kau ratu hatiku 6

Tok tok tokKetukan di pintu mengganggu konsentrasi Amir pada kerja-kerja yang sedang disiapkannya. Masukserius suara Amir. Amir memandang ke arah pintu. Emy masuk dengan sopan. Ya, ada apa saya boleh bantu, EmyDia menanti Emy. Encik Amir, saya hendak ambil cuti seminggu,Emy memandang Amir yang masih sibuk dengan kerjanya. Sedikit pun dia tidak memandang Emy. SemingguAwak nak kahwin keAmir menduga. Cuba bergurau. Aaacuti kahwin!Amir terkedu mendengar jawapan Emy. Biar betul! Gurauan jadi kenyataan. Melepaslah aku jawabnya. Dia memandang wajah Emy sedalam yang mungkin. Serius je! Tiada langsung secalit senyuman dilihatnya seperti hari itu. Rindunya aku pada senyuman mu EmyKaulah bidadari kuEheemAmir tersedar setelah Emy berdehem. OooooAwak nak kahwinTahniah!Amir terus memandang kertas-kertas di atas mejanya. Dia cuba menumpukan perhatiaannya pada kerjanya yang bertimbun di atas meja. HatinyaRemuk.Baru hendak merinduirindunya pula telah pergi bak angin lalu. Jadi bagaimanaEmy masih menunggu jawapan dari Amir. Bagaimana apaAmir kelihatan blur dengan soalan Emy. Cuti saya laa Encik Amir.Emy hairan melihat Amir yang macam orang tak karuan bila dia menyatakan dia mengambil cuti seminggu untuk cuti kahwin. Walhal cuti itu untuk membantu ibunya menyiapkan segala kelengkapan perkahwinan Kak Ina. Dia juga telah mengumpul cuti tahunannya. So, time ni la nak digunakan sepenuhnya. Awak isi borang dengan Sufi. Saya akan luluskan nanti. Okay! Ada apa-apa lagiAmir bertanya. Tak ada.Kalau tak ada apa-apa, awak boleh keluar sekarang.Sekalipun Amir tidak menoleh ke arah Emy. Halau akuSambil keluar dari bilik Ami, Emy membebel dalam hatiHmmmm.sombong nak mampus mamat sewel ni! Pandang aku pun tak masa bercakap. Geramnya aku! Aku yang nak kahwin keHehehehehePandainya aku bagi alasan. Baik punya alasan. Nasib baik lepas. Dia tak tanya banyak malaslah nak cakap banyak. Asalkan aku dapat cuti dah le. Kalau tak susah juga aku nak jawab nanti. Sufi, borang cuti adaEmy terus ke meja Sufi. Adaini dia,Sufi memberi borang cuti kepada Emy. Emy tersengih-sengih sambil mengisi borang cuti. Sufi. Nanti serahkan pada Encik Amir ya!Emy meletakkan borang cuti yang telah siap diisinya. Okay!Sufi mengangguk. Emy terus berlalu. Kembali ke biliknya.
Hey guys! Jangan lupa datang tau!Emy masih lagi bersembang dengan beberapa rakan pejabat yang masih belum pulang ketika itu. Amir yang kebetulan lalu memandang saja wajah Emy. Dia cuba menyibukkan diri dengan tugasannya. Amir masuk ke biliknya. Emy mengikut dari belakang. Dia cuba mengejar Amir untuk menyampaikan kad jemputan. Tapi Amir terlalu laju. Seperti melarikan dirinya dari Emy. Encik AmirAmir mengangkat muka memandang Emy. YaIni kad jemputan. Jemputlah datang nanti.Emy meletakkan kad jemputan itu setelah tidak disambut oleh Amir. DatangTak mungkin aku datang setelah hatiku kau robekkan! Amboiiijiwang gak aku ni ek! Amir hanya mengangguk. Saya balik dulu Encik Amir,Emy terus keluar dari pejabat Amir. Amir memandang kad itu. Tidak ingin dia membaca kad jemputan itu. Dia terasa amat kecewa sekali. Kecewa seperti dia ditinggalkan oleh Amiera dulu. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia berperasaan begitu ketika ini.
Emy hari itu berkebaya merah jambu. Nampak manis dan ayu dengan rambutnya yang paras bahu dilepaskan. Ramai yang memuji penampilannya hari itu. Nampak lain dari biasa. Semua rakan-rakan sepejabat Emy menghadiri majlis perkahwinan kakak Emy, kecuali Amir. Eh! Korang makanlah ye, jangan segan-segan!Emy sibuk melayan rakan-rakan pejabatnya. Kau bila lagi EmyKami tak sabar nak makan nasi minyak kau plak,Azlan menyampuk. Aaa la Emy! Kita orang semua dah kahwin. Tinggal kau je le,Nasir menambah. KahwinSorry sikit ye Nasir. Aku tak kahwin lagilah! Kau orang je le,Rina tetiba menyampuk dari belakang. Dia sibuk membantu Emy. Alaaa Rina, kau pun tak lama lagi buat nasi minyak juga kan! Samalah tu. Ni haa, si Emy ni tunang pun belumcalon ntah ada ke tidak ntah,Nasir dan Azlan ketawa setelah mendengar celoteh Kamarul. Eh ke situ pulak. Nanti kalau dah ada calon. Aku mesti buat punyalah! Korang laa orang pertama yang aku jemput,Emy mencari-cari sesuatu. Hmmm.Encik Amir tak datang kesemua berpandangan sesama sendiri bila Emy menyoal tentang Amir. Encik AmirAaa ekpatutlah rasa macam kurang saja,Nasir memandang-mandang sekeliling mencari kelibat Amir. Dia tak datang kot! Biasalah orang sibuklah katakan.Azlan meneruskan suapan nasinya. Yang lain hanya mengangguk-anggukkan kepala saja. Mereka yang tahu hanya mendiamkan diri. Mereka nampak Amir sedih hari tu. Tidak tahu kenapa. Tidak seorang pun berani bertanya padanya. Yang ketara adalah semasa Emy mengedarkan kad jemputan kahwin kakaknya minggu lalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: