mendengarkan kata-kata Zack itu. ?Abang Zack, tolong jangan ucap perkataan itu. Abang tolonglah fikir dulu sebelum abang kata perkara itu? pinta Azura. Zack hanya mendiamkan diri. Kepalanya makin berdenyut. ?Zura, abang sejuklah Zura.? Kata Zack walaupun dirinya berselimut tebal. ?Tolong peluk abang, Zura. Abang penat dan mengantuk. Abang nak tidur dalam dakapan Zura? Zack meminta. Azura menarik tubuh Zack ke arahnya dan memeluk Zack sambil tangannya digenggam erat oleh tangan Zack. ?Abang sayangkan Zura tau. Selagi abang hidup, abang sayangkan Zura sampai bila-bila.? pesan Zack. ?Zura pun sayangkan abang juga? balas Azura dalam linangan air mata. Keadaan bilik wad itu sepi dengan pasangan kekasih berpelukan erat. Zack dan Azura terlena dalam dakapan masing-masing.
Lewat malam, Azura terbangun dari tidurnya. Zack masih tidur dalam dakapannya. Tangannya digenggam erat oleh tangan Zack bagaikan tak akan dilepaskannya. Tiba-tiba Azura merasakan tangan Zack sejuk. Azura merenung wajah Zack masih tertidur berbantalkan dadanya. Bibir Zack bagaikan mengukir senyuman. ?Abang? Azura mengejutkan Zack lembut sambil tangannya yang satu lagi mengusap rambut Zack. ?Abang Zack? Azura mengejutkan Zack lagi. Masih tiada reaksi dari Zack. ?Abang!? Azura meninggikan nadanya sedikit kerisauan. Zack masih tidak bergerak. Tiba-tiba Zura merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dirinya kaget. ?Abang, tolong jangan buat Zura begini bang. Zura masih sayangkan abang? air mata Azura mula berlinangan. ?Abang, jangan tinggalkan Zura. Zura minta maaf atas apa yang telah Zura lakukan, tapi tolong jangan buat Zura begini? Azura meratap. Air matanya mencurah-curah menitis membasahi muka Zack. Namun Zack masih kaku. Azura menggoncangkan badan Zack. Perlahan-lahan keluar darah dari hidung Zack mengalir menitis ke baju putih Azura. ?Abang!!? Azura meraung sambil menangis.
Doktor meluru masuk setelah butang kecemasan ditekan Azura. Doktor cuba untuk menguraikan Zack dari Azura tetapi tangan Zack yang telah kaku itu bagaikan tidak mahu melepaskan Azura. Setelah diperiksa tubuh Zack, doktor hanya memandang Azura dengan pandangan yang sayu. ?Saya minta maaf cik. Zack sudah tiada? kata doktor itu perlahan. Azura yang masih dalam dakapan Zack menangis teresak-esak. Diciumnya dahi Zack yang sejuk itu berulang-ulang kali. Ingin dia meraung tapi bagaikan tiada suara yang keluar. Kenangannya bersama Zack tiba-tiba menerjah ke ruang mindanya. Kata-kata Zack padanya dahulu terngiang-ngiang di telinganya. ?Zura, kalau boleh bila abang mati nanti, abang nak mati dalam dakapan Zura?. Mengenangkan itu, esakan Azura makin bertambah. Air matanya berlinangan menuruni pipinya dan terus ke lantai. Tangannya mendakap erat tubuh Zack yang sudah kaku itu sambil menangis. Kesalnya tiada berguna lagi.

2 Respons

  1. bengong tul azura tu…

  2. sampainya ati.tak patut betul

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: