sekelip mata kau berubah

Hampir dua tahun usia perkahwinan Anuar dan Jasmeen namun tiada lagi tanda-tanda yang menampakkan mereka bakal menimang cahaya mata.Mungkin kesibukkan yang membebani tugasan membuatkan mereka jarang bersua muka.Namun bagi Anuar dia seorang suami yang bertanggungjawab dan memahami setiap apa yang dilakukan oleh isterinya itu adalah semata-mata demi masa depan mereka di hari tua.
Pada awal perkahwinan Anuar masih lagi boleh pertahankan ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta yang disemai sejak bangku sekolah lagi.Perkahwinan mereka diatur oleh orang tua yang tidak mahu anak mereka terus berkawan dan ianya juga demi kebaikan masing-masing daripada terjunam ke dalam lembah maksiat dan zina.
Berkahwin itu hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk bersetubuh (Ta’iq) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang cukup untuk berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah.Itu adalah salah satu daripada hukum berkahwin.
Dikala itu juga Anuar sudah pun mempunyai kerjaya sendiri dan Jasmeen tetap dengan pendiriannya yang ingin meneruskan iltizamnya untuk melanjutkan pengajiannya ke menara gading.Bagi Anuar tidak perlu untuk Jasmeen terus dengan pengajiannya kerana Anuar yakin dia mampu menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Sebagai gadis yang aktif dan agresif tentu saja peluang di depan mata tidak akan di biarkan layu terkulai begitu saja.Segala harapan selama ini bagaikan ingin menggapai bintang yang tinggi di langit malam.Jasmeen nekad mahu meneruskan pengajiannya walaupun mempunyai cahaya mata sekalipun suatu hari nanti.
Bagi Anuar jika itu yang dipinta oleh isterinya maka itulah yang terbaik buat dirinya tapi satu pinta Anuar agar Jasmeen tidak leka dengan urusannya sehingga lalai dengan tanggungjawab sebagai isteri orang.Segala janji manis dilemparkan sebagai tanda setuju dan mereka berikrar akan setia hingga ke akhir hayat.
Andai ada yang pergi dulu itulah takdir daripada Illahi yang dilemparkan buat umatnya agar sentiasa tabah dan beringat bahawa setiap yang hidup pasti akan mati.Itulah ikrar janji setia yang ditanamkan di lubuk hati dan sanubari kedua suami isteri itu.
Namun sejak kebelakangan ini, Anuar dapat rasakan perubahan yang cukup ketara dengan sikap isterinya yang sentiasa mencari kesilapan Anuar walaupun “sudah terang lagi bersuluh” memang benar semua yang berlaku berpunca daripada Jasmeen yang bagaikan “Ingin menegakkan benang yang basah”.Segalanya berpunca dengan sikap Jasmeen yang membabi buta menuduh Anuar yang kononnya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik.
Itu pada pandangan Jasmeen saja tetapi selama ini tidak pernah sedikit pun Anuar meninggalkan tanggungjawabnya terhadap rumahtangga mereka.Selama ini Anuarlah yang menggantikan tempat Jasmeen melakukan kerja-kerja rumah termasuklah menghantar Jasmeen ke kuliah.Anuar memang seorang yang penyabar namun sabar seseorang ada tahapnya.Sehingga satu hari berlaku pertengkaran yang hebat dan terbongkarlah segala rahsia yang selama ini menjadi kuman yang besar merebak ke dalam hati Anuar.
” Kalau abang tak pandai nak buat semua kerja-kerja rumah ni baik tak payah kahwin.Menyusahkan!!!!..” terlalu mudah bagi Jasmeen melafazkan kata-kata cerca kepada suaminya sendiri.Hancur luluh hati dan perasaan Anuar mengenangkan sikap isterinya.
Ingin saja ditangankan isterinya namun Anuar masih mampu membendung kemarahannya daripada melimpah ruah membanjiri kesetiap saluran darah dan nadinya.Mata Anuar terus tertumpu pada skrin televisyen, malas rasanya untuk terus bertekak dengan isterinya yang sememangnya agak panas baran sedikit.
” Awak pekak ker?..saya cakap bila lagi dapur tu nak berasap, perut saya ni nak diisi juga,” tengking Jasmeen tanpa mempedulikan bahawa derhaka bagi seorang isteri berbuat demikian.Anuar yang semakin panas hati dan telinganya berdesing mendengar kata-kata isterinya lalu bangun dan terus merenung wajah isterinya.
Walaupun rasa marah semakin memuncak namun tidak mahu untuknya terus bertelagah sepanjang waktu itu.Jasmeen terus dengan sikap egonya dan mahu tetap dengan keputusannya yang salah itu.Sepatutnya diri suaminya yang patut dilayani oleh seorang isteri yang soleh, namun dek kerana ego menguasai diri Jasmeen terbabas daripada tanggungjawabnya yang sebenarnya.
” Meen… sepatutnya abang yang berhak berkata demikian, derhaka nama tu,” lafaz Anuar dengan lembutnya.
” Oh..baru sekarang nak bersuara, selama ni saya yang beli barang dapur, bayar duit kereta, rumah entah apa lagi yang saya bayar tak pernah pun saya ungkit,” tengkingan Jasmeen membuatkan Anuar bertambah berang.
” Meen..cukup sayang,” Anuar memalingkan muka mengadap ke penjuru rumahnya.Tidak pernah terduga sikap isterinya berubah sekelip mata berbanding sebelum Jasmeen menjawat jawatan sebagai seorang Ketua Pegawai di sebuah badan swasta.Berbekalkan kepakaran dan kebolehan yang ada pada Jasmeen tentu saja ada jabatan yang ingin menggunakan khidmatnya yang dikatakan begitu bagus dan cekap dalam menyelesaikan apa jua tugas yang diberi.
Memang Jasmeen mampu untuk memegang gaji yang lumayan setaraf dengan kelayakkannya.Itu sememangnya yang diidam-idamkan oleh Jasmeen selama ini.Tapi mana semua ikrar janji setia yang dilafazkan, adakah hanya mainan dibibir saja atau… .
” Kalau awak rasa tak mampu nak buat dua kerja dalam satu masa berhenti kerja sajalah, tak delah susah sangat.Gaji awak pun tak mampu nak beli banglo besar ni tau tak!!!” satu tamparan yang hebat buat Anuar.Maruahnya bagaikan dilambung-lambung oleh isterinya sendiri.Api kemarahan bakal meletus andai dia terus menjatuhkan air muka ini lagi.Ingin dibiarkan dayus pula dirinya.
” Puas hati awak Meen!!!” dengan selamba Anuar berkata.Jasmeen terkedu seketika, memang selama ini Anuar tidak akan membantah setiap katanya namun kali ini lain sekali.
” Tak puas lagi!!!” jerkah wanita itu.
” Awak tak puas yer… .” Anuar bersuara lagi.
” Yer!!!” balas Jasmeen.
” Baik… mulai dari saat ini… ..” terhenti seketika, sambil memikirkan wajarkah dia bertindak demikian.Memang sudah melampau sikap Jasmeen terhadapnya.Segala nasihat telah diminta daripada pihak tertentu dan kedua ibubapanya sendiri.Maka…
” Aku ceraikan kau dengan talak satu!!!” Anuar terus beredar dan Jasmeen terduduk terus terkedu dengan keputusan suaminya.Kegoaannya bagaikan tercabar dengan kuasa mutlak yang ada pada suaminya itu.Memang jelas dalam islam menyatakan sebelum lafaz cerai diluahkan ada baiknya dinasihati si isteri dengan cara yang baik, keduanya apabila masih ingkar dengan teguran suami maka si suami asingkan tempat tidur untuk tiga hari, jika masih lagi berlaku demikian suami berhak memukul si isteri tetapi jangan menyebabkan sebarang kecederaan yang memudaratkan si isteri, khidmat nasihat atau kaunseling perlu dari pihak tertentu dan keluarga kedua belah pihak.
Akhir sekali sekiranya memang tiada persefahaman yang diharapkan maka keputusan yang sebenar berada di tangan si suami.Meluap-luap Jasmeen menahan kemarahan, pada fikirannya itu hanyalah gertakkan daripada suaminya tetapi bila si suami telah melafazkan cerai maka jatuhlah talak ke atasnya walaupun bergurau sekalipun.Jadi perkara berkaitan dengan ‘cerai’ ini jangan menjadi mainan dibibir dan senang-senang untuk diungkap.
Tetapi bagi Jasmeen tidak semestinya wanita hanya bergantung kepada lelaki. “Lihatlah dunia bahawa tangan ini bakal menggoncang dunia,” dengan senyuman penuh keyakinan.Angkuhnya dia melangkah mendaki setiap anak tangga rumahnya itu menuju ke arah kamar tidurnya.
” Hai… mengemas nampak??… ” menyindir dengan penuh rasa benci.Matanya tajam merenung setiap gerak geri suaminya.Hampir ke semua barang kepunyaan bekas suaminya itu disumbat sendiri oleh Anuar tanpa mempedulikan dirinya menjadi perhatian.Sedang Anuar sibuk mengemas tanpa disedari sepasang baju melayu berwarna kuning langsat jatuh di kaki Anuar.Diamatinya dengan teliti, memang baju itu bukan kepunyaannya.
Sekeping foto terselit di dalam lipatan baju itu, hati Anuar bertambah hiba dan sayu mengenangkan dirinya selama ini hanya boneka yang tidak berharga yang boleh dicampak bila-bila masa.Gambar seorang lelaki memeluk erat tubuh isterinya yang selama ini diberi kepercayaan sewajarnya oleh Anuar.
Matanya dipejamkan, kelihatan halilintar membelah bumi segala cakrawala jatuh berguguran menghempas dirinya.Badai dilautan berlipatan menghancurkan sekeping hati yang hanya terkunci buat isterinya yang tersayang.Rumah yang didudukinya bagaikan terbang bersama angin taufan yang melanda rumahtangga mereka.Jasmeen yang berdiri di birai katil berhampiran Anuar terjelupuk jatuh dan menangis teresak-esak.Dikala itu kesedaran mula terbit diufuk hati, namun rasa keangkuhannya masih menebal di sanubari.
Kesal bagi Jasmeen kerana menduakan suaminya, kesal juga membelenggu dirinya kerana dia curang kepada Anuar dan dia juga berdosa berzina dengan orang yang tidak dikahwininya.Betapa besarnya dosa Jasmeen terhadap suaminya namun lebih besar tanggungan dosanya di akhirat kelak.Anuar yang masih berdiam diri lalu mencapai gambar perkahwinan mereka yang digantung di dinding rumah itu lalu dihempas ke lantai.
Jatuh berderai kaca-kaca bingkai gambar itu bersama-sama hati Anuar yang hancur dimamah rasa kecewa yang amat mendalam bagai dihiris belati tajam.Segala gambar mereka sepanjang dua tahun perkahwinan yang berada di rumah itu dicampak dan melayang bertaburan di lantai rumah itu.
Jasmeen memandang dengan penuh rasa takut, rasa sakit hati dengan keadaan rumahnya juga membuatkan dia panas hati.
” Heiii… sebelum kau nak keluar dari ruah ni, kau kemas semua barang yang kau campak ni.Memang kerja ni sesuai dengan kau,” tengking sehingga menyebabkan Anuar hampir membaling album gambar ke arah Jasmeen.Terperanjat Jasmeen melihat hantu apakah yang merasuk Anuar.
” Haaa… balinglah… kenapa berhenti, takut?” sombong benar wanita muda itu.
” Jasmeen… saya masih ada rasa sabar lagi, kalau ikutkan hati ada lebih baiknya dari dulu saya tangankan awak.Awak ni melampau!!!!” tengking Anuar sambil menghempaskan album gambar yang berada di tangannya tadi.Tangannya mencapai ke semua barang miliknya dan selebihnya di tinggal buatkan bekas isterinya.
” Tanggunglah awak segala dosa awak tu, saya hanya mampu memaafkan tetapi yang lebih berhak menentukan… awak faham sendiri,” terang Anuar dengan nada suara yang sayu.
” Peduli apa!!!..aku yang tanggung bukan kau jantan!!!” sekali lagi Jasmeen mengaum bagaikan harimau betina kelaparan.Dia lupa sebagai manusia tidak harus dia berkata demikian, keangkuhan itu bakal meragut segalanya.Apa yang diberikan oleh Allah memang sekejap untuk kita terima dan apa jua yang Allah berikan sekelip mata akan diragut ganas. Padahnya hanya Allah yang tahu, kita sebagai manusia kerdil harus sedar arus kehidupan ini ada pasang surutnya.Kalau kita lalai terumbang ambinglah tanpa haluannya.
Itulah sebabnya jika wujudnya iman di dada, tidak mungkin goyah setiap perlakuan yang dilakukan.Namun semua berlaku sekelip mata, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta berkecai begitu saja.
” Meen… .hati ibarat kaca, andainya ia jatuh berderai… tidak mungkin ia dapat bercantum kembali,” berlalu meninggalkan Jasmeen yang masih terdiam sendirian.
Anuar terus melangkah menuruni setiap anak tangga rumah itu, selama ini rumah yang dianggap syurga dunia sudah menjadi “padang jarak, padang tekukur”.Longlai langkah dibuatnya bila sebegini perit penderitaan yang ditanggungnya.Betapa dayusnya Anuar mempercayai isteri sendiri yang selama ini memalit lumpur ke mukanya.
” Tunggu!!!… .” laung Jasmeen.Anuar mematikan langkahnya dan memalingkan wajahnya ke arah Jasmeen.
” Nafkah perlu kau berikan pada aku, ingat!!!” jerkah wanita itu.
” Saya tak lupa semua tu… .” ringkas jawab Anuar dan terus berlalu.
” Tetapi… … anak yang dua bulan berada di dalam perut ini juga perlukan nafkahnya,” menjeling tajam ke arah Anuar.Tersentap jantung Anuar mendengarnya, masakan tidak Anuar memang agak sukar untuk Anuar dan Jasmeen bersama inikan pula… …
” Dua bulan Jasmeen… ..dah hampir setahun awak sibuk dan bila masa saya dapat bersama dengan awak!!!!” tengking Anuar.Kali ini darahnya menyirap ke muka.Merah padam wajahnya menahan amarah di hati.
Tercengang Jasmeen mendengarnya, dari situ terfikirlah dia bahawa memang benar kenyataan suaminya itu.Nafkah batin daripada suaminya ditolak mentah-mentah.” Berdosa seorang isteri menolak pelawaan suami,” itulah kata-kata yang disampaikan oleh Anuar di telinganya di awal perkahwinan dahulu.
” Mustahil Jasmeen… .mustahil.Sanggup kau permainkan maruah suami sendiri?” soal Anuar dengan nada yang agak keras.”Mengapa sanggup Jasmeen menyalurkan benih sucinya kepada orang lain mengapa tidak kepada dirinya.Tubuh badan aku halal untuk dirinya,” hati Anuar menjerit kecil.
” Kau bukannya kaya, kerja pun bukannya standard sangat.Gaji pun tak mampu nak beri aku segala kemewahan,” sindir Jasmeen.
” Yer..memang aku miskin, tapi aku kayakan kau dengan kasih sayang dan simpati yang melimpah ruah yang tak perlu kau bayar walaupun sesen,” jawab Anuar lagi.Pilu hati Anuar mendengar kata-kata Jasmeen. “Bagaimana kau boleh berubah sekelip mata Jasmeen?” hatinya menangis berlagu sedih.
” Ahh… ramai lagi lelaki yang inginkan aku, mereka mampu memuaskan segala apa yang aku mahu asalkan aku sanggup melayani mereka.Duit aku dapat, dengan kau habuk pun tak ada,” angkuhnya menjadi-jadi.
” Baiklah… .kau sudah ku lepaskan, buatlah apa yang kau suka Meen.Tapi satu aku pinta, kau pulang ke pangkal jalan Meen.Pintu taubat masih terbuka buatmu,” Anuar melangkah berat.
” Pergi mati dengan semua tu!!!” sekali lagi Jasmeen menunjuk sikap bongkaknya.
” Tapi satu perkara… .Sekelip mata kau berubah… ” air matanya mengalir deras.Anuar berlalu tanpa mempedulikan bebelan Jasmeen.Jika itu pinta Jasmeen sudah dia lunaskan kehendak bekas isterinya itu.Lepaslah sudah orang yang tersayang daripada tangannya sendiri.Pergilah Anuar ke mana saja langkah kakinya.
*****
WANITA DITEMUI MATI DIBILIK HOTEL.
Itulah tajuk akhbar muka depan sebuah akhbar bernama.Pagi itu Anuar masih belum sempat membaca setiap isi yang terdapat di dada akhbar itu. Kali ini wajah Anuar agak ceria sedikit, setelah sebulan menjalani khidmat kaunseling akhirnya Anuar mampu untuk mengembalikan semangatnya semula.Setiap hari dia berdoa agar dirinya dirahmati Allah.Tidak lupa juga buat bekas isterinya agar pulang ke pangkal jalan.
Anuar kembali menatap suratkhabar yang tadi tidak sempat ditatapnya.Entah mengapa hatinya berdebar-debar saat membaca tajuk besar akhbar pada pagi itu.Matanya tertumpu pada nama seorang wanita yang bernama JASMEEN HAYATI MALIQ BINTI MALIK ANAS.Berpinau pandangannya, bagaikan tidak percaya dengan apa yang dibacanya itu.Mengikut berita itu punca kematian Jasmeen adalah kerana dia sendiri menggantung dirinya.Ini berkemungkinan akibat dari malu menanggung aibnya selepas teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya.
“YA ALLAH!!!… begitu hebat dugaan yang kau terima Jasmeen,” bisik Anuar.Di hatinya bertambah hiba mengenang Jasmeen tidak sempat untuk pulang ke pangkal jalan.Dia terlebih dahulu menemui Allah.Anuar kesal kerana gagal membawa isterinya beroleh kemuliaan di dunia dan di akhirat.Hanya doa yang mampu dihadiahkan buat bekas isterinya semoga rohnya tenteram di alam barzakh sana.
*****
Di tikar sembahyang menghadap ke kiblat.
” SEKELIP MATA KAU BERUBAH SAYANG… … MAAFKAN ABANG MEEN… DOSAMU KU AMPUNKAN..” tersedu-sedu Anuar menahan tangisannya.Sebak di dada gagal dikawal dan tubuhnya perlahan-lahan direbahkan dan akhirnya dia terlena bersama airmata yang masih membasahi pipinya.
Malam itu dia bermimpi Jasmeen datang menghampirinya dengan keadaan yang menakutkan meraih simpati.Jasmeen menyatakan dia lapar, dahaga dan sakit yang tidak terhingga.Anuar cuba menghulurkan tangan namun semakin Anuar mendekatinya semakin jauh Jasmeen dari dirinya.Jasmeen menangis meratap hiba memohon keampunan daripada Anuar, apa yang mampu Anuar lakukan hanyalah menangis kerana dia tidak mampu untuk membantunya.Jasmeen semakin jauh meninggalkannya dan akhirnya hilang dari pandangan mata.Apakah seksaan yang bakal diterima oleh Jasmeen hanya Allah yang tahu semuanya.Bersemadilah dikau dengan amannya buat “JASMEEN HAYATI MALIQ”

Satu Respons

  1. best…3 dari 5 bintang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: