Kau ratu hatiku 3

Emy, jom shopping petang ni,Emy memalingkan muka. ShoppingTak bolehlah Rina aku dah janji nak makan kat rumah malam ni. Karang mak aku marah pulak!Alaaa tak best laa kau tak ikut! Aku ingat nak belanja kau!Sorry about that! Next time la Rina lagipun aku dah janji ngan mak aku pagi tadi. Kakak aku dari Jepun tu pun dah balik kelmarin. Kami nak berkumpul malam ni.Okay! Aku balik dulu la Emy. Bye!Rina terus berlalu. Emy saja yang masih tinggal di pejabat petang itu. Tiba-tiba Emy terdengar bunyi kaca jatuh berderai dari bilik rehat mereka. Emy terasa kecut perut jugak. Seram! Mana ada sesiapa lagi petang itu, selain dirinya. Iskk bunyi apa plak tu Emy berjalan menuju ke bilik itu. Perlahan-lahan dia merapati bilik itu dan menolak pintu bilik itu. Encik Amir!Emy terkejut melihat Amir di bilik itu. Amir juga terkejut yang Emy masih di pejabat pada waktu begini. Tangan Amir berdarah. Dan kelihatan serpihan kaca gelas bertaburan di atas lantai. Emy terkeduEh! Tangan Encik Amir berdarah! Nanti sekejap yek saya ambilkan first aid kid,Emy terrus keluar dari bilik itu mencari first aid kid. Amir belum sempat berkata apa-apa terdiam saja melihat Emy berlalu. Macam mana boleh jadi macam ni Emy kembali dengan sekotak first aid. Emy terus membebel. Amir memandang Emy. Emy sibuk menyapu ubat pada tangan Amir yang terluka. Dia tidak menyedari Amir sedang merenungnya. Auccchhhh Perlahan sikit Emy!Amir mengerutkan mukanya. Tu laaa .tak reti buat air nak buat jugak! Suruh laa orang lain buatkan .bla bla bla Emy terus membebel tanpa memandang Amir disisinya. Emy! Awak membebel macam mak nenek laa..Amir tersenyum melihat gelagat Emy. Emy terdiam malunya aku! Mana aku nak letak muka ni. Emy terus bangun selepas selesai membalut luka di tangan Amir. Tapi Amir menarik tangan Emy mata mereka bertemu rapat sehinggakan Emy terasa kehangatan nafas Amir di wajahnyaTerima kasih Emy!Amir seakan berbisik kata-katanya penuh kelembutan lebih manis di dengar dari biasa. Emy terpaku seketika. Mata mereka masih lagi bertemu Amir merenungnyaEncik Amir tangan saya Emy cuba melepaskan tangannya dari genggaman tangan Amir. Oh! Sorry about that Emy anyway, thank you very much!Emy bangun meninggalkan Amir. Dia berpaling . You re welcome Encik Amir dia melemparkan senyumannya kepada Amir. Amir terpaku. Ayunya dia kenapa aku tak perasan keayuannya selama iniAmir termenung.
Tuuuttt .Amir menekan intercom disisinya tapi fikirannya melayang ntah di manaEncik Amir! Tan Sri is on line 2,suara Sufi kedengaran di intercom. Amir masih lagi di dunia khayalannya! Encik Amir!Masih lagi tiada sahutan dari Amir. Tok tok tok Sufi melangkah masuk setelah tiada respon dari ketukan dipintu tadi. Ya Allah! Berangan rupanya Encik Amir ni. Encik Amir!Aaahh… sorry Sufi! Ya, ada apa Dah lama saya panggil Encik Amir dari tadi,Kenapa tak panggil ikut intercom Amir menyoal balik. Mukanya seakan berubah. Dah tapi Encik Amir tak jawab pun. Saya masuk la pejabat Encik Amir!Sufi menjawab selamber. Ada panggilan dari Tan Sri di line 2. Dia dah lama menanti. Ada apa-apa lagi Encik Amir Tan Sri di line 2Okeh tak der apa-apa lagi. Awak boleh keluar sekarang,Amir terus mengangkat gangang telefon. Yes Papa! Bila sampai dari EuropeMama sihatMalam ni saya balik. Okay! Bye Assalamualaikum Amir tersenyum. Amir menekan intercom di meja yang disambungkan kepada Sufi, sekretarinya. Sufi cancelkan semua appointment saya di sebelah petang ini. Okay!Baik Encik Amir. Ada apa-apa lagi Buat masa ini tiada. Itu saja!Amir keluar dari pejabat lebih awal dari biasa.
Mama macam mana di Europe Europe tu macam tu juga. Tak ada yang berubah pun Wan! Tapi rugi pula Wan tak ikut kami.Alaa Kalau Wan pergi pun, apa Wan nak buat kat sanaDah berapa kali Wan pergi sana, Mama. Bosan! Baik Wan habiskan kerja yang bertimbun di pejabat,Amir malas mengikut Mamanya bercuti kali ini kerana Datin Asmah dan Datuk Zamri turut bersama dalam percutian kali ini. Mama tersenyum memandang Amir. Anak kesayangannya yang menerajui perniagaan suaminya. Satu-satunya harapan keluarga. Adik-adik Amir semuanya perempuan. Tiada satu pun yang meminati bidang perniagaan. Semua dengan bidang masing-masing. Anak keduanya menjadi doktor dan yang bongsu menjadi peguam. Amir kini bertugas sebagai ketua jurutera di salah satu syarikat ayahnya. Namun, tiada seorang pun tahu yang dia adalah anak Tan Sri Azlan Ismail sewaktu di mula bekerja di syarikat itu. Dia bekerja bermula dari bawah. Amir seorang anak yang suka berusaha sendiri untuk mencapai segala impiannya. Pernah Tan Sri Azlan memberikannya jawatan sebagai pengarah untuk menggantikan tempatnya. Tapi Amir menolak, dengan alasan dia mahu belajar semua dari bawah. Dia mahu menjadi seperti bapanya yang bermula dari bawah dan kini telah menjadi salah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Biarpun bekerja di syarikat sendiri Amir tetap mahu menimba pengalaman menjadi pekerja biasa. Mama, mana PapaDari tadi Wan tak nampak pun,Amir masih mencari Tan Sri Azlan Ismail di ruang tamu rumah banglo. Papa kau sembahyang. Sekejap lagi turun la tu,Amir macam tak sabar berjumpa dengan papanya. Haaa bila kau sampai Wan Tan Sri Azlan menuruni tangga. Amir terus bangun dan menuju ke arahnya dan bersalaman. Baru jer Papa!Apa halnya Papa dan Mama panggil Wan balik ni Amir memandang Papa dan Mamanya dengan penuh kehairanan. Macam ada sesuatu saja. Dia mula menghidu sesuatu yang tidak enak. Aikss takkan dah tak mahu balik dah kalau tak der urusan di sini Mamanya hanya menjeling. Bukanlah begitu maksud Wan, Papa! Yer laa selalunya Papa dan Mama takkan panggil Wan balik kalau tak der hal penting.Amir memandang Papa dan Mamanya. Puan Sri Suhaila memandang Tan Sri Azlan, menanti kata-kata dari suaminya. Papa dan Mama dah sepakat dengan Datuk Zamri nak mempercepatkan majlis perkahwinan kau dengan Syaz. Bagaimana dengan kau Amir terkedu mendengar kata-kata. KahwinMak aii! Cepatnya nak langsungkan. Baru lima bulan bertunang dah nak kahwin. Bagaimana WanMama dan Datin Asmah dah rancang dalam masa cuti sekolah ini adalah masa yang paling terbaik. Semua saudara mara boleh datang. Tak gitu bapaknya Dia memandang suaminya yang berada di sebelah. Tan Sri Azlan mengangguk-angguk tanda setuju. Cuti sekolah ini Amir masih diam. Puan Sri Suhaila menanti dengan penuh sabar jawapan dari Amir. Mama dan Papa buatlah apa yang terbaik. Wan ikut saja,dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau tak der bantahan di pihak Wan. Kami tak ada masalah lagilah. Benda baik patutlah dipercepatkan.Tan Sri Azlan menambah lagi. Kalau macam tu, Mama akan telefon Datin Asmah esok mengenai rancangan ini,Puan Sri Suhaila senyum gembira memandang Tan Sri Azlan. Ini bermakna mereka akan menerima menantu sulung tak lama lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: