kau ratu hatiku 10

Sejak akhir-akhir ini Amir agak sibuk dengan pelbagai projek. Sehinggakan dia susah melupakan hal-hal mengenai pertunangannya dengan Syazatul Ezrina yang telah putus dengan mudah.Sejak hal mengenai kecurangan Syaz tempohari, Tan Sri Azlan sendiri telah memutuskan pertunangan mereka secara rasmi. Dengar khabarnya juga, Syaz telah berkahwin setelah diserbu oleh pihak JAIS di sebuah bilik hotel pada bulan lalu. Selepas bernikah, dia telah berhijrah ke luar negara bersama suaminya. Amir berasa lega dengan segala apa yang berlaku dan dia redha kerana tiada jodohnya dengan Syazatul Ezrina. Mungkin ada hikmah di atas segala kejadian tersebut.Ringggg!Ringggg!Amir bingkas bangun dan mencapai telefon di atas meja kecil di tepi katilnya.” Hello!” jawab Amir lemah.” Assalamualaikum!” Tan Sri Azlan bersuara dihujung talian.”Waalaikummussalam papa!””Kamu tak ke mana ke Wan hari ini? Mama minta kamu balik ke rumah. Lagipun kamu dah lama tak datang,” sambung Tan Sri Azlan lagi.”Mama suruh balik? Baiklah papa, insya allah tengahari nanti saya sampai. Sampaikan salam buat Mama,” Amir mematikan talian telefon.Alaaa… kena balik pulak! Ni mama mesti ada rancangan. Jangan dia dah rancang nak kahwin aku sudahlah! Baik aku bersiap dan ke sana sekarang.”Assalamualaikum!” Amir tiba di muka pintu.”Waalaikumussalam! Haa..Wan! baru sampai?” Puan Sri Suhaila tiba-tiba muncul di balik daun pintu.”Baru je mama. Mama apa khabar?” Amir mencium tangan bondanya tanda hormat dan kasih.” Mama sihat. Wan macam mana? Lama mama tak dengar khabar dari Wan. Bukan nak telefon mama pun. Kalau papa tak call, agaknya Wan tak sudi nak balik jenguk mama dan papa di sini,” Puan Sri Suhaila agak berkecil hati sejak kes pertunangan Amir dengan Syazatul Ezrina dahulu, kerana Amir seakan menjauhkan dirinya dari keluarga. Dia faham Amir, masih marah kerana dia dipaksa untuk ditunangkan. Tapi semua itu sudah berlalu. Dia amat berharap Amir akan berubah dan kembali seperti dahulu,menjadi Amir yang periang dan suka mengusik.”Alaa!!bukan Wan tak sudi nak balik mama. Tapi kerja kat ofis tu tak pernah nak habis. Malah asyik bertambah je. Bila balik rumah dah tak larat nak keluar dah. Penat. Di rumah jer Wan dapat rehatkan diri sepuasnya.” Amir menambah. Dia tahu mamanya amat risau jika dia tidak pulang selalu ke situ dan mungkin masih menganggap dia masih marah kerana peristiwa lalu.”Tu laa..mama dah suruh Wan duduk jer sini dengan mama. Ada juga orang tolong tengok-tengokkan makan dan minum Wan. Ni tinggal seorang di kondo tu kan susah!” Puan Sri Suhaila cuba mengubah topik agar Amir tinggal kembali bersama mereka di Villa Cempaka Sari. Kalau boleh dia mahu anak-anaknya berkumpul kembali di rumah itu.”Bukan Wan tak mahu mama, tetapi memandangkan kondo Wan dekat dengan ofis, Wan lebih selesa tinggal di sana. Wan harap mama faham yek?” Amir cuba mengambil hati bondanya.”Ye la tuh. Macam-macam alasan mama dengar. Suka hati Wan laa. Mama tak mahu larang Wan pun, cuma kalau boleh mama mahu semua anak-anak mama berada di depan mama mata. Jadi taklah mama risau,” Puan Sri Suhaila mengusap kepala Amir yang sudah pun terlentok manja padanya.”Amboiiii!!manjanya anak mak tu!” Satu suara garau menyapa. Dan yang pasti, itu adalah Tan Sri Azlan yang baru kembali bermain golf bersama rakan-rakannya pada hujung minggu.”Biasalah papa. Sekali sekala nak jugak manja-manja dengan mama ni,” Amir tersengih-sengih memandang papanya. Puan Sri Suhaila hanya menggelengkan kepala.” Okehlah!mama nak siapkan makan tengahari ye. Mama masak special untuk Wan hari ni tau. Makan tengahari di sini ye!” Puan Sri Suhaila berlalu ke dapur.”So, how’s the company now? Papa dengar Wan terima banyak projek sekarang ni.””Company okay, papa! Projek pula memang sekarang ni semakin bertambah,” Amir tahu itulah topik yang sering mereka bualkan apabila bertemu. Dan dia harus bersedia menjawab dan mendengar setiap apa yang papanya akan kemukakan.”Papa harap Wan boleh handle projek-projek tu dengan baik. Jangan ambil terlalu banyak sangat. Nanti bila ada masalah, tiada siapa pula yang boleh uruskan,” Tan Sri Azlan yakin Amir dapat menjaga syarikat yang telah diusahakannya sendiri. Suatu hari nanti dia akan memberikan Amir memegang sepenuhnya Suria Holdings.”Baiklah papa, Amir akan uruskan semua itu. Jangan bimbang.” Jawab Amir dengan yakin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: