kau ratu hatiku 5

Hi! Selamat pagi semua!Emy tersenyum-senyum riang pagi itu. Wajahnya berseri-seri. Dia terus masuk ke pejabatnya. Terdengar suaranya menyanyi-nyanyi. Selamat pagi!Mereka yang ada di situ kehairanan melihat telatah Emy. Kenapa dengan Cik Emy kita tu A aah la. Gembira semacam jer. Ada orang masuk meminang kot!Azlan tersengih. Agaknya kot!Rina menyambung. Haaa sapa yang nak kahwin tu Tiba-tiba Amir yang entah datang dari arah mana, menyampuk perbualan mereka. Tak la. Emy tu, gembira semacam je! Macam orang nak kahwin kami kata!Rina terus menyiapkan kerjanya. Dia tidak memandang ke arah Amir yang sedang sibuk bertanya. Muka Amir berubah. KahwinPerkataan yang tidak disukainya. Tapi Emy nak kahwinDengan siapaAmir mencongak-congak soalan yang berada di mindanya. Amir terus masuk ke biliknya. Eh! Apsal dengan Encik Amir kita tu. Kita cakap pasal Emy nak kahwin. Muka dia pula yang berubah.Rina menjungkitkan bahu. Dia syok kat Emy kot!Iskk kan ke dia dah bertunang!Nasir mencebikkan bibir. Alaa orang kahwin pun boleh bercerai. Inikan pula orang yang bertunang. Betul tak Azlan Rina menoleh ke arah Azlan. Aa aa Rina! Betui tu.Azlan mengiyakan. Ye tak ye jugak! Siapa tahu kan Isskk dahlah tu. Baik kau pergi buat kerja kau. Karang dengar dek Encik Amir. Kau jugak yang susah!Yelah!Nasir kembali ke mejanya. Di bilik Amir. Amir masih termenung mengingat kata-kata Rina tadi. Adakah benar Emy akan berkahwinTapi mengapa dia mesti gelisahAdakah aku sudah jatuh cinta pada EmyTapi bagaimana aku harus memberitahunya. Sedangkan aku masih lagi ada ikatan pertunangan. Bagaimana
Kerja Amir di pejabat minggu ini semuanya terganggu. Fikirannya runsing memikirkan perkahwinannya dengan Syazatul Ezrina. Bagaimana dia hendak menerangkan mengenai perangai Syazatul Ezrina sebenarnya pada kedua-dua orang tuanya. Syafiq teman baiknya menyedari perubahan sikap temannya. Mir kau ni kenapaDua tiga hari ni aku tengok kau macam ada masalah saja. KenapaCuba kau ceritakan pada aku.Syafiq membuka mulut setelah dia kurang senang dengan perangai Amir seminggu itu. Entah laa Fiq! Aku pun tak tahu nak mula dari mana,Amir termenung. Ini mengenai business atau personal Personal! It s about Syaz, Fiq!SyazKenapa dengan dia Syafiq mula menghidu ada yang tak kena dengan hubungan mereka selama ini. Amir sering menolak pelawaan Syaz bila di ajak keluar bersama. Kau ingat tak masa malam tu kita di kelab Syafiq cuba mengingat apa yang terjadi pada malam itu. Ahaa kenapa malam tu Kan kau ada kata, perempuan di hujung kelab tu tunang aku. Dia sememangnya Syaz. Dia curang di belakang aku, Fiq! Aku baru tahu malam itu.Syafiq terkedu. Jadi bagaimana sekarangBukankah kau dan dia nak berkahwin dua bulan dari sekarang Amir memandang Syafiq dengan pandangan kosong. Dia sendiri tiada jawapan untuk itu. Aku sendiri pun tidak tahu apa nak buat, Fiq!Kau dah berbincang dengan Syaz tentang hal ini,Syafiq meminta kepastian. Dia selalu mengelak bila aku soal dia tentang hal ini. Aku dah bosan dengan dia Fiq. Dia buat aku macam patung dia. Bila dia perlu dia akan cari aku, jika tidak. Dia akan pergi berfoya-foya di luar,berat juga masalah Amir ni. Cuba kau berbincang dengan parents kau pasal ni.BerbincangMereka tidak akan percaya cakap aku punya!A aa ek ye tak ye juga. Mesti susah. Melainkan kalau ada bukti. BuktiHmmm Idea!!! Syafiq mula memikirkan sesuatuMacam ni Mir Syafiq berbisik pada Amir mengenai rancangannya. Okay jugak idea kau! Kau uruskan untuk aku boleh Bergeliga juga otak si Syafiq ni. Tak sia-sia jadi kawan aku. Sudah tentu boleh! Aku akan uruskan segalanya secepat yang mungkin.Amir tersenyum. Selesai satu masalah. Cuma tinggal satu lagi masalah yang aku perlu uruskan. Amir memejamkan matanya. Emy!!
Mama Malam ni Wan nak balik rumah. Ada sesuatu yang Wan nak bincangkan dengan Mama dan Papa,Amir menelefon Mamanya pagi itu setelah dia mendapat segala bukti hasil daripada siasatannya. Baiklah. Nanti Mama akan beritahu Papa mengenai hal ini,Puan Sri Suhaila meletakkan telefon.
Haaa apa halnya ni Wan Puan Sri Suhaila merenung anak terunanya. Azila dan Azrina juga ada disamping mamanya. Tan Sri Azlan juga menunggu apa yang ingin diperkatakan oleh Amir. Wan nak mama putuskan pertunangan Wan dengan Syaz, mama,Puan Sri Suhaila terkedu dengan jawapan Amir. Kau dah gila Wan! Lagi sebulan saja perkahwinan kau akan dilangsungkan!Tan Sri Azlan meninggikan suara. Mama Papa Wan tak dapat menerima Syaz sebagai isteri Wan. Dia curang dibelakang Wan mama papa Dan dia bukanlah calon isteri yang terbaik buat Wan.Apa buktinya dia curangKau ada bukti Tan Sri Azlan menyoal kembali. Tunjukkan buktinya Wan! Papa mahu melihat buktinya baru Papa akan percaya dengan kata-kata Wan.Ada.Amir meletakkan beberapa keeping gambar yang didapatinya dari penyiasat upahan Syafiq minggu lepas. Puas hatinya bila mendapat bukti ini. Dan dia dapat melepaskan diri daripada Syaz, anak Datuk Zamri yang mengada-ngada itu. Azila dan Azrina memandang mamanya. Puan Sri Suhaila seakan tidak percaya dengan segala bukti yang Amir tunjukkan padanya. Tan Sri Azlan dan Puan Sri Suhaila terdiam. Tidak dapat berkata apa-apa lagi bila bukti sudah ada didepan mata. Wan dah puas tengok perangainya. Selama ini Wan cukup percaya pada dia Mama! Tapi inikah namanya tunang, kalau asyik berfoya-foya dengan jantan lain dibelakang Wan!Azila dan Azrina simpati dengan nasib abangnya. Azila sendiri pernah terserempak dengan Syazatul Ezrina berpelukan bersama seorang lelaki di sebuah kompleks membeli-belah. Tapi dia tidak pernah memberitahu pada Amir mengenai hal itu. Dia tidak mahu menyusahkan hati abangnya. Cukuplah dia melihat keadaan abangnya kecewa dulu. Bukti ini tidak cukup untuk menyatakan hal sebenar. Papa akan suruh orang siasat perkara ini.Tan Sri Azlan cukup serius. Dia tidak mahu Amir kahwin dengan perempuan yang tidak senonoh. Memalukan keluarganya. Maruah keluarganya mesti dijaga. Tambahan pula mereka dikalangan orang berada yang senantiasa menjadi perhatian umum. Jika segala apa yang terjadi ini adalah benar, kita mesti berjumpa Datuk Zamri. Putuskan saja pertunangan ini.Tegas suara Tan Sri Azlan dengan keputusannya. Terima kasih, papa!Tan Sri Azlan menepuk bahu anaknya. Dia sendiri terkejut dengan perlakuan tunang Amir. Dia tidak menyangka semua ini akan terjadi di saat tempoh perkahwinan semakin hampir. Amir menarik nafas lega. Segalanya akan berakhir tidak berapa lama lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: