Kau ratu hatiku 9

Di luar cahaya matahari telah memancar. Tapi tak sehangat selalu. Mendung. Pagi minggu yang agak bosan. Dengan cuaca yang tak menentu akhir-akhir ini, Emy terpaksa membatalkan niatnya untuk keluar berjogging pagi itu. Dia menarik kembali selimutnya selepas menunaikan solat Subuh. Terdengar bunyi guruh di luar. Aaahh!!Baik aku tidur balik. Time ni la aku nak lepak. Emy terus hanyut… .zzzzzTokk!Tokk!Pintu di buka..”Haa!Anak dara woi! Bangun! Jangan asyik nak berselubung jer,” Mak Kiah membebel setelah melihat Emy masih di bawah selimut. Emy terpisat-pisat mendengar suara Mak Kiah yang membebel.”Alaa mak!ni kan hari minggu. Time ni je le Emy nak tidur,” Emy menarik balik selimutnya yang telah di tarik oleh Mak Kiah.”Hari minggu ke, hari apa ke..hari ni mak nak kau ikut mak pergi pasar. Temankan mak beli beberapa barang dapur sikit. Ada tamu nak datang,” Mak Kiah terus bangun dari katil Emy dan menuju ke pintu”Ada orang nak datang? Siapa mak?” Ada tamu? Emy mula rimas mendengar ada orang nak datang. Pasti nanti dia kena buat itu dan ini. Melayan tetamu dan macam-macam lagi.”Kawan ayah kau masa dia di overseas dulu,” Mak Kiah terus tak mempedulikan Emy yang masih melingkar di atas katil. Ni yang tak best ni! Baru aku nak lepak-lepak&ada plak orang datang!”Haaa&apa lagi tercegat di situ! Cepat pergi bersiap. Mak nak pergi pasar dengan kau ni. Ayah kau nak pergi ambil mereka di airport jam 10 pagi nanti,” Mak Kiah tiba-tiba muncul kembali di muka pintu bilik Emy.”Ye la mak! Sekejap lagi Emy turun ek..” Emy terus melompat bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Baik dia bergerak dulu sebelum mendengar Mak Kiah membebel lagi. 20 minit kemudian Emy turun dengan track suit hitam dan t-shirt putih Cheetah. Nampak seperti remaja yang berusia 18 tahun. Mak Kiah senyum memandang anak daranya yang seorang ini. Cantik!!tapi tak der calon. Dia sendiri heran dengan Emy yang sering mengelak bila ditanya mengenali calonnya. Bukan Mak Kiah tak mahu jodohkan dengan pilihannya, tapi dia bimbang dengan tindakan Emy yang selalunya agresif tanpa diduga. Biarlah Emy yang menentukan sendiri siapa pilihan hatinya nanti.” Mak!menung apa tuh mak!” Emy mencuit bahu Mak Kiah.” Tak der apa. Mak tengok anak mak ni comel sangat,” Mak Kiah tersenyum.”Alaa..comel pun dia ikut siapa kan??mestilah comel macam mak kan!” Mereka sama-sama ketawa.”Dah! Jom kita pergi sekarang. Nanti ramai orang pula di pasar tu. Mak nak masak istimewa untuk tamu kita hari ni!” Mak Kiah lantas mencapai bakul beroda di hadapannya. Emy hanya memandang dengan hairan. Mesti ada apa-apa hari ni. Takkan mak nampak macam gembira semacam jer. Emy terus memandu untuk ke pasar.”Mak!apsal mak macam gembira je ni? Ada apa-apa yang istimewa ke dengan tetamu kita hari ni?” Emy menyoal Mak Kiah.”Istimewa sangat Emy. Memang saat yang mak nantikan selama ini,” Emy bertambah hairan dengan sikap Mak Kiah.”Kenapa pulak mak? Cuba mak cakap ngan Emy, kenapa tetamu hari ini istimewa sangat,” Emy menambah lagi.”Hari ni bakal tunang Abang Is akan sampai dari London!” Laaa..iyer ker. Bakal tunang? Iskkk!!apsal aku tak tahu pasal Abang Is akan bertunang ni? Dari London plak tu tunang dia. Anak mat saleh ker? Ada part yang aku miss ke?”Kenapa Emy tak tahu plak yang Abang Is akan bertunang, mak?” Nasib baik bukan bakal tunang aku..kalau aku??matilah aku nak menyorok nanti.hehehehe!!Emy tergelak sendirian.”Alaa!mak malas nak bagi tahu kau. Mak tengok kau asyik banyak kerja. Jadi mak malas nak bebankan Emy pasal ni. Lagipun mak dan ayah masih boleh uruskan. So, jangan risaulah!””Siapa nama dia mak? Lawa ke tak?” Emy menyoal lagi.”Nama dia Fazrina. Orangnya mak dah tengok dalam gambar yang pakcik Fadzil hantar pada ayah bulan lepas. Boleh tahan.””Anak pakcik Fadzil ker mak?” Isskkk!!mesti lawa. Maklum jer ler..Pakcik Fadzil telah menetap di London dan berkahwin dengan seorang wanita Inggeris setelah dia tamat belajar dulu. Itu semua berdasarkan pada apa yang telah ayahnya ceritakan padanya selama ini mengenai pakcik Fadzil. Pakcik Fadzil pernah datang ke rumah mereka ketika Emy bersekolah diperingkat menengah.”Aaa!dia akan jadi kakak Ipar Emy,” Mak Kiah masih senyum. Gembira sangat.”Macam mana dengan Abang Is? Dia dah tahu ke pasal ini?” Emy risau kalau Abang Is tak tahu. Pasti dia akan memprotes.”Alaa!!Abang Is kau tu, siang-siang lagi mak dah bagi tahu. Emy jangan risaulah. Dia dah setuju dengan cadangan mak ni.” Emy seakan tidak percaya. Abang Is akan kahwin juga akhirnya. Tapi, itu pun atas pilihan mak. Hehehe!!nampaknya Abang Is akan makan nasi minyak selepas Kak Ina. Aku? Ntah bila agaknya&calon pun tak der lagi.

Satu Respons

  1. x fhmla dgn citer ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: