kau ratu hatiku 8

Tengahari itu mereka tidak dapat makan tengahari kerana perlu menyiapkan proposal untuk mendapatkan beberapa tender yang baru mereka terima pada waktu pagi. Tender yang akan membuatkan keuntungan kepada syarikat mereka. Emya awak tolong senaraikan syarikat yang menawarkan bahan yang paling berkualiti dengan nilai harga yang berpatutan. Saya mahukan projek ini berjaya seperti projek-projek mega kita yang lain. Saya mahu Suria Bina mendapat tender tersebut,a Amir sungguh bertenaga hari itu. Dia kelihatan lebih matang dalam menentukan projek untuk Suria Bina kini. Baiklah Encik Amir Emy mencatatkan beberapa keperluan yang perlu dicarinya dan perlu menyiapkan proposal tender tersebut. Nampak professional dengan tugas-tugas yang sudah biasa dilakukannya. Ada apa-apa lagi yang perlu dicatatkan dalam proposal ini Encik Amir Saya rasa tiada. Kalau ada apa-apa saya akan beritahu kemudian.a Baiklah. Saya keluar dulu.a Emy melangkah keluar dari bilik Amir. Amir menekan butang interkom. Sufi, tolong check kan schedule saya petang ini dan tolong bawakan fail-fail projek mega kita pada tahun lepas.a Baik Encik Amir Tokka Tokka Masuk Encik Amira jam 2.30 petang ada meeting di PJ Hilton dengan AZ Holdings. Dan waktu petangnya Encik Amir tiada temujanji lain. Dan ini fail-fail projek mega kita pada tahun lepas. Ada apa-apa lagi Encik Amir Sufi sedia memegang buku catatannya. Buat masa ini, tiada.a Baiklah, saya keluar dulu,a Sufi melangkah keluar. Tapi belum sempat melangkah keluar dari pintu Amir memanggilnya semula. Sufia tolong pesankan makanan untuk Emy. Dia tak keluar makan pun tadi,a Sufi senyum tanda memahaminya. And the bill is on me, okay Sufi mengangguk. Ok! Is that all Yes, that s all Sufi memesan makan untuk Emy, tapi sebelum itua Emy Sufi bersuara dihujung talian. Haa Sufia ada apa Emya kau nak makan apa? Ada orang nak belanja ni Makan? Ada orang nak belanja aku? Siapa Alaaa pasal siapa tua tak yah la kau tahu. So, kau nak makan apa? Aku orderkan untuk kau ek Sufi menanti ditalian. Hmmma Nasi Goreng Daging Merah la ek. Okaylah, aku tak boleh cakap lama-lama ni. Aku nak siapkan proposal tu. Karang marah pulak si Amir tu ngan aku Patutlah si Amir tu sayang benar dengan pekerjanya yang sorang ni,a terdengar suara Sufi tergelak di hujung talian. Kenapa? Iskka ko ni merepek la. Okay laa nanti nasi dah sampai hantar kat meja aku ek..okay!Bye Okay. Bye Sufi seakan memahami apa yang sedang berlaku. Dan dia sendiri dapat mengagak apa pula yang bakal berlaku. Tapi yang pasti dia amat suka dengan apa yang bakal berlaku.
Aduhhha buat hal lagi kereta ni! Cam ner aku nak balik? Haaaa aku call abang Is la!!!Dia mesti ada kat ofis lagi time cam ni. Abang Is! Dah balik ke blom Belum la tapi on the way back la ni. Baru keluar ofis. Kenapa Kereta Emy rosak la. Ambik Emy kat car park ofis Emy ek,a Emy merayu pada Iskandar, abang kesayangan. Okay! 5 minutes lagi Abang Is sampai. Tunggu okay Okay! Sayang Abang Isa hehehe,a Emy membodek manja. Yer laa tuh! Okay, bye,a talian di matikan. Emy telah menelefon bengkel yang berdekatan dan mereka telah pun menarik kereta Emy ke bengkel 2 minit yang lalu. Pon a pona Adussa Abang Is nia janganlah hon orang! Pekak telinga aku. Emy memandang ke arah kereta yang membunyikan hon itu. Amir! Ingatkan Abang Isa Haaa Emya tunggu siapa? Dah petang dah ni. Awak tak balik lagi ker Amir menyoal setelah dia ternampak Emy yang masih tercegat di car park bangunan pejabat mereka. Emy tengah tunggu abang Pon a Pona Ooopsssa saya pergi dulu Encik Amir. Orang yang ditunggu dah sampai. Bye. Jumpa esok ya Emy terus memasuki kereta BMW warna metalik di hadapan Amir. Amir terkedu memerhati. Suaminya ke? Wowwa looks handsome and loaded gak la! Kiranya Emy tak kahwin dengan orang sebarangan. Biarlah. Asalkan dia bahagia. Amir terus memecutkan keretanya membelah senja menuju ke kondonya. Haaaa Emy berbual dengan siapa tadi Abang Is memulakan bicara. Alaaa ngan bos Emy tu Bos? Handsome gak bos Emy tu. Dah kahwin ker Handsome Emy ketawa mendengar komen Abang Is mengenai Amir. Laaa apsal ketawa plak? Lawak ke soalan Abang Is Is heran dengan Emy. Tak der apa-apa la. Bolehlah tahan. Kahwin? Belum lagi. Tapi perangainya tak leh tahan la. Kuat mengarah,a Emy bersungut. Mengarah? Laaa dah namapun bos, mestilah dia memberi arahan. Emy ni pun Emy hanya tersengih mendengar jawapan Abang Is. Nasib baiklah Abang Is ambik Emy cepat dan tepat pada waktunya. Kalau tak sure dia ajak Emy naik kereta dia lagi.a Is memandang Emy dengan tanda tanya. Naik kereta dia lagi? Sebelum ni Emy pernah naik kereta dengan dia ke Soal Is lagi. Pernah. Masa kami nak ke tapak projek. Tu pun dia beriya-iya mengajak. Emy sebenarnya menolak. Last sekali terpaksalah naik jugak. Tapi bagus juga, jimat minyak kereta Emy,a Emy tersenyum lagi. Dia suka kat Emy kot Suka kat Emy? Mustahillah Emy cuba menafikan kemungkinan yang cuba dikorek oleh Is. Yer laa dia beriya-iya mengajak Emy sampai macam tu sekali. Mesti ada apa-apa tuh,a Is tersenyum-senyum memandang Emy. Alaaa majikan dan pekerja jer Abang Is. Mana ada apa-apa pun. Emy malas nak fikir lebih-lebih la. Keje banyak. Mana ada masa nak fikir yang lebih-lebih,a Emy tergelak-gelak. Okay! We ll see about that,a Is cuba mengusik adiknya. Abang Is tua bila lagi? Mak dah bising-bising pun Abang Is masih cool lagi ek. Kalau Emy la, leh pengsan dengar mak membebel tau,a Emy tersenyum-senyum kerana dapat mengenakan Is kembali. Abang Is belum jumpa lagi la buah hati yang berkenan, Emy. Sampai jodoh nanti Abang Is kahwinlah. Jangan risau Bila tu agaknya? Abang tak carik, cam ner nak jumpa kan Is hanya senyum dengan pertanyaan adiknya. Nak Emy carikkan tak Haaa dia start dah. Aahha tak payah carikan untuk Abang Is. Emy tu yang kena cari untuk diri sendiri dulu. Abang lelaki, tak kisah kahwin umur berapa pun. Emy tu perempuan, tak elok kahwin umur dah lewat kan,a Aduhhha kena balik aku! Susah betul kalau cakap dengan Abang Is ni. Mesti aku kena balik. Alaaa Abang Is ni jahat la. Orang tanya dia, dia kenakan kita balik Emy memang selalu kalah kalau berdebat dengan Abang Is. Sememangnya dia memang layak menjadi seorang peguam kerana tangkas membentangkan hujahnya. Sukar disangkal apa yang diutarakannya. Dan Emy akui tentang itu, dia sering kalah! Is senyum melihat adiknya berjaya dikalahkan lagi. Dia agak rapat dengan Emy berbanding dengan Ina. Ina lebih pendiam berbanding dengan Emy. Tambahan pula Ina bersekolah di asrama ketika diperingkat menengah. Dan mereka kurang rapat sedikit berbanding dengan Emy.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: