aku tak suka kau

“Iqa, mari sini sekejap!” Warghh! Apa lagi yang Along nak ni? Dengan langkah
yang malas, aku menuju ke dapur. “Nah! Tolong hantar puding ni pada Mak cik
Sofiah.” Along menghulurkanku sepiring puding jagung yang sudah siap
dipotong. “Eh, kenapa Iqa pula? Kenapa Along tak pergi sendiri?” Aku
membantah. “Along nak jaga gulai ni. Takkanlah rumah sebelah pun, susah
sangat nak pergi? Bukan apa pun. Keluar rumah, masuk halaman rumah diorang,
beri salam…” “Ha! Yalah tu! Tak payahlah Along nak ajar Iqa tusemua. Iqa dah
tau pun!” Aku mencapai piring berwarna hijau itu pantas. ‘Ya, Allah!
Mudah-mudahan bukan setan tu yang buka!” Doaku dalam hati.
“Assalamualaikum!” Dan seraya itu, aku mengetuk pintu tersebut 3 kali.
“Wa’alaikumussalam!” Dan apa yang kufikir benar-benar berlaku. Wajah Azhar
muncul di muka pintu. Aku menarik muka masam. Kenapalah budak ni rajin
sangat nak buka pintu?

“Oh, engkau rupanya!” Azhar tersengih. Matanya memandang piring berisi
puding jagung di tanganku. “Hantar kuih ke?” Soal Azhar tersengih. “Ya!
Nah!” Piring itu kuhulurkan kasar. Azhar tidak segera menyambutnya. “Sebelum
aku ambil, aku nak tanya dulu. Kuih ni siapa yang buat? Kau ke?” “Kalau aku,
kenapa?” Soalku membalas.
Azhar tersengih. “Kalau kau, tentu rasanya tawar. Koman-koman pun, bila
makan, boleh patah gigi!” Warghh!! Ikut hati mau saja aku sumbat mulut
celupar tu denan puding-puding ni. Kalau campur piring ni sekali, lagi
bagus! “Bukan akulah! Kakak aku!” Aku menjawab penuh geram. “Oh, kakak kau…”
Azhar mencapai piring itu perlahan.”Terima kasih ya. Nanti kalau kakak kau
buat lagi,hantarlah lagi, ya? Tapi jangan kau yang hantar, nanti tak
pasal-pasal aku termuntah!” Sambung Azhar. Aku tersenyum sinis. “Kalau kakak
aku buat lagi, nantilah aku suruh dia hantar bahagian yang dah hangus.
Ataupun, hantar kuih yang dah basi, baru kau boleh termuntah!” Jawabku
geram. “Sebelum aku terlupa, kirim salam dengan emak kau, cakap pada dia,
lain kali ajar sikit anak dia ni!” Aku berlalu. Puas hati aku! “Siapa yang
ambil tadi?” Soal Along sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah.
“Entah hantu mana agaknya tu!” Jawabku acuh tak acuh. “Oo… tentu Azhar kan?”
Teka Along tersenyum. “Siapa lagi? Dialah satu-satunya setan di rumah
sebelah tu!” “Kamu ni tak sudah-sudah bergaduh. Pantang berjumpa, ada saja
nak ditekakkan. Cubalah berbaik, Iqa. Tak bagus asyik
bermasam muka begitu!” Along menasihatkanku. “Malas!” Along menggelengkan
kepalanya beberapa kali. “Entahlah apa nak jadi dengan kamu ni, Iqa! Macam
anjing dengan kucing!” Keluh Along.

* * *

Aku mempercepatkan langkahku. Hatiku tambah berdebar. Sewaktu aku menoleh ke
belakang, lelaki gila itu masih mengekoriku. “Hoi! Tunggu aku! Apasal kau
lari, ha?” Alamak! Orang gila tu dah lari! Apa aku nak buat ni? Takkan nak
berlari pecut dalam kain sekolah begini? Karang tak pasal-pasal jatuh, tentu
haru! “Wargh!!!” Langkahku mati. Aku betul-betul terkejut dan hampir saja
aku terjatuh. Celaka kau hantu! “Hai!” Azhar tersengih memandangku. “Kalau
nak lari, laju-lajulah sikit. tu ha, orang gila tu dah makin dekat dengan
kau!” Sengihan Azhar semakin melebar. “Berambuslah kau!” Aku mencemik. Aku
menoleh ke belakang, orang gila yang masih mengajarku tadi semakin
menghampiri kami berdua. “Nak tumpang?” Azhar mempelawa sinis. Aku menelan
air liur. Argh!!! Hari ni ego aku kalah. Mau tak mau, aku terpaksa
membonceng motosikal Azhar. Kalau aku tumpang dia, selamatlah aku dari orang
gila tu. Lagi pula, cepat sikit sampai. “Berat kau, ya? Susah nak kawal!”
Suara Azhar dalam perjalanan. Aku Cuma diam. Cakaplah apa kau nak cakap
sekalipun! “Kau makan apa, ha? Apasal rasa berat semacam je ni? Makan batu
ke?” Azhar membuat muka penat. “Alahai… banyaklah muka penat kau tu!
Bukannya nak mengayuh pun! Lagipun, okey saja motor ni. Tak nampak macam ada
masalah pun.” Balasku geram. “Amboi… Melawan dia! Kau ingat sikit, kau tu
menumpang, buatlah cara orang menumpang!” “Eh, tolong sikit! Kan tadi kau
yang ajak aku! Aku pun bukannya nak sangat naik motor buruk kau ni!” Hatiku
mula panas. “Sedapnya mulut mengata motor aku! Eleh, kalau aku tak
tumpangkan kau, entah-entah kau dah kena bawa lari orang gila tu!” Motor
Azhar semakin meluncur laju. “Hei, perlahanlah sikit! Kan dah sampai kawasan
perumahan ni!” Aku menggigit bibir. “Kenapa, takut?” Motor Azhar semakin
laju. “Kau ni gila ke? Perlahankan sikit!” Aku menjerit. Dadaku berdebar
kencang. Dari jauh kelihatan bumbung rumahku yang berwarna biru. “Hei,
berhentilah!” Aku menepuk belakang Azhar apabila dia sudah melepasi rumahku.
“Eh, apasal tak boleh berhenti ni?” Azhar mula cemas. “Hei, pijaklah brek
tu!” Aku memekik. Tiang lampu yang berada di depan jalan semakin kami
hampiri. “Azhar!” Aku memekik lagi. Kali ini lebih kuat. “Izma, lompat!”
Jerit Azhar. Dan… buk! Aku dan Azhar tercampak di tepi jalan manakala motor
Azhar merempuh tiang lampu itu. Adoilah! Apasal sakit sangat kaki aku ni?
“Hoi! Apa ni!” Aku menolak badan Azhar yang menindih kakiku. Azhar bangun
perlahan. “Habislah motor aku!” Azhar menarik motornya. Aku cuba berdiri
namun gagal. Sakit di kakiku tidak dapat ditahan lagi. “Hei, takkan tengok
je? Tolonglah aku!” Aku memekik pada Azhar. “Humang aih! Aku lupa plak kat
kau ni. Okey ke?” Cepat-cepat Azhar menghampiriku. “Okey kepala hotak kau!
Bawak motor macam pelesit! Nasib baik aku sempat lompat tadi, kalau tak, dah
jadi arwah!” Aku melepaskan geram. “Yelah tu… Aku jugalah yang salah!” Azhar
menghulurkan tangannya. “Mari sini aku papah kau!” “Hei, pelan-pelanlah
sikit! Kaki aku ni sakit tau! Tadi tu, bukan main sedap saja kau landing
atas kaki aku!” Cemuhku lagi. “Izma, kau ni kalau tak ber ‘hei-hei’ dengan
aku tak boleh ke? Aku ada nama tau! Sedap pula tu!” Azhar menarik tanganku.
“Suka hati akulah!” “Eh, karang aku tinggalkan kau di sini, baru padan muka!
Merangkaklah kau masuk dalam rumah!” Ugut Azhar. Aku mencemik. “Ini semua
pasal kau juga!” “Kaki kau tu, kalau luka, balut! Kalau patah, simen! Kalau
dah tak berguna, potong saja! Habis cerita!” Kata Azhar sebelum keluar dari
rumahku. Amboi, lancangnya mulut dia! Sedap je suruh aku potong kaki aku ni.
Sedangkan semua ni dia punya pasal. Kaki aku sakit, hati aku sakit. Dia tak
sakit apa-apa pun. Ee….. geramnya!

* * *

“Oi, dah okey ke kaki kau tu?” “Apa kau sibuk?” Aku tidak memperdulikan
pertanyaan Azhar. Sikit pun aku tak memandang wajahnya. Aku terus menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling laman rumahku itu. “Sombong nak mampus!” Aku mengelap mukaku yang basah disiram air. Kurang ajar! Lesap sudah budak seekor ni! Geramnya aku! Aku membasuh kembali mukaku yang terasa licin itu. Apa taknya,
ada ke patut muka aku yang lawa ni Azhar siram guna air basuhan kereta bapa
dia! Tunggulah kau, kau keluar kejap lagi, kenalah kau! Aku memutar paip
hingga ke paras maksimum. Ha, aku dah agak, dia memang keluar balik. Dari
pintu rumah utama Azhar, aku ternampak ada bayang-bayang tubuh yang menuju
ke luar rumah. Okey… Hos sudah kuacukan ke tempat yang sepatutnya. Tunggu
dia keluar dulu… Dan, itu dia! Yeihaa!!!!! Air yang membuak keluar dari
muncung hos itu kutujukan ke arah Azhar. Basah lecun dia! Em… macam ada yang
tak kena saja ni! Pantas aku menurunkan kembali hos itu. Cepat-cepat aku
memutar kembali kepala paip itu untuk memberhentikan airnya dari terus
mengalir. Peluhku meleleh keluar. “Em.. maafkan sa.. saya, pak cik! Sa..
saya ingatkan Azhar tadi!” Tanganku terasa bergegar. Pak cik Johan
memandangku tajam tanpa berkata sepatah pun. Habis rambut, baju dan surat
khabar ditangannya basah. “Tapi, tak apalah kan pak cik? Lagipun, hari dah
petang ni. Lepas ni, pak cik tak payah mandi. Tukar baju saja. Kalau pak cik
nak mandi pun, mandilah supaya segar sikit. Ha, lepas tu bolehlah pak cik
terus pergi surau!” Aku pura-pura tersenyum. Sebaik saja aku habis
berkata-kata, aku terus meluru masuk ke dalam rumah. Perlahan-lahan pintu ku
tutup.
Nasib baik pak cik Johan tak cakap apa-apa. Kalau tak… adoilah. Lagilah
haru!

* * *

Tok! Tok! Tok! “Woi! Bangunlah! Pukul berapa dah ni, ha?” Suara garau Angah
memecah keheningan pagi. Tanganku meraba-raba mencari jam locengku. Alamak!
Pagi apa? Dah dekat tengah hari dah ni! “Bangunlah! Mentang-mentanglah tak
sembahyang, dia membuta sampai tengah hari pula!” Angah bersuara lagi. Ee…
mengalahkan mak nenek pula abang aku seekor ni! Ada-ada saja yang tak kena!
“Oi, dah bangun ke masih beradu cik puteri kita ni?” Soal Angah dari luar.
“Sudahlah!” Aku memekik geram. Perlahan-lahan aku berdiri. Aku menarik
langsir bilikku. Cahaya matahari yang sudah terik berebut-rebut memasuki
ruang bilikku. Aku mengeliat malas sambil menguap panjang. “Wargh! Ha! Ha!
Ha!” Aku terkejut. Cepat-cepat aku mencari suara orang yang ketawa tadi.
“Woit! Baru bangun ke? Matahari dah tegak atas kepala ni!” Azhar ketawa
lagi. Sengaja dia menarik langsir biliknya luas-luas. Sial! Dengan cepat aku
menarik balik langsir tadi untuk menutupnya. Macam manalah aku boleh lupa
yang bilik aku dengan bilik Azhar bertentangan? Dengan pakaian tidur dan
rambut kusut-masai ni dia nampak aku, mana aku nak letak muka nanti? Malulah
woi! “Izma oh Izma! Tidur balik ke? Tak baik tau anak dara bangun lewat!”
Celaka kau Azhar! Tu mesti masih duduk depan tingkap memerhati aku tu! Cis
kau! Setelah siap mandi dan mengemaskan diri, aku keluar dari bilik dan
terus melangkah menuju ke dapur. Nak buat apa lagi? Melantaklah! “Ehem! Awalnya bangun!” Sindir Achik. Aku Cuma menjeling. Aku mencapai cawan kemudian mula membancuh air milo. “Ntahlah apa nak jadi dengan kau ni, Iqa. Orang dah nak masak makanan tengah hari, kau pula, baru sibuk nak cari sarapan!” Along yang sedang memotong sayur bersuara. “Kerja kau dalam rumah ni, makan, tidur, makan, tidur sajalah kan?” Angah muncul tiba-tiba. Ah! Mulalah muka-muka penyibuk ni nak
berceramah! Ni yang buat aku rimas ni! “Aik, nak ke mana pula tu?” Angah
mendepakan tangannya menghalang aku keluar dari dapur. “Eh, jangan
sibuklah!” Marahku geram. “Pergilah tolong kakak-kakak kau tu memasak! Ini
tidak, makan saja kau tahu!” “Habis, Angah tu?” Balasku. “Angah ni
lelakilah, bodoh! Kau tu perempuan! Dah besar panjang pula tu.” Jawab Angah.
“Apa beza lelaki dengan perempuan? Kan kita sama-sama manusia?” “Eh,
menjawab pula dia! Makin kurang ajar kau nampaknya, ya?” Angah mengecilkan
matanya. “Ngah, kau ni kalau sehari tak kacau Iqa tak senang ke?” Emak
muncul. Tu dia, heroin dah datang. Aku tersengih. “Tulah mak ni! Terlampau
manjakan sangat budak ni!” Achik menjelingku. “Eleh, cemburu le tu!” Aku
mencemik. Aku kemudian berlalu ke ruang tamu, Untung juga jadi anak bongsu
ni kan? Hehee..

* * *

“Ala Ngah… Tolonglah Iqa kali ni saja!” Aku menarik-narik tangan Angah. “Ah,
sudah! Tak usah nak mengada-ngada. Angah nak pergi kerja ni, mana ada masa
nak hantar kau pergi sekolah!” Aku menarik tangannya kasar. “Tolonglah
Angah… Mana ada lagi bas waktu ni!” Angah mencemik bibirnya. “Tulah, suka
sangat bangun lambat! Kan dah tak sempat naik bas!” “Angah… Iqa dah lambat
ni, tolonglah hantar. Kalau Angah nak membebel, nantilah malam karang ke..”
Aku merayu. “Ha, masuklah cepat!” Suara Angah akhirnya. Aku tersenyum.
Cepat-cepat aku membuka pintu kereta Angah. “Amboi amboi… Kau ingat aku ni
driver kau ke, ha?” Eleh, cerewet! Aku menutup kembali pintu itu lalu
membuka pintu di bahagian hadapan. Kupandang wajah Angah yang masam mencuka.
Perlahan-lahan kereta Angah bergerak keluar dari kawasan halaman rumah.
Sepanjang perjalanan, Angah hanya mendiamkan diri. Marah aku le agaknya tu!
“Terima kasih ye..” Aku menutup pintu kereta itu cermat. “Nanti leas kau
balik sekolah, jangan lupa singgah kedai jam.” Angah menjeling. “Kedai jam?
Buat apa?” Tanyaku hairan. “Beli jam loceng. Kalau kau tak ada duit, kau
pandai-pandailah minta dari kengkawan kau.” Dan kereta Angah meluncur laju
meninggalkan kawasan perkarangan sekolah. Aku mengetap bibir. Aku mengatur
langkah menuju ke kelasku. Sewaktu aku hampir dengan kelasku, aku dapat
mendengar suara seorang guru lelaki. Tapi, kenapa suara tu macam aku kenal
saja? “Assalamualaikum.” Aku memberi salam penuh hormat. “Wa’alaikumussalam.
Ha, masuk!” Aku melangkah masuk tanpa memandang guru yang mengajar. Setahu
aku, sekarang ni waktu Cikgu Rokiah,kenapa guru lain pula yang mengajar?
Ala, guru baru kot! “Izma Mizqa! Kenapa tak hormatkan saya, ha? Sudahlah
datang lewat, langsung tak pandang muka saya!” Langkahku terhenti. Apa kena
pula dengan guru ni? Perlahan-lahan aku menoleh ke depan. Aku terpegun
seketika. Eh… guru baru ke? Kacaknya… Tapi, apasal dia pakai baju seragam
sekolah? Ceh! Kurang asam kau Azhar! Tertipu lagi aku untuk kesekian
kalinya! Azhar yang berada di ahdapan kelas sedang menekan-nekan perut
menahan ketawa. Macam manalah aku tak perasaan? Menyesal pula aku cakap
kacak tadi. Fikir dua kali, kacak apa? Macam beruk adalah! “Hei, Azhar! Cikgu datang!” Azam yang duduk di sebelah tingkap memekik. Kelam-kabut Azhar berlari
mendapatkan tempat duduknya. Yang besembang cepat-cepat menutup cerita. Ha… tu dia.. Guru ‘terbesar’ dah datang! “Semua berdiri!” Israf bersuara lantang.
“Assalamualaikum semua.” Ucap Cikgu Rokiah. Salam dijawab serentak. Cikgu
Rokiah sudah memulakan pengajaran. Aku cuba untuk memberi perhatian yang
sepenuhnya. “Iqa!” Maria yang duduk disebelahku mencuit lenganku. Aku
memandang malas. “Ada apa?” “Azhar suruh tunggu dia kalau kau nak balik
nanti.” Maria berkata. “Balik? Balik mana pula ni?” Soalku hairan. “Balik
rumahlah…” “Eh, buat apa pula aku kena tunggu dia?” Maria hanya mengangkat
bahunya. Aku memandang Azhar yang berada selang 4 meja dariku. Azhar
tersengih. Ntahlah dia tu! Gila agaknya.
Aku menguap panjang. Sekejap lagi sampailah aku kat perhentian bas ni. Waa!
Ngantuknya! Cepatlah kaki oi.. Aku dah letih sangat ni… “Izma!” Aku kenal
betul siapa yang memanggil aku tu. Dalam dunia ni, dia seorang saja yang
panggil aku guna nama tu. Sengaja aku tak menoleh. Malas nak layan! Ah… aku
melepaskan keluhan sebaik saja melabuhkan punggung di kerusi perhentian bas
itu. Tidak berapa lama kemudian, tempat sebelahku diduduki Azhar. “Apasal
kau tak tunggu aku, ha?” Tanya Azhar.
“Suka hati akulah! Buat apa nak tunggu kau? Buang masa!” Aku mencebik bibir.
“Eh, tak baik tau kau cakap macam tu. Kecik hati aku…” Azhar menunjukkan
muka sedih. “Kau tau, pasal kaulah aku terpaksa naik bas hari ni.” “Kenapa
pula pasal aku?” “Kan hari tu kau dah rosakkan motor aku. Sekarang ni, di
bengkellah! Kalau hari tu aku tak tumpangkan kau, tentu motor aku tak
rosak!” “Amboi, sedapnya mulut salahkan orang! Kau tu sendiri yang tak reti
bawak motor!” Balasku geram. Belum pun sempat Azhar menjawab, aku berdiri
apabila melihat bas ekspres berwarna biru muda itu sudah sampai. Tak kuasa
aku nak layan orang gila macam dia ni! Aku memilih tempat duduk paling
belakang. Dalam perjalanan nanti, boleh juga aku tidur sekejap. “Aku
duduk sini, ya?” Azhar duduk di sebelahku. Aku mengeluh. “Tak ada tempat
lain ke kau nak duduk, ha?” “Eh, bas ni kau punya ke? Suka hati akulah nak
duduk di mana sekalipun.” Jawab Azhar menyindir. Argh!! Aku membuang
pandangan ke luar tingkap. Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Angin yang
menampar-nampar wajahku membuat aku semakin mengantuk. “Izma, bangun! Kita
dah sampai ni!” Aku terasa bahuku digoncang. Aku mencelikkan mataku. Waa!
Macam mana aku boleh tertidur atas riba Azhar ni? Aku menarik nafas
dalam-dalam. Aku membuat muka selamba walhal aku tau mukaku sudah merah
padam. Perlahan-lahan aku berdiri. “Best ke tidur atas paha aku tadi?” Soal
Azhar ketika aku melangkah turun dari tangga bas. “Taik kau!” Aku memandang
tempat lain. “Nasib baik tak keluar air liur basi, kalau tak, nak kena
rendam seluar aku ni. Mau 2 minggu agaknya baru hilang bau!” Aku menelan air
liur. Mukaku terasa begitu panas sekali. “Janganlah marah cik adik oi… Makin
buruk muka!” Azhar tersengih lagi. “Huh!” Cepat-cepat aku beredar masuk ke
dalam rumah. Namun telingaku masih dapat menangkap suara tawa Azhar yang
semakin kuat. Celaka kau!

* * *
Punggungku terasa panas. Apalagi hati aku sekarang ni. Aku memandang Azhar
yang sedang bergurau senda dengan Nurul dan Amelia. Ada kalanya mereka
ketawa mesra membuat hatiku bertambah tidak menentu. “Aik, tak senang duduk
nampak?” Maria menepuk bahuku perlahan. Aku sekadar tersenyum. Sesekali
mataku melirik ke arah Azhar dan dua orang rakannya itu. “Oh, ya! Sebelum
aku terlupa, Ikhwan kirim salam pada kau.” Kata Maria kemudian.
“Waalaikumussalam.” Jawabku perlahan. “Kau tak nak jumpa dia ke?” Maria
memandangku. “Kenapa pula?” Aku hairan. “Dia bertugas diperpustakaan hari
ni. Kalau kau nak jumpa dia, boleh kita pura-pura pinjam buku.” Maria
mengenyitkan matanya. Aku tersenyum. “Boleh juga. Mari temankan aku!”
Sengaja aku menguatkan suara gara dapat memancaing perhatian Azhar. Aku
berdiri. “Maria, cepat sikit! Karang waktu rehat habis, melepas pula kita!”
Aku memandang Azhar sekilas. Nyata telahanku benar. Azhar memandangku.
Perbualannya dengan Nurul dan Amelia turut terhenti. Maria tersenyum.
Mungkin dia sudah tahu niatku sebenarnya. “Maria, korang nak pergi mana?”
Aku dapat dengar suara Azhar yang separuh berbisik. “Buat apa kau sibuk!”
Jawab maria. Baru kau tahu! Aku mengorak langkah menuju ke perpustakaan.
Daripada aku tengok kemesraan Azhar dengan Nurul dan Amelia, lebih baik aku
jumpa Ikhwan. Sekurang-kurangnya, tak menyakitkan hati. “Ha, Iqa. Nak pinjam
buku?” Tegur Ikhwan sebaik sahaja aku sampai di kaunter perpustakaan. Aku
tersenyum seraya meletakkan buku yang kupinjam minggu lalu di atas kaunter.
“Saya tak nak pinjam buku hari ni. Nak pulangkan balik. Takut kalau lewat,
kena denda pula.” “Kalau Iqa, mana saya nak denda.” Ikhwan tersengih sambil
tangannya mencapai kedua-dua buah buku yang baru kuletakkan tadi. “Ehem, aku
pun nak kembalikan buku juga!” Aku terdengar suara di belakangku. Wajah
Ikhwan berubah masam. Kupandang wajah Azhar hairan. Dia ni, memang nak ke
sini atau mengekori aku?

“Ikhwan, kau tak nak pergi kantin ke?” Soal Maria tiba-tiba. “Nak juga,
kenapa?” Soal Ikhwan kembali. “Tinggalkanlah kaunter ni dulu. Suruh saja si
Azhar ni ganti. Marilah ikut aku dan Iqa pergi kantin sekejap.” Pelawa Maria
sambil menjelingku. “Ha Azhar, tolong jaga sekejap ya? Lagipun, kau tu
pustakawan juga!” Melopong mulut Azhar memandang Maria. Aku sekadar
tersenyum. Melebih-lebih pula budak Maria ni! Aku datang sini sekadar
suka-suka saja, yang dia nampak bersemangat betul nak pasangkan aku dengan
Ikhwan ni, kenapa? “Aku tak ada masalah.” Ikhwan melangkah keluar dari
kawasan kaunter. “Jom Iqa!” Maria menarik tanganku membawa aku berjalan
seiring dengan dia dan Ikhwan. Kakiku melangkah namun sempat juga aku
menoleh memandang Azhar. Azhar masih berdiri di sisi kaunter. Aku jadi serba salah. Tentu Azhar kecil hati. Ah, tak kisahlah! Bukan ke dia yang sakitkan hati
aku dulu? “Hei, melamun ke? Tak sedar dah sampai kantin!” Maria mencuit
lenganku. Aku menjeling Maria geram. Ikhwan tersenyum memandangku. Menyesal
aku ikut cakap si Maria ni.
Nyesal!

* * *

“Along dah kena risik!” Ha? Mataku membulat memandang Angah. “Eh, biar betul?” Angah tersengih. “Bulan depan kita nak buat majlis pertunangan Along.” “Angah cakap betul-betullah!” Aku mencubit lengan Angah kuat. “Orang cakap betullah ni!”
Angah memuncungkan mulutnya sambil mengusapusap lengannya yang merah tadi.
“Siapa?” Tanyaku berbisik. Angah memandang sekeliling. Kemudian Angah
merapatkan mulutnya ke telingaku. “Orang sebelah!” “Ha?” Aku menelan air
liur. “Eh, mana boleh!” Aku memekik. Angah terkejut melihat reaksiku.
“Kenapa pula ni?” “Dia tu masih bersekolah! Lagipun, kan Along lebih tua
dari dia! Tak sesuai!” Aku membentak kuat. Wajah Angah berubah. Kemudian dia
tersenyum. “Jadi, apa masalahnya? Bukan ke Siti Khadijah tu jauh lebih tua
dari nabi?” “Tak boleh! Iqa kata tak sesuai! Takkan Along nak kahwin dengan
budak sekolah! Lagipun dia tu baru enam rendah. Belum kerja lagi. Macam mana
dia nak menampung perbelanjaan mereka nanti?” Aku terus membentak. Kalau
Azhar yang Along pilih, aku tidak boleh berdiam. Kenapa harus dirampas hak aku? “Tapi, dia tak kisah. Lepas STPM nanti, boleh dia cari kerja. Buat sementara ni,
bertunang sajalah!” Angah tersenyum lagi. “Yang kau marah sangat kenapa? Kau
suka dia ke?” Sebaik saja Angah menghabiskan kata-katanya, aku segera meluru
masuk ke bilik. Dum! Pintu itu kuhempas kuat. Biar Angah tau yang aku
benar-benar marah. Aku benar-benar hairan. Kenapa Along yang Azhar pilih?
Dan kenapa Along terima Azhar? Takkan Along tak tahu yang aku dan Azhar
rapat? “Iqa!” Aku dapat mendengar suara Angah dari luar pintu bilikku. “Tak
baik begitu. Kan Along tu kakak Iqa juga?” Aku diam. cuma esakanku saja yang
kedengaran.

* * *

Along kelihatan begitu ayu dengan pakaian kebaya berwarna kuning langsat
itu. Sebentar lagi majlis pertunangan Along akan bermula. Aku melangkah
masuk ke bilikku. Malas aku dengan keadaan sebegini. Daripada sakit hati,
lebih baik aku berkurang dalam bilik. “Iqa! Kenapa berkurung ni? Majlis dan nak bermula ni!” Dapat kudengar suara Achik. “Keluar! Jangan nak buat hal lagi!’ Arghh!! Aku melangkah keluar dari bilikku dalam keterpaksaan. “Hei, janganlah masam muka lagi. Kan hari ni Along nak bertunang!” Angah menarik rambutku perlahan. Segera aku menepis tangan Angah. Aku keluar ke halaman rumah. Biarlah aku tidak dapat melihat Along dan bakal tunangnya itu. “Ehem, sorang saja ke?” Aku menoleh. Ah, muka kau lagi? Tak puas lagi ke kau nak menyakitkan hati aku, ha? “Kenapa kau tak
masuk dalam? Kan dah nak mula tu?” Soalku tanpa memandang wajahnya.
“Patutnya aku tanya soalan ni pada kau!” “Suka hati akulah!” Aku menjawab
malas. “Aku pun, suka hati aku juga!” Azhar membalas sinis. Aku memandang
Azhar geram. “Kau ni nak bertunang ke tidak? Kalau nak, pergilah masuk!”
“Eh, buat apa aku nak bertunang?” Berubah riak muka Azhar. Aku menggigit
bibir. “Kau nak mainkan kakak aku ke?” “Mainkan apa pula? Bukan akulah yang
nak bertunang dengan kakak kau!” Aku tercengang seketika. “Habis tu? Siapa
lagi kalau bukan kau?” “Kan aku ada abang? Kau dah lupa? Abang aku kan baru
keluar dari UIA.” Kata-kata Azhar membuat mukaku merona merah. “Hari tu,
abang kau ada cerita. Bila kau tau yang kakak kau nak bertunang, kau
ingatkan dia nak bertunang dengan aku. Abang kau kata, punyalah kau marah
waktu tu!” “Eh, bila pula? Tolong sikit ya?” “Eleh, mengaku sajalah yang kau
tu sukakan aku…” “Minta maaf sajalah! Aku tak pernah pun sukakan kau!” Aku
memandang tempat lain untuk melindungi mukaku yang sudah bertukar merah.
“Tak payahlah kau nak menipu aku, Izma. Jangan risaulah, aku pun suka kau
juga. Esok-esok aku suruhlah mak aku pinang kau!” Azhar bersuara selamba
tanpa memandangku. “Pinanglah… Aku tak akan terima!” “Sebab apa?” “Sebab aku
tak suka kau!” Kataku sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Ala, mulut cakap
tak suka, walhal dalam hati melonjak-lonjak gembira!

10 Respons

  1. very nice and hilarious. but if the right islamic culture is mixed properly, i’m sure it would be better.

  2. ok la..sbb x smpat nk boring bce cite ni..nice

  3. i like…

  4. haahha..
    funny..
    bestnyer ader lovestory mc nie
    huhu..
    best arhh

  5. bestnye…betul la orang cakap kan, jgn benci2…hehe..

  6. best giler citer nie..
    klau pnjgkan lg….mst lg masyuk!..
    jadikan novel ker?…tk smpt nk bosan bc stry nie..!!

  7. sy suka citer ni.. best jgk lar..

  8. alang suka gakk………hehe…..citer nie sempoi jea……..

  9. erm…cam cite bebudak. cam main2 jerk bt cite ni

  10. Best lh citer nie.. I like.. 2 lh benci2 kan dh suke..Nyway keep up d good job..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: