Hazril namamu terindah

Hazril! Hazril !, aku melaung-laung nama Hazril dari pintu pagar rumahnya. Muka ibunya pula yang terjengul dari balik muka pintu. Eh, Hani! Masuklah dulu Hani. Hazril tengah sarapan lagi tu. Masuklah!, makcik Siah membukakan kunci pintu pagarnya. Dipimpinnya aku masuk ke rumah kuarters gurunya. Kulihat Hazril sedang enak menjamah nasi lemak berlaukkan sambal sotong pedas. Eh, Hani! Jemputlah makan!, disuakan pinggannya yang separuh penuh itu kepadaku. Aku mencekak pinggang, geram dengan sikap Hazril yang terlalu pentingkan makan. Mana tak buncit perut tu! Hazril, kau tak ingat ke Pagi ni kan kita kene datang awal, bersihkan kelas !!!. Haaa. Eh, yelah! Jom kita pegi sekarang!, terkocoh-kocoh Hazril membasuh tangannya yang bersalut sambal. Janganlah marah lagi, Hani, Hazril mencuit hidungku dengan jari kelingkingnya. Pandai Hazril memujukku. Aku membonceng basikal BMX merah yang ditungangginya. Begitulah aku setiap pagi, pergi ke sekolah bersama-sama Hazril dengan basikal kesayangannya. Perjalanan kami pagi ini meriah dengan leteran aku. Apelah kau ni Ril!!! Makan je taunye. Macam mana lah perut kau tak buncit. Dahle kita dah lambat ni. Nanti kalau cikgu Fazila marah kita nanti macam mana!!!!. Alaa kau ni Hani. Risau sangatla. Kau duduk situ diam-diam, aku nak speed ni. vrooooommmm.!!!!!, Ril mula menguatkan kayuhannya. Aku mula kecut bila basikal yang dikayuhnya mencecah halaju 50km sejam. Rasa macam terbang-terbang je badan aku yang nipis macam papan ni. Tiba-tiba, lembu jantan Pak Tam melintasi laluan kami. Ril!!!! Brek Ril, brek! Kerbau kat depan tu!. Tak bolehla Hani! Brake aku tak makan!. Ahhhhhhhh!!!!!!!. Splash! Aku dan Hazril terbabas ke dalam petak sawah Haji Mahmud. Eeehhhh habis badanku diseliputi selut. Hazril, hmmm..jangan cakapla, badan hitam berlumpur macam anak keling!
Hahahahahahahahahaha!!!!!!!. Dush, sakitnya tulang belakangku ditumbuk Ain, roommateku. Aduh, Ain! Apsal kau tumbuk aku ni sakit tau!, aku menggosok-gosok belakangku yang sakit. Ain merenungku tajam. Habis, yang kau tu, tiba-tiba ketawa sorang-sorang tengah-tengah malam ni apsal Aku ingatkan kau kene rasuk tadi!. Aku tersengih macam kerang busuk bila ditegur begitu. Aku gelak sorang-sorang rupanya. Patutla Ain pun terkejut, terlatah dan tertumbuk aku! Alaaa.aku teringatkan kenangan aku masa sekolah rendah dulula, aku mencapai frame gambarku yang terletak di atas meja belajarku. Tu, teringatkan Hazril la tu. Aku tersengih lagi. Aku merenung gambar kenangan aku dan Hazril semasa sekolah rendah dulu. Dah 10 tahun aku tak jumpa Hazril. Hazril, dalam ingatanku kini ialah Hazril semasa berumur 10 tahun, chubby, montel, periang, Cuma kulitnya saja yang putih licin macam telur dikupas. Dulu aku dan Hazril macam alien di sekolah kami. Aku dulu bodoh, buta huruf, Hazril pula bijak tapi saiz badannya yang memang overweight tu sering dijadikan bahan gurauan oleh budak-budak SKSB, trutama Ali Jongang dan kawan-kawannya. Tiada siapa yang mahu berkawan dengan aku dan Hazril, malah kami dicaci, dihina kerana kelemahan fizikal kami. Aku Cuma ada Hazril, dan Hazril Cuma ada aku
Kau tak nak jumpa Hazril ke, pertanyaan Ain mengejutkan aku dari lamunanku, kembali dari zaman kanak-kanakku sedekad yang lalu Hmm..kalau boleh nak jugak. Tapi Hazril dah pindah dah. Dia Cuma tinggalkan alamat emel dia je kt aku, aku meletak kembali gambar Hazril ke tempat asalnya. Begitulah caranya aku berhubungan dengan Hazril sejak 5 tahun yang lalu. Setelah Hazril mengikut keluarganya berpindah ke Terengganu ketika dia berumur 10 tahun, kami saling berutus surat. Sehinggalah Hazril tingkatan 3, dia mengkhabarkan yang dia sudah bertukar alamat dan hanya mengirimkan alamat emelnya untuk aku. lebih cepat untuk berhubung katanya. Dan sehingga ke hari ini, sehingga aku berjaya menjejakkan kaki ke Uitm Shah Alam, setiap hari aku mesti memeriksa emelku. Kau ni, Hani! Bukannya aku nak suruh kau jumpa dia kat rumah dia. Korang boleh bejumpa kat Midvalley ke, KLCC ke. Ajakla dia datang jumpa kau. Takkan asyik nak beremel je, Ain memberikan cadangan. Jumpa Bagus jugak idea kau tu!. Aku pantas menyangkutkan sweater ke badan. Eh, eh, kau nak kemane tu Hani Ni dah pukul 1 pagi ni!. Aku nak ke cc bawah tu kejap! Kau jangan kunci pintu tau!.
Ish, mane Hazril kesayangan kau ni, Hani Janji 10.30 pagi, ni dah dekat-dekat pukul 11.30 pagi dah ni. dah naik berjanggut dagu aku ni tunggu member kau!, Ain mengibas-ngibas badannya yang kepanasan itu dengan majalah REMAJA yang baru dibelinya. Pusat bowling Midvalley Megamall semakin sesak dipenuhi remaja-remaja yang ingin berlibur di hari minggu. Aku berjalan mundar-mandir dihadapan jukebox, tempat pertemuan yang telah aku janjikan bersama Hazril. Mana Hazril ni Kenapa dia lambat sampai Eh, Hani. Macam mana muka Hazril tu Handsome ke, Ain bertanya dengan penuh minat. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Aku takde gambar terbaru Hazril. Cuma aku je yang selalu send gambar aku kat dia. Apa!!!,Ain menepuk-nepuk dahinya. Ya Allah! Maknanya kau tak tahulah rupa dia mcm mane sekarang ni !!! Ni dah macam blind date ni Hani!. Aku mengangguk-angguk pula. Betul, memang aku takde gambar terbaru dia. but I kept his picture here and here, aku menunjukkan jari telunjukku ke arah dada dan kepalaku. Ain mengangkat sebelah keningnya. Dia bangun dari kerusinya dan menuju ke mesin minuman. Bosan agaknya menunggu Hazril.
Aku duduk semula di bangku kami tadi. Aku mengeluarkan sekeping foto Hazril dari poket bajuku. Aku merenung gambar Hazril yang sedang memeluk erat bahuku di hari penyampaian hadiah sekolah kami. Aku masih ingat lagi, pada hari itu Hazril berjaya membolot hadiah Pelajar Terbaik Keseluruhan SKSB. Aku pulak, alhamdulillah, dengan daya usahaku dan atas bantuan dan galakan Hazril, aku berjaya mendapat antara 10 pelajar terbaik kelas 4 Hijau. Dapatlah hadiah saguhati. Bergenang air mata mengingatkan kenangan di hari foto terakhir yang kami ambil bersama ini. Tiba-tiba aku terasa bahuku dipegang orang. Pautannya yang kejap dan hangat mengingtkan aku kepada seseorang. Hazril Aku menoleh ke belakang, kelihatan seorang lelaki kacak dan berbadan sasa sedang tersenyum padaku. Tapitapi dia bukan Hazril! Aku berdiri, mengetap bibir bawahku dan pang!!!!! Satu tamparan ku hadiahkan ke pipinya. Pusat bowling Midvalley Megamall jadi sunyi sepi seketika, semua mata menumpu ke arah kami. Eh, siapa kau nak pegang-pegang aku ni Gatal merenyam! Lelaki gila seks!, aku menjerit padanya. Dia merenung aku dengan mata yang bulat. Diraba-rabanya pipi kanannya yang merah padam itu. You dont know me. Eh, speaking pulak lelaki gila seks ni. Tapi, memang kenalah dia speaking dengan muka iras-iras mat sallehnye tu. Kau ingat kau tu glamer sangat ke macam Michael Jackson tu sampai aku nak kenal kau ni. Eh, Hani! Kenapa ni Hani Kenapa kau tampar dia, Ain tiba dan menggoncang-goncangkan bahuku, cuba untuk menenangkan dadaku yang berombak-ombak. Aku berpeluk tubuh, menjeling lelaki itu dengan penuh kebencian tapi lelaki itu hanya merenungku dengan dahi yang berkerut. Sorry ye encik. Kawan saya ni tak bermaksud macam tu, geramnya aku apabila Ain pula yang meminta maaf dari dia bagi pihak aku. Badannya dibongkok-bongkokkan bagaikan ingin menyembah lelaki gila seks tu. Dah tu Ain! Jangan nak minta maaf dari dia lagi!. Aku menarik lengan Ain dengan kasar dan berlalu menuju ke pintu keluar. Terkial-kial Ain cuba mengikut rentak langkahku yang laju. Eh, janganlah tarik tangan aku kuat-kuat. Sakit tau!, Ain menepis tanganku yang erat memaut lengannya. Aku melepaskan pautan tanganku. Astagfirullah, apa aku dah buat ni Menyakiti kawanku sendiri kerana seorang lelaki yang tidak kukenali. Mujurlah kami sudah sampai di pintu keluar Midvalley, kalau tak patah pulak tangan Lin nanti. Sorry la Ain. Aku geram sangat tadi, aku mengusap-ngusap lengan Ain yang kemerahan. Yang kau ni pun, tiba-tiba nak marah sangat ni, kenapa. Aku serba salah nak memberitahu Ain. Aku..errraku. Awak! Awak! Tu yang pakai baju merah tu!. Baju merah Akulah yang pakai baju merah. Lelaki manalah yang gila sangat panggil-panggil nama aku di tengah khalayak ramai ni Aku berpaling. Eh, dia lagi! Ape lagi yang awak ni hah, tanpa rasa segan silu aku menengkingnya di tengah orang ramai. . Lelaki gila seks itu tersengih-sengih macam kerang busuk. First of all, saya nak mintak maaf kat awak pasal kejadian tadi tu. Dia menghulurkan salamnya, tapi tidak kusambut. Ain menyiku pinggangku. takpelah, saya maafkan awak. Acuh tak acuh sahaja aku memberi kemaafanku padanya. Awak tertinggal gambar ni kat bangku sana tadi, lelaki itu menyerahkan sekeping gambar hitam putih yang penuh nostalgia itu kepadaku. Ya ALLAH! Macam mane gambar ni boleh tercicir pulak Terima kasih!, aku menyentap gambar itu dari tangannya dengan kasar. Dah, jangan cari saya lagi!, aku menonong pergi meninggalkan lelaki itu. Ain mengikut sahaja, tapi mulutnya tidak henti membebel-bebel
Apelah kau ni yang kau pergi tengking lelaki handsome macam tu kenape Tak malu ke orang ramai asyik tengok kita je tadi Blaaa blaaa blaaa, sampai ke stesen komuter pun Ain tak habis membebel-bebel lagi. Aku malas nak layan, aku menyeluk poketku seluarku, mencari duit syiling untuk membeli tiket pulang ke Shah Alam. Tapi poketku kosong. Eh, mana dompet aku Aku meraba-raba setiap poket dan saku yang ada di pakaianku. Takde jugak! Aku dah mula menggelabah! Eh, Ain! Dompet aku hilanglah!. Ha, hilang! Camne boleh hilang ni Hani. Aku menggeleng, Aku pun tak tahu. Ain, macam mane ni Ain Kad matriks, kad kolej, ic, duit, kad bank aku semua dalam dompet tu Ain! Matilah aku macam ni Ain, aku terduduk di bangku penumpang. Mataku mula digenangi air mata. Cepat-cepat Ain memujukku. Alaaa. Kita balik kolej dulu, tenangkan fikiran pastu kita pegi buat report ok Nak cari sekarang, mustahillah. Ramai sangat orang ni. kita balik kolej dulu ok, Ain memaut erat bahuku. Aku mengangguk lemah. Tak sangka betul, dahle tak dpat jumpa Hazril, kena kacau dengan lelaki gila seks, pastu dompet hilang pulak. Malang betul aku hari ni
Sesampainya di bilik hostelku, aku terus merebahkan badanku ke katil empukku. Aku cuba melelapkan diri untuk melupakan kesedihan aku hari ni. Adalah dalam setengah jam aku terlelap, apabila Ain mengejutkan aku dari tidur. Ada orang nak jumpa, kat kafe. Dengan mamainya, aku terus turun ke kafe. Kafe kolejku hari ini sunyi sepi, almaklumlah, hari Ahad, semua students balik rumah. Aku cuba mencari orang yang dimaksudkan oleh Lin, tapi tiada satu pun rupa yang aku kenali di kafe ini. Kecuali.. Ah! Dia lagi! Melampau betul la dia nI! Sampai ke kolej pun dia nak ikut aku! Lelaki durjana itu berjalan menuju ke arah aku. aku dah mula menyingsing lengan bajuku. Kali ni, aku tekad, kalau dia cuba nak sentuh-sentuh aku lagi, akan kuhadiahkan buku lima aku pada dia. Apa yang awak nak lagi ni ha, terkulat-kulat muka lelakii itu bila disergah sebegitu. Eh, cute pulak muka dia ni ye. Err Assalamualaikum. Aku tertunduk tersipu-sipu. Wah, sopan pulak budak ni, kasi salam dulu. Ha, Waalaikumussalam. Apa yang awak nak ni ha. lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari poket jaket jeansnya. Sebuah dompet wanita berwarna pink dan berjenama Romano. Dompet aku! Awak tertinggal dompet awak tadi. Saya., tanpa sempat dia menghabiskan kata-katanya aku terus merampas dompet itu dari tangannya. Dompet aku! dompet aku!, ku peluk dan ku cium dompetku yang begitu berharga. Lelaki itu tersenyum nipis. Awak ni kelakarla.. wajahku kembali mencuka. Aku merenung tajam lelaki kacak yang sedang tersenyum sinis padaku. Apsal! Muka saya ni kelakar macam badut ke. Taklah, perangai awak tu je yang macam badut. Puk! Aku melayangkan satu tamparan ringan pada bahu kirinya. Lelaki itu mengaduh kecil, kemudian dia ketawa keriangan pula. Bencilah awak ni!, aku berkata manja. Aneh, kenapa aku rasa seolah-olah aku begitu mesra dengan lelaki ini Mungkinkah dia ni Hazril Nama awak siapa, lembut aku bertanya padanya. Baru sekarang nak tanya ke. Oklah, nama saya Hanif. Nama awak Hani kan Sorrylah, saya terbaca kad kolej awak tadi. Aku tertunduk pilu, nyatalah kini dia bukan Hazril. Ah, takkanlah Hazril yang dulu gemuk dan montel masa kecik-kecik dulu boleh jadi handsome sebegini Ape Yang awak pegi bukak dompet saya ni apsal Awak tak tau ke yang dompet saya ni barangan personal saya, tiba-tiba emosiku berubah sama sekali. Aneh betul lelaki ni, dah kena marah pun senyum lagi. Saya nak berkenalan dengan awak. Boleh tak. Berkenalan Ewahhh dah naik daun dah ulat bulu ni. Apsal saya nak berkenalan dengan awak Ingat awak tu glamour sangat macam Mi.Michael Jackson ke nak berkenal-kenalan ni. eh eh, memintas cakap orang pulak dia ni. Apsal awak ni suka sangat sebut nama Michael Jackson ni Awak ni peminat Michael Jackson ke Anyway awak tak boleh tolak permintaan saya, sebab awak masih berhutang satu tamparan dengan saya… Dia tersenyum nakal. Nah, ambik ni, dia menghulurkan sebuah handphone Nokia 7650i kepadaku. Terbeliak biji mataku menerima hadiah yang sebegitu mahal dari seseorang yang belum seharipun aku kenali. Aku teragak-agak untuk menerimanya. Ambik jelah. Bukannye ade bom pun dalam handphone tu, dia menggesaku. Akhinya, dengan hati yang berat aku terima juga hadiah itu. Oklah, jangan sesekali off handphone tu kecuali kalau awak ada di kelas atau meeting. Kalau saya call awak, awak kena jawab call tu ok Saya benarkan awak buat call atau hantar sms kt sesape pun yang awak mahu, tapi nanti bil awak kena bayar sendirilah, ok, dia mencuit hidungku dengan jari kelingkingku. Sekali lagi aku tergamam. Saya balik dulu. Bye, dia melambai kepadaku sebelum melangkah pergi meninggalkanku. Sekali lagi aku teringatkan Hazril..
Malam itu, seperti yang dijanjikan dia menghantar sms menanyakan keadaanku. Tapi aku enggan membalasnya. Begitu juga pada malam-malam seterusnya. Alaa.. dia Cuma suruh aku angkat call dia je, dia tak suruh pun aku reply sms dia kan kan Tak cukup dengan sms, rajin pula dia menghantar bunga, coklat, hadiah yang bertitipkan kad dengan kata-kata indahku kepadaku. Ape punye bodohle kau ni lelaki punye perfect macam Hanif tu kejar kau pun, kau tak mahu. Kau nak lelaki macam mana lagi Hani, tegur Ain, satu hari apabila melihat aku mencampakkan bunga pemberian Hanif ke dalam tong sampah. Aku Cuma nakkan Hazril, ingin sahaja aku berkata begitu padanya, pada Hanif, tapi.. Sehinggalah, pada malam kelima, hanif tiba-tiba menelefonku. Huh, hambik kau! Ape aku nak cakap kat dia ni Kenapa awak tak nak reply sms saya, tegas tapi selamba nada suaranya. Aku menelan air liurku. Malam ni aku bertekad, aku nak berterus terang jugak pada dia. Sebenarnya saya tak sudi nak berkenalan dengan awak. Hanif terdiam panjang. Ada keluhan kecil di taliannya. Saya rasa saya perlu berjumpa, sebab saya nak pulangkan handphone awak… klik! Sekejap itu juga Hanif mematikan panggilan. Aku memeluk anak patung Garfieldku dengan erat sekali. Tiba-tiba air mataku menitis. Kenapa dengan aku ni Kenapa aku rasa diri aku begitu sedih Aku mendail nombor telefon Hanif. Sebenarnya aku pun tak tahu apa sebenarnya yang aku ingin katakan pada Hanif. Im Sorry Sorry seems o be the hardest word Hello!, lemah sahaja suara Hanif menjawab panggilanku. Mungkin dia sendiri sudah dapat mengagak apa yang ingin kukatakan padanya. Hai Hanif! Awak kat mana sekarang ni. Kat rumah sayelah. Why. Aku menghela nafas yang panjang. Boleh datang ke kolej saya tak sekarang ni We need to talk. Awak Cuma nak pulangkan handphone saya je kan, sebak suaraku mendengar pertanyaan Hanif. Memang betul pun. Takpelah, tunggu saya kat cafĂ© kolej awak dalam 15 minit lagi. Aku mengerling jam di dinding. Dah pukul 10 malam. Oklah. Saya tunggu awak, aku menamatkan panggilan. Aku menyarung sweater ke badanku dengan hati yang penuh gundah. Ya ALLAH, kenapa tiba-tiba aku enggan nak ucapkan kata-kata perpisahan pada Hanif Tapi mestikah aku lupakan Hazril yang lebih dulu aku kenali
Aku mundar-mandir di teratak pelawat yang terletak bersebelahan kafe kolejku. Sengaja aku memilih tempat yang agak terpencil itu. Hanif tiba juga, dengan muka yang agak muram, tak dihiasi senyuman seperti pertama kali aku bertemunya. Hanif memeluk tubuh, wajahnya tertunduk seperti enggan bertentang mata denganku. Lama tunggu, dingin sahaja nada suaranya. Aku mengangguk lemah. Aku menghulurkan handphone 7650i itu kepadanya, tapi pantas dia menolaknya. Kenapa awak tak nak terima saya. Kali ini, giliran aku pula tertunduk sayu. Awak dah ada orang lain ke. Aku masih membisu. Who is he Hani Tell me, Hanif mengangkat lembut daguku. Cepat-cepat aku mengalihkan pandanganku. Aku tak mahu dia nampak mataku yang mula basah Saya sebenarnya sedang menunggu seseorang yang saya kenal lebih lama dari awak. Wajah Hazril mula terpampang di ingatanku. Dia handsome macam saye ke Is he as rich as me, Hanif seolah-olah mencabarku. Tak, dia tak handsome, dia gemuk, tapi dia baik, suka buat saya gembira. Banyak kenangan yang kami dah kongsi bersama. Satu demi satu lembaran kenanganku bersama Hazril terselak di ruang ingatanku. Hanif terduduk di bangku kayu. Awak mungkin lebih sempurna dari Hazril, lebih baik dari Hazril tapi saya tetap cintakan Hazril kerana dirinya sendiri seperti mana dia menerima saya seperti saya yang sedia kala, kali ini, aku sudah berani merenung tepat ke muka Hanif. So you love Hazril. Aku mengangguk. Yes, more than anything and anyone, aku berkata tegas. Tapi awak dah 10 tahun tak jumpa Hazril., aku tergamam mendengar kata-kata Hanif. Macam mana dia tahu tentang ini What if he change Dia tak gemuk, tak overweight, tak gempal macam yang Ali Jongang dan kawan-kawan dia suka ejek dia dulu, dahiku berkerut. How come Yes, sayalah Hazril. Sorry I lied to you, Hanif berjalan mendekatiku. Air mataku menitis tatkala Hanif, bukan, Hazril melabuhkan tangannya ke bahuku. Saya Cuma nak uji awak aje. Guess I fail., Hazril menyeka air mata yang mengalir di pipi kiriku. Aku tersenyum nipis. No, you didnt fail Hazril. You got me!. Dia mencuit hidungku dengan jari kelingkingnya. Aku rebah dalam pelukan Hazril. Oh my Hazril..

8 Respons

  1. waa…cite nie besh sungguh..kalo lah hidop aku mcm nie..beshnyeeeeeeee

  2. best kan

  3. that story…
    so best..
    congrate t0 da writer..
    i ske sgt cter nie..
    romantic ,caring n so on..
    that all~
    bubye..

  4. BEST2

  5. harap2 benda ni pun jadi kat aku.ahak…

  6. terharu sggh sy baca citer ni.. best nyer klau dpt kwn camtu.. sggp tunggu sy biar brp lama sekalipun..

  7. bestnyer…tp malu gak bila org yg kita sayang tahu isi hati kita yg sebenarnyer..

  8. citernya bestt tapi time nk baca tu agak JuLING mata…

    x der spacing.. penin la baca ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: