kau ratu hatiku 11

Ahad ini, Abang Is bertunang secara rasminya. Wajah Abang Is berseri-seri. Maklum sajalah, bakal isteri kacukan mat saleh. Bangga Abang Is. Kak Fazrina memang calon yang sesuai. Bak kata mak, walaupun dia berada di luar negara bertahun-tahun, namun adab resam melayu tak pernah dilupakan. Cukup agama dan budi bahasanya. Calon yang sesuai buat Abang Is. Itulah yang sering Mak Kiah sebut-sebut.”Haaa Emy&Abang Is dah bertunang. Kau pula bila lagi?” Mak Kiah mula membuka cerita.”Emy? Alaa&nanti-nantilah mak. Emy tak sedia lagilah!” Emy cuba mengelak.”Tak sedia? Sampai bila lagi kau nak sedia Emy? Mak kalau boleh nak tengok kau kahwin dalam masa terdekat ni. Ada nada sayu dalam percakapan Mak Kiah, seolah-olah memujuk.”Mak&Bukan Emy tak nak kahwin dalam masa terdekat ni. Tapi calon pun tak der la mak..”Emy cuba memujuk Mak Kiah kembali. “Kalau ada calonnya kau nak ke?” Mak Kiah cuba menduga Emy kembali.Mampuss aku cam ni! Kalau betul mak ada calonnya, nampak gayanya aku kena terima jugalah. Takkan aku nak hampakan harapan mak? Tentu mak akan berkecil hati dengan aku pula!”Haa&kenapa diam? Boleh ke kalau ada calonnya?””Apa-apa jelah mak! Mak buatlah apa yang mak rasakan terbaik buat Emy. Emy akan terima apa saja keputusan mak,” Mak Kiah senyum mendengar kata-kata Emy. Berbunga di hatinya. Emy tersenyum pahit.”Macam nilah anak mak!” Mak Kiah memeluk Emy dengan penuh kasih sayang.”Emy sayang mak. Emy takkan hampakan mak. Percayalah!” Emy memeluk erat Mak Kiah. Namun dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu gelora perasaannya.”Aiii&drama apa pulak ni maknya?” Encik Zamri terkejut melihat anak beranak itu berpelukan.”Alaa abang ni. Emy nak bermanja pun tak boleh ke? Dia kan anak saya.””Anak awak anak saya juga kan!” Encik Zamri tersenyum.”Abang kena bersyukur tau. Kiah dah pujuk anak abang ni supaya kahwin.” Encik Zamri melopong seakan tidak percaya.”Betul Emy nak kahwin?” Encik Zamri seolah-olah tidak percaya apa yang didengarinya saat ini. Emy senyum tersipu-sipu.”Alaa abang ni. Janganlah tanya macam tu.””Siapa calonnya Kiah?””Kan abang dah bagi tahu Kiah siapa calonnya. Abang dah lupa ke?” Encik Zamri berkira-kira sendirian cuba mengingati apa yang pernah diberitahunya pada Mak Kiah.”Ooooo&pasal tu ke? Ditanggung bereslah cam ni. Kita akan uruskan lepas Is bertunang nanti,” Encik Zamri senyum lagi.Cepatnya? Mak aiii&tak sempat aku nak bawak calon lain. Aku ada calon ker? Siapa aku nak bawak? Nampak gayanya aku kena mintak tolong seseorang ni. Siapa ek calon yang sesuai? Encik Amir? Tak mungkin dia nak tolong aku. Tapi dia calon terbaik yang aku ada. Mesti dia nak&Emy berkira-kira sendirian. Tak sabar rasanya menunggu hari esok untuk melaksanakan misinya.
*********************
“Selamat pagi Encik Amir!” Wajah Emy berseri-seri pagi itu.”Selamat pagi. Awal awak hari ni?” Amir hairan melihat Emy yang asyik tersenyum sedari tadi.”Macam biasalah Encik Amir, mana ada awalnya.”” Ceria jer. Macam ada apa-apa jer. Nak dapat baby ke?” Aiksss&ke situ la plak orang tua ni. Bila masa plak aku kahwin?” Dapat baby?” Emy menyoal kembali.”Yer lah..awak kan baru kahwin. Surelah sedang menanti cahaya mata saat ini kan?” Aaaa… hari tu kan dia ingat aku dah kahwin. Iskk iskk&dia masih tak tahu lagi rupanya. Hari ini dia mesti tahu. Dan aku mesti bagi tahu juga.Tingg!!Pintu lift terbuka. Amir melangkah keluar.”Encik Amir busy ke? Saya nak jumpa Encik Amir sekejap lagi.” Amir memandang Emy. Apa kena pulak dengan si Emy nie.”Busy tu macam biasalah. Tapi kalau awak nak jumpa, nanti masuklah ke ofis saya sekejap lagi sebelum saya keluar ke tapak projek.””Baiklah. Sebentar lagi saya datang.” Emy melonjak gembira. Aku harap Encik Amir dapat membantu.
*********************
“Mak&Mak kata kalau mak ada calon Emy kena ikut cakap mak kan?” Mak Kiah memandang Emy kehairanan.”Kenapa? Kau dah ada calon ke Emy?””Kalau ada macam mana mak?””Kalau ada, biarlah mak dan ayah tengok calonnya dulu. Berkenan atau tidak. Elok atau tidak calonnya.””Tapi kalau Emy ada calon, mestilah Emy nak kahwin dengan calon Emy kan?””Hari tu kau kata kau tak der calon yang nak ditunjukkan pada mak. Kenapa hari ni tiba-tiba jer kau kata ada calon?””Alaa mak ni… “”Kenapa? Kau baru jumpa tadi ke calonnya?” Mak Kiah menyindir. Aduss… pedihnya.” Kalau betul ada, bawa calon tu balik rumah. Jumpakan dengan mak dan ayah dulu. Kemudian bolehlah berunding.”Berunding? Alamak!!aku lupa.. Ni calon kahwin. Mak aku nak kahwinkan aku cepat. Macam mana ek?”Haa!!kenapa termenung?” Mak Kiah pelik melihat tingkah laku Emy 2-3 hari ni.”Nanti Emy bawa dia jumpa mak dengan ayah ek.” Emy terus berlari masuk ke biliknya. Tak sempat Mak Kiah hendak bertanya bila.Aku kena fikirkan rancangan seterusnya. Encik Amir dah setuju. Dan dia sanggup tolong aku. Hmmm… hairan juga, kenapa dia sanggup tolong aku?
**************
Sementara Amir di kondonya… …
Laaa… dia tak kahwin lagi rupanya. Menyesal aku tak tengok kad kahwin hari tu. Mati-mati aku ingat dia dah kahwin. Ada peluang lagi ni. Tapi macam mana aku nak mulakan langkah ini?Peluang? Emy dah beri peluang kepada aku agar jadi kekasih ‘olok-olok’ dia. Time nilah aku kena ambil kesempatan untuk meluahkan terus perasaan aku pada dia. Sabtu ini Emy menjemput aku ke rumah keluarganya. Aku mesti ambil peluang ini. Mesti!! Amir memasang angan-angannya&hanyut dileka dalam khayalan&..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: