Idlal Amnah 1

Hampir 5 tahun segalanya berlalu, tapi semuanya masih segar menyapa diminda Firdaus. Sejak dari peristiwa itu, Firdaus terus membawa diri jauh ke rantauan orang. Tika itu hatinya tidak dapat menerima pengorbanan seorang gadis yang amat akrab dengannya. Firdaus meraup tangan ke muka. Berkali-kali kekesalan menjengah hatinya. Airmata yang bertakung dikelopak mata, dikesat kasar. Kerana peristiwa dan kejadian itu dia menjadi manusia lemah. Dia sanggup menumpahkan airmata demi seorang gadis Peristiwa itu berlabuh lagi dimindanya. * * * * Kesibukan memasuki semester akhir di dalam fakulti Teknologi Maklumat di kampus, membuatkan Firdaus dan teman-teman lain kehilangan peluang untuk berseronok seperti sebelum ini. Amacam result kau?? Mesti gempaq kan. Kau kan ‘best-student’ course ni. Kepala hotak kau!! Banyaklah ‘best-student’ ya. Dapat pointer pun sipi-sipi je. Ada hati kau nak gelarkan Ain ni ‘best-student’ ya. Alah, ‘cool’ lah. Tengok achik ni. Tenang je tau. Dapat result sipi-sipi ke? Tengah-tengah ke? Bawah ke? No hal punyer… Asal achik boleh bersama Ain. Firdaus terus mengusik Ain. Dagu ditongkatkan dengan tangan sambil mata dikenyitkan berkali-kali kepada Ain. Mengusik si teman yang masih kerisauan dengan keputusan pepriksaan yang agak jatuh berbanding sebelum ni. Apa nak jawab ngan atuk Ain ni. Alah, perkara senang camtu pun nak suruh kami fikir!! Senang je! Dah takdir kau dapat ‘result’ gitu. Itupun susah. Patutlah ‘result’ kau jatuh ya. Lembab pemikiran. Zaid menyampuk, setelah agak bosan melayani karenah Ain, Liza dan Syue. Orang perempuan ni memang agaknya dilahirkan macam korang ya. Gelabah tak tentu pasal. Dahlah tu, pelupa, cakap banyak dan boros. Dah azali ke perangai korang macam tu. Alah Zaid ni, apesal kau tak tanya masa kite duduk dalam rahim mak kiter lagi eh! Boleh gak sebelum Syue keluar dari perut mak tu. Syue tanya pada Tuhan dulu, kan. Hisy!! Budak ni, main-main benda camtu. Berdosa tau. Serentak dengan itu Liza menepuk bahu Syue kasar. Nauzubillah! Ni Zaid punya pasal lah ni. Jangan nak tuding jari kat aku lak. Ada aku ajar kau kata camtu. Ada ke dia buat dosa nak ajak aku tanggung dosa dia sama-sama. Pelik!! Korang berdua ni selalu je gaduh. Apesal hah?! Ke ada apa-apa ni?!!! Firdaus mengusik. Jom gi cafe!! Ain lapar. Astaghfirullah! Ain tadi masa nak mari kolej baru kite ‘breakfast’ kan. Perut ape kau ni, hah?! Nampak je kecik, tapi makan mengalahkan Syue lagi. Habis?! Kenapa tanya aku lak!! Ni!! Tanye lah perut ni. Perut… Perut… Apesal kau cepat sangat lapar hah? Ain memegang perutnya. Firdaus menggeleng kepala memandang Ain yang hanya bersahaja. Ranting di tangan dilontar ke arah Ain. Geram dengan sikap Ain yang suka berlawak spontan. Dahlah tu, jomlah! Sakit hati aku tengok kalau Ain ni buat lawak bodoh dia tu. Liza cepat-cepat bangun mengangkat punggung. Manakala yang lain turut mengikut. DI kafetaria, selepas mengambil makanan masing-masing. Mereka mencari tempat yang agak jauh ke belakang. Achik… ..Achik… … Hisy!! Apalah, Syue ni. Sedap aje Syue tengok air achik tu. Firdaus cepat-cepat menghulurkan minumannya yang masih berbaki. Achik, meh sini makaroni tu, biar Ain habiskan. Ya allah! Biar betul kau ni, Ain. Memang sah perut gajah ni. Zaid… .. Masing-masing hanya ketawa bila melihat Ain beberapa kali cuba mengusik Zaid. O.k! O.k! Aku ‘surrender’… ..Aku nak masuk kelas lah. O.klah, jenuh aku layan korang semua. Aku ada kelas, so aku ‘chow’ dulu. Liza pun. Ain pun ada kelas tapi rasanya Encik Suhaimi tak masuk kot. Malas. Tak payah gi lah Ain, Achik pun malas. O.klah!! Korang gi lah kelas ya. Semoga berjaya!! Ohh… .Merepek kau ni, Ain. Ada je. Kau Sue! Jomlah!! Takkan kau pun malas, nanti keliling Encik Zamri cari beruang comel dia ni. Sebab tak masuk kelas. Cepatlah. Liza menarik Syue. Tinggallah Ain dan Firdaus bersendiri. Achik… ..Lama Ain tak jumpa ibu lah. Rindu lak. Ain bersuara sambil mengigit ‘straw’ di mulutnya. Jom gi rumah aku. Aku ada cerita ‘hot’ ni. Banyaklah kau!! Selalu kabor kat Ain camtu. Ingat dekat ke? Dekatlah achik ajak ni. Ada gambar baru! Minggu lepas abah ada beli arnab tahu. Untuk ‘boy’ Bukannya jauh pun rumah sewa kau tu. Selang 2 buah rumah je ngan rumah achik. Malam ni bleh? Amboi! Amboi! Banyaklah, assignment baru dapat tadi. Dah ajak Ain melencong ya. Macam mana Achik ngan Milia?! Firdaus tersengih, sesungguhnya dia bahagia dengan gadis pujaannya, Milia. Yang juga merangkap sebagai teman wanita istimewanya. Bila dengan Ain, Firdaus sanggup meluahkan segalanya dan menceritakan segalanya pasal Milia. Ain pendengar yang setia, Ain jugalah kaunselor terbaik bagi Firdaus bila dia mempunyai masalah dengan Milia. Ain jugalah tempat dia mengadu segala-galanya. Eh!!Mengelamun lak dia ni. Jom gi ‘library’. Nak cari note sket. Jomlah. Ops!! Achik tengah bahagia sekarang. Oh! Lupa Achik nak kasi tahu, Ain. Abah beli ‘tudung’ untuk Ain. Achik lupa nak bawa. Siap ada tulis nama Ain lagi tahu. Betul ke? Sayang abah kat Ain eh! Iyalah tu, anak abah pun ada gak sayang kat Ain. Tapi takde duit nak beli hadiah mahal-mahal cam abah beli tu. Hii… ..Sukernya ramai orang sayang kat Ain ya. Kalau dari dulu Ain tahu achik sayang gak kat Ain. Ain nak suruh Achik beli ‘bear’ besar kat Mid Valley dulu tu tau. Tu malas nak sayang Ain tu. Banyak sangat karenahnya. Tak baik tau, buruk siku sebab tarik balik ‘sayang’ tu dari Ain. Ada ke benda gitu boleh jadi buruk siku lak. Peliklah dia ni. Hah! Ikut suka kau lah. * * * Comelnya, terima kasih, abah. Ain berkali-kali mengayakan selendang yang diberi oleh Encik Lotfi kepadanya. Puan Zaini hanya tersenyum dengan keletah anak angkatnya itu. Abah tahu, kalau Ain pakai selendang ni memang cantik punya. Encik Lotfi bergurau sambil matanya tidak lepas-lepas memandang anak angkatnya yang berkali-kali berpusing-pusing mengayakan selendang yang diberikan olehnya sebentar tadi. Pertama kali dia dan isterinya melihat Ain, hatinya sudah jatuh hati. Setiap kali Firdaus mengajak Ain bertandang ke rumah mereka, gadis itu tidak betah untuk bermesra dengannya sekeluarga. Hampir 3 tahun Ain ‘hidup’ dalam keluarga Encik Lotfi. Segala-galanya menyenangkan hati semua ahli keluarganya. Malah kelima-lima anak lelakinya senang bila Ain berada di rumah mereka. Ain sudah dianggap seperti anak gadisnya sendiri. Abah… .Terima kasih. Ain suka sangat hadiah abah bagi ni. Ain tidak pernah meminta apa-apa dari keluarganya, malah Ain lah yang telah memebrikan kebahagiaan buat mereka sekeluarga. Semua anak-anaknya menyayangi gadis itu. Ain dipeluk erat oleh Puan Zaini. Ibu dengan abah ni kalau Ain datang. Achik terus tak sedar, ada ke tidak. Tu yang achik malas nak suruh Ain datang tu. Firdaus mencelah. Cuba bergurau, hatinya sennag bila seluruh ahli keluarganya menumpahkan kasih sayang pada teman kampusnya itu. Baginya Ain layak untuk menerimanya. Sepanjang kenali Ain, Firdaus sudah jatuh sayang padanya. Sikap Ain menyenangkan sesiapa saja. Tak pernah sekalipun Firdaus melihat Ain menangis atau bermuram sepanjang mereka berkawan. Ain seorang teman yang begitu istimewa, namun dia tidak faham mengapa dia tidak pernah jatuh cinta pada Ain lebih dari seorang kawan. Firdaus takut Ain hilang dalam hidupnya. Ain penting dari segala benda yang dmilikinya. Ain seolah darah dagingnya sendiri. Achik… . Encik Lotfi menepuk bahu Firdaus selepas Firdaus terdiam beberapa ketika. Merajuk ke? Buruknya kalau anak teruna ni merajuk ya. Mana abah tahu nama penuh Ain ni? La… Ni abah ada ‘assistant’ lah. Nombor surat beranak Ain pun dia tahu. Kenapa orang panggil nama Ain, tak panggil Amnah??.. Abah… .Kejap!! Belum sempat Encik Lotfi meneruskan kata-kata. Firdaus memanggil. Encik Lotfi meminta diri, ketika Encik Lotfi berbual-bual dengan Firdaus. Ain meminta diri untuk pulang. Encik Lotfi masih asyik mendengar percakapan Firdaus, sesekali Firdaus menjeling Ain yang bergegas mengambil beg sandangnya untuk berlalu pulang. Ain!!! Sebaik kaki Ain melangkah mendapatkan ‘bike’ nya. Firdaus segera mendapatkannya. Hei!! Kenapa tak ambil hadiah abah kasi tu? Nantilah… Ain ambil petang nanti. Ain nak gie Cyber cafe jap. Achik ikut!! Tak yahlah, Ain nak lekas ni. Dah janji. Ain terus mengayuh ‘bike’ meninggalkan halaman rumah Firdaus. Sebenarnya Ain keliru. Hatinya begitu bimbang dengan pertanyaan yang dilontarkan oleh Encik Lotfi yang bakal mengundang seribu kekeliruan dan mengembalikan luka lamanya. Hampir 8 tahun semua itu cuba dilupakannya. * * * Abang tahu… .Ain anak abang. Kenapa awak terima ‘nama’ Dato’ Karim kasi tu. Ain anak abang. Darah daging abang. Tapi… ..Saya tak sanggup nak lukakan hati ayah. Dia dah tua, bang. Abang tahu, tapi kenapa awak tak berterus terang dengan dia. Cucunya tak pernah wujud. Abang tahu, sebelum Ikmal meninggal… Dia tak pernah sentuh awak kan. Abang tahu dan abang yakin semua tu. Ain anak abang. Abang… .. Puan Hasnah menangis teresak, Ain menanti di balik pintu. Awak gilakan harta Dato’ Karim sampaikan sanggup jual anak kita. Abang… ..Bukan!!! Tapi itu permintaan ayah, dia nak kasi semua harta tu pada Ain bila dia berusia 21 tahun. Saya… Saya cuma nak Ain senang nanti. Tak cukup kah harta yang kita ada sekarang ni?? Ain tetap anak abang. Abang, bagilah ayah peluang. Dia nak sangat namakan Ain dengan nama tu. Lagipun dia yakin Ain cucunya, anak yang lahir dari rahim saya hasil dari perkongsian hidup saya dengan Ikmal sebelum saya kahwini abang. Abang tak kira, Ain anak abang. Satu-satunya harta abang ada dalam dunia ni. Abang nak buktikan pada Dato’ Karim. Abang takkan biarkan dia rampas Ain dari abang. Takkan!! Tapi… ..Ayah dah daftarkan nama tu untuk Ain. Masa tu abang takde. Saya tak boleh buat apa-apa,bang. Takk… ..Tak mungkkin Hasnah. Ain Zikrullah nama saya pilih untuk Ain. Dan saya pasti tak sapa boleh tukarkan nama tu. Keputusan saya muktamad, Hasnah!! Abang… ..Ayah dah bagi muka kat kita dengan meletakkan nama abang sebagai bapa Ain. Itu sebab memang aku bapak dia!!! Ain tak boleh dirampas dari aku. Ain anak abang, Hasnah. Abah!!!! Ain meluru mendapatkan abahnya, tangisnya dihamburkan ke dada Encik Zakri. Ain anak abah!!! Ain tak nak nama tu, Ain nak abah… Nak umi… Jangan kasi Ain tinggal dengan Atuk Karim. Ain nak hidup ngan abah dan umi selamnya. Jangan biar Ain tinggal kat rumah tu, abah… Ain teresak di dada Zakri. Zakri jadi sebak. Puan Hasnah hanya terdiam, tidak dinafikan Ain anak kandungnya dan Zakri. Namun kerana rasa sayang dan membalas apa yang pernah Datuk Karim korbankan untuknya dulu. Puan Hasnah jadi keliru. Antara balas budi serta kasih suaminya. Zakri dan Ain keluar meninggalkannya sendirian. * * * Hei!!! Berangan eh!; Achik?! Ain tersentak dengan sergahan Firdaus. Dicarinya kelibat teman-teman lain. Nak makan tak?! Ain ada kerja nak buat ni. Ain cuba melarikan diri dari Firdaus. Kalau boleh dia tak mahu akrab dengan Firdaus macam dulu-dulu. Ain malas utnuk bersemuka dengan Encik Lotfi lagi, serta diajukan persoalan yang sama. Kau marahkan abah ya? Hah?! Taklah. Ain jawab acuh tak acuh. Petang ni turun ‘town’ nak gi cari barang sket. Ain kena balik dulu. O.klah Achik… Hei! Kenapa dengan Ain ni? Dah bencikan Achik ke? Ain terkejut. Firdaus berjauh hati dnegan sikapnya. Achik… … Achik tahu Ain marahkan Achik dan abah. Maaflah, Achik tahu Achik yang salah. Tapi tak boleh ke Ain jadi tak sesensitif ni. Ain mula naik angin dengan kata-kata Firdaus. Ain tak sensitif!!! Achik jangan tuduh Ain macam tu tau. Kalau Ain ni sensistif, Ain tentu dah lama mati makan hati dengan Achik selama ni tau. Ooh… ..Selama ni Achik ni memang selalu sakitkan hati Ain lah ye. Ok!! Ok!! Fine! Lepas ni Achik dan Ain putus!! Clash!! Faham?! Hei!!! Kenapa ni?! Zaid datang meredakan perbalahan antara Firdaus dan Ain. Ain berlalu pergi. Begitu juga Firdaus. Masing-masing membawa amarah sendiri. Zaid menggeleng. Sesekali Firdaus dan Ain umpama ‘kucing dan anjing’, namun kadang-kadang mereka akrab umpama adik-beradik. Malah hubungan Ain dan Firdaus begitu istimewa pada pandangan Zaid. Firdaus dan Ain boleh berkongsi bermacam-macam hal. Malah Ain banyak membantu Firdaus. * * * Ain berlari mengangkat telefon. Sudah 3 hari dia berada di rumah. Mak Pah menemani Ain di rumah itu. Satu-satunya rumah yang ditinggalkan oleh arwah majikannya pada anak gadis tunggalnya. Ain gadis yang tegas, dia sanggup bertegang leher dengan keluarga atuknya, Datuk Karim. Gagang diangkat. Hello… Amnah… . Suara Datuk Karim mengejutkan Ain. Atuk ni Amnah. Hmm… ..Assalamualaikum, tuk. Waalaikumsalam, esok datang rumah atuk, sayang. Ada perkara atuk nak bincangkan dengan Amnah. Saya sibuklah, tuk. Lagipun… Kedengaran Datuk Karim batuk-batuk kecil di hujung talian. Atuk… Atuk tak apa-apa, kan? Takk… .Kalau Ain sibuk esok, atuk tak paksa. Kerana peraasaan dan asuhan arwah abahnya satu tika dulu, Ain menjadi akur. Tukk… .Esok saya datang. Betul ke ni? Biar Mak Usu jemput ya. Takk… .Tak payah, tuk. Saya datang naik bas nanti. Tak payah, esok atuk suruh orang datuk jemput. Klik! Gagang diletakkan, Ain tahu keputusan akhir dari Datuk Karim membuatkan Ain akur. Selepas gagang telefon diletak, Ain menuju ke bilik Mak Pah. Ditinggalkan sendirian sebegini, membuatkan Ain jadi sayu. Lebih-lebih lagi bila terkenangkan arwah abah dan mamanya.

Satu Respons

  1. Hi, bleh ubah format penulisan awak tak? asing ikut perenggan n dialog..susah nk baca la..sakit mata n kepala peningsss

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: