kau ratu hatiku 4

Amira Kau busy ke malam ni? Aku ada projek baik nak bagi kau ni. Woooa projek apa Fiq? Alaaa kalau nak tahu nanti malam aku bagi tahu kau. So, macam mana? Syafiq masih menanti di hujung talian. Malam ni? Hmmma okeh! Kau ambil aku di kondo aku okay! Okay set! Syafiq menamatkan talian. Tepat jam 9 malam Amir menanti di car park kondonya. Haaaa apa ceritanya Fiq? Alaaa kau ni! Relax la. Kita minum dulu, then barulah kita cerita panjang okay! Okay! Syafiq terus memecutkan kereta Honda Prelude ke arah destinasi. Amir mengikut sahaja. Malam itu satu projek lagi berada dalam tangan Amir. Syafiq menjadi orang tengah dalam hal itu. Tapi Amir masih lagi kurang puas hati dengan apa yang di lihatnya tadi. Benarkah apa yang aku lihat tadi? Jika benara bagaimana? Amira kalau tak salah aku, itu tunang kau kan? Amir memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Syafiq selepas mereka berbincang mengenai projek itu. Amir terkedu melihatnya. Bukanlah! Kau salah tengok orang kot! Amir buat tak endah mengenai apa yang dilihatnya. Tapi dia pasti apa yang dilihatnya di kelab itu adalah benar. Jomlah kita balik. Esok aku kena lawat site ni. Penat! Mata pun dah mengantuk dah ni, Amir bangun dari tempat duduknya. Syafiq terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Amir tak sabar untuk pulang. Dia geli melihat perlakuan sumbang itu. Amira kenapa dengan kau ni? Lain macam je? Ada yang tak kena ke? Syafiq menyoal hairan. Amir yang dari tadi riang menjadi pendiam sejak dari mereka melangkah keluar dari kelab itu. Kenapa? Hanya Amir saja yang tahua . Tak ada apa-apa Fiq. Cuma penat je dua tiga hari ni. Banyak kerja di office sejak minggu lepas, Amir cuba berselindung. Mereka terus balik. Okay Fiq! Thanks. See ya in office tomorrow, okay! Aku akan cuba siapkan tender. Dan aku akan bagi tau kau, okay! Bye! Bye, kereta Syafiq terus meluncur laju. Amir dengan langkah longlai melangkah masuk ke kondonya. Sampai di kondonya, Amir terus membaringkan dirinya di atas tilam empuka bilik mewaha tilam empuk di rasakan tidak empuk saat ini. Dia menjadi berang sejak balik dari kelab tadi. Ingin saja ditamparnya Syazatul Ezrina saat itu. Tapi Syafiq ada. Di tahannya saja kemarahan di hati. Malu kalau buat hal dikelab itu. Aaargggghhhha ini balasannya aku berkorban selama ini. Kalau bukan kerana kecewa dulu dengan Amiera. Dia tidak akan menerima berita pertunangannya dengan Syazatul Ezrina dengan senang. Papa dan Mama yang mengatur segalanya. Mama kata sudah sampai masanya dia berumahtangga. Benar atau tidak. Dia sendiri sudah kurang pasti dan kurang percaya pada cinta lagi. Amir termenung panjang. Bagaimana dia hendak memberitahu hasratnya untuk membatalkan pertunangannya dengan Syazatul Ezrina. Dia sendiri sudah tahu perangai anak Datuk Zamri itu yang sebenarnya. Suka berfoya-foya di kelab-kelab pada waktu malam. Dia sendiri nampak Syazatul Ezrina berpelukan dengan seorang lelaki dan berada dalam keadaan mabuk. Kalau bukan kerana mengikut Syafiq malam ini, sampai bila pun dia tidak akan tahu perangai sebenar Syazatul Ezrina. Perkahwinan mereka sedang diuruskan. Tentu ia akan menjadi lebih susah kalau dia membatalkan perkahwinan di saat akhir. Tentu Mama dan Papa akan marah padanya. Dan mereka juga akan malu dengan berita ini. Bagaimana aku harus memberitahu mereka? Amir terus termenung

——————————————————————————————

Assalamualaikum Emy melangkah masuk. Waalaikummussalam Haa dah sampai pun anak dara sorang ni. Ingatkan lambat balik tadi ! Mak Kiah tiba-tiba muncul di muka pintu. Baliklah mak. Bukan ke Emy dah janji nak balik awal tadi. Emy meluru ke arah dapur. Mencapai gelas di dapur, melepaskan penat dengan air sejuk di dalam peti ais. Kak Ina mana mak Emy mencari-cari kelibat Ina di ruang tamu. Dia keluar sekejap. Beli barang dan ambil orang, Hmmm ambil orang Siapa pulak yang nak datang malam ni. Siapa yang nak datang malam ni mak Mak Kiah terus berjalan ke dapur semula. Kata Kak Ina kau kawannya masa di Jepun dulu, Mak Kiah menyahut dari dapur. Kawan ke boyfriend mak Emy tersenyum-senyum. Haa yang kau tersenyum-senyum tu apa hal Kan ke bagus kalau boyfriend dia. Kak Ina kau tu pun dah berapa umurnya. Nak harapkan abang kau yang sorang tu sampai pejam mata pun mak tak akan dapat cucu agaknya. Emy tersengih. Memang Abang Is seorang workaholic. Tak ingat nak cari awek pun. Asyik kerjaya saja diutamakan. Umur Abang Is pun dah 30-an hampir sama dengan umur Amir. Iskkk kenapa aku tiba-tiba aje teringat Amir Ntah laa Kau tak ada calon ke lagi Emy Emy terkedu mendengar soalan Mak Kiah. Calon Alaa mak ni. Emy muda lagilah! Hampir tersedak Emy. Muda Kau tu dah 25 tahun. Bukan budak kecil lagi. Dah boleh kahwin dah pun. Mak kalau boleh sebelum pejam mata nak tengok korang adik beradik semua dah bahagia dengan keluarga masing-masing, ada nada sayu pada suara Mak Kiah. Mungkin ada benarnya. Alaa mak. Siapalah nak pandang Emy ni mak Tak der orang nak pun. Mak Kiah senyum. Emy tersengih-sengih. Betul tak de Mak Kiah menduga. Betul mak! Emy tersengih lagi. Kalau macam tu mak carikkan. Nak tak Alamak! Matilah aku Mak carikkan Aduh! Kan dah kena batang hidung sendiri. Tu la mulut celupar lagi. Emy keluar terjengkit-jengkit dari dapur. Haa tengok tu. Bila mak cakap pasal kahwin, larilah dia Pin pin .Ada cahaya kereta masuk melalui pintu gelangsar kaca rumah mereka. Emy cuba tengok siapa yang sampai tu Mak Kiah separuh menjerit dari dapur. Assalamualaikum Waalaikummussalam Kak Ina dan seorang jejaka kacak berdiri di depan pintu rumah. Emy! Bila balik kerja Emy terus memeluk Ina. Kak Ina baru sampai dari Jepun semalam pun Emy tidak sempat menjemput. Apatah lagi untuk berjumpanya pada sebelah malam. Dia sibuk dengan projek baru. Menguruskan projek dan berjumpa dengan client. Wajah letihnya jelas kelihatan. Baru je kak. Siapa ni Kak Ina Boyfriend ek ujar Emy separuh berbisik. Ina mencubit Emy. Emy tersengih. Masuklah Azril! Oh ya! Yang kecil molek ni adik Ina, Nur Zalia Emelyn! Azril menghulurkan tangan bersalaman. Masuklah Abang Azril, Ina senyum melihat gelagat adiknya yang tersengih nakal. Dah berani mengusik adik aku ni. Bisik Ina sendirian. Mak, inilah kawan Ina masa di Jepun dulu mak, Muhammad Azril. Azril bersalaman dengan penuh hormat tangan Mak Kiah. Apa khabar makcik Khabar baik Azril. Haa bawak duduk dulu Ina. Mak nak siapkan makanan. Emy pergi panggilkan ayah dan Abang Is sekali, Emy terus patuh dengan arahan ibunya. Ril, duduk dulu ye. Ina nak ke dapur sebentar, Ina terus berlalu ke dapur. Azril mengangguk. Ina terus mengekori Mak Kiah ke ruangan dapur. Hmmm macam mana mak Macam mana apa Mak Kiah buat-buat tak faham soalan Ina. Hakikatnya sejak Azril melangkahkan kaki tadi lagi dia sudah berkenan dengan tingkah laku anak teruna itu. Ala mak ni. Buat-buat tak faham pulak. Si Azril tu macam mana Sesuai ke jadi calon menantu mak dan abah! Ina malu-malu. Calon menantu rupanya! Mak Kiah senyum. Kita tunggu komen abah ye! Mak Kiah terus berlalu membawa hidangan ke ruang makan. Ina paling takut dengan abah. Walaupun dia anak manja abah berbanding Emy, dia sering di kawal sedikit berbanding Emy. Haaa kenapa tunggu komen abah Mana kawan Ina tu Abah tiba-tiba muncul. Ina terkejut. Emy tersenyum. Abang Is serius saja mukanya. Ina terus membawa abahnya ke ruang tamu untuk bertemu dengan Azril. Abang Is menurut rentak abah ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamu yang diperkatakan oleh Ina. Azril Ini abah Ina. Yang ini abang Ina, Abang Is. Apa khabar pakcik dan Abang Is Is hanya senyum berdiri di sisi abah. Mereka bersalaman. Khabar baik. Dah lama sampai Encik Zaidi menyoal. Baru sampai tadi dengan Ina. Abahnya jemput tamu kita tu ke mari. Makanannya dah tersedia. Mak Kiah menjemput. Mari Azril. Mereka bersama-sama menuju ke ruang makan rumah itu. Haaa… jangan malu-malu Azril, Malam itu segalanya indah. Kak Ina nampaknya dah ada calon sendiri. Selepas makan malam, mereka berbual-bual di ruang tamu. Emy tidak turut serta. Emy meminta diri untuk berlalu kerana ada tugasan yang belum selesai. Emy diminta menyiapkan proposal projek baru yang dibentangkan dalam mesyuarat petang tadi. Yang pastinya esok sentiasa mendebarkan buat Emy. Entah kenapa semenjak dia terserempak dengan Amir di KLCC tempohari dia terasa semacam. Tidak tahu apa yang hendak difikirkan. Semacam ada sesuatu di luar sana akan berlaku .Kuch Kuch Hota Hai ihikss pengaruh Hindustan nie besar gak dalam hidupan aku

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: